About Me

My photo
Seorang anak sulung kepada pasangan Mohd Yusof Pandak Abdul Rahman dan Hasnah Yusuf. Seorang kakak kepada 9 orang adik-adiknya. Seorang isteri kepada Nasrul Faiz Firdaus. Seorang ibu kepada seorang anak lelaki, Muhammad Alauddin. Seorang suri rumah sepenuh masa dan sepenuh tenaga ('',). Seorang businesswomen kecil-kecilan aje untuk mengisi masa yang terluang. Seorang yang simple dan mudah didekati. Terima kasih sudi menjengah blog saya yang tiada apa ini..
Powered by Blogger.

Friday, June 22, 2012

Perkongsian Ilmu

Assalamualaikum

Semalam suami bawa kami (aku dan udin) ke ceramah Isra' Mikraj di Masjid Tanjung Karang. Ustaz yang bagi ceramah malam tu seorang ustaz yang memang feveret aku, selalu dijemput sebagai panel dalam rancangan WHI bab hal rumahtangga dan keagamaan, Ustaz Haslin, asal orang kedah kawin dengan orang jawa, tanjung karang 

Intipati ceramah ustaz Haslin lain sikit dari ceramah Isra' Mikraj yang selalu aku dengar. Kandungan ceramah banyak menyentuh pasal isu kekeluargaan dan kemasyarakatan yang dikaitkan dengan hikmah peristiwa agung tersebut.  Antaranya bagaimana menjadikan anak jinak dengan ayat-ayat Al-Quran dan memiliki hati yang bersih sebab Rasulullah semasa kanak-kanak telah disucikan hatinya oleh Malaikat Jibrail untuk mengelakkan baginda melakukan perbuatan yanh keji dan maksiat. Ustaz Haslin pesan supaya sentiasa menasyidkan, menzikirkan anak-anak seusia bayi dengan nama-nama Allah dan Rasul, supaya telinga anak-anak kita biasa dan mesra dengan ayat-ayat zikrullah..buatlah nada macam mana pun janji sebutannya mengenai Allah dan Rasul..Ustaz Haslin ni mempunyai kelebihan iaitu suaranya yang sedap ketika mengalunkan bacaan ayat Al-Quran..memang kusyuk la kalau dengar dia mengaji kan..

Intipati ceramah itu lagi menyentuh pasal konsep manusia..ada 3 konsep manusia iaitu Hamba, Khalifah dan Dakwah. Bila kita sedar kita adalah manusia, kita adalah seorang hamba yang perlu patuh dan taat pada ketua iaitu Pencipta manusia,, Allah. Bila kota sedar kita adalah hamba, kita akan mainkan peranan sebagai seorang khalifah iaitu yang bekerja untuk hidup, melaksanakan tanggungjawab sesama hamba dan berusaha ke arah kebaikan. Bila kita sedar kita adalah khalifah, kita perlu sebar dakwah islam, bukan peranan alim ulama, ustaz ustazah atau imam masjid, tapi peranan seorang hamba dan khalifah. Tak lengkap seorang manusia jika seorang hamba tapi bukan khalifah atau seorang khalifah tapi tidak berdakwah atau berdakwah tapi bukan seorang hamba atau khalifah..mendalam maksud yang ustaz Haslim sampaikan tu sebenarnya..

Dan yang paling aku ingat dan aku pegang pesanan dan kata-kata Ustaz Haslin adalah kalau kita sentiasa bersyukur dan mengingati Allah, mengamalkan konsep manusia dengan betul, InsyaAllah, berapa pun gaji yang kita perolehi, yang Allah kurniakan akan cukup untuk kita sampai akhir hayat..sebab apa Ustaz Haslin cakap macam tu? Sebab manusia sekarang terlalu berusaha untuk memperolehi sesuatu tak kira berapa nilainya dan sentiasa malah sanggup melipatgandakan usaha untuk menggapai impian dan keinginan tersebut walaupun ianya tiada nilai apapun di sisi Allah S.W.T. Terpana sekejap dengan kata-kata ustaz tu..ustaz huraikan sikit, antara yang dikejar, kemewahan hidup, pangkat, harta, nama, keperluan dan tuntutan nafsu yang tiada sudah dan banyak lagi la...bila direnung kembali ada betulnya cakap Ustaz Haslin..kene banyak muhasabah diri selepas ini..

