About Me

My photo
Seorang anak sulung kepada pasangan Mohd Yusof Pandak Abdul Rahman dan Hasnah Yusuf. Seorang kakak kepada 9 orang adik-adiknya. Seorang isteri kepada Nasrul Faiz Firdaus. Seorang ibu kepada seorang anak lelaki, Muhammad Alauddin. Seorang suri rumah sepenuh masa dan sepenuh tenaga ('',). Seorang businesswomen kecil-kecilan aje untuk mengisi masa yang terluang. Seorang yang simple dan mudah didekati. Terima kasih sudi menjengah blog saya yang tiada apa ini..
Powered by Blogger.

Friday, August 31, 2012

Cerita Raya Aku - Part IV

Assalamualaikum

Pengalaman berjalan raya di Kelantan pula macam mana ya?? Ayuh, aku kongsi bersama korang ye :)

21 Ogos 2012

Pagi ni perut aku semakin tak sedap. Nak makan pun rasa perut seperti sebu dan tengok makanan macam tak berminat je nak makan kan, sentuh apatah lagi. Tapi disebabkan anak menyusu badan, aku kene gagahkan diri untuk makan dan perlu untuk makan nasi juga.

Malam tadi juga Alauddin muntah 2 kali. Mungkin dia pun pening kepala kot berjalan tak benti-benti kan, ngikut mama abah dia la kan. Kesian Alauddin, nasib tak demam. Lepas muntah tu Alhamdulillah, tidur nyenyak hingga ke pagi. Pagi ni pun muntah lagi,perut tak kembung, poo poo pun ok. Mak dan mama kata pening tak hilang lagi la tu, orang  dewasa pun boleh lembik berjalan je, inikan budak kan. Check suhu badan ok je, so aku cuma pastikan aku kerap susukan Alauddin sebab susu ibu ni dalam keadaan apa sekalipun dia adalah ubat terbaik. Tapi aktifnya tetap sama, lepas muntah boleh menyengeh je kat abahnya. Sabo je la ko anak!!
 
Awal pagi abah aku dan suami dah keluar mencari restoran atau gerai yang jual nasi dagang ke, nasi minyak ke, nasi kerabu ke, nasi berlauk ke. Abah memang teringin beno nak makan semua tu kat Terengganu ni. Dan kami bernasib baik sebab pasar basah sudah mula berniaga seperi biasa. Abah beli campur-campur, nasib la sapa makan nasi apa kan. Aku makan nasi berlauk je sebab tu je yang menarik selera aku. Selesai semua kami bergerak terus ke Kelantan.
 
Perjalanan ke Kelantan pada permulaan tidak berdepan dengan masalah kesesakan jalan raya. Kami mahu menuju je Wakaf Bharu sebab aku sewa homestay di situ. Apabila masuk je ke Kelantan, jalan raya mula sesak. Biasalah, Kelantan antara negeri yang mempunyai ruang jalan yang kecik dan boleh dikatakan sempit malah jalannya juga seperti jalan di kampung-kampung walaupun berada di tengah bandar. Tahun lepas aku pergi Kota Bharu, pembinaan jambatan di bandar tu belum siap malah rangka pun tak naik lagi, tahun ni pergi separuh je siap, tu pun pendek la sangat, agak lembab pembangunan di sini. Sudahnya jalan jammed teruk dari nak masuk bandar Kota Bharu sampai la tengah bandar Kota Bharu tu.

Kebanyakkan jalan rayanya kejap lebar kang kat depan nun udoh berhimpit jadi 1 lane. Kat jambatan nak ke Wakaf Bharu cam tu la, dari 3 lane tetibe stuck berjam-jam rupanya kat jambatan 1 lane je. Sempit lak tu. Pembangunan jambatan baru pun masih terbenglakai seperti tahun lepas kami ke sini. Tak berluak pun..cenggitu la jugak.
 
Perangai pemandu teksi kat sini pun tersangatlah kurang ajarnya mengalahkan kat Kuala Lumpur. Tengah jammed pun nak hon-hon orang, lebih-lebih lagi kat traffic light yang memang kalau hijau tak bergerak pun sebabnya semua simpang nak masuk jalan yang sama, bangang kan pemandu teksi macam tu, dah memang tak bergerak ko nak hon buat apa..tu orang perak kata TENGIN!!!
 
Lagi satu kekurangan jalan raya di sini adalah ketiadaan jalan susur untuk ke kiri atau kanan dan susur u-turn..semua menggunakan lampu isyarat, tu salah satu yang menyebabkan kesesakan maha hebat kalah KL ko!! Ikut perkiraan sebelum bergerak dari Kuala Terengganu tadi, akan sampai dalam pukul 2 @ 3 petang cam tu, lepas tu check in kat homestay, terus kami ke Rantau Panjang, sebab tutupnya kedai kat situ dalam pukul 7 petang cam tu dan esok pagi baru ke Pengkalan Kubor dan terus balik Perak ikut Jeli. Tapi disebabkan jammed yang teruk, kami sampai pada jam 5 petang. Jadinya semua hanya berehat sahaja.
 
Homestay yang aku sewa ni senang je nak mencarinya. Betul-betul selepas bulatan kat Wakaf Bharu tu, depan sikit dari kedai tomyam yang berderet-deret tu, ada simpang then masuk, rumahnya yang pertama dari dari simpang. Aku sewa homestay ni kat www.iBilik.my juga. Nama homestay ni Homestay Seroja Inn Kota Bharu, Kelantan. Lokasinya kat Taman Sri Pekan, Kota Kubang Labu, Wakaf Bharu, Kelantan. Contact person 019-9323361 Puan Wan Shahriza. Aku sertakan sekali pic homestay tu ye..:)
 
 
 
Inilah rumahnya. Sebuah Banglo setingkat 4 bilik tidur yang super luas. Semalam hanya RM220 sahaja.

 
Halaman yang menarik dan decoration yang sangat cantik. Siap ada kolam ikan lagi :)

 
Ruang porch yang luas, selesa untuk parking 3 buah kereta. Yang budak-budaknya seronok sangatlah main kejar-kejar kan.

 
Ruang tamu yang selesa dan berkarpet lembut. Seronok Alauddin merangkak ke sana ke mari. Ligat!!



 
Ruang tamu di tingkat atas. Kat tingkat atas ni ada 3 bilik yang luas. Nampak tak ada bilik kat tepi tu. Tu bilik adik-adik aku dan adik-adik suami aku. Luas sangat dan memang muat untuk 4 orang anak dara tidur dalam tu. So selesa la budak-budak sebab deme tidur dalam bilik ramai-ramai. Maklumlah kalau dah jumpa kawan nak tidur berkepit je la kan. Yang bujangnya tidur kat ruang tamu ni, bujangnya 2 orang je pun..

 
Antara bilik di tingkat atas. Ni bilik mak dan abah aku. Tepi bilik ni ada bilik air. Rumah ni ada 3 bilik air, 1 kat bawah dan 2 kat atas.

 
Ni bilik aku dan suami. Mula-mula aku suruh mak abah aku tidur bilik ni, tapi abah suruh aku tidur sini sebab tak nak Alauddin kepanasan, sayang beno ke cucunya pun. Dalam bilik ni ada bilik air dan beraircond. Bilik ni sangat luas, sesuailah dengan namanya master bedroom.
 
