About Me

My photo
Seorang anak sulung kepada pasangan Mohd Yusof Pandak Abdul Rahman dan Hasnah Yusuf. Seorang kakak kepada 9 orang adik-adiknya. Seorang isteri kepada Nasrul Faiz Firdaus. Seorang ibu kepada seorang anak lelaki, Muhammad Alauddin. Seorang suri rumah sepenuh masa dan sepenuh tenaga ('',). Seorang businesswomen kecil-kecilan aje untuk mengisi masa yang terluang. Seorang yang simple dan mudah didekati. Terima kasih sudi menjengah blog saya yang tiada apa ini..
Powered by Blogger.

Tuesday, February 21, 2012

Pengalaman Bersalin (Part 3)

Ok...part kali ni pasal bukaan rahim yang mengambil masa agak lama juga ditambah dengan sakit contraction yang maha kuat..tengah hari tu mak aku datang bawak nasi putih lauk masak taucu..tapi aku makan sikit je sebab sakit sangat, tengok makanan pu tak lalu..mak aku suruh minumair selusuh, aku minum dah bergelas-gelas dah dari malam tadi, tapi tak pe la..aku minum lagi, lepas tu mak sapu air selusuh kat pinggang, belakang badan sambil selawat..sapu arah ke bawah supaya mudah bersalin katanya..aku ikutkan je la..lepas tu suami beli air kopi pahit yang suam sebab mak cakap makcik sebelah umah cakap air kopi boleh percepatkan bukaan rahim..aku pun hangguk je la ikut..pastu dari pukul 2 sampai la pukul 3.30 petang dah terbaring, tak larat sangat dah, sakit jangan cakap la, aku baring mengiring ke kiri sebab doktor pesan mudah untuk baby turun ke bawah dan mudah bersalin. Sekali lagi aku minta nurse untuk cek bukaan rahim...2cm sudah..Ya Allah, dekat 2 jam untuk buka lagi 1 cm..sampai nurse situ cakap sakit contraction awak ni dah kuat tapi bukaan awak lambat sikit..sabar ye..memang aku kuatkan semangat aku untuk tahan sakit tu, sampai aku tak larat nak berborak ngan suami aku..dia pun sudahnya diam je la sebab aku tak bagi respond pun..dalam keadaan sakit tu kekerapan untuk buang air kecil masih seperti biasa..nasib baik pukul 4 petang tu mak ngan adik-adik aku datang, so dieorang la pimpin aku ke tandas sebab aku dah tak larat sangat nak berjalan..wanita seangkatan aku yang berada kat wad tu kesian tengok aku sebab sakit kuat dah tapi bila tanya "dah buka berapa" then mak aku jawab baru 2cm..alahaiiii..pukul 5 sekali lagi aku minta nurse cek bukaan sebab sakitnya maha kuat..tak dapat lah aku nak describe cam ne..bukaan baru 3 cm dah nurse tu sampai cakap lepas ni last cek sebab tak boleh kerap sangat nanti boleh kena jangkitan kuman kat bahagian alat sulit. Ok..aku faham....nurse tu tolong aku dengan tekan sikit untuk luaskan lagi bukaan..kiranya cam bantu aku la supaya bukaan tu cepat sikit..dan aku terus menanti dengan sabar sambil terkumat kamit mulut aku baca doa dan seawat supaya dipermudahkan oleh Allah segala urusanku ini..

Alhamdulillah..pukul 7 petang bukaan sudah 4 cm..terus nurse maklum kat aku suruh suami kemas barang dan kejap lagi masuk labor room..gembiranya aku dengar masa tu..diebabkan aku dah tak larat berjalan aku ditolak dengan wheelchair ke labor room sementara suami dan famili yang lain tunggu di sana....

Kisah kat labor room kita sambung next part pula ye..panjang beno dah ni..

No comments:

Post a Comment