Ceramah abis dalam pukul 9.45 mlm cam tu, pastu solat isya' berjemaah, terus la kami pulang ke rumah dengan bekalan nasi beriani sorang sebungkus hasil masakan orang masjid kampung situ..Alhamdulillah....

Wednesday, June 13, 2012

Biarkan Mereka Bercakap

Assalamualaikum

Orang zaman sekarang memang suka bercakap..mende yang tiada kene mengena dengan mereka pun mereka akan bercakap juga..ye la..mulut masing-masing kan, nak buat macam mana ye dakk..antara yang mereka suka bercakap adalah...

"Aisyah tak kerja ke? Nape tak kerja? Ala, anak tu anta je kat nursery..tak pun minta tolong mak kamu jagakan.."

"Tak keje ye? Keje la..kesian mak ayah kamu.."

"So, sekarang duk umah je la ye...senang la macam tu.."

"Yang ni bukan belajar sekali dengan faiz ke kat u dulu..tak keje ye sekarang??"

"Tak keje?? Tak kesian ke kat suami ko weh cari duit sorang-sorang??"

Dan pelbagai bentuk percakapan lagi..Biasanya aku hanya tersenyum kerana sudah lali dan memang bersedia bila bertemu dengan mereka-mereka yang suka bercakap ni..tak pe la..selagi kome bole bercakap kan..teman redho kan je la..

Jawapan aku bila diajukan soalan dan ayat hairan seperti itu adalah..
"Suami suka saya duk rumah, semua terjaga"
"Tak pe la..ada anak kecik, tunggu la besar dulu.."

Tapi syukur Alhamdulillah, bila aku sentiasa dikelilingi oleh 2 HERO yang sangat-sangat GAGAH, PERKASA dan sentiasa MELINDUNGI aku dalam apa juga situasi dan keadaan...

ABAH
"Biarlah dia tak bekerja, dia jalankan tanggungjawab pada suami dan anak-anak, pahala yang paling besar bagi seorang wanita bergelar isteri"
"Bagus juga dia tak bekerja, dia jaga anak dia dengan tangan dia sendiri.."
"Suami dan anak lebih penting dari desakan hati dan perasaan sendiri..yang penting suami redha dan restu.."

SUAMI
"Wat apa nak anta anak suruh mak bapak jaga, jaga sendiri la..mak ayah dah tua nak berehat la..ada pulak jaga cucu.."
"Dah, jangan ambil pusing, abang masih mampu menanggung keluarga abang, insyaALLAH sampai ke akhir hayat"
"Rezeki bukan kat tangan mereka..kalau Allah bagi yang itu, terima seadanya dan belajar bersyukur..tak mustahil Allah bagi lebih banyak dari yang kita sangka"

Ye, aku sangat bersyukur kerana hero-hero aku sentiasa menceriakan dan mendamaikan gundah gulana di dalam hati aku apabila berdepan dengan situasi sukar dan sesak itu..Malah mereka sentiasa memahami gelojak jiwa aku dan mengatakan tindakan yang aku lakukan bukan salah kerana itu permintaan mereka juga..masa bercinta suami memang pernah mengatakan berkali-kali yang apabila berkahwin nanti, dia mahukan seorang isteri yang duduk di rumah, jaga makan pakai dia semua..dan suami tanya aku, boleh ke begitu, aku cakap, aku hanya ikut sahaja kalau itu yang dia mahu..suami penguat diri aku..akan membela aku dengan segala cakap-cakap orang malah kadang-kadang apabila dia menjawab bagi pihak aku, jawapannya membuatkan orang sekeliling terus terdiam..sepi..tiada lagi cakap-cakap mengarut mereka..ye, suami sangat tegas bila berkata-kata..jarang bersuara tapi bila bersuara berbekas di hati..

