About Me

My photo
Seorang anak sulung kepada pasangan Mohd Yusof Pandak Abdul Rahman dan Hasnah Yusuf. Seorang kakak kepada 9 orang adik-adiknya. Seorang isteri kepada Nasrul Faiz Firdaus. Seorang ibu kepada seorang anak lelaki, Muhammad Alauddin. Seorang suri rumah sepenuh masa dan sepenuh tenaga ('',). Seorang businesswomen kecil-kecilan aje untuk mengisi masa yang terluang. Seorang yang simple dan mudah didekati. Terima kasih sudi menjengah blog saya yang tiada apa ini..
Powered by Blogger.

Wednesday, February 29, 2012

B.I.J.A.N

Salam semua....

Pe pulak kene mengena bijan dalam hidup aku ni??Haaa...sebenarnya ada kisah lucu yang telah berlaku masa aku muda remaja dulu..cam ne bole teringat ni?? Semalam suami tetibe teringin nak makan kuih bakar @ kuih kemboja..tapi aku buat bentuk bulat je..kan kat atas permukaan kuih bakar kene tabur bijan kan..masa ni la aku teringat..memang aku tergelak la..kisahnya cam ni...

Kisah ni jadi masa aku tingkatan 1. Mak aku suruh aku pegi kedai beli bijan..masa ni bulan puasa jadi mak aku nak guna bijan nak wat kuih rotan..ala..kuih yang dibuat dari tepung beras digentel bulat2 pastu goreng kan..pastu golek2 kat atas bijan..So, aku pun terus amik duit..pe lagi merempit la ke kedai..eehhhh...aku bukan merempit ngan motor, aku merempit ngan basikal je..huhu..aku ni kalau bawak basikal sangat la suka menyanyi..lalalala pun jadi..jadinye sepanjang perjalanan tu aku menyanyi la..

Sampai je kedai yang taukenye seorang perempuan cina tua..aku panggil aso je..laju je aku berjalan ke aso ni...aso ni tengah duduk atas kerusi plastik yang rendah tu..sampai je depan aso tu aku berdiri tegak..terdiam...yang aso tu pulak ralit dia renung aku..duk nunggu apa aku nak cakap..ntah macam mana aku boleh terkebil-kebil depan aso tu..aso tu pun terkebil-kebil tengok aku..dah tak larat aso tu nak terkebil-kebil dia tanya aku.."amoi..u mau apa balang"..aku pun terdiam..mula la tersengih-sengih...yang sebenonye AKU TERLUPA!!! Jenuh la aku nak ngingat pe mende la mak aku suh beli tadi..aso tu tanya lagi sekali.."amoii...u mau apa balang?"..aku cakap la..jap..jap..saya mau ingat kejap..terus aso tu cakap.."aiyaaaa...lu lupa ka amoii..." walaupun aso tu seorang perempuan cina yang sudah tua tapi muka aku tetap merah menyala menahan malu macam depan aku ni mamat hensem duk ngorat lak..jenuh la aku duk ngingat..perkataan BIJAN tu xterlintas langsung...

Tapi yang bagusnya aso ni sangat bersabar melayan kerenah lupa aku ni..kalau arang lain mau dia suruh aku balik je tanya mak nanti datang balik..haha..pastu aso tu tanya "balang tu apa macam lupa dia?"..aku pun cakap "dia biji-biji halus..yang orang tabur atas roti burger tu aso..aiyaa..saya lupa la apa nama dia.."..Aso ni terkebil-kebil lagi.."apa dia yang letak atas roti burger???"..pulak..aso ni pun bikin masalah juga..aku pikir lagi nak bagi lagi jelas menatang bijan yang aku nak beli tu.."haaa..mende ni kecik saja..halus saja biji dia..aso tahu ke kuih bom yang inti kelapa dalam tu..luar dia kan de biji-biji..tu biji la saya mau beli.."Aso tu pun jawab "aiyooo..u mau biji-biji yang buat kuih bom tu kaaa...kuih bom apa macam die punya bentuk???"..Alahaiii...aso ni tak kenal kuih bom pulak..pe lagi idea aku ye..

