About Me

My photo
Seorang anak sulung kepada pasangan Mohd Yusof Pandak Abdul Rahman dan Hasnah Yusuf. Seorang kakak kepada 9 orang adik-adiknya. Seorang isteri kepada Nasrul Faiz Firdaus. Seorang ibu kepada seorang anak lelaki, Muhammad Alauddin. Seorang suri rumah sepenuh masa dan sepenuh tenaga ('',). Seorang businesswomen kecil-kecilan aje untuk mengisi masa yang terluang. Seorang yang simple dan mudah didekati. Terima kasih sudi menjengah blog saya yang tiada apa ini..
Powered by Blogger.

Tuesday, May 30, 2017

Salam Ramadhan

Assalamualaikum

Banyak betul semak samun kat blog mak esah ni, maklumlah punya la lama tak berusik
Sibuk bebeno ke awok pun, idok la juga kan
Cuma takde masa nak mengusik blog sendiri je
Tak ngape la, bukan ada sapa pun nak kelebet
Mak esah juga yang ngadapnya nanti pun kan

Udah selamat kita berada dalam bulan Ramadhan ni ha
Alhamdulillah syukur nikmat diberi kesempatan melalui sekali lagi Ramadhan bulan penuh rahmat untuk tahun 2017
Mana lah tahu kan ini Ramadhan terakhir kita, jadi bersyukur la bebanyak ye

Alhamdulillah diberi nikmat pengalaman baru merasa berpuasa ketika mengandung dan menyusukan Sumayyah
Sumayyah pun 1.7 ni genap la dia 2 tahun, tak lama pun dah lagi nak capai tempoh sunnah penyusuan yang dituntut dalam Islam
Ada mak esah baca artikel bila masuk 7 bulan ke atas susu badan ni akan berubah rasa, sedikit masin katanya dan ada anak yang akan berhenti ketika ini sebab rasa yang kurang sedap itu...hihihi
Mak esah bulan depan baru nak masuk 7 bulan
Sedang elok la kalau dia nak berenti pun
Tapi kalau dah ada adik nanti dia nak berduet dengan adik dia pun tak mengapa
Dapat la merasa pengalaman baru lagi, tandem nursing pula...Alhamdulillah

Berpuasa sambil mengandung ni Mak esah rasa serupa sikit macam masa mengandungkan Alauddin dulu
Berpuasa tahun 2011 mengandungkan Alauddin 6 bulan, tahun  2017 pun serupa mengandung 6 bulan juga
Alahan pun dah lama takde, kira selera makan pun baik, badan pun kuat takde rasa pening ke berdebar-debar ke, pedih ulu hati ke, menggeletar ke, Alhamdulillah semua dalam keadaan yang baik

Menyusukan Sumayyah pula sebabkan dia pun dah banyak boleh makan, umur pun dah 22 bulan kan, siang tu kasi je makan
Makan yang kenyang la macam nasi dan lauk
Menyusu tu biasanya masih ada cuma tidak la bergantung dengan susu badan semata
Ada pula geng makan dengan abang dia, jadi lebih mudah kerja mak esah kan
Alhamdulillah semuanya baik-baik

Alauddin belum lagi dilatih berpuasa
Dia pun faham tak faham je puasa tu...haha
Jadi mak esah memang taknak latih dia lagi
Biarlah dia faham dulu dan bersedia sendiri

Cukuplah borak2 kosong ni aje
Nanti kita kongsi lagi cerita ya
Assalamualaikum :)


Thursday, April 14, 2016

Sumayyah Demam & Rawatan Semulajadi

Assalamualaikum

Bulan lepas Sumayyah demam
Asalnya bangun subuh Isnin tu aku rasa badan dia dedor
Dedor ni orang kata badan macam suam2 gitu
Aku pun mula tanggalkan baju dia dan biarkan dia pakai CD je
Cek suhu 37.5...kalau ikutkan suhu untuk budak kira nak demam la tu
Jadi aku biarkan dia tak berbaju je untuk pagi tu
Aku tak mandikan dia awal pagi, hanya basahkan rambut dan lap2 badan dia

Aku nak share apa yang aku buat masa Sumayyah demam selesema tu
Aku praktik ilmu ni pun hasil dari perkongsian kawan2 yang suka berikhtiar dengan bahan2 semulajadi dan melalui pembacaan juga

Hari Pertama

Sepanjang pagi Isnin tu dia aktif je main macam biasa
Takde pun gaya macam orang demam
Tapi aku perasan hidung dia berair
Cecair tu jernih je macam air biasa dan tak pekat pun, hanya cair je
Jadi aku agak nak selesema sekali la ni kot

Pukul 10 pagi aku mula nak mandikan dia
Aku rasa kaki dan tangan dia panas, jadi aku mandikan dia dengan air paip biasa je
Kalau tangan dan kaki rasa sejuk, mandikan anak dengan air suam ye
Aku sediakan air dalam bath tub sebab nak rendamkan dia dalam air lemon
Nasib baik la aku baru top up lemon dalam peti ais
Lemon ni memang wajib ada kat rumah sejak ada anak kecik ni
Lemon ni bagus tau untuk budak demam, selesema dan batuk berkahak

Perihal LEMON
Lemon adalah buah sitrus, yang boleh melawan jangkitan.Lemon membantu dalam pengeluaran WBC dan antibodi-antibodi dalam darah yang melawan mikroorganisma dan mencegah jangkitan.
Jus lemon diberikan untuk mencegah selesema biasa.
Nampak kan betapa hebatnya khasiat lemon ni
Bukan takat nak bagi badan slim melim buang angin lemak segala je tau

Ok balik pada kisah Sumayyah :)

Aku guna 2 biji lemon, belah 4 macam tu lepas tu perah jusnya dalam air
Semerbak bau lemon bilik air mak esah....wangi hoiii...tak payah pakai pewangi kimia tu haaaa
Lepas tu rendam la Sumayyah dalam tu
Kulit lemon yang dah perah tu usah buang pulak
Campak sekali dalam air tu
Sambil gosok anak sambil sapu kulit lemon kat kulit anak
Aku siap sapu kat rambut dia lagi
Maklumlah rambut Sumayyah lebat dan tebal
Kemain wangi rambut dia

Masa berendam ni aku panggil Alauddin sekali
Ajak berendam 2 beradik
Biar sama2 dapat manfaat dari lemon tu
Sambil2 tu mandikan macam biasa
Lepas mandi aku hanya pakaikan dia CD sahaja
Masa ni cek suhu masih lagi 37.5
Dan badan dia pun suam2 macam subuh tadi
Tengok dia aktif ja main aku takde la risau sangat
Aku cuma kerapkan menyusu, setiap setengah jam aku ajak dia menyusu
Kalau memang exclusive breastfeeding, paling utama kerapkan bagi anak susu
Selain khasiat dari susu ibu itu sendiri, perbuatan mengempeng, berpeluk, dan memerap sambil skin to skin dengan anak membantu mengawal penurunan suhu badan anak secara tidak langsung
Tu sebab kebiasaannya budak demam nak memerap je dengan maknya kan
Sebab sentuhan ibu dan anak tu menenangkan si anak
Jadi setiap kali menyusukan Sumayyah, memamg dia akan memerap dengan aku
Aishhh tapi Sumayyah kalau tak demam pun memang kaki merap...haha...manja puteri kayangan sorang ni

Bila hari makin petang, badan dia mula rasa panas
Aku pun cek suhu lagi udah 38 darjah celcius
Pukul 6 petang aku mandikan dengan air lemon lagi dan waktu berendam memang dia suka sangat
Aku takde la risau mana pun  sebab walaupun dia demam tapi dia aktif macam biasa termasuklah berak kencing dia

Selesai mandi aku mula sediakan minyak bawang putih
Cara dia ambil 2 biji bawang putih kemudian bakar atas api dengan kulit sekali
Sampai dia lembut dan tertanggal kulitnya, lenyek bawang putih tu atas piring bersama minyak kelapa dara atau minyak masak
Dah sebati tu boleh la buat sebagai minyak sapu
Sapu di sendi dan pelipat yang menyimpan haba macam siku dan celah siku, lutut dan celah lutut, ketiak dan juga bahagian dada depan dan belakang
Sambil sapu tu urut la perlahan lahan, baca Bismillah, selawat dan beberapa ayat Al-Quran yang korang hafal dan tahu manfaatnya
Rasa tenang je rasa sambil cium bau bawang putih tu
Kemain sedap baunya

Bawang putih ni memang banyak khasiat dia
Lagi bagus kalau dibuat ulam
Perghhhh memang sedap
Aku dah memang amalkan makan bawang putih buat ulam
Sekarang beli bawang putih sama banyak je dengan bawang besar sebab guna pun banyak juga