Cerita dengan abah semua hal ini dan abah sangat-sangat memahami..ye la..abah juga seorang suami..malah abah lebih rasional dari mereka yang banyak cakap..abah cakap, redha suami penting, kalau dia izinkan kamu bekerja tapi tidak dengan sepenuh kerelaan, takut nanti terselit di hati dia ketidak redhaan dia..patuh la apa yang suami mahukan.. abah pesan..semoga beroleh pahala untuk kamu..Ya Allah..bersyukur kerana kurniakan aku ABAH yang sangat baik hatinya..:)

Terima kasih ABAH..sayang abah dunia akhirat..

Terima kasih abang..sayang abang dunia akhirat..insyaALLAH sampai syurga..:)

Tuesday, June 12, 2012

Kalau Dah Namanya Kak Long........

Assalamualaikum

Aku ni anak sulung, jadinya aku adalah kakak kepada 9 orang adik-adik aku. Bila menjadi kakak kepada 7 orang adik perempuan dan 2 orang adik lelaki, macam-macam la cerita dan halnya kan..dah aku jugalah yang selalunya menjadi tempat rujukan adik-adik aku ni..bukan itu sahaja, pendapat, nasihat, komen dan pengalaman pun nak kongsi dengan kakak deme yang seorang ni..nasib badan lah kan..harharhar..

Yang dijadikan cerita kali ini adalah mengenai adik-adik gegurl aku yang masih di bangku sekolah ni..ada 2 orang adik gegurl, seorang di tingkatan 4 dan seorang lagi di darjah 5..bila aku balik ke manjung atau deme sekeluarga ke rumah aku di Kuala selangor, memang antara topik hangat lagi sensasi adalah perihal deme di sekolah sama ada pasai cikgu deme, kawan deme, keje sekolah deme, pesen deme-deme dan macam-macam deme lagi..

Adik aku yang di tingkatan 4 tu selalu la bertanyakan pada aku, "cam ne pesen kak long dengan kawan-kawan kak long masa sekolah dulu?"..kadang-kadang dia meroyan sekejap bila berlaku sesuatu hal yang menyakitkan dan menjengkelkan hatinya yang berpunca daripada kawan-kawan sekolahnya..seperti "Ish, ila menyampah la dengan sorang kawan ila ni..gedik gile bila lalu depan lelaki..menyampah ila!! pastu bila laki-laki tu sweet je kat die, mula la ngada-ngada konon marah kat dieorg..eiii..gedik la!!..kak long de kawan cam tu masa sekolah?" atau pun.."kak long, ila tak kawan dah dengan si polan tu sebab ila sound tepek je kat dia, ila xsuka perangai control cun die..benci ila..kak long dulu kalo benci ngan kawan kak long, kak long wat apa?"..dan macam-macam lagi..kadang-kadang aku pun ikut sama meroyan bila bercerita perihal zaman sekolah aku dulu..hoho..adik-adik yang lain bantai gelak la bila aksi lakonan semula dilakukan..jap lagi roboh la atap rumah tu sebab gelak masing-masing yang macam pontianak dapat darah kan!!

Adik aku yang sorang ni memang ketagih story mory aku ketika sekolah..dah dia akan kaitkan dengan kisah dia pula..lama kot aku dah tinggalkan bangku sekolah kan..udoh 10 tahun kome!! boleh le celebrate kan..tapi kenangan tu memang la segar bugar..kadang-kadang macam tape pulak duk tayang depan mata ni ha kan time bercerita tu..adik aku suka bila aku bercerita..katanya kak long bercerita penuh gaya dan intonasi yang membuatkan kami seperti berada di sebelah kak long ketika kejadian berlaku..ha..tu dia..ayat baaaiikkk punye kan..!!