 
Aktiviti malam hari adalah menjelajahi Wakaf Che Yeh. Abah-abah tak nak join aktiviti ni, penat tak hilang lagi, so deme nak berehat depan tv seperti selalunya, so suami la yang drive exora. Alhamdulillah, Alauddin tak muntah dah. Tapi aku yang rasa macam nak demam, dan dari semalam sampai malam selepas maghrib dah  kali aku muntah dan cerry berry. Suami siap suspect aku PREGNANT!! Hahahahahaha..pastu bila aku kata MUNGKIN LA KOT, dia pula yang gelabah..risau pulak aku pregnant..ntah apa-apa..siap nak beli pregnancy test lagi..haru betul la laki aku ni.
 
Tapi sebab gedik nak berjalan, ku gagahkan juga kaki melangkak ke dalam kereta. Angin yang bertiup rasa dingin je, suami cakap macam nak hujan je ni. Hope tak de la hujan kan. Wakaf Che Yeh dekat je dengan homestay kami tapi sebab perjalanannya menempuh jambatan sempit petang tadi. Setengah jam jugaklah nak sampai ke sana.
 
Sampai je tekak aku rasa tak sedap, sekali aku muntah lagi. Perut masih tak sihat la ni. Sebeum keluar tadi aku makan roti kosong dengan air milo je. Makan nasi pun tak abis.Lepas tu kami terus berpecah dua, aku dan suami berjalan ke lorong lain, mak, mama dan adik-adik ke lorong lain. Yang bestnya kat Wakaf Che Yeh ni banyak kedai menjual pakaian lelaki, suami aku sakan lah mengusha sebab salah satu tujuannya nak mencari seluar pendek dan t-shirt. Tengah duk berjalan hujan turun laju terus tapi sederhana halus. Nasib masa tu aku berjalan bawah deretan kedai, Alauddin tak kena hujan lah. Hujannya turun tanpa isyarat, tetiba je lebat.
 
Sementara aku berteduh bawah kedai tu, macam-macam la aku perhatikan. Kebanyakkan peniaga kat sini menggunakan kain canvas sebagai bumbung kedai macam kat pasar malam tu, berderet sambung dari 1 meja ke meja lain. Bila hujan, canvas ni akan menakung air kan, so bila sesekali angin bertiup, air yang bertakung tu akan melimpah ke bawah...dan yang sadisnya nasiblah sesiapa yang lalu kat bawah air bertakung tu kemudian air akan melimpah ke bawah dan....abis lenjun baju kome bila terkena..airnya banyak ok..lebih 10 orang aku tengok yang datang berjalan kering bajunya balik lenjun abis. Kesian pun ada, kelakar pun ada sebab macam-macam aksi deme bila terkena air tu. Ada yang melatah bersilat kat situ, yang aweks akan merengek sebab baju raya basah, tudung raya terkepek kat muka, dah tak comeyy arr nak balik rumah kan, yang bujangnya ada yang sengih kerang je, ada yang maki hamun, ada yang sempat melompat mengelak dan ada yang redha je la masa air turun mengena badan malah meneruskan perjalanan tanpa menolah ke belakang dah...aduiii
 
Hujan bertambah lebat, dekat sejam jugak aku duk kat kedai baju tu. Suami pula dah selesai beli t-shirtnya. Kalau tunggu hujan berenti tengah malam pun tak balik lagi so bila nampak hujan macam renyai-renyai je, aku guna t-shirt yang laki aku beli tadi, serkup kepala Alauddin, berjalan dengan sepantas mungkin. Beberapa kali berhenti berteduh sampai kat jalan besar nak melintas ke seberang sebab park kereta kat situ. Alauddin pula meraung marah aku serkup kepalanya. Aku punya menggelabah Allah je la yang tahu, takut sangat kepala Alauddin kene hujan. Sebelum seberang suami pegang Alauddin pastu tukar tshirt lain, suami tutup kepala Alauddin tapi bagi Alauddin nampak luar, mungkin dia mengamuk sebab aku serkup sekali mukanya, gelap la kot dia rasa kan, suami aku bawak dia senyap je sampai ke seberang.
 
Sekali lagi aku muntah kat tepi longkang tepi kedai tu, lembik kejap aku. Adoiii..tak tahu silap makan apa. Masuk kereta..lega dah. 10 minit selepas itu, group kedua sampai, terus la balik. Tak de menda pun dibelinya, mak aku beli kain batik je 3 pasang, tu pun sebelum hujan turun. Katanya nak beli cadar dengan sarung bantal tapi sebab hujan semua tak jadi. Mama tak beli apa pun. Balik je la terus..
 
Sampai je rumah perut aku sangatlah lapar. Tengok adik aku tengah ready nak goreng ayam segera ayamas tu, aku order 2 ketul. Deme pun tengah lapar, maklumlah kat luar hujan kan. Tapi larat makan seketul je, nasib ayamnya besar dan ada banyak isi. Kenyang la jugak. Boleh la Alauddin menyusu malam karang kan.
 
Esok pagi katanya nak gerak awal pagi, pukul 9 pagi cam tu. Keputusan terakhir yang suami aku buat kami pergi ke Pengkalan Kubor je la, sebab paling dekat dengan homestay, tak sampai setengah jam pun kalau tak jammed. Tapi Rantau Panjang sejam lebih sikit nak sampai sana. Semua setuju la, janji dapat shopping kan.
 
Next entry aku share apa sangat lah yang dishopping kat Pengkalan Kubor tu kan...juga pengalaman balik raya ke Perak yang melalui jalan Grik yang berbukit bukau, berselekoh tajam bagai..
 
as-salam :)
 
 
 



 


Wednesday, August 29, 2012

Cerita Raya Aku - Part III

Assalamualaikum

Kita teruskan pengembaraan raya kami di Terengganu pula ye..:)

20 Ogos 2012

Perjalanan ke Terengganu pada permulaannya berjalan lancar walaupun aliran trafik hanya lebih kurang 60km/j je. Sepanjang perjalanan permandangan hanyalah hijau aje sebab kiri hutan kanan pun hutan.
 
Masuk je Chukai, pemandangan berubah. Nampak laut je sepanjang perjalanan, dengan pokok kelapa kiri kanan, pastu rumah kampung sebuah sana sebuah sini. Suka sangat pemandangan macam ni. Sepanjang Chukai ke Kemaman, ada banyak gerai orang menjual keropok keping, sata dan keropok lekor yang paling sedap dalam dunia..hahaha..kalau nak cari sata paling sedap, datang la Kemaman ye. Tapi sepanjang jalan dari Chukai ke Kemaman jammed teruk, panjang giler kereta sampai la ke traffic light nak ke Dungun.
 
Aku pula dari pagi tadi perut macam tak sedap. Itu lah makan macam-macam sumbat dalam perut mulalah rasa nak mencerry berry kan. Tapi bukan pun sebenarnya, lebih kepada membuang angin je. Mak aku memang dah kabo awal-awal nak singgah beli sata. Paling banyak gerai sata adalah di seberang kanan, tapi kami di seberang kiri, dengan jammed teruknya sudahnya abah ke depan terus sampai la jumpa satu-satunya gerai sata di seberang kiri. Sebiji RM0.40 je, mak beli RM10 dapatlah 25 biji. Sejam lebih jugaklah kami duk tersangkut dalam jammed tu.
 
Sampai je kat simpang empat baru la tahu kenapa teruk beno jammed nya, traffic light kat simpang empat tu mampos!!! Polis pula sorang pun tak turun, beraya sakan la kot. Elok lepas simpang empat tu, ada Petronas, berenti la kejap nak redakan jammed sebab depan tu ada lagi simpang empat, dan jalan masih jammed lagi tapi bergerak dengan perlahan.
 