Sudahnya aso tu suruh aku round 1 kedai dia..cari la menatang yang aku nak beli tu...masalahnya mana la aku tahu menatang bijan tu disusun di mana?????tapi disebabkan aso tu kiranya membantu aku juga la..so aku pun meround la bahagian kekacang ngan bahan kering..langsung la aku tak jumpa...aso tu tanye "sudah jumpa ka amoii.."..aku cakap belum la..aso tu bantai gelak..sungguh2 dia gelak kat aku..sudahnya aku pun bantai gelak sekali la...

Aso tu pun kesian tengok aku dia suruh aku balik je la tanya mak aku apa nama biji-biji kecik yang disuruh beli tu...surrender dah aku..tapi disebabkan time tu nak maghrib aku cakap kat aso tu malam kang aku datang balik..huhu...sampai umah nasib baik mak aku tunda jap pembuatan kuih rayanya tu..aku cerita la kat mak aku..bantai gelak la mak aku..

Sampai skang kalo aku nampak bijan mesti aku tergelak sengsorang..sebab teringat kebengongan aku...tapi memang siyes la aku langsung tak bole ingat nama BIJAN tu..apatah lagi nak terlintas masa aku kat kedai aso tu..memang lama la aku bertapa kat kedai aso tu..gitu la..


Tuesday, February 21, 2012

Pengalaman Bersalin (Part 4)

Part kali ni nak story keadaan aku kat labor room pula...dalam pukul 7.30 p.m aku dah pun terbaring kat atas katil..mak, abah, adik2 semua tunggu kat luar sementara suami aku masuk temankan aku bila dipanggil oleh doktor..sakit contraction semakin kuat sampai kadang2 masa aku menahan sakit tu datang, suara aku berada di kerongkong..naik selak aku tahan sakit..suami pula sampai abis modal beri semangat kat aku..doa, selawat, ayat kursi tak lekang mulut kami..yang tak dapat lupa kami baca ayat kursi sama2..sampai sekarang aku masih terbayang..kadang2 suara suami seolah memujuk supaya aku bertahan..tiap kali kesakitan itu datang suami dengan rela hati hulurkan tangan dia untuk aku berpaut bagi mengurangkan rasa sakit itu..aku ramas jari suami..aku peluk erat lengan suami..alat oksigen pe mende ntah tu aku sedut dan hembus setiap kali contraction untuk kurangkan kesakitan tu..doktor dah pesan tadi jangan terlalu kerap bergantung dengan alat tersebut kerana akan membuatkan kita lemah dan mengantuk sert memberi kesan pada jantung..

Pukul 10 p.m doktor masuk untuk check bukaan..doktor dah terangkan tadi bahawa bukaan untuk yang bersalin anak sulung biasanya mengambil masa 1 jam 1 cm..so boleh agak tak berapa cm bukaan aku masa ni??dari pukul 7.30 dengan bukaan 4 cm sehingga pukul 10.30 bukaan cuma 6 cm!! Dan doktor juga cakap bukaan aku mengambil masa yang agak lama..Ya Allah, perasaan aku memang libang libu mada ni..doa tak putus-putus minta dipermudahkan segalanya..

Pada masa inilah ada 1 kisah lain yang berlaku semasa aku sedang bertarung ni..selang 2 bilik dari bilik aku, aku terdengar pekikan yang amat kuat..aku tanya suami kenapa tu..suami aku cakap de perempuan nak bersalin juga..ramai doktor kat bilik dia..tapi yang aku takut dan seram dengar jeritan dan pekikan perempuan tu yang  kadang2 seperti marah2 orang..lebih kurang cm ni.."sakit!!!sakit la woiiii..apsal sakit sangat ni!!woi...sakitlah!!"..sangat kuat..aku tanye suami melayu kr, duami cakap..aah, melayu..tapi cepat2 suami pujuk aku suruh jangan dengar wat tak dengar je sebab dia takut kalau aku terpengaruh dengan jeritan tu dan buat aku lagi takut..suara perempuan tu jelas sehingga ke ruang menunggu dan suami cakap mak aku tanye siapa yang jerit tu..aisyah ke?..suami aku cakap bukan mak..orang lain..mak aku siap pesan kat suami aku supaya jangan jerit2 kalau sakit mavam mane pun tahan je..mak aku kata malu menjerit depan orang..huhu..baik mak..

