About Me

My photo
Seorang anak sulung kepada pasangan Mohd Yusof Pandak Abdul Rahman dan Hasnah Yusuf. Seorang kakak kepada 9 orang adik-adiknya. Seorang isteri kepada Nasrul Faiz Firdaus. Seorang ibu kepada seorang anak lelaki, Muhammad Alauddin. Seorang suri rumah sepenuh masa dan sepenuh tenaga ('',). Seorang businesswomen kecil-kecilan aje untuk mengisi masa yang terluang. Seorang yang simple dan mudah didekati. Terima kasih sudi menjengah blog saya yang tiada apa ini..
Powered by Blogger.

Monday, April 9, 2012

Tiada Apa Yang Rugi Pun....

Assalamualaikum..

Sabtu lepas kami balik ke Puchong sebab mak mertua minta kami tolong kat kantin, ada program Tilawah Al-Quran untuk semua sekolah agama kebangsaan dan menengah. So, sekolah tu order makanan pagi dan makanan tengah hari untuk 300 lebih orang pelajar, guru dan hakim yang dijemput. Pekerja mama yang indon sorang tu dah pandai buat hal pula. Masa mula-mula kerja rajin yang amat. Lepas tu masuk minggu ke 3 dah tunjuk perangai sebenar, mula la buat sesuatu kerja tu mengambil masa yang sangat lama sampai mama kene balik pukul 6.45 petang sebab tunggu dia punya pasal. Pastu sabtu ahad plak kalau sekolah ada program tak nak keje sebab minah indon tu keje kat kedai mamak..pulak dahhh..

Menu untuk makan pagi adalah masi lemak telur mata kerbau dengan kuih kacang hijau. Separuh dibungkus dalam polisterin untuk pelajar dan separuh lagi makan buffet untuk guru dan para hakim. Menu makan tengah hari pula nasi putih, ayam goreng berempah, pajeri nanas, ulam-ulaman dan sambal belacan serta buah tembikai. Makan tengah hari ni rumit sikit sebab ada set untuk makan VIP. Suami memang pakar dalam setting untuk meja VIP sebab dari kecil selalu ikut mama pergi hotel-hotel mewah. Mama dulu kerja katering dan kebanyakan tempahan adalah dari kalangan golongan VIP seperti Menteri, Dato' Dati bagai dab macam-macam lagi la. Jadi suami pandai dalam susun atur meja untuk golongan sebegini. Ini juga salah satu sebab kenapa reaksi suami hanya biasa dan tidak hairan apabila ada jemputan untuk sesuatu program jabatan.

Apa yang ingin aku kongsikan di sini adalah sikap mama yang memang jarang nak ada pada orang lain especially peniaga seperti mama la. Mama kalau masak sesuatu tempahan memang akan berlebih sebab mama seorang yang sangat risau kalau makanan tidak cukup terutama yang melibatkan bungkus membungkus. Mama kata biar berlebih jangan tak cukup. So, nasi lemak mama masak 22 kilo dan ada lebih dalam seperiuk sedang lagi. Sabtu tu bukan ada program Tilawah Al-Quran je, ada juga budak-budak sekolah yang buat latihan bola sepak, latihan nasyid la. Pastu ada juga yang datang untuk melihat Tilawah Al-Quran.

So, dalam pukul 11 pagi cam tu, budak-budak lelaki yang penat main bola sepak tu terus la datang kantin nak beli air. Yang bagusnya mama ni adalah sangat baik dalam melayan kerenah mereka walaupun masa tu terkejar-kejar nak masak itu dan ini. Budak-budak ni minta air milo bancuh tapi mama cakap air bancuh makcik tak boleh buat skang sebab mak cik sibuk sikit tapi air mineral boleh..budak-budak ni kalau penat nak minum ais la kan, so mama sediakan tong ais, siap dengan plastik dan straw pastu suruh budak-budak tu layan diri. Budak-budak bila dapat buat sendiri dia akan bantai sampai penuh palstik la, pastu refill senyap-senyap tapi semua tu mama wat tak kesah sampai ada yang mengadu sebab ada kawan yang tipu kononnya..tapi mama kata amik la banyak mana nak amik, makcik kira singgit je..tapi jangan tumpah-tumpah ye..

Pastu dan dapat air tetibe sorang budak ni tanya makcik ada nasi tak..kami lapar la makcik..Mama cakap ada nasi lemak dalam periuk atas meja tu, amik la makan. Bila budak-budak ni dah cedok layan diri bagai tanya mama nak bayar la ni. Tapi mama kata tak yah bayar la, makan la mana yang ada. Amik la banyak mana nak amik...baik kan??Punye la seronok budak-budak ni sebab dapat makan free kan..sapa tak suka makanan free??Pastu yang sorang tu siap tanya makcik, kawan saya yang kat luar tu lapar juga, boleh tak dia nak makan juga..mama terus cakap panggil la kawan-kawan ajak makan. Memang makcik wat lebih, makanlah apa yang ada..Memang baik kan..sangat-sangat tak berkira orangnya..

