About Me

My photo
Seorang anak sulung kepada pasangan Mohd Yusof Pandak Abdul Rahman dan Hasnah Yusuf. Seorang kakak kepada 9 orang adik-adiknya. Seorang isteri kepada Nasrul Faiz Firdaus. Seorang ibu kepada seorang anak lelaki, Muhammad Alauddin. Seorang suri rumah sepenuh masa dan sepenuh tenaga ('',). Seorang businesswomen kecil-kecilan aje untuk mengisi masa yang terluang. Seorang yang simple dan mudah didekati. Terima kasih sudi menjengah blog saya yang tiada apa ini..
Powered by Blogger.

Friday, February 17, 2012

R.E.Z.E.K.I

Banyak pepatah pasal REZEKI..Antaranya
Kalau dah rezeki tak ke mana
Rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari
Rezeki anak lah tu

Ya, rezeki memang dari Allah dan kadang kala rezeki itu datang dalamn pelbagai bentuk
dan tidak diduga kehadirannya.
Sesetengah rezeki apabila ditunggu tidak juga kunjung tiba..mungkin Allah sedang 
menguji kesabaran hambaNya
 Sesetengah rezeki tidak sangka akan perolehi  tapi Allah bagi sederap dan berderet-deret..
juga untuk menguji keterujaan dan sifat bersyukur hambaNya

Aku mengomel ni bukan ape, selepas berkahwin tahun lepas aku menjadi suri rumah sepenuh masa..sebelum berkahwin aku bekerja di sebuah kementerian di Putrajaya selama 1tahun setengah bertaraf kontrak. Disember 2010 kontrak aku tamat tanpa disambung kerana kekangan bajet kementerian..bermula la episod aku sebagai suri rumah tangga..

Dalam tempoh 4 bulan pertama perkahwinan, aku berusaha mencari kerja, isi macam2 borang dan jumpa macam2 orang..tapi masih belum ada rezeki..bulam mac 2011 aku disahkan mengandung sebulan lebih..so suami cakap tak payah kerja la..duduk rumah jaga makan minum die, jaga rumah dan jaga anak2..sebagai isteri aku patuh tanpa membantah..


Kini, udin sudah 2 bulan 2 minggu..rezeki kunjung tiba..aku sendiri sudah mengatakan pada diri aku bahawa mungkin peluang itu sudah tiada dan tumpuan sepenuhnya aku adalah rumah tangga..tup tup adik aku di manjung call mengatakan de surat dari SPA jawatan pegawai kastam..sekali lagi suami cakap xyah la kerja..pegawai kastam kerjanya sibuk, banyak kerja luar dan dia xsuka keadaan itu..aku menunggu panggilan ini selama setahun setengah..tapi demi patuh pada suami aku turutkan..

Tak lama selepas itu, jawatan lain pula menyusul..yang ini berhampiran dengan tempat kerja suami dan sangat dekat dengan rumah..juga kerja kerajaan..sekali lagi suami cakap dia lebih suka aku duduk di rumah dari bekerja kerana rumahtangga lebih terjaga dan suami tidak mahu anak di jaga oleh orang lain. Suami juga mengatakan jangan risau, abang masih mampu untuk menyara ayang dan udin..doakan rezeki kite sentiasa bertambah..saya patuh akan nasihat suami..

Mungkin ini yang dikatakan rezeki anak..saya tidak merengek, mengeluh, merayu apatah lagi meminta kepada suami untuk bekerja..saya tidak mahu bekerja tanpa restu dan izin suami..saya ingin suami beri izin dengan senang hati bukan beri izin tapi dengan berat hati atau terpaksa kerana didesak oleh si isteri..lagi pula saya bahagia bergelar suri rumah tangga walaupun terpaksa berdepan dengan soalan2 dan suara2 sumbang mengenai saya yang memilih untuk ikut telunjuk suami..yang penting kami bahagia dan insyaAllah pilihan saya diredhai oleh Allah S.W.T..

No comments:

Post a Comment