Doktor masuk balik untuk cek bukaan..ketika ni jam dah pukul 12 tengah malam..doktor tu sempat bergurau ngan aku yang confirm baby aku lahir 1.12 sebab dah tengah malam..cek punya cek sekali lagi aku dikejutkan dengan bukaan baru 8 cm..Allah hu Akbar..tenaga aku sudah banyak digunakan dalam menaham kesakitan contraction..doktor kata aku dah berada dalam labor room lebih dari 5 jam..agak lama..jadi doktor bagi aku tempoh lagi 1jam untuk bukaan sehingga 10 cm..pada ketika ini sudah seperti sudah tidak berdaya..sakit semakin kuat..ditambah pula kesan dari terlalu kerap menyedut oksigen dari alat pe mende ntah..sampai 1 tahap tu rasa mengantuk dan ketika tu contraction sedikit kurang..aku seolah mamai..suami panggil nama aku..berkali-kali sampai dia pegang pipi aku..dia sangka aku...........bila aku buka mata dan pandang dia serta merta dia panggil aku dalam suara yang sebak macam orang menangis..aku cume senyum..sempat aku cakap..abg jangan risau..ayg ok..suami aku cakap dia takut sangat tadi..

Pukul 1 pagi doktor masuk untuk check bukaan terakhir..dan kata putus akan diberikan nanti..bukaan masih 8 cm!! menangis sekejap aku sebab dugaan yang tidak terduga untuk aku..doktor ni panggil pulak doktor lain yang bertindak sebagai ketua shif malam tu..dia datang dekat aku dan cek bukaan lagi dan dia menggeleng kepala berkali-kali..berdebarnya aku masa tu Allah saje la yang tahu..suami diminta tunggu di luar..doktor tu cakap bukkan aku sehingga 8 cm dan maybe tak kan buka lagi..aku jadi panik..kalau tak buka cam ne doktor? aku tanye..jawapan yang doktor bagi memvuatkan semangat aku hilang, terbang ntah ke mana..U KENE CZER EMERGENCY..Allah hu Akbar..tapi doktor ni pandai pujuk aku..dia  tanya u ada rasa nak meneran tak? aku cakap ada tapi tak kuat..then doktor suruh aku teran sekuat yang mungkin..sehingga 3 kali teranan..sekali lagi doktor ulang..U KENE CZER EMERGENCY..dengan air mata yang berlinang aku tanya doktor boleh tak tunggu lagi..mane tahu akan buka..dengan suara merayu..tapi jawapan doktir buat aku pasrah..u dah terlalu lama dalam labor room..lebih 6 jam..kami risau kalau baby u lemas atau sudah berak..aku redha demi nyawa anak aku..

Persiapan dilakukan dengan sangat pantas..pada masa ni la contraction semakin kuat dan kerap..suami aku dimaklumkan tentang hal ini dan dia juga menerima dengan linangan air mata..terus call abah aku dah balik pukul 12 tadi sebab adik yang bongsu meragam nak tidur..tanpa segan suami menangis ketika call abah..aku madih terbaring..dalam keadaan sakit kene sign 2 3 birang kebenaran la, pe mende lagi ntah..doktor tadi tu beri penerangan tentang kesan czer dan bagaimana ubat bius bertindak..aku ingat lagi doktor tu cakap..nanti lepas cucuk bius u tak kan rasa sakit dah..aku tanya..sakit contraction ni tak rasa langsung??..yes..xrasa langsung..pada saat ini aku berdoa semoga dipercepatkan proses2 ini sebab sakitnya amatlah tak tertanggung rasanya...

Selesai urusan di labor room, katil bertukar katil, aku ditolak ke bilik pembedahan..ketika melewati suami yang turut sama mengiringi aku..dia menunjuk reaksi bersabar dan redha sambil senyum kat aku..ketika masuk ke bilik pembedahan, suami sempat memegang bahu dan pipi aku..ohhhh..sedih kejap (meleleh plak air mata aku masa menaip..cengeng!!) Lampu dibuka..peralatan disediakan..dalam tengah2 sakit ni doktor suh duduk tegak sebab nak cucuk ubat bius kat tulang belakang..Allah..sekali lagi dugaan..sakit tengah mencucuk-cucuk cam ne aku nak bangun..tapi doktor2nya baik..dieorang pangku bahu aku, bagi bantal letak kat depan suh peluk..yang doktor sorang lagi bantu aku untuk duduk tegak..dengan pantas dia cari urat nak cucuk..tak sampai 10 minit..aku rasa kosong...tak rasa apa2..senyap terus aku..doktor tanya..kak..de rasa sakit lagi?..sku cakap..Ya Allah..leganya..tak rasa sakit dah..aku pun dibaringkan dan pembedahan pun dimulakan.....

