About Me

My photo
Seorang anak sulung kepada pasangan Mohd Yusof Pandak Abdul Rahman dan Hasnah Yusuf. Seorang kakak kepada 9 orang adik-adiknya. Seorang isteri kepada Nasrul Faiz Firdaus. Seorang ibu kepada seorang anak lelaki, Muhammad Alauddin. Seorang suri rumah sepenuh masa dan sepenuh tenaga ('',). Seorang businesswomen kecil-kecilan aje untuk mengisi masa yang terluang. Seorang yang simple dan mudah didekati. Terima kasih sudi menjengah blog saya yang tiada apa ini..
Powered by Blogger.

Tuesday, July 31, 2012

Kuih Muih Popular Time Ramadhan

Assalamualaikum


Hari ni dah 11 hari kita berpuasa ye. Harap semua amal ibadat kita diterima oleh Allah S.W.T. hendaknya..Bulan pose ni kalau tak bercerita pasal makanan memang la tak sah ye kome. Walaupun tengah nyembang tu air liur nyaris nak terkeluar, tapi tetap nak nyembang pasal makanan kan..kamu la tu esah oiii!!
Teman ni jarang la ke Bazar Ramadhan sebabnya masa hari pertama teman ke bazar kat pasar basah Manjung tu, teman peratikan rata-rata jual makanan yang lebih kurang sama antara satu sama lain. Lepaih tu, ada juga makanan yang dijual yang memang selalu beno teman makan time pasar malam kat tempat teman. Jenis teman ni, time bulan pose , teman suka mencari sesuatu yang lain atau pun yang time bulan pose je kita boleh jumpa makanan tu, tak kira la kuih muih ke, ayor minum ke, hatta lauk pauk. Masa kat bazar Manjung tu, teman tengok biasa-biasa je la..cumanya yang menarik perhatian teman jus buah segar sorang abang ni jual. Brader ni memang teman kenal lama dah sebab dia meniaga time bulan pose je..memang adik-adik teman serbu gerai abang ni je sebab jusnye sedap-sedap dan semua buah boleh dibuat jus oleh deme ni.
Adik-adik teman ni punye lah ramai, jadi masing-masing akan beli jus pilihan sendiri sebagai minuman utama ketika berbuka pose nanti. Kat rumah ada air buat juga, cam air teh o, yang tu air wajib keluarga teman dari teman lahir sebabnya memang orang perak ni air teh o tu paling sedap la kiranya. Yang lain air beli-beli ni la..disebabkan keluarga teman keluarga yang beso dan orang-orangnya pun beso-beso belaka, maka abah teman akan buka 1 meja liat khas untuk jag air yang berderet-deret tu. Memang setiap hari lebih dari 5 jenis air yang akan dihidangkan..belum termasuk yang sendirian berhad punye jus tu..tapi yang pastinya memang la habis lincin semua air tu sebabnya kami ni berniaga jadinya dahaga lebih terasa daripada lapar..tu sebab abah teman tak marah kalau anak-anaknya membeli makanan atau minuman janji semua mesti LINCIN sebelum bersahur esoknya..hahaha..kalau abah teman dapat tahu ada pembuangan, memang kamu jangan harap la lepas ni nak makan lagi..huh!! begitu sekali tegasnya abah teman terhadap pembuangan makanan di bulan puasa ni..:)
Lagi 1 makanan yang sedap dimakan time bulan puasa ni ayam golek..perghhh..memang terangkat la..nak-nak pulak makan ramai-ramai..kalau beli time bukan bulan pose, tengok pun teman tak rasa nak sangat la, teman lagi suka ayam goreng uncle bob..hohoho..ayam golek pulak jenis yang tak potong punya, lagi la nikmat, sama-sama sekeluarga sorang tarik peha, sorang tarik kepak, sorang lagi tarik peha 1 lagi sampa togel la ayam tu..tapi seronok makan ramai-ramai la kan, kalau makan laki bini berdua je kurang sikit nikmat sebab teman yang selalu abiskan..tensen teman!! (konon la tensen)

MEMANG TENSEN TEMAN NENGOKNYE!!

Kuih muih pun sama..time bulan pose ni kadang-kadang kita akan jumpa kuih yang hanya time bulan pose je orang jual, abis bulan pose memang payah beno la nak jumpa, kalau nak pun tunggu pose tahun depan pulok, itu pun berdoa la semoga Allah panjangkan umur kita sehingga Ramadhan akan datang..Tapi teman rasa bersyukur la sebab mak mertua teman ni pembuat tegar kuih muih tradisi kita. Memang la sedap rasa kuih-kuihnya sampaikan ada customer mak teman ni yang time pose mesti dia akan muncul beli kuih kegemaran deme. Jumpa sebulan setahun je la..mak mertua teman tahun ni berniaga bazar kat Putrajaya. Moh kita tengok antara kuih feveret teman dan pelanggan tetap mak mertua teman..moh!!




Pulut Serunding
Memang feveret teman ni, kalau sedap serunding kome buat, memang sedap la pulut serunding kome



Kuih Seri Muka
Mak mertua aku sekali buat kuih ni 5 loyang besar perisa pandan, 5 loyang yang coklat tu..paling laris di pasaran ni. Teman kalau teringin nak makan kuih ni, memang teman tak beli kat orang lain sebab tak pernahnya sedap pun..mak mertua teman juga yang paling sedap..hoho





Kuih Badak Berendam
Kuih ni pun antara yang popular yang memang dicari ketika bulan Ramadhan ni. Tapi mak teman tak buat lah dalam daun pisang ni, mak bungkus dalam plastik aje 5 ketul RM2 :)

 


Kuih Kole Kacang
Lagi banyak tahi minyak atas kuih tu, lagi la sedap kan. Selalu kan pelanggan mama yang last sekali beli kuih ni mesti akan suruh sapu licin loyang tu sebab nakkan serdak tahi minyak tu...layankan je la, tak luak pun kan :)

 


Puding Tembikai
Masa teman sekolah rendah dulu, selalu la jumpa kuih ni kat bazar, biasanya orang kelantan yang jual dan semestinya lah manis sungguh rasanya..tapi dah bertahun dah teman tak jumpa kuih ni kat bazar-bazar teman pergi sekarang ni



Kuih Tepung Pelita
Orang perak panggil kuih limas (limaih). Kat kampung teman kat Manong tu memang ada sorang je opah ni buat sangatlah sedapnya..cukup lemak manisnya..orang lama buat kann mesti la sedap..sekarang ni nak jumpa yang sedap gitu-gitu pun payah ni kan pula nak cari yang sedap sungguh kan. Pada teman kuih tepung pelita ni teman rasa kuih feveret rakyat malaysia la sebabnya kalau kome perasan la kan, dalam tv tu, asal de orang tanya kuih kegemaran bulan pose apa dia, mesti ramai yang jawab tepung pelita ni haa..kan..kan..kan..



Kuih Cara Berlauk
Yang ni pun salah satu kuih kegemaran teman jugak..nak tahu 1 rahsia pasal kuih cara berlauk ni dak? mak mertua aku cakap, kalau nak tahu peniaga tu jenis kedekut ke tak, tengok kuih cara berlauk die, kalau intinye cenoet je atau pun jelas tak jelas je intinya tu, tandanya peniaga tu kedekut alam la, tapi kalau cara berlauknya penuh je inti keliling bulat tu kan, tandanya deme tu pemurah la..insyaAllah..:)

 


Kuih Bakar
Ni pula kuih kegemaran laki teman..kalau meround bazar tu, asal nampak je orang jual kuih bakar mesti teringin dan-dan tu jugak. Yang teman geram tu bukannya dia nak beli kat orang yang jual tu, dia nak teman jugak yang membakor kuih tu..maknanya dia nak kuih bakar air tangan teman lah kan..kalau die buat nak sangat makan tu, lagi 15 minit nak berbuka pun boleh disuruh juga buat kuih bakar dia..alahaiii..nasib la teman ni seorang yang kuat jugak sabo nye kan..layankan je la..selagi dia nak makan air tangan kita kan, kang dah jemu haru pulak jadinya. Tapi laki teman punya suka dengan kuih ni sampaikan sebiji kuih ni dia sorang hadapnya time bersahur, boleh kenyang pula tu..heran..heran..


