About Me

My photo
Seorang anak sulung kepada pasangan Mohd Yusof Pandak Abdul Rahman dan Hasnah Yusuf. Seorang kakak kepada 9 orang adik-adiknya. Seorang isteri kepada Nasrul Faiz Firdaus. Seorang ibu kepada seorang anak lelaki, Muhammad Alauddin. Seorang suri rumah sepenuh masa dan sepenuh tenaga ('',). Seorang businesswomen kecil-kecilan aje untuk mengisi masa yang terluang. Seorang yang simple dan mudah didekati. Terima kasih sudi menjengah blog saya yang tiada apa ini..
Powered by Blogger.

Saturday, April 28, 2012

Jenis-jenis Kawan

Semua orang ada kawan kan. Ada yang memang kamceng sangat, ada yang suam-suam je, ada yang lama tak jumpa, ada yang lost contact terus sampai ke sudah, ada yang dah tak ada dalam dunia ni..macam-macam la yang ada kan..

Tapi kan, aku memang jenis yang ramai kawan tapi yang rapatnya sangat sedikit, yang suam-suam boleh tahan ramai dan yang lost contact sampai ke sudah tak jumpa pun boleh tahan juga bilangannya.

So, berdasarkan pengalaman perkawanan aku kan, banyak sebenarnya jenis kawan yang aku penah jumpa selain dari pengalaman kawan-kawan aku sendiri. Jom periksa satu persatu..

Jenis kawan yang ni memang banyak la aku ada. Ianya memang ada disekeliling aku, di mana sahaja aku berada. Time sekolah dulu memang haram sepatah kata tak penah berborak , bersapa atau bersenyum-senyuman, tapi bila terjumpa kat mana-mana bukan main riuh ko....macam kawan sehati sejiwa nokkss..borak hal tu, borak hal ni..seperti tiada hari untuk esok gayanya..tapi lepas dah jumpa memang tak kan tahu la bila nak jumpa balik, nak berborak balik..

Ada juga kawan yang suka kita balas balik apa yang dia dah buat tak kira la dari segi kebaikan dia, kemurahan hati dia, sifat keprihatinan dia dan sebagainya. Kawan cam ni aku ada juga tapi tak ramai la. Sebabnya aku jenis hati kering dan sangat tak suka dengan orang sebegini. Pelbagai peranagai jelik mereka yang pada pandangan aku sungguh menjengkelkan aku. Antaranya bila masuk bab jemputan perkahwinan. Ada kawan yang akan datang wedding kawan dia kalau kawan dia juga datang masa wedding dia dulu. Boleh cam tu ehh?? Macam tak ikhlas la..sampai ada yang merajuk hati kerana kawan yang konon baik tak datang wedding dia. Dapat kat aku orang macam ni memang tak kawan dah lepas tu..huhuhu..Ada juga yang masa kawan dia susah, dia lah orang pertama yang menghulurkan bantuan tanpa dipinta dan siap memaksa kita menerima bantuan dia, kemudian bila dia susah dia akan paksa kita untuk membantu dia walaupun ketika itu kita tak mampu untuk membantu..Not nice la kawan..persahabatan itu ikhlas tanpa paksaan..:)

Paling best dapat kawan yang memang kebal luar dan dalam. Kawan baik aku memang terdiri dalam golongan ini. Semua memang kebal walaupun ditegur, dikritik, dinasihati, dijentik dan pelbagai di lagi. Bukan bermaksud mereka laser atau jenis tak hati perut, tapi mereka adalah jenis yang sangat terbuka dan ikhlas dalam memberi dan menerima. Bila ada kawan minta pendapat penampilan dia untuk hari itu, kami akan bagi pandangan yang sangat jujur tanpa kawan tadi terasa dan perasan lawa. Kalau tak sesuai kata tak sesuai..tiada istilah menjaga hati. Kalau perlu tukar baju seluar time tu, kami bantu dia tukar. Bab cintan cintun pun begitu. Bagi pendapat yang jujur dan sentiasa bahagia apabila kawan bahagia tapi bukan bahagia kalau kawan buat dosa maksiat dengan kekasih mereka..ingat tu ye..

Ada juga kawan yang sentiasa inginkan perhatian yang khusus dari kawan-kawannya. Bila kita lama tak contact, misscall atau sms dia mula lah kata lupa kawan la, sibuk sangat la, itu la ini la..kawan cam ni perlu jauh dari aku. Aku sangat hargai kawan-kawan baik aku yang sangat memahami antara satu sama lain. Tanpa perlu beritahu yang kita sibuk, tapi kawan-kawan ini akan paham. Apabila ada masa dan dapat berborak, memang lama la boraknya..sangat seronok sebab kita tak perlu nak semakkan hati dan fikiran kita tentang perkara-perkara remeh sebegini..aku suka setkan dalam fikiran aku, kawan-kawan baik aku semua ingat pada aku cuma belum sampai masa untuk berborak dan berjumpa seperti dahulu..yezzzaaa

