About Me

My photo
Seorang anak sulung kepada pasangan Mohd Yusof Pandak Abdul Rahman dan Hasnah Yusuf. Seorang kakak kepada 9 orang adik-adiknya. Seorang isteri kepada Nasrul Faiz Firdaus. Seorang ibu kepada seorang anak lelaki, Muhammad Alauddin. Seorang suri rumah sepenuh masa dan sepenuh tenaga ('',). Seorang businesswomen kecil-kecilan aje untuk mengisi masa yang terluang. Seorang yang simple dan mudah didekati. Terima kasih sudi menjengah blog saya yang tiada apa ini..
Powered by Blogger.

Thursday, July 19, 2012

Amalan Sengkak Peranakan

Assalamualaikum

Penting ke sengkak rahim @ peranakan ni? Kalau soalan ni ditanya pada mak-mak kita, makcik-makcik, opah-opah atau mereka yang arif dalam bab-bab kewanitaan ni mesti akan jawab YA, PENTING DAN PERLU!! dengan yakinnya. Macam tu jugak lah pada pandangan aku sebab sedari remaja lagi aku memang didedahkan dengan peri pentingnya menjaga luaran dan dalaman kesihatan dan tubuh badan seorang wanita. Arwah tok dan Opah aku memang wanita yang sangat menitikberatkan perkara-perkara seumpama ini. Dari mula mengandung sampailah bersalin sampailah tempoh terpantang dan selepas pantang semua dijaganya dengan elok. Begitulah perihal sengkak peranakan ni.

Aku ni dah ditakdirkan untuk bersalin sulung secara czer kan, jadinya tak dapat la merasa sengkak peranakan semasa dalam tempoh berpantang seperti wanita yang bersalin normal. Masa aku dalam pantang, memang aku risau sebab tak boleh buat sengkak tu. Mak aku cakap, tak pe, nanti udin dah masuk 6 bulan, boleh la buat sengkak tu sebab dah tak sakit dah. Tapi bila dah melalui tempoh berpantang dengan perut yang ada kesan jahitan ni membuatkan aku rasa sangat takut untuk buat sengkak ni sebab dalam berpantang tu, bila nak gerak, bangun, duduk semua akan rasa perit sikit kat kawasan jahit kan. Pastu aku tanya mak aku, sengkak tu dari mana mulanya. Mak aku cakap bawah kawasan perut dekat dengan ari-ari, nanti mak bidan akan urut lembut pastu sengkak naik ke atas perlahan-lahan. Biasanya memang tak sakit kalau bidan yang pandai mengurut ni la..so sedikit lega lah aku kan. Disebabkan mak aku pun pernah ada pengalaman czer semasa bersalinkan adik lelaki aku yang ke-7, aku menjadikan nasihat dan pendapat mak aku sebagai panduan lah kan. Mak aku dulu pun buat sengkak selepas 6 bulan bersalin.

Jadinya, bila Alauddin dah genap umur 7 bulan ari tu, aku balik la ke Manjung, kebetulan time tu nak ke Penang (entry semalam). 3 hari sebelum tu dah call opah yang mengurut aku masa aku dalam pantang ari tu buat temujanji. Jadinya, pagi jumaat tu, pukul 8 aku ke rumah opah tu bersama mak aku. Opah ni memang aku suka sebab jenis suka bercerita lepas tu tak kedekut ilmu, ramah orangnya. Sampai je rumah Opah, nyembang tanya khabar semua, terus lah sesi menyengkak. Sebelum mula, aku dengan muka tak berapa yakin dan takut-takut tanya opah, sakit ke opah nak sengkak ni...opah tu senyum je, dia cakap kalau berpantang elok tak sakit, kalau dah tak rasa sakit kat tempat jahit tak sakit.. Ok, aku redha je la masa baring depan opah.