Sekali kat Petronas tu ramai sungguh la yang berenti berehat sebab letih mengharung jammed tadi. Elok pula sebelah Petronas orang jual air jambu batu campur asam boi, terbaik la untuk anak tekak ni kan. Waktu sepatutnya sampai agak lari dari yang asal, masa ni dah pukul 3 petang dah..
 
Homestay di Kuala Terengganu aku sewa di Mercu Homestay, Taman Desa Perwira, Tok Jembal, Kuala Terengganu, kat www.iBilik.my juga.Tuan tanah ni sampai kami meninggalkan rumah tak berjumpa langsung. Hanya berurusan melalui phone sahaja, kunci rumah sudah diberitahu dia simpan di mana, kami sampai teruslah masuk aje.
 
 
 
Ini je la pic yang ada kat websitenya. Aku pula langsung tak teringat nak snap pic dalam rumah. Nanti aku cerita dalam rumah ni ye
 
 
Rumah Teres Semi D yang terletak dalam kawasan taman perumahan yang ramai orang sekelilingnya, sangat besar tapi agak kurang dijaga di dalamnya. Rupanya tuan tanah ni upah orang juga duduk dekat area Tok Jembal ni untuk mengemas dan menjaga hommestay dia. Dalam rumah banyak pengubahsuaian dibuat, perabot dan susun atur barang dalam rumah ada ciri mewah, ruang tamu super luas, ada 1 bilik master bedroom, beraircond, ada bilik air, 2 bilik tidur lain yang luas juga, semua katil queen size, 1 bilik air kat luar, cuma dapurnya agak terpencil kat belakang dan nampak kecik sikit sebab dapurnya bersegi empat sama. Air paip bilik mandi agak berbau, bau tanah rasanya sebab suami aku nampak ada paip lain kat halaman rumah tempat air dalam tanah naik, cam tu cakapnya, aku pun tak paham, tapi airnya sedikit berbau la..yang lain memang puas hati. Sesiapa nak mencari homestay di Kuala Terengganu, boleh contact tuan tanah ni 010-5022342 (Hasiah) atau 011-19976833 (Kak Dah).
 
Sampai pun dah petang, pukul 6 macam tu, so planning nak ke Pasar Payang memang terbantut terus sebab Pasar Payang tutup pukul 6 lebih cam tu. Masing-masing pun ah penat kan, Alauddin pula mulalah start enjin nak tidur..merengek la tu..lepas Alauddin tidur, aku pun bangun, tetiba kat pergelangan kaki aku terasa de mende mencucuk, aku raba, tak de pe pun atas tilam tu, sekali lagi gerak kaki, rasa lagi mende tajam mencucuk, aku raba sungguh, rupenya ada PIN NAPKIN BUDAK SAIZ BESAR tu tercacak ke atas!!!!! Menjerit aku tanda marah sebab orang yang mengemas bilik ni nampak beno cuainya!! Nasib kene kat aku, kalau kene kat Alauddin cam ne la kan. Tapi kejap je marahnya, aku keluarkan dan terus buang supaya lain orang yang masuk selepas aku tidak mengalami nasib yang sama macam aku..lega...
 
Tetiba teringat sata mak beli tadi. Laju je aku amik plastik tu, makan sebiji...sedap gile!!! Tak pernah jumpa sedap cam ni, dengan warna kelabu gelapnya, ikan memang terasa, pastu ramuan dia lain dari sata-sata negeri lain, ada bawang, ada cili api, bila gigit, pedas tak ingat tapi laju je makan. Orang kata lagi pedas lagi asyik kan..Dapatlah makan 3 biji sebab orang lain pun nak makan juga kan. Siap mengomel kat mak aku, ngape beli sikit beno, manalah mak aku tahu sedap ghupe itu kan...lain kali pegi Kuala Terengganu confirm memang singgah la gerai sata ni.
 
Malam tu kami keluar berjalan ke Mydin Hypermarket Kuala Terengganu. Dua-dua abah dah penat siang hari, so malam deme nak berehat sambil melayan cerita tv. Laki aku yang drive. Seronok beno la laki aku masa petang tadi lalu depan Mydin sebelum nak ke homestay kami tu. Dapat juga jumpa pak sedara kat Kuala Terengganu ni kan...:) Budak-budak biasalah, apalagi yang dibelinya kalau bukan vitagen la, yogurt drink macam-macam perisa la, coklat itu, coklat ini, semua barang makan je, nasib kome ada duit raya memasing kan. Mak dan mama beli ikan 2 jenis untuk masak esok tengah hari, ayam goreng segera ayamas sepaket, nugget 2 paket dan fries sepaket. Orang memang la ramai, berlanggar-langgar punggung dan yang pastinya hampir semua datang bershopping dengan berbaju kurung bermanik bagai, bertudung silau silang sepit semua la, tandanya deme pun baru balik dari berjalan raya mencari bahan-bahan memasak dan makanan seperti kami.
 
So, sampai rumah jam 11 malam, semua terus masuk tidur la. Abah aku plan sarapan esok nak cari nasi berlauk, nasi dagang, nasi kerabu dan nasi minyak, katanya datang ke Kuala Terengganu takkan cari nasi lemak kot kan. Raya ketiga mesti orang dah mula berniaga kan.
 
Disebabkan esok pagi nak bertolak ke Kelantan untuk sesi berjalan yang seterusnya, jadi suami mencadangkan bertolak seawal mungkin untuk mengelakkan jammed sebabnya mama dan mak nak bershopping pinggan mangkuk, periuk belanga bagai kat Pengkalan Kubor dan Rantau Panjang. Kedua-dua tempat tu memang dah pernah pergi tahun lepas bersama famili mertua, so dah tahu selok belok dan apa barang yang dijual di kedua-dua tempat tu. Sama je pun barang-barang dan harga pun kebanyakkan adalah sama dan kalau berbeza pun hanyalah sedikit sahaja. Tapi Pengkalan Kubor lebih besar kawasan shopping dari Rantau Panjang dan lebih dekat dari homestay yang bakal kami inap di Kota Bharu, hanya 38km sahaja. So, keputusan sebulat suara memilih Pengkalan Kubor.
 
Ok, dah panjang sangat ni, next entry sambung cerita kat Kelantan pula ya..As-salam :)
 
 
 



Tuesday, August 28, 2012

Cerita Raya Aku - Part II

Assalamualaikum

Ok, entry kali ni nak terus sambung kisah raya aku pada 1 Syawal baru-baru ni..:)
 
19 Ogos 2012
 
Bangun seawal 6.30 pagi, keletung keletang mak aku kat dapur, mama pula bersila cantik tepi pintu bilik aku duk mengiron baju melayu dan baju kurung, abah aku pula bersilat kat halaman rumah mencuci van, exora dan saga, jirus air je pun, bukan kotor mana kan. Yang lain masih melingkar dalam selimut.
 
Aku teringat setiap kali pagi 1 Syawal abah akan mengingatkan anak-anaknya supaya mandi sunat pagi raya. Kini tiba giliran aku mengingatkan suami pasal ini dan suami menurut perintah je, seperti tahun lepas juga. Makanan pagi dah tersedia terhidang atas meja makan.  Walaupun bukan di rumah sendiri, tapi hidangan hari raya tetap ada. Mak aku masak Kuah Lontong, nasi impit dah rebus malam tadi, ada rendang ayam dan rendang daging. Yang takdenye pulut memulut je. Yang ni kene pergi beraya rumah orang lah jawabnya kalau nak merasa kan.
 
