About Me

My photo
Seorang anak sulung kepada pasangan Mohd Yusof Pandak Abdul Rahman dan Hasnah Yusuf. Seorang kakak kepada 9 orang adik-adiknya. Seorang isteri kepada Nasrul Faiz Firdaus. Seorang ibu kepada seorang anak lelaki, Muhammad Alauddin. Seorang suri rumah sepenuh masa dan sepenuh tenaga ('',). Seorang businesswomen kecil-kecilan aje untuk mengisi masa yang terluang. Seorang yang simple dan mudah didekati. Terima kasih sudi menjengah blog saya yang tiada apa ini..
Powered by Blogger.

Friday, March 30, 2012

Perginya Nenda Tersayang

Assalamualaikum

Rabu 28 Mac 2012 jam 10.30 p.m dapat call dari mak, Tok baru meninggal malam tadi...terkedu aku sekejap..tanya mak semula untuk kepastian..mak kata "Tok baru meninggal tadi"..Innalillah..Dari suara mak aku dengar tenang cuma sedikit sayu..tapi ma memang seorang anak yang kuat dan sangat tabah..Mak cakap Along Pak Andak Li baru call tadi masa mak ngan abah sedang mengemas barang-barang meniaga untuk pulang ke rumah..Rabu abah meniaga kat dalam Uitm Seri Iskandar..Mak cakap malam tu jugak akan balik ke Rompin sebab abah nak sampai pagi esok..

Lepas mak call, aku terdiam sekejap..tumpul sekejap selera makan aku ketika itu *masa ni tengah makan mihun sup*Suami tanya kenapa? Aku cerita apa yang aku sembang dengan mak tadi..dan suami tanya aku nak balik kampung ke? Aku cakap tak balik, sebab abah pun cakap tak pe la, abah sekeluarga dah balik cukup lah sebab abah call untuk beritahu berita itu..dan abah memahami keadaan aku yang beranak kecil..Itu peribadi abah yang jarang nak ada pada orang lain..tidak suka memaksa dan amat memahami..Aku cuma sampaikan salam pada orang-orang kampung sahaja..

Tok memang dah sakit sejak hujung tahun lepas lagi..sakit yang diwarisi dari keturunannya..sakit semput/asma. Tok baru keluar hospital 2 minggu lepas..ditahan di wad sebab angin masuk badan..pastu badan jadi kembang..kesian tok..tekak dahaga tapi doktor tak bagi minum air dalam kuantiti yang banyak..mak tak sampai hati mak bagi juga walaupun ditegah oleh mereka yang datang melawat..Tok yang dulu gebu kini tinggal tulang..aku tanya mak keadaan tok..mak kata mak rasa tak lama sebab mak nampak tanda-tanda itu..mata yang kelabu, telinga yang semakin jatuh..pandangan mata tok pada mak...mak paham semua itu..tok sangat rindukan mak..bila mak balik tok sebut "Ta.." sebelum ni cucu yang menjaga Tok di wad cakap Tok tak mampu bercakap..tapi melihat mak datang tok senyum dan bercakap malah bertambah sihat untuk 2 hari mak di sana..mak paham kenapa...

Perkara ini juga mebuatkan aku teringat dengan kelakuan Udin yang pada anggapan aku lain dari biasa.  Sejak dari malam Selasa lagi Udin asyik menangis, merengek dan sekali sekala menjerit secara tiba-tiba hingga memeranjatkan aku dan suami..pada mulanya aku sangkakan Udin demam ke, sakit perut ke..tapi kesihatan Udin Alhamdulillah..tiada apa-apa..Aku dan suami memang pelik memikirkan perangai Udin..Udin menangis je dari malam tu, bawak ke siang dan bawak ke malam Rabu ketika dapat panggilan berita tersebut..Teringat pesan Tok bayi dan kanak-kanak ni istimewa, orang nak meninggal pun dia tahu lebih-lebih lagi jika melibatkan ahli keluarga sendiri..itu membuatkan aku berfikir seketika..malam tadi Udin tidur dengan nyenyak dan hanya merengek nak susu dan sambung tidur seperti selalu..dan bangun pagi ni pun dengan senyuman selepas 2 hari meragam yang bukan-bukan...atau mungkinkah hanya kebetulan yang tidak disengajakan...??

Tok dah selamat dikebumikan..mak cakap semua berjalan dengan lancar..Alhamdulillah..Adik aku Ila ambil kesempatan mandikan Tok..sebab tu memang niat Ila..dia nak mandikan Tok..walaupun sekadar mencuci kaki Tok dia rasa sangat seronok dan itu pengalaman yang paling manis antara Ila dan Tok untuk terakhir kali..

Walaupun Tok adalah Tok tiri aku, tapi Tok sangat-sangat sayangkan semua cucu-cucu dia. Aku ada banyak kenangan dengan tok walaupun kami berjumpa ketika hari raya sahaja sebab ikut giliran kalau tahun ni balik kampung abah tahun depan baru balik kampung mak..tapi seronok sangat beraya kampung mak sebab sedara mara mak sangat ramai dan semua tinggal berdekatan..tu memang pesen orang-orang kampung..sedara mara semua sebelah menyebelah aje..tok yang paling seronok bila kami sekeluarga dan keluarga mak lang akan balik beraya sebab kami je yang duduk jauh..jadi raya tu lebih meriah..tok cakap orang jauh nak mari ni..hihi..

Macam-macam aku berkongsi dengan tok..dari petua orang tua, pesanan sebagai anak dara, masa aku dalam tempoh bertunang lagi banyak pesanan tok bagi sebab tok sangat menitik berat penjagaan dan tingkah laku seorang perempuan dan tok juga amat menjaga dirinya dan penampilannya walaupun di usia emas..Tok selalu pesan orang perempuan kene rajin makan ubat dan jamu untuk kesihatan dalaman..pastu makan pun kene jaga..jangan semua benda nak makan..ada yang boleh makan banyak dan ada yang boleh makan sedikit dan ada yang langsung tak boleh makan..dengan tok seronok berborak dan meminta pendapat serta tips..tak pernah kedekut langsung,,kadang-kadang cucunya berkerumun macam semut dapat gula *tok ibarat gula la* sebab nak dengar tips tok..dengan tok tiada apa nak dimalukan dan tiada apa nak disegankan..semua boleh ditanya dan akan dijawab tok dengan senyuman..tok sangat cantik bila tersenyum..tok pesan kalau nak senyuman dipandang manis jangan suka mengata orang dan mencarut..kalau nak gigi putih bersih tersusun jangan suka memaki hamun orang dan kalau nak nafas berbau harum jangan berbisik-bisik keburukan orang pada orang lain..itu pesanan yang paling kerap tok cakapp pada anak cucu dia..tu sebab bila ada yang bergaduh la..bertikam lidah, terasa hati tok akan nasihat supaya berbaik..tok tak suka anak cucu bergaduh yang bukan-bukan dan bermasam muka sesama sedara mara, anak beranak, cucu cicit piut.......

Tapi kini tok sudah kembali kepada Pencipta yang Maha Esa..dari Dia kita datang kepada Dia kita kembali..semoga roh tok ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman..Rindu sangat kat tok..tahun ni giliran balik ke kampung mak untuk beraya tapi tok sudah tiada..jadi bagaimana raya kami? Aku terkilan sebab tak dapat bawa Udin jumpe tok, Oyang Udin..tak pe la..semua sudah selamat...apa yang mampu aku lakukan hanyalah sedekahkah Al-Fatihah untuk arwah Tok...

No comments:

Post a Comment