Ni ha aku selit sikit antara khasiat bawang putih
Bawang putih bertindak sebagai Anti-bakteria dan Antivirus . Sejenis bahan iaitu allicin yang terkandung di dalam bawang putih ini bertindak sebagai antivirus dan antibakteria dalam memusnahkan beberapa mikrobakteria. Jadi, ianya amat baik untuk jangkitan perut, jangkitan influenza dan sebagainya.
Sebab bawang putih adalah anti-bakteria dan antivirus jadi memang sesuai sangat lah untuk merawat demam, batuk dan selesema
Yang paling power rangers bawang putih ni untuk meningkatkan imuniti badan kita

Malam tu sumayyah tidur nyenyak ok takde masalah
Walaupun hidung dia berair, tapi tak ganggu pernafasan dia
Aku sediakan air dalam besen untuk jerlum kepala dia
Lepas tu buat wet socks
Sumayyah memang takdak stokin
Jadi aku amik sarung kaki masa baby tu aku basahkan dan sarung kat tapak kaki dia
Tujuan buat wet socks ni untuk bagi rasa panas dalam badan tu keluar melalui kaki yang basah tu
Aku tak buat garlic socks sebab takde stoking hahaha
Jadi fokus pada wet socks sahaja la
Menyusu tetap bagi sekerap yang boleh

Untuk merawat hidung berair tu aku ambil kunyit hidup sebesar 1 ruas ibu jari lepas tu buang kulit
Kemudian kikis kunyit tu kat anak lesung batu sampai keluar air
Calit kunyit hidup tu dari ubun2 anak sampai ke muncung hidung
Sebelum tu baca Bismillah,selawat dan doa usaha tu untuk penyembuhan penyakit anak
Lepas tu biar je kering

Hari Kedua

Selasa pagi suhunya masih dalam range 37.8-38.0
Aku masih lagi rendamkan dia dengan air rendaman lemon
Sumayyah tetap aktif bermain seperti biasa cuma ada ketika dia merengek nak memerap
Tapi dia lebih banyak menyusu dari biasa

Kenapa perlu kerap bagi susu ketika demam?
Ok aku cerita simple je la ye
Ni pun aku dapat dari seorang doktor pakar kanak kanak, aku inbox dia kat FB

Bila kita kerap susukan anak, anak akan kerap kencing dan lagi bagus kalau dia kerap berak
Panas dalam badan ni akan keluar melalui air kencing dan najis
Lagi bagus kalau najis anak cair dari keras sebab tanda anak lawas membuang walaupun tengah demam
Kalau anak muntah jangan takut
Itu normal bila anak demam, dan bagus juga dia muntah sebab panas dalam tu keluar melalui muntah dia

Dalam 1 hari Sumayyah akan muntah 2 kali, of course la yang keluar tu susu kan sebab Sumayyah belum lagi makan secara serius
Dan setiap kali muntah, aku memang perasan muntah tu panas
Setiap kali selepas muntah, dia akan rasa selesa dan jadi lebih aktif
Suhu pun akan mula turun sikit selepas muntah
Bab berak pula sumayyah memang kerap berak
Masa demam ni memang banyak la guna CD
Dan najis dia pun lebih cair dari biasa, so aku tak risau mana

Tengah hari tu aku buat sup bawang putih, nak suap kat sumayyah
Cara masak aku letak air, cincang bawang putih sampai sehalus mungkin, hiris halia dan masukkan 1 sudu beras hancur
Beras hancur ni memang aku dah siap buat sebelum ni
Mula2 cuci beras sampai bersih, lepas tu toskan sampai kering
Lepas tu goreng tanpa minyak beras tu sampai rasa kering betul2
Lepas tu blend sampai hancur guna pengisar kering
Then boleh la simpan dalam bekas kedap udara
Beras hancur ni kira menggantikan cerelac atau nestum la senang kata
Bila nak masak bubur  just tambah air je dan apa2 bahan lain. Tekstur dia memang dah sedia halus
Alhamdulillah Sumayyah makan lebih dari 10 sudu

Ada masa dia main ada masa dia merengek
Tapi yang banyaknya dia mengempeng dengan nenen la
Beberapa jam selepas makan sup bawang putih Sumayyah kerap kentut beserta berak
Tapi najisnya cair la, kira macam cirit kot tapi takde la cair sangat
Setiap kali berak mesti disertai dengan kentut
Dan kentut dia sangat kuat
Kentut pulak tak semestinya berak..haha
Setiap masa dia akan kentut
Kan bawang putih tu juga fungsinya membuang angin
Tu yang kentut kemain bermaharajalela..hahaha

Aku pun bila Sumayyah demam ni, meratah bawang putih dan haliaje la
Masak pun lauk singgang dan tauchu, letak bawang putih seketul tu banyak2
Masa makan nasi tu kunyah la bawang putih dan halia
Sebab tu la agaknya Sumayyah kerjanya kentut sesaja

Malam tu dalam pukul 10 macam tu cek suhu 39.1
Alamakkk tinggi suhu ni
Masa ni dia tengah tidor
Jadi aku ambil kain dan basahkan lepas tu balut dari bawah ketiak sampai ke perut
Memang dia menangis sebab tak selesa kan kain sejuk tu
Tapi lepas pujuk2 bagi susu elok dia tidur balik dengan tenang
Semalam aku hanya jerlum kepala je, badan pulak hanya lap2 dengan kain basah dan kaki pakai stokin basah
Tapi hari ni sebab suhu dia naik tinggi tiba2 aku guna kaedah balut badan dia

Bila balut badan rupanya dia lagi nyenyak tidur
Kalau tak kejap2 berpusing kejap2 berkalih
Sampai aku langsung tak boleh nak bangun pegi mana2
Tapi lepas balut badan dia ternganga dia tidur
Malam tu jugak aku dapat tidur dengan selesa sebab boleh berpusing badan
Suhu pulak selepas dibalut badan tu turun la 38.5
Kepala pulak asal nampak nak kering je aku jerlum lagi dengan air asam jawa
Sampai la ke Subuh aku buat
Tidur pun macam tak tidur je
Nas pun kejap2 teman kejap2 tanya
Aku malas nak kaco sangat sebab esok dia nak keje
Tapi dia pun risau anak demam tu yang sama2 berjaga

Hari ketiga

Pagi ni suhu maintain 38-38.5
Masih lagi mandi air lemon
Sapukan minyak bawang putih
Disuapkan sup bawang putih
Pakaikan wet socks
Balutkan badan dengan kain basah
Dan jerlum kepala
Aku tetapkan makan bawang putih dan halia untuk hasilkan susu badan yang boleh bagi antibodi yang kuat pada Sumayyah...Insha Allah

Waktu siang jarang2 sangat suhunya tinggi
Ada ketika suhunya 36.8 - 37.5
Macam bukan badan orang demam pun ada
Tapi bila malam mula panas tu kuat sikit
Malam ke3 masih lagi berbalut badannya dengan tuala basah, kepala dan belakang badan aku letak cool fever
Menyusu pun sama bagi sekerap yang boleh
Berak pun kerap juga, lebih 5 kali sehari dia berak
Muntah dah takde pada hari ke3 ni
Pukul 4 pagi tu badan dia macam dah ok, pegang tak rasa panas macam demam
Lega sikit dah masa ni, doa sangat itu petanda demamnya dah mula pulih
Masih lagi tetap balut badan dia dengan kain basah sampai pagi

Hari keempat

Bangun pagi nampak ceria sangat mukanya
Cek suhu Alhamdulillah 36.7 suhu normal la tu
Nas pun pergi kerja pagi tu nampak seronok sikit sebab makwe dia dah mula nampak tanda2 dah sihat
Mandi pagi tu pukul 9 pagi, kemain galak dia dalam bath tub tu
Lepas mandi dia aktif main takde panas dah badannya sampai la ke malam
Hidung dia pun dah elok kering
Nasib baik dia tak kene selesema sekali
Aku tak kata dia kene selesema sebab air yang keluar dari hidung dia cair je dan berwarna jernih
Takdak warna kuning ka hijau ka pekat ka
Jadi aku rasa dia hanya demam dan mungkin hidungnya sekadar berair

Alhamdulillah Allah makbulkan doa2 kami, Sumayyah sihat sepenuhnya pada hari keempat tu
Malam tu pun aku dapat tidur dengan lenanya
Bukan aku je, Nas pun sama
Sampai dia kata rasa macam letih je, jenuh die pikir pasai apa
Aku kata tak cukup tidur la tu, tu badan letih
Baru dia teringat...haha

Alhamdulillah, sakit itu fitrah dan penyembuhan juga hanya dari Allah S.W.T
Kita hanya mampu berikhtiar selagi daya
Aku sedaya upaya usaha cara semulajadi
Kalau nampak keadaan makin teruk boleh lah pergi ke hospital untuk rawatan susulan
Takut2 ada penyakit lain yang kita tak ketahui asbab dari demam tersebut
Yang pastinya nak usaha apa2 perlu dengan ilmu
Bukan ikut ikutan atau paksaan atau sekadar dan cuba2
Mesti beramal dengan ilmu
Barulah tak sesat jalan kata orang