Aku memang tak ingat apa dah selepas tu..aku tidur tapi perbualan antara doktor 2 tu aku dengar sayup2 je..yang aku ingat aku nampak doktor angkat anak aku keluar dari perut dan tunjuk kat aku pastu tanya anak apa puan...aku cakap baby boy..Alhamdulillah...selepas tu aku tak tahu dah..aku bantai tidur sampai la doktor kejut cakap dah selesai..sempat lagi doktor tu mengusik aku.."amboi kak..lena sungguh tidur ye"..mana tak nye..dari mula masuk wad aku tak leh nak tidur so bila sakit langsung tak de sedap la tidurnya.....

Pukul 2.30 pagi segala urusan selesai...aku ditolak keluar terus ke wad..baby aku sudah pun dihantar ke sana..suami masih setia menunggu..senyum lebar dia..siap cakap baby comel..hihi..aku bertuah sebab anak aku duk bersama ngan aku dalam wad..sebab tak ada masalah pada patu-paru dan jantung...Alhamdulillah...begitula cerita pengalaman aku bersalin anak pertama..aku berdoa anak kedua nanti aku berpeluang untuk bersalin normal walaupun aku pernah melalui separuh dari proses kelahiran normal..tu sebab aku cakap pengalaman aku unik..aku berpeluang merasai 2 pengalaman brrsalin..syukur..

Oh...lupa nak story..bukaan tu masa 8 cm tu yang membuatkan doktor mengambil keputusan untuk czer emergency sebab masa aku meneran doktor tak rasa apa2 kat laluan tu..doktor kata kosong..dan doktor cakap baby u xturun ni dan tulang punggung u terlalu kuat..so decided czer emergency..memang aku kenang sampai akhir hayat aky pengalaman ni...UNIK DAN BERHARGA..

note: ingat tak perempuan yang jerit masa nak bersalin tu..rupenya dia duk depan katil aku masa kat wad lepas bersalin..aku pulak bantai cerita "sakitkan bersalin sampai de ppuan yg sama ngan saya menjerit2.."..ppuan tu jawab..saya la ppuan tu kak..memang sakit kak..tu saya jerit..dia pun czer jugak lastnye.....huhu..redha je la..

Pengalaman Bersalin (Part 3)

Ok...part kali ni pasal bukaan rahim yang mengambil masa agak lama juga ditambah dengan sakit contraction yang maha kuat..tengah hari tu mak aku datang bawak nasi putih lauk masak taucu..tapi aku makan sikit je sebab sakit sangat, tengok makanan pu tak lalu..mak aku suruh minumair selusuh, aku minum dah bergelas-gelas dah dari malam tadi, tapi tak pe la..aku minum lagi, lepas tu mak sapu air selusuh kat pinggang, belakang badan sambil selawat..sapu arah ke bawah supaya mudah bersalin katanya..aku ikutkan je la..lepas tu suami beli air kopi pahit yang suam sebab mak cakap makcik sebelah umah cakap air kopi boleh percepatkan bukaan rahim..aku pun hangguk je la ikut..pastu dari pukul 2 sampai la pukul 3.30 petang dah terbaring, tak larat sangat dah, sakit jangan cakap la, aku baring mengiring ke kiri sebab doktor pesan mudah untuk baby turun ke bawah dan mudah bersalin. Sekali lagi aku minta nurse untuk cek bukaan rahim...2cm sudah..Ya Allah, dekat 2 jam untuk buka lagi 1 cm..sampai nurse situ cakap sakit contraction awak ni dah kuat tapi bukaan awak lambat sikit..sabar ye..memang aku kuatkan semangat aku untuk tahan sakit tu, sampai aku tak larat nak berborak ngan suami aku..dia pun sudahnya diam je la sebab aku tak bagi respond pun..dalam keadaan sakit tu kekerapan untuk buang air kecil masih seperti biasa..nasib baik pukul 4 petang tu mak ngan adik-adik aku datang, so dieorang la pimpin aku ke tandas sebab aku dah tak larat sangat nak berjalan..wanita seangkatan aku yang berada kat wad tu kesian tengok aku sebab sakit kuat dah tapi bila tanya "dah buka berapa" then mak aku jawab baru 2cm..alahaiiii..pukul 5 sekali lagi aku minta nurse cek bukaan sebab sakitnya maha kuat..tak dapat lah aku nak describe cam ne..bukaan baru 3 cm dah nurse tu sampai cakap lepas ni last cek sebab tak boleh kerap sangat nanti boleh kena jangkitan kuman kat bahagian alat sulit. Ok..aku faham....nurse tu tolong aku dengan tekan sikit untuk luaskan lagi bukaan..kiranya cam bantu aku la supaya bukaan tu cepat sikit..dan aku terus menanti dengan sabar sambil terkumat kamit mulut aku baca doa dan seawat supaya dipermudahkan oleh Allah segala urusanku ini..

