About Me

My photo
Seorang anak sulung kepada pasangan Mohd Yusof Pandak Abdul Rahman dan Hasnah Yusuf. Seorang kakak kepada 9 orang adik-adiknya. Seorang isteri kepada Nasrul Faiz Firdaus. Seorang ibu kepada seorang anak lelaki, Muhammad Alauddin. Seorang suri rumah sepenuh masa dan sepenuh tenaga ('',). Seorang businesswomen kecil-kecilan aje untuk mengisi masa yang terluang. Seorang yang simple dan mudah didekati. Terima kasih sudi menjengah blog saya yang tiada apa ini..
Powered by Blogger.

Friday, March 23, 2012

Fuhhh...nasib baik..

Malam tadi aku terjaga..tak tahu pukul berapa sebab tak tengok jam pun..cume yang pastinya aku terbangun dalam keadaan yang sangat-sangat terkejut..seperti dikejutkan oleh sesuatu..dan dalam keadaan jantung yang berdegup dengan maha pantas!!

Pas tengok cerita Semanis Kurma tv9 tu, kami laki bini dah ready nak tidur la. Tak lama pun, terlelap dah..tetiba aku terjaga dan terus terbangun dalam keadaan duduk..aku tengok sekeliling aku..tak ada apa yang berubah pun. Orang pertama yang aku cari adalah Udin sebabnya kerana Udin aku terjaga secara tiba-tiba. Tercungap-cungap nafas aku..

Aku mimpi Udin jatuh dari katil dalam keadaan kepala ke bawah. Yang buat aku berderau tu adalah kami laki bini ada atas katil..ntah macam mana Udin naik atas badan abah dia, abah pulak duduk di tepi katil dalam keadaan mengiring..masa tengah panjat badan abah tu udin melonjak dan aku nampak dengan jelas udin menjunam ke bawah..tapi belum sempat kepala udin mencecah lantai aku dah terbangun sambil menjerit nama udin dengan kuat sekali..

Suami aku tersedar masa aku terbangun tu tapi dia dalam keadaan mamai..sebab aku lepas terbangun tu aku terus tanya suami mane udin, suami cuma balas..uh..ah..uh..ahh..(mamai la tu..terpinga-pinga kat aku yang tetibe terbangun ni)..dah automatik aku tengok sebelah kanan aku udin tidur dengan nyenyaknya...bersyukurnya aku sebab tu mimpi rupanya..tapi memang menakutkan mengalahkan mimpi hantu lagi..aku rasa macam betul-betul..ish..terbayang-bayang lagi mimpi tu..

Pagi tadi cerita kat suami..rupanya dia pun tak sedar aku bangun tengah malam tadi dan yang paling aku rasa haru suami aku tak sedar pun dia pun bangun sekali..memang haru..aku tanya tak dengar ke aku jerit malam tadi, dia kata tak de pun..padahal malam tadi dia yang tanya kenapa..pastu terus pusing ke kiri sambung tidur..ye la tu..memang tak sedar la tu terbangun kan..

Harap-harap di alam nyata ni minta jauh la udin dari terjatuh katil ke apa ke..aku paling takut kalau budak-budak terjatuh tak kira la tengah berlari-lari tersembam ke, panjat kerusi terjerombam ke, jatuh katil ke..aku memang rasa ngeri dan berderau darah aku..kadang-kadang aku nengok ada mak ayah yang duk wat tak peduli pun kat anak die yang duk manjat-manjat kerusi kat klinik..berdiri 1 kaki atas palang besi la..aku pulak yang duk suruh budak tu turun sebabnya selagi budak tu duk wat aksi merbahaya tu selagi tu la jantung aku berdegup dengan laju dan tangan aku akan menggeletar..memang tak boleh la aku..

*sambil duk menaip ni duk terteleng-teleng nengok udin tidur atas katil..sebabnya takut dia terbangun pastu termenerap pastu tergolek pastu...........tak nak cakap la..tak sanggup!!padahal udin tidur kat hujung dinding*

No comments:

Post a Comment