About Me

My photo
Seorang anak sulung kepada pasangan Mohd Yusof Pandak Abdul Rahman dan Hasnah Yusuf. Seorang kakak kepada 9 orang adik-adiknya. Seorang isteri kepada Nasrul Faiz Firdaus. Seorang ibu kepada seorang anak lelaki, Muhammad Alauddin. Seorang suri rumah sepenuh masa dan sepenuh tenaga ('',). Seorang businesswomen kecil-kecilan aje untuk mengisi masa yang terluang. Seorang yang simple dan mudah didekati. Terima kasih sudi menjengah blog saya yang tiada apa ini..
Powered by Blogger.

Monday, May 21, 2012

Bila Kene Tegur...

Assalamualaikum

Sabtu baru ni kami pegi  jalan-jalan kat Mydin Hypermarket kat USJ then petang tu pegi cari stock untuk bisnes aku. So, lepas sarapan roti canai berkuahkan dal buatan sendiri, kami bersiap-siap la. Biasanya aku yang akan bersiap dulu sementara Udin dijaga oleh abahnya. Aku pun sambar la t-shirt lengan pendek disarungkan dengan cardigan hitam dan seluar tracksuit..ye tracksuit yang kain licin tu..letak ats kerusi dalam bilik..suami merenung je sambil tengok tracksuit tengok aku, tengok tracksuit tengok aku..Aku pun renung suami sambil tanya "nape? Tak boleh eh?" dengan muka bapak selamber!!

"Ada pulak pakai tracksuit pegi jalan-jalan...Udin, tengok mama ni pakai tracksuit je..dulu kan Udin, masa abah bercinta ngan mama, lawa je mama bersiap nak jumpa abah, sekarang ni pakai tracksuit je..huh..." terus suami mencebik!

Alahaiiii...aku pun tersengih-sengih la sambil angkut balik tracksuit masuk bilik belakang, sambar seluar jean bawak ke bilik utama.."Ha..ada pun seluar jean kan udin.." kene lagi sebijik..

Ok, aku memang jarang bertracksuit ni dan suami pula kurang berkenan aku bertracksuit..masa belajar dulu memang la seluar ni menjadi pakaian rasmi kebanyakkan student kan sebab mudah dan senang..sarung je ngan apa-apa baju pun then sauk la tudung hitam atau putih dah settle. Tapi bila dah meninggalkan alam student ni seluar ni amatlah jarang aku pakai melainkan nak ke kedai yang hanya beberapa langkah dari rumah ataupun pegi beli kuih ke, laksa ke untuk makan petang yang juga kat depan rumah..selain itu memang terperuk la dalam lemari kan..kat umah pun aku tak pakai..

Tapi bila suami dah cakap cam tu maknanya dia juga peka dengan gaya dan penampilan aku dalam pemakaian. Ada je aku pakai tracksuit pegi pasar malam depan umah aku ni..asalnya aku nak pakai suar slack je, pastu suami pulak menegur.."Amboi, lawanya..nak gi pasar malam depan ni je pun.."Pulak dahhhh..Bila nak pegi tempat yang hanya sekitar kawasan tempat tinggal aku ni, memang suami tak galakkan aku bersiap beria sebab katanya sekejap aje dan dekat pula tu.

Jadinya, aku membuat kesimpulan yang apabila keluar berjalan yang memang untuk berjalan-jalan bagai kene bersiap lebih elok daripada biasa sebab kita pergi tempat yang ramai orang..dan kalau setakat keluar pergi tempat yang dekat dan hanya memakan masa paling lama pun setengah jam je pakai simple alam pun tak pe..mungkin begitu pandangan suami aku pada fahaman aku la..Suami memang tak banyak bunyi tentang pakaian aku tapi sekali dia menegur memang sangat lain dan pelik daripada biasa..dia juga jarang nak beri pendapat dalam bab-bab memilih pakaian ketika di pasar raya..kalau dia senyap je tandanya dia setuju dan tak ada halangan dengan pilihan aku, dan kalau dia berbunyi itu tandanya barang yang aku nak tak boleh dibeli atau memang tak akan dapat lah..ko cari la pakaian lain ye esahhhh..

Aku ni kadang-kadang tersentap juga kalau dapat teguran yang membina dari suami sebabnya jarang beno kene tegur cam ni la jadinya..tapi bila dah kene tegur, aku akan tanya soalan macam-macam sampai la suami aku puas hati dengan apa yang ditegurnya sebentar tadi..skema sehhh..

Dah jadi bini orang, mak selalu pesan pakai pakaian yang suami suka bukan yang kamu suka..lagi bagus kalau pakai pakaian yang suami beli bukan pakaian yang kamu beli tapi suami tak suka.."tapi kan mak, kalau dia suka kita pakai yang seksi-seksi cam ne mak?"..nampak lurus lagi naif tak soalan aku?? "Baguslah kalau dia suka, dari kamu duk pakai yang seksi-seksi depan dia tapi dia tak berkenan nak tengok lagi malu..tapi jangan berkemban depan suami..kang cepat jemu sebab dah BASI.."OOOHHHH..ok..paham mak!!




Friday, May 18, 2012

Bila Diperhatikan Ada Perbezaannya...

Assalamualaikum

Malam semalam suami ajak pergi Majlis Penutupan Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Kuala Selangor dekat sebuah masjid di Tanjung Karang. Suami berbaju melayu coklat gelap lengkap bersampin dan aku berbaju kurung coklat gelap juga. Masa tengah bersiap sambil lalu lalang depan udin yang ralit tengok mama dengan abah dia, aku seolah-olah paham apa yang sedang bermain dalam fikiran udin ketika itu.."kita bersiap nak pegi raya ni udin..tu yang sedondon tu.." HOHOHO.. Dalam jam 8.10 p.m. cam tu kami keluar dari rumah.