Dan yang terbaru, aku terjumpa pulak kawan yang bila kita tak dapat puaskan hati dia, dia akan bercerita sakan dengan orang lain perihal itu. Contohnya mereka merancang untuk pergi sesuatu tempat dan mengajak aku untuk join sekaki la. So, apabila aku beritahu komitmen aku yang membuatkan aku tak dapat join, terus dicanangnya aku dicontrol la, duk umah je manjang la..itu la ini la..aduyyaiiii..payah juga orang sebegini. Sebabnya tidak memahami komitmen isteri orang dan ibu orang..mereka bujang boleh ditala ke mana sahaja tanpa mengira tempat dan waktu, tidak sama dengan orang seperti aku. Kesudahannya aku cakap apa-apa saja program korang jangan ajak aku dah, pergi la mana korang nak pergi. Aku tak nak masuk campur..sekian..sebabnya bila dah berstatus isteri dan ibu ni, aku amat menitikberatkan kualiti seorang kawan..kawan-kawan yang berfikiran seperti kanak-kanak- ribena ni sila la pergi jauh-jauh..

Kalau ikutkan banyak lagi peel kawan-kawan yang ada kat sekeliling aku ni. Tapi yang ni je lah yang paling kerap aku jumpa dan terjadi kat aku..nasib badan..apa-apa pun, carilah kawan yang mampu membawa kita ke arah kebaikan tak kira la dalam keadaan atau situasi apa pun..:)

*salah sorang kawan baik nak naik pelamin bulan 6 ni..xsabar nak jumpa beliau*



Friday, April 27, 2012

Pesan Orang Tua

Assalamualaikum

Aku paling suka menyembang dengan orang-orang tua macam mak-mak orang yang sebaya mak aku, nenek-nenek sebab mereka ni mempunyai banyak petua-petua dan pesan yang memang sangat baik untuk diamalkan terutama wanita-wanita muda zaman sekarang. Jom tengok apa pesan deme ye

1. Jangan suka tidur di waktu petang
Waktu yang baik untuk melelapkan mata di siang hari adalah sebelum masuk waktu sembahyang Zohor lebih kurang pukul 12 tengah hari ke 1.30 petang macam tu. Orang tua cakap kalau anak dara selalu tidur waktu petang senang untuk dapat penyakit orang perempuan seperti keputihan, muka pucat dan tidak berseri, dan lemah tenaga dalaman.

2.  Jangan baring terlentang
Orang perempuan tidak manis bila berbaring dalam keadaan menelentang, kerana menghilangkan "kecantikkan" dan sifat malu seorang perempuan. Ye lah, dalam keadaan terlentang tu kan semua boleh nampak dan timbul. Tetapi kalau nak menelentang pun, lutut diangkat ke atas. Posisi itu baik untuk dalaman perut.

3. Sentiasa amalkan senaman
Yang ni arwah nenek aku ada ajar, tapi nenek aku panggil senaman untuk urat. Sebabnya masa buat senaman ni, memang akan rasa semua urat saraf meregang dan akan sakit sedikit untuk yang pertama kali buat. Part senaman yang paling aku suka ialah duduk bersila kemudian temukan tapak kaki kanan dengan tapak kaki kiri. Mula-mula memang senak beb..pas 2 3 kali buat sedap pulak rasa urat-urat kat peha dengan betis..cubalah kalau nak rasa nikmatnya..

4. Kentut jangan ditahan-tahan
Hohoho..ni bukan lawak ye..arwah nenek cakap bagus kalau orang yang suka kentut dan lawas kentutnya..lawas kentut ni maksud dia kentutnya tak payah diteran-teran, tetibe je terkentut..haaa..kalau teran kentut tu, maknanya tersangkut kentutnya..angin kalau buang melalui kentut sangat bagus dari keluar angin melalui mulut. Pas tu kalau nak kentut, kentut je, jangan di tahan-tahan, sebab tak elok simpan angin dalam perut, nanti dia akan meliar ke bahagian lain pulak, mula la sakit kepala la, sakit pinggang la..macam-macam sakit la.

5. Jangan minum AIS!!
Memang pantang arwah nenek aku ais-ais ni.Aiskrim pun nenek tak sentuh apatah lagi nak jilat kan..sebab katanya punca angin dalam badan adalah AIS. Selain tu, ais boleh buat perut buncit dan melemahkan anggota peranakan dan seksual wanita..huhu..sapa nak hebat di hati suami, silalah tinggalkan AIS ye..

6. Guna atas tangan untuk elakkan bau ketiak
Ini petua arwah tok wan aku. Abah aku turunkan pada kami adik beradik. Abah tak pernah guna deodorant @ perfume sepanjang hidup die..dan aku percaya sebab abah bukan seperti lelaki maskulin lain yang ada macam-macam stok barang-barang kecantikan dan kewangian tubuh badan. Sebab abah amalkan setiap kali mandi, semasa nak sabun tu, gosokkan kat ketiak dengan cara terbalik, selalu kita guna telapak tangan kan, tp yang ni secara terbalik. Nak guna sabun boleh, tak nak guna sabun pun boleh. Alhamdulillah, memang abah tak de bau badan walaupun sedang berpeluh atau baju. Baju yang kotor untuk dibasuh pun tak mau masam. Tak percaya boleh cuba..:)

