About Me

My photo
Seorang anak sulung kepada pasangan Mohd Yusof Pandak Abdul Rahman dan Hasnah Yusuf. Seorang kakak kepada 9 orang adik-adiknya. Seorang isteri kepada Nasrul Faiz Firdaus. Seorang ibu kepada seorang anak lelaki, Muhammad Alauddin. Seorang suri rumah sepenuh masa dan sepenuh tenaga ('',). Seorang businesswomen kecil-kecilan aje untuk mengisi masa yang terluang. Seorang yang simple dan mudah didekati. Terima kasih sudi menjengah blog saya yang tiada apa ini..
Powered by Blogger.

Wednesday, May 2, 2012

Isteri Penghibur Suami

Assalamualaikum..

"Isteri, dari hujung rambut sampai hujung kaki adalah penghibur Suami"

Baru-baru ini aku dengar ceramah Ustaz Azhar Idrus, ceramah yang dirakam masa sambutan Tahun Baru 2012 kat Stadium Shah Alam tu. Dalam banyak-banyak soalan yang ditanya oleh pengemel kepada Ustaz Azhar Idrus, aku sangat tertarik dengan soalan dari seorang wanita berkaitan isteri perlu menyanyi dan menghiburkan suami, tetapi kalau isteri mempunyai suara yang tak sedap, kene nyanyi jugak ke?? Hohoho..memang terbaik la soalan ni..

So, Ustaz ni jawab dengan panjang lebar dan penutup kepada jawapan beliau adalah ayat aku di atas tu. Ustaz ni juga selitkan juga isteri bila pegi kerja, jaga lentok jalan, masuk pejabat jalan cam catwalk, bila kat umah, jalan depan suami, jalan macam elephantwalk..gelak besar suami ngan abah aku tang ni..sabo je la..

Bila dikatakan isteri adalah penghibur suami, dari segi apa kita nak bagi supaya suami sentiasa terhibur dengan si isteri? Banyak sebenarnya perkara dan tindakan isteri yang boleh memberi ketenangan, kesenangan dan hiburan kepada suami. Menjadi pendengar yang setia disamping memberi komen dan pendapat yang jujur dalam erti kata mengambil berat boleh juga membuatkan suami merasa isterinya sangat dekat dengannya dan sentiasa bersama dengannya. Kalau kita rajin dengar ceramah Ustazah Nor Bahyah pun selalu beliau ulang perkara ini. Isteri yang setia adalah pendengar yang baik dan cermin si suami.

Suami saya selalu bercerita pelbagai perkara walaupun saya bukan tahu pun atau tiada pengetahuan tentang apa yang dia cerita. Antaranya perihal kereta. Apabila kereta suami ada masalah, suami akan mengomel itu dan ini pasal kereta dia then saya hanya mendengar kalau saya memang tak tahu dan hanya cadangkan hantar ke bengkel je la, biar deme tengokkan. Yang lain saya memang tak tahu. Tapi suami aku terus bercakap dan mulalah keluar nama-nama parts kereta yang den tak tahu pun, kalau penah dengar pun tak tahu rupe mende alah tu. Tapi saya suka melayan sampai la suami saya berpuas hati dengan hasil omelannya. Dan selalunya saya akan menjadi PA tak rasmi beliau untuk mengingati date penting atau parts kereta yang perlu dibeli atau diganti, minyak hitam la, itu la, ini lah, sebab dia takut terlupa..hebat kan peranan seorang isteri..phewww..

Bab kerja beliau juga tidak terkecuali. Saya memang akui, bidang kerja suami saya memerlukan seseorang yang dapat mengawal dan bijak menguruskan tekanan emosi dan berfikiran secara rasional. Oleh sebab itu, suami selalu bercerita hal kerja sama ada di dalam atau luar pejabat kepada saya. Sampaikan kadang-kadang bila suami masuk je dalam rumah, terus die mengomel "penat abang ari ni, pejabat abang bla bla bla.." atau pun kalau dia balik rumah lambat "banyak betul kerja ari ni, ni pun tak selesai lagi..bla bla bla..." Reaksi saya? "Kat pejabat kenapa? Banyak hal ke?" Tu je la saya mampu tanya..dan suami akan bercerita itu dan ini sampai la dia puas hati. Hal pencerobohan tanah la, pembuangan sampah la, rumah setinggan la, parit tersumbat la, curi pasir haram la, roboh kedai dan rumah la..eeii..banyak sangatlah isunya..kadang-kadang suami cerita mende kelakar kat ofis, gelagat officemate dia..gelak sakan dia..kadang-kadang mengeluh..muncung je bila cerita..kadang-kadang dia konfius dan tak paham dengan sesuatu..berkerut-kerut dahi bercerita..tapi saya sangat seronok bila suami bercerita..walaupun banyak tak paham dengan bidang tugas suami..tapi suami bercerita seolah-olah kami kerja 1 pejabat..