Sampai je aku terus la menuju ke khemah yang disediakan. Masa tu majlis dah nak mula dah cume menunggu ketibaan Menteri Besar Selangor (MB) dan DYMM Sultan Selangor je. Dalam 10 minit cam tu MB pun sampai dan selang 10 minit lagi Sultan pula tiba. Masa ketibaan Sultan ni aku perhatikan macam-macam ragam hadirin yang ada malam tu. Semua duk kerumun Sultan Selangor, kanak-kanak apatah lagi kan, teruja nak bersalam dengan Sultan Selangor. Masa Sultan, MB dan VIP lain lalu kat karpet merah, aku perhatikan ada sedikit perbezaan yang membuatkan kenapa sambutan yang diterima sebegitu rupa. Aku kerap juga mengikut suami ke program-program jabatan dan negeri  dan aku juga ada pengalaman melibatkan diri dalam menjayakan program jabatan dan kementerian. Apa yang pasti, memang ada beza corak dan cara kelompok-kelompok pemerintahan ini dalam menjayakan sesuatu program sama ada kita sedar atau tidak sedar. Dan perbezaan ini kadang-kadang boleh membuatkan kita berfikir sesuatu...bukan mengenai POLITIK..

Ketika Sultan berjalan atas karpet merah, Tuanku tidak dikawal ketat oleh orang yang mengiringi Tuanku dan bebas untuk bersalaman dengan sesiapa sahaja tanpa ada tangan-tangan asing yang menyekat pergerakan rakyat sehingga la Tuanku sampai ke kerusi yang dikhaskan untuknya.

Aku perhatikan pula MB..mana pulak beliau ini?? Berjalan tenang sambil tersenyum pada semua tetamu yang memandang beliau..juga tanpa diiringi dengan penuh ketat oleh para pengiring beliau..sehingga beliau duduk di tempat yang dikhaskan. Sama juga di mana-mana program MB yang aku pernah ikut suami. Pada hemat aku, pertama kali aku saksikan seorang MB yang begitu tenang dan sangat ringkas orangnya bila menghadiri prgram-program bersama rakyat. Para pengiringnya juga tidak menunjukkan sikap yang jelek seperti yang pernah aku tengok dan jumpa sebelum ini..Rasa seronok melihat keadaan ini..:)

Bila sampai pada akhir acara, akan ada sesi pemberian cenderahati kepada VVIP ini. Dan sekali lagi membuatkan aku berfikir. MB sangat TIDAK BERKIRA untuk menerima HAMPER MAKANAN RINGAN yang dibungkus atas bakul jarang tu..tidak seperti program-program lain yang pernah aku jayakan dulu, mesti perhiasan daripada kaca @ kristal @ bersinar keemasan...dan sebagainya..paling seni pun pokok bonzai yang tingginya ngalahkan orang..rasa-rasa berapa sen eh pokok bonzai tu???

Suasana juga tiada sorak sorai yang melampau..tiada tepukan yang menggemakan..tiada jerit pekik penyokong yang entah dari mana asal usulnya..dan rasanya belum pernah lagi aku melihat artis yang begitu hebat dijemput untuk menghiburkan tetamu dan hadirin yang datang. Paling gah pun Mael Wings dan kumpulan nasyid UNIC..huhu..hebatkan??

Beza?? Memang berbeza dan sebab perbezaan itu, suami aku sangat-sangat seronok bila terlibat dengan program sebegini kerana katanya semua orang lebih santai dan tidak rasa TERBEBAN untuk melayan KERENAH yang tidak-tidak dari sesetengah pihak atau orang tertentu..banyak lagi perbezaan sebenarnya tapi cukuplah yang penting-penting sahaja..

Ini bukan cerita politik tetapi hanya pandangan dari salah seorang rakyat Malaysia yang suka memerhati dan cuba memahami...PEACE!!

Wednesday, May 16, 2012

Sayang Anak Katil Dibuang!

Assalamualaikum

Ngape sampai buang katil?? Apa yang dah jadi? Tak de apa pun sebenarnya..cuma ianya adalah salah satu tindakan untuk mengelakkan terjadinya sesuatu yang memang tak ingin pun berlaku..paria mana la mai ni!!

Sejak udin dah pandai melungkup, menyusur, ke depan, menggostan, dan menggolek dari kepala ke kaki katil, itu memberi petunjuk kepada kami laki bini untuk lebih berwaspada di masa akan datang. Sebabnya, si montok ni kalau dapat buat aktiviti bebas, yang dia tahu hanyalah sengih, senyum simpul, gelak mengekek-ngekek tanpa memikirkan bahaya yang bakal dan sedang menunggu. Kadang-kadang disebabkan aku mudah cemas dengan situasi ngeri itu, membuatkan vokal aku meningkat dengan  cukup tinggi. Reaksi udin? Senyap seketika, merenung aku tanpa menguit sedikit pun, dalam beberapa saat selamba je dia sengih dan terus menyambung aktivitinya yang tergendala sebentar tadi..macam iklan daaa..
 
Suami aku mengambil tindakan yang pantas lagi bijak dengan membuang katil kami dan meletakkan tilam di atas lantai saja..tidur la kami anak beranak atas tilam tanpa berkatil..idok le buang katil kat tempat sampah nun, cuma cabut katil susun kat belakang ghumah je..sayang anak punye pasaii..