7. Rajin makan jamu asli
Arwah opah dan nenek memang pakar buat jamu sendiri. Gentel sendiri orang kata. Kalau yang ni memang aku berani makan sebabnya memang betul-betul asli tanpa campuran dari bahan-bahan lain. Kaun wanita memang tak boleh nak elak dengan amalan makan jamu ni. Buktinya dari mak aku sendiri. Mak pernah wat check up kat hospital then doktor tu puji mak dia kata anggota dalaman mak seperti wanita berusia 30-an, padahal usia mak dah 47 tahun dah. Sejak berpantang sampai sekarang aku masih amalkan makan manjakani yang dah digentel bulat-bulat untuk kesihatan dalaman. Jamu lain yang duk jual kat pasaran masih belum berani untuk mencuba sebab keraguan aku masih di tahap yang tinggi..huhu

8. Amalkan petua-petua asli untuk kecantikkan kulit wajah dan badan
Arwah nenek dan opah banyak ajar cucu-cucu dia cara-cara nak jaga kulit wajah tanpa guna krim @ pencuci muka yang ada kat pasaran sekarang. Antaranya air basuhan beras sapu dimuka untuk licinkan muka, pakai bedak sejuk buatan kampung untuk haluskan kulit, sapu tomato kat muka untuk kecutkan jerawat, mandi dengan bunga mawar untuk segar dan wangikan tubuh badan, basuh anggota sulit dengan air rebusan sireh @ kunyit hidup...banyak lagi la..mana senang aku buat la..

9. Berjalan jangan menghentak kaki
Arwah nenek cakap kalau anak dara jalan menghentak kaki menunjukkan sifat dalamannya. Seorang yang ego dan sombong kerana keagresifannya berjalan. Itu belum yang berjalan lintang pukang lagi. Arwah opah pesan jalan jangan lintang pukang..buruk beno katanya..tapi kalau dah memang azali serupa itu tak pe la..tak de salahnya..:)

10. Jangan mengetuk kuali semasa memasak
Arwah Aki memang marah kalau orang perempuan memasak kat dapur sambil mengetuk-ngetuk sudip kat kuali. Aki kata"dengor mak mertua kamu abislah kamu!!". Pesannya orang perempuan memasak perlu sopan santun dan lemah lembut bukan lemah lembu ye..sebab perbuatan mengetuk-ngetuk tu tak manis dan yang penting bising!! kalau mak aku die kata "ngalahkan kedai tomyam lagaknya!!

Banyak lagi pun pesan, tips dan pantang larangnya..tapi yang selalu dibuat dan diamalkan inilah pun..tapi memang aku akui anak dara zaman sekarang kebanyakkannya agak malas dan malas sungguh nak amalkan atau lakukan petua orang lama-lama ni.

 Aku ada ramai adik perempuan. Bila kita menegur apa yang tak betul tu ada je jawabnya..yang sorang jalannya udoh macam king kong masuk bandar..berdesup ke sana berdesup ke sini, mak aku suh jalan slow-slow dia kata..ish mak ni, orang banyak keje la..kene la jalan laju-laju..kalau tak bila nak siap kejenye..yang sorang ada gaya jejaka bila berjalan..bila ditegur katanya mak ni..dah ni cara kita jalan nak buat cam ne..kang kepit-kepit kan tersembam tengah jalan ha cam ne?? Yang sorang suka bergalak..mengilai je kejenya..sekali la ngan aku..mak aku panggil aku langsuir balik kampung..mak aku tegur dengor dek orang laki, elok-elok nak masuk minang langsung tak jadi, sebab tegak bulu tengkuk dengar gelak ketawa kome..

Tak pe la mak..nak buat cam ne..hihi..:)



Wednesday, April 18, 2012

UDIN IN ACTION!!

Assalamualaikum

Tajuk dah macam title album kompilasi aje bunyinya..tapi lebih kurang macam tu la cuma bezanya yang ni kompilasi wajah-wajah udin. Saje je mama udin tak de keje di petang hari kan, tangkap la gambar udin yang asyik nak berkepit celah ketiak je manjang..pastu nak bergomol je kejenya..main sendiri tak mahu, bila digomol punya la nyaring je gelaknya..galak sangat la tu..

Meh tengok aksi-aksi Udin


Udin dah pandai buat muka sekarang. Ni namanya muka tak de mood. Baru sampai genting, mama ngan abah paksa udin syenyummm sebab nak tangkap gambar kan...tapi ni la hasilnya...

Ni pun sama..cam tunjuk perasaan pun ada
Buat hal sendiri pula..
Ni time gomol menggomol!! Shuke la sangat mama duk gomol kan..belum mandi lagi shedappppp!!







Sebelum tidur pun nak ajak main dulu

Amboii....:)





 
Memang betul orang kata, ada anak ni asyik nak mengulit je ngan dia kan..sampai berat je nak wat kerja lain..

Friday, April 13, 2012

Perihal Kucing

Aku suka kucing tapi tidak suka membela kucing sebab tak tahan dengan bau najisnya..huhu..tapi kucing memang haiwan yang super comel walaupun berbulu hitam legam.

