About Me

My photo
Seorang anak sulung kepada pasangan Mohd Yusof Pandak Abdul Rahman dan Hasnah Yusuf. Seorang kakak kepada 9 orang adik-adiknya. Seorang isteri kepada Nasrul Faiz Firdaus. Seorang ibu kepada seorang anak lelaki, Muhammad Alauddin. Seorang suri rumah sepenuh masa dan sepenuh tenaga ('',). Seorang businesswomen kecil-kecilan aje untuk mengisi masa yang terluang. Seorang yang simple dan mudah didekati. Terima kasih sudi menjengah blog saya yang tiada apa ini..
Powered by Blogger.

Friday, June 22, 2012

Perkongsian Ilmu

Assalamualaikum

Semalam suami bawa kami (aku dan udin) ke ceramah Isra' Mikraj di Masjid Tanjung Karang. Ustaz yang bagi ceramah malam tu seorang ustaz yang memang feveret aku, selalu dijemput sebagai panel dalam rancangan WHI bab hal rumahtangga dan keagamaan, Ustaz Haslin, asal orang kedah kawin dengan orang jawa, tanjung karang 

Intipati ceramah ustaz Haslin lain sikit dari ceramah Isra' Mikraj yang selalu aku dengar. Kandungan ceramah banyak menyentuh pasal isu kekeluargaan dan kemasyarakatan yang dikaitkan dengan hikmah peristiwa agung tersebut.  Antaranya bagaimana menjadikan anak jinak dengan ayat-ayat Al-Quran dan memiliki hati yang bersih sebab Rasulullah semasa kanak-kanak telah disucikan hatinya oleh Malaikat Jibrail untuk mengelakkan baginda melakukan perbuatan yanh keji dan maksiat. Ustaz Haslin pesan supaya sentiasa menasyidkan, menzikirkan anak-anak seusia bayi dengan nama-nama Allah dan Rasul, supaya telinga anak-anak kita biasa dan mesra dengan ayat-ayat zikrullah..buatlah nada macam mana pun janji sebutannya mengenai Allah dan Rasul..Ustaz Haslin ni mempunyai kelebihan iaitu suaranya yang sedap ketika mengalunkan bacaan ayat Al-Quran..memang kusyuk la kalau dengar dia mengaji kan..

Intipati ceramah itu lagi menyentuh pasal konsep manusia..ada 3 konsep manusia iaitu Hamba, Khalifah dan Dakwah. Bila kita sedar kita adalah manusia, kita adalah seorang hamba yang perlu patuh dan taat pada ketua iaitu Pencipta manusia,, Allah. Bila kota sedar kita adalah hamba, kita akan mainkan peranan sebagai seorang khalifah iaitu yang bekerja untuk hidup, melaksanakan tanggungjawab sesama hamba dan berusaha ke arah kebaikan. Bila kita sedar kita adalah khalifah, kita perlu sebar dakwah islam, bukan peranan alim ulama, ustaz ustazah atau imam masjid, tapi peranan seorang hamba dan khalifah. Tak lengkap seorang manusia jika seorang hamba tapi bukan khalifah atau seorang khalifah tapi tidak berdakwah atau berdakwah tapi bukan seorang hamba atau khalifah..mendalam maksud yang ustaz Haslim sampaikan tu sebenarnya..

Dan yang paling aku ingat dan aku pegang pesanan dan kata-kata Ustaz Haslin adalah kalau kita sentiasa bersyukur dan mengingati Allah, mengamalkan konsep manusia dengan betul, InsyaAllah, berapa pun gaji yang kita perolehi, yang Allah kurniakan akan cukup untuk kita sampai akhir hayat..sebab apa Ustaz Haslin cakap macam tu? Sebab manusia sekarang terlalu berusaha untuk memperolehi sesuatu tak kira berapa nilainya dan sentiasa malah sanggup melipatgandakan usaha untuk menggapai impian dan keinginan tersebut walaupun ianya tiada nilai apapun di sisi Allah S.W.T. Terpana sekejap dengan kata-kata ustaz tu..ustaz huraikan sikit, antara yang dikejar, kemewahan hidup, pangkat, harta, nama, keperluan dan tuntutan nafsu yang tiada sudah dan banyak lagi la...bila direnung kembali ada betulnya cakap Ustaz Haslin..kene banyak muhasabah diri selepas ini..

Ceramah abis dalam pukul 9.45 mlm cam tu, pastu solat isya' berjemaah, terus la kami pulang ke rumah dengan bekalan nasi beriani sorang sebungkus hasil masakan orang masjid kampung situ..Alhamdulillah....

2 comments: