About Me

My photo
Seorang anak sulung kepada pasangan Mohd Yusof Pandak Abdul Rahman dan Hasnah Yusuf. Seorang kakak kepada 9 orang adik-adiknya. Seorang isteri kepada Nasrul Faiz Firdaus. Seorang ibu kepada seorang anak lelaki, Muhammad Alauddin. Seorang suri rumah sepenuh masa dan sepenuh tenaga ('',). Seorang businesswomen kecil-kecilan aje untuk mengisi masa yang terluang. Seorang yang simple dan mudah didekati. Terima kasih sudi menjengah blog saya yang tiada apa ini..
Powered by Blogger.

Wednesday, June 13, 2012

Biarkan Mereka Bercakap

Assalamualaikum

Orang zaman sekarang memang suka bercakap..mende yang tiada kene mengena dengan mereka pun mereka akan bercakap juga..ye la..mulut masing-masing kan, nak buat macam mana ye dakk..antara yang mereka suka bercakap adalah...

"Aisyah tak kerja ke? Nape tak kerja? Ala, anak tu anta je kat nursery..tak pun minta tolong mak kamu jagakan.."

"Tak keje ye? Keje la..kesian mak ayah kamu.."

"So, sekarang duk umah je la ye...senang la macam tu.."

"Yang ni bukan belajar sekali dengan faiz ke kat u dulu..tak keje ye sekarang??"

"Tak keje?? Tak kesian ke kat suami ko weh cari duit sorang-sorang??"

Dan pelbagai bentuk percakapan lagi..Biasanya aku hanya tersenyum kerana sudah lali dan memang bersedia bila bertemu dengan mereka-mereka yang suka bercakap ni..tak pe la..selagi kome bole bercakap kan..teman redho kan je la..

Jawapan aku bila diajukan soalan dan ayat hairan seperti itu adalah..
"Suami suka saya duk rumah, semua terjaga"
"Tak pe la..ada anak kecik, tunggu la besar dulu.."

Tapi syukur Alhamdulillah, bila aku sentiasa dikelilingi oleh 2 HERO yang sangat-sangat GAGAH, PERKASA dan sentiasa MELINDUNGI aku dalam apa juga situasi dan keadaan...

ABAH
"Biarlah dia tak bekerja, dia jalankan tanggungjawab pada suami dan anak-anak, pahala yang paling besar bagi seorang wanita bergelar isteri"
"Bagus juga dia tak bekerja, dia jaga anak dia dengan tangan dia sendiri.."
"Suami dan anak lebih penting dari desakan hati dan perasaan sendiri..yang penting suami redha dan restu.."

SUAMI
"Wat apa nak anta anak suruh mak bapak jaga, jaga sendiri la..mak ayah dah tua nak berehat la..ada pulak jaga cucu.."
"Dah, jangan ambil pusing, abang masih mampu menanggung keluarga abang, insyaALLAH sampai ke akhir hayat"
"Rezeki bukan kat tangan mereka..kalau Allah bagi yang itu, terima seadanya dan belajar bersyukur..tak mustahil Allah bagi lebih banyak dari yang kita sangka"

Ye, aku sangat bersyukur kerana hero-hero aku sentiasa menceriakan dan mendamaikan gundah gulana di dalam hati aku apabila berdepan dengan situasi sukar dan sesak itu..Malah mereka sentiasa memahami gelojak jiwa aku dan mengatakan tindakan yang aku lakukan bukan salah kerana itu permintaan mereka juga..masa bercinta suami memang pernah mengatakan berkali-kali yang apabila berkahwin nanti, dia mahukan seorang isteri yang duduk di rumah, jaga makan pakai dia semua..dan suami tanya aku, boleh ke begitu, aku cakap, aku hanya ikut sahaja kalau itu yang dia mahu..suami penguat diri aku..akan membela aku dengan segala cakap-cakap orang malah kadang-kadang apabila dia menjawab bagi pihak aku, jawapannya membuatkan orang sekeliling terus terdiam..sepi..tiada lagi cakap-cakap mengarut mereka..ye, suami sangat tegas bila berkata-kata..jarang bersuara tapi bila bersuara berbekas di hati..

Cerita dengan abah semua hal ini dan abah sangat-sangat memahami..ye la..abah juga seorang suami..malah abah lebih rasional dari mereka yang banyak cakap..abah cakap, redha suami penting, kalau dia izinkan kamu bekerja tapi tidak dengan sepenuh kerelaan, takut nanti terselit di hati dia ketidak redhaan dia..patuh la apa yang suami mahukan.. abah pesan..semoga beroleh pahala untuk kamu..Ya Allah..bersyukur kerana kurniakan aku ABAH yang sangat baik hatinya..:)

Terima kasih ABAH..sayang abah dunia akhirat..

Terima kasih abang..sayang abang dunia akhirat..insyaALLAH sampai syurga..:)

No comments:

Post a Comment