Aku cakap kat laki aku, tak pa la, dia tido la atas katil, biar aku ngan udin tido bawah je, dia tak mau, kesian katanya, sedih beno dia tengok kami terjulur kat bawah tu, dia pun tak nak tido sorang pulak, ajenye ngade kome, sudohnya humban je le bangkai katil tu ke belakang..

Mak aku pun udoh lame pesan, tidur di bawah kalo udin dah lasak sikit, riso kalo jatuh, sakit budak kecik jatuh, kesian beno la. Mak mertua pun cakap ghupe itu, kami pun terpikir la nak ngikut. Sebelum jadi apa-apa, baik le kite beringat ye. Aku ni memang jenis cepat seriau, cepat kecut perut bila tengok adegan-adegan lagak ngeri ni..berdebo-debo jantung aku ni..kalau gi klinik tengok mak yang bawak anak kecik ni, yang jenis bior je anak tu manjat la, menonggeng la, jongket kerusi la, berdiri atas palang kerusi la memang la senak perut aku..sampai aku cakap kat mak deme, kak, anak tu nak jatuh, udoh jatuh nanti hapah pun tak dapat..baru la nak tarik anak duk dekat. Nak pulak wat aksi depan aku..aishh lagi la aku seriau!!

Tapi lagi seronok sebenarnya tidur di bawah ni..itu yang aku rasa la..sebabnya aku rasa bilik aku lagi lebar dan luas, pastu mata aku ni tak de la meliar je duk nengok udin sebab udoh tak tinggi lagi..tilam memang la tebal tapi andai kata terjatuh juga tak de la memberi kesan yang teruk macam jatuh katil..mende kalo nak jadi nak buat macam mana kan, tak boleh nak elak, cuma kita boleh kurangkan peratusan risiko perkara tu nak jadi je la..dah macam cikgu kemahiran hidup pulak

Tapi yang paling seronok sekali laki aku la..sebab apa? sebab tugas memasang cadar dah jadi tugas aku la pulak. Sebelum ni tugas dia sebab tak larat sungguh la aku nak ngangkat tilam tu nak saukkan getah cadar, terkentut-kentut aku nak nyiapkan pasang cadar tu, sudahnya laki aku la yang buat semua tu..skang tidak lagi..tapi dia de keje baru iaitu inspector cadar, bila nak tuka cadar? sarung bantal dah tuka? cadar ari tu mana? apa-apa pasal cadar akan disoal siasat ye..gitu la

ok la, udin pun udoh berapa kali menggeliat, macam-macam bunyi dah ni, ngigo la kot...banyak main siang hari..apa lagi..moh ler tido kome..as-salam..:-)

Tuesday, May 15, 2012

IBU

Assalamualaikum,

Bulan Mei setiap tahun adalah bulan sambutan Hari Ibu. Hampir semua orang akan mennyambutnya dengan pelbagai cara, ada yang bawa famili bercuti, ada yang bagi hadiah special untuk mak, ada yang masak makanan istimewa untuk mak, ada juga yang buat kejutan untuk mak, ada yang just bagi ucapan dan ada juga yang tak da buat apa-apa sambutan. Macam aku, memang tak pernah menyambut, tak diajar menyambut dan tak ada mende nak disambut. Aku cakap diri aku, dan aku tak cakap orang lain. Orang lain..terpulang..:)

Tapi bila dapat ucapan dari kawan-kawan dan adik-adik aku, ada terselit sedikit perasaan seronok dan terharu. Aku pun wish la kat mak aku..tahu apa jawapan mak aku?? "La..ingat call ngape, nak cakap hari ibu je..ye la.." Biasa je kan..ye la, sebab kami sekeluarga memang tidak menyambut hari ibu la, hari bapa la, macam-macam hari la..besday pun kami just wish *tu pun kalo ada yang mulakan dulu dan yang lain tetiba teringat..oh...besday!!* je, pastu makan kat luar, biasanya kami beli KFC je 1 bucket ataupun makan besar kat restoran tomyam..sebab famili aku suka makan restoran tomyan je..yang lain tak maunye deme..

So, bila dah bergelar ibu ni, aku pun nak ajar anak aku seperti yang keluarga aku ajar aku. Tak perlu sambutan apa-apa hari yang dirasakan tidak perlu sebab banyak lagi kot perkara penting yang boleh dilakukan untuk mengeratkan kasih sayang antara ahli keluarga. Suami aku juga seperti aku, tidak berminat dengan perkara ini tapi bukan bermakna tidak mengambil tahu. Tapi tak salah pun kalau nak buat sesuatu yang istimewa dari hari-hari biasa cuma tak perlu bersandarkan sesuatu sebab untuk melakukannya.

Walau apa pun, aku tetap berbangga mempunyai 3 orang ibu dalam hidup aku. Kenapa 3 weh??Orang lain ada 2 emak je kot kan..Ye, aku ada 3 ibu iaitu ibu kandung, ibu tiri dan ibu mertua. Ketiga-tiga ibu aku adalah ibu terbaik yang pernah aku ada dan aku sangat-sangat hargai dan bersyukur dengan kurnian Allah pada aku. Sepanjang aku bersama mereka, aku hanya melalui perkara-perkara yang indah dan bahagia yang mana mengeratkan lagi hubungan kami. Mari aku kongsikan antara saat-saat indah kami, kegemaran, dan perkara menarik berkaitan mak-mak aku ni tapi dalam entry yang berlainan la ye sebabnya kang panjang beno plak karangannya..:)

Bersama ibu kandung, tiada perasaan yang dapat diungkapkan. Aku bersyukur kerana aku tidak melalui kenangan dan saat-saat pahit yang berterusan seperti orang lain. Walaupun mak dan abah ada cerita duka tapi itu kisah lampau dan sudah menjadi sejarah hidup. Tiada apa yang perlu dikenangkan lagi. Tapi yang membuatkan aku bersyukur hubungan antara kami adik beradik dengan abah dan mak kami tidak terputus seperti pasangan penceraian yang lain. Ada kawan-kawan aku yang terpisah terus dengan ayah @ ibu masing-masing, ada yang tak pernah berjumpa langsung sejak kecil, ada yang ibu @ ayah masih hidup tapi banyak halangan untuk berjumpa, sengketa kekeluargaan yang tidak pernah berkesudahan dan sebagainya.