Tapi memang sungguh la
Nak amalkan rawatan semulajadi ni memang perlukan kesabaran yang tingg
Kalau jenis cepat kalut, risau tak tentu hala, cuak tak kene tempat susah la sikit nak buat rawatan macam ni
Nak2 yang jenis nak cepat sembuh
Kalau boleh nak sihat dan2 tu jugak
Jenis macam ni tak digalakkan buat rawatan semulajadi macam ni
Sebab takut nanti dia persalahkan atau perlekehkan rawatan ni pulak sebab anak dia lambat sembuh
Lebih baik jumpa doktor untuk rawatan selanjutnya


selepas sembuh dari demam


Nanti kita jumpa lagi di lain posting ya :)

Wassalam

Friday, February 19, 2016

Perjalanan Menyusukan Sumayyah

Assalamualaikum

Lamanyaaa tak kongsi kenangan di sini
Banyak sangat nak kongsi nak cerita tapi masa banyak tertumpu pada anak2 dan keluarga sampai blog kenangan pun susah nak jenguk
Hurm nak buat macam mana kan...baru anak 2 mak esah oiiii

Ok nak share pasal Sumayyah punya breastfeeding journey.
Setiap kelahiran mesti lain rasa dan keadaannya kan
Sama la juga dengan perjalanan menyusukan anak2



Waktu Alauddin Alhamdulillah aku lalui kebanyakkan apa yang ibu2 selepas melahirkan lalui
Habis je kesan ubat bius terus rasa breast bengkak dan bila dipegang memang tengah sarat dengan susu
Tak lama lepas tu basah lenjun baju pink aku dalam keadaan aku tak sedar
Sangat banyak alirannya dan sentiasa penuh
Pertama kali merasa aku macam gelabah sebab takut anak tak sempat nak minum yang sedia ada nanti breast penuh lagi untuk susu baru pulak
Padahal bukanlah macam tu pun sebenarnya



Tapi bengkak susu aku tiada rasa sakit
Hanya bengkak susu semata mata
Cuma untuk pertama kali menyusu aku kekok dan agak bermasalah sebab puting kecil
Itu sahaja masalah besar yang aku hadapi
Yang lain Alhamdulillah lancar perjalanannya

Sumayyah pula berbeza dan amat lain sekali perasaannya
Selepas lahirkan Sumayyah, sambil ditolak ke wad aku rasa breast aku macam kosong ringan macam takde tanda pun baru lepas melahirkan anak
Ye la sebab masa Alauddin aku rasa bengkak tapi masa Sumayyah tak ada langsung
Aku mula urut perlahan lahan dan set dalam kepala susu ada sebenarnya cuma tak bengkak je



Sumayyah lahir2 je terus meraung menangis sekuat hati dan kebetulan pagi tu aku je yang baru lepas bersalin
Jadi 1 kawasan labour room tu penuh dengan suara nyaring Sumayyah je
Memang sangatlah kuat suaranya sampai doktor pun terkejut mendengarnya..haha

Jadi bila nurse bawa sumayyah pada aku masih lagi tengah menangis
Nurse kata susukan anak untuk bagi anak tenang
Masa ni aku pegang breast Allah kenapa breast aku macam takde apa2 ni
Keadaan dia macam masa aku tengah mengandung
Kosong ringan macam takde isi



Jadi aku mula mengiring nak susukan Sumayyah
Disebabkan aku ada pengalaman menyusukan Alauddin jadi aku dah tak alami masalah puting kecil
Sumayyah terus boleh menyusu untuk pertama kalinya
Tapinya ada masalah lain pulak
Breast aku kosong jadi aku kene lekap lebih kat mulut sumayyah
Dia macam lembik tau so sumayyah macam susah nak maintainkan puting tu kat paras sepatutnya
Kalau breast kita bengkak jadi macam penuh macam tu kan so bila letak mulut anak terus lekap kat situ anak menyusu pun tak tercabut atau tertarik
Bila lembik dia macam bergerak2 jadinya Sumayyah duk la nangis sepanjang aku ditolak ke wad tu



Sampai wad aku ambil posisi lain pulak dan sendalkan sumayyah bagi tinggi sikit
Lepas tu baru dia diam dan dapat menyusu dengan betul
Tapi dalam hati tetap terfikir ada ke susu ni sebab breast rasa kosong dam ringan je
Maklumlah kita mudah rujuk pada pengalaman yang lepas kan sebab sebelum ni memang tegang je selepas bersalin dan kali ni pulak lembik mahu tak pelik rasa

Keadaan tu berterusan selama seminggu
Maknanya selama seminggu tu aku tak rasa breast yang bengkak yang penuh dengan susu dan tak rasa baju basah dengan air susu dan pengalaman lain2 seperti kebanyakkan ibu menyusu
Tiada langsung
Tapi sepanjang tu jugak aku memang usaha positif sehabis daya untuk mengatakan memang ada susu cuma caranya bukan dengan bengkak dan sebagainya



Pastu keep borak dengan kawan yang sealiran dalam support natural birth ni then mereka kata memang normal untuk breast rasa kosong dalam tempoh seminggu 2 minggu pertama kelahiran
Since baby pun bukan menyusu dalam kadar yang banyak
Kalau baby ok nyenyak tidur kencing berak pun ok tak perlu nak risau apa2
Jadi bila aku selalu dapat kata2 positif dari mereka yang positif perkara itu berlalu begitu sahaja
Means aku tak beratkan kepala nak fikirkan pasal susu dan kenapa ia begitu tak seperti sebelum ini

Alhamdulillah syukur sangat aku dapat positifkan fikiran aku dalam waktu berpantang sebab perkara paling penting yang aku memang belajar selama terlibat dalam penyusuan anak2 adalah the power of mind set
Paling utama kuasa kawalan minda
Memang kene tenang, tak boleh terlalu berfikir perihal susu cukup ke tak, tak perlu nak harap asal menyusu anak je mesti rasa macam ni mesti rasa macam tu
Ibu menyusu memang kene tenang santai gembira tak rasa terbeban rasa kasih sayang dan rasa disokong oleh suami
Wajib suami untuk sokong perasaan isteri yang menyusukan anak sepanjang tempoh penyusuan itu berlangsung

Minggu pertama berpantang aku usaha ke arah itu
Nas memang biasa tanya macam mana susu ok ke ada apa2 masalah ke apa kan
Aku biasa jawab ok takde apa masalah
Beberapa hari tu baru aku cakap kat dia kenapa breast aku tak rasa macam penuh susu keras macam masa Alauddin dulu
Tapi Nas biasa tenang je
Dia tanya susu kalau picit ada tak
Aku kata kalau picit ada susunya
Dia cakap kira adalah tu cuma tak tegang je la
Pastu setiap kali Sumayyah lepas menyusu dia akan tepuk belakang Sumayyah dan tak lama lepas tu ada bunyi sendawa
So Nas pujuk kata kalau takdak susu takkan anak sendawa
Pastu tengok pulak sumayyah kerap kencing dan berak
Sehari tu lebih dari 5 kali berak sesaja dan najisnya agak banyak sekali dia membuang tu
Jadi Nas pujuk lagi kata memang ada susu sebab anak berak kerap dan banyak



Sehinggalah pada 1 malam Sumayyah muntah
Sangat banyak mungkin sebab terlalu kerap menyusu
Muntah tu sampai memancut mancut
Berdebar jugak aku tengok sebab tak pernah anak muntah sampai macam tu
Tapi sumayyah dalam keadaan biasa sahaja
Takde menangis ke apa dia diam je terkebil kebil
Kami pun cuci bersih lap segala
Selesai semua tidurkan sumayyah balik

Dalam suasana sunyi tu aku kata kat Nas memang sungguh susu aku ada dan banyak
Bukti dia Sumayyah muntah sangat2 banyak dan yang keluar tu susu pekat yang masih segar
Bukan muntah keluar susu yang berketul ketul macam susu basi tu
Memang lega seleganya la aku selepas kejadian tu



Perasaan aku mula tenang tambah rasa seronok sebab aku dah dapat jawapan pada rasa pelik aku tu
Walaupun aku tak rasa bengkak susu atau susu melimpah tapi aku yakin memang ada susu
Kadang2 ada fikir ada ke susu anak aku hisap ni
Memang sungguh ada dari hari pertama lagi dia menyusu dengan aku
Alhamdulillah

Masuk minggu kedua dan ketiga dan seterusnya Alhamdulillah aku dah mula rasa bengkak susu
Lagi la rasa lega dan seronok dan lama2 dah tak fikir dah perkara pasal susu ni
Perjalanan yang baik sehingga usia sumayyah 6 bulan kami diuji sekali lagi