 Udoh-udoh la senarai kuih feveret teman dan kome-kome yang seangkatan dengan teman. Ni lah antara kuih muih yang menarik selera teman time bulan pose dan antara kuih yang laris di gerai mak mertua teman..siap ada yang request untuk next year puasa..sabo je la kome..tapi semua tu bergantung pada rezeki Allah Taala juga kan..:)

Monday, July 30, 2012

Cerita Anak Mama

Assalamualaikum

Sudah seminggu lebih kita berpuasa ye kawan-kawan. Diharapkan amalan ibadat kita semua diterima oleh Allah S.W.T hendaknya ye. Nak update pasal apa ye. Nak cerita hal Alauddin la. Rabu baru ni pegi klinik kesihatan untuk check up 8 bulan.  Udoh nak masuk 8 bulan dah anak teman ni, Cepatnya la masa tu berlalu ye. Bila teman tersentuh parut czer tu, rasa macam baru semalam je teman bertarung sehari setengah kat hospital nun nak bersalinkan Alauddin..

Alhamdulillah, Alauddin membesar dengan baik dan seorang anak yang senang untuk dijaga. Syukur kerana dikurniakan oleh Allah seorang anak yang sihat dan tidak banyak meragam. Ragam biasa budak kecik tu normal lah kan. Timbang berat Alauddin tak naik banyak seperti selalu, naik 500 gram je anak mama ni. Bulan lepas 7 kg, bulan ni 7.5 kg. Tapi tinggi Alauddin naik tinggi sikit daripada biasa, naik 6 cm. Nak meninggi rupenya anak mama ni tu yang berat tak naik sangat ye. Baka abah mama la ni kan. Teringat gurauan abah Udin masa Udin umur sebulan, "Udin kalau pendek abah tak tahu la anak sapa ye..sebab abah ngan mama tinggi"..haha..ganas gurau banggggg..udoh naik lembik teman bertarung nyawa katanya bukan anak teman pulak.. Abah Alauddin kata Udin nampak kecik sikit dari biasa. Alauddin memang nampak kecik tapi dia sangat padat. Bila orang dukung, orang akan tahu Alauddin memang semangat. Orang tua kata badan kemas.

Bila dah 8 bulan ni, makinlah cerdiknya ngalahkan mama dengan abahnya. Panjang pulak tu akalnya. Alauddin dah pandai berlagak dan suka menunjuk-nunjuk bila dapat buat sesuatu aksi yang pada mama merbahaya..bila abah baring depan Alauddin, dia akan merangkak dengan lajunya, then panjat perut abah, bila dapat berdiri dengan jayanya, terus lepas tangan dan terkepak-kepak la tangan tu tanda berjaya dan....tepuk semua!! konon lah kan..mama akan menjerit kengerian dan abah akan menjerit keterperanjatan...lagi kuat kami menjerit lgi galak la Alauddin menjerit kononnya kami keseronokan bersama-sama..ko memang cenggitu anakku!!

Alauddin sangat suka dengan semua barang-barang yang ada di sekelilingnya tak kira lah mende tu boleh dibuat main atau tak kan. Budak bukan tahu apa kan. So, mama memang dah menyusun atur semula ruang tamu untuk mengelakkan Alauddin mencapai barang-barang yang bahaya. Abis semua barang-barang yang mama rasa boleh memberi kemudaratan kepada Alauddin mama simpan dalam container khas. Lepas tu jenuh la mama dengan abah nak ingat balik mana lah menatang alah ni mama simpankan..itu la masalah selepas kejadian tersebut. Alauddin seorang yang cepat bosan. Mungkin diwarisi dari mama kot..haha..abah pun cakap macam tu. Bila bagi sesuatu mainan, adalah dalam 15 minit je dia ngadap, lepas tu dia akan buang sejauh mungkin. Bila mama @ abah kutip then bagi balik pada Alauddin, dia akan buang lagi dengan sekuat hati..bila bagi lagi dia akan buang juga dengan lebih kuat lag sebagai tanda protes kerana mama dan abah bagi jugak sambil mengeluarkan suara kerasnya ARRRGGGHHHH!! Suara Alauddin sangat lah kuat dan nyaring ye..bingit telinga mama dengar..haha..rasa nak tampo laju-laju pun ada..tampo-tampo manja la kome..

Alauddin juga mudah tertarik dengan muzik. Lagu yang paling menarik perhatian Alauddin lagu TV3 tu. Kan setiap kali nak mula cerita baru, mesti ada lagu tema TV3 tu kan. Haaa..lagu tu la..kalau tengah menangis, asal keluar je lagu tu boleh senyap terlopong mulut badan keras kejung sampai la lagu tu abis tengok muka mama sambung balik menangis tadi..Kalau tengah asyik menenen pun boleh berenti sejenak bersama lagu tv3 then sambung nenen balik.Jadinya abah mendapat idea dengan mendownload lagu tersebut di youtube dan letak di tab. Asal menangis je abah akan pasang lagu tu sampai la Alauddin lupa akan kesedihan dan kemarahannya sebentar tadi..memang letih la ko nak!!!

Alauddin juga pandai menari sekarang..jangan jeles ye kawan-kawan semua..kata Alauddin dengan bangganya..Bila dengar lagu yang rancak bajet catchy je, mesti kedua-dua tangan Alauddin akan terkepak-kepak sambil badan terhenjut-henjut mengikut irama lagu tu. Sambil tu tersengih-sengih la kan, diiringi dengan bunyi-bunyi dari mulut dia yang hanya orang dari planet Zuhal je paham sampai la lagu tu abis. Kalau mama dengan abah ada sekali Alauddin akan menjerit panggil Abaaahhhhhhhhhhh...maaaaammmaaaaa....selang seli la dengan lagu tu..memang gegak gempita rumah teman kejap..orang lain anak 2 3 tapi senyap sunyi je tapi teman ni anak sorang je baru tapi macam anak 5 kan. Redha kan je la..

Sejak Alauddin hampir nak ke usia 6 bulan, teman dah mula sikit-sikit menyuap makanan yang lembik dan halus dan Alauddin memang menerima semua yang disuap dengan begitu gembira sekali..siap nak lagi sambil merengek-rengek..bila dah genap 6 bulan teman pun cuba lah bagi makanan siap brand Heinz. Berbotol-botol teman borong kat Tesco nun buat stok untuk Alauddin. Rupanya Alauddin sangat lah sukakan makanan Heinz ni. Sebotol yang kecik tu hanya boleh sehari makan sebab separuh teman suap pagi separuh lagi teman suap petang. Perisa kegemaran Alauddin carrot dan keledek. Bila Alauddin dah 7 bulan teman buatkan dia bubur nasi yang betul-betul hancur sebab teman memang takut beno takut Aluddin tercekik walaupun bubur tu memang dah lembik pun. Mak teman ngajor masa bubur dah nak siap tu, lenyek nasi tu atas tapis nanti hancur semua elok la suap kat Alauddin sebab dah hancur kan. Semangkuk kecik tu memang habis la sekali makan. Aktiviti paling teman suka sekarang ni suap si Alauddin makan la sebab semua mende dia makan. Semangat je maknya hari-hari nak bagi anak makan kan...Phewwww

