About Me

My photo
Seorang anak sulung kepada pasangan Mohd Yusof Pandak Abdul Rahman dan Hasnah Yusuf. Seorang kakak kepada 9 orang adik-adiknya. Seorang isteri kepada Nasrul Faiz Firdaus. Seorang ibu kepada seorang anak lelaki, Muhammad Alauddin. Seorang suri rumah sepenuh masa dan sepenuh tenaga ('',). Seorang businesswomen kecil-kecilan aje untuk mengisi masa yang terluang. Seorang yang simple dan mudah didekati. Terima kasih sudi menjengah blog saya yang tiada apa ini..
Powered by Blogger.

Sunday, February 19, 2012

Pengalaman Bersalin ( Part 2)

Ok...mesti nak tahu apa result air kencing dan scan tu kan...ayuh!!

Keputusan air kencing tu menunjukkan yang memang mengandungi air ketuban dan doktor pun terus suruh masuk bilik untuk scan kandungan air ketuban. Semasa scan tu doktor cakap....yesss...air ketuban semakin kurang..u alami leaking..nurse, tahan dia kat wad kita tengok esok apa cerita..doktor cina nama dia Tiong..nak tahu tak..doktor Tiong ni doktor yang sambut adik aku yang bongsu dulu..kebetulan kan..jadinya..mak aku uruskan bahagian pendaftaran sementara aku dibawa ke wad..aku pun terus call suami yang masa tu berada di kuala selangor (aku balik manjung masa minggu ke 36 sementara suami balik hujung minggu la jenguk aku sebab dia keje kan) maklumkan pasal hal ni..

Memang bosan kan bila duduk kat hospital..tu la yang aku rasa..mak abah aku dah balik kul 9 .30 malam selepas hantar nasi ayam dengan milo suam untuk makan malam. Suami pula cakap pukul 10 nanti dia gerak then sampai dalam pukul 12.30 pagi terus maduk jenguk aku kejap..suami amik keputusan untuk tidur dalam kereta sebab dia takut kalau aku nak bersalin dalam waktu terdekat senang dia berada dalam kawasan hospital..aku pun ok je la walaupun betkali-kali aku suruh tidur kat rumah..pe2 hal aku call je..lagipun rumah tak jauh dengan hospital..

Sepanjang tengah malam tu, perut lebih kerap mengeras dalam 10 minit sekali tapi contraction tak kuat sangat..cuma kadang2 rasa agak sakit tapi masih boleh tahan. Malam tu nak tidur pun tak selesa sebab risau sangat walaupun mata mengantuk yang amat. Pukul 4 pagi nurse datang bawa sejenus alat untuk check denyutan jantung baby sebab contraction aku dah semakin kuat..selepas tu nurse nak cek bukaan pula..bila cek..masih belum buka malah nurse kata langsung tak de jalan..Ya Allah, aku bertambah risau sebab sakit tu dan semakin kuat tapi jalan pula tiada..

30 Nov 2011
Pukul 7 pagi tu mak datang bawak nasi lemak tapi aku tak ada selera nak makan sebab perut aku semakin sakit sampai nak jalan pun agak terbatas..duduk pun kene senget2 sebab sakit contraction tu tak tahu nak bayangkan sakit macam mane..sampai la pukul 11 pagi tu aku minta nurse cek bukaan sebab aku sakit sangat dah..bila cek..Ya Allah..madih belum bukaan even 1 cm..meleleh air mata aku selepas tu sebab sakit contraction bukan main lagi tapi jalan masih belum buka..dugaan dari Allah untuk aku

Akhirnya..jam 1.30 petang aku minta nurse cek lagi bukaan..Alhamdulillah dah buka 1 cm..berkali kali aku mengucap syukur setelah separuh hari aku menunggu..tapi sakit contraction semakin kuat sampai aku tak nak makan apa2 sebab sakit sangat..air mata dah berapa kali mengalir..suami sampai tak tahu nak picit @ urut kat mana dah setiap kali sakit tu datang..

Masa yang diambil untuk bukaan seterusnya agak lama...tak pe lah..kita sambung lagi entry seterusnya....nanite  :-)

No comments:

Post a Comment