Bulan lepas aku kene cirit birit dan muntah
Hari pertama badan aku lemah
Nasib baik isnin tu Nas memang ambil cuti sebab konon nak rehat selepas balik dari Penang
Dia la mengkesahkan hal rumah dan bebudak ni ha
Yang paling aku risau takut susu drop la kesan cirit birit tu
Sebab memang perasan breast pun tak penuh dan engorged macam selalu
Keadaan dia sama macam selepas aku lahirkan Sumayyah
Kosong lembik dan macam bukan orang tengah menyusukan anak
Tapi aku keep minum air untuk elak dehidrat dan kerapkan membuang sisa makanan yang tak elok dalam badan
Makan pun aku makan bubur je



Dalam 3 hari tu Alhamdulillah susu tetap ada dan Sumayyah still menyusu macam biasa
Aku risau kalau dia resah macam tak cukup susu ke tapi tak de pulak macam tu
Hari pertama je aku muntah dan cirit birit kerap
Hari kedua dah kurang sekali 2 je dan hari ketiga hanya kepala ja rasa pusing2 pening lagi
Lepas tu dah back to normal balik Alhamdulilah
Walaupun ujian tu datang sekejap je tu pun dah buat aku rasa risau jugak tapi syukur ujiannya yang mudah untuk kami anak beranak nak lalui

Sumayyah dah nak masuk 8 bulan hujung bulan ni
Sekejap sangat masa tu berjalan
Sedar2 dah laju dah anak aku merangkak dah mula meniti tepi sofa dah anak dara aku ni



Bab bagi solid food aku belum bagi secara serius pun lagi
Saja lewat lewatkan sama macam masa Alauddin dulu
Lagipun dia bukan makan beria mana lagi setakat 3 4 sudu macam tu je
Makanan utama dia susu badan je la pun

Begitulah perjalanan penyusuan sumayyah setakat ini lah
Sungguh2 berharap dan berdoa kali ni mampu untuk susukan dia selama yang mungkin selagi dia mau menyusu
Harapnya tiadalah ujian yang berat2 untuk kami anak beranak
Tapi sesungguhnya Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-hambaNya..Inshaa Allah



Wassalam 😊😊

Thursday, November 5, 2015

Kisah Berpantang Sumayyah

Assalamualaikum

Pejam celik pejam celik dah 4 bulan dah Sumayyah ni
Rasa cepat betul masa tu berlalu
Hari tu duk menunggu hari dia menjenguk dunia, hari ni dah 4 bulan dah ko nak
Alhamdulillah syukur masih diberkan kesihatan yang baik :)

Alauddin pulak tak lama lagi genaplah 4 tahun usianya
Tak lama lagi udah nak ke sekolah pulak kamu kan
Alahaiiii tak puas lagi mama nak main dengan kamu Alauddin oiii
In shaaAllah ada terfikir nak buat sambutan kecil-kecilan untuk anak bujang aku ni
Sekadar keluarga sebelah aku dan Nas je 
Nanti la sampai masa baru boleh cerita sebab perancangan aku ni macam2 kat kepala
Takut cerita awal2 kang tak menjadi pulak 

Bila usia Sumayyah dah injak ke 4 bulan maknanya aku pun sudah lebih 100 hari la selepas melahirkan dia
Alhamdulillah badan pun semakin sihat dan tenaga pun semakin pulih
Sebelum ni ada kongsi pasal kisah berpantangkan Alauddin
Kali ni nak story pasal berpantangkan Sumayyah pulak
Ada la kenangan pasal kelahiran anak2 dalam blog aku ni untuk bacaan bila2 kan
Sapa lagi nak kenang kalau bukan aku kan :)

Amalan berpantang aku masih buat apa yang kebiasaan ibu berpantang lain buat
Berstoking tu memang masa mengandung lagi aku dah pakai sebelum tidur
Setiap kali nak tidur aku mesti pakai stoking sebab nak elakkan kaki kene crampt mengkarung tu
Tapi memang kalau pakai stoking menggeliat la macam mana pun takde kene kejang tu
Kalau tak pakai stoking gerak lebih sikit terus kene kejang tu

Jadi bila berpantang aku teruskanlah amalan berstoking tu tapi pakai dari siang sampai ke malam la
Kalau bukak pun bila masuk bilik air je
Sampai la sekarang ni aku masih tidur berstoking lagi
Aku rasa lagi sedap berstoking pulak bila tidur
Rasa tidur tu lebih lena lebih sedap pulak
Kalau tidur kat hotel pun aku berstoking jugak
Dah la memang sejuk kan kalau kat hotel

Kain batik aku masih pakai dalam pantang
Masuk minggu kedua mula la selang seli dengan kain skirt labuh tu
Tapi kalau pergi KK memang aku pakai skirt labuh la sebab leceh la pakai kain batik pegi KK

Set berpantang aku guna Nona Roguy (NR)
Aku beli set dan tambah beberapa item lain la untuk kegunaan sepanjang berpantang
Aku mula ambil minggu kedua macam tu sebab tengokkan jaundice Sumayyah
Set bersalin NR ni aku memang highly recommendated set ni untuk ibu2 dalam pantang
Sangat2 elok dan memberi kepuasan maksimum dan hasil yang mengagumkan setanding dengan harganya yang boleh tahan mahal juga
Nanti aku buat entry khas pasal set NR ni sebab aku memang jatuh cinta habis la dengan NR ni

Aku ada rasa nak minum air kunyit hidup tu masa minggu pertama berpantang tapi sebab fikirkan jaundice Sumayyah aku postponed minum air kunyit tu
Aku minum masa hari ke 35 bila dah balik ke Kuala Selangor

Cara buat dia mudah je pun
Ambil ibu kunyit sebesar ruas pertama ibu jari - tak payah banyak sangat sebab guna sikit pun dah cukup dah
Manjakani - 1 biji kalau beso kalo kecik ambil 2 biji
Gula melaka - agak2 la ye
Halia 2 inci agak2 la beso ruas pertama jari telunjuk
Asam jawa

Ibu kunyit dan halia tu diblendkan sampai hancur dengan 2 cawan air
Lepas tu tapis masuk periuk untuk direbus bersama gula melaka, asam jawa dan manjakani
Rebus sampai menggelegak dan biarkan sampai air rebusan tu tinggal agak2 1 atau setengah cawan
Lepas tu agak2 suam minum la

Cara minum pulak tangan kanan pegang cawan berisi air kunyit tu sambil mengadap kiblat
Tangan kiri ampu ke atas breast kita
Lepas tu ibu jari kaki kanan pijak atas ibu jari kaki kiri
Mulakan dengan selawat atas Nabi Muhammad S.A.W dan bismillah
Tarik nafas dan minumlah perlahan lahan
Elok diamalkan pada 1-3 hari pertama selepas bersalin
Lepas tu boleh minum balik pada hari ke44 berpantang dan hanya amalkan 1 atau 2 minggu sekali je sudah memadai

Air kunyit ni bagus untuk dalaman wanita seperti mengecutkan rahim dan mengeluarkan sisa yang tidak elok dalam rahim, merapatkan saluran peranakan, dan menjarakkan kehamilan
Aku pernah tanya opah mengurut aku tu apa fungsi ibu kunyit dalam menjarakkan kehamilan
Opah tu kata kunyit kan ada getah
Getah die tu yang buatkan air mani lelaki susah nak lekat kat rahim
Macam tu la lebih kurang ayat opah tu

Aku dalam pantang banyak buat sendiri je
Ye lah dah pernah berpantang kan sebelum ni jadi aku tau lah sikit2 apa nak buat tu
Cuma takde la aku ikut terlalu ketat
Mana yang aku boleh adjust dengan keadaan aku masa tu aku buatlah
Ada masa terbabas waktunya ada masa elok je perjalanannya

Contoh kan kalau nurse mari nak tengok keadaan aku dan baby
Masa ni la ada perkara yang aku tak dapat buat sebab masa tu dah lari
Ada masa aku terlewat mandi atau siapkan diri sebab Sumayyah nak merap ke menangis ke apa kan
Tapi tetaplah buat mana yang sempat pada masa tu

Berbengkung pun tetap buat tapi tidaklah setiap masa
Aku berbengkung pada siang hari je
Malam aku tak pakai bengkung
Perut pun takde la buncit sangat macam lepas bersalinkan Alauddin dulu
Kali ni perut cepat surut dan agak rata la jugak....haha

Aku berpantang dalam bulan Ramadhan dan Syawal yang penuh dengan dugaan 
Dugaan makanan yang sedap2 yang sebenonya pun
Tapi takde la sampai menjejes jejes air liur tengok makanan yang tak boleh dimakan tu kan
Aku masih boleh tahan nafsu la lagi

Lagipun lauk berpantang aku pun takde lah sadis sangat
Tetap cukup dengan ikan dan sayur serta sambal ikan bilis lada hitam yang menawan kalbu itu
Hari pertama lagi mak aku dah buat ikan bakar lawan dengan sambal ikan bilis taruk lada hitam 
dekat 3 hari jugak aku makan ikan bakar tapi ikannya lain2 la
Lepas tu mak aku selang seli dengan ikan masak singgang
Aku ni memang suka pedas
Tak pedas rasa tak boleh telan nasi tu
Jadi mak aku letak jugak la cili api tapi aku makan tak banyak la 
Janji ada rasa pedas tu

