About Me

My photo
Seorang anak sulung kepada pasangan Mohd Yusof Pandak Abdul Rahman dan Hasnah Yusuf. Seorang kakak kepada 9 orang adik-adiknya. Seorang isteri kepada Nasrul Faiz Firdaus. Seorang ibu kepada seorang anak lelaki, Muhammad Alauddin. Seorang suri rumah sepenuh masa dan sepenuh tenaga ('',). Seorang businesswomen kecil-kecilan aje untuk mengisi masa yang terluang. Seorang yang simple dan mudah didekati. Terima kasih sudi menjengah blog saya yang tiada apa ini..
Powered by Blogger.

Friday, March 30, 2012

Perginya Nenda Tersayang

Assalamualaikum

Rabu 28 Mac 2012 jam 10.30 p.m dapat call dari mak, Tok baru meninggal malam tadi...terkedu aku sekejap..tanya mak semula untuk kepastian..mak kata "Tok baru meninggal tadi"..Innalillah..Dari suara mak aku dengar tenang cuma sedikit sayu..tapi ma memang seorang anak yang kuat dan sangat tabah..Mak cakap Along Pak Andak Li baru call tadi masa mak ngan abah sedang mengemas barang-barang meniaga untuk pulang ke rumah..Rabu abah meniaga kat dalam Uitm Seri Iskandar..Mak cakap malam tu jugak akan balik ke Rompin sebab abah nak sampai pagi esok..

Lepas mak call, aku terdiam sekejap..tumpul sekejap selera makan aku ketika itu *masa ni tengah makan mihun sup*Suami tanya kenapa? Aku cerita apa yang aku sembang dengan mak tadi..dan suami tanya aku nak balik kampung ke? Aku cakap tak balik, sebab abah pun cakap tak pe la, abah sekeluarga dah balik cukup lah sebab abah call untuk beritahu berita itu..dan abah memahami keadaan aku yang beranak kecil..Itu peribadi abah yang jarang nak ada pada orang lain..tidak suka memaksa dan amat memahami..Aku cuma sampaikan salam pada orang-orang kampung sahaja..

Tok memang dah sakit sejak hujung tahun lepas lagi..sakit yang diwarisi dari keturunannya..sakit semput/asma. Tok baru keluar hospital 2 minggu lepas..ditahan di wad sebab angin masuk badan..pastu badan jadi kembang..kesian tok..tekak dahaga tapi doktor tak bagi minum air dalam kuantiti yang banyak..mak tak sampai hati mak bagi juga walaupun ditegah oleh mereka yang datang melawat..Tok yang dulu gebu kini tinggal tulang..aku tanya mak keadaan tok..mak kata mak rasa tak lama sebab mak nampak tanda-tanda itu..mata yang kelabu, telinga yang semakin jatuh..pandangan mata tok pada mak...mak paham semua itu..tok sangat rindukan mak..bila mak balik tok sebut "Ta.." sebelum ni cucu yang menjaga Tok di wad cakap Tok tak mampu bercakap..tapi melihat mak datang tok senyum dan bercakap malah bertambah sihat untuk 2 hari mak di sana..mak paham kenapa...

Perkara ini juga mebuatkan aku teringat dengan kelakuan Udin yang pada anggapan aku lain dari biasa.  Sejak dari malam Selasa lagi Udin asyik menangis, merengek dan sekali sekala menjerit secara tiba-tiba hingga memeranjatkan aku dan suami..pada mulanya aku sangkakan Udin demam ke, sakit perut ke..tapi kesihatan Udin Alhamdulillah..tiada apa-apa..Aku dan suami memang pelik memikirkan perangai Udin..Udin menangis je dari malam tu, bawak ke siang dan bawak ke malam Rabu ketika dapat panggilan berita tersebut..Teringat pesan Tok bayi dan kanak-kanak ni istimewa, orang nak meninggal pun dia tahu lebih-lebih lagi jika melibatkan ahli keluarga sendiri..itu membuatkan aku berfikir seketika..malam tadi Udin tidur dengan nyenyak dan hanya merengek nak susu dan sambung tidur seperti selalu..dan bangun pagi ni pun dengan senyuman selepas 2 hari meragam yang bukan-bukan...atau mungkinkah hanya kebetulan yang tidak disengajakan...??