Sediakan baju melayu suami dan Alauddin. Selesai pakaikan suami sampin, kaum lelaki semua bersantap la sebelum bersembahyang raya. Tinggallah kaum wanita di rumah. Then, mama tanya Alauddin ada sampin tak, sebab baju melayu mama yang belikan, sampinnya tak jumpa cari yang saiz kecik. Jalan-jalan kat kedai baju kat depan Tesco Kuala Selangor ari tu jumpa sampin warna biru laut cam abahnya, untuk budak umur setahun. Aku pula memang tak pernah try kat Alauddin. Pagi ni baru ukur kat si tecik, labuh sama dengan seluar pula, nasib mama bawa jarum dan benang, elok pula kaler biru laut tu. Mama pun lipat selapis bawah sampin then jahit, lepas tu ubah pin sangkut sebab longgar. Baru la encem anak mama pakai baju melayu kan :)
 
Pukul 10 pagi, kaum lelaki tiba di rumah. Semua orang sudah bersiap melawa bagai dengan baju raya masing-masing. Tibalah sesi bermaafan. Part ni memang famili aku touching lain macam sikit. Biasanya kalau kat rumah sendiri memang banjir la kejap abah dan kami semua time bersalaman ni. Rupenya kat rumah orang pun kami berbanjir juga..memang sedih wooo..nampak sangat masing-masing banyak dosa dengan mak abah kan..minta ampun , halalkan makan dan minum kami abah, mak..:)
 
Tapi sebelah suami memang tiada budaya sebegini, aku tak tahu kenapa. Teringat raya tahun lepas 1 Syawal di Manjung, selepas aku bersalam dengan abah, suami ambil giliran pula. Semasa bersalam dengan abah, ada sendu di pihak suami, mungkin baru merasa nikmat bersalaman di pagi raya dengan abah walaupun bukan abah sendiri..
 
Selepas tu sesi bergambar la pula. Dah lap air mata semua, betulkan bedak lipstik bagai..ni lah hasilnya..kita layan je la gambar-gambar kat bawah ni ye :)
 
 
3 happy family at home :)

 
Bersama famili aku

 
Bersama family suami

 
Bersama tok suami

 
Kami yang masih bertiga..itu budak kene paksa pakai songkok. Berpeluh mak nak pujuk!!

 
Kesudahannya!!

 
Bersama my hubby :)

 
Lepas dapat duit raya dari Atok, baru boleh letak songkok dan bergambar..kalau tak jangan harap lah
 
 Sebenarnya tak merancang pun semua nak berbaju biru di pagi raya. Masa awal puasa tak de pun yang kata nak beli baju raya warna biru. Bila tiba pagi ni, tengok semua berbaju biru. Dalam ramai-ramai tu abah aku je yang berbaju melayu tahun lepas, malas nak beli katanya sebab dia lebih banyak bershopping baju kemeja dengan seluar, itu lagi banyak nak pakai dari baju melayu katanya. Orang lelaki apa kesah kan. Pak mertua aku je senang, setiap tahun memang dia redha je apa warna baju melayunya, apa pesennya sebab semua mama yang sediakan. Orang tua tu sarung je kat badan.
 
Pukul 11 pagi bergerak ke Kampung Sabak, Rompin untuk beraya di kampung sebelah mak aku. Tahun ni kan giliran kampung mak pula. Sebelum sampai ke kampung, singgah dulu melawat kubur arwah Tok, selesaikan perkara yang patut, kami meneruskan perjalanan ke kampung mak.
 
Sampai kampung mak, kami terus ke rumah abang mak no. 4. Mak Cik Ana, isterinya memang setiap tahun akan masak laksa pahang. Sedapnya bukan main. Aku ni memang selepas bersalin sampai la ni tak sentuh lagi laksa, patuh kan aku pesanan mak dengan opah urut aku tu. Tapi laksa Mak Cik Ana aku lain sikt, deme guna ikan kembung je, lepas tu laksa buat sendiri dan yang penting kuahnya tak letak bunga kantan..so boleh la aku makan...hoho..pantangnya cuma bunga kantan je sebab orang tua kata asal kejadian bunga kantan tu kan dari kuncup mengembang ke atas, so tak elok untuk peranakan kita, seolah-olah peranakan kita akan kembang seperti kembangnya bunga kantan tu..kata orang tua la..tak de hal pun nak ikut..nak bantai pun terpulang..jangan pula nanti de yang sampai cari research paper merata alam kat google tu kan pasal bunga kantan ni..udoh ceredik beno semua mende nak berresearch bagaikan..terpulang ye..:)
 
Selain laksa pahang, ada juga kuah kacang, nasi impit, kuih muih raya. Bila dah bantai 2 pinggan laksa (pinggannya comel bebeno, 5 suap udoh abis, tu yang kene tambah 2 kali tu..alasan!!!!), aku ingat nak makan nasi impit dengan kuah kacang pula sebab aku rasa tak lengkap raya kalau tak makan kuah kacang. Tapi tak dan sebab mak aku ajak beraya rumah kakak tok, kami panggil Tok Andak, kiranya mak sedara mak la kan. Sudahnya makan nasi impit dengan kuah kacang kat situ la. Kejap je singgahnya. Lepas tu ke rumah Pak Andak, abang mak no. 3, ada lemang pula, lemak elok lemangnya, abah aku memang makan sunguh-sunguh la sebab baru ni la pun jumpa lemangnya. Tahun - tahun lepas abah buat lemang sendiri sebab abah jenis payah nak puas hati kalau beli lemang kat tepi jalan nun..tak elok masak la, pulut seroi la, tak lemak la, macam-macam, tapi nasib rumah Pak Andak ni sedap bangat!!
 
Lepas tu berjalan pula ke kampung lain melawat mak saudara mak yang katanya sedang sakit dan nampak agak uzur. Ceritanya beberapa hari sebelum raya, terjatuh di bilik air, terus kene angin ahmar, lumpuh sebelah kiri. Bercakap terus tak boleh dan hanya boleh menggerakkan biji mata dan tangan kanan masih boleh memegang tangan orang yang melawat. Makan pun guna tiub masuk ke mulut. Memang kesian sangat. Selalu duk pesan kat mak abah berhati-hati berjalan kat bilik air ke dapur sebab tempat biasa licin ni risau kalau terjatuh kan..nauzubillah..minta dijauhkan lah..
 
Lepas tu pergi pula rumah abang mak no.2 kat kampung depan sikit. Semua rumah kami singgah sekejap je dalam 20 minit cam tu sebab abah aku memang jenis suka berjalan kejap-kejap je ke rumah orang. Selesai semua kami bertolak semula ke Kuantan, tapi singgah rumah Ayah Lang, abang abah no. 2.
 
 Tiba di Kuantan pukul 6 petang lebih kurang. Berehat sekejap, mak aku siap memasak kat dapur untuk makanan malam. Pesen keluarga abah aku ni time raya ke bukan raya ke, memang akan mencari nasi putih juga. Tak maunya makan lemang, pulut, nasi impit je sampai ke malam, mesti nak masuk nasi juga dalam perut. Orang kampung lah katakan. Sementara menunggu tu, kami 3 beranak bersama adik aku Syikin ke rumah Tuk, melawat mak aku pula. Mak ada kat rumah Tok sebab adik beradik lelaki mak yang lain tahun ni beraya ke rumah bini masing-masing., jadi mak tolong tok masak lah. Rumah tok aku lorong belakang rumah Ayah Lang. Lepas la rindu dekat mak kan, walaupun sebelum puasa ada tengok mak juga. Selesai apa yang patut, pulang semula ke rumah Ayah Lang.
 