Teringat aku masa zaman aku sekolah rendah dan menengan dulu. Masa sekolah rendah makanan yang paling sedap kat kantin tu adalah nasi lemak sebab sambal dia super sedapppp..aku kalau beli memang akan minta sambal lebih sebab nak ratah sambal..ratah??..siap jilat jari lagi ok sebab sedap punye pasal..bukan aku je, kawan-kawan aku pun suka gilerr..tapi makcik kantin punye la kedekut ayam sebab kalau tambah sambal dia akan cas 20 sen padahal tambahnye tak sampai pun sesudu penuh, dah la tu siap makcik ni tuang lagi. Nasi pula cenoet, harap pinggan je beso tapi nasi seciput tu pun dah RM1..Ada 1 kes kawan aku beli air sirap kat pakcik air tu, harga 50 sen, pastu tengah pusing tu terlanggar la dengan orang then cawan ntah ke mana air ntah ke mana..tapi pakcik tu bole kata nah, amik air ni, bak 50 sen lagi..kejam tak???

Tu cerita masa sekolah rendah, sekolah menengah pula, makcik kantinnya lain skit peelnya. Aku masa sekolah menengah suka makan nasi putih dengan lauk. Jadinya aku akan pegi usha kat tempat lauk pauk cikgu la kan. Tapi makcik kantin ni tak bagi sebab katanya budak kene makan apa yang ada kat kaunter je..hah????so aku cakap nape tak buat lauk untuk kami? jawapannya adalah tak sempat la..tak ada budak nak makan la..itu la..ini la..ok..fine..lagi 1 geng-geng aku ni memang kaki sambal dan suka makan pedas-pedas. Kalau makan mihun sup tu, tak hitam legam sup memang tak sah la..mak aku cakap pecah juga lubang bontot budak ni kang..memang kebanyakkan orang akan ngeri kalau tengok kami makan pedas..tapi makcik kantin ni kedekkkk..tak bagi kami amik sambal kicap lebih..bukan banyak pun sebab selalunya kami turun makan time rehat dah nak abis dan memang kami stok last yang akan habiskan mihun sup tu..tapi alasan makcik kantin itu adalah sambal kicap dah abis la, rugi sebab kami makan sambal kicap banyak sangat la..tak banyak pun sebenarnye sebab selalunye amik 3 sudu je..dah la sudu nipis alam..banyak mana je yanga dapat ceduk pun kan..tapi itu la kan..

Tapi mama aku ani memang terbaik la..kalau buat nasi ayam, cili ayam tu mama akan letak dalam steel then budak-budak cedok sendiri..amik la banyak mana kome nak amik..tapi bila ada yang cedok dengan banyaknya sampai itik boleh berenang dalam pinggan tu mama akan pesan habis makan tu, jangan buang-buang ye..pastu ayam tu mama akan potong siap-siap letak dalam steel then kalau ada budak-budak yang kecek nak sisa-sisa ayam macam leher ke, tulang dada ke mama bagi je..tapi makcik kantin aku kedekkk giler..kawan aku minta leher tu dia kata nak guna lagi..sekali tengok terlonggok dalam tong sampah tepi kantin tu..

Kadang-kadang kalau ada makanan yang tak abis selepas pukul 3, mama akan bagi je kalau ada budak-budak yang nak makan sebab mama kata dari buang baik bagi makan kan..tu juga salah satu sebab mengapa mama masih kekal di kantin tu untuk tahun ke 3. Tu belum dengan pekerja lagi. Mana-mana makanan atau lauk pauk yang tak habis, kalau pekerja nak bungkus bawa balik, mama bagi je dan kadang-kadang mama yang bungkuskan sebab mama kata dah keje penat-penat kat kantin wat apa nak masak-masak pula kat rumah, balik rumah nak tidur je.  Mungkin mama tak berkira untuk berkongsi rezeki Allah dengan orang lain jadi Allah sentiasa melimpah ruahkan rezeki mama..Alhamdulillah...:)

Sikap mama macam abah dan mak aku juga..abah tak pandai nak berkira sebab abah kata makanan ni mende nak masuk perut, nak jadi darah daging, kalau berkira sangat pun tak bole la sebab seolah-olah kita tak ikhlas je nak bagi orang lain makan..kesian kat orang yang tak bersalah..betul juga cakap abah..

So, sapa-sapa yang terlibat dalam urusan perniagaan makanan ni perlu ada hati yang ikhlas dan suci bersih supaya setiap apa yang kita lakukan mendapat kebaikan dan barakah dari Allah dan dikurniakan ganjaran pahala yang melimpah ruah..InsyaALLAH

Tiada apa yang rugi pun kalau tak berkira....:)

No comments:

Post a Comment