Alhamdulillah..pukul 7 petang bukaan sudah 4 cm..terus nurse maklum kat aku suruh suami kemas barang dan kejap lagi masuk labor room..gembiranya aku dengar masa tu..diebabkan aku dah tak larat berjalan aku ditolak dengan wheelchair ke labor room sementara suami dan famili yang lain tunggu di sana....

Kisah kat labor room kita sambung next part pula ye..panjang beno dah ni..

Sunday, February 19, 2012

Pengalaman Bersalin ( Part 2)

Ok...mesti nak tahu apa result air kencing dan scan tu kan...ayuh!!

Keputusan air kencing tu menunjukkan yang memang mengandungi air ketuban dan doktor pun terus suruh masuk bilik untuk scan kandungan air ketuban. Semasa scan tu doktor cakap....yesss...air ketuban semakin kurang..u alami leaking..nurse, tahan dia kat wad kita tengok esok apa cerita..doktor cina nama dia Tiong..nak tahu tak..doktor Tiong ni doktor yang sambut adik aku yang bongsu dulu..kebetulan kan..jadinya..mak aku uruskan bahagian pendaftaran sementara aku dibawa ke wad..aku pun terus call suami yang masa tu berada di kuala selangor (aku balik manjung masa minggu ke 36 sementara suami balik hujung minggu la jenguk aku sebab dia keje kan) maklumkan pasal hal ni..

Memang bosan kan bila duduk kat hospital..tu la yang aku rasa..mak abah aku dah balik kul 9 .30 malam selepas hantar nasi ayam dengan milo suam untuk makan malam. Suami pula cakap pukul 10 nanti dia gerak then sampai dalam pukul 12.30 pagi terus maduk jenguk aku kejap..suami amik keputusan untuk tidur dalam kereta sebab dia takut kalau aku nak bersalin dalam waktu terdekat senang dia berada dalam kawasan hospital..aku pun ok je la walaupun betkali-kali aku suruh tidur kat rumah..pe2 hal aku call je..lagipun rumah tak jauh dengan hospital..

Sepanjang tengah malam tu, perut lebih kerap mengeras dalam 10 minit sekali tapi contraction tak kuat sangat..cuma kadang2 rasa agak sakit tapi masih boleh tahan. Malam tu nak tidur pun tak selesa sebab risau sangat walaupun mata mengantuk yang amat. Pukul 4 pagi nurse datang bawa sejenus alat untuk check denyutan jantung baby sebab contraction aku dah semakin kuat..selepas tu nurse nak cek bukaan pula..bila cek..masih belum buka malah nurse kata langsung tak de jalan..Ya Allah, aku bertambah risau sebab sakit tu dan semakin kuat tapi jalan pula tiada..

30 Nov 2011
Pukul 7 pagi tu mak datang bawak nasi lemak tapi aku tak ada selera nak makan sebab perut aku semakin sakit sampai nak jalan pun agak terbatas..duduk pun kene senget2 sebab sakit contraction tu tak tahu nak bayangkan sakit macam mane..sampai la pukul 11 pagi tu aku minta nurse cek bukaan sebab aku sakit sangat dah..bila cek..Ya Allah..madih belum bukaan even 1 cm..meleleh air mata aku selepas tu sebab sakit contraction bukan main lagi tapi jalan masih belum buka..dugaan dari Allah untuk aku

Akhirnya..jam 1.30 petang aku minta nurse cek lagi bukaan..Alhamdulillah dah buka 1 cm..berkali kali aku mengucap syukur setelah separuh hari aku menunggu..tapi sakit contraction semakin kuat sampai aku tak nak makan apa2 sebab sakit sangat..air mata dah berapa kali mengalir..suami sampai tak tahu nak picit @ urut kat mana dah setiap kali sakit tu datang..

