About Me

My photo
Seorang anak sulung kepada pasangan Mohd Yusof Pandak Abdul Rahman dan Hasnah Yusuf. Seorang kakak kepada 9 orang adik-adiknya. Seorang isteri kepada Nasrul Faiz Firdaus. Seorang ibu kepada seorang anak lelaki, Muhammad Alauddin. Seorang suri rumah sepenuh masa dan sepenuh tenaga ('',). Seorang businesswomen kecil-kecilan aje untuk mengisi masa yang terluang. Seorang yang simple dan mudah didekati. Terima kasih sudi menjengah blog saya yang tiada apa ini..
Powered by Blogger.

Monday, February 6, 2012

Yang Bertuah

Salam Malam...

Minggu ni cuti boleh tahan lama, 4 hari sebabnya ada 2 peristiwa iaitu Maulidur Rasul dan Thaipusam. Tapi kami tak berjalan ke mana pun sebab parents in law datang ke rumah. Rindu cucu la katakan.

Nak cerita sikitlah perihal mak mertua aku ni..seronok kalo mereka datang sebab kami cume tinggal bertiga je (aku, hubby & si udin) jadi bila datang famili lain meriah la sikit..tu belum famili aku join semangkuk..lagi la gamat umah aku..mak mertua aku kalo datang memang sebelum sampai umah aku ni die akan singgah tesco @ econsave membeli sayur, ikan, daging, ayam bagai untuk kegunaan nak masak kat umah aku nanti..pada fikiran orang lain mungkin akan cakap "ngape beli brg2 padahal bukan pegi umah sape pun..umah anak menantu sendiri". Tapi itulah style mak mertua aku. Memang bukan jenis cerewet, sangat tak berkira orangnya..yang paling untungnya bila time nak balik, baki barang2 tersebut (sama ada bahan mentah @ kering akan menjadi hak milik kekal kat dapur aku..kan seronok tu..jimatlah kami seminggu dua tak payah shopping barang2 dapur beria..Perangai mak mertua aku memang aku salute dan hormat sangat sebab aku rasa bersyukur dan bertuah dapat mertua sebegitu..Alhamdulillah..

Keluarga mertua aku dah balik ke puchong dah petang tadi sebab ada urusan kat kantin sekolah..mak mertua aku ada tender kantin sekolah menengah kat putrajaya so kene prepare la apa patut untuk hari Rabu ni pas bercuti 4 hari..

Ok..aku pun nak tidur dah..udin pun dah hanyutni bole la aku hanyut sekali..daaaaa

No comments:

Post a Comment