Ok, topik yang selalu diketengahkan antara kami adik beradik adalah style dan pesen remaja ke sekolah..kadang-kadang topik ni menjadi medan kutuk mengutuk sesama kami..huahuahua..dapat gelakkan orang memang sedap kannnn..si ila mengadu, budak pompuan kat sekolah dia ramai yang suka pakai make up ke sekolah..pastu sembur minyak wangi sebatu dah bau...haa..zaman aku dulu pun bersepah dah pesen ni..zaman aku minyak wangi avon adalah yang paling popular dan terbaik..dan termahal la konon masa tu..MASA TU YE.. macam-macam jenis la kome weh..yg aku selalu dengor deme pakai women of earth..uiisshhh..kalo yang pakai minyak wangi cap ni..yang lakinya akan mendapati inilah gadis melayu terakhir yang paling cun lagi ayu..kadang-kadang ada jugak yang terlajak pakai blusher ngan lipstik..aah.terlajak..syok sapu bedak calit la sikit blusher ngan lipstik kan..hohoho..bila kene tegur dengan cikgu dibantainye cikgu tu jeles la..kecoh la..macam-macam la kan..biasalah budak pompuan baru nak up kan..aku pun penah kene bantai ngan cikgu..tapi aku memang tak pakai lipstik..dah Allah kurniakan bibir merah nak sorok mana pulak kan..tapi kes tak panjang pun sebab alasan aku diterima sepenuhnya oleh cikgu tersebut..:)

Tu bab make up, minyak wangi bagai...adik aku komplen pula pasal pompuan-pompuan gedik ni..alahaiiii...aku cakap kat adik aku, zaman sekolah mana-mana sama je..nak-nak pulak zaman sekarang yang bermuka buku bagai..adik aku selalu la cerita de kawan pompuan die yang kapel bagai nak rak, upload pic bagai dalam mukabuku, then bila break off mukabuku dah jadi buku lima..ko ngata aku, aku ngata ko, ko block aku, aku block ko dan kawan-kawan ko..sekali 1 sekolah aku block..haaa..begitu lah ceritanya..tu belum yang suka mencari cheap publisiti kan..bahasa adik-adik aku..tangkap gambar mulut muncung bagai (cam beruk????), mata bulat (mata lalat tu!!), mulut kembung ala-ala ikan buntal, pastu dah upload pesan kat kawan-kawan..ehhh...korang, kita dah upload pic kita, komen eh..like pun tak pe..KENE PAKSA DOWH!! kalo tak buat seperti disuruh, ko bukan GENG KITA!! hangguk kome la..adik aku paling la tensen pesen kawan die cam ni..sampaikan skang ni dia de sorang je kawan yang ke hulu hilir bersama sejati sehati sejiwa sebilik air..sebabnya yang ni jeis hati kering ngan laki..sebijik la macam adik aku tu..aku tanya adik aku, kawan kamu tu lawa ke? Boleh la kak long, comel-comel orangnya..Oh...pandai tak kawna kamu tu?? Huh!!! Pandai apa kak long, markah nak merah je..ila lagi pandai dari dia..suka tiru kerja sekolah orang..haa...tu dia..aku pesan kat adik aku..zaman aku pun begitu...Budak-budak sekolah yang gedik tak kene tempat ni KEBANYAKANNYA dari kelas-kelas yang corot dalam tingkatan..hahaha..kejam kan aku..tapi memang betul pun..budak pompuan yang bijak pandai ada jugak yang gedik tapi gedik dieorang lain sikit dari yang kurang pandai ni..so aku pesan kat adik aku, jauhkan orang sebegitu kerana bila kita berkawan atau bergeng dengan mereka, kita juga akan dilabel GEDIK seperti mereka sebab GENG weh..!! Zaman ku sekolah dulu cam tu la..yang gedik tak ingat dunia tu kan, pastu deme pulak yang sweet budak laki, gelak mengilai bagai macam nenek polong, naik tangga sekolah sambil menghentak kaki nak bagi tahu geng deme tengah naik tangga ni..hoho..tapi belajar ke laut..sebab apa..muka mereka ni la yang selalu wat cikgu nyampah, cikgu membebel, kadang-kadang sampai majuk cikgu tak nak masuk kelas kan, bila bagi denda muka berdendam dengan cikgu, selalu tak siap kerja sekolah, muka tak bawak dan terlupa bawak buku teks dan sebagainya...aku tanya adik aku semua ni...dan dia kata betul lah kak long...see..sama je.:)

Ok, aku memang seorang kakak yang snagat concern dengan sapa adik aku kawan sebabnya abah aku dulu pun macam tu jugak, sangat memerhati sapa kawan aku dan adik-adik aku time kami sekolah dulu, Ada kawan-kawan adik aku yang datang umah, nak study la, de keje grouping la, setakat ini memang aku puas hati sebab bersopan santun je budaknya dan sangat-sangat menghormati orang yang dalam rumah tu kan..ok la tu..aku pesan kat adik aku cari kawan yang baik sebab sapa kawan kita mencerminkan siapa diri kita..ye..luaran tak melambangkan dalaman, tapi sangat penting untuk pilih yang baik juga sebab remaja seperti adik aku mudah terpengaruh dan dipengaruhi oleh keadaan sekeliling sama ada secara sedar atau tak sedar..