Suami saya selalu bersikap baik dengan kucing. Kalau jumpa kucing tepi jalan yang macam keseorangan atau kesesatan, mesti suami akan sanggup berhenti tepi jalan untuk tengok kucing tu then bagi makan.

Dalam kereta suami memang sentiasa ada stok friskies dalam tupperware kecik..senang kalau jumpa kucing kat mana-mana katanya. Kat rumah pun wajib ada sepeket besar friskies. Sebabnya setiap kali suami nak pegi keje, aku akan bungkus siap-siap sampah yang nak dibuang then suami akan sediakan makanan kucing ni..biasanya bungkus dalam surat khabar je..cam bungkus nasi lemak tu..aku selalu la usik suami aku.."friskies 50 sen siap!!"

Kat tempat buang sampah area rumah aku ada banyak kucing terbiar. So suami memang rajin la bagi makan kucing-kucing tu. Sampaikan setiap kali nak balik bermalam kat manjung atau puchong, suami akan singgah kejap kat tempat buang sampah tu untuk letak stok friskies.

Baru-baru ni suami cerita kat aku, ada 3 ekor anak kucing, comel sangat warna oren celoreng putih. Tapi suami pun macam aku, tak suka membela kucing. Suami punya la kesian kat anak-anak kucing, terus dia tanya kawan bujang dia kot nak menambah kucing sebagai peneman kucing dia kat rumah kan, tapi kawan dia tak nak sebab anak-anak kucing tu ada ibu kat situ so kawan dia tak sampai hati nak pisahkan ibu dan anak..terharu dowh!!

Sebut pasal kawan suami aku ni. ada cerita tau. Masa aku tengah mengandung dulu, waktu petang masa tu..tengah lepak tengok tv, dengar bunyi kucing mengiau..punya la nyaring dah kuat..kami beria la cari arah suara tu. Tapi tak jumpa pun, tapi suara kucing tu macam dekat je. Pastu aku tengok kat pagar tepi longkang tu ada anak kucing warna oren, tak nampak sangat sebab rumput kat situ panjang-panjang dah macam lalang dah. Aku pun terus la panggil suami tunjuk kucing tu. Suami pun apa lagi terus la amik kunci kereta nak pegi amik kucing tu. Anak kucing tu nampak macam sesat dan takut sebab suara ngiaunya punya kuat..Suami bawak naik umah kami then bagi minum susu..mula-mula memang rasa terganggu sebab takut jiran-jiran marah sebab suara kucing yang maha kuat tu, tapi lepas minum susu terus tidur..kesian pula tengok kucing tu..

Tapi disebabkan aku tengah mengandung dan suami tak nak ada effect apa-apa pada aku sebab suami ada baca pasal kesan bulu kucing pada wanita mengandung, dia terus tanya kawan bujang nak bela kucing atau tak. Kebetulan pula kawan dia memang minat kucing macam dia juga. Esoknya letak kucing tu kat umah kawan dia.

Tapi esoknya kucing tu tercedera sebab ada kucing lain yang lebih besar telah mencederakan anak kucing ni..kesian sangat sebab sampai patah sebelah kaki si anak kucing tu. Menggelabah la kawan suami ni, terus dia bawa ke klinik haiwan, rawat semua la. Yang kelakar tu doktor tu tanya apa nama kucing ni sebab nak tulis kat botol ubat..tapi mana la sempat letak nama lagi kan..terus doktor tu tulis MUEZZA..glamer mak temah nama!!

Tapi bila kawan suami bawa kucing tu balik kampung dia kat pahang sebab bercuti lama, terus mak ayah kawan suami tuka nama jadi ABU..lagi glamer ko!! Sampai skang la lekat namanya ABU..ye la..lahirnya pun di kampung Kuala Selangor kan, haruslah nama kampung kan..

Dah besar dah pun si Abu ni..tapi kecacatan kakinya kekal..terencot-encot la bila berjalan tu..tapi Abu ni jenisnya manja lain macam..suka tangkap kaki orang..menyampah aku!!Aku suka kucing yang sopan santun je, diam je bila orang usap-usap kan tapi Abu ni dia plak usik orang..suami memang layan la..dia lagi suka kalau kucing mencakar bagai..nikmat la konon!!

So, setiap kali suami jumpa kucing yang bersepah-sepah ni, dia akan tanya kawan dia ni untuk buat teman si Abu..huhu..dah macam rumah kebajikan kucing pulak gayanya..

Aku pernah dengar ceramah seorang Ustaz ni, dia cakap haiwan ni kalau kita buat baik pada dia, dia akan mendoakan kebaikan untuk kita pula. Aku pernah suruh suami cakap pada kucing tu setiap kali bagi kucing tu makan..masa tu suami tengah tunggu keputusan dari SPA. Aku suruh suami cakap pada kucing tu untuk doakan suami lulus dan dapat tawaran keje dari SPA tu. Alhamdulillah, suami lulus dan sekarang dah berkhidmat 2 tahun dengan kerajaan..Mungkin memang rezeki suami dan terselit juga doa ikhlas dari kucing-kucing tersebut...Wallah hu 'alam..