Tok dah selamat dikebumikan..mak cakap semua berjalan dengan lancar..Alhamdulillah..Adik aku Ila ambil kesempatan mandikan Tok..sebab tu memang niat Ila..dia nak mandikan Tok..walaupun sekadar mencuci kaki Tok dia rasa sangat seronok dan itu pengalaman yang paling manis antara Ila dan Tok untuk terakhir kali..

Walaupun Tok adalah Tok tiri aku, tapi Tok sangat-sangat sayangkan semua cucu-cucu dia. Aku ada banyak kenangan dengan tok walaupun kami berjumpa ketika hari raya sahaja sebab ikut giliran kalau tahun ni balik kampung abah tahun depan baru balik kampung mak..tapi seronok sangat beraya kampung mak sebab sedara mara mak sangat ramai dan semua tinggal berdekatan..tu memang pesen orang-orang kampung..sedara mara semua sebelah menyebelah aje..tok yang paling seronok bila kami sekeluarga dan keluarga mak lang akan balik beraya sebab kami je yang duduk jauh..jadi raya tu lebih meriah..tok cakap orang jauh nak mari ni..hihi..

Macam-macam aku berkongsi dengan tok..dari petua orang tua, pesanan sebagai anak dara, masa aku dalam tempoh bertunang lagi banyak pesanan tok bagi sebab tok sangat menitik berat penjagaan dan tingkah laku seorang perempuan dan tok juga amat menjaga dirinya dan penampilannya walaupun di usia emas..Tok selalu pesan orang perempuan kene rajin makan ubat dan jamu untuk kesihatan dalaman..pastu makan pun kene jaga..jangan semua benda nak makan..ada yang boleh makan banyak dan ada yang boleh makan sedikit dan ada yang langsung tak boleh makan..dengan tok seronok berborak dan meminta pendapat serta tips..tak pernah kedekut langsung,,kadang-kadang cucunya berkerumun macam semut dapat gula *tok ibarat gula la* sebab nak dengar tips tok..dengan tok tiada apa nak dimalukan dan tiada apa nak disegankan..semua boleh ditanya dan akan dijawab tok dengan senyuman..tok sangat cantik bila tersenyum..tok pesan kalau nak senyuman dipandang manis jangan suka mengata orang dan mencarut..kalau nak gigi putih bersih tersusun jangan suka memaki hamun orang dan kalau nak nafas berbau harum jangan berbisik-bisik keburukan orang pada orang lain..itu pesanan yang paling kerap tok cakapp pada anak cucu dia..tu sebab bila ada yang bergaduh la..bertikam lidah, terasa hati tok akan nasihat supaya berbaik..tok tak suka anak cucu bergaduh yang bukan-bukan dan bermasam muka sesama sedara mara, anak beranak, cucu cicit piut.......

Tapi kini tok sudah kembali kepada Pencipta yang Maha Esa..dari Dia kita datang kepada Dia kita kembali..semoga roh tok ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman..Rindu sangat kat tok..tahun ni giliran balik ke kampung mak untuk beraya tapi tok sudah tiada..jadi bagaimana raya kami? Aku terkilan sebab tak dapat bawa Udin jumpe tok, Oyang Udin..tak pe la..semua sudah selamat...apa yang mampu aku lakukan hanyalah sedekahkah Al-Fatihah untuk arwah Tok...

Friday, March 23, 2012

Fuhhh...nasib baik..

Malam tadi aku terjaga..tak tahu pukul berapa sebab tak tengok jam pun..cume yang pastinya aku terbangun dalam keadaan yang sangat-sangat terkejut..seperti dikejutkan oleh sesuatu..dan dalam keadaan jantung yang berdegup dengan maha pantas!!