Ok..setakat ni je la dulu pesanan seorang kak long ye..nanti la kita berpesan-pesan lagi ye..:)

Sunday, June 3, 2012

Lama Tak Melepek Bersama

Assalamualaikum

Minggu ni kami anak beranak balik ke Puchong. Bila dah balik puchong, udin memang akan dilayan, didukung, ditimang oleh atuk dan tok wannya..bila lapar je baru la cari mama..then dah kenyang tok wan akan cari udin semula dan sambung balik main..begitulah sampai kami nak balik ke kuala selangor semula..

Nak dijadikan cerita..lepas maghrib tadi, tok wan udin terus datang bilik bawak udin turun ke ruang tamu..tinggallah aku dan suami dalam bilik tu..suami duk melayan cerita jangan pandang-pandang lakonan si zizan tu kat youtube..aku pun tumpang sebantal dengan suami..menempek la berdua melayan cerita tu...lupe terus la kat anak..haha!!

Suami cakap lama tak layan movie berdua cam ni, menempek cam ni..sejak ada udin la kan, sebabnya kadang-kadang batasan waktu, kekangan kerja dan tugas masing-masing dan sebagainya. So bila dapat berdua ni, mula gedik nak mengimbau kenangan bagai kan...aduhainyapunnn...

Dalam separuh cerita, tetibe suami tanya "eh, mana anak kita?? apa cerita anak kite??!!"..Baru ingat anak kan..suami bangun dengan pantasnya sampai terbenam sebelah tilam nak menampung aksi pantas lagi spontan beliau, tersenget kejap aku atas katil tu (nampak sangat orangnya beso!!)..lebar langkah mencari kelibat udin kat bawah kan..naik atas balik.."udin tengah main atas mat die" tu dia laporan terkini dari abah udin..tersengeh-sengeh terus sambung balik movie yang tinggal separuh tu..hoho

Kadang-kadang bila dapat lakukan aktiviti yang selalu dilakukan dulu tapi tak dapat nak lakukan pada masa sekarang, memang akan membuatkan kita rasa kehilangan dan kerinduan dengan saat itu..sampaikan bila tengah syok layan aktiviti tu, boleh pula melayang kejap pada kenangan-kenangan lalu..yang tercipta melalui aktiviti tersebut..syahdu kot!! Tapi sangat seronok! :-)

Saturday, June 2, 2012

Keterujaan Seorang Bapa

Assalamualaikum

Babababbaaaah...Babahhhbababahh..riuh sangat mulut udin berbunyi babah dia. Dan setiap kali berbunyi mata akan memandang abah kat sebelah. Abah memang teruja gila la bila udin sebut abah kan..konon udin panggil abah kan..anggap je la begitu ye..abah rajin sangat melayan udin..digomol-gomol, dicium-cium, digigit-gigit..bila tengok abah buat macam tu kat udin, mesti terdetik satu perasaan halus yang sangat menenangkan hati mama..seronok sangat rasa..terserlah ciri-ciri kebapaan di situ..:)

Kami bercinta memang lama..orang kata tempoh kami bercinta tu kalau orang dah kawin, mau tengah nunggu anak no. 3 kot!! Tapi sepanjang bercinta tu, memang aku tak pernah langsung nampak suami bermesra, bergurau, mengagah budak apatah lagi..nak dukung jauh la sekali. Pernah sekali, masa tu tahun kedua percintaan kami, Mak Cu, mak sedara suami yang bongsu baru lepas beranak kecik..Adam namanya. Masa kami datang ziarah tu, usia Adam 6, 7 bulan cam tu, mak cu suruh suami pegang, suami pegang dalam keadaan Adam berdiri, tapi keras tercegat la budak tu atas pehanya sampai ke sudah..dah la budak tu membelakangkan suami, suami wat nohin je kat Adam, ngagah tidak, sengih pun tidak..aunn cakk lagi la kan..macam tak de perasaan je orang tua tu memegang, serupe megang anak patung je gayanye..bantai gelak aku nengoknye..cam ne nak jadi bapak budak ni..