Tapi aku sangat-sangat rasa bertuah dan bersyukur kerana dipilih Allah untuk tidak melalui semua perkara pahit itu. Abah tidak pernah lupa bercerita pada kami tentang mak kami sejak kami kecil begitu juga mak. Mak tidak pernah tercicir menyebut abah pada adik-adik kami yang tinggal bersama mak. Abah dan mak tidak pernah memburukkan antara satu sama lain. Abah sentiasa pesan pada anak bujang abah yang seorang supaya apabila dah pandai jaga diri nanti, pergilah pada mak dan jaga mak sebab tanggungjawab seorang anak lelaki adalah pada ibunya. Dan Alhamdulillah, sekarang adik bujang aku dah tinggal dengan mak, semua makan minum mak dia yang jaga bersama-sama dengan adik-adik di sana. Pada usia 24 tahun, adik bujang aku sudah boleh menggalas tanggungjawab berat itu..along bangga dengan adik-adik along..:)

Mak aku seorang yang suka bercerita. Macam-macam cerita kami kongsi. Cerita mak masa zaman anak dara, cerita mak masa jadi minah kilang, cerita aku masa belajar dulu, zaman bercinta la, cerita kawan-kawan mak, kawan-kawan aku..banyak la lagi.Mak sangat pandai masak nasi dagang, nasi kerabu dan macam-macam makanan orang pantai timur. Memang la mak aku asal dari negeri pantai timur, tapi tak semua orang pantai timur boleh masak makanan popular mereka dengan sedap, cukup semua rasa. Kebanyakkan air tangan orang pantai timur yang aku pernah makan adalah MANIS yang lebih, tapi mak cukup semua rasa.

Mak paling tak sabar kalau tahu aku nak datang rumah nak jumpa mak. Mak akan kemas rumah, masak nasi, lauk semua, pakai baju lawa-lawa..bila aku sampai, kami akan jalan pimpin tangan masuk umah, duduk rapat-rapat, usap mengusap tanpa kata..tu pun dah cukup buat aku berjurai air mata..mak mesti cakap "bakpe nangis, kan dah jumpa ma ni.."*ok, aku tengah nangis ni* Bila aku balik, nama aku akan jadi meniti kat mulut mak berminggu-minggu, akan ulang cerita apa yang aku cerita kat mak pada adik-adik, tidak jemu mak cerita dan tak jemu jugak adik-adik aku melayan..adik-adik cakap mak seronok sangat. Orang tua kata kalau anak sulung perempuan, dia akan jadi permata ibu dan ayah..Adik bujang aku cakap "along memang cam tu, abah pun sayang sangat kat along, sama macam mak". Adik-adik yang tinggal dengan mak pun cakap "Lain sangat air muka mak bila jumpa along, berseri-seri". Tapi Alhamdulillah, adik-adik tidak simpan perasaan apa-apa dalam hati. Kasih sayang abah mak sama je sebenarnya.

Dah besar macam ni pun masih dipeluk dicium bagai oleh mak macam anak kecik..dan aku tak rasa malu langsung bila diperlakukan sebegitu walaupun di tempat terbuka. Mak memang seorang yang bersemangat dalam mempamerkan perasaannya pada anak-anak. Pesanannya ibarat kami ni budak yang masih kecil..macam-macam mak pesan, belum lagi ulang tayang pesanan yang sama, sampaikan adik-adik aku cakap.."ma..kan ma dah pesan tadi"..ye..mak-mak kite memang suka ulang tayang pesanan kan, kalau kome perasan la..:) Sebabnya selagi anak-anak dia tak mengangguk, tak mengiya, selagi tu la mak kita akan duk ngulang kan, nak bagi kita paham sebenarnya..

Mak tak pandai nak marah sebab mak jenis yang lembut orangnya. Kalau mak marah pun, tak macam orang marah. Mak akan bagi nasihat dengan suara yang lembut. Suara pun tak pernah meninggi dan jarang nak angkat tangan memukul anak-anaknya. Tapi mak pernah angkat tangan pada adik aku yang ke-5 sebab lewat pulang ke rumah, motor kawan dia rosak dan telefon adik pula kong baterinya. Mak pulak jenis yang sangat cepat risau sampaikan boleh nampak jelas kat muka mak. Tapi mak lepuk tak kuat, tapi atas dasar sayangnya seorang mak, lepas lepuk tu mak plak minta maaf kat adik..mak cakap mak risau sangat sampai hati tak tenang dan membuatkan mak jadi sedikit geram..tapi adik yang memang tahu dia salah, menangis-nangis dia minta ampun sebab rasa bersalah kot bila mak minta maaf..Masa aku nak bersalin hari tu pun, berkali-kali mak call adik ke-2 aku tanya aku dah bersalin ke belum..dan bila mak tahu kesulitan aku, mak lagi risau..mak cepat risau..bila adik call kata semua dah selamat..tenang dah hati mak...:)