Pastu teman try pula biskut Heinz juga perisa coklat yang bentuknya panjang tu...sekali makan 3 keping kome!! Terperanjat kami laki bini, maklumlah mende manis sedap gitu ye nakk..memang ko suka la kan. Pastu beli pula biskut farley heinz yang bulat tu yang rendam dalam air tu kan, beli yang plain dengan oren..yang tu pun 3 keping sekali makan. Semalam teman shopping sungguh-sungguh barang Heinz ni, beli makanan botol yang besar perisa carrrot, keledek dan couscous, beli berry juice untuk campur dalam bubur atau makanan siap Heinz tu, beli biskut farley oren kotak besar, beli jugak biskut jejari heinz perisa coklat dan apple...memang teman buat stok la kiranya sebab kejap beno abisnya. Teman suka selang seli kan makanan Alauddin bagi dia rasa lain-lain setiap kali dia makan. Pagi dalam pukul 9 teman akan bagi dia makanan siap Heinz tu, teman letak la sikit juice kan bagi rasa manis sayup-sayup gitu. Tengah hari teman bagi bubur atau kentang kukus atau pun carrot kukus. Pukul 3 teman bagi la biskut pulak. Kang malam pukul 8 cam tu teman bagi biskut farley. Sekarang ni kan bulan puasa, time kami berbuka, Alauddin pun berbuka sama, teman letak dia dalam walker, bila dapat sesuap, laju je dia berlari entah ke mana, tak pun ralit dengor tv tu, teman suap makanan kat mulut teman, datang balik si puding ni, teman suap die, lari balik dia entah ke mana, teman pun makan, sampai la siap semuanya..begitulah hari-hari...melainkan Alauddin tidur time kami berbuka, dapat berdating dengan abahnya sampai kenyang masing-masing..huhu

Sekarang teman semakin sibuk la melayan kerenah budak sedang membesar dan nak belajar ni. Tidur siang pun dah sekejap je, tak macam dulu sebab hati tu nak main je kejenye kan..pastu nak nyiapkan kerja rumah lagi, memasak dan macam-macam lagi. Siapa kata surirumah duduk rileks tengok tv, boleh bangun pagi lambat, makan lepas tu tidur balik? Lain keluarga lain situasi ye. Lepas tu dah berbisnes ni, nak siapkan barang yang customer order, packing apa semua kan. Sampai lah baru ni teman saja naikkan kaki teman atas mesin timbang berat yang dah berbulan duk bawah penyidai tuala tu...umang aiiiii..turun 2 kilo udoh kome!! Girang tak terkata la teman kan sebab lama tak menimbang disebabkan tensen tiap kali naik timbang je, angkanya kat situ jekkk..Tu yang teman campak je menatang tu bawah penyidai tuala..suami teman balik terus teman kabo kan..seronok beno..petang tu berbuka la nasi beriani ayam, kepak ayam madu 2 ketul, ayam spicy uncle bob!! Memang dasar kan..ko memang rupe tu esah, baru turun 3 kilo udoh bantai makan macam ko pelanggan tetap slim world aje gayanye!!! (teran sore macam Sheila Rusly dalam cite Tain). Udoh ler tu, teman beransor la dulu ye..:)



Tuesday, July 24, 2012

Coretan Ikhlas Anak Peniaga

Assalamualaikum

Ramadhan ke-4, maknanya sudah 4 hari kita berpuasa..diharapkan amalan puasa, ibadat dan amalan seharian kita diterima dan diberkati oleh Allah S.W.T..amiin..

Bila tiba bulan Ramadhan ni kan, apa yang orang kita duk perkatakan selain dari amal ibadat yang kita sedia maklum??? Shopping baju raya rekaan yang lain dari yang lain? Kuih raya terbaru design terkini? Sapa yang kene tangkap pasai jual mercun secara terbuka kat bazar ramadhan?? Haaa?? Bazar Ramadhan!!! Yang ni la yang aku duk nak cerita ni..pasai Bazar Ramadhan. Apa kene mengena bazar Ramadhan dengan aku kan...haruslah ada kene mengena kan..mende ko esah!!

Kepada yang sedia maklum, teman ni sedari usia 12 tahun sudah didedahkan dengan dunia perniagaan yang berasaskan makanan iaitu mini murtabak atau nama glamernye samosa ye. Adik beradik abah teman, maknanya pakcik-pakcik teman la ye, semua berniaga mini murtabak ni kecuali yang sulung memilih guru sebagai kerjaya beliau selepas menamatkan pengajiannya di univeristi dulu. Sekarang udoh pencen Guru Beso. Yang lain-lain, dari Ayah Uda, terjebak pula ke Ayah Lang seterusnya diwarisi secara temurun kepada abah teman la. Resipi mini murtabak ni diperolehi oleh pelopori pertama iaitu Ayah Uda dari kawannya yang tinggal di Kuala Lumpur, selepas kawannya itu tidak mahu meneruskan perniagaan tersebut, sebabnya idok pule dikabokan kepada teman. Untuk mendapatkan resipi dan keseluruham cara membuatnya dari kulit hingga ke inti, memerlukan bayaran yang agak tinggi pada zaman Ayah Uda teman itu. Nilainya beribu juga tapi teman tak tahu berapa la ye. Bermula la episod perniagaan mini murtabak dalam keluarga Pandak Abdul Rahman.

Abah teman ketika masih berkhidmat sebagai anggota navy yang berpangkalan di Lumut, Perak sudah berjinak-jinak dengan dunia perniagaan ini.  Semasa teman masih berhingus lagi, abah teman pernah berniaga rojak sotong dengan mak teman di pasar malam. Dikeleknya teman dan adik teman, masa tu kami berdua je pun, dengan bear busuk di tangan, teman nengok je abah dan mak teman berniaga. Tak lama pun bisnes abah teman tu sebabnya navy ni kan kojenye belayar je manjang kan. Lagipun masa tu abah teman baru dapat resipi dari kawannya pastu teringin nak berniaga.

Beberapa tahun selepas tu abah dah tak de sesi belayar, dah dapat duk darat pula, abah berjinak-jinak balik dengan bisnes. Kali ni abah dapat resipi pulut udang dari kakaknya, Mak Yah yang memang pakar buat kuih tradisional orang melayu kita ni. Abah berniaga lepas mahgrib. Masa tu abah cuma ada motor saja. Abah kelek adik aku yang laki tu. Untungnya abah adik laki aku ni bukan jenis penakut dan mesra alam dengan semua orang. Abah kan kakitangan kerajaan, jadinya mana boleh buat bisnes kan. Jadinya adik teman ni la sebagai peniaganya. Umur adik teman masa tu 10 tahun.

 Abah akan hantar adik teman sampai ke pintu pagar dan adik teman akan duduk kat bawah 1 blok bujang ni dengan bakul besar di tangan. Pulut udang yang siap dibakar tu adik teman bukak surat khabar yang lapik kat atasnya..semerbak la baunya kan..Abang-abang bujang yang lalu lalang serbu la..apa lagi kan..orang bujang ni mende paling best pun makan la kan..tak lama pun..dalam setengah jam sure licin..siap tanya esok datang lagi tak..sengih je adik teman ni..Bila dah ngikut kali pertama, adik teman jadi seronok teruslah dia nak berniaga hari-hari kat blok bujang tu. Tapi mak tak larat nak buat pulut udang hari-hari sebab bahan-bahannya remeh dan penyediaannya juga agak leceh. Bisnes bertukar lagi..:)

 Jadinya abah berjinak-jinak pula dengan mini murtabak. Ayah Uda mula berniaga sejak abah masih bujang lagi. Abah pula masa bujang dulu akan tidur rumah Ayah Uda bila hujung minggu atau cuti sebab kem abah masa tu kat Tanjung Gelang, Kuantan. Dekat je dengan rumah Ayah Uda. Abah dah biasa dengan mini murtabak ni dan selalu tolong Ayah Uda berniaga kat pasar malam. Jadi abah pun rasa nak berniaga mini muratabak pula. Caranya masih sama, adik teman sebagai peniaga sebab kalau abah teman yang berniaga ada lah yang mereport kan sebab kenal abah teman ni. Lama juga abah berniaga begitu sampai la abah tamatkan perkhidmatan sebagai navy. Abah teman ni suka berniaga dan memang cita-citanya selepas abis navy nak berniaga..Tu yang bila ada si bujang-bujang yang pernah beli mini murtabak kat adik teman dulu bila tengok, beli dan rasa mini murtabak yang abah teman jual ni, deme cakap ehh..sama macam yang jual kat blok dulu, de budak laki jual..Bila abah teman tunjuk adik laki teman tu, deme kata..aah, dia la yang meniaga dulu tu..udah beso..beso giler ye kome-kome..dan si bujang-bujang ni tak sangka abah aku ni taukenye sebabnya abah aku kojenye mengajo orang kawad rupanya ada buat bisnes yang deme ni duk makan hari-hari dulu..mula lah sebelum membeli duk tabik hormat kat abah aku, bantai panggil tuan sebab dah biasa kat kem rupe itu..sekarang abah dah jadi seorang peniaga..Alhamdulillah..Allah makbulkan cita-cita abah teman..amiin..

