About Me

My photo
Seorang anak sulung kepada pasangan Mohd Yusof Pandak Abdul Rahman dan Hasnah Yusuf. Seorang kakak kepada 9 orang adik-adiknya. Seorang isteri kepada Nasrul Faiz Firdaus. Seorang ibu kepada seorang anak lelaki, Muhammad Alauddin. Seorang suri rumah sepenuh masa dan sepenuh tenaga ('',). Seorang businesswomen kecil-kecilan aje untuk mengisi masa yang terluang. Seorang yang simple dan mudah didekati. Terima kasih sudi menjengah blog saya yang tiada apa ini..
Powered by Blogger.

Thursday, March 1, 2012

TERKENAN KE??

Pernah dengar pasal KENAN tak? KENAN ni selalu berkait rapat dengan ibu mengandung. Orang tua selalu sebut "tu terKENAN masa mengandung la tu"..Tapi betul ke kalau ada apa-apa yang pelik kat anak kita dipanggil KENAN?? Sejauh mana KENAN ni mempengaruhi kehidupan ibu mengandung sepanjang proses kehamilan mereka?..Betul ke atau sekadar mitos atau dongengan orang dahulu kala? Banyak beno soklan kamu yong..hak tuihhh!!

Ok..sebelum tu meh nak kongsi maksud KENAN ni ye..Konsep ‘terKENAN’ membawa maksud ‘terpengaruh pada keadaan sesuatu yang luarbiasa, boleh jadi buruk atau baik, sehinggakan turut menjejas kandungan ibu mengandung’.  Selalunya, ‘terKENAN’ membawa kemudaratan.    Jarang sekali wanita mengandung ‘terKENAN’ pada sesuatu yang baik kerana terKENAN selalu berlaku kerana wanita mengandung itu ‘terkejut’ apabila melihat sesuatu yang luarbiasa.

Bila dah bercerita pasal KENAN ni, aku nak kongsi cerita pasal anak aku, si udin ni ha..masa dalam tempoh berpantang, mata kanan udin selalu berair..meleleh je air mata dia..memang kerap sampai bertahi mata dia..Mak aku cakap aku terKENAN mata sotong..Mak aku cakap masa mengandung aku siang mata sotong tu yang terKENAN kat mata si udin ni..Aku cakap kat mak aku..memey arrr..siang sotong mesti arr buang mata dia..Mak mertua aku pula pesan lepas ni kalau mengandung lagi masa siang sotong jangan buang matanya, masak sekali ngan mata tu masa makan nanti buang la..sebab mama dulu masa mengandung buat macam tu..pulak dah..tu la pemikiran mak dan mak mertua aku....

Lagi 1 yang ada kat udin ni adalah kadang-kadang kaki udin suka gerak-gerak dengan sangat laju..tergedik-gedik je kaki dia..tak kira la masa didukung, didirikan, berbaring atau menggeliat..tapi kejap je la gediknya..rak de la kerap sangat..dalam sehari tu 2 3 kali je gediknya..tapi memang perasan la gediknya tu..aku cakap kat mak aku..mak aku kata maybe terKENAN masa aku bawak kereta..aku tanya balik..KENAN kat bahagian mana???mak aku kata masa aku tekan minyak atau pun clutch..aiikkk...tu pun boleh terKENAN ke??pelik..pelik..huhu.tapi memang masa aku mengandung tu aku ada bawak kereta pegi klinik untuk check up tapi 2 kali je la..dan memang ada kejadian yang berlaku dan aku memang terkejut pun..aku ni penakut bawak kereta walaupun ada lesen sah..sampai suami aku cakap "nanti kita beli frame gantung lesen tu kat dinding"..harharhar..so aku gagahkan juga diri bawa kereta sebab suami memang tak dapat hantar aku sebab ada mesyuarat penting kat shah alam..memang bodoh je aku bawak kereta sebab jauh umah aku ngan klinik tu dalam 10 minit je tapi disebabkan aku yang bawak jadinya dekat 20 minit baru la sampai..mati enjinnya 2 kali..memang haru aku ni..banyak sangat simpang tu yang mati enjin..aku ni kalo jalan straight je tak de la masalah..jadinya aku cerita la kat mak aku sejarah tu mak aku cakap..."ye la tu..terKENAN kamu bawak kereta la tu..kaki udin gedik-gedik tu sebab kaki kamu duk pijak-pijak clutch sebab enjin mati"..memang haru betul la..

Tapi kan suami aku memang tak percaya mende-mende macam ni..tapi dia dengar je la pe yang mak aku cakap..tapi tu la..aku selalu terpikir sejauh mana kebenarannya kan..tapi kan selepas 2 bulan usia udin dah tak de dah air mata yang meleleh dan kaki yang gedik-gedik tu..hilang terus dah..maknanya apa??eerrmm...makcik yang mengurut aku suruh aku baca selawat sambil urut-urut bawah mata udin..amal selalu..Alhamdulillah hilang dah..

Mak aku ada cerita, kawan dia terKENAN kambing sebab ayah dia ada membela kambing..KENAN kambing tu cam ne..tanya aku..mak aku cakap kawan dia duduk cam kambing..lemah gemalai cam kambing..pulak dah..boleh tersangkut ye..hihi...dah kebetulan nak wat cam ne kan..

Tapi Alhamdulillah...udin membesar dengan baik, semakin sihat dan domok sekarang..syukur...


No comments:

Post a Comment