About Me

My photo
Seorang anak sulung kepada pasangan Mohd Yusof Pandak Abdul Rahman dan Hasnah Yusuf. Seorang kakak kepada 9 orang adik-adiknya. Seorang isteri kepada Nasrul Faiz Firdaus. Seorang ibu kepada seorang anak lelaki, Muhammad Alauddin. Seorang suri rumah sepenuh masa dan sepenuh tenaga ('',). Seorang businesswomen kecil-kecilan aje untuk mengisi masa yang terluang. Seorang yang simple dan mudah didekati. Terima kasih sudi menjengah blog saya yang tiada apa ini..
Powered by Blogger.

Tuesday, May 15, 2012

IBU

Assalamualaikum,

Bulan Mei setiap tahun adalah bulan sambutan Hari Ibu. Hampir semua orang akan mennyambutnya dengan pelbagai cara, ada yang bawa famili bercuti, ada yang bagi hadiah special untuk mak, ada yang masak makanan istimewa untuk mak, ada juga yang buat kejutan untuk mak, ada yang just bagi ucapan dan ada juga yang tak da buat apa-apa sambutan. Macam aku, memang tak pernah menyambut, tak diajar menyambut dan tak ada mende nak disambut. Aku cakap diri aku, dan aku tak cakap orang lain. Orang lain..terpulang..:)

Tapi bila dapat ucapan dari kawan-kawan dan adik-adik aku, ada terselit sedikit perasaan seronok dan terharu. Aku pun wish la kat mak aku..tahu apa jawapan mak aku?? "La..ingat call ngape, nak cakap hari ibu je..ye la.." Biasa je kan..ye la, sebab kami sekeluarga memang tidak menyambut hari ibu la, hari bapa la, macam-macam hari la..besday pun kami just wish *tu pun kalo ada yang mulakan dulu dan yang lain tetiba teringat..oh...besday!!* je, pastu makan kat luar, biasanya kami beli KFC je 1 bucket ataupun makan besar kat restoran tomyam..sebab famili aku suka makan restoran tomyan je..yang lain tak maunye deme..

So, bila dah bergelar ibu ni, aku pun nak ajar anak aku seperti yang keluarga aku ajar aku. Tak perlu sambutan apa-apa hari yang dirasakan tidak perlu sebab banyak lagi kot perkara penting yang boleh dilakukan untuk mengeratkan kasih sayang antara ahli keluarga. Suami aku juga seperti aku, tidak berminat dengan perkara ini tapi bukan bermakna tidak mengambil tahu. Tapi tak salah pun kalau nak buat sesuatu yang istimewa dari hari-hari biasa cuma tak perlu bersandarkan sesuatu sebab untuk melakukannya.

Walau apa pun, aku tetap berbangga mempunyai 3 orang ibu dalam hidup aku. Kenapa 3 weh??Orang lain ada 2 emak je kot kan..Ye, aku ada 3 ibu iaitu ibu kandung, ibu tiri dan ibu mertua. Ketiga-tiga ibu aku adalah ibu terbaik yang pernah aku ada dan aku sangat-sangat hargai dan bersyukur dengan kurnian Allah pada aku. Sepanjang aku bersama mereka, aku hanya melalui perkara-perkara yang indah dan bahagia yang mana mengeratkan lagi hubungan kami. Mari aku kongsikan antara saat-saat indah kami, kegemaran, dan perkara menarik berkaitan mak-mak aku ni tapi dalam entry yang berlainan la ye sebabnya kang panjang beno plak karangannya..:)

Bersama ibu kandung, tiada perasaan yang dapat diungkapkan. Aku bersyukur kerana aku tidak melalui kenangan dan saat-saat pahit yang berterusan seperti orang lain. Walaupun mak dan abah ada cerita duka tapi itu kisah lampau dan sudah menjadi sejarah hidup. Tiada apa yang perlu dikenangkan lagi. Tapi yang membuatkan aku bersyukur hubungan antara kami adik beradik dengan abah dan mak kami tidak terputus seperti pasangan penceraian yang lain. Ada kawan-kawan aku yang terpisah terus dengan ayah @ ibu masing-masing, ada yang tak pernah berjumpa langsung sejak kecil, ada yang ibu @ ayah masih hidup tapi banyak halangan untuk berjumpa, sengketa kekeluargaan yang tidak pernah berkesudahan dan sebagainya.

Tapi aku sangat-sangat rasa bertuah dan bersyukur kerana dipilih Allah untuk tidak melalui semua perkara pahit itu. Abah tidak pernah lupa bercerita pada kami tentang mak kami sejak kami kecil begitu juga mak. Mak tidak pernah tercicir menyebut abah pada adik-adik kami yang tinggal bersama mak. Abah dan mak tidak pernah memburukkan antara satu sama lain. Abah sentiasa pesan pada anak bujang abah yang seorang supaya apabila dah pandai jaga diri nanti, pergilah pada mak dan jaga mak sebab tanggungjawab seorang anak lelaki adalah pada ibunya. Dan Alhamdulillah, sekarang adik bujang aku dah tinggal dengan mak, semua makan minum mak dia yang jaga bersama-sama dengan adik-adik di sana. Pada usia 24 tahun, adik bujang aku sudah boleh menggalas tanggungjawab berat itu..along bangga dengan adik-adik along..:)