Walau ada banyak mana pun ibu dalam dunia ni, ibu yang mengandungkan dan melahirkan adalah yang TERBAIK dan TERMULIA dalam hidup aku. Bila diri sendiri dah melalui pengalaman menjadi seorang ibu, aku rasa sangat-sangat sayang pada mak aku..acap kali juga aku terfikir bagaimana kalau aku pergi dari dunia ini tanpa meminta ampun dari mak. Nauzubillah..minta dijauhkan!! Setiap kali sebelum aku letak telefon selepas berborak dengan mak, aku akan minta maaf dengan mak dan mak seperti selalu.."esyoh tak dok salah dengan ma, ma sentiasa ampun dunia akhirat..syoh jange riso deh..ma pun minta maaf kat esyoh.."..nope!!!mak tiada apa dosa dan tiada sebab untuk mak minta maaf...terutama pada anak-anaknya..
Nanti-nanti la sambung kisah ibu tiri dan ibu mertua aku...sebabnya..sebabnya..aku tak nampak keyboard untuk menaip yang seterusnya..udoh banjir kome..aku nak tenangkan mata dan hati aku kejap..:)

As-salam




Wednesday, May 9, 2012

Udin @ Swimming Pool

Assalamualaikum

Dari Isnin sampai la khamis ni mengikut suami ke De Palma Hotels, Ampang, ada seminar katanya. Suami tak nak aku duk berdua je dengan udin kat rumah, diangkutnya sekali kami. Bila dah tahu kat hotel ni ada swimming pool, tergedik-gedik la abah ngan mama udin nak belikan udin baby float. Jenuh la mencari tapi tidak ketemu sampailah ketika kami sedang mencari stok barang jualan aku, suami ternampak kat 1 kedai jual baby seat float..murah la bebeno..RM10 je..terus la abah udin hulur duit tersengih-sengih nak tunjuk kat mama kan..sebelum ni ada jumpa kat merata shopping mall, tapi rata-rata mahal bebeno. Suami teman ni jenis yang menghargai setiap pengaliran wang sama ada keluar atau masuk..ha..kalah la pakar ekonomi negara kome..bila jumpa yang berbaloi dan lawa pulok tu terus la dirembatnya..selesai..

Udin pulak kalau time mandi suke bebeno main air..cepuk-cepuk terpercik ke muka, terkebil-kebil kejap mata tu..tersengih..mengekek-ngekek gelak..suka sangat!! Petang semalam bawak udin mandi pool..tapi yang eksaited lebih abah la..as usual..:)

Ni nak share la sikit pic udin dalam air..(^^,)

 
cecah je kaki dalam air terus snap pic..memang gila gambar mama udin ni





dalam hati udin "air yang tenang, jangan disangka tiada buaya"..Ehh?? walaupun tak de kene mengena tapi nak bersastera juga




Sebenarnye udin geram sangat tengok air..bila nak tepuk air ni??





Perasan tak mata udin ke mana? Memang udin ni asal kita snap pic dia, mesti dia pandang ke lain. Memang bertuah la kalau kebetulan matanya memandang camera, kebanyakkannya mandang ke lain. Kalau pandang camera pun, die jeling je..tahu plak tu orang nak snap pic dia..memang mencabar la tugas abah ngan mama nak suh udin pandang camera..bila kita simpan camera balik, elok pulak dia pandang ke depan..ngengada betul..

Lagi 1 pesen udin ni, kalau snap pic ngan abah, mesti nak pandang muka abah. Ntah apa yang syok beno tengok muka abah tak tahu la..tak caya??moh kita tengok buktinya..:)

Abah dah boleh agak udin mandang ke arah dia, tu yang abah jeling je
 
Usaha abah untuk memujuk udin memandang camera
 



Lagi sekali

Sekali lagi
Selesi je snap pic ni, udin mula la wat perangai..merengek-rengek..udin ni cepat bosan orangnya..mewarisi perangai mama dia kot..jom naik atas mandi!!




Tuesday, May 8, 2012

Gelap vs Cerah..Janji Bahagia (^^,)

Selasa lepas masa cuti Hari Pekerja, kami pergi kenduri kahwin anak kawan abah kat Manjung. Anak kawan abah tu lelaki maknanya kenduri menyambut menantu la kan. Kenduri tu buat kat rumah, siap gotong royong taman lagi..teringat time kahwin aku dulu, angan-angan nak buat gotong royong taman, tapi sedih sebab taman aku tak da budaya cam ni..huhu..tak pe..dah selamat pun..Alhamdulillah..

Jadi, kami sekeluarga sampai dalam pukul 1 macam tu, salam-salam pe terus la menuju ke khemah makan. On the way tu kami lintas la banner pengantin..kemudian mak aku pun berkata sebegini.."eh..lawa bininya..putih melepak..macam kamu ha.." Automatik la suami aku merenung ke tempat yang sama..dan dia tersenyum..Aku pun tanya.."Apa yang disenyumkan?"..Suami aku cakap.."Anak pakcik ni hitam tapi bini dia putih"..Seraya itu abah aku pula menyampuk.."Ala..anak dia lagi gelap dari kamu"..tu dia..baik bapak aku back up menantu kan..ahaiii

Selalu tak perasan cam tu?? Kalau pegi mana-mana kenduri kahwin, fokus utama orang yang datang adalah melihat pengantin, rupa pengantin, padan ke idak, putih ke gelap, gemuk ke kurus..aishh..macam-macam lagi la..sama je sape-sape pun..orang pompuan terlebih la sikit dari orang laki termasuk la aku.