Sampai je hidangan dah sedia atas meja, tunggu nak bersantap je. Lepas makan masing-masing dah letih la..mulalah melepek je atas kerusi kan. Suami dah mula pening-pening lalat sebab dari pagi memandu tak sudah-sudah, kami bergerak pulang ke homestay pukul 9 malam cam tu. Mak dengan abah nak singgah rumah Mak Teh Melor, mak sedara mak juga kat area Kuantan, jadinya kami semua balik dulu la, mak ngan abah je pegi sebab mak kata tak sedap la Mak Teh Melor tahu mak balik Pahang tapi tak menyinggah ke rumahnya. Mak aku orangnya jenis menjaga hati orang lain..Ye lah, bukan selalu pun balik kan..:)
 
Planning asal pagi raya tadi malam ni nak buat BBQ la sebab tengok ada set BBQ kat homestay ni. Bila dah sesi berjalan rayanya selesai lewat malam, semua pula dah penat, abah ambil keputusan membeli makanan ringan untuk ngunyah-ngunyah je la. Si Wan, Farah dan Syuhada pun datang juga malam tu ke homestay kami. Sampai ke tengah malam jugak la sesi makan tak berentinya. Ada yang mengulang makan nasi, makan kuih raya, makan kacang la. Sepinggan nasi aku bedal, tengok abah pula makan meggi kari telur kuning cair, bantai semangkuk juga. Lepas tu abiskan meggi goreng mak aku, tersandar kejap. Alauddin pun bantai join sekali. Semua kuih raya aku suap, tak de nak pantang sangat la, bagi merasa bukan buat penyakit pun kan. Malam tu memang lewat la dia tidur, semua orang dah tidur, tapi dia nak main lagi, mata dah ngantuk..budak kan..Sudahnya pukul 1 pagi baru la lena tidurnya.
 
Esok pagi kami semua akan bergerak ke Kuala Terengganu, Terengganu. Kan tahun ni raya kami berjalan ke 3 negeri pantai timur..beraya sambil makan angin lah kononnya..
 
Next entry cerita pasal raya sambil berjalan ke Terengganu pula ye..:) As salam
 
 

 
 
 
 

Monday, August 27, 2012

Cerita Raya Aku - Part 1

Assalamualaikum
 
Masih belum terlambat kan untuk aku ucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin pada korang semua ye..Raya kan sebulan..muahahaha..
 
Camne sambutan Hari Raya kome semua? Mesti meriah kan..Alhamdulillah..Aku saja la nak berkongsi sambutan Hari Raya aku bersama keluarga tersayang ye. Aku cerita ikut kronologi je la..senang sikit aku rasa. Enjoy reading yea :)
 
18 Ogos 2012
 
Famili aku bertolak dari Manjung selepas bersahur pada hari terakhir berpuasa tu, sampai Kuala Selangor pukul 9 pagi. Abah nak berehat, nak lelapkan mata sekejap, maklumlah dah berumur ni bawak kereta cepat letih. Call mak mertua katanya barang-barang, baju semua dah siap letak depan pintu, tunggu nak nyusun dalam kereta ja. Sambil cakap dalam telepon tu tengah merendang daging dengan ayam kat dapur. Lagi sikit nak siap masak katanya..ok mama..:)
 
Pukul 10.30 pagi kami bergerak dari Kuala Selangor dan keluarga mertua bergerak dari Puchong. InsyaAllah planningnya berjumpa di hentian Genting Sempah.
 
Dari Kuala Selangor hingga ke sebelum susur naik Genting tu, Alhamdulillah, trafik lancar sesangat. Perkara yang merisaukan kami adalah condition van abah. Kadang-kadang bila jalan jauh, enjin cepat panas. Suami memang sentiasa alert kot-kot abah bagi emergency signal untuk berhenti seketika menyejukkan enjinnya. Cuaca juga sangat membantu dan perjalanan kami lancar.
 
Sehingga la kami sudah naik Genting. Jalan sudah mula jammed dan kereta bergerak serupa siput sedut dan kadang-kadang tak bergerak langsung. Ujian kesabaran di bulan Ramadhan sudah bermula. Pada ketika ini van abah di depan sebab menyelit ke kiri ke kanan sudahnya abah dahulu dari kami. Call mama katanya dia pun sedang melalui jalan yang sama cumanya deme ke belakang sikit sebab sangkut nak masuk susur ke Genting tadi.
 
Tetiba suami terperasan macam van abah yang berhenti di bahu jalan. Kami juga turut berhenti. Temparature van naik mendadak, biasalah jalan jammed tak bergerak-gerak, van tua abah pun semput juga. Tunggu enjin sejuk untuk tuang air, maybe kering kot, suspect bocor sebab abah sudah isi air penuh. Tak lama lepas tu mama lalu, berhenti di depan. Ketika berehat ini juga terlihat perangai manusia baghal yang ikut suka hati mak pak dia potong line ikut kiri, macam orang tak de hati perut tengok orang lain pun duk beratur sekali. Tak pasal-pasal nyaris seorang mat motor bertembung dengan kereta wira baghal yang tetiba keluar dari line potong ikut kiri. Mamat motor tu jerit B*** dengan jelas sekali..marah bebeno la maknenye tu!!
 
Disebabkan dalam Exora mama ada tok yang sudah uzur, suami meminta mama meneruskan perjalanan sehingga ke hentian Genting Sempah yang dah tak berapa jauh tu sebab takut tok rasa pening-pening ke, nak muntah ke berhenti lama-lama ni kan. Setengah jam selepas itu, kami pun bergerak. Perjalanan lancar walaupun perlahan.
 
Disebabkan dah berhenti tadi, so kami teruskan je lah perjalanan tanpa berhenti di hentian rehat Genting Sempah. Suami pun call mama maklum teruskan perjalanan dan akan berhenti lagi di hentian Temerloh.
 
Sebelum nak sampai hentian Temerloh, jalan jammed teruk, tapi masih bergerak dalam keadaan hujan yang renyai-renyai. Kami laki bini suspect kemalangan sebab jalan tu lurus je tak mungkin jammed tetibe, bukan de susur pun. Dan tekaan kami tepat, ada kemalangan antara 2 buah kereta di tengah-tengah jalan, dan sebelah jalan ditutup, tu yang menyebabkan jammed. Dalam 5km je pun nak sampai hentian Temerloh.
 
Sambil menunggu mama yang masih sangkut akibat kemalangan tersebut, sebab mama lambat sikit bergerak dari hentian tadi, abah sempat la cek kondisi van sambil betul urat pinggang. Perjalanan pun tak juah dah, ada lagi sejam je pun nak sampai ke Gambang, Kuantan. Sempat jugaklah mak aku membeli 3 jenis kuih raya, dari rumah aku duk cakap 1 jenis kuih raya pun tak sempat membeli lagi ni, tak rasa cam raya pun sebab tak de kuih raya. Tu yang dibelinya kat hentian tu. Dapatlah kuih kapit sebungkus, kuih bangkit sebungkus dengan kuih putu kacang sebungkus, 3 bungkus RM20 ye kome.
 
Mama sampai hentian Temerloh, abah keluar kejap buang air, perjalanan diteruskan selepas itu. Alhamdulillah, perjalanan sangatlah lancarnya sehinggalah kami keluar ikut susur Setia Jaya sebab nak terus ke Homestay Idaman at Gambang Water Park.
 
Pukul 3.30 petang, sampai je kat homestay tu, tuan tanah dah menunggu ketibaan kami sekeluarga. Tengok je keadaan rumah, masuk dalam rumah, bau semerbak harum, hilang terus penat berjalan tadi. Selesai urusan dengan tuan tanah, turunkan barang semua, pilih bilik masing-masing..terus terbaring..sedapnya lah dapat landing selepas berejam duduk je dalam kereta kan. Paling seronoknya Alauddin la sebabnya dapat bebas ke sana ke sini, panjat sana panjat sini..galak sungguh la.
 