Jadinya..selepas abah teman menamatkan perkhidmatannya sebagai anggota navy pada tahun 1997, tahun ekonomi merundum dengan teruknya..teman ingat lagi..tapi hidup perlu diteruskan!! Bila abah teman dapat duit hasil kerja kerasnya bersama kerajaan, abah teman terus gunakan separuh sebagai modal perniagaan. Abah mula dapat tapak pasar malam masa teman umur 13 tahun di hadapan taman kat Manjung Lama, sekarang udah jadi deretan kedai macam-macam jenis, baru ni udoh ganti pulak pasaraya Ceria dengan Rapid..apa beza idok la teman ketahukan!!

Usia teman 13 tahun, teman dah diajar berniaga. Abah teman akan bawa kami bergilir-gilir untuk dedahkan cara berniaga dan persekitaran. Adik teman yang selalu mengikut dari kecik tu memang dah expert la dan dikenali ramai sebab keramahannya dalam menyusun ayat dan memanggil pelanggan. Tapi yang selalu mengikut abah teman pun teman dengan adik laki teman ni je..adik teman yang pompuan tu memang tak minat dengan aktiviti sebegini..abah teman suruh dia brjinak-jinak dengan perkara-perkara di rumah aja sudahnya...Bermulalah episod kami sebagai peniaga cilik di pasar malam...

Bila tiba bulan Ramadhan, masa mula-mula abah nak ambil borang untuk tapak bazar, abah cam nebes je..tapi kami bagi semangat sebab kami kata rezeki bulan Ramadhan lain sikit abah..jom la kita cuba..abah pun pergilah dengan semangat yang berkobar-kobar. Alhamdulillah..memang rezeki bulan Ramadhan ni melimpah ruah..sehingga kini bila tiba bulan Ramadhan kami memang semangat sebab rezeki yang memang lain dari hari dan bulan-bulan lain yang Allah kurniakan kepada hambaNya yang memang di luar jangkaan manusia. Syukur...

Kalau nak cerita pengalaman pahit manis teman sepanjang menjadi anak peniaga pasar malam dan bazar ni memang la panjang berjela..ada yang memuji, ada yang kagum, kecik-kecik dah pandai cari duit, tak kurang juga yang mencemuh..eiii, apa la budak-budak sekolah disuruhnya berniaga, tak sekolah ke hape deme ni esoknye..ada yang pandang rendah..cam ne budak ni belajo, nombor berapa la gamaknya die ni dapat dalam kelas ye..tapi ada juga yang salute terutama cikgu-cikgu teman yang selalu terserempak di pasar malam atau bazar Ramadhan yang mengenali diri teman seadanya..

Tapi teman rasa udoh panjang beno entry teman ni ye..kita sambung esok lusa la pula dengan siri II ye..selamat bangun sahur esok kome..:)


Sunday, July 22, 2012

Baru Nak Mencube...

Salam Ramadhan,

Petang Khamis ari tu, en. suami terlibat dengan program melihat anak bulan yang memang setiap tahun lokasinya kat Bukit Melawati sebab situ la pun tempat nak melihatnya pun. Teman sempat la memesan kat en. suami supaya inform teman segera kalo dah nampak anak bulan, boleh le teman jadi orang pertama yang tahu sabtu nak puasa kan. Sampai je rumah lepas Maghrib tu, en suami kabo anak bulan tak nampak pun sebab awan tebal, tapi aku kabokan Penyimpan Mohor Raja tu udah cakap pun sabtu mula puasa..Alhamdulillah

Semalam bermula la 1 Ramadhan, semua umat Islam berpuasa. Teman balik ke manjung, berpuasa bersama keluarga. Plan asal nak balik ke kuala sabtu (semalam) lepas berbuka, tapi demi sayangkan bini, balik lepas sahur pagi tadi..konon la..ahadnya ada program lain pulok..

Kalau tahun lepas teman bepuasa sebagai ibu mengandung, bawak udin masa tu dalam 5 @ 6 bulan..Alhamdulillah dapat berpuasa penuh tanpa ada masalah besar..cumanya masa hari pertama puasa teman termuntah masa tengah mandi, tu pun lagi sejam nak berbuka, selain tu hari-hari lain berjalan dengan baik sekali..

Tapi tahun ni teman berpuasa sebagai ibu yang menyusukan anak pula. Cantik je perjalanan hidup yang ditentukan oleh Allah, setiap tahun memberi pengalaman yang berbeza untuk teman merasai nikmat yang dikurniakan oleh-Nya..Teman idok ler risokan diri teman berpuasa nanti, tapi teman memikiokan keberhasilan produk susu yang boleh dihasilkan oleh teman untuk anak teman ni. Alauddin ni memang la kuat menyusu di samping kuat makan juga. Walaupun baru lepas suap makan, penutup acara mesti susu mamanya. Alauddin menolak sekeras-kerasnya susu tepung aka susu formula, yang kesudahannya teman yang akan menghabiskan susu formula berikut dengan mencampurkan susu teman sekali. Memang tobat la abah kamu nak beli susu formula selepas ini ye Alauddin sebab luaknya sesudu aje!!

Jadinya, sebulan sebelum nak tiba Ramadhan al-Mubarak ini, teman merisik la maklumat berkaitan penghasilan susu ibu ketika berpuasa dan cam ne nak berpuasa tanpa mengganggu menjejaskan pengeluaran susu ibu. Teman interiew kawan-kawan teman, teman nyembang dengan orang yang menjual produk berkaitan dengan susu ibu ni, kesimpulannya teman nak mencuba produk Shaklee. Memang la popular mende Shaklee ni dan ramai sungguh kawan-kawan teman yang mengsuggestkannya. Teman pun rasa macam nak mencuba lah kan.

Yang sebeno nye, sepanjang usia Alauddin nak genap 8 bulan lagi seminggu ni, teman idok ler menghadapi masalah kekurangan susu ibu, penghasilannya masih sama seperti masa hari pertama Alauddin merasakan kenikmatan susu ibunya ni. Ahamdulillah, bersyukur sangat teman dapat nyusukan Alauddin hingga sekarang. Cumanya teman memikiokan untuk teman kekal cergas di bulan puasa dan mengelakkan teman lesu, letih dan takut kekurangan air dalam badan, dehydrate kata canggihnya, teman rasa perlulah teman mengambil sesuatu untuk diri teman ni. Teman idok ler mencuba set Shaklee yang berlambak-lambak tu, tapi teman pilih yang teman rasa perlu je untuk teman.

Produk Shaklee yang teman gunakan ketika berpuasa ni Performance Drink, antara kelebihannya mengelakkan dehydrate ketika berpuasa bagi si ibu dan mengekalkan kandungan air dalam badan, jadinya bila kandungan air dalam badan tidak terjejas makanya penghasilan susu pun tisdaklah terganggu katanya..Lepas tu aku ada order juga Lecithin, katanya untuk mengelakkan lemak-lemak berkumpul dengan banyaknya dalam badan akibat pengambilan makanan yang tidak terkawal. Teman sebenornye memang duk aim lama dah lecithin ni..hihi...lepas diconsult oleh kawan teman, teman rasa yakin ler nak menerainya..tak cuba tak tahu ye dak..nasib ler barang kamu ni tak mahai biha oiii..kalo beratus memang tak de masa la aku nak melayannye kan..lepas tu teman tambah pula vitalea, katanya mengandungi multivitamin yang bagus untuk menghasilkan susu ibu ke tahap yang lebih optimum prime..mengarut betui la kamu esah!!