Jadi tak salahkan kalau kita berbuat baik pada haiwan sebab kita tak tahu ganjaran yang bakal kita perolehi dari Allah S.W.T.Walaupun kita tak suka pada haiwan tersebut tapi jangan lah sampai mendera atau mencaci ye..takut terpalit kat kita pula kan dah susah..huhu..Wallah hu 'alam..


Monday, April 9, 2012

Tiada Apa Yang Rugi Pun....

Assalamualaikum..

Sabtu lepas kami balik ke Puchong sebab mak mertua minta kami tolong kat kantin, ada program Tilawah Al-Quran untuk semua sekolah agama kebangsaan dan menengah. So, sekolah tu order makanan pagi dan makanan tengah hari untuk 300 lebih orang pelajar, guru dan hakim yang dijemput. Pekerja mama yang indon sorang tu dah pandai buat hal pula. Masa mula-mula kerja rajin yang amat. Lepas tu masuk minggu ke 3 dah tunjuk perangai sebenar, mula la buat sesuatu kerja tu mengambil masa yang sangat lama sampai mama kene balik pukul 6.45 petang sebab tunggu dia punya pasal. Pastu sabtu ahad plak kalau sekolah ada program tak nak keje sebab minah indon tu keje kat kedai mamak..pulak dahhh..

Menu untuk makan pagi adalah masi lemak telur mata kerbau dengan kuih kacang hijau. Separuh dibungkus dalam polisterin untuk pelajar dan separuh lagi makan buffet untuk guru dan para hakim. Menu makan tengah hari pula nasi putih, ayam goreng berempah, pajeri nanas, ulam-ulaman dan sambal belacan serta buah tembikai. Makan tengah hari ni rumit sikit sebab ada set untuk makan VIP. Suami memang pakar dalam setting untuk meja VIP sebab dari kecil selalu ikut mama pergi hotel-hotel mewah. Mama dulu kerja katering dan kebanyakan tempahan adalah dari kalangan golongan VIP seperti Menteri, Dato' Dati bagai dab macam-macam lagi la. Jadi suami pandai dalam susun atur meja untuk golongan sebegini. Ini juga salah satu sebab kenapa reaksi suami hanya biasa dan tidak hairan apabila ada jemputan untuk sesuatu program jabatan.

Apa yang ingin aku kongsikan di sini adalah sikap mama yang memang jarang nak ada pada orang lain especially peniaga seperti mama la. Mama kalau masak sesuatu tempahan memang akan berlebih sebab mama seorang yang sangat risau kalau makanan tidak cukup terutama yang melibatkan bungkus membungkus. Mama kata biar berlebih jangan tak cukup. So, nasi lemak mama masak 22 kilo dan ada lebih dalam seperiuk sedang lagi. Sabtu tu bukan ada program Tilawah Al-Quran je, ada juga budak-budak sekolah yang buat latihan bola sepak, latihan nasyid la. Pastu ada juga yang datang untuk melihat Tilawah Al-Quran.

So, dalam pukul 11 pagi cam tu, budak-budak lelaki yang penat main bola sepak tu terus la datang kantin nak beli air. Yang bagusnya mama ni adalah sangat baik dalam melayan kerenah mereka walaupun masa tu terkejar-kejar nak masak itu dan ini. Budak-budak ni minta air milo bancuh tapi mama cakap air bancuh makcik tak boleh buat skang sebab mak cik sibuk sikit tapi air mineral boleh..budak-budak ni kalau penat nak minum ais la kan, so mama sediakan tong ais, siap dengan plastik dan straw pastu suruh budak-budak tu layan diri. Budak-budak bila dapat buat sendiri dia akan bantai sampai penuh palstik la, pastu refill senyap-senyap tapi semua tu mama wat tak kesah sampai ada yang mengadu sebab ada kawan yang tipu kononnya..tapi mama kata amik la banyak mana nak amik, makcik kira singgit je..tapi jangan tumpah-tumpah ye..

Pastu dan dapat air tetibe sorang budak ni tanya makcik ada nasi tak..kami lapar la makcik..Mama cakap ada nasi lemak dalam periuk atas meja tu, amik la makan. Bila budak-budak ni dah cedok layan diri bagai tanya mama nak bayar la ni. Tapi mama kata tak yah bayar la, makan la mana yang ada. Amik la banyak mana nak amik...baik kan??Punye la seronok budak-budak ni sebab dapat makan free kan..sapa tak suka makanan free??Pastu yang sorang tu siap tanya makcik, kawan saya yang kat luar tu lapar juga, boleh tak dia nak makan juga..mama terus cakap panggil la kawan-kawan ajak makan. Memang makcik wat lebih, makanlah apa yang ada..Memang baik kan..sangat-sangat tak berkira orangnya..

Teringat aku masa zaman aku sekolah rendah dan menengan dulu. Masa sekolah rendah makanan yang paling sedap kat kantin tu adalah nasi lemak sebab sambal dia super sedapppp..aku kalau beli memang akan minta sambal lebih sebab nak ratah sambal..ratah??..siap jilat jari lagi ok sebab sedap punye pasal..bukan aku je, kawan-kawan aku pun suka gilerr..tapi makcik kantin punye la kedekut ayam sebab kalau tambah sambal dia akan cas 20 sen padahal tambahnye tak sampai pun sesudu penuh, dah la tu siap makcik ni tuang lagi. Nasi pula cenoet, harap pinggan je beso tapi nasi seciput tu pun dah RM1..Ada 1 kes kawan aku beli air sirap kat pakcik air tu, harga 50 sen, pastu tengah pusing tu terlanggar la dengan orang then cawan ntah ke mana air ntah ke mana..tapi pakcik tu bole kata nah, amik air ni, bak 50 sen lagi..kejam tak???