Pas tengok cerita Semanis Kurma tv9 tu, kami laki bini dah ready nak tidur la. Tak lama pun, terlelap dah..tetiba aku terjaga dan terus terbangun dalam keadaan duduk..aku tengok sekeliling aku..tak ada apa yang berubah pun. Orang pertama yang aku cari adalah Udin sebabnya kerana Udin aku terjaga secara tiba-tiba. Tercungap-cungap nafas aku..

Aku mimpi Udin jatuh dari katil dalam keadaan kepala ke bawah. Yang buat aku berderau tu adalah kami laki bini ada atas katil..ntah macam mana Udin naik atas badan abah dia, abah pulak duduk di tepi katil dalam keadaan mengiring..masa tengah panjat badan abah tu udin melonjak dan aku nampak dengan jelas udin menjunam ke bawah..tapi belum sempat kepala udin mencecah lantai aku dah terbangun sambil menjerit nama udin dengan kuat sekali..

Suami aku tersedar masa aku terbangun tu tapi dia dalam keadaan mamai..sebab aku lepas terbangun tu aku terus tanya suami mane udin, suami cuma balas..uh..ah..uh..ahh..(mamai la tu..terpinga-pinga kat aku yang tetibe terbangun ni)..dah automatik aku tengok sebelah kanan aku udin tidur dengan nyenyaknya...bersyukurnya aku sebab tu mimpi rupanya..tapi memang menakutkan mengalahkan mimpi hantu lagi..aku rasa macam betul-betul..ish..terbayang-bayang lagi mimpi tu..

Pagi tadi cerita kat suami..rupanya dia pun tak sedar aku bangun tengah malam tadi dan yang paling aku rasa haru suami aku tak sedar pun dia pun bangun sekali..memang haru..aku tanya tak dengar ke aku jerit malam tadi, dia kata tak de pun..padahal malam tadi dia yang tanya kenapa..pastu terus pusing ke kiri sambung tidur..ye la tu..memang tak sedar la tu terbangun kan..

Harap-harap di alam nyata ni minta jauh la udin dari terjatuh katil ke apa ke..aku paling takut kalau budak-budak terjatuh tak kira la tengah berlari-lari tersembam ke, panjat kerusi terjerombam ke, jatuh katil ke..aku memang rasa ngeri dan berderau darah aku..kadang-kadang aku nengok ada mak ayah yang duk wat tak peduli pun kat anak die yang duk manjat-manjat kerusi kat klinik..berdiri 1 kaki atas palang besi la..aku pulak yang duk suruh budak tu turun sebabnya selagi budak tu duk wat aksi merbahaya tu selagi tu la jantung aku berdegup dengan laju dan tangan aku akan menggeletar..memang tak boleh la aku..

*sambil duk menaip ni duk terteleng-teleng nengok udin tidur atas katil..sebabnya takut dia terbangun pastu termenerap pastu tergolek pastu...........tak nak cakap la..tak sanggup!!padahal udin tidur kat hujung dinding*

Tuesday, March 20, 2012

Jarang Berlaku

Bangun pagi terus pegi kat peti ais, keluarkan fries yang sejuk beku tu...konon nak sarapan sesuatu yang lain sikit pagi ni..

Lepas tidurkan udin, panaskan minyak..dah berasap terus masuk fries..terangkat jap tangan udin, terkejutkan bunyi minyak panas..

Letak fries dalam pinggan, tuang sos panjang2, leret dengan cheese..pergh!!dah macam kat restoran western lak aihh..ok..dah sedia atas meja nak makan..

Bancuh pulak super power kacip fatimah instant..berasap weh..siapppp..bukak peti ais sambar plak 2 paket cloud 9 wafret twins..lalu kat meja makan sambar plak london double choco milk cream cake...

Owh...baru teringat dalam peti ais de baki air chocolate malam tadi..sejuk2 lagi sedap kan..angkut ke depan..terrrbaeekkk!!

Ok...sekarang mari bersila mengadap barang2 angkutan ni...ayuhhh..sarap..