Teringat masa aku mula-mula kenalkan suami aku kat abah aku. Mak abah dah penah tengok masa aku belajar lagi, umur aku masa tu 20 tahun. Disebabkan aku selalu cakap abah aku ni garang dan sangat menjaga anak-anak daranya, suami aku masa tu memang sangat la cuak, berubah terus muka masa selisih dengan abah. Mende ni memang selalu aku bahan kat laki aku..tersengih-sengih la orang tua tu bila kene bahan kan..Malam tu mak terus call mak cakap.."ngapa la cari yang bulan gerhana??bulan mengambang tak jumpa ke??" Cantik tak perumpamaan mak aku? Klasik kan..Saje je mak aku ngusik aku..sebab mak aku pernah cakap, bakal suami aku nanti mesti lelaki berkulit gelap..sebabnya mak aku sentiasa menjadi tempat aku bercerita segalanya termasuk bab lelaki dan perasaan, jadinya dia dapat meneka sehingga ke tahap itu.

Kami sekeluarga meniaga di pasar malam. Aku dan adik lelaki aku selalu la tolong abah ngan mak meniaga. Bila dan berniaga ni berjumpa macam-macam orang. So, bila ada lelaki yang aku tengok cam hensem dan menarik perhatian mata aku ni, orang yang selalu jadi tempat bisikan hati aku mak aku la.."mak mak..tengok laki tu..ensem tak??".."mak mak..mamat tu senyum kat kita la..lawo jugok"..dan macam-macam lagi la dialog aku ngan mak aku..TETAPI kebanyakkan lelaki yang aku suka tengok dan berkenan kat mata aku adalah yang berkulit gelap atau hitam manis gitu..sampaikan mak aku cakap.."kamu ni..aku tengok banyak suka ke laki kulit gelap ye..mesti laki kamu nanti kulit gelap"..memang sungguh la mak wehhhh...mak lambat gosok gigi masa cakap tu, udah jadi masin pula mulutnya..!!

Tapi abah aku memang hebak la..tak komen apa-apa langsung..yang abah cakap, manis laki kamu..huk aloh!! manis celah mana abah?? ni orang jantan, bukan orang tino..hihi..dan abah menjadi orang penting yang menangkis segala komenan dari orang-orang lain tentang laki aku..hebak dok?? Ate, suke beno la laki aku bila abah aku baik punya back up kan..terasa la aura menantu kesayangan..tak gitu??

Tapi kan sebenarnya ramai pasangan yang begitu..aku ramai jumpa pasangan yang suaminya berkulit gelap isteri berkulit cerah atau sebaliknya. Tak kisah pun sebenarnya yang sorang gelap atau yang sorang cerah..yang penting bahagia..ye dak??..walaupun kadang-kadang kalau kami ke mana-mana, orang yang melihat kami akan melihat untuk kali ke 2 atau ke 3..dan yang paling ketara melihat dengan renungan yang agak lama..kemudian meneruskan perjalanan mereka yang terbantut tadi..tapi kami sudah BIASA..:)

*terserempak dengan ex-officemate yang putih gebu cam kapas dengan husband die yang menyapa dari belakang.."hello"..tu dia..MAMAT AFRIKA..terkedu setengah minit, melopong setengah minit..ok..sambung berjalan sambil kepala duk toleh-toleh lagi..udoh jodoh nak buat cam ne*


Thursday, May 3, 2012

Ya Allah..Minta Dijauhkan!!

"Abang, nape tidur kat atas pangkin ni? Nak ujan kan ni..jom la masuk dalam, tidur kat bilik"

"Ala..ayang gi la masuk dalam, abang nak tidur kat luar ni..jangan risau, tak basah la"

Beberapa ketika selepas itu,

"Abang!! Abang buat apa ni?Siapa pulak pompuan ni? Kenapa dia ada kat sini?"

"Tak de apa, saje je nak teman abang tidur kat sini"

"Akak, saya tak buat apa pun, nak jumpa abang je kak sini"

"Oh, patutlah nak tidur kat luar kan, rupenya dah janji ngan pompuan lain..abang ni kenapa???"

"La..yang ayang nak marah ni kenapa? Abang bukan buat apa pun. Ok la ni, abang ajak dia datang jumpa abang kat umah kita dari abang jumpa dia kat luar, lagi la ayang tak tahu kan..kan sayang??"

"Aah..kak, abang yang ajak saya datang sini kalau nak jumpa abang"

Terus merengus kuat dan masuk dalam umah..protes tanda tak puas hati dan marah yang amat!!

Kat ruang tamu,

klik! klik! klik!

"hik hik hik...lawa gambar kita kan bang..."

"mestilah..."

"Abang!! Ni buat apa pula ni?? Nak tangkap gambar pegi tempat lain tak boleh ke? Nak tunjuk depan semua orang perangai gedik mengada tu kenapa??"

"Ayang ni nak marah-marah dari tadi kenapa?? Tak kan dengan pompuan yang sebaya adik ayang pun nak cemburu?? Bukan abang ada apa-apa pun"

"Aah la kak....abang belum kahwin pun lagi ngan saya..kami berkawan je..salah ke kak??"

"Benci la aku ngan korang semua ni...Abah!! tengok la menantu abah ni. Berdua dengan pompuan lain depan abah tapi abah buat tak tahu je kenapa?? Kita ni anak abah..kenapa abah tak marah, tak tegur dia?? kenapa semua orang dalam umah ni wat tak nampak je?? Kenapa ni??"

Terus keluar dari rumah, jalan laju-laju tanpa arah..tak tahu nak pegi mana..tetiba dah ada kat shopping mall apa mende ntah..

"Adik wat apa kat sini? kenapa nangis ni? Adik lapar ke? Jom, kita gi makan, akak belanja"

"Ok..."

Sedang makan..