Lepas dah buat pilihan tu, teman pun buat la proposal untuk dibentangkan kepada cik abang teman ni, maklumlah minta izin walaupun akaun teman yang mentransfernye kan. Baru 2 3 baris ayat pembuka kata, udoh cik abangnya kata, beli la...kalau katanya baik..suke beno la rasanya..tapi kan..tapi kan..udoh puasa 2 hari tapi teman belum lagi mencuba produk ni sebabnya performance drinknye belum sampai stok dan katanya 1 malaysia abis stock..hebak sungguh natang ni!! Katanya minggu ni sampai, teman tunggu je la pakcik posmen nganto kat teman.

Tapi syukur Alhamdulillah, 2 hari ni teman berpuasa dengan badan yang idok la letih beno, biasa-biasa saja, seperti orang berpuasa yang lain. Alauddin juga boleh menyusu dari celik mata lepas subuh tadi sampailah lagi beberapa minit nak berbuka, kuat beno bergayutnya...susu masih ada untuk anak mama..semoga hari-hari mendatang, ianya berterusan dan tidak memberi masalah pada teman.

Udoh le tu, mata ni udoh berat beno, sebabnya malam tadi Alauddin tidur sambil membebel..maklumlah mak su dengan mak tehnya melayan main, bergalak sakan, padahnya malam-malam tidur mulut membebel..

Selamat malam...Jangan lupa bangan sahur..terlepas sebab tak sedar tak pa..jangan sedar tapi malas bangun sahur, rugi tak dapat pahala bersahur kome..bukan selalu..

Wassalam

Thursday, July 19, 2012

Amalan Sengkak Peranakan

Assalamualaikum

Penting ke sengkak rahim @ peranakan ni? Kalau soalan ni ditanya pada mak-mak kita, makcik-makcik, opah-opah atau mereka yang arif dalam bab-bab kewanitaan ni mesti akan jawab YA, PENTING DAN PERLU!! dengan yakinnya. Macam tu jugak lah pada pandangan aku sebab sedari remaja lagi aku memang didedahkan dengan peri pentingnya menjaga luaran dan dalaman kesihatan dan tubuh badan seorang wanita. Arwah tok dan Opah aku memang wanita yang sangat menitikberatkan perkara-perkara seumpama ini. Dari mula mengandung sampailah bersalin sampailah tempoh terpantang dan selepas pantang semua dijaganya dengan elok. Begitulah perihal sengkak peranakan ni.

Aku ni dah ditakdirkan untuk bersalin sulung secara czer kan, jadinya tak dapat la merasa sengkak peranakan semasa dalam tempoh berpantang seperti wanita yang bersalin normal. Masa aku dalam pantang, memang aku risau sebab tak boleh buat sengkak tu. Mak aku cakap, tak pe, nanti udin dah masuk 6 bulan, boleh la buat sengkak tu sebab dah tak sakit dah. Tapi bila dah melalui tempoh berpantang dengan perut yang ada kesan jahitan ni membuatkan aku rasa sangat takut untuk buat sengkak ni sebab dalam berpantang tu, bila nak gerak, bangun, duduk semua akan rasa perit sikit kat kawasan jahit kan. Pastu aku tanya mak aku, sengkak tu dari mana mulanya. Mak aku cakap bawah kawasan perut dekat dengan ari-ari, nanti mak bidan akan urut lembut pastu sengkak naik ke atas perlahan-lahan. Biasanya memang tak sakit kalau bidan yang pandai mengurut ni la..so sedikit lega lah aku kan. Disebabkan mak aku pun pernah ada pengalaman czer semasa bersalinkan adik lelaki aku yang ke-7, aku menjadikan nasihat dan pendapat mak aku sebagai panduan lah kan. Mak aku dulu pun buat sengkak selepas 6 bulan bersalin.

Jadinya, bila Alauddin dah genap umur 7 bulan ari tu, aku balik la ke Manjung, kebetulan time tu nak ke Penang (entry semalam). 3 hari sebelum tu dah call opah yang mengurut aku masa aku dalam pantang ari tu buat temujanji. Jadinya, pagi jumaat tu, pukul 8 aku ke rumah opah tu bersama mak aku. Opah ni memang aku suka sebab jenis suka bercerita lepas tu tak kedekut ilmu, ramah orangnya. Sampai je rumah Opah, nyembang tanya khabar semua, terus lah sesi menyengkak. Sebelum mula, aku dengan muka tak berapa yakin dan takut-takut tanya opah, sakit ke opah nak sengkak ni...opah tu senyum je, dia cakap kalau berpantang elok tak sakit, kalau dah tak rasa sakit kat tempat jahit tak sakit.. Ok, aku redha je la masa baring depan opah.

Opah mulakan dengan Bismillah selepas tu letak minyak atas tangan, sapu perlahan-lahan kat perut aku, urut ke kiri ke kanan tanpa ada tekanan. Dah lumur separuh perut aku dengan minyak tu, Opah mulakan dengan sepotong ayat Al-Quran, opah pun lurut dari kiri ke kanan berkali-kali, tekan lembut lurut lagi..sebelah kanan pun begitu juga. Selepas tu opah tekan sikit kat bawah tempat jahitan opah tanya "Ada rasa sakit tak?" Aku cakap tak de rasa apa. Opah pun teruskan urut dari bawah tempat jahit bawak ke atas, ulang berkali-kali sambil aku tarik nafas. Lepas tu opah urut serong sebelah kanan untuk merasa urat peranakan, macam tu jugak sebelah kiri. Opah senyum pula lepas tu..katanya, peranakan kamu elok ni, lembut je uratnya, kalau peranakan ada masalah, uratnya keras dah beurut baru lembut. Peranakan kamu ni tinggi duduknya, betul dah tempatnya, tak de ke bawah. Janganlah kamu risau ye...lembut je opah tu bercakap..Lega sangatlah aku rasa. Alhamdulillah...selesai dah..macam mak aku cakap, kalau tak de apa-apa, 10 minit aja siap dah..ye lah mak

Keluar je dari bilik tu, opah cakap aku ni risau sangat, padahal dalam perutnya elok je semuanya...hihi..tapi opah ni kata aku ni senang mendengar kata sebab opah ni mengomel walaupun dia seorang tukang urut, tapi anak-anak perempuan opah tak mendengar kata, susah nak ikut pantang larang orang perempuan, abis pantang semua dibedal lepas tu mengadu sakit itu, sakit ini, sakit urat la, sakit perut la..macam-macam katanya. Dah masuk hospital ikut la kejap nasihat opah, lepas elok tu telan balik yang dippantangkan tu..sabar la ye opah..masing-masing punya badan, pandai-pandailah deme menjaganya ye..Opah ni pun ada jual ubat kampung macam manjakani buatan sendiri, jamu untuk wanita berkahwin..mata aku ni pula ternampaklah susunan ubat-ubatan dan jamu-jamu atas meja opah tu, start la sesi interview aku pasal semua ubat jamu bagai tu..kalau dah ratu jamu tu, memang wajib rembat la kan. Manjakani opah ari tu pun dah tinggal sikit tapi opah kata belum siap lagi..nanti balik lagi sekali baru pegi amik. Sedap woo badan makan jamu ni..:)

Kesimpulannya, terpulang lah pada individu untuk melakukan urutan badan tak kira la selepas bersalin ke, untuk kecergasan ke atau apa-apa je lah..cuma pada aku memang aku suka mengurut dan mengambil nasihat orang tua-tua sebagai asas dalam kehidupan sebagai isteri. Mengurut elok dilakukan setahun 2 kali kalau badan tiada masalah apa-apa, tapi kalau memang ada rasa lenguh-lenguh, sakit urat ke, tak selesa badan, eloklah kerap mengurut kan. Kadang-kadang ada di kalangan kita yang kurang setuju dengan pendapat dan amalam orang tua-tua, tak kurang juga yang mencemuh kan, tapi setiap nasihat ada sebabnya dan tak rugi kot untuk amalkan atau lupakan saja. Alasan ala..mereka orang tua, tak banyak tahu la, tak terdedah dengan penyebaran maklumat macam zaman kita..ya..memang betul, tapi asas dari merekalah hampir apa yang ada kini kita perolehi dari usaha dan amalan mereka..:)


Tuesday, July 17, 2012

Love Penang So Much!!!