Bab keluarga dia pun banyak diceritakan sehingga saya rasa saya seperti kenal rapat dengan famili dan saudara mara dia, walaupun saya hanya segelimtir yang saya kenali. Kalau ada yang kurang baik dia akan nasihatkan supaya keluarga kami tidak seperti itu. Kami masing-masing pernah melalui pengalaman pahit dalam kehidupan masa kecil kami, jadi kami sentiasa berusaha untuk menjadi sebuah keluarga yang sempurna mungkin walaupun tidak sesempurna orang lain.

Suami juga sangat suka mengusik dan kadang-kadang boleh membuatkan saya menarik muncung..suami panggil muncung itik..panjang je..tapi jarang simpan dalam hati..bab-bab kawin lain, poligami, bini dua, suka sangat dibuat modal..bila kene cubit, bukan main gelak sakan..siap ajak udin gelak sekali..saya layankan je la..bila cerita kan mak, mak kata abah pun macam tu, suka bila bab kawin 2, tapi Alhamdulillah, sehingga sekarang masih seorang, ayat tu hanya cair di mulut aje..harapnya suami saya juga begitu..kadang-kadang kami bergurau yang bukan-bukan, kritik mengkritik sesama kami..pastu gelak..selalunya aku cepat naik tangan, tapi suami cepat beralah bila hujahan kami seperti tiada noktah..nanti ada yang merajuk..suami cakap cam tu...so aku lah yang menang..:)

Bab politik, gosip artis la, gosip orang politik, suami suka bercerita dan kadang-kadang kami sama update isu yang terkini..suami kat pejabat pun aku boleh sms untuk sampaikan berita yang aku baca then suami akan respon macam tu juga la suami. Bab mengutuk pun boleh tahan juga..tapi paling best bab politik sampaikan saya tengah masak kat dapur pun, suami boleh panggil suruh dengar..tak pun dia bantai volume 40..mula la bergegar umah sebab nak dengor berita..pastu gelak, tak pun mengomel, mencemuh, mencebik dan pelbagai aksi-aksi yang dilakukan selepas mendengar berita tersebut..hahaha..duduk bertiga je tapi gamatnya macam duk ramai beno..

Kadang-kadang kami juga suka bergosip hal kawan-kawan kami. Apabila teringat kawan lama atau kawan sekolah ke, ada jemputan kawin kawan-kawan ke. mesti kami akan bercerita hal-hal masa zaman sekolah, zaman universiti dulu yang berkaitan dengan kami. Kalau ada yang lucu, bukan main gelak lagi, bila orang tu penah wat kami sakit hati, punya kaw kaw kami bantai, gosip-gosip liar pun kami borak juga..padahal masing-masing tak kenal pun..sama ada kawan-kawan suami atau kawan-kawan aku..

Jadi, bila melihat pada situasi ini, saya berharap saya mampu menjadi penghibur terbaik untuk suami. Saya tak pernah la menyanyi untuk suami, tapi ikut nyanyi sekali masa dengar lagu dalam kereta atau kat rumah tu adalah..tapi nyanyi khas untuk suami kalau dia request tu tak penah la lagi..tapi kalau minta untuk jadi pendengar setia segala perkara yang suami nak kongsi atau cerita kat saya, saya tiada masalah untuk itu. Sebab suami saya juga begitu, selalu cakap, kalau ada apa-apa, cakap je..dia tak kisah dan suka untuk mendengar. Bila semua mende kita kongsi, kita akan rasa suami ada dalam diri kita, dan kita ada dalam diri suami sebab semua perkara berkaitan suami, apa yang dia fikirkan, apa yang dia rasa, apa yang dia alami, apa yang dia lalui kita tahu dan kita boleh rasa. Begitu juga suami. Dan ini akan membuatkan kita lebih cepat memahami suami dan dapat mengesan sesuatu pada suami tanpa dia bagi tahu pada kita sebab kita ada dalam diri suami..begitu juga suami. Di samping itu, dapat mengenal peribadi masing-masing kan melalui cerita-cerita yang dikongsi. Seronoknya begitu kan..:)

Lately, sangat suka dengar ceramah berkaitan hubungan suami isteri dan perihal rumah tangga..ilmu yang dipelajari boleh dipraktikkan pula..:) Jom dengar ceramah (^^,)






No comments:

Post a Comment