Tu cerita masa sekolah rendah, sekolah menengah pula, makcik kantinnya lain skit peelnya. Aku masa sekolah menengah suka makan nasi putih dengan lauk. Jadinya aku akan pegi usha kat tempat lauk pauk cikgu la kan. Tapi makcik kantin ni tak bagi sebab katanya budak kene makan apa yang ada kat kaunter je..hah????so aku cakap nape tak buat lauk untuk kami? jawapannya adalah tak sempat la..tak ada budak nak makan la..itu la..ini la..ok..fine..lagi 1 geng-geng aku ni memang kaki sambal dan suka makan pedas-pedas. Kalau makan mihun sup tu, tak hitam legam sup memang tak sah la..mak aku cakap pecah juga lubang bontot budak ni kang..memang kebanyakkan orang akan ngeri kalau tengok kami makan pedas..tapi makcik kantin ni kedekkkk..tak bagi kami amik sambal kicap lebih..bukan banyak pun sebab selalunya kami turun makan time rehat dah nak abis dan memang kami stok last yang akan habiskan mihun sup tu..tapi alasan makcik kantin itu adalah sambal kicap dah abis la, rugi sebab kami makan sambal kicap banyak sangat la..tak banyak pun sebenarnye sebab selalunye amik 3 sudu je..dah la sudu nipis alam..banyak mana je yanga dapat ceduk pun kan..tapi itu la kan..

Tapi mama aku ani memang terbaik la..kalau buat nasi ayam, cili ayam tu mama akan letak dalam steel then budak-budak cedok sendiri..amik la banyak mana kome nak amik..tapi bila ada yang cedok dengan banyaknya sampai itik boleh berenang dalam pinggan tu mama akan pesan habis makan tu, jangan buang-buang ye..pastu ayam tu mama akan potong siap-siap letak dalam steel then kalau ada budak-budak yang kecek nak sisa-sisa ayam macam leher ke, tulang dada ke mama bagi je..tapi makcik kantin aku kedekkk giler..kawan aku minta leher tu dia kata nak guna lagi..sekali tengok terlonggok dalam tong sampah tepi kantin tu..

Kadang-kadang kalau ada makanan yang tak abis selepas pukul 3, mama akan bagi je kalau ada budak-budak yang nak makan sebab mama kata dari buang baik bagi makan kan..tu juga salah satu sebab mengapa mama masih kekal di kantin tu untuk tahun ke 3. Tu belum dengan pekerja lagi. Mana-mana makanan atau lauk pauk yang tak habis, kalau pekerja nak bungkus bawa balik, mama bagi je dan kadang-kadang mama yang bungkuskan sebab mama kata dah keje penat-penat kat kantin wat apa nak masak-masak pula kat rumah, balik rumah nak tidur je.  Mungkin mama tak berkira untuk berkongsi rezeki Allah dengan orang lain jadi Allah sentiasa melimpah ruahkan rezeki mama..Alhamdulillah...:)

Sikap mama macam abah dan mak aku juga..abah tak pandai nak berkira sebab abah kata makanan ni mende nak masuk perut, nak jadi darah daging, kalau berkira sangat pun tak bole la sebab seolah-olah kita tak ikhlas je nak bagi orang lain makan..kesian kat orang yang tak bersalah..betul juga cakap abah..

So, sapa-sapa yang terlibat dalam urusan perniagaan makanan ni perlu ada hati yang ikhlas dan suci bersih supaya setiap apa yang kita lakukan mendapat kebaikan dan barakah dari Allah dan dikurniakan ganjaran pahala yang melimpah ruah..InsyaALLAH

Tiada apa yang rugi pun kalau tak berkira....:)

Wednesday, April 4, 2012

Udin mama sudah 4 bulan!!

As-Salam

Pejam celik pejam celik dah 4 bulan dah usia Udin. Rasa macam baru semalam je melalui saat-saat melahirkan Udin. Abah Udin pun rasa benda yang sama setiap kali dukung Udin. Abah selalu mengomel "Udin dan makin besar la, dulu abah dukung Udin muat-muat lengan abah je, ni dah terkeluar dah kaki Udin, tangan plak nak tepis-tepis abah je".

Setiap kali pegi monthly check up kat klinik kesihatan, soalan pertama yang abah akan tanya bila mama masuk je dalam kereta adalah berapa berat Udin? Berapa panjang Udin? Abah paling excited  bila mama bagi tahu berat dan panjang Udin. Itu belum lagi gelagat abah bila timbang berat kat rumah. Abah akan timbang berat abah dulu then dukung Udin timbang sekali lagi pasti wat la calculation nak tahu berat Udin naik berapa..pastu amik pita ukur mama ukur Udin pulak..macam tu la abah Udin kan..
Udin pun layankanlah ye..