"Akak, suami saya ada pompuan lain, mesra sangat..saya sedih sebab suami saya cam tak de perasaan je bila wat semua tu depan mata saya..saya pelik la..Mak ayah, adik-adik saya semua ada, tapi dieorang macam tak de rasa apa-apa pun dengan perbuatan suami saya..tolong la kak"

"Pas makan ni, adik balik rumah je..sampai umah nanti mesti keadaan balik ke asal. Dah tak de dah pompua tu..balik eh.."

"Ok..."

Sampai rumah, mak tengah enjut udin dalam buaian..

"Eh mak, sejak bila pulak udin tidur dalam buaian ni? Ngape udin minum susu botol ni?? Sape ajar die??"

"Dah kamu lari dari rumah tiba-tiba je..bukan nak cakap apa-apa, udin menangis kuat, tak berenti-renti, mak tahu nak buat apa dah, mak bagi la susu botol je..dia lapo die minum je..enjut dalam buai terus tido..kamu pegi mane berhari-hari baru balik?"

"Ha????berhari-hari??..Eh, kita kuar kejap je mak, benci tengok nas dengan pompuan tu, terus pegi bandar, makan ngan kawan jap tadi terus la balik..bukan lame pun.."

"Tak lama kamu kata..2 3 hari kamu tak balik, kamu kata kejap..kenapa la kamu ni.."

Terdiam terus...

Bunyi ringtone doraemon..sms masuk..

"Ayang, abang kene pegi kursus ni..6 bulan tau kat kl je..tak jauh pun..nanti hujung minggu abang balik..ayang jeles ye???apa la..dengan pompuan macam tu pun nak jeles..abang tak de hati pun kat pompuan tu..saje je melayan die..berhingus lagi la pompuan tu..jangan jeles..jangan risau ye...hihi..merajuk..tak malu!!"

Terus terbangun dari tidur...Tengok suami lena je tidur kat sebelah...sikit pun tak menguit!!

Udin pun sama..ternganga je mulut comel tu..

Astagfirullah al 'azim...mengucap panjang aku bangun subuh tadi..sayup-sayup dengar suara azan..Jantung aku berdegup..laju sungguh..terbayang-bayang mimpi tadi..aiisshh!!

Ngeri betul mimpi tu..mimpi hantu pun tak ngeri cam tu..sampai ke sudah la mata aku cerah je..

Walaupun mimpi, tapi aku tetap rasa cam betul-betul je..Ish, minta dijauhkan lah..walaupun suami aku cakap "abang tak de hati pun kat pompuan tu"..tapi aku tak nak melalui situasi tu..megarut betul mimpi aku ni..

Udah le!! Baik bangun tunaikan tanggungjawab lagi bagus..

*Ya Allah, minta dijauhkan perkara seumpama itu*



Wednesday, May 2, 2012

Isteri Penghibur Suami

Assalamualaikum..

"Isteri, dari hujung rambut sampai hujung kaki adalah penghibur Suami"

Baru-baru ini aku dengar ceramah Ustaz Azhar Idrus, ceramah yang dirakam masa sambutan Tahun Baru 2012 kat Stadium Shah Alam tu. Dalam banyak-banyak soalan yang ditanya oleh pengemel kepada Ustaz Azhar Idrus, aku sangat tertarik dengan soalan dari seorang wanita berkaitan isteri perlu menyanyi dan menghiburkan suami, tetapi kalau isteri mempunyai suara yang tak sedap, kene nyanyi jugak ke?? Hohoho..memang terbaik la soalan ni..

So, Ustaz ni jawab dengan panjang lebar dan penutup kepada jawapan beliau adalah ayat aku di atas tu. Ustaz ni juga selitkan juga isteri bila pegi kerja, jaga lentok jalan, masuk pejabat jalan cam catwalk, bila kat umah, jalan depan suami, jalan macam elephantwalk..gelak besar suami ngan abah aku tang ni..sabo je la..

Bila dikatakan isteri adalah penghibur suami, dari segi apa kita nak bagi supaya suami sentiasa terhibur dengan si isteri? Banyak sebenarnya perkara dan tindakan isteri yang boleh memberi ketenangan, kesenangan dan hiburan kepada suami. Menjadi pendengar yang setia disamping memberi komen dan pendapat yang jujur dalam erti kata mengambil berat boleh juga membuatkan suami merasa isterinya sangat dekat dengannya dan sentiasa bersama dengannya. Kalau kita rajin dengar ceramah Ustazah Nor Bahyah pun selalu beliau ulang perkara ini. Isteri yang setia adalah pendengar yang baik dan cermin si suami.

Suami saya selalu bercerita pelbagai perkara walaupun saya bukan tahu pun atau tiada pengetahuan tentang apa yang dia cerita. Antaranya perihal kereta. Apabila kereta suami ada masalah, suami akan mengomel itu dan ini pasal kereta dia then saya hanya mendengar kalau saya memang tak tahu dan hanya cadangkan hantar ke bengkel je la, biar deme tengokkan. Yang lain saya memang tak tahu. Tapi suami aku terus bercakap dan mulalah keluar nama-nama parts kereta yang den tak tahu pun, kalau penah dengar pun tak tahu rupe mende alah tu. Tapi saya suka melayan sampai la suami saya berpuas hati dengan hasil omelannya. Dan selalunya saya akan menjadi PA tak rasmi beliau untuk mengingati date penting atau parts kereta yang perlu dibeli atau diganti, minyak hitam la, itu la, ini lah, sebab dia takut terlupa..hebat kan peranan seorang isteri..phewww..