Assalamualaikum

Hujung bulan 6 ari tu kami sekeluarga berholiday kat penang. Apa yang korang bayangkan kalau teringat Penang tu? Ha? Kenangan putus cinta?? Aiyooo...memori sedih la pulok..tapi bagi aku, Penang tu adalah Syurga Makanan yang sedap-sedap yang agak susah nak jumpa kat mana-mana negeri. Bila suami cakap nak holiday lagi kat Penang, menyengih je la aku sebab kat mata ni duk terbayangkan pasembur, rojak sotong kangkung, char kuey tiau, laksa penang, nasi kandar line clear!!!!!

Khamis selepas maghrib kami bergerak la balik ke manjung dulu, tidur semalam rumah mak abah aku. Jumaat dalam pukul 12 kami gerak lah ke penang. Perjalanan ke Penang berjalan dengan lancar dan biasanya kalau pegi hari Jumaat kan, akan berenti la seketika ye dak..selepas tu perjalanan diteruskan. Dalam pukul 3.30 petang, kami sampai la kasawan hotel yang akan kami menginap nanti. Urusan check in pun bermula. Berkobar-kobar semangat aku bila dah jejakkan kaki kat penang ni..huhu

Dah masuk penang!!!


Tunggu abah check in jap :)
Masuk je bilik hotel terus terlentang la aku kan..berehat setelah melalui perjalanan lebih kurang 4 jam. Kami decide nak berjalan petang sikit la..layan gambar dulu ok (^^,)





Pukul 6 petang tu, kami bersiap la nak keluar meronda penang kan. Tahun lepas jalan Penang sambil bawak udin dalam perut, tapi time tu aku masih ada loya-loya lagi. So, tak berapa nak makan sangat. Aku cuma makan laksa penang je yang langsung tak kene dengan selera aku sebab tawar hebeh!! Time tu kami makan kat medan selera pe nama ntah, dekat tengah bandar. Kali ni, bila dah tahu jalan sekitar, laju je la berjalannya kan. Tempat pertama kami singgah adalah MYDIN..hoho..laki aku ni memang suka sangat la dengan MYDIN, walau di mana sahaja beliau berada, kalau terserempak dengan MYDIN @ TESCO mesti akan singgah punya..Kat MYDIN beli la sepeket dua makanan nak ngunyah kat bilik nanti kan, mesti kene ada stok makanan sebab masing-masing suka sangat mengunyah :)

Lepas tu kami terus laju je ke Padang Kota. Tahun lepas tak pegi sebab tengok macam tak ada apa pun kat Padang Kota tu, padahal orang kata makanan sedap banyak kat Padang Kota. Kali ni aku memang usha betul-betul..yaaaaa..memang ada la tempat makan kat Padang Kota, dah ubah jadi Medan Selera rupanya pastu tempatnya kat dalam sana nun..melompat-lompat la aku kan sebab apa yang dicari selama ni jumpa sudah. Last makan kat Padang Kota ni masa aku sekolah menengah, konon nak pegi tengok sambutan hari merdeka kat USM tu, sampai je tinggal sampah sarap je kat tengah padang tu..huhuhu..abah pun ajak makan kat Padang Kota, time tu mana ada medan selera, semua peniaga guna motor tak pun lori kecik tu, buka meja lipat, letak kerusi, bersepah je duduk makan situ sambil angin laut bertiup kan..memang heaven la. Aku memang dah lama cari Sotong Kangkung ni..sedap woooo..sambil menaip ni masih terasa lagi nikmat kesedapan Sotong Kangkung tu..alahaiii..nak g Penang lagi la..:)

Suami mengidam nak makan Pasembur..banyak kedai Pasembur kat medan selera ni so kene pandai pilih la ye..biasanya..walaupun Padang Kota ni orang kata syurga makanan, tapi harganya...mak aiii..memang telan air liur juga..tapi untuk makan, tak pe..:) Harga pasembur yang suami beli dengan hanya 4 ketul cucur biasa, 1 keping tempe, 2 kentang, 1 keping tauhu dan 1 cucuk isi ketam bersayur adalah RM22..terbaikkkkk harganya kan..kalau beli rojak berkat kat pasar malam giant kat manjung tu, baru RM8..haha..jauh beno harganya..nak promote jap..sedap gile rojak berkat kat pasar malam giant manjung tu weh..dari zaman aku sekolah menengah, bawak ke zaman belajar kat seri iskandar sampai la dah beranak ni, tu je la aku hadap asal balik umah mak aku...laki aku peminat kipas susah mati rojak berkat ni!!!

Aku makan apa?? Malam tu ingat nak order Char Kuey Tiau Udang dengan Sotong Kangkung..tapi sebagai seorang suami yang sangat memahami kehendak dan TEKAK isterinya, suami cakap aku mesti akan lapar balik sebelum sempat tidur malam nanti, pastu suami cakap macam tak kenyang je makanan yang masuk perut aku tu..hahahaha..jahat tau pakcik ni!! So, suami cadangkan aku order Tomyam Campur dan Daging Masak Merah makan dengan nasi..suami cakap aku ni hantu nasi, so mesti makan nasi pastu nak top up dengan makanan sampingan lain silakan..suka sangat la aku kan orang offer tanpa had ni.. Aku pun order la seperti yang dicadangkan. Oh ye..pasembur yang suami beli pun banyak juga sebab semuanya beso2 belaka, bila dah dipotong tu, punya lah banyak kan..memang bole 3 kali round makan ni..so suami cadangkan lagi esok pula kita makan sotong kangkung dan sebagainya itu. Semua makanan tu kami tapau je makan kat bilik sebab kami memang jarang dan agak kurang suka nak makan kat luar dan tempat yang ramai orang sebab rasa tak puas dan tak feeling la..Selesai semua tu apalagi..kasi round la 1 Padang Kota








Pasembur tu walaupun memang mahal tapi rasanya sengatlah sedap dan pedas. Kan aku dah kata memang banyak, sampai sarapan pagi hari Sabtu tu adalah baki pasembur yang ada..sapa yang abiskan semua tu?? Aku la kan..suami kasi can sebab memahami aku yang menyusukan anak ni..So, hari ke-2 ni kami memang dan plan nak makan nasi kandar line clear..tak kira nak juga..so kami keluar la berjalan dalam pukul 11 pagi..Penang ni memang la sentiasa sibuk tak kira pagi, petang, malam ataupun tengah malam..manjang sibuk dengan kereta bersimpang siurnye..Restorant Kasi Kandar Line Clear ni terletak kat depan MYDIN yang kami pegi semalam. Tapi disebabkan aku mengulang semula keinginan aku nak makan sotong kangkung, kami ke Medan Selera Padang Kota lagi sekali untuk beli sotong kangkung. Sepinggan untuk seorang makan adalah RM6 je dan boleh tahan banyak juga..juga aku bungkus..hihi..pastu suami tanya Char Kuey Tiau nye mana??? Aku cakap tak mau la..suami pujuk juga suruh beli sebab dia tahu aku kalau tak dapat yang teringin tu aku akan sebut je sampai 2 3 hari cam nyesal pula tak ambil ari tu..konon la..sampai je dalam kereta aku cakap kat suami aku tak nak sebab orang yang masak Cahr Kuey Tiau tu selit rokok kat celah jari dia..geli arrrr..haha..bukan sorang je tau..de jugak pakcik2 lain cam tu, menggoreng tapi hisap rokok..kalau aku memang tak boleh terima la..sorry

