About Me

My photo
Seorang anak sulung kepada pasangan Mohd Yusof Pandak Abdul Rahman dan Hasnah Yusuf. Seorang kakak kepada 9 orang adik-adiknya. Seorang isteri kepada Nasrul Faiz Firdaus. Seorang ibu kepada seorang anak lelaki, Muhammad Alauddin. Seorang suri rumah sepenuh masa dan sepenuh tenaga ('',). Seorang businesswomen kecil-kecilan aje untuk mengisi masa yang terluang. Seorang yang simple dan mudah didekati. Terima kasih sudi menjengah blog saya yang tiada apa ini..
Powered by Blogger.

Tuesday, February 21, 2012

Pengalaman Bersalin (Part 4)

Part kali ni nak story keadaan aku kat labor room pula...dalam pukul 7.30 p.m aku dah pun terbaring kat atas katil..mak, abah, adik2 semua tunggu kat luar sementara suami aku masuk temankan aku bila dipanggil oleh doktor..sakit contraction semakin kuat sampai kadang2 masa aku menahan sakit tu datang, suara aku berada di kerongkong..naik selak aku tahan sakit..suami pula sampai abis modal beri semangat kat aku..doa, selawat, ayat kursi tak lekang mulut kami..yang tak dapat lupa kami baca ayat kursi sama2..sampai sekarang aku masih terbayang..kadang2 suara suami seolah memujuk supaya aku bertahan..tiap kali kesakitan itu datang suami dengan rela hati hulurkan tangan dia untuk aku berpaut bagi mengurangkan rasa sakit itu..aku ramas jari suami..aku peluk erat lengan suami..alat oksigen pe mende ntah tu aku sedut dan hembus setiap kali contraction untuk kurangkan kesakitan tu..doktor dah pesan tadi jangan terlalu kerap bergantung dengan alat tersebut kerana akan membuatkan kita lemah dan mengantuk sert memberi kesan pada jantung..

Pukul 10 p.m doktor masuk untuk check bukaan..doktor dah terangkan tadi bahawa bukaan untuk yang bersalin anak sulung biasanya mengambil masa 1 jam 1 cm..so boleh agak tak berapa cm bukaan aku masa ni??dari pukul 7.30 dengan bukaan 4 cm sehingga pukul 10.30 bukaan cuma 6 cm!! Dan doktor juga cakap bukaan aku mengambil masa yang agak lama..Ya Allah, perasaan aku memang libang libu mada ni..doa tak putus-putus minta dipermudahkan segalanya..

Pada masa inilah ada 1 kisah lain yang berlaku semasa aku sedang bertarung ni..selang 2 bilik dari bilik aku, aku terdengar pekikan yang amat kuat..aku tanya suami kenapa tu..suami aku cakap de perempuan nak bersalin juga..ramai doktor kat bilik dia..tapi yang aku takut dan seram dengar jeritan dan pekikan perempuan tu yang  kadang2 seperti marah2 orang..lebih kurang cm ni.."sakit!!!sakit la woiiii..apsal sakit sangat ni!!woi...sakitlah!!"..sangat kuat..aku tanye suami melayu kr, duami cakap..aah, melayu..tapi cepat2 suami pujuk aku suruh jangan dengar wat tak dengar je sebab dia takut kalau aku terpengaruh dengan jeritan tu dan buat aku lagi takut..suara perempuan tu jelas sehingga ke ruang menunggu dan suami cakap mak aku tanye siapa yang jerit tu..aisyah ke?..suami aku cakap bukan mak..orang lain..mak aku siap pesan kat suami aku supaya jangan jerit2 kalau sakit mavam mane pun tahan je..mak aku kata malu menjerit depan orang..huhu..baik mak..

Doktor masuk balik untuk cek bukaan..ketika ni jam dah pukul 12 tengah malam..doktor tu sempat bergurau ngan aku yang confirm baby aku lahir 1.12 sebab dah tengah malam..cek punya cek sekali lagi aku dikejutkan dengan bukaan baru 8 cm..Allah hu Akbar..tenaga aku sudah banyak digunakan dalam menaham kesakitan contraction..doktor kata aku dah berada dalam labor room lebih dari 5 jam..agak lama..jadi doktor bagi aku tempoh lagi 1jam untuk bukaan sehingga 10 cm..pada ketika ini sudah seperti sudah tidak berdaya..sakit semakin kuat..ditambah pula kesan dari terlalu kerap menyedut oksigen dari alat pe mende ntah..sampai 1 tahap tu rasa mengantuk dan ketika tu contraction sedikit kurang..aku seolah mamai..suami panggil nama aku..berkali-kali sampai dia pegang pipi aku..dia sangka aku...........bila aku buka mata dan pandang dia serta merta dia panggil aku dalam suara yang sebak macam orang menangis..aku cume senyum..sempat aku cakap..abg jangan risau..ayg ok..suami aku cakap dia takut sangat tadi..

