About Me

My photo
Seorang anak sulung kepada pasangan Mohd Yusof Pandak Abdul Rahman dan Hasnah Yusuf. Seorang kakak kepada 9 orang adik-adiknya. Seorang isteri kepada Nasrul Faiz Firdaus. Seorang ibu kepada seorang anak lelaki, Muhammad Alauddin. Seorang suri rumah sepenuh masa dan sepenuh tenaga ('',). Seorang businesswomen kecil-kecilan aje untuk mengisi masa yang terluang. Seorang yang simple dan mudah didekati. Terima kasih sudi menjengah blog saya yang tiada apa ini..
Powered by Blogger.

Monday, April 2, 2012

Biarkan Kami Bahagia

Assalamualaikum...

Kadang kala hati aku terusik dengan kata-kata orang sekeliling. Kalau yang berkata itu tiada kaitan dengan aku dan keluarga aku, memang aku boleh buat bodoh atau tidak berkudis la orang kata kan. Tapi bila yang berkata itu adalah dari kalangan saudara mara sendiri sedikit sebanyak memang menyentuh hati kecil aku dan boleh mendatangkan amarah dalam diam.

Aku tak tahu kenapa golongan ini dari kami kecil sehingga aku yang sudah ada keluarga sendiri dan adik-adik yang sudah meningkat remaja dan dewasa masih ada modal untuk berkata itu dan ini tanpa henti. Apakah mereka masih tidak nampak apa yang telah Allah berikan kepada mereka? Tidakkah mereka terfikir bahawa itu semua adalah petunjuk dari Allah? Atau balasan dari Allah atas apa yang mereka lakukan pada kami sekeluarga?

Abah memang dilahirkan seorang yang sangat-sangat penyabar menghadapi kerenah hidup dunia yang kebanyakan tidak memihak kepada abah. Abah juga seorang yang tidak suka mengambil pusing apa yang orang sekeliling berkata mengenai abah, isteri dan anak-anaknya. Apabila ada yang menyampaikan kepada abah sesuatu yang menyentakkan hati abah, abah akan tersenyum sahaja. Biasanya abah amat merendah diri dengan pandangan orang lain terhadapnya dan keluarganya.

Tapi tak sangka pula apabila abah banyak berdiam dari menjawab dan mengulas perkara-perkara yang mereka perkatakan membuatkan mereka semakin berani malah terlebih berani pula. Bila abah bercerita perihal ini kepada aku, aku rasa dalam hati aku panas sekali. Kali ini memang aku rasa amat panas. Jika sebelum apa sahaja yang diceritakan oleh adik-adik aku, mak dan abah pada aku, aku hanya mendengar dan menerima dengan sabar dan tabah tetapi kali ini darah aku rasa menyirap sungguh. Pada fikiran aku, orang yang berkata itu memang tidak menggunakan aqal yang dikurniakan Allah kepadanya dengan baik dan bijak. Bercakap tanpa otak lebih buruk dari orang yang tak mengenal huruf dan membaca.

Ya, mereka boleh berkata apa sahaja tapi jangan sampai menyentuh hal-hal yang tidak sepatutnya dan tiada kaitan dengan mereka. Jangan kerana kami sentiasa bersabar dan menerima seadanya semuanya mereka boleh berkata itu dan ini. Yang paling keji apabila bercerita dengan orang yang tidak sepatutnya kemudian pandai pula pesan "ehh, jangan bagi tahu mereka ye". Huh!!Bercerita pandai pastu takut pula kenapa????Adakah kerana cerita kamu itu cerita dusta atau hanya untuk memporak perandakan ikatan kekeluargaan kami yang amat rapat dan semakin rapat ini??

Abah cuma mengatakan "biarlah mereka nak kata apa, yang abah tahu mereka adalah darah daging abah dan semua anak-anak abah". Abah yang sangat tabah. Aku tahu sebab aku adalah anak yang sentiasa bersama dengan abah. Abah selalu bercerita mengenai apa yang terjadi dalam keluarga kami pada aku dan adik-adik aku memang tidak tahu. Mungkin kerana aku anak yang sulung dan anak yang sentiasa dikelek abah ke hulu dan ke hilir.