*tetibe teringin nak makan gulai tempoyak ikan patin campur taugeh kepala besar..wajib buat!!*

Monday, March 19, 2012

Bisikan Syaitan

Sesungguhnya syaitan itu musuh utama anak-anak Adam. Apabila kita terleka seketika ia boleh menghanyutkan dan terus membuatkan kita terlupa sebentar sebelum tersedar semula..(brape banyak terrrr daa..)

Antaranya:
"Erm..pukul 1.30 baru..zohor pun belum masuk lagi ni..layan udin tidur jap la.."
"Udin nangis pula..awal lagi..baru kul 2, jap lagi la.."
"Alamak..dah kul 3.30 la..aduuii..udin tak nak duk bawah pulak..nak berdukung aje.."
Sudahnya solat juga tapi terlewat...(selalu pesan pada diri jangan ulang lagi)

"Rumah dah berhabuk la..kene vacuum ni..tidurkan udin jap la.."
"Ok, udin dah tidur..bukak laptop jap la..nak nengok fb jap..."
"Ala..tak masak lagi la..masak dulu la..kang udin jaga dah tak jadi keje plak"
Sampai ke petang tak juga meng"vacuum"nye umah..postponed la keesokkannye plak..last2 weekend juga la baru mengvacuum bagai..sebab senang sikit wat berdua dengan suami..(ni namanya kerja bertangguh..jangan amalkan ye..)

"Aduii..muka aku ni lama dah disental scrub..nak sental la jap lagi.."
"Banyak keje la nak buat, mandi tengah hari jap g la sental.."
"Ala..petang la sental..malam kang pun ok..banyak sikit masa nak nyental..kot2 udin tidur awal.."
Memang ke laut la angan-angan tu sebab selalunye aku bantai tidur je terus..kadang-kadang time mandi nak cepat je sebab tak sabar nak baring dah..ada la sebulan sekali je aku menyental..

"Lama la aku tak walkblogging..rasa cam tak membaca plak aku..jap lagi la"
"Blog sendiri pun haram tak jenguk..idea mencurah-curah..kang mau ke langit hilangnye.."
"Udin dah merengek minta dukung plak..memang tak nyentuh la terus tu kang"
Memang kadang-kadang tak menyentuh sudahnya..sebab banyak halangan berlaku dan seterusnya terlupa...:-)

Contoh yang kat atas adalah antara bisikan-bisikan yang sering berlegar dalam fikiran aku ketika ingin melakukan sesuatu perkara. Nampak macam mudah dan tidak berapa penting kan tapi perkara-perkara berikut yang membuatkan aku sering terlupa, terlepas, terleka untuk melakukan yang lain-lainnya sekali. Ye, yang paling penting pengurusan masa kerana dunia aku sudah berubah sejak beranak kecil..tapi tetap dipengaruhi oleh bisikan-bisikan tersebut..hihi (padahal salah sendiri kan)

p/s : semua tu boleh dikategorikan sebagai bisikan syaitan ke???

Tuesday, March 6, 2012

Pabila Malam

Waktu-waktu cam ni udin biasanya dah nyenyak bersama abahnya..masuk tidur pukul 10, tepuk-tepuk kejap bagi lena. 

Then mama akan bangun untuk gosok baju abah untuk esok, basuh pinggan yang berbaki tak basuh, jemur kain, masak nasi untuk buat nasi goreng abah esok (abah udin suka makan nasi goreng, hari-hari sarapan nasi goreng-nada cam cerita P.Ramlee tu), sambil tu mama layan la cerita kat tv, layan fb kejap..kadang-kadang mama makan sebab mama kan cepat lapar...sebab apa..sebab udin...:-)

Selesai semua mama ready untuk tidur..gosok gigi, bersih apa yang patut..then baring sebelah udin..part ni mama palinggggg suka. Sebelum mama letak kepala, mama akan tenung muka udin walaupun setiap masa mama tengok muka udin..mama akan cium pipi kanan, pipi kiri..cium lagi berulang kali..udin paling muka kiri kanan, menggeliat, berbunyi-bunyi..uh ah uh ah..sebab mama ganggu udin tidur ye..