Opah mulakan dengan Bismillah selepas tu letak minyak atas tangan, sapu perlahan-lahan kat perut aku, urut ke kiri ke kanan tanpa ada tekanan. Dah lumur separuh perut aku dengan minyak tu, Opah mulakan dengan sepotong ayat Al-Quran, opah pun lurut dari kiri ke kanan berkali-kali, tekan lembut lurut lagi..sebelah kanan pun begitu juga. Selepas tu opah tekan sikit kat bawah tempat jahitan opah tanya "Ada rasa sakit tak?" Aku cakap tak de rasa apa. Opah pun teruskan urut dari bawah tempat jahit bawak ke atas, ulang berkali-kali sambil aku tarik nafas. Lepas tu opah urut serong sebelah kanan untuk merasa urat peranakan, macam tu jugak sebelah kiri. Opah senyum pula lepas tu..katanya, peranakan kamu elok ni, lembut je uratnya, kalau peranakan ada masalah, uratnya keras dah beurut baru lembut. Peranakan kamu ni tinggi duduknya, betul dah tempatnya, tak de ke bawah. Janganlah kamu risau ye...lembut je opah tu bercakap..Lega sangatlah aku rasa. Alhamdulillah...selesai dah..macam mak aku cakap, kalau tak de apa-apa, 10 minit aja siap dah..ye lah mak

Keluar je dari bilik tu, opah cakap aku ni risau sangat, padahal dalam perutnya elok je semuanya...hihi..tapi opah ni kata aku ni senang mendengar kata sebab opah ni mengomel walaupun dia seorang tukang urut, tapi anak-anak perempuan opah tak mendengar kata, susah nak ikut pantang larang orang perempuan, abis pantang semua dibedal lepas tu mengadu sakit itu, sakit ini, sakit urat la, sakit perut la..macam-macam katanya. Dah masuk hospital ikut la kejap nasihat opah, lepas elok tu telan balik yang dippantangkan tu..sabar la ye opah..masing-masing punya badan, pandai-pandailah deme menjaganya ye..Opah ni pun ada jual ubat kampung macam manjakani buatan sendiri, jamu untuk wanita berkahwin..mata aku ni pula ternampaklah susunan ubat-ubatan dan jamu-jamu atas meja opah tu, start la sesi interview aku pasal semua ubat jamu bagai tu..kalau dah ratu jamu tu, memang wajib rembat la kan. Manjakani opah ari tu pun dah tinggal sikit tapi opah kata belum siap lagi..nanti balik lagi sekali baru pegi amik. Sedap woo badan makan jamu ni..:)

Kesimpulannya, terpulang lah pada individu untuk melakukan urutan badan tak kira la selepas bersalin ke, untuk kecergasan ke atau apa-apa je lah..cuma pada aku memang aku suka mengurut dan mengambil nasihat orang tua-tua sebagai asas dalam kehidupan sebagai isteri. Mengurut elok dilakukan setahun 2 kali kalau badan tiada masalah apa-apa, tapi kalau memang ada rasa lenguh-lenguh, sakit urat ke, tak selesa badan, eloklah kerap mengurut kan. Kadang-kadang ada di kalangan kita yang kurang setuju dengan pendapat dan amalam orang tua-tua, tak kurang juga yang mencemuh kan, tapi setiap nasihat ada sebabnya dan tak rugi kot untuk amalkan atau lupakan saja. Alasan ala..mereka orang tua, tak banyak tahu la, tak terdedah dengan penyebaran maklumat macam zaman kita..ya..memang betul, tapi asas dari merekalah hampir apa yang ada kini kita perolehi dari usaha dan amalan mereka..:)


8 comments:

  1. waa..best nye jamu homemade...
    da lama mencari...tp xde plak org jual...huhu

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum...opah tu kat mnjg ke? Boleh x sy dptksn contact no.opah tu..?

    ReplyDelete
  3. waalaikum salam..aah..opah tu duk manjung, fasa 1E tak silap saya rumah opah tu...ni no phone opah tu 0134062168

    ReplyDelete
  4. waaa...best nye jamu manjakani tu...brp rega nye tu?

    ReplyDelete
  5. waaa...best nye jamu manjakani tu...brp rega nye tu?

    ReplyDelete
  6. sya nak tnye. sya SDA bkahwin tp blm ada ank, baru2 ni sya beurut utk naikkan pranakan, tukg urut ckp kna beurut 3x brturut2. bru skali urut, sya rsa sakit Kat pnggang dan ari2. memang mcm tu ke kesan beurut? sya serik nak pergi kli kedua ni

    ReplyDelete
  7. sya nak tnye. sya SDA bkahwin tp blm ada ank, baru2 ni sya beurut utk naikkan pranakan, tukg urut ckp kna beurut 3x brturut2. bru skali urut, sya rsa sakit Kat pnggang dan ari2. memang mcm tu ke kesan beurut? sya serik nak pergi kli kedua ni

    ReplyDelete
  8. hai, nak tnye lepas awak buat sengkak ni, boleh peknan semula x ?

    ReplyDelete