Mak aku seorang yang suka bercerita. Macam-macam cerita kami kongsi. Cerita mak masa zaman anak dara, cerita mak masa jadi minah kilang, cerita aku masa belajar dulu, zaman bercinta la, cerita kawan-kawan mak, kawan-kawan aku..banyak la lagi.Mak sangat pandai masak nasi dagang, nasi kerabu dan macam-macam makanan orang pantai timur. Memang la mak aku asal dari negeri pantai timur, tapi tak semua orang pantai timur boleh masak makanan popular mereka dengan sedap, cukup semua rasa. Kebanyakkan air tangan orang pantai timur yang aku pernah makan adalah MANIS yang lebih, tapi mak cukup semua rasa.

Mak paling tak sabar kalau tahu aku nak datang rumah nak jumpa mak. Mak akan kemas rumah, masak nasi, lauk semua, pakai baju lawa-lawa..bila aku sampai, kami akan jalan pimpin tangan masuk umah, duduk rapat-rapat, usap mengusap tanpa kata..tu pun dah cukup buat aku berjurai air mata..mak mesti cakap "bakpe nangis, kan dah jumpa ma ni.."*ok, aku tengah nangis ni* Bila aku balik, nama aku akan jadi meniti kat mulut mak berminggu-minggu, akan ulang cerita apa yang aku cerita kat mak pada adik-adik, tidak jemu mak cerita dan tak jemu jugak adik-adik aku melayan..adik-adik cakap mak seronok sangat. Orang tua kata kalau anak sulung perempuan, dia akan jadi permata ibu dan ayah..Adik bujang aku cakap "along memang cam tu, abah pun sayang sangat kat along, sama macam mak". Adik-adik yang tinggal dengan mak pun cakap "Lain sangat air muka mak bila jumpa along, berseri-seri". Tapi Alhamdulillah, adik-adik tidak simpan perasaan apa-apa dalam hati. Kasih sayang abah mak sama je sebenarnya.

Dah besar macam ni pun masih dipeluk dicium bagai oleh mak macam anak kecik..dan aku tak rasa malu langsung bila diperlakukan sebegitu walaupun di tempat terbuka. Mak memang seorang yang bersemangat dalam mempamerkan perasaannya pada anak-anak. Pesanannya ibarat kami ni budak yang masih kecil..macam-macam mak pesan, belum lagi ulang tayang pesanan yang sama, sampaikan adik-adik aku cakap.."ma..kan ma dah pesan tadi"..ye..mak-mak kite memang suka ulang tayang pesanan kan, kalau kome perasan la..:) Sebabnya selagi anak-anak dia tak mengangguk, tak mengiya, selagi tu la mak kita akan duk ngulang kan, nak bagi kita paham sebenarnya..

Mak tak pandai nak marah sebab mak jenis yang lembut orangnya. Kalau mak marah pun, tak macam orang marah. Mak akan bagi nasihat dengan suara yang lembut. Suara pun tak pernah meninggi dan jarang nak angkat tangan memukul anak-anaknya. Tapi mak pernah angkat tangan pada adik aku yang ke-5 sebab lewat pulang ke rumah, motor kawan dia rosak dan telefon adik pula kong baterinya. Mak pulak jenis yang sangat cepat risau sampaikan boleh nampak jelas kat muka mak. Tapi mak lepuk tak kuat, tapi atas dasar sayangnya seorang mak, lepas lepuk tu mak plak minta maaf kat adik..mak cakap mak risau sangat sampai hati tak tenang dan membuatkan mak jadi sedikit geram..tapi adik yang memang tahu dia salah, menangis-nangis dia minta ampun sebab rasa bersalah kot bila mak minta maaf..Masa aku nak bersalin hari tu pun, berkali-kali mak call adik ke-2 aku tanya aku dah bersalin ke belum..dan bila mak tahu kesulitan aku, mak lagi risau..mak cepat risau..bila adik call kata semua dah selamat..tenang dah hati mak...:)

Walau ada banyak mana pun ibu dalam dunia ni, ibu yang mengandungkan dan melahirkan adalah yang TERBAIK dan TERMULIA dalam hidup aku. Bila diri sendiri dah melalui pengalaman menjadi seorang ibu, aku rasa sangat-sangat sayang pada mak aku..acap kali juga aku terfikir bagaimana kalau aku pergi dari dunia ini tanpa meminta ampun dari mak. Nauzubillah..minta dijauhkan!! Setiap kali sebelum aku letak telefon selepas berborak dengan mak, aku akan minta maaf dengan mak dan mak seperti selalu.."esyoh tak dok salah dengan ma, ma sentiasa ampun dunia akhirat..syoh jange riso deh..ma pun minta maaf kat esyoh.."..nope!!!mak tiada apa dosa dan tiada sebab untuk mak minta maaf...terutama pada anak-anaknya..
Nanti-nanti la sambung kisah ibu tiri dan ibu mertua aku...sebabnya..sebabnya..aku tak nampak keyboard untuk menaip yang seterusnya..udoh banjir kome..aku nak tenangkan mata dan hati aku kejap..:)

As-salam




No comments:

Post a Comment