Mama paling geram mulut tecik udin..mama akan cium mulut udin, gigit-gigit...setiap kali udin menguap, mama akan tutup mulut udin dengan hidung mama sebab mama suka bau mulut udin...sangat sedap dan harum baunya..betul lah orang tua kata bau mulut bayi sangat wangi dan sedap..mama tak penah jemu dan yang penting udin suke kan..kan..kan..

Bila mama letak kepala, mama akan usap kepala udin..berkali-kali..cium kemudian usap lagi..mama akan bercakap walaupun udin dah tidur..mama bisikkan harapan dan doa mama untuk udin supaya tergolong dalam golongan yang baik dan beriman...InsyaAllah sayang..sekali lagi mama cium ubun-ubun dan kepala udin..

Sebelum mama lelapkan mata, mama akan cium udin sekali lagi di pipi, dahi, mulut dan ubun-ubun udin, betulkan selimut, bantal peluk udin dan mama akan pejam mata mama dengan senyuman....

selamat malam sayangku...

Saturday, March 3, 2012

"DIA" Menyerupai Suamiku

Perghhh...cam tajuk novel la pulak..apakah "DIA" itu?Haa..ni yang nak kongsi sikit kejadian yang agak SERAM yang berlaku pada aku semasa aku dalam tempoh berpantang kan si Udin ni..

Orang tua kan dah pesan, perempuan yang dalam tempoh berpantang bersalin ni kene jaga diri elok-elok, jangan keluar rumah ikut suka hati, sebelum maghrib dah kene tutup pintu, tingkap semua sebab badan kita dalam keadaan lemah dan masih "kotor". Aku memang mematuhi semua syarat-syarat tersebut dan dikawal ketat oleh mak abah aku yang sememangnya sangat cerewet dan menjaga aku sebaik mungkin ketika aku berpantang ari tu.

Aku kan berpantang kat rumah famili aku kat manjung, perak. So, suami aku akan balik setiap hujung minggu menjenguk aku dan udin. Jumaat malam tu seperti biasa suami aku sampai, selalunya dalam pukul 10.30 malam. Memang mak abah aku dah pesan kat suami kalau baru sampai dari luar atau datang dari jauh sebelum masuk rumah baca Al-Fatihah, Ayat Kursi, Selawat dulu then bagi salam kemudian duduk dulu kat ruang tamu, tenang kejap pastu sebelumm masuk bilik aku bagi salam dulu..Suami patuh dengan semua itu.

Tapi malam tu kami sekeluarga tengah melayan Maharaja Lawak Mega (Astro) masa suami aku sampai tu..aku memang tak ketinggalan la melayan sekali..udah tiap-tiap minggu menengoknya..si udin lena aku pangku atas riba, suami pun sampai-sampai join la semangkuk...tengok punya tengok habis pukul 12 tengah malam..abis je cerita tu kami semua bergerak ke bilik masing-masing untuk sesi pentiduran la pulak..

Aku dan suami pun terus la masuk bilik untuk tidur. Selalunya suami tidur atas katil sekali ngan kami tapi malam tu suami kata dia nak tidur kat bawah je aku tidur atas katil dengan udin. Aku tanya kenapa suami kata dia rasa sempit sikit dan panas sebab aircond aku halakan ke atas so tak kene kat suami..aku suruh suami tidur atas biar aku yang tidur bawah tapi suami nak tidur bawah juga...aku akur la..

Malam tu kami tidur dengan nyenyak..udin pun tak de meragam cuma rengek-rengek nak susu je..cumanya bilik yang aku duduk tu ada kisah lain disebaliknya. Bilik tu bilik mak abah aku. Setiap kali aku balik, mak abah akan berpindah kat bilik belakang dan aku akan duduk di bilik depan sebab abah aku nak menantunya selesa. Katil mak aku susun rapat ke bucu kiri bilik bahagian atas, rapat ke dinding mengadap tingkap. Mak aku cakap, kalau abah aku tidur belah ke dinding tu selalu sangat mengigau dan akan bercakap-cakap tapi percakapannya tidak berbutir..tak paham apa abah aku cakap..ada sekali tu abah aku cerita dia mimpi berlawan dengan syaitan, abah aku baca Al-Fatihah sampai la syaitan tu terbakar katanya..time tu mak aku tengok abah aku dah macam orang bersilat dah..