Kalau pergi pasar raya, selisih ke troli dengan akak-akak yang bawak baby mesti aku beria tersengih-sengih, cuit pipi, cuit tangan montok comel tu, siap mengagah bagai..tapi suami keras kejung je nengok gelagat aku..kalo dah boring tengok aku lama beno layan ke budak tu, dia panggil cepat-cepat sebab nak ke tempat lain..bila aku cakap "tengok la baby ni, comel giler!!"..tak de reaksi pun dari suami aku, abis koman pun die renung je budak tu...dan BIASANYA budak yang direnung oleh suami aku akan MENANGIS...ye..menangis ye..macam tengok apa je bebudak ni menangis..ate..muka serius bebeno..cam ne la tak seriau bebudak tu kan..

Tu belum kalau ada kanak-kanak yang aktif bagai kat pasar raya..berlari ke sana ke mari, main nyorok-nyorok celah baju la, menjerit bagai nak mainan, main lari-lari pastu nyaris nak langgar suami..kalau pakcik ni jumpa, memang kene jegil biji mata la jawabnya..kadang-kadang si pakcik ni akan berkata "Haaiipp!!"..sebab mengganggu dia katanya..alahaiii..memang aku selalu terbayang macam mana la rupanya suami aku jadi bapa orang..tak de langsung ciri-ciri kebapaan dan kelembutan seorang bapa..

Aku ingat lagi, aku pernah berborak dengan mak mertua aku pasal ni..aku pernah tanya mama suami memang kurang ke dengan kanak-kanak..tapi mama kata tak jugak, sebab masa adik-adik dia kecik, semua dia yang jaga sampaikan tak bagi mama cari maid untuk jagakan adik-adik sebab dia boleh jaga..mama kata suami rajin dukung adik-adik masa dieorang kecik kalau pegi mana-mana..tolak stoller dalam pasar raya..main dengan adik-adik..mama kata mungkin anak orang dia kurang nak tunjuk kot tapi kalau adik atau anak sendiri akan nampak sikap itu..ok..aku mulai paham..tapi yang pastinya, mama kata suami memang agak kurang pandai melayan kanak-kanak seperti kebanyakkan lelaki lain..

Sekarang ni, bila dah ada anak sendiri, memang nampak sangat lain perwatakan suami. Mama pun cakap macam tu. Kalau balik ke puchong rumah mertua, suami yang akan memantau udin masa tengah main sebab takut udin mengutip yang bukan-bukan, takut atok udin terlepas pandang udin, takut udin jatuh masa tengah dukung..macam-macam la..kalau atok udin pegang macam tak berapa kemas, suami akan cepat ingatkan atok udin..hihi..risau memanjang abah udin..

Kalau berjalan mana-mana. suami selalu dukung udin sebab mama dah tak larat..haha..makin hantap!! Bila selisih dengan orang yang lalu lalang, kalau ada yang mencuit, mengagah, menegur udin, abah akan buat tak layan, pegang udin kemas-kemas dan cepat-cepat bawak udin ke tempat lain..bila aku tanya kenapa? Suami cakap, takut la orang yang bukan-bukan cuit-cuit udin, mana tahu orang jahat ke..cuit-cuit ditariknye udin..ishh..tak nak la!!..Kerisauan seorang abah..:)

Suami tak kesah orang lain nak agah udin, tapi suami agak kurang senang kalau orang nak pegang, cuit apatah dukung udin..suami selalu tak bagi dan cepat-cepat pergi dari situ..suami cakap, orang lain pegang tak sama macam kita, famili atau sedara mara kita pegang..betul juga cakap suami..dan aku selalu diingatkan suami supaya jangan cepat sangat nak berlembut kalau orang tak kenal nak dukung-dukung udin..huhu..ok bos!!