Mama tak sabar nak shopping baju Udin minggu ni.Abah dah janji. Mula-mula mama nak beli online je senang sampai terus kat office abah tapi abah kata nanti dulu, kita shopping sama-sama..Padahal baju-baju Udin semua muat lagi sebab memang mama beli baju 3 bulan masa mengandung dulu sebab nenek Udin pesan beli besar terus sebab baby cepat membesar..

Bila dan 4 bulan ni mcm-macam dah kerenah Udin. Dulu nak tidur senang je, bagi susu mata tu terus terlelap tak de menguit pun. Skang sejak dah menginjak ke 4 bulan ni asal nak tidur je Udin mesti nak rengek-rengek manja ngan mama kan. Pastu main tarik tali pulak..kejap nak nenen kejap tak mau sampai la mata tu merah tahan kan mengantuk tu kan..mata nak tidur tapi hati nak main. Abah kalau rajin melayan Udin, sampai Udin pejam mata la abah layan Udin, boleh la mama berehat sikit. Tapi kalau abah penat keje mesti abah kan gunakan suara abah untuk bagi Udin diam sebab abah mengantuk..huhu...cian Udin cayang kan..

Perkembangan terkini Udin minggu ini adalah mengangkat punggung untuk merangkak la tu..tinggi betul Udin menonggeng tau. Kadang-kadang terbalik pastu terlentang..sian Udin..terkapai-kapai bila dah terlentang..cam terkejut pun ada muka dia..haha..pastu meniarap balik dan angkat punggung balik sampai la pitching Udin merubah ke tahap yang tertinggi minta didukung atau dah boring selepas penat mengangkat punggung..dalam waktu ni orang panggil nak menyusur ke depan. Bila angkat punggung automatik Udin akan bergerak ke depan sedikit demi sedikit..Ada sekali tu mama kat dapur baru nak masak.Masa mama mula-mula pandang Udin, Udin kat tengah-tengah toto..pastu mama basuh pinggan jap..dah siap mama toleh belakang tengok Udin dan sampai ke bucu toto pastu tiba-tiba menonggeng tinggi sangat ditambah dengan melonjak pulak udah terbalik, nyaris la nak terlentang atas lantai..menjerit mama kejap..kusss semangat...Udin wat apa?? Dia gelak je sebab ingat mama gelak kot..saba je la..

Aktiviti Udin hari ini ye..layan gambar la..


Suka sangat main dengan music worm ni

Tahu je kan mama nak snap pic Udin




 Opppsss...nak terbalik la pulak!!

 Mari mengangkat bontot..udin boleh!!

Adoinya pun alahai..


Rehat kejap la..isap jari dulu untuk refresh tenaga balik...


Chaiiiyokk!!



 Yeah!!! Berjaya sudah

Oh..oh..budak ini sudah meraung..ok..ok..sabar ye Udin..mama datang la ni..hikhik

Monday, April 2, 2012

Biarkan Kami Bahagia

Assalamualaikum...

Kadang kala hati aku terusik dengan kata-kata orang sekeliling. Kalau yang berkata itu tiada kaitan dengan aku dan keluarga aku, memang aku boleh buat bodoh atau tidak berkudis la orang kata kan. Tapi bila yang berkata itu adalah dari kalangan saudara mara sendiri sedikit sebanyak memang menyentuh hati kecil aku dan boleh mendatangkan amarah dalam diam.

Aku tak tahu kenapa golongan ini dari kami kecil sehingga aku yang sudah ada keluarga sendiri dan adik-adik yang sudah meningkat remaja dan dewasa masih ada modal untuk berkata itu dan ini tanpa henti. Apakah mereka masih tidak nampak apa yang telah Allah berikan kepada mereka? Tidakkah mereka terfikir bahawa itu semua adalah petunjuk dari Allah? Atau balasan dari Allah atas apa yang mereka lakukan pada kami sekeluarga?

Abah memang dilahirkan seorang yang sangat-sangat penyabar menghadapi kerenah hidup dunia yang kebanyakan tidak memihak kepada abah. Abah juga seorang yang tidak suka mengambil pusing apa yang orang sekeliling berkata mengenai abah, isteri dan anak-anaknya. Apabila ada yang menyampaikan kepada abah sesuatu yang menyentakkan hati abah, abah akan tersenyum sahaja. Biasanya abah amat merendah diri dengan pandangan orang lain terhadapnya dan keluarganya.

Tapi tak sangka pula apabila abah banyak berdiam dari menjawab dan mengulas perkara-perkara yang mereka perkatakan membuatkan mereka semakin berani malah terlebih berani pula. Bila abah bercerita perihal ini kepada aku, aku rasa dalam hati aku panas sekali. Kali ini memang aku rasa amat panas. Jika sebelum apa sahaja yang diceritakan oleh adik-adik aku, mak dan abah pada aku, aku hanya mendengar dan menerima dengan sabar dan tabah tetapi kali ini darah aku rasa menyirap sungguh. Pada fikiran aku, orang yang berkata itu memang tidak menggunakan aqal yang dikurniakan Allah kepadanya dengan baik dan bijak. Bercakap tanpa otak lebih buruk dari orang yang tak mengenal huruf dan membaca.

