About Me

My photo
Seorang anak sulung kepada pasangan Mohd Yusof Pandak Abdul Rahman dan Hasnah Yusuf. Seorang kakak kepada 9 orang adik-adiknya. Seorang isteri kepada Nasrul Faiz Firdaus. Seorang ibu kepada seorang anak lelaki, Muhammad Alauddin. Seorang suri rumah sepenuh masa dan sepenuh tenaga ('',). Seorang businesswomen kecil-kecilan aje untuk mengisi masa yang terluang. Seorang yang simple dan mudah didekati. Terima kasih sudi menjengah blog saya yang tiada apa ini..
Powered by Blogger.

Friday, February 3, 2012

Hidup Perlu Perubahan

As Salam

Sejak bergelar seorang ibu, banyak perkara yang menjadi rutin dulu berubah. Untuk memastikan semua tugasan sebagai suri rumah sepenuh masa dapat dilaksanakan dengan sempurna, masa adalah faktor utama kepada semua itu. Aku kene pastikan udin tidur mengikut waktu yang ditetapkan dan akan jaga pada sekian-sekian waktu supaya aku dapat selesaikan tugas-tugas wajib aku dalam tempoh tersebut. Udin biasanya akan tidur paling lame 2 jam setengah je pada waktu pagi dan agak kurang tidur pada waktu petangnya. So, walaupun terpaksa berlari-lari di dalam rumah, semua itu adalah senaman bagi aku (senaman sangat!!).

Selain dari itu, kerja ringan aku akan lakukan pada waktu malam selepas udin tidur..bayangkan kita dah syok2 landing atas katil sambil susukan udin, of course la terlelap kan...tapi otomatik akan bingkas bangun sebab de tugasan yang masih belum selesai..waktu malam aku gunakan untuk melipat baju, mengiron baju suami, menggantung baju2 yang dah kering dan membasuh pinggan mangkuk yang bersisa kat sinki tu..kadang2 ralit punye pasal kul 12 jugak aku tidur..laki aku memang sedap lena dah la..tak pe..ni yang mak aku cakap "de anak nanti kene pandai urus masa, de sampai berjaga malam".NI la kot yang mak aku maksudkan..tapi aku bernasib baik (Alhamdulillah) sebabnya mata aku ni memang jenis yang agak susah untuk mengantuk di siang hari walapun tido hanya 3 @ 4 jam sahaja..agaknya kesan dari zaman belajar dulu yang memang suke tidur lewat..xmain la tidur awal walaupun esok kul 8 pagi de exam..oopppsss..dah ke lain pulak..xpe..lain topik kite story zaman gedik2 dulu ye..

Ok la...udin dah tidur ni...rajin pulak die tidur awal ari ni..aku nak usha keje2 yang aku perlu habiskan...daaaa

No comments:

Post a Comment