Pukul 1 pagi doktor masuk untuk check bukaan terakhir..dan kata putus akan diberikan nanti..bukaan masih 8 cm!! menangis sekejap aku sebab dugaan yang tidak terduga untuk aku..doktor ni panggil pulak doktor lain yang bertindak sebagai ketua shif malam tu..dia datang dekat aku dan cek bukaan lagi dan dia menggeleng kepala berkali-kali..berdebarnya aku masa tu Allah saje la yang tahu..suami diminta tunggu di luar..doktor tu cakap bukkan aku sehingga 8 cm dan maybe tak kan buka lagi..aku jadi panik..kalau tak buka cam ne doktor? aku tanye..jawapan yang doktor bagi memvuatkan semangat aku hilang, terbang ntah ke mana..U KENE CZER EMERGENCY..Allah hu Akbar..tapi doktor ni pandai pujuk aku..dia  tanya u ada rasa nak meneran tak? aku cakap ada tapi tak kuat..then doktor suruh aku teran sekuat yang mungkin..sehingga 3 kali teranan..sekali lagi doktor ulang..U KENE CZER EMERGENCY..dengan air mata yang berlinang aku tanya doktor boleh tak tunggu lagi..mane tahu akan buka..dengan suara merayu..tapi jawapan doktir buat aku pasrah..u dah terlalu lama dalam labor room..lebih 6 jam..kami risau kalau baby u lemas atau sudah berak..aku redha demi nyawa anak aku..

Persiapan dilakukan dengan sangat pantas..pada masa ni la contraction semakin kuat dan kerap..suami aku dimaklumkan tentang hal ini dan dia juga menerima dengan linangan air mata..terus call abah aku dah balik pukul 12 tadi sebab adik yang bongsu meragam nak tidur..tanpa segan suami menangis ketika call abah..aku madih terbaring..dalam keadaan sakit kene sign 2 3 birang kebenaran la, pe mende lagi ntah..doktor tadi tu beri penerangan tentang kesan czer dan bagaimana ubat bius bertindak..aku ingat lagi doktor tu cakap..nanti lepas cucuk bius u tak kan rasa sakit dah..aku tanya..sakit contraction ni tak rasa langsung??..yes..xrasa langsung..pada saat ini aku berdoa semoga dipercepatkan proses2 ini sebab sakitnya amatlah tak tertanggung rasanya...

Selesai urusan di labor room, katil bertukar katil, aku ditolak ke bilik pembedahan..ketika melewati suami yang turut sama mengiringi aku..dia menunjuk reaksi bersabar dan redha sambil senyum kat aku..ketika masuk ke bilik pembedahan, suami sempat memegang bahu dan pipi aku..ohhhh..sedih kejap (meleleh plak air mata aku masa menaip..cengeng!!) Lampu dibuka..peralatan disediakan..dalam tengah2 sakit ni doktor suh duduk tegak sebab nak cucuk ubat bius kat tulang belakang..Allah..sekali lagi dugaan..sakit tengah mencucuk-cucuk cam ne aku nak bangun..tapi doktor2nya baik..dieorang pangku bahu aku, bagi bantal letak kat depan suh peluk..yang doktor sorang lagi bantu aku untuk duduk tegak..dengan pantas dia cari urat nak cucuk..tak sampai 10 minit..aku rasa kosong...tak rasa apa2..senyap terus aku..doktor tanya..kak..de rasa sakit lagi?..sku cakap..Ya Allah..leganya..tak rasa sakit dah..aku pun dibaringkan dan pembedahan pun dimulakan.....

Aku memang tak ingat apa dah selepas tu..aku tidur tapi perbualan antara doktor 2 tu aku dengar sayup2 je..yang aku ingat aku nampak doktor angkat anak aku keluar dari perut dan tunjuk kat aku pastu tanya anak apa puan...aku cakap baby boy..Alhamdulillah...selepas tu aku tak tahu dah..aku bantai tidur sampai la doktor kejut cakap dah selesai..sempat lagi doktor tu mengusik aku.."amboi kak..lena sungguh tidur ye"..mana tak nye..dari mula masuk wad aku tak leh nak tidur so bila sakit langsung tak de sedap la tidurnya.....

Pukul 2.30 pagi segala urusan selesai...aku ditolak keluar terus ke wad..baby aku sudah pun dihantar ke sana..suami masih setia menunggu..senyum lebar dia..siap cakap baby comel..hihi..aku bertuah sebab anak aku duk bersama ngan aku dalam wad..sebab tak ada masalah pada patu-paru dan jantung...Alhamdulillah...begitula cerita pengalaman aku bersalin anak pertama..aku berdoa anak kedua nanti aku berpeluang untuk bersalin normal walaupun aku pernah melalui separuh dari proses kelahiran normal..tu sebab aku cakap pengalaman aku unik..aku berpeluang merasai 2 pengalaman brrsalin..syukur..

Oh...lupa nak story..bukaan tu masa 8 cm tu yang membuatkan doktor mengambil keputusan untuk czer emergency sebab masa aku meneran doktor tak rasa apa2 kat laluan tu..doktor kata kosong..dan doktor cakap baby u xturun ni dan tulang punggung u terlalu kuat..so decided czer emergency..memang aku kenang sampai akhir hayat aky pengalaman ni...UNIK DAN BERHARGA..

note: ingat tak perempuan yang jerit masa nak bersalin tu..rupenya dia duk depan katil aku masa kat wad lepas bersalin..aku pulak bantai cerita "sakitkan bersalin sampai de ppuan yg sama ngan saya menjerit2.."..ppuan tu jawab..saya la ppuan tu kak..memang sakit kak..tu saya jerit..dia pun czer jugak lastnye.....huhu..redha je la..

No comments:

Post a Comment