Kini mereka cuba meracuni fikiran mak aku mengenai ahli keluarga aku. Adakah atas sifat hasad dengki dan hati yang sangat busuk mereka tergamak berkata sedemikian kepada mak aku? Tapi Alhamdulillah mak aku seorang yang sangat rasional, yang tahu menilai mana kaca mana permata. Mak sentiasa tersenyum dan malas nak layan cakap-cakap orang sebegini. Yang pastinya setiap apa yang diperkatakan orang perihal kami sekeluarga mak akan berkongsi dengan abah tanpa ada selindung. Kami sekeluarga akan sentiasa memberi kata-kata semangat antara satu sama lain untuk terus hadapi mulut-mulut puaka ini. Abah sentiasa pesan "Biarlah orang buat pada kita tapi jangan kita buat pada orang. Balasan Allah itu yang seadil-adilnya. Kalau kita buat balik apa yang mereka buat pada kita maknanya kita sama je dengan mereka". Ye, aku ingat selalu pesan abah.

Abah tak pandai nak amik hati dengan pandangan adik-beradiknya yang kadang kala mengguris hati seorang bapa. Abah selalu kata "Biarlah". Kadang kala kami adik beradik yang akan melenting tapi abah yang akan menenangkan kami. Abah tak suka anak-anaknya terlalu lancang dalam menilai setiap pertikaian yang berlaku. Tapi biasalah, perkara bahagia ini memang tak ramai yang akan suka dan akan sentiasa ada golongan yang cuba untuk memperorak perandakan hubungan tersebut dengan mencucuk perkara yang tidak patut dicucuk!! Jangan cuba bermain dengan api ye anda-anda sekalian. Takut bila terkena percikan sudah tidak mampu untuk bertahan. Walaupun kami terlewat mengecapi kebahagian seperti keluarga bahagia yang lain tapi kami sangat bersyukur kerana dikurniakan kesempatan ini untuk merasa nikmatNya. Abah paling gembira apabila melihat kami berkumpul semula seperti dahulu selepas melalui tahun-tahun dan masa-masa yang penuh dugaan. Dugaan itu sebagai ujian dan hadiah yang diberikan oleh Allah kepada kami sangat-sangat bernilai malah penuh hikmahnya yang tersembunyi. Apabila sampai ke waktu begini, kita boleh mengenal siapa yang setia bersama dalam kala dulu dan kala sekarang dan siapa yang gunting dalam lipatan. Malahan wujud pula mereka yang baling batu sembunyi tangan, tiada yang tahu siapa dajjal disebaliknya. Atau adakah mereka terlibat dalam konspirasi-konspirasi yang lalu? Master mind ke? Atau sekadar AJK yang terlibat secara berkumpulan atau pun silent partner yang bertindak memberi modal kepada ahli AJK dan hanya menunggu hasil pulangan? Saya pun tak tahu mereka dalam kelompok yang mana..terserah..

Dan kini, apa yang dalam fikiran kami adalah terus menikmati apa yang Allah kurniakan kepada kami. Pekakkan telinga atas apa yang diperkatakan orang mengenai kami. Kerana hidup ini singkat, kalau terlalu memikirkan hal orang takut nanti masa sendiri pula yang terabai. Kan dah rugi di situ. Apa yang kami tahu  tindakan kami itu tiada salah atau dosa malah di situ terselit nilai tanggungjawab anak-anak kepada ibu bapanya dan begitu juga sebaliknya. Biarlah mereka-mereka itu terus sakit hati kerana bukan kami yang sakitkan kamu tetapi kamu yang menyakitkan hati kamu sendiri...

Sempena usia Abah yang ke-53 tahun ini, kami akan berkumpul sebagai sebuah keluarga yang besar. Mungkinkah ada perancangan yang istimewa? Di manakah lokasi bertuah itu? Tungguuuuu...:-)

No comments:

Post a Comment