Keadaan rumah sungguh puas hati. Persekitarannya bersih, dalam rumah pun bersih, wangi, bilik air bersih, barangan dapur juga hampir lengkap seperti rumah sendiri je lagaknya. Harga semalam hanya RM200 sahaja dan kami menyewa 2 malam, dengan 3 bilik tidur yang selesa, master bedroom beraircond dan 2 bilik air yang besar. Mesin basuh disediakan dan ruang menyidai pakaian juga amatlah luas dan selesa. Memang berbaloi menyewa homestay ni. Sampaikan suami kata lain kali kita ke Kuantan kita sewa je homestay abang ni..Oh ya, tuan tanah iaitu En. Hatim juga sangatlah peramah dan baik hati melayan sebarang pertanyaan kami semua..TERBAEEKKKK la..
 
Makanan memang mama dah siap prepare dari rumah, so makanan berbuka hari ini mudah sahaja. Memang request dari mak dan mama nak kan homestay yang boleh memasak. So menu berbuka adalah nasi putih bersama pelbagai lauk pauk antaranya rendang ayam , rendang daging, sardin, ikan masin, sambal belacan, terung goreng berlada, teh o ais dan nescafe ais.
 
Malam hari adalah sesi berehat-rehat depan tv sambil menunggu giliran menggosok baju raya untuk esok hari. Malam ni sesi famili aku, dulu aku la tukang iron baju semua orang, tapi kini si Ila yang amik tugas mengiron baju. Subuh nanti keluarga mama pula, deme tak ramai pun pastu de anak laki sorang, anak perempuan sorang..hihi..kejap je nak siapnya pun.

Sambil menunggu pengumuman raya, padahal confirm raya pun kan, mama bukak bekas  biskut raya yang dibawanya dari rumah, Biskut raya ni beli dengan jiran kat rumah mama, memang sedap sangat biskut dia. Tahun ni tahun kedua mama order biskut dari dia. Biskut nestum, biskut suji dengan biskut cornflakes. Semua jenis cair dalam mulut.

 
 Malam tu semua melepek je la, sambil menunggu 1 Syawal esoknya kan. So, aku tempek la pic rumah homestay yang pada aku memang selesa dan berbaloi menyewa ni, mana tahu ada yang terasa nak menyewa juga kalau berjalan ke Kuantan atau Gambang kan..:)
 
 
 
Padangan sisi halaman rumah. Siap ada gazebo dan peralatan BBQ set. Parking yang boleh memuatkan 1 van, 1 exora dan 1 saga

 
Pandangan hadapan halaman rumah. Lapang tau laman rumah ni

 
Ruang tamu yang luas dan selesa. Cuma kipas siling yang terlalu tinggi, tak rasa angin kipas pun. Tapi kawasan rumah tak panas, nasib baik :)

 
Ruang makan yang juga luas dan selesa untuk 3 buah keluarga yang agak besar.

 
Ruang memasak dan dapur. Standard dapur 2 tungku dan sebuah peti ais 2 pintu. Bersih peti aisnya dan tidak berbau.

 
Master bedroom yang lebar, ada bilik air dalamnya, katil queen size dan sebuah katil lipat di tepi dinding, bawah aircond. Ni bilik famili mama sebab luas dan selesa untuk tok.

 
Bilik kedua, katil queen size dan sebuah almari pakaian. Ni bilik aku dan suami.

 
Bilik ketiga, katil queen size dan sebuah almari pakaian. Ni bilik mak abah aku.
 
 
Aku tempah homestay ni kat www.iBilik.my je, senang berurusan dan feedback juga dalam 24 jam je dieorang akan reply sama ada homestay yang kita nak booking tu masih kosong atau sudah ada yang booking.  Banyak juga pilihan homestay lain dan ada juga ulasan dari mereka yang pernah menyewa. Tapi boleh juga berurusan terus dengan tuan tanah, En. Hatim. InsyaAllah boleh dapat harga discount lagi, call je no ni Encik Hatim 019-9884778.
 
 
Next entry baru aku kongsikan cerita dan pics sambutan 1 Syawal kami sekeluarga ye..daa..:)
 
 

 
 

Saturday, August 18, 2012

Tak Sabar Nak Raya (^^,)

Assalamualaikum

Esok pagi akan memulakan perjalanan ke Kuantan, Pahang dengan 3 buah kenderaan. Mertua juga ikut bersama beraya dengan famili aku. Tak de masalah, lagi ramai lagi meriah kata mak aku. Maklumlah deme ni besan yang kamceng. Seronok beno kalau dapat join pegi mana-mana bersama-sama. Cerita panjang tak guna, aku listkan je la apa yang dah settle sementara nak tunggu esoknye

1. Pakaian semua dan siap masuk beg, tadi dah susun separuh dalam kereta sebab nak budget space kot ada ruang lagi. Ya, barang sangatlah banyak ye..

2. Disebabkan kami datang dengan 3 buah keluarga, aku dan suami memang dah cari homestay yang super besar setelah mengkaji semua aspek. Tok suami beraya bersama kami tahun ni dan sudah uzur, itu sebab utama kami memilih homestay dan tidak hotel atau apartment.  

3. Tahun ni kami bercadang untuk beraya sambil bercuti dan berjalan sakan. Disebabkan tahun ni balik Pahang. abah cadang kita round semua negeri pantai timur. So, perancangannya malam sebelum raya dan raya pertama bermalam di Kuantan. Pahang, raya kedua berjalan ke Kuala Terengganu dan bermalam di sana, raya ketiga bermalam di Kota Bharu, Kelantan. Raya keempat pula bertolak pulang ke Perak ikut Grik dan akan singgah di Tasek Raban rumah Ayah Lop, lepas tu ke Lahad rumah Mak Cu, dan pulang ke Manjung selepas itu. InsyaAllah, semoga dipermudahkan oleh Allah S.W.T

4. Alhamdulillah, homestay yang dicari juga menepati kehendak dan kriteria yang kami cari, yang penting 4 bilik dan ada kemudahan asas sesebuah homestay. Diharapkan kepuasan yang akan kami kecapi memenuhi selera kami semua. 

5. Abah sekeluarga akan bertolak dari Manjung ke Kuala Selangor selepas bersahur esok. Dalam sejam selepas itu kami akn bergerak terus ke Kuantan dan pada masa yang sama mertua bergerak ke Kuantan dari Puchong dan berjumpa di hentian rehat Genting Sempah sebelum meneruskan perjalanan. 

6. Sampai sekarang suami sedang berfikir macam mana nak sumbat stroller Alauddin, wheelchair tok, 2 trolley bags, sebiji beg balik kampung, beg toto, barang renyah dan kecik-kecik yang lain-lain..sabar ye suamiku. Alauddin aje pun dah 1 beg untuk pakaian dia..adoiii..

Sebenarnya tak sabar nak tunggu raya sebab tahun ni keluarga aku dan keluarga suami bersama-sama dalam 1 rumah menyambut raya. Dan yang paling seronok sambut raya bersama anak sulung kami, cucu sulung keluarga aku dan suami dan anak saudara sulung bagi adik-adik aku dan suami.

Ok, kita borak next updates ye..daa..:-)

Tuesday, August 14, 2012

Online Seller Yang Tipu Duit Online Buyer!!