Udin sekarang tengah nak pandai merangkak..bentuk merangkak tu dah ada, cuma belum bergerak ke depan lagi..mak cakap, budak ni kalau masih belum dapat sesuatu, tidur dia akan terganggu dan tak lena tidur sebab dia akan cuba sampai dia dapat..macam nak meniarap dulu, boleh pula berjaga 2 pagi, bantai meniarap sorang-sorang..yang melayan udin.adalah abah..mama dah tak larat nak bukak mata..bila betul-betul udin dah ngantuk, baru abah kejut mama untuk susukan udin terus tidur..nak merangkak ni pun sama..malam tadi dia bantai berjaga pukul 1 sampai la 2 pagi..kejenye merangkak, jatuh, merangkak balik, jatuh, bergolek ke mama, bergolek ke abah, merangkak balik..sampai la mengantuk..yang melayan udin...juga abah..sebab udin sebut babababababaahhh..hahaha..haruslah abah yang bangun sebab udin panggil abah..

Dulu, masa udin selalu sebut mamamamamma, abah akan cakap "ala...napa udin sebut mama je..tak nak sebut abah pun..:(" Skang bukan main suka bila udin sebut bababah die..duk ulang la mende tu selagi tak letih..Teringat 1 ceramah, Ustaz tu cakap, baby akan mula sebut sesuatu mengikut abjad jawi, mula dengan alif bunyinye aaaa..kemudian ba..ta..dan seterusnya..dan perkataan pertama baby adalah ibunya kerana perasaan kasih dan sayang yang rapat dengan ibu dari dalam alam rahim lagi, kemudian ayahnya...dan barulah baby akan belajar perkataan-perkataan baru yang lain..mungkin udin sedang melalui fasa itu..waallah hu 'alam bis sawwab..:)

Udin makin cerdik..pandang abah untuk main..dan mama adalah susu..lepas nenen je, terus tersengih-sengih pandang abah, mengekek-ngekek suka..sondol-sondol abah, ajak main..suka parking celah ketiak abah..abah memang melayan la udin kan..seronok sangat 2 beranak ni..time ni memang mama larikan diri sebab nak setelkan keje rumah yang tertangguh kan..:) kalau dan setel pun dapatlah mama melepek kejap sebab udin memang tak layan mama pun..bila dan lapar..abah panggil, tarik-tarik kaki pun dia bantai jerit konon marah la..sampai merah-merah muka, telinga semua kan..sebab abah ganggu perjalanan udin nak pergi kat mama..haha

Sape-sape yang tengok keletah 2 beranak ni, mesti akan cakap, sayangnya abah dia kat anak..manjanya abah ngan anak..sukanya anak main ngan abah..dan macam-macam lagi..aku lagi la suka sebab dah nampak diri suami yang sebenar..mama pun cakap cam tu..mama kata tak berenti is ni mengulit udin..betul la mak cakap, orang lelaki ni bila dah ada anak, dia akan berubah ke arah yang isterinya sendiri pun tak sangka suaminya begitu..dan ianya seiring dengan rasa kasih sayang dan tanggungjawab pada anak dan isteri..perasaan yang tak sama masa bercinta..:)

Suami pernah cakap "Nanti bila udin dah besar, mesti abah rindu masa udin kecik.." Tersentuh pula hati aku ni...alahaiiii..

Friday, June 1, 2012

My Lill Prince Sudah 6 Bulan woooo..

Assalamualaikum

Puuhh..puuhh..puuhh..bersawang dah blog mama udin ni weh..menaipnye bagai nak rak, pastu terperuk la dalam draft tu kan menunggu giliran nak dipostkan kononnya..sudahnya ke laut la jawabnya..Skang mama udin bukan nak cerita pasal angka giliran ke, laut bergelora ke apa kan..cuma nak kasi tahu udin skang sudah genap 6 bulan..ye..6 bulan!!