Tapi aku sepanjang tidur di bahagian tu Alhamdulillah tak de mengigau dan bercakap yang bukan-bukan cuma aku rasa aku tidur sangat la nyenyak..macam khayal..mimpi tu memang ada..dan mimpi-mimpi yang mengarut tapi bukan mimpi seram la..pastu de sampai satu tahap aku tak sedar udin merengek minta susu..adik aku yang kejut..aku kalau suami aku takde adik-adik aku akan temankan aku tidur..padahal aku bukan jenis yang tidur mati..jenis yang cepat sedar..aku penah letak udin di bahagian menghala dinding tu..dan udin memang tidur tak lena..dia pejam mata tapi kerap merengek-rengek tapi bukan nak susu..macam tak selesa la..bila aku angkat dan ubah dia sebelah kanan dia tidur nyenyak sampai la subuh..kesudahannya aku tak tidur bahagian kiri tu begitu juga udin..aku letak bantal kat tempat sebelah kiri  dan kami anak beranak tidur rapat ke kanan.

Tapi malam tu ada sesuatu yang berlaku..masa tu aku memang sedar sebab aku sedang beralih badan ke sebelah kiri untuk menyusukan udin. Mata aku memang terbuka dan memang dalam keadaan sedar. Masa aku tengah betulkan badan untuk susukan udin (aku susukan udin sambil baring mengiring), aku nampak suami aku bangun dalam keadaan membelakangkan aku terus pergi ke arah pintu bilik untuk keluar..maybe nak pergi toilet kot..dalam masa aku melihat tu aku pandang muka udin nak tengok dia menyusu..tapi yang peliknya aku tak dengar bunyi pintu bilik dibuka atau ditutup..sekali lagi aku tengok ke bawah tempat suami tidur...aiikkk...suami tengah nyenyak tidur..serius!!aku tengok sekali lagi untuk kepastian..ye..suami aku tengah tidur dengan lenanya..tapi masa tu mengantuk aku masih ada..so lepas aku pastikan suami aku ada di tempat tidur dia..aku sambung je la baki tidur aku tu..

Esok pagi tu aku terus tanya suami ada tak dia bangun malam tadi gi toilet ke pe ke, suami aku cakap tak de pun..sebab dia ngantuk sangat..sebab semalam sehari tak masuk pejabat, kerja luar je..so dia lena sungguh tidur..sekali lagi aku pelik..aku cerita la kat suami aku apa yang aku nampak semalam tapi suami aku cakap jangan pikir sangat..biasa la tu..mengusik kot..herrmm...aku cerita kat mak aku pun, mak cakap memang la..bilik tu mungkin ada cuma ada masa-masa je..tak pe la..pengalaman aku la tu...:)

So, aku tak berfikir sangat la selepas itu, cuma sentiasa berlindung dengan ayat-ayat Al-Quran sepanjang berpantang la.berikhtiar mana yang patut dan mampu..Alhamdulillah...tak ada apa yang tidak elok berlaku..yang penting aku melalui pengalaman berpantang yang sangat menyeronokkan  walaupun ramai kawan-kawan yang kata SANGAT MEMBOSANKAN...:)

Thursday, March 1, 2012

TERKENAN KE??

Pernah dengar pasal KENAN tak? KENAN ni selalu berkait rapat dengan ibu mengandung. Orang tua selalu sebut "tu terKENAN masa mengandung la tu"..Tapi betul ke kalau ada apa-apa yang pelik kat anak kita dipanggil KENAN?? Sejauh mana KENAN ni mempengaruhi kehidupan ibu mengandung sepanjang proses kehamilan mereka?..Betul ke atau sekadar mitos atau dongengan orang dahulu kala? Banyak beno soklan kamu yong..hak tuihhh!!