Assalamualaikum

Malam tadi masa tengah layan fb, ada sorang customer aku mengadu dia kene tipu dengan seorang online seller yang menjual pakaian baby dan cincin emas. Customer aku ni cerita dia ada beli pakaian baby untuk baby girl dia, konon nak pakai sempena hari raya yang bakal menjelang ni la kan.

Total dia beli dengan seller ni RM110. Selesai berurusan, customer aku ni pun buat la payment kan. Lepas tu dia inform la pada seller ni. After dapat confirmation dari seller yang duit dah terima, customer aku ni tak dapat nak view seller ni seperti selalu. Dia cek rupenye seller ni BLOCK  customer aku ni. Customer aku try call no phone yang seller tu bagi, dia bole OFF HANDPONE!!  Korang rasa cam ne? Of course la bengang hokey!!

Customer aku ni sepanjang berurusan dengan die, memang seorang yang senang dan mudah dari segi komunikasi dan pembayaran. Dia juga seorang yang akan terus membuat pembayaran segera selepas membuat confirmation atas sesuatu barang yang dia order.

Biasanya apabila dia confirm nak sesuatu barang , dia akan inform aku then tanya total, kemudian terus buat payment. Dan penghantaran terus pada hari yang sama.

Jadi bila kene tipu macam ni mestilah dia akan rasa sangat geram, marah, sedih dan kecewa kan. Bersungguh-sungguh dia cerita kat aku perasaan dia. RM110 tu banyak ok sebab macam-macam boleh dibuat dengan duit sebanyak itu.

Sekarang customer aku hanya akan beli pada yang dia percaya dan pernah berurusan. Dia jadi takut dan trauma nak membeli dengan online seller yang dia tak pernah beli. Kalau kene kat aku pun of course akan lebih berhati-hati.

Dan sehingga sekarang masih belum dapat hubungi lagi seller tu. Jadi customer aku redha je la dan yakin memang dia kene tipu la tu, Sebab kejadian ni dah berlaku beberapa minggu yang lepas, sampai sekarang tiada khabar berita, entah hidup entah mati seller tu kan.. 

So, customer aku minta aku hebahkan perkara ni kepada kawan-kawan yang lain supaya tak terkena dengan online seller ni. Nama online seller ni ARIES DAMIA. Aku tak sure page or memang akaun fb dia. Sebab aku memang tak familiar langsung nama ni.

Aku suggestkan pada customer aku ada 1 group yang sangat aktif dalam memperjuangkan hak-hak online buyer dari kene tipu dengan online seller ni. Nama groupnye panjang beno, tak silap aku KAMI BENCI ONLINE SELLER YANG MAKAN DUIT HARAM..lebih kurang macam tu la. Aku suruh customer aku luahkan dan cerita kat gorup tu sebab admin dia ada buat list online seller yang bermasalah dan sering menipu online buyer..mungkin nama online seller tu ada tersenarai dalam list tu sebelum ni cuma kita yang tak tahu kan..dan customer aku tu akan usahakan. Admin group ni juga akan sentiasa war-warkan kes terbaru penipuan online ni secara umum dan meminta feedback dari ahli group tu sendiri.

InsyaALLAH aku akan cuba hebahkan mana yang termampu la sebab customer aku ni pun sedang hebahkan supaya tiada yang kene tipu macam dia kan. Yang tak sangka tu online seller ni seorang WANITA, berbangsa MELAYU dan BERAGAMA ISLAM.

Astagfirullah Al 'Azim..Bulan Ramadhan, bulan penuh Barakah ni pun masih ada yang nak buat aniaya kat sesama Melayu sesama Islam. Dosa Pahala tolak ke tepi dah, berdosanya makan duit orang tanpa izin dan redha dari yang hak. Tapi mende dah jadi kan, kene lah terima dan redha sebab mungkin bukan rezeki customer aku tu.

Malam tadi customer aku beli barang lagi kat aku, dah kali ke-3 dah dia beli dengan aku, Syukur Alhamdulillah, dan dia cakap dia percaya dengan aku. InsyaAllah aku akan cuba jaga amanah yang customer-customer aku bagi kat aku. Bukan senang kome pegang duit orang selagi barang tak sampai pada customer kan.

So, pada online buyer di luar sana termasuklah diri aku ni yang kadang-kadang naik syehhhh bila nyopping online kan, tak nyedor diri je ghupenye, supaya beringat-ingatlah dan sentiasa berwaspada dengan online shop yang kita nak berurusan tu. Elakkan kita menjadi mangsa penipuan, walaupun nilainya mungkin sepuluh dua puluh je pun, tapi tu duit kita kome, kita yang mencari duit tak kan nak buang begitu je pada orang yang tak sepatutnya.

Biasanya aku kan (aku cakap pasal aku ye), sebelum aku nak beli online ni, aku akan view info dan wall seller tu. Tengok dia duk mana, apa dia buat, pastu lain-lain info yang rasa-rasa boleh membantu kome rasa yakinlah dengan seller ni kan.

Lepas tu aku akan view pulak wall seller ni. Kalau page, kita senang la nak view wall dia kan, Tapi kalo guna akaun fb as main communication dia dengan buyer, aku akan add dan tunggu dia approve. Tengok de tak feedback dari previous customer, komen dari previous customer dan penerimaan customer-customer yang lain.

Aku tak yakin pada jumlah orang likes page walaupun beribu atau puluh ribu sebab itu tak menunjukkan apa-apa pada aku lah..pada orang lain aku tak tahu. Sebab tak semua yang like tu pernah berurusan dengan seller sebab ada seller yang menggunakan ads di fb untuk meningkatkan likes pada pages mereka, tapi yang likes tu tak pernah pun view page seller sebab just klik like kat ads fb tepi belah kanan tu je. Mana aku tahu??? Mestilah tahu sebab aku juga ada page..huhuhuhuhu..

Lepas tu aku akan view picture album seller tu, tengok komen-komen orang, usha apa-apa yang patut sampai la timbul keyakinan dalam hati aku ni terhadap seller ni. Tapi yang pastinya aku selalu berurusan dengan seller yang aku dah biasa dan pernah berurusan dan aku jenis payah dan malas nak mencari seller lain..tak tahu la sebab apa..hohoho

 Tapi kalau memang Allah nak menguji kesabaran kita nak buat macam mana kan, dah bukan rezeki kita nak buat macam mane. Rezeki, duit, kesenangan, kemampuan semua datang dari Allah dan Dia berhak untuk mengambilnya semula bila tiba masanya cuma caranya sahaja yang berbeza-beza.

Bila ditimpa kesusahan, musibah, kesulitan, kekecewaan ucaplah Innalillah Wa Innalillah hi raji'un....Dari Allah kita datang dan kepada Allah juga  kita kembali..Waallah hu 'Alam

Udoh ghupe rancangan Sepahit Petai dah aku ni ha...Aduh!!! Dari kelmarin air liur ni meleleh je nak makan sambal udang petai..udangnye bersepah kat Tesco nun, tapi petainye aku tak jumpa pun kat Kuala Selangor ni..Angin betul aku..Ari tu kat Manjung jeling je lalu depan pakcik jual petai gomok-gomok ko matanya, tapi pikir konon ala..beli kat Kuala Selangor je la..sekarang padan muka ko esah!!!!!

Tapi tak pe, hari ni ada pasar malam depan umah aku ni, aku nak cari petai ari ni jugak!! Aku akan pastikan hari ini aku berbuka dengan sambal udang petai. Kome semua, doa-doakanlah ye!!!

As-salam

Cerita Hujung Minggu yang Sibuk Bebeno la Kononnye!!