Masa yang diambil untuk bukaan seterusnya agak lama...tak pe lah..kita sambung lagi entry seterusnya....nanite  :-)

Saturday, February 18, 2012

Pengalaman Bersalin (Part 1)

Teringin nak mencoretkan pengalaman bersalinkan udin. Pengalaman yang maha indah, unik dan penuh nikmat..sakit??ye..memang sakit.betul mak cakap, sakit bersalin ni sakit yang tak pernah kita rasa dalam dunia ni..Ya Allah, sumpah memang sakit!!Tapi sakit yang penuh nikmat kerana sakit bersalin penghapus dosa..:-) Ok..kisahnya begini

29 Nov 2011(Selasa)
Petang tu aku macam biasa layan fb..berchit chat ngan kak zira (ex-housemate masa study kat shah alam dulu..aku anggap macam kakak aku sebab sangat lah baik dan lemah lembut orangnya).

Antara bualan kami pasal saat2 aku duk menunggu hari untuk bersalin ni la...memang aku ada rasa sakit tapi light2 je la macam sakit main2 je pastu baby mengeras..memang kerap mengeras tapi contraction tu tak kuat sangat la..dah 2 minggu macam tu..dalam kul 7 ptg tu aku pegi tandas sebab rasa cam basah dan tak selesa..bila tengok de tompokan cecair warna kuning cair sebesar syiling 50 sen, pastu aku teringat nurse kat KK pesan kalo de cecair keluar mesti cek bau dan warna dia, kalo de bau hanyir skit tu tandanya air ketuban la..aku pun amik nasihat tu dan baunya macam putih telur bukan bau hancing, kot2 bau air kencing sebab aku kerap sangat kencing sepanjang mengandung..terus cakap kat mak..mak suh siap2 sebab nak g hospital la cek air ape yang kuar tu sebab aku pn dah 38++ minggu masa tu..

Jam 7.30 mlm aku pun terus g hospital. Beg memang dah packing awal sebulan dah..in case bersalin awal senang la..aku cerita kat doktor pe yang berlaku tapi kan....doktor yang check aku ni adalah doktor yang sama wat weekly check up kat aku semalam (Isnin)..sejak aku masuk 36 minggu, aku de 2 check up iaitu setiap isnin check up kat hospital manjung dan setiap selasa check up kat KK.

So doc ni terkejut la sebab dia kata "aiyaa..kita jumpa lagi..sudah mau bersalin ye..semalam ok kan.."die senyum je..hihi..tapi memang doc tu cakap aku akan bersalin bila2 masa saje..so doc check bukaan rahim..muka doc tu terjebek-jebek..aku dah risau..pastu doc masuk 1 alat yang muncungnya panjang gitu..pastu die jebek lagi..XDE BUKAAN LA..berkerut muka aku..risau sangat..pastu nurse amik sample air kencing untuk tengok air ketuban..then suh aku masuk bilik scan untuk tengok kandungan air ketuban aku....

Panjang lagi ni cerita aku..sambung nanti ye...:-)

Friday, February 17, 2012

R.E.Z.E.K.I

Banyak pepatah pasal REZEKI..Antaranya
Kalau dah rezeki tak ke mana
Rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari
Rezeki anak lah tu

Ya, rezeki memang dari Allah dan kadang kala rezeki itu datang dalamn pelbagai bentuk
dan tidak diduga kehadirannya.
Sesetengah rezeki apabila ditunggu tidak juga kunjung tiba..mungkin Allah sedang 
menguji kesabaran hambaNya
 Sesetengah rezeki tidak sangka akan perolehi  tapi Allah bagi sederap dan berderet-deret..
juga untuk menguji keterujaan dan sifat bersyukur hambaNya

Aku mengomel ni bukan ape, selepas berkahwin tahun lepas aku menjadi suri rumah sepenuh masa..sebelum berkahwin aku bekerja di sebuah kementerian di Putrajaya selama 1tahun setengah bertaraf kontrak. Disember 2010 kontrak aku tamat tanpa disambung kerana kekangan bajet kementerian..bermula la episod aku sebagai suri rumah tangga..