Sayur pulak macam biasa la sawi dan kailan
Duk selang seli la 2 jenis sayur tu
Kalau time abah pegi paso ada ulam pegaga memang akan dibeli untuk aku
Kali ni aku makan siap dengan akar2 dia sekali
Pegaga kan memang elok sangat untuk ibu selepas bersalinkan
Memang aku pulun sakan la masa tu
Lagi 1 ulam yang memang wajib ada ulam temu
Tapi berpantang kali ni ulam temu ni payah pulak nak jumpa
Makcik yang jual pun macam biskut pulak
Kejap mari meniaga kejap tak mari meniaga
Kalau mari pun ulam temunya pula tak mandang
Ada la seminggu lebih aku makan ulam temu itu pun dapat masa nak hari ke 20 lebih macam tu
Itupun ulam temunya kemain beso gabaknya dan rasa pedas kat tekak lain macam
Tapi tetap la sedap cuma tak boleh makan banyak sangat lah takut panas dalam pulak
Jadi le dari tak merasa langsung kan

Sumayyah ni ada jaundice juga tapi takde la tinggi sangat
Cumanya warna kuning kat muka dan mata dia ketara nampak
Memang mudah orang perasan dia ada jaundice
Sekali tengok je tau dia ada jaundice sebab warna kuning tu agak ketara
Masa nurse datang rumah deme suruh ke KK untuk ambil darah sebab nak tahu bacaan jaundice tu tinggi mana
Asalnya aku malas nak pegi sebab leceh kan dalam pantang nak keluar ke sana ke mari pun
Dah la aku memang pemalas nak keluar2 tanpa sebab ni
Dah kata berpantang memang aku nak bertapa dalam rumah je la
Tapi ngenangkan kemain nampak beno kuning anak aku ni riso lagi di hati aku pegi la jugak

Masa Alauddin memang tak lama jaundice dia
Lepas tu bacaan die pun tak tinggi
Dalam 11 macam tu dan cek kali kedua dah turun 9 lepas tu tak pegi KK dah ambil darah 
Ambil 2 kali je darahnya
Lagi 1 kunig dia tak nampak pun
Tak de pun nampak kuning kat muka ke kulit badan ke atau biji mata dia
Elok macam biasa
Dalam minggu kedua dah takde jaundice dia

Tapi Sumayyah ni lama sikit dari abangnya
Aku pegi KK amik darah masa 1st bacaan dia 200 lebih 
Nurse kira2 dalam  14 maam tu dan kalau ikutkan kene tahan wad kat hospital
Ini lah yang paling aku takmau pun
Tak sanggup la aku nak habiskan masa berpantang aku kat hospital
Masa pegi tu hari Jumaat
Nurse suruh terus pergi hospital sebab KK tak bukak sabtu ahad kam

Tapi sebab aku takmau pegi hospital, nurse suruh repeat ambil darah lagi kat klinik swasta mana2 sabtu tu nak tengok bacaan naik atau turun
Tapi aku tak buat pun sebab aku yakin yang kuning anak aku akan turun perlahan lahan selagi aku keep breastfeeding dia
Lagipun anak aku memang kerap poo poo setiap 2 jam mesti poo poo
Dan najis dia pun memang kuning pekat 
Jadi aku tak risau mana pun since dia pun membuang kuning dia melalui najis dan air kencing kan

Isnin tu pegi KK lagi ambil darah
Aku fikir kalau bacaan turun aku takmau datang dah la KK sebab aku tau bacaan tu dah mula turun cuma biasanya ambil masa kan 
Tapi takpe la perlahan lahan akan hilang la
Jadi bacaan Isnin tu 190 macam tu dan turun apa 12 selepas nurse tu tambah tolak darab bahagi untuk tengok masuk dalam kumpulan mana
Since darah aku AB+ dan Sumayyah pulak B jadi bacaan tu dikelaskan sebagai tidak membawa risiko tinggi
Kira dalam kumpulan risiko rendah la 
Jadi aku pun takde la perlu risau sangat dan tak perlu dah nak ulang ke KK lagi
Walaupun nurse tu paksa jugak mari tapi aku hangguk aje la...haha

Bila deme mai ke rumah untuk lawatan dalam pantang tapi nurse lain la datang tu aku kata nurse KK kata tak payah mai dah sebab bacaan dah turun
Nurse tu kata sapa yang kata, doktor ka
Aku kata aah doktor
Sampai sudah deme tak tanya dah.....huhuhu....lega banyak la aku dari nak menjawab soklan deme

Tapi warna kuning mata Sumayyah tu lambat jugak nak hilang
Sampai habis pantang la jugak baru betul2 hilang warna biji mata kuning tu
Tapi makin pudar la pun lama2 tu
Badan dia dah lama dah hilang tapi mata dia tu lambat sikit

Sepanjang dia membesar ni takde nampak yang tidak kene pada tumbesaran dia
Alhamdulillah semua berjalan dengan baik 
Aku harap takdelah kesan apa2 kat Sumayyah sebab dari jaundice dia tu 
Lagipun dia bukan prolong jaundice 
Ok habis bab jaundice mek ni

Aku berpantang kat rumah mak sampai hari ke 30 je
Sambung berpantang kat rumah sendiri la pulak
Berpantang kat rumah sendiri pun aku hanya masak dan jaga anak2 je la
Mengemop, vacuum, basuh pinggan, cuci baju, kemas rumah dan kadang2 memasak Nas buat sampai la aku habis berpantang 44 hari
Tapi mengemop dan vacum Nas masih buat sampai sekarang sebab dia memang suka mengemas rumah.....huhuhu

Berpantang bersalin normal ni memang aku rasa berbeza sikit lah dari czer
Selera makan takde beza cuma aku lebih mudah nak bergerak ke sana ke mari je la
Bangun duduk makan tunduk tegak badan mengiring meniarap semua mudah
Takde nak pikir sakit kat tempat operate ke apa
Lagi 1 badan cepat rasa sihat tapi aku takde la melasak sangat pasai tahu badan masih dalam pantang
Aku cuma jaga anak je la
Alauddin dah pandai mandi sendiri
Aku just tunggu depan pintu bilik air tengok dia mandi sabun berus gigi apanya lepas tu lap2kan badan dia pakaikan dia baju dah siap
Dia pun elok main dengan mak pak sedara dia

Kalau aku makan aku suapkan Alauddin sekali
Kadang2 aku suapkan dia dahulu
Dah siap semua baru aku makan pulak
Sebab kalau suapkan dia makan banyak dan lama la sikit dia kenyang tu
Kalau dia makan sendiri banyak main dari makan
Maklumlah ramai pelayannya pun

Aku pun tak de berjahit besar sangat
Lagipun nurse kata takde koyakan kat bahagian dalam cuma jahit sikit sebab deme gunting masa aku meneran tu
Gunting pun sekali zass je dalam 2 cm macam tu
Jahit pun 2 3 kali tarik benang udah siap katanya
Jadi tak ganggu pergerakan sepanjang berpantang
Duduk sedap dan nak bangun pun tak rasa sakit

Minggu pertama aku banyak makan sunkist 
1 hari aku makan 3 4 biji untuk pulihkan tenaga dan darah yang keluar selepas bersalin
Minggu kedua aku mula ambil epal dan anggu hitam 
Ada orang tak tahan dengan anggur tapi aku takde masalah 
Aku makan ok je takde apa

Masuk minggu ke2 dan seterusnya mak mula masakkan daging / ayam  / ikan masak kicap letak lada hitam
Tapi masak kering la letak bawang potong bulat banyak2 
Sedap sangat aku rasa lauk macam tu
Makan hari2 pun tak apa...haha
Tapi yang selalu mak buat daging la 
Aku ada gak makan daging kambing masak hitam 
Makan dengan nasi beriani
Masa hari raya pulak adik2 aku masak nasi kerabu
Pun aku makan jugak sebab orang berpantang boleh je makan nasi kerabu tapi aku tak ambil la ulam2 dia sebab sayur kacang panjang kobis taugeh bunga kantan tu kan sayur sejuk dan bisa boleh buat sakit urat atau bentan urat
Tapi aku ganti dengan ulam pegaga dan temu
Lauk ada ikan goreng celup tepung dengan ayam goreng berempah

Bab menu berpantang memang aku suka sebab takde lauk yang memboringkan dan aku tak rasa bosan pun sepanjang berpantang 
Semua lauk lain2 dan sedap2 belaka
Cuma yang aku perasan berpantang kali ni waktu makan aku lebih teratur
Aku makan ikut waktu dan makan pada waktu makan je
Takde sesi mengunyah setiap masa
Masa Alauddin aku koje lapo sesaja
Sampaikan seminggu sekali mesti habis 1 tin biskut cream cracker tu
Setiap kali Nas balik hujung minggu mesti dia belikan biskut petak dalam tin sebab aku makan pagi petang malam pun makan lagi cicah dengan air kopi