Terus ke Nasi Kandar Line Clear..suami order roti canai 4 keping dengan kuah dal je..orang tua ni senang je makanannya..makan roti canai pun boleh kenyang sampai malam..so aku denga berianya melihat semua lauk yang tersusun depan mata..style mamak kan pantas lagi efficient kan..aku yang duk tercongok-congok memilih lauk ni suruh la dia layan orang lain yang duk beratur tak putus-putus tapi tak panjang sebab service nya yang laju itu..aku pun pilih nasi beriani, lauk ikan bawal kari dan seketul udang galah besar bapak!!! nak sama saiz dah dengan pinggan makan tu!! Nasi Kandar ni yang menjadi kesedapannya adalah rempah ratus dalam masakan dan juga campuran pelbagai kuah kat atas nasi tu kan..aku tapau juga nasi beriani tu, so ikan bawal kari tu si mamak ni letak kuah macam-macam, kari la, dalca la, kuah daging kicap abis semua sekali harung...so total nasi beriani aku RM20 jugak...puas hati ke??? Lepas makan memang jilat jari la..sedappppp bangat..tak sama dengan restorant nasi kandar lain..hahaha..pastu malam tu sebelum tidur, aku lapar balik..suami aku memang dah paham sangat kan, so dia kata roti canai de lagi 2 keping, pe lagi kan..licin la aku bantai..lepas tu terus la tidur dengan nyenyaknya..:)

Sotong Kangkung yang Superb!!!!!
Esok tu lepas check out, aku cakap kat suami nak tapau sotong kangkung lagi la..suami pun turutkan la..rupanya deme ni bukan time petang hingga ke tengah malam..tak dapat la aku nak merasa sotong kangkung kali kedua..tak la sedih sangat sebab dah makan malam tadi kan..lain kali aki beli borong pula!!!

Sebelum balik snap la sekeping 2 pic kan wat kenangan kononnya,,:)







Sebelum meninggalkan Padang Kota, suami sempat suruh aku snap pic ni katanya jom lah kita berdating atas kapal naik Cruise..kononnya..InsyaAllah..kalo diizikan Allah ye my Laling..:)

Nak balik tu kami naik feri sebab pergi dah lalu Jambatan Pulau Pinang kan..teruja sungguh udin masa atas feri tu..:) Angin laut pula sedapp je cuma agak panas sikit.





TERUJA KAN1!!!!
Apa habuan lepas balik dari Penang?????? Ninnnn dia.......................



Si Puding ni demam la pulok!! terkejut kot sebab perubahan suhu mungkin ataupun penat berjalan..sejuk panas sejuk panas kan..:)


Pagi Selasa tu bangun tidur si puding mama terus tersenyum as usual....:) Yeay!!!!


Ok..babai..:)

Friday, July 6, 2012

Isteri Hebat dan Cergas di Malam Hari

Assalamualaikum

Tahu tak rancangan Tanyalah Ustaz kat tv9 tu? Rancangan tu bersiaran waktu pagi. Selasa ari tu tengah duk menggosok baju kerja suami, memang aku ni mende pertama aku petik bila bukak mata adalah tv walaupun aku sibuk buat keje kat dapur..ntah sapa yang tengok aku pun tak tahu la..udin pun duk hanyut lagi..pastu Ustaz yang dalam tv memang familiar kat tv9 dan tv Al-Hijrah tapi namanya aku tak familiar..huhu..

Tazkirah permulaan rancangan ni memang menarik perhatian aku..dan ilmu baru juga untuk aku sebagai seorang isteri dan ibu..hoho..nak tahu apa dia??? Macam mana isteri nak sentiasa cergas dan sihat untuk suami...biasalah kan..tajuk cenggini..bab-bab nak memberi yang terbaik untuk suami akan menarik mata dan punggung kita-kita si isteri untuk tercongok depan tv dengor mende la tip-tip nye tu kan..boleh la apply kan..bukan boleh..memang akan apply punye!!! hoho

Ustaz tu cakap, seeloknya si isteri perlu sentiasa mengamalkan membaca surah Al-Qadr (Surah Lailatul Qadar) setiap malam sebelum tidur dan ketika sebelum bersama suami. Kenapa surah Al-Qadr Ustaz? (kata Tanyalah Ustaz kan, mestilah bertanya)..Ustaz tu kata lagi kerana jika kita kaji dan fahami maksud Surah al-Qadr itu ianya menceritakan kehebatan Malam Lailatul Qadar yang terjadinya kejadian penurunan Al-Quran dan malamnya pasti lebih hebat dari seribu bulan. Ustaz itu kata lagi, si isteri mengamalkan surah itu sebagai surah amalan supaya mengambil kehebatan malam Lailatul Qadar itu dalam kehidupan suami isteri seharian..

Bagaimana menjadikan malam-malam suami isteri hebat dengan mengamalkan surah ini Ustaz? tanya aku lagi (konon la)..Sebelum Ustaz menjawab persoalan tersebut, Ustaz bagi pula terjemahan surah Al-Qadr ini..mari kita sama-sama hayatinye ye..

Maksudnya:
1.Sesungguhnya kami telah turunkannya (al Qur’an) pada malam al qadr.
2.Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu?
3.Malam al qadr itu lebih baik daripada seribu bulan
4.Turun malaikat2 dan malaikat Jibril padanya(malam al qadr) dengan izin Tuhan mereka membawa segala urusan.
5.Selamat sejahteralah ia(malam al qadr) sehinggalah terbit fajar (Subuh).

Ok, Ustaz pun menjawab, si isteri pada siangnya yang suri rumah sibuk dengan urursan rumah tangga, mengemas rumah, mengemop rumah, mencuci pakaian, melipat pakaian, menggosok pakaian, menyiapkan anak-anak, memasak, mencuci dapur selepas masak. mencuci pingaan, menyusun barang-barang dapur bila dah shopping bagai, buang sampah, sapu sampah, vakum 1 rumah, basuh kusyen sofa, kemas bilik tidur, basuh cadar sarung bantal semua...aihhhhh..banyak la kome kerojenye...yang bekerja pula, sibuk di pejabat, menaip bagai, ke hulu ke hilir yang jual barang, yang jual insurans, yang jual produk kesihatan kulit dan badan, yang jual korset (trend sekarang ramai beno orang promote corset kat aku..aihhhh), yang jadi cikgu, yang jadi doktor, macam-mcam lagi la kesibukan si isteri dan kaum ibu ni sehinggakan bila malam menjelma mulalah muka tu letih bebeno, muka sebek je, masuk rumah tengok ada kerja pagi tadi tak siap udah rasa nak nangis sebab nak kene sambung balik..suami pula balik keroje, ngangkang depan tv, sebelah tangan pegang tab samseng dia, anak letak dalam walker, main ngan anak ala kadar je..selebihnya mata ngadap atas negok tv bawah nengok tab..itu je la duk ngulang sampai la isteri panggil makan malam kan..lepas makan yang mana jenis suami rajin alam hantar ke dapur sengih bagi alasan badan panas nak mandi dulu..jap lagi la basuh pinggan kotor tu..sudahnya ke laut la bila dah mandi sambung tengok tv sebelah tangan pegang tab samseng balik..sapa yang buat semua tu??? isteri tadi la...(ehhhh..macam laki aku la sikit-sikit..hahahaha)..pastu bila is isteri dah selesai kerja-kerja tadi, baru lah boleh merasa nak mandi kan, sebab ready nak tidur la..tu pun selepas dah tidurkan anak..tapi bapaknya belum tidur lagi..isteri dah siap mandi, sapu la sikit losyen ke, bedak ke sebelum tidur kan...mula lah wangi semerbak kejap...baru la suami rasa nak campak tab ke tepi, tersengih lagi kat isteri...isteri wat muka keras sebab................................DAH PENAT...

Jadi di sinilah peranannya mengamalkan surah al-Qadr itu..kata Ustaz tu la..dia kata, apabila kita mengamalkan surah Al-Qadr, is isteri berharap dan berdoa kepada Allah, supaya dianugerahkan malam-malam yang hebat untuk isteri seperti malam Lailatul Qadar dan si isteri juga mempunyai kekuatan yang luar biasa apabila tiba malam hari seperi hebatnya malam Lailatul Qadar..walaupun tenaga banyak dihabiskan pada siang harinya...ohhhhh.....

