About Me

My photo
Seorang anak sulung kepada pasangan Mohd Yusof Pandak Abdul Rahman dan Hasnah Yusuf. Seorang kakak kepada 9 orang adik-adiknya. Seorang isteri kepada Nasrul Faiz Firdaus. Seorang ibu kepada seorang anak lelaki, Muhammad Alauddin. Seorang suri rumah sepenuh masa dan sepenuh tenaga ('',). Seorang businesswomen kecil-kecilan aje untuk mengisi masa yang terluang. Seorang yang simple dan mudah didekati. Terima kasih sudi menjengah blog saya yang tiada apa ini..
Powered by Blogger.

Saturday, March 3, 2012

"DIA" Menyerupai Suamiku

Perghhh...cam tajuk novel la pulak..apakah "DIA" itu?Haa..ni yang nak kongsi sikit kejadian yang agak SERAM yang berlaku pada aku semasa aku dalam tempoh berpantang kan si Udin ni..

Orang tua kan dah pesan, perempuan yang dalam tempoh berpantang bersalin ni kene jaga diri elok-elok, jangan keluar rumah ikut suka hati, sebelum maghrib dah kene tutup pintu, tingkap semua sebab badan kita dalam keadaan lemah dan masih "kotor". Aku memang mematuhi semua syarat-syarat tersebut dan dikawal ketat oleh mak abah aku yang sememangnya sangat cerewet dan menjaga aku sebaik mungkin ketika aku berpantang ari tu.

Aku kan berpantang kat rumah famili aku kat manjung, perak. So, suami aku akan balik setiap hujung minggu menjenguk aku dan udin. Jumaat malam tu seperti biasa suami aku sampai, selalunya dalam pukul 10.30 malam. Memang mak abah aku dah pesan kat suami kalau baru sampai dari luar atau datang dari jauh sebelum masuk rumah baca Al-Fatihah, Ayat Kursi, Selawat dulu then bagi salam kemudian duduk dulu kat ruang tamu, tenang kejap pastu sebelumm masuk bilik aku bagi salam dulu..Suami patuh dengan semua itu.

Tapi malam tu kami sekeluarga tengah melayan Maharaja Lawak Mega (Astro) masa suami aku sampai tu..aku memang tak ketinggalan la melayan sekali..udah tiap-tiap minggu menengoknya..si udin lena aku pangku atas riba, suami pun sampai-sampai join la semangkuk...tengok punya tengok habis pukul 12 tengah malam..abis je cerita tu kami semua bergerak ke bilik masing-masing untuk sesi pentiduran la pulak..

Aku dan suami pun terus la masuk bilik untuk tidur. Selalunya suami tidur atas katil sekali ngan kami tapi malam tu suami kata dia nak tidur kat bawah je aku tidur atas katil dengan udin. Aku tanya kenapa suami kata dia rasa sempit sikit dan panas sebab aircond aku halakan ke atas so tak kene kat suami..aku suruh suami tidur atas biar aku yang tidur bawah tapi suami nak tidur bawah juga...aku akur la..

Malam tu kami tidur dengan nyenyak..udin pun tak de meragam cuma rengek-rengek nak susu je..cumanya bilik yang aku duduk tu ada kisah lain disebaliknya. Bilik tu bilik mak abah aku. Setiap kali aku balik, mak abah akan berpindah kat bilik belakang dan aku akan duduk di bilik depan sebab abah aku nak menantunya selesa. Katil mak aku susun rapat ke bucu kiri bilik bahagian atas, rapat ke dinding mengadap tingkap. Mak aku cakap, kalau abah aku tidur belah ke dinding tu selalu sangat mengigau dan akan bercakap-cakap tapi percakapannya tidak berbutir..tak paham apa abah aku cakap..ada sekali tu abah aku cerita dia mimpi berlawan dengan syaitan, abah aku baca Al-Fatihah sampai la syaitan tu terbakar katanya..time tu mak aku tengok abah aku dah macam orang bersilat dah..

Tapi aku sepanjang tidur di bahagian tu Alhamdulillah tak de mengigau dan bercakap yang bukan-bukan cuma aku rasa aku tidur sangat la nyenyak..macam khayal..mimpi tu memang ada..dan mimpi-mimpi yang mengarut tapi bukan mimpi seram la..pastu de sampai satu tahap aku tak sedar udin merengek minta susu..adik aku yang kejut..aku kalau suami aku takde adik-adik aku akan temankan aku tidur..padahal aku bukan jenis yang tidur mati..jenis yang cepat sedar..aku penah letak udin di bahagian menghala dinding tu..dan udin memang tidur tak lena..dia pejam mata tapi kerap merengek-rengek tapi bukan nak susu..macam tak selesa la..bila aku angkat dan ubah dia sebelah kanan dia tidur nyenyak sampai la subuh..kesudahannya aku tak tidur bahagian kiri tu begitu juga udin..aku letak bantal kat tempat sebelah kiri  dan kami anak beranak tidur rapat ke kanan.

Tapi malam tu ada sesuatu yang berlaku..masa tu aku memang sedar sebab aku sedang beralih badan ke sebelah kiri untuk menyusukan udin. Mata aku memang terbuka dan memang dalam keadaan sedar. Masa aku tengah betulkan badan untuk susukan udin (aku susukan udin sambil baring mengiring), aku nampak suami aku bangun dalam keadaan membelakangkan aku terus pergi ke arah pintu bilik untuk keluar..maybe nak pergi toilet kot..dalam masa aku melihat tu aku pandang muka udin nak tengok dia menyusu..tapi yang peliknya aku tak dengar bunyi pintu bilik dibuka atau ditutup..sekali lagi aku tengok ke bawah tempat suami tidur...aiikkk...suami tengah nyenyak tidur..serius!!aku tengok sekali lagi untuk kepastian..ye..suami aku tengah tidur dengan lenanya..tapi masa tu mengantuk aku masih ada..so lepas aku pastikan suami aku ada di tempat tidur dia..aku sambung je la baki tidur aku tu..

Esok pagi tu aku terus tanya suami ada tak dia bangun malam tadi gi toilet ke pe ke, suami aku cakap tak de pun..sebab dia ngantuk sangat..sebab semalam sehari tak masuk pejabat, kerja luar je..so dia lena sungguh tidur..sekali lagi aku pelik..aku cerita la kat suami aku apa yang aku nampak semalam tapi suami aku cakap jangan pikir sangat..biasa la tu..mengusik kot..herrmm...aku cerita kat mak aku pun, mak cakap memang la..bilik tu mungkin ada cuma ada masa-masa je..tak pe la..pengalaman aku la tu...:)

So, aku tak berfikir sangat la selepas itu, cuma sentiasa berlindung dengan ayat-ayat Al-Quran sepanjang berpantang la.berikhtiar mana yang patut dan mampu..Alhamdulillah...tak ada apa yang tidak elok berlaku..yang penting aku melalui pengalaman berpantang yang sangat menyeronokkan  walaupun ramai kawan-kawan yang kata SANGAT MEMBOSANKAN...:)

No comments:

Post a Comment