Masa Sumayyah aku tak lapo manjang
Aku bangun pagi minum air herba lepas tu makan biskut cream cracker tu 2 paket dengan air kopi
Sementara nak tunggu lauk mak aku masak aku makan biskut ngan air kopi la dulu
Pukul 10 macam tu baru makan nasi
Lunch pulak pukul 2 3 macam tu dan makan malam pukul 6 7 macam tu
Malam kalau rasa lapar aku minum air herba je atau kopi
Takde dah makan biskut ke apa wat celup2
Itu pun dah cukup kenyang untuk aku

Bila waktu makan teratur ni aku perasan berat badan aku mudah turun
Masa 2 minggu pertama berpantang aku turun sampai 70kg dari berat sebelum bersalin 85 kg
Aku timbang pun masa kat KK nurse ambil darah aku sibuk timbang berat...haha
Habis berpantang 44 hari aku dah tuurn 66kg
Bila kira2 dekat 20kg jugak la turunnya
Bapak seronok aku rasa tak payah nak sekat atau kawal makan aku dah boleh dapat berat badan asal aku
Tapi aku target nak turun takat 63 kg macam tu sebab tu berat ideal la untuk dapatkan BMI yang sihat....gituuuu
Maintain kat 65kg pun dah kira ok sangat dah

Masa Alauddin berat badan aku maintan je kat paras 70kg dari dalam pantang sampai la umur Alauddin nak masuk 1 tahun
Punyalah payah nak turun berat aku tu
Terpaksa aku ambil supplement sebab stress berat 70kg tu...haha
Kali ni mudah bebeno pulak
Berkat amalkan set berpantang NR jugak sebenarnya
Alhamdulillah

Disebabkan berpantang ketika berpuasa dan hari raya, Nas kerap balik ke Manjung
Aku tak rasa pun macam duduk jauh dari dia sebab masa raya dia dah cuti panjang
Masa puasa pun dia ambil cuti jugak
Dalam seminggu tu 3 4 hari je dia kat Kuala Selangor
Tapi bulan puasa pun memang biasanya kerja tak banyak macam bulan2 lain
Mesyuarat tu banyak buat kat pejabat je
Kerja luar pun takde sepanjang Ramadhan
Jadi memang kerap la dia berada kat Manjung dengan aku

Alhamdulillah sepanjang berpantang takde perkara yang tak menyenangkan, yang tak menyeronokkan atau yang merimaskan berlaku
Semua seronok tenang dan penuh nikmat je aku lalui
Orang keliling semua paham keadaan aku selepas berpantang
Emosi pun tak terganggu
Keluarga pun yang banyak tolong termasuklah keluarga mertua
Alhamdulillah selamat melalui tempoh berpantang dengan jayanya..hihi

Nas ada tanya seronok ke bersalin kali ni
Aku kata seronok sangat dan perasaan tu lain sangat rasa
Sebab Nas kata sepanjang berpantang aku banyak gelak dan tak nampak macam ada masalah atau orang yang menanggung kesakitan
Dia kata tengok aku macam dalam keadaan selalu lah...hepi gituuu

Memang pun kali ni perasaan tu lebih seronok
Mungkin sebab kesakitan pun takde sangat
Banyak dipermudahkan oleh Allah S.W.T.

Nas tanya perasaan tu macam mana
Aku kata rasa macam beranak tiap2 tahun pun sanggup kalau dapat lalui pengalaman macam ni
HIHIHI....
Tapi Nas kata biarlah Sumayyah dah putus susu baru bagi adik kat dia
Ko tengok....belum apa2 dah pikir pasal adik Sumayyah kan
HAHAHAHA...

Ye...mesti merancang sebab aku pun taknak ada gangguan sepanjang perjalanan aku nak lengkapkan tempoh penyusuan untuk Sumayyah sebaik-baiknya 2 tahun usianya
Inshaa Allah jika dizinkan dan dikurniakan rezeki dari Allah Taala jua
Tapi kali ni aku nak merancang sendiri je dan sebolehnya nak elakkan ambil sebarang pil
Cukuplah aku ambil pil perancang macam Alauddin dulu
Kali ni akan guna kaedah semulajadi je untuk jarakkan kehamilan

Ok...cukup la dulu pasal berpantang
Nanti cerita lagi ye :) :)

Wassalam








Friday, October 9, 2015

Blouse Moden Yahaira

Assalamualaikum

Aku sekarang mula berjinak dengan blouse, dress dan jubah menyusu yang memang sesuai digayakan ibu2 moden zaman kini

Yelah ada orang takut nak pakai sopan sebab nampak gemuk la nampak berumur la nampak macam makcik makcik la...banyak lagi alasan cliche deme tu kan

Tapi sekarang ni dah ramai pengeluar pakaian wanita mula mengubah design dan corak penghasilan mereka ke arah yang lebih cantik dan boleh dipakai oleh pelbagai lapisan usia dari wanita yang belum berkahwin sehinggalah yang sudah berkahwin dan berumur juga

Dan yang paling penting pakaian tersebut wajiblah yang sopan dan menutup aurat si pemakai 
Maklumlah ramai yang suka pakaian muslimah kan

Bila dah berjinak-jinak ni aku pun jual la sekali 

Korang boleh lawat FB PAGE aku

SYANAS MUMS ATTIRE

Page ni aku jual pakaian untuk wanita dna ibu2 moden zama kini tak kira untuk yang bujang, dah berkahwin, yang dah ada anak atau belum ada anak, yang tengah mengandung dan yang menyusukan anak juga boleh pakai pakaian muslimah yang aku jual ni

Ok aku nak perkenalkan blouse moden terbaru diberi nama YAHAIRA 
Baru je dirasmikan penjualannya pada hari ini ye



Blouse terbaru yang mengetengahkan imej muslimah moden bersesuaian dengan peredaran masa kini.

♡Ciri ciri blouse yahaira sangat lah hebat♡

✩ Material moss crepe
✩ Less ironing. 1 minit dah settle!
✩ Tak mudah renyuk
✩ Nursing dan wudhu friendly
✩ Labuh menutup punggung
✩ Ada dua pilihan menggayakan blouse yahaira ni. Nampak cantik dipakai dengan kain dan nampak elegance dipakai dengan seluar. Pilihan di tangan andaa, gituu

Ada 6 warna
♤ black
♤ emerald green
♤ grey
♤ purple
♤ burgundy
♤ dark beige

Sangat lah hot blouse yahaira ni sebab kami pilih colour meletops saja untuk kali ini. 6 colour yang buat hati caiq leleh tahu


Antara koleksi Blouse Moden Yahaira seperti di bawah ye










Best kan ada saiz sampai 3XL ye
Jadi untuk yang berbadan besar pun boleh bergaya jugak....yeayyy!!

Ada zip kat bahagian untuk nursing
Ada zip di tangan untuk mudahkan ambil wudhuk
Yang penting longgar dan menutup labuh sehingga bawah punggung
Kan dah sopan menutup aurat gituuu

Boleh digayakan bersama kain atau skirt labuh atau seluar panjang seperti jeans longgar atau slack atau palazzo pun cantik jugaaa :)

Harga nya pulak adalah harga mampu milik ye puan2 semua

RM79 termasuk penghantaran seluruh Malaysia

Kalau berminat nak beli jangan segan2 nak whatsapp aku tau :)
0134314741 - aisyah

Wassalam :)






Wednesday, October 7, 2015

Puteri Pertama, Nasrin Sumayyah

Assalamualaikum

Lamanya aku tak menjenguk blog aku ni
Biasalah mak baru nak sesuaikan keadaan beranak 2...huhu
Agak mencabar la jugak nak menguruskan masa untuk diri, anak2 dan keluarga.
Tapi lama2 dah boleh terima dan belajar untuk uruskan semuanya dengan baik

Si adik ni namanya Nasrin Sumayyah
Dah 3 bulan dah ko adik baru mak ko nak updated kisah ko kan
Sadis maknya pun...haha

Ada cerita jugak pasal mencari nama anak
Anak dah keluar tengok dunia nama pun belum ada lagi
Aku tanya Nas, Nas tanya aku balik
Tapi memang akui la nama anak perempuan ni agak payah sikit nak cari
Sebab rasa macam banyak nama yang serupa yang biasa didengar
Ada tu nama yang disekeliling kita je, nama anak sedara la, anak kawan la anak jiran la

Aku dan Nas suka nama tokoh atau seseorang yang ada kisah dan sejarahnya
Macam nama Alauddin, bukanlah sebab suka nama raja ke sultan
Tapi sebab ada sejarahnya dan nama tu bukanlah pilihan utama kebanyakkan ibu bapa moden zaman kini....chewah
Lepas tu kami suka ejaan yang simple yang jelas pada sebutannya
Tak suka nak belitkan ejaan lepas tu susah orang nak sebut
Macam mana eja macam tu la sebutannya

Jadi sempena nak kasi can kat Nas untuk pilihkan nama anak kali ini, dia minta huruf N di pangkal nama
Ok aku kata nak ada bunyi serupa nama dia ke
Dia kan ok je sebab N tu biasa banyak nama untuk perempuan kan
Tapi dia takmau pangkal nama Nurul Noor Nor atau Siti
Dia nak nama lain dan mula dengan huruf N

Jadi minggu pertama berpantang kami cari nama
Aku terfikir nak letakkan pangkal Nas
Lepas tu Nas kata letak Nasreen atau Nasrin la
Sedap jugak Nasrin tu
Lepas tu aku memang suka sangat nama Sumayyah tu
Tahukan tokoh wanita Islam yang mati syahid sebab mempertahankan Islam dan dijanjikan syurga untuknya oleh Allah S.W.T.