Dan Ustaz juga menerangkan maksud ahkir ayat dalam surah al Qadr iaitu Selamat sejahteralah ia(malam al qadr) sehinggalah terbit fajar (Subuh), si isteri berharap supaya malam itu memberi malam yang sejahtera, malam terbaik, malam istimewa sehinggalah tibanya fajar Subuh nanti..Wahhhh..terkesima sekejap aku mendengar takzirah pendek Ustaz mengenai kehebatan mengamalkan surah al Qadr itu...Ok..sebenarnya suami pun mendengar sekali tazkirah tu..Sambil duk nengok sambil jeling..sengih-sengih kat aku..bagi hint suruh aku amalkan lah tu kan...InsyaAllah...ngade orang tua ni!!

Sebelum Ustaz tu menghabiskan tazkirah dia dan bukakan soalan kepada hadirin kat studio tu, dia membuat kesimpulan yang ringkas dan padat. Pesannya "Si isteri semua, amalkanlah surah Al Qadr ini untuk kebahagiaan rumah tangga..InsyaAllah dengan kehebatan surah Al Qadr dan kehebatan Malam Lailatul Qadar itu sendiri, Allah akan memberi kekuatan dan tenaga luar biasa pada para isteri untuk sentiasa memberi yang terbaik dan berkhidmat sebaik mungkin pada para suami sehingga akhir hayat berumahtangga bersama-sama..Dan lagi elok jika amalkan di waktu malam sebelum bersama dengan suami..insyaAllah malam itu memang tidak akan sama seperti malam Lailatul Qadar yang hebat dari seribu bulan, tapi cukuplah ianya menjadi malam yang hebat dari malam-malam sebelumnya.."

Elok habis je tazkirah Ustaz tu, suami aku pun bertanya " Ayang, amalkan surah tu masa nak bersama malam hari kan sebab kisahnya pasal malam Lailatul Qadar, abis tu kalau siang nak amalkan surah apa?????????

Nganga kejap...pastu terus sambung gosok baju..nanti la aku tepon tv9 suruh minta sambung tazkirah tu balik....

Rezeki Itu Milik Allah S.W.T.

Assalamualaikum

Masa mula-mula nak join business menjual pakaian dan keperluan bayi dan kanak-kanak, aku memang rasa sangatlah risau dan takut..ada ke orang nak beli barang aku jual weh..pastu nanti kalau tak laku nak buat macam mana..berbagai soalan pelik lagi duk menerewang dalam kepala aku ni. Tapi salute la kat suami yang langsung tak kesah dengan semua soalan aku malah menyokong seratus peratus usaha aku tu. 

Suami tanya ada tak teringin nak buat apa-apa sekarang, mana tahu duduk rumah rasa bosan ke..tak pun kot ada minat yang duk simpan lama tak tahu bila nak dapat..aku cakap impian memang lah ada tapi tak de rasa terdesak nak capai pun..aku terrrcakap la buat bisnes kecik-kecik pun ok gak..dan suami laju je cakap ok jugak tu..modal nak berapa..abang tak kesah nak bagi, janji memang suka dengan bisnes yang nak buat dan bersungguh la..jangan sekerat jalan pastu give up ke, bosan ke..ok..itu dah satu amanat pula kan..sebab orang dah sudi nak melabur so menjadi tanggungjawab aku la kan nak menjalankannya sebaik yang boleh..

Masa awal kahwin memang suka tengok page atau website yang jual baju baby..masa mengandung lagi la suka tengok kan..dan baju-baju udin semua aku beli online je sebab senang pula rasanya dari aku beli kat mall kan..bila belek-belek baju kat mall, sudahnya tak beli jugak sebab tak de yang berkenan kat hati..paling suka romper..memang memborong romper je la aku..so bila cakap pada suami hasrat murni aku tentang bisnes tersebut, suami tanya target market aku ada dan besar tak populasi dia..dah macam geografi daaaa..aku cakap target luas dan sape-sape pun boleh menjadi pembeli kan..

Lepas tu, setiap hujung minggu kami akan keluar mencari supplier yang dapat memberi harga terbaik pada bisnes kami. Kami ke merata tempat, pemborong online juga kami survey..sehinggalah kami menjumpai supplier yang terbaik antara yang terbaik..Bila dah berjumpa tu, kami setkan masa dan hari untuk mengambil stok sebagai permulaan bisnes ini...dan bermulalah segala-galanya...:)

Kini setelah hampir 2 bulan setengah berbisnes online, rezeki tu Alhamdulillah, bersyukur sangat sebab memang aku rasa luar dari jangkaan aku yang angan-angannya memang tak besar la kan..haha..permintaan sentiasa ada dan sangat bersyukur apabila ada loyal customer yang sentiasa membeli apabila stok baru sampai..

Rezeki Allah itu sangatlah luas. Baru-baru ni, ada permintaan secara borong dari customer yang menjalankan perniagaan di Brunei. Masa mula-mula menerima order dari dia, tercengang sekejap aku, terus call suami tanya pendapat sama ada boleh kah kita menyediakan perkhidmatan borong kepada customer sebegini..jauh pula dan melibatkan penggunaan mata wang yang berbeza.. suami seperti biasa, tenang je di samping aku yang agak gusar di situ..hihi..aku ni jenis takut tak bagi perkhidmatan yang terbaik sebab pesen aku begitu, cepat gelabah kalau ada yang tak kene dengan apa yang aku dah lakukan untuk orang lain, takut orang tu rasa tak seronok ke, apa ke kan. So, kalo rasa tak mampu nak tawarkan perkhidmatan seperti yang diminta, aku akan menolak la permintaan customer aku tu. Tapi suami bagi sokongan dan kami berusaha lagi mencari perkhidmatan pos yang dapat menjamin keselamatan barang yang kami hantar supaya selamat sampai pada customer. Dan kalau boleh aku nak yang sampai terus depan rumah. Ahamdulillah, Allah itu Maha Penyayang pada hamba-Nya yang berusaha. Dah la jumpa pos yang boleh tahan murah untuk penghantaran jauh, malah memudahkan urusan kami juga. Aku cerita terus terang pada customer mengenai penghantaran dan kos pos yang ditawarkan berbeza-beza dan Alhamdulillah, customer ni sangat-sangat mudah berurusan dengannya dan sangat tak kesah dengan kos penghantaran yang dikenakan kerana pengambilan borong yang agak banyak melibatkan berat yang agak besar dan kos juga besar dan sanggup untuk tanggung berapa juga kosnya..senang berurusan dangan orang sebegini..Dan minggu lepas selesai penghantaran pertama ke Brunei dan sedang menerima tempahan kedua untuk penghantaran selanjutnya..Alhamdulillah...

Biasalah manusia ni dicipta dengan pelbagai kerenah dan perangai kan. Ada sesetengah kawan yang bertanyakan perkembangan bisnes aku. Mereka berpendapat cara aku agak berlembut dan lebih mengikut kerenah customer sebabnya aku tak kesah jika customer ingin booking dalam tempoh yang agak lama seperti sebulan atau tunggu gaji bulan depan. Asalkan mereka ambil barang yang mereka beli itu dan bukan tetiba cancel atau senyap tanpa khabar berita..Ada juga 3 @ 4 orang yang sebegitu dan ada sedikit ralat di hati, aku kan manusia biasa..huhu..sebabnya bila dah book, bila customer lain tanya kita akan simpan dah tak jual la kan, so bila senyap tanpa khabar ni menjadikan aku sedikit geram la..haha..tapi Alhamdulillah kebanyakkan mereka adalah yang setia pada janji dan memang akan ambil apabila tiba masanya. Aku tidak juga berkenan untuk terlalu tegas sebab aku rasa aku paham kot kenapa sesetengah nak bayar kemudian, masing-masing ada keutamaan yang perlu didahulukan kan..so tak de masalah la pada aku..tapi macam kawan-kawan aku sendiri memang aku tak de hal la kalau dieorang nak booking sebab dah kenal hati budi kan, lagipun merekalah yang banyak support bisnes aku pun..terima kasih daun keladi, ada duit lebih shopping la lagi..haha..:)