About Me

My photo
Seorang anak sulung kepada pasangan Mohd Yusof Pandak Abdul Rahman dan Hasnah Yusuf. Seorang kakak kepada 9 orang adik-adiknya. Seorang isteri kepada Nasrul Faiz Firdaus. Seorang ibu kepada seorang anak lelaki, Muhammad Alauddin. Seorang suri rumah sepenuh masa dan sepenuh tenaga ('',). Seorang businesswomen kecil-kecilan aje untuk mengisi masa yang terluang. Seorang yang simple dan mudah didekati. Terima kasih sudi menjengah blog saya yang tiada apa ini..
Powered by Blogger.

Sunday, June 3, 2012

Lama Tak Melepek Bersama

Assalamualaikum

Minggu ni kami anak beranak balik ke Puchong. Bila dah balik puchong, udin memang akan dilayan, didukung, ditimang oleh atuk dan tok wannya..bila lapar je baru la cari mama..then dah kenyang tok wan akan cari udin semula dan sambung balik main..begitulah sampai kami nak balik ke kuala selangor semula..

Nak dijadikan cerita..lepas maghrib tadi, tok wan udin terus datang bilik bawak udin turun ke ruang tamu..tinggallah aku dan suami dalam bilik tu..suami duk melayan cerita jangan pandang-pandang lakonan si zizan tu kat youtube..aku pun tumpang sebantal dengan suami..menempek la berdua melayan cerita tu...lupe terus la kat anak..haha!!

Suami cakap lama tak layan movie berdua cam ni, menempek cam ni..sejak ada udin la kan, sebabnya kadang-kadang batasan waktu, kekangan kerja dan tugas masing-masing dan sebagainya. So bila dapat berdua ni, mula gedik nak mengimbau kenangan bagai kan...aduhainyapunnn...

Dalam separuh cerita, tetibe suami tanya "eh, mana anak kita?? apa cerita anak kite??!!"..Baru ingat anak kan..suami bangun dengan pantasnya sampai terbenam sebelah tilam nak menampung aksi pantas lagi spontan beliau, tersenget kejap aku atas katil tu (nampak sangat orangnya beso!!)..lebar langkah mencari kelibat udin kat bawah kan..naik atas balik.."udin tengah main atas mat die" tu dia laporan terkini dari abah udin..tersengeh-sengeh terus sambung balik movie yang tinggal separuh tu..hoho

Kadang-kadang bila dapat lakukan aktiviti yang selalu dilakukan dulu tapi tak dapat nak lakukan pada masa sekarang, memang akan membuatkan kita rasa kehilangan dan kerinduan dengan saat itu..sampaikan bila tengah syok layan aktiviti tu, boleh pula melayang kejap pada kenangan-kenangan lalu..yang tercipta melalui aktiviti tersebut..syahdu kot!! Tapi sangat seronok! :-)

No comments:

Post a Comment