Dalam tempoh 4 bulan pertama perkahwinan, aku berusaha mencari kerja, isi macam2 borang dan jumpa macam2 orang..tapi masih belum ada rezeki..bulam mac 2011 aku disahkan mengandung sebulan lebih..so suami cakap tak payah kerja la..duduk rumah jaga makan minum die, jaga rumah dan jaga anak2..sebagai isteri aku patuh tanpa membantah..


Kini, udin sudah 2 bulan 2 minggu..rezeki kunjung tiba..aku sendiri sudah mengatakan pada diri aku bahawa mungkin peluang itu sudah tiada dan tumpuan sepenuhnya aku adalah rumah tangga..tup tup adik aku di manjung call mengatakan de surat dari SPA jawatan pegawai kastam..sekali lagi suami cakap xyah la kerja..pegawai kastam kerjanya sibuk, banyak kerja luar dan dia xsuka keadaan itu..aku menunggu panggilan ini selama setahun setengah..tapi demi patuh pada suami aku turutkan..

Tak lama selepas itu, jawatan lain pula menyusul..yang ini berhampiran dengan tempat kerja suami dan sangat dekat dengan rumah..juga kerja kerajaan..sekali lagi suami cakap dia lebih suka aku duduk di rumah dari bekerja kerana rumahtangga lebih terjaga dan suami tidak mahu anak di jaga oleh orang lain. Suami juga mengatakan jangan risau, abang masih mampu untuk menyara ayang dan udin..doakan rezeki kite sentiasa bertambah..saya patuh akan nasihat suami..

Mungkin ini yang dikatakan rezeki anak..saya tidak merengek, mengeluh, merayu apatah lagi meminta kepada suami untuk bekerja..saya tidak mahu bekerja tanpa restu dan izin suami..saya ingin suami beri izin dengan senang hati bukan beri izin tapi dengan berat hati atau terpaksa kerana didesak oleh si isteri..lagi pula saya bahagia bergelar suri rumah tangga walaupun terpaksa berdepan dengan soalan2 dan suara2 sumbang mengenai saya yang memilih untuk ikut telunjuk suami..yang penting kami bahagia dan insyaAllah pilihan saya diredhai oleh Allah S.W.T..

Thursday, February 16, 2012

Anugerah Terindah

Setiap kali puas menyusu udin akan tidur..lena sungguh. Aku suka sangat saat2 ni..sebab tiap kalu udin tidur, aku akan tatap muka udin..lama..senyum sorang2.

Macam macam memek muka udin time die tidur..sekejap senyum sekejap jebek tak lame pas tu senyum semula..de masa tu die gelak ngekek2 tapi mata terpejam..Ya Allah..geram sangat..teringat mak cakap "kakak die ngagah die la tu, kakak die ajak main. kalo die jebek kakak die mengusik die"..

Kadang kadang udin wat mulut cam nyonyot susu..comel sungguh..kecup kecap bunyik mulut udin.setiap kali tengok udin tak terucap syukur aku pada Yang Maha Esa atas kurnianNya..Alhamdulillah..

Ketika menatap udin mata aku akan merayap ke seluruh muka udin..pastu aku tengok semua yang ada pada muka udin..sama ada banyak ikut mama @ abah..hidung, telinga, belakang kepala, bentuk rambut, dahi, bulu mata ikut abah..mulut, bentuk pipi, bentuk kening ikut mama..udin banyak ikut abah..agaknya sebab tu suka sangat main ngan abah..udin dah makin pandai..die tahu abah die de dekat die walaupun abah duk belakang udin..terpusing2 kepala udin nak tengok abah..

Setiap kali tengok udin juga aku teringat zaman bercinta, bertunang dan time nikah aku sebab udin adalah hasil dari percintaan kami..rasa seronok sangat..berkawan, bercinta dan berkahwin sekarang de anak..cepat sangat masa berlalu..dulu masa bercinta selalu tanye " cm ne ye kite pas kawen nanti?cm ne kite bila de anak?" sekarang dah sampai ke soalan itu, Alhamdulillah..kami masih bersama dan masih seperti dulu..malah makin erat kerana kami ada udin..suami semakin matang..masa bercinta kerap bergaduh ketana masing2 muda remaja tapi kini amat susah untuk terasa hati, marah2 apatah lagi bergaduh yang bukan2..syukur..