Ya, mereka boleh berkata apa sahaja tapi jangan sampai menyentuh hal-hal yang tidak sepatutnya dan tiada kaitan dengan mereka. Jangan kerana kami sentiasa bersabar dan menerima seadanya semuanya mereka boleh berkata itu dan ini. Yang paling keji apabila bercerita dengan orang yang tidak sepatutnya kemudian pandai pula pesan "ehh, jangan bagi tahu mereka ye". Huh!!Bercerita pandai pastu takut pula kenapa????Adakah kerana cerita kamu itu cerita dusta atau hanya untuk memporak perandakan ikatan kekeluargaan kami yang amat rapat dan semakin rapat ini??

Abah cuma mengatakan "biarlah mereka nak kata apa, yang abah tahu mereka adalah darah daging abah dan semua anak-anak abah". Abah yang sangat tabah. Aku tahu sebab aku adalah anak yang sentiasa bersama dengan abah. Abah selalu bercerita mengenai apa yang terjadi dalam keluarga kami pada aku dan adik-adik aku memang tidak tahu. Mungkin kerana aku anak yang sulung dan anak yang sentiasa dikelek abah ke hulu dan ke hilir.

Kini mereka cuba meracuni fikiran mak aku mengenai ahli keluarga aku. Adakah atas sifat hasad dengki dan hati yang sangat busuk mereka tergamak berkata sedemikian kepada mak aku? Tapi Alhamdulillah mak aku seorang yang sangat rasional, yang tahu menilai mana kaca mana permata. Mak sentiasa tersenyum dan malas nak layan cakap-cakap orang sebegini. Yang pastinya setiap apa yang diperkatakan orang perihal kami sekeluarga mak akan berkongsi dengan abah tanpa ada selindung. Kami sekeluarga akan sentiasa memberi kata-kata semangat antara satu sama lain untuk terus hadapi mulut-mulut puaka ini. Abah sentiasa pesan "Biarlah orang buat pada kita tapi jangan kita buat pada orang. Balasan Allah itu yang seadil-adilnya. Kalau kita buat balik apa yang mereka buat pada kita maknanya kita sama je dengan mereka". Ye, aku ingat selalu pesan abah.

Abah tak pandai nak amik hati dengan pandangan adik-beradiknya yang kadang kala mengguris hati seorang bapa. Abah selalu kata "Biarlah". Kadang kala kami adik beradik yang akan melenting tapi abah yang akan menenangkan kami. Abah tak suka anak-anaknya terlalu lancang dalam menilai setiap pertikaian yang berlaku. Tapi biasalah, perkara bahagia ini memang tak ramai yang akan suka dan akan sentiasa ada golongan yang cuba untuk memperorak perandakan hubungan tersebut dengan mencucuk perkara yang tidak patut dicucuk!! Jangan cuba bermain dengan api ye anda-anda sekalian. Takut bila terkena percikan sudah tidak mampu untuk bertahan. Walaupun kami terlewat mengecapi kebahagian seperti keluarga bahagia yang lain tapi kami sangat bersyukur kerana dikurniakan kesempatan ini untuk merasa nikmatNya. Abah paling gembira apabila melihat kami berkumpul semula seperti dahulu selepas melalui tahun-tahun dan masa-masa yang penuh dugaan. Dugaan itu sebagai ujian dan hadiah yang diberikan oleh Allah kepada kami sangat-sangat bernilai malah penuh hikmahnya yang tersembunyi. Apabila sampai ke waktu begini, kita boleh mengenal siapa yang setia bersama dalam kala dulu dan kala sekarang dan siapa yang gunting dalam lipatan. Malahan wujud pula mereka yang baling batu sembunyi tangan, tiada yang tahu siapa dajjal disebaliknya. Atau adakah mereka terlibat dalam konspirasi-konspirasi yang lalu? Master mind ke? Atau sekadar AJK yang terlibat secara berkumpulan atau pun silent partner yang bertindak memberi modal kepada ahli AJK dan hanya menunggu hasil pulangan? Saya pun tak tahu mereka dalam kelompok yang mana..terserah..

Dan kini, apa yang dalam fikiran kami adalah terus menikmati apa yang Allah kurniakan kepada kami. Pekakkan telinga atas apa yang diperkatakan orang mengenai kami. Kerana hidup ini singkat, kalau terlalu memikirkan hal orang takut nanti masa sendiri pula yang terabai. Kan dah rugi di situ. Apa yang kami tahu  tindakan kami itu tiada salah atau dosa malah di situ terselit nilai tanggungjawab anak-anak kepada ibu bapanya dan begitu juga sebaliknya. Biarlah mereka-mereka itu terus sakit hati kerana bukan kami yang sakitkan kamu tetapi kamu yang menyakitkan hati kamu sendiri...

Sempena usia Abah yang ke-53 tahun ini, kami akan berkumpul sebagai sebuah keluarga yang besar. Mungkinkah ada perancangan yang istimewa? Di manakah lokasi bertuah itu? Tungguuuuu...:-)