Ok..sebelum tu meh nak kongsi maksud KENAN ni ye..Konsep ‘terKENAN’ membawa maksud ‘terpengaruh pada keadaan sesuatu yang luarbiasa, boleh jadi buruk atau baik, sehinggakan turut menjejas kandungan ibu mengandung’.  Selalunya, ‘terKENAN’ membawa kemudaratan.    Jarang sekali wanita mengandung ‘terKENAN’ pada sesuatu yang baik kerana terKENAN selalu berlaku kerana wanita mengandung itu ‘terkejut’ apabila melihat sesuatu yang luarbiasa.

Bila dah bercerita pasal KENAN ni, aku nak kongsi cerita pasal anak aku, si udin ni ha..masa dalam tempoh berpantang, mata kanan udin selalu berair..meleleh je air mata dia..memang kerap sampai bertahi mata dia..Mak aku cakap aku terKENAN mata sotong..Mak aku cakap masa mengandung aku siang mata sotong tu yang terKENAN kat mata si udin ni..Aku cakap kat mak aku..memey arrr..siang sotong mesti arr buang mata dia..Mak mertua aku pula pesan lepas ni kalau mengandung lagi masa siang sotong jangan buang matanya, masak sekali ngan mata tu masa makan nanti buang la..sebab mama dulu masa mengandung buat macam tu..pulak dah..tu la pemikiran mak dan mak mertua aku....

Lagi 1 yang ada kat udin ni adalah kadang-kadang kaki udin suka gerak-gerak dengan sangat laju..tergedik-gedik je kaki dia..tak kira la masa didukung, didirikan, berbaring atau menggeliat..tapi kejap je la gediknya..rak de la kerap sangat..dalam sehari tu 2 3 kali je gediknya..tapi memang perasan la gediknya tu..aku cakap kat mak aku..mak aku kata maybe terKENAN masa aku bawak kereta..aku tanya balik..KENAN kat bahagian mana???mak aku kata masa aku tekan minyak atau pun clutch..aiikkk...tu pun boleh terKENAN ke??pelik..pelik..huhu.tapi memang masa aku mengandung tu aku ada bawak kereta pegi klinik untuk check up tapi 2 kali je la..dan memang ada kejadian yang berlaku dan aku memang terkejut pun..aku ni penakut bawak kereta walaupun ada lesen sah..sampai suami aku cakap "nanti kita beli frame gantung lesen tu kat dinding"..harharhar..so aku gagahkan juga diri bawa kereta sebab suami memang tak dapat hantar aku sebab ada mesyuarat penting kat shah alam..memang bodoh je aku bawak kereta sebab jauh umah aku ngan klinik tu dalam 10 minit je tapi disebabkan aku yang bawak jadinya dekat 20 minit baru la sampai..mati enjinnya 2 kali..memang haru aku ni..banyak sangat simpang tu yang mati enjin..aku ni kalo jalan straight je tak de la masalah..jadinya aku cerita la kat mak aku sejarah tu mak aku cakap..."ye la tu..terKENAN kamu bawak kereta la tu..kaki udin gedik-gedik tu sebab kaki kamu duk pijak-pijak clutch sebab enjin mati"..memang haru betul la..

Tapi kan suami aku memang tak percaya mende-mende macam ni..tapi dia dengar je la pe yang mak aku cakap..tapi tu la..aku selalu terpikir sejauh mana kebenarannya kan..tapi kan selepas 2 bulan usia udin dah tak de dah air mata yang meleleh dan kaki yang gedik-gedik tu..hilang terus dah..maknanya apa??eerrmm...makcik yang mengurut aku suruh aku baca selawat sambil urut-urut bawah mata udin..amal selalu..Alhamdulillah hilang dah..

Mak aku ada cerita, kawan dia terKENAN kambing sebab ayah dia ada membela kambing..KENAN kambing tu cam ne..tanya aku..mak aku cakap kawan dia duduk cam kambing..lemah gemalai cam kambing..pulak dah..boleh tersangkut ye..hihi...dah kebetulan nak wat cam ne kan..

Tapi Alhamdulillah...udin membesar dengan baik, semakin sihat dan domok sekarang..syukur...