Jadi aku gabungkan nama Nasrin Sumayyah
Tanya pendapat Nas
Dia tanya nak panggil apa
Aku kata panggil Sumayyah la sedap lepas tu nama penuh takde singkatan mayah ke yah ke apa
Sebab aku tak berkenan nama elok2 panggil pendek2 atau pelatkan nama konon nampak comel ke apa tapi maksud terus hilang
Jadi panggil nama penuh terus kalau nak panggil depan panggil Nasrin
Kalau nak panggil hat hujung panggil Sumayyah, kan senang

Hari ke-6 kami sepakat nak letak Nasrin Sumayyah
Tapi kami panggil Sumayyah 
Dari segi maksudnya simple sahaja
Nasrin membawa maksud pertolongan dan Sumayyah aku ambil semangat juang wanita syurga bernama Sumayyah 

Nasrin tu pada aku sesuai dan kene dengan keadaan kelahiran Sumayyah yang maksudnya pertolongan
Dari saat dia tahu akan dilahirkan banyak sangat pertolongan dari Allah S.W.T untuk aku dan diringankan kesakitan yang aku tanggung
Memang aku akui kelahiran Sumayyah amat mudah dan sakitnya itu memang ada tapi mudah untuk aku lalui....Alhamdulillah

Sepanjang mengandungkan Sumayyah pun aku selalu berharap dapat bersalin secara normal dan senatural yang boleh dan Allah mudahkan perjalanan aku 
Allah pertemukan aku dengan insan2 baru yang hanya kenal di alam maya dan terus bersahabat menimba ilmu yang sealiran dengan hasrat hati kami sebagai seorang ibu
Allah lorongkan bantuan Nya dengan begitu cantik sekali
Jadi bila aku tengok maksud nama Nasrin tu aku rasa sejuk untuk sebut namanya
Aku abadikan istimewa untuk puteri aku 

Aku kongsikan beberapa gambar Sumayyah semasa dalam pantang hari tu ye


Fresh from oven..hihihi
Lahir 3.27 kg 



Ni gambar masa nak wad lagi
Aku bersalinkan Sumayyah jam 10.20 pagi 
Discharge esoknya pukul 12 tengah hari macam tu

Masa lahir nurse takdak pun minta kain bedung 
Depa terus bungkus dengan kain bedung hospital
Aku dah siap letak dalam bag sebab masa Alauddin dulu nurse siap minta bedung masa baby dah lahir tu
Masa Sumayyah takdak minta apa pun

Jadi dah pindah kat wad aku pun pakaikan baju kat dia pastu tukarkan bedung yang dia punya





Anak-anak aku lahir rambut lebat2 hitam berkilat
Nurse doktor memang kemain kagum la tengok rambut depa ni pas lahir
Tapi Sumayyah lagi lebat la
Siap kerinting lagi kat belakang
Dua anak mengikut rambut Nas hitam berkilat sebab rambut aku perang takde hitam semua pun

Sumayyah lambat sikit dicukur rambutnya 
Alauddin dulu opah mengurut yang cukurkan masa hari ke-11
Masa Sumayyah berpantang masa bulan Ramadhan
Jadi opah mengurut tu tak mengurut masa bulan Ramadhan
Jadinya aku tunggu seminggu selepas raya la mentara opah tu nak sambut raya kan

Lepas tu aku dah pesan kat adik masa ambil opah bawak ke rumah untuk urut aku tu ingatkan opah perkakas bercukur sebab hari terakhir mengurut masa tu kira nak cukur la sekali harung
Udah adik aku terlupa la pulak
Jadinya idok la bercukur masa dalam pantang tu

Opah tu kabo tak ngape le suruh abahnya cukurkan
Lagi elok kalau bapak sendiri
Opah kata kalau ada mesin cukur rambut lagi elok sebab rambut anak aku ni lebat
Cukur biasa tak maunye

Kami memang ada mesin cukur rambut sebab 2 hero aku ni memang tak potong rambut di kedai
Memang mesin sendiri ke kat rumah dari dulu pun
Jadi aku tanya Nas dia berani ke nak cukur rambut Sumayyah
Dia kata berani je...haha


Ini rupa dia selepas 2 hari bercukur
Dah serupa abang dia dah
Sama2 bercukur pun deme ni
Alauddin potong pendek






Ini gambar terkini Sumayyah :) :)


Sumayyah bercukur pada usianya 40 hari
Dalam hampir 2 bulan rambutnya dah tumbuh penuh 
Yang aku heran tu takde cukur bantal pun rambut dia
Dari depan bawak ke belakang penuh rambutnya
Alauddin dulu depan tumbuh lebat tapi belakang lambat sikit sebab cukur dek bantal

Ok la nanti sambung lagi ye
Udah nangis pulak mek sorang ni..hihi

Wassalam :)













Thursday, July 23, 2015

Suasana Hari Raya

Assalamualaikum
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir dan Batin
Dah masuk 7 Syawal dah kita kan
Alhamdulillah aku pun dah makin sihat dan bertenaga
Sedap badan bila bersalin normal.....mudah dah cepat sembuh berbanding czer
Alhamdulillah

Raya tahun ni memang meriah
Semua 10 orang anak abah pulang beraya di Manjung
Tapi yang kelakarnya tu sesi bermaafan dan bergambar dibuat pada 3 Syawal
Haru sungguh raya kali ni
Ada kisah yang benonya

Si Syikin dia balik dari Kuantan naik bas
Dia balik khamis petang rayad naik bas Kesatuan
Si Wan, ma dan adik2 aku yang lain balik naik kereta tengah malam sebelum raya tu baru dia gerak
Sebab last Ramadhan dia masih berniaga kat bazar lagi
Selesai kemas2 barang niaga tengah malam tu baru la dia bergerak balik ke Manjung
Ikut jangkaan dalam pukul 2 pagi Syikin sampai la Manjung
Abah akan tunggu dia kat stesen bas

Malam raya tu pulak abah bakar lemang
Abah memang plan bakar malam sebab mentara tunggu lemang masak tu boleh tunggu Syikin sekali
Tot tet tot tet lemangnya siap masak dalam pukul 11 lebih macam tu
Mak pulak sibuk masak rendang ayam dan rendang daging
Pukul 2 pagi tu abah pegi la stesen bas tunggu Syikin
Tunggu punya tunggu sampai pukul 5 pagi basnya tak muncul2
Abah mesej Syikin dari pukul 3 lebih idok dibalas dek dianye
Rupanya syikin mesej ikah kabo basnye rosak kat Temerloh dekat 2 jam
Tapi dianya tak mesej kat abah
Ada ke mesej kat Ikah....dah la kawan tu tengah tidur bukan sedo pun orang anto mesej ke apa
Haru sungguh la budak Syikin ni

Abah pun pukul 5 tu tak de apa2 dia balik la sambung tido kat rumah
Kesian orang tua tu ha menunggu orang tak kunjung tiba
Pukul 8 pagi baru la syikin mesej suruh ambil dia
Si ila la pegi ambil dia abah udah nak siap2 ke masjid solat raya pulak

Si wan pulak subuh tu masih di Rawang lagi
Tersangkut dalam jammed kat Tanjung Malim katanya
Sampai Manjung pukul 11 pagi macam tu terus la dia cari apartment untuk menginap
Abah pun suruh la bawak bekal makanan raya untuk wan sebab tahu deme mesti lapo sebab berejam dalam kete dari tengah malam kan

Ila dengan Syikin hanto la makanan kat Wan
Udah tunggu deme pulak berejam2 la tak muncul2 kat rumah abah pun
Dengan Ila Syikin pun tak balik balik rupanya deme makan kat apartment si Wan
Selesai solat Jumaat baru deme semua datang ke rumah abah

Petang tu udah keluarga mertua aku pulak sampai
Abah dengan mak nak ziarah kubur arwah opah pulak kat kampung Bekor
Sempat la mak dengan abah melayan mertua makan apanya lepas tu baru gerak ke kampung
Elok abah pergi, Nas pun ajak mak dia check in kat hotel kat teluk batik
Mama memang plan nak tido hotel sebab deme datang sekali dengan family mak cu nak jalan2 teluk batik