Ya Allah, aku mohon padaMu, Kau kekalkan kebahagiaan yang kami kecapi kini untuk selamanya..hingga ke syurga..Aminnn..Ya Rabbal 'Alamin..

Monday, February 6, 2012

Yang Bertuah

Salam Malam...

Minggu ni cuti boleh tahan lama, 4 hari sebabnya ada 2 peristiwa iaitu Maulidur Rasul dan Thaipusam. Tapi kami tak berjalan ke mana pun sebab parents in law datang ke rumah. Rindu cucu la katakan.

Nak cerita sikitlah perihal mak mertua aku ni..seronok kalo mereka datang sebab kami cume tinggal bertiga je (aku, hubby & si udin) jadi bila datang famili lain meriah la sikit..tu belum famili aku join semangkuk..lagi la gamat umah aku..mak mertua aku kalo datang memang sebelum sampai umah aku ni die akan singgah tesco @ econsave membeli sayur, ikan, daging, ayam bagai untuk kegunaan nak masak kat umah aku nanti..pada fikiran orang lain mungkin akan cakap "ngape beli brg2 padahal bukan pegi umah sape pun..umah anak menantu sendiri". Tapi itulah style mak mertua aku. Memang bukan jenis cerewet, sangat tak berkira orangnya..yang paling untungnya bila time nak balik, baki barang2 tersebut (sama ada bahan mentah @ kering akan menjadi hak milik kekal kat dapur aku..kan seronok tu..jimatlah kami seminggu dua tak payah shopping barang2 dapur beria..Perangai mak mertua aku memang aku salute dan hormat sangat sebab aku rasa bersyukur dan bertuah dapat mertua sebegitu..Alhamdulillah..

Keluarga mertua aku dah balik ke puchong dah petang tadi sebab ada urusan kat kantin sekolah..mak mertua aku ada tender kantin sekolah menengah kat putrajaya so kene prepare la apa patut untuk hari Rabu ni pas bercuti 4 hari..

Ok..aku pun nak tidur dah..udin pun dah hanyutni bole la aku hanyut sekali..daaaaa

Friday, February 3, 2012

Hidup Perlu Perubahan

As Salam

Sejak bergelar seorang ibu, banyak perkara yang menjadi rutin dulu berubah. Untuk memastikan semua tugasan sebagai suri rumah sepenuh masa dapat dilaksanakan dengan sempurna, masa adalah faktor utama kepada semua itu. Aku kene pastikan udin tidur mengikut waktu yang ditetapkan dan akan jaga pada sekian-sekian waktu supaya aku dapat selesaikan tugas-tugas wajib aku dalam tempoh tersebut. Udin biasanya akan tidur paling lame 2 jam setengah je pada waktu pagi dan agak kurang tidur pada waktu petangnya. So, walaupun terpaksa berlari-lari di dalam rumah, semua itu adalah senaman bagi aku (senaman sangat!!).

Selain dari itu, kerja ringan aku akan lakukan pada waktu malam selepas udin tidur..bayangkan kita dah syok2 landing atas katil sambil susukan udin, of course la terlelap kan...tapi otomatik akan bingkas bangun sebab de tugasan yang masih belum selesai..waktu malam aku gunakan untuk melipat baju, mengiron baju suami, menggantung baju2 yang dah kering dan membasuh pinggan mangkuk yang bersisa kat sinki tu..kadang2 ralit punye pasal kul 12 jugak aku tidur..laki aku memang sedap lena dah la..tak pe..ni yang mak aku cakap "de anak nanti kene pandai urus masa, de sampai berjaga malam".NI la kot yang mak aku maksudkan..tapi aku bernasib baik (Alhamdulillah) sebabnya mata aku ni memang jenis yang agak susah untuk mengantuk di siang hari walapun tido hanya 3 @ 4 jam sahaja..agaknya kesan dari zaman belajar dulu yang memang suke tidur lewat..xmain la tidur awal walaupun esok kul 8 pagi de exam..oopppsss..dah ke lain pulak..xpe..lain topik kite story zaman gedik2 dulu ye..

Ok la...udin dah tidur ni...rajin pulak die tidur awal ari ni..aku nak usha keje2 yang aku perlu habiskan...daaaa