Rasa macam sekejap je masa tu berjalan..bila tersentuh tempat jahitan di perut, terus akan pandang muka udin..yang pantang direnung mesti tersengih galak..otomatik lah teringat peristiwa melahirkan udin..segar je semua tu..:)

Syukur pada Allah setinggi-tingginya sebab masih dikurniakan rezeki untuk terus menyusukan udin dan sentiasa berdoa semoga rezeki ini berterusan sehingga udin berusia 2 tahun, seperti yang digalakkan dalam agama Islam. InsyaAllah..

Apa rekod kemajuan udin skang?? Soklan dah macam rasa pegi sekolah nak amik report card udin aiihhh..Si udin ni dah banyak akalnya..Antaranya, kalau mama duduk depan udin, dia akan main tak ingat dunia, macam mama tak de depan mata, tapi...bila mama bangun je pegi dapur nak masak kan, sepantas kilat die memusing badan dan mengejar mama..konon dapat kejar la..terngesot-ngesot dah rupenye..laju pulak tu..disertai dengan menangis mengada-ngada..minta simpati sebab ditinggalkan sendirian..padahal dari dapur tu bukan jauh pun dengan ruang tamu..ajenye ngade!! So, bila nak masak, kene la time udin tidur selepas mandi pagi..sepantas mungkin sebelum udin bangun ajak berkepit..suka sangat!!

Style udin masa kini....baring mengiring dengan kaki sebelah terjungkit..????..cam ne tu ghupenye?? mai nak tunjuk skit...


Nak pinjam enset udin?? Nah!!




Udoh rupa pelakon hindustan nak oii..

Dalam tempoh nak ke 6 bulan, udin dah pandai angkat badan macam merangkak, cuma tercegat je la kat situ, tak bergerak-gerak..sudahnya landai balik badannya ke bawah..kalau bergerak pun bergoyang-goyang la badan tu ke depan ke belakang sampai ke sudah!! Tak pa udin, tak lama lagi abis satu rumah kamu round ye..basah la ketiak mama nak ngejor!!

Makin ligat ni, makin la susah mama nak tinggal kejap untuk buat hal lain..mama nak mandi pun kene tunggu udin tidur atau pun ralit bermain. Sebabnya kalau letak atas tilam takut jatuh pulak, tilamnya tinggi nauzubillah..kang terjerombam pulak muka tu atas lantai, udoh kurang sikit hensemnya..kalau dulu, mama sendal dengan bantal memang confirm tak lepas la udin nak merayap kan, mama pun boleh la nak nyetel sikit2 keje umah kan. Dah meraung dengan penuh sadis baru mama datang kat udin kan, pujuk2 kasi sejuk hati..haha..mama udin agak kejam sikit ye..kalau tak memang tak siap la keje-keje tu..tapi sekarang tidak lagi..sudah boleh panjat bantal!!! Tensen mak

Konon sendal 2 bantal


Cubaan pertama - Bila kepala lebih tinggi dari bantal

ok..usaha hampir membuahkan hasil..
Sudahnya tersengih-sengih pandang mama yang baru ingat nak amik tuala terus tak jadi sebab hanya beberapa minit sahaja sudah tercongok cantik mengiring kan..cancel lagi planning mama..:(

Aktiviti paling digemari udin

Menyelit kat celah ketiak mama sambil menghisap ibu jari

suke sangat!!

Mulut juga semakin bising. Tambah - tambah pula sambil letak tangan kat mulut sambil berbunyi, ntah apa yang dicakapkan hanya udin sahaja yang tahu..sangat lah suka menjerit..sampai abah udin kata kalo balik umah tengah hari atau petang, naik je tangga mesti dengar suara udin menjerit..galak sangat!!

Kadang-kadang terlampau aktif sampaikan letih abah dan mama melayan aksi ligat udin..tapi udin tak suka bila abah peluk udin kuat-kuat, tekap udin kat badan abah sebab abah geram udin tak reti duk diam..punya la mengamuk nak lepaskan diri sampai merah abis muka, telinga bagai kan..tapi bila ngan mama..terkebil-kebil mata tu kan..hihi..mama syuke!! Nak main lasak-lasak, pegi kat abah ye..nak gentel-gentel, manja-manja...come..datang kat mama..hihi..

Ok, last but not least..:)

Tabiat dari lahir..:)

Orang tua kata budak baik...InsyaAllah ye sayang..:)

Nite all!!