Bab kerja beliau juga tidak terkecuali. Saya memang akui, bidang kerja suami saya memerlukan seseorang yang dapat mengawal dan bijak menguruskan tekanan emosi dan berfikiran secara rasional. Oleh sebab itu, suami selalu bercerita hal kerja sama ada di dalam atau luar pejabat kepada saya. Sampaikan kadang-kadang bila suami masuk je dalam rumah, terus die mengomel "penat abang ari ni, pejabat abang bla bla bla.." atau pun kalau dia balik rumah lambat "banyak betul kerja ari ni, ni pun tak selesai lagi..bla bla bla..." Reaksi saya? "Kat pejabat kenapa? Banyak hal ke?" Tu je la saya mampu tanya..dan suami akan bercerita itu dan ini sampai la dia puas hati. Hal pencerobohan tanah la, pembuangan sampah la, rumah setinggan la, parit tersumbat la, curi pasir haram la, roboh kedai dan rumah la..eeii..banyak sangatlah isunya..kadang-kadang suami cerita mende kelakar kat ofis, gelagat officemate dia..gelak sakan dia..kadang-kadang mengeluh..muncung je bila cerita..kadang-kadang dia konfius dan tak paham dengan sesuatu..berkerut-kerut dahi bercerita..tapi saya sangat seronok bila suami bercerita..walaupun banyak tak paham dengan bidang tugas suami..tapi suami bercerita seolah-olah kami kerja 1 pejabat..

Bab keluarga dia pun banyak diceritakan sehingga saya rasa saya seperti kenal rapat dengan famili dan saudara mara dia, walaupun saya hanya segelimtir yang saya kenali. Kalau ada yang kurang baik dia akan nasihatkan supaya keluarga kami tidak seperti itu. Kami masing-masing pernah melalui pengalaman pahit dalam kehidupan masa kecil kami, jadi kami sentiasa berusaha untuk menjadi sebuah keluarga yang sempurna mungkin walaupun tidak sesempurna orang lain.

Suami juga sangat suka mengusik dan kadang-kadang boleh membuatkan saya menarik muncung..suami panggil muncung itik..panjang je..tapi jarang simpan dalam hati..bab-bab kawin lain, poligami, bini dua, suka sangat dibuat modal..bila kene cubit, bukan main gelak sakan..siap ajak udin gelak sekali..saya layankan je la..bila cerita kan mak, mak kata abah pun macam tu, suka bila bab kawin 2, tapi Alhamdulillah, sehingga sekarang masih seorang, ayat tu hanya cair di mulut aje..harapnya suami saya juga begitu..kadang-kadang kami bergurau yang bukan-bukan, kritik mengkritik sesama kami..pastu gelak..selalunya aku cepat naik tangan, tapi suami cepat beralah bila hujahan kami seperti tiada noktah..nanti ada yang merajuk..suami cakap cam tu...so aku lah yang menang..:)

Bab politik, gosip artis la, gosip orang politik, suami suka bercerita dan kadang-kadang kami sama update isu yang terkini..suami kat pejabat pun aku boleh sms untuk sampaikan berita yang aku baca then suami akan respon macam tu juga la suami. Bab mengutuk pun boleh tahan juga..tapi paling best bab politik sampaikan saya tengah masak kat dapur pun, suami boleh panggil suruh dengar..tak pun dia bantai volume 40..mula la bergegar umah sebab nak dengor berita..pastu gelak, tak pun mengomel, mencemuh, mencebik dan pelbagai aksi-aksi yang dilakukan selepas mendengar berita tersebut..hahaha..duduk bertiga je tapi gamatnya macam duk ramai beno..

Kadang-kadang kami juga suka bergosip hal kawan-kawan kami. Apabila teringat kawan lama atau kawan sekolah ke, ada jemputan kawin kawan-kawan ke. mesti kami akan bercerita hal-hal masa zaman sekolah, zaman universiti dulu yang berkaitan dengan kami. Kalau ada yang lucu, bukan main gelak lagi, bila orang tu penah wat kami sakit hati, punya kaw kaw kami bantai, gosip-gosip liar pun kami borak juga..padahal masing-masing tak kenal pun..sama ada kawan-kawan suami atau kawan-kawan aku..

Jadi, bila melihat pada situasi ini, saya berharap saya mampu menjadi penghibur terbaik untuk suami. Saya tak pernah la menyanyi untuk suami, tapi ikut nyanyi sekali masa dengar lagu dalam kereta atau kat rumah tu adalah..tapi nyanyi khas untuk suami kalau dia request tu tak penah la lagi..tapi kalau minta untuk jadi pendengar setia segala perkara yang suami nak kongsi atau cerita kat saya, saya tiada masalah untuk itu. Sebab suami saya juga begitu, selalu cakap, kalau ada apa-apa, cakap je..dia tak kisah dan suka untuk mendengar. Bila semua mende kita kongsi, kita akan rasa suami ada dalam diri kita, dan kita ada dalam diri suami sebab semua perkara berkaitan suami, apa yang dia fikirkan, apa yang dia rasa, apa yang dia alami, apa yang dia lalui kita tahu dan kita boleh rasa. Begitu juga suami. Dan ini akan membuatkan kita lebih cepat memahami suami dan dapat mengesan sesuatu pada suami tanpa dia bagi tahu pada kita sebab kita ada dalam diri suami..begitu juga suami. Di samping itu, dapat mengenal peribadi masing-masing kan melalui cerita-cerita yang dikongsi. Seronoknya begitu kan..:)

Lately, sangat suka dengar ceramah berkaitan hubungan suami isteri dan perihal rumah tangga..ilmu yang dipelajari boleh dipraktikkan pula..:) Jom dengar ceramah (^^,)