Jadi tinggallah kami 9 beradik je kat rumah
Masa ni udah petang la pun
Abah dengan mak sampai rumah pukul 8 malam
Ate bila masanya nak bersalam bergambar bagainya kan

Konon planning nak bersalam bergambar raya ke2 la
Udah si wan pulak deme bawak baju raya sepasang aje
Yang lain baju jalan kira seluar ngan t shirt je la
Baju kurung baju melayu deme bawak sepasang sorang je
Lepas tu mama dengan mak cu pun lepas check out hotel ke mari lagi
Memang pack sesaja rumah abah pun
Udah tak jadi jugak nak buat masa raya ke2

Aku plan raya ke3 nak suruh deme pakai balik baju raya tu
Aku memang ingat nak cakap kat Wan pagi tu tapi ralit la aku menguruskan anak2 dan diri aku udah lupa
Petang baru la teringat aku cakap kat wan
Rupanya wan pun plan mende yang sama
Pagi tu dia dah basuh siap baju raya deme
Jadi kami pun kabo kat abah malam ni kita tangkap gambar pastu salam2 la
Abah kata ok jadi

Petang tu jugak wan balik ke apartment untuk deme siap2 la
Pukul 9 malam deme datang udah siap segala la
Alhamdulillah planning kami berjalan lancar
Dapatlah bergambar beramai ramai dan bersalaman sesama ahli keluarga








Muka aku nampak sembab lagi kan 
Tu tanda masih belum kurus la tu..haha
Tapi kan bersalin kali kedua ni aku rasa lemak lemak tak banyak kat badan 
Hanya perut je menggeleber sikit 
Kira logik la kan pasai perut kita mengembang ketika mengandung
Jadi ambil masa la sikit nak firm kepada keadaan asal kan

Tapi lemak2 kat bahagian lengan, peha dan pinggang memang tak de
Maintain je macam sebelum pregnant 
Lain rasa masa bersalinkan Alauddin dulu
Lengan dan peha aku ada lemak2 lembik tu
Lepas tu pinggang aku pun ada benjolan lemak kalau pakai kain atau seluar
Kat atas atau bawah getah pinggang tu ada benjolan lemak
Tapi kali ni tak da lemak2 kat area situ
Lega banyak la aku pasai tumpu kat perut ja la...haha

Ok sambung cerita pasal raya balik 

Juadah raya kami simple2 ja tapi semuaaaa sedap2
Raya pertama ada rendang ayam, rendang daging, lemang biasa, lemang jagung, nasi lemon lauk ayam masak merah dan kuih muih la
Aku dalam berpantang sibuk jugak gentel kuih raya
Tapi aku buat 2 jenis kuih je la
Tahu kan kuih popia nestum tu tapi aku tak guna kulit popia aku guna kulit murtabak
Lebihan kulit murtabak yang abah dah potong tu kami gunting kecik2 
Lepas tu goreng sampai kuning then salut dengan nestum, horlicks dan susu tepung
Rasa dah tentu la lagi sedap sebab kulit murtabak tu memang lemak berkrim rasanya

Lepas tu aku gentel biskut cornflakes pulak
Resipi kat FB je pun pastu simple gila sebab tak yah bakar2 pun
Hanya sangai tepung gandum atas kuali je dan bahan2 lain dah sedia untuk dimakan
Tak sampai setengah jam pun buat biskut cornflakes ni

Biskut lain ada yang dapat dari staf Nas dan dapat dari program yang Nas pergi
Dia dapat goodies bag yang ada balang kuih dan kerepek barang  1 2 jenis
Bila dikumpul kumpul cukup la 8 balang kuih raya
Jimat dah tak payah beli2 kuih bagai

Mama datang petang tu bawak pulak ketupat daun palas dan rendang ayam
Opah Ani pulak kirim kat mama gulai tauchu, rendang tok dan kuih apam beras
Gulai tauchu tu deme biasa makan cicah dengan kuih apam beras tu
Tapi gulai tu jadi lauk tengah hari aku jugakkk...haha...sedap sebab orang tua masak kan

Petang tu pulak wan bawak ma jenguk aku
Aku kan dalam pantang jadinya memang tak dapat la nak keluar rumah jenguk ma kat apartment tu
Ma memang paham dan memang tak bagi aku keluar
Dah la apartment tu kawasannya agak sunyi memang tak sesuai la untuk orang dalam pantang macam aku ni kan
Ma datang bawak rendang opo (orang kuantan tahu la kot rendang oppo ni kan)
Rendang opo ni macam rendang daging masak hitam rupa dia tapi versi kering 
Tapi cara masak dia lain sikit la
Ma kata orang dalam pantang boleh makan sebab tak pedas
Sedap rendang opo ni tapi makan denga pulut lagiii sedap....haha
Ma ada bawak rendang ayam jugak
Kiranya rendang ayam dan daging ada pelbagai jenis dan berbeza air tangan 
Tapi yang paling aku geram tu tapai pulut, tok buat dia bagi kat ma suruh bawak ke mari
Tok memang pakar buat tapai pulut....sedap sungguh la
Setiap kali raya kuantan memang aku akan makan tapai pulut ni
Tapi kali ni aku menyampah tengok sebab aku tak dapat makan....stresss!!!!!!
Aku kata kat ma tahun depan giliran beraya ke kuantan jadi aku nak ada tapai pulut
Hahahahahha....special request katanyaaaa....
Tak payah risau la esah....memang tiap2 raya ada je tapai pulut tu

Raya kedua pulak mak masak nasi ayam
Mama check out hotel tengah hari tu ajak makan kat rumah kami
Mak buat 3 ekor nasi ayam pasai wan dan adik2 pun ada, mama sekeluarga dan mak cu sekeluarga 
Lemang masih ada lagi mak top up rendang je lagi

Raya ketiga pulak adik2 aku suruh mak berehat deme pulak nak control dapur
Deme nak masak nasi kerabu 
Tak de la susah pun buatnya....mungkin sebab deme dah biasa buat kot sekejap je dah siap
Deme buat lauk ayam goreng berempah dan ikan goreng
Ada telur masin dan keropok
Ulam pulak sebab orang paso masih bercuti lagi cuma ada taugeh, timun dan kobis je
Solok lada je deme tak pandai buat...haha...padahal itu la paling sedap pun kan
Nasi kerabu deme memang sedap macam kat kedai pulak
Aku makan bertambah la sebab ayam berempah tu memang kick rasa ramuannya

Raya keempat pulak mak masak nasi impit, serunding ikan dan kuah kacang
Masa ni dah mula makan nasi putih dah sebab lama dah makan lauk raya je 
Mak masak kari kepala ikan siakap dan top up rendang daging pulak
Raya kelima mak masak lontong dan nasi impit
Serunding semalam ada lagi 
Lauk pulak taucu ikan siakap

Wan, ma dan adik2 balik pada raya keenam
Deme nak berjalan ke Tiara Beach Resort, PD pulak
Memang sakan la raya deme tahun ni
Maklumlah orang berniaga tak yah nak kesahkan cuti ke apa
Janji ada duit ikut dan la nak berjalan merata mana dan nak cuti lama mana

Nas pulak dah mula bekerja Isnin raya keempat tu
Lagipun dia kerap ulang alik ke mari dah macam tak payah amik cuti dah
Pasai tiap2 hujung minggu dah tentu dia akan ke mari lagi
Aku ni berurut pun belum lagi 
Opah yang biasa aku urut masa Alauddin tu tak mengurut masa bulan puasa sebab tak larat
Jadinya aku usaha cari orang lain tapi fikir2 balik aku dah selesa dengan opah ni aku tak mau la dengan orang lain
Kang tak sedap jenuh pulak kan
Aku nak cukur rambut anak aku sekali dengan opah ni
Call opah dia kata minggu kedua selepas raya la baru dia mengurut

Khamis abah dah mula berniaga
Alhamdulillah buat tak banyak pun sebab tahu mood raya masih ada tapi habis jualan petang tu
Hujung minggu ni mak kata nak buat nasi tomato kot nak jamu kawan2 kat pasar malam
Ala....kawan2 terdekat gerai kami tu je
Nak jemput mari ke rumah tak tahu bila masa yang ada sebab bila dah mula berniaga ni paham paham je la waktunya kan
Tak pe le janji niat hati tu terlaksana

Tak lama lagi aku pun nak balik Kuala Selangor
2 bulan dah kat Manjung makin kurus pulak aku tengok laki aku
Hahahaha.....simpati la kononnya
Ye la...orang biasa dibela dek bini 
Bini tak de mula la macam kucing mati anak kan

Ok la....tu je cerita raya aku
Simple je tapi ada moment tersendiri
Dapat beraya dengan keluarga sendiri, berkumpul kesemua adik beradik, keluarga mertua beraya bersama dan paling penting dapat beraya dengan mak sendiri....Alhamdulillah
Beraya dengan 3 mak la kiranya aku ni...haha

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir dan Batin

Jumpa next entry ye :)

Wassalam