About Me

My photo
Seorang anak sulung kepada pasangan Mohd Yusof Pandak Abdul Rahman dan Hasnah Yusuf. Seorang kakak kepada 9 orang adik-adiknya. Seorang isteri kepada Nasrul Faiz Firdaus. Seorang ibu kepada seorang anak lelaki, Muhammad Alauddin. Seorang suri rumah sepenuh masa dan sepenuh tenaga ('',). Seorang businesswomen kecil-kecilan aje untuk mengisi masa yang terluang. Seorang yang simple dan mudah didekati. Terima kasih sudi menjengah blog saya yang tiada apa ini..
Powered by Blogger.

Thursday, January 19, 2012

Bila Teringat...

Salam (^^,)

Kadang-kadang teringat zaman dulu means masa kanak-kanak dan remaja. Macam-macam kerenah dan perangai yang bila difikirkan balik akan terlintas di hati "aku cam tu eh dulu"..hihi..Bila dah menjadi seorang isteri dan ibu ni mula la teringat-ingat balik kan.

Bila bertemu dengan kawan-kawan yang seangkatan atau berborak sekadar di telefon masing-masing sudah bertukar rentak dan gaya.Ye la kan, cerita zaman sekolah dan universiti sekadar tinggal memori. Yang selebihnya kisah masa kini. Berubah rentak bermaksud gaya percakapan, isi perbualan yang hampir xsama masa zaman muda-mudi..Sampaikan kene perli pulak.."Amboi ko...bercakap mengalahkan ibu mithali" tak pun "perghhhh...tak sangka aku ko pandai berkata sebegini"..hihi..sebabnya masing-masing dah semakin matang..dah melalui fasa lain..de yang dah jadi isteri, de yang dah jadi ibu..2 3 orang anak pulak tu..jadi tak kan nak mengekalkan perangai2 pelik zaman muda mudi kan..cuma kadang-kadang tu terbabas la jugak kan..sekali sekala xpe..:)

Sekarang bila berjumpa mesti topik anak akan jadi perbualan utama kami dan terselit la sikit2 kisah zaman sekolah atau universiti dulu...mula la bantai gelak xsedar diri kan..nak2 plak bab2 mengenakan orang...tapi tula..nak berjumpa macam dulu-dulu bukan senang sebab masing-masing komitmen yang perlu diutamakan..xpe la..yang penting ikatan persahabatan tu xterputus walaupun xbertemu selalu..

p/s: tetiba teringat kat kawan-kawan baik yang sentiasa susah senang bersama..:) MISS u all...

Tuesday, January 10, 2012

As-Salam

Dah lama sebenarnya nak buat blog sendiri cume sekarang baru terlaksana..Alhamdulillah..

Sekadar berkongsi sedikit ilmu, pengalaman atau apa2 saja

Tapi kan seronok juga baca blog ni sebab mende yang kadang2 kita langsung xtahu kita bole tahu melalui pembacaan sebegitu..so blog juga adalah salah satu sumber pembacaan untuk memperoleh maklumat sama ada berkaitan hubungan sosial, politik, semasa atau apa saja..

Macam suami saya SANGAT suka baca blog2 orang politik sebab katanya sumber blog ni lagi tepat dah betul dari baca paper @ dengar berita..tu pendapat suami saya la..tapi bila dah selalu join suami baca rasa seronok pulak baca blog politik..cume bila baca blog politik ni akal dan emosi kene stabil..suami saya ambil pendekatan "baca hanya untuk tahu sahaja dan akan buat pembandingan dengan info2 yang diperolehi dari sumber2 yang lain"...betul juga tu,,:)

Errmm...selamat membaca la ye kepada anda2 semua..sekadar berkongsi cerita sahaja..hanya yang indah aje...:)