About Me

My photo
Seorang anak sulung kepada pasangan Mohd Yusof Pandak Abdul Rahman dan Hasnah Yusuf. Seorang kakak kepada 9 orang adik-adiknya. Seorang isteri kepada Nasrul Faiz Firdaus. Seorang ibu kepada seorang anak lelaki, Muhammad Alauddin. Seorang suri rumah sepenuh masa dan sepenuh tenaga ('',). Seorang businesswomen kecil-kecilan aje untuk mengisi masa yang terluang. Seorang yang simple dan mudah didekati. Terima kasih sudi menjengah blog saya yang tiada apa ini..
Powered by Blogger.

Friday, May 18, 2012

Bila Diperhatikan Ada Perbezaannya...

Assalamualaikum

Malam semalam suami ajak pergi Majlis Penutupan Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Kuala Selangor dekat sebuah masjid di Tanjung Karang. Suami berbaju melayu coklat gelap lengkap bersampin dan aku berbaju kurung coklat gelap juga. Masa tengah bersiap sambil lalu lalang depan udin yang ralit tengok mama dengan abah dia, aku seolah-olah paham apa yang sedang bermain dalam fikiran udin ketika itu.."kita bersiap nak pegi raya ni udin..tu yang sedondon tu.." HOHOHO.. Dalam jam 8.10 p.m. cam tu kami keluar dari rumah.

Sampai je aku terus la menuju ke khemah yang disediakan. Masa tu majlis dah nak mula dah cume menunggu ketibaan Menteri Besar Selangor (MB) dan DYMM Sultan Selangor je. Dalam 10 minit cam tu MB pun sampai dan selang 10 minit lagi Sultan pula tiba. Masa ketibaan Sultan ni aku perhatikan macam-macam ragam hadirin yang ada malam tu. Semua duk kerumun Sultan Selangor, kanak-kanak apatah lagi kan, teruja nak bersalam dengan Sultan Selangor. Masa Sultan, MB dan VIP lain lalu kat karpet merah, aku perhatikan ada sedikit perbezaan yang membuatkan kenapa sambutan yang diterima sebegitu rupa. Aku kerap juga mengikut suami ke program-program jabatan dan negeri  dan aku juga ada pengalaman melibatkan diri dalam menjayakan program jabatan dan kementerian. Apa yang pasti, memang ada beza corak dan cara kelompok-kelompok pemerintahan ini dalam menjayakan sesuatu program sama ada kita sedar atau tidak sedar. Dan perbezaan ini kadang-kadang boleh membuatkan kita berfikir sesuatu...bukan mengenai POLITIK..

Ketika Sultan berjalan atas karpet merah, Tuanku tidak dikawal ketat oleh orang yang mengiringi Tuanku dan bebas untuk bersalaman dengan sesiapa sahaja tanpa ada tangan-tangan asing yang menyekat pergerakan rakyat sehingga la Tuanku sampai ke kerusi yang dikhaskan untuknya.

Aku perhatikan pula MB..mana pulak beliau ini?? Berjalan tenang sambil tersenyum pada semua tetamu yang memandang beliau..juga tanpa diiringi dengan penuh ketat oleh para pengiring beliau..sehingga beliau duduk di tempat yang dikhaskan. Sama juga di mana-mana program MB yang aku pernah ikut suami. Pada hemat aku, pertama kali aku saksikan seorang MB yang begitu tenang dan sangat ringkas orangnya bila menghadiri prgram-program bersama rakyat. Para pengiringnya juga tidak menunjukkan sikap yang jelek seperti yang pernah aku tengok dan jumpa sebelum ini..Rasa seronok melihat keadaan ini..:)

Bila sampai pada akhir acara, akan ada sesi pemberian cenderahati kepada VVIP ini. Dan sekali lagi membuatkan aku berfikir. MB sangat TIDAK BERKIRA untuk menerima HAMPER MAKANAN RINGAN yang dibungkus atas bakul jarang tu..tidak seperti program-program lain yang pernah aku jayakan dulu, mesti perhiasan daripada kaca @ kristal @ bersinar keemasan...dan sebagainya..paling seni pun pokok bonzai yang tingginya ngalahkan orang..rasa-rasa berapa sen eh pokok bonzai tu???

Suasana juga tiada sorak sorai yang melampau..tiada tepukan yang menggemakan..tiada jerit pekik penyokong yang entah dari mana asal usulnya..dan rasanya belum pernah lagi aku melihat artis yang begitu hebat dijemput untuk menghiburkan tetamu dan hadirin yang datang. Paling gah pun Mael Wings dan kumpulan nasyid UNIC..huhu..hebatkan??

Beza?? Memang berbeza dan sebab perbezaan itu, suami aku sangat-sangat seronok bila terlibat dengan program sebegini kerana katanya semua orang lebih santai dan tidak rasa TERBEBAN untuk melayan KERENAH yang tidak-tidak dari sesetengah pihak atau orang tertentu..banyak lagi perbezaan sebenarnya tapi cukuplah yang penting-penting sahaja..

Ini bukan cerita politik tetapi hanya pandangan dari salah seorang rakyat Malaysia yang suka memerhati dan cuba memahami...PEACE!!

No comments:

Post a Comment