Assalamualaikum

Minggu lepas minggu yang agak sibuk pada aku dan minggu duit mengalir macam ayor paip tak benti-benti. Selangor dengan Kelantan duk azab ngadap masalah air kan, aku pulak duk membazir ayor paip..eh..eh..ko mende esah!!
1. Jumaat lepas suami amik cuti sebab sekolah mama ada buat Majlis Berbuka Puasa dan memerlukan tenaga kami. Kebetulan stok barang bisnes aku baru saja lepas dari tahanan kastam. Azab kome tunggu 2 minggu, apa yang kastam duk belek dengan barang-barang orang tak tahu la aku.

2. Pagi Jumaat pergi amik stok rocker dan terus ke Putrajaya. Sampai kantin ternganga kejap mulut mama tengok penuh kete dengan 15 rocker. Nak buat cam ne, Allah tengah nak bagi rezeki kan..terima seadanya :)

3. Menu berbuka puasa yang diorder oleh Pengetua Sekolah Agama Presint 11 (2), Putrajaya, Nasi Tomato, Kuih Agar-agar Sirap, Air Teh O Panas, Air Sirap. Moreh pula kuih Karipap dan Kuih Seri Muka Pandan. Majlis selesai dalam pukul 10 malam, terus bertolak balik ke Kuala Selangor.

4. Pagi Sabtu tu sesi membungkus dan membalut rocker untuk urusan pengeposan pada customer. Disebabkan lagi seminggu nak raya kan, so aku membuat keputusan penghantaran paling lewat adalah Selasa (14/8) dan akan beroperasi semula seminggu selepas beraya.

5. Berpeluh jugak la ketiak aku membungkus bende alah ni ha..baru first round, second round tunggu next stock pula sebab kastam lepas barang sikit-sikit. Nak kene piat telinga mamat kastam ni. Nasib la customer kesayangan hamba semua memahami dan bersabar menunggu barang ye..sayang kome ketat-ketat la!! Yang tak sempat nak mengecop tu, jangan riso, akan sampai lagi stok rocker sebelum raya dan selepas raya..InsyaAllah :)

6. Selesai urusan pengeposan barangm bertolak ke Manjung sebab suami dah janji nak balik Manjung minggu ni. Sampai rumah pukul 3.30 petang, deme tengah bersiap nak pergi meniaga. Aku dengan suami berehat la kejap, dapat lah lelap sejam cam tu. Petang tu ingat nak ke bazar.

7. Pukul 6 petang ke bazar kat Pasar Basah Manjung tu. Janji dengan member Haseela nak jumpa dia kat bazar, nak bagi baju yang dia beli kat aku. Kesian Seela. anaknya demam berhari-hari sebab nak tumbuh gigi geraham sampai tak sempat si Seela nak bank in duit kat aku. Aku cadang je la jumpa sebab mana la tahu dia nak pakai baju kat anaknya time raya kan..mana la sempat nak ngepos ni.

8. Lepas jumpa Seela, meround la aku mencari makan. Suami aku malas nak bersesak dengan orang, dia pegang Alauddin lepak kat gerai Abah. Suami order roti john Ain Atikah 2 ketul, roti john panjang seketul dengan popia SS Ali 5 keping RM3. Aku pula macam biasa murtabak daging muslim 2 keping, kuih pau sambal RM1 dan kuih roti sardin celup tepung RM1. Abah suh order ayam golek sekor dan beli coconut shake 2 bungkus. Siap!!

9. Malam dalam pukul 9, adik-adik aku kuar dengan si Wan ke Giant katanya nak beli apa aku pun tak tahu. Aku, suami, Alauddin, Mak, Jannah, Akmal dan Iqah ke Billion baru. Aku nak mencari baju kurung sebab apa pun tak beli lagi ni haa..Jalan-jalan ada la 3 4 buah kedai kat bawah Billion tu jual baju kurung, tudung bagai nya..Usik sana, raba sini, 2 helai jugak aku angkut baju kurung.

10. Mak aku mencari blaus nak berjalan raya nanti. Dapat la 2 helai. Aku mencari skirt labuh yang kembang. Sekarang aku nak kurangkan pakai seluar jeans dan slack la, maklumla orang berkaki carrot ni klako sikit kalo pakai seluar. Nak pakai pun yang bercorak dan tak mengikut bentuk kaki aku ni ha..dapat la selai skirt sudahnya..Tengok tudung panjang ni macam minat pulak. Maklumlah, dah beli inner neck mula la berangan nak pakai yang lilit tengkuk sampai putus tu kan..rembat la 3 helai..tengok dulu cam ne kan.

11. Naik tingkat atas masuk Billion, elok pula area baby dan kanak-kanak kan..memang rezeki Alauddin la..belek-belek manja amik juga 3 pasang, sehelai baju tidur, sehelai jeans paras betis. Memang betul la orang kata, beli baju anak ni nafsunye lain macam sikit. Abahnye???Redha kan je la..

12. Pagi Ahad bersiap nak balik la. Tapi suami keluar berjalan sengsorang dia pegi mana ntah, balik-balik aku tengok ada 2 biji bantal duduk, 2 biji bantal kekabu, 2 sarung bantal, 1 beg lipat yang beso gabak gambar kartun beria tu..rupenye ke Sakan orang tua ni.

13. Pukul 1 bertolak dari rumah Abah balik la ke Kuala Selangor. Sampai kat Sungai Besar, singgah kedai jual baju kurung..arked pe ntah namanya, konon nak mencari baju kurung sebab baju kurung yang aku beli semalam tak de warna tema, tapi gedik nak beli sebab berkenan. Tapi tak jumpa yang betul-betul ngam dengan warna yang aku nak. Dalam tak berkenan tu terbayo la juga 3 helai blaus, 4 biji keronsang berjuntai..

14. Singgah pula kedai sebelah, pun sama juga. Sudahnya aku pujuk suami aku last gi Jakel kat belakang bangunan arked tu. Jakel nye tak lah beso macam kat KL dan Shah Alam tapi boleh la tahan banyak juga bajunya. Belek punya belek ada warna ala-ala biru turqoise..polkadot bentuk air..saiz dah ada, tapi macam was-was sebab banyak pada biru warnanya. Panggil suami masuk kedai tengok sekali, siap ugut kalau silap beli kene beli sepasang lagi!! Hohohoho

15. Suami amik contoh baju melayu yang siap dalam kotak yang ala-ala warna baju melayu beliau, telek-telek tak banyak yang sama pun. Tapi dalam hati aku nak beli la sebab berkenan pula polkadot tu. Keluar Jakel aku senyap je siap toleh 2 3 kali ke belakang seolah-olah ada yang tertinggal..Sesungguhnya seorang suami yang baik adalah yang sangat memahami luar dan dalam isterinya..chewah!!! Gedik ko esah!!!! Suami aku cakap, pegi la amik yang berkenan tu, karang tak tido malam duk ulang cerita minatnye lah dengan baju kurung polkadot die tuuuu...abang tunggu kat kete...hehehehehehehe...masuk balik, jumpa adik yang layan aku tadi, bawak terus ke kaunter, bayo..settle dah...i lap u la :)

16. On the way balik dalam hati berkata-kata, aku masih belum jumpa baju kurung tema raya tahun ni, so kene cari lagi..terpaksalah cari dalam diam..hoho..sebenarnya aku ada usha kat online baju kurung warna biru turqoise ni. Memang lawa la, harga pun sederhana je la..dan yang penting kaler tu macam serupe je..harap serupe la..so malam lepas suami aku tido...hihi..transfer duit, katanya ari ni (Isnin) pos by poslaju, Selasa sampai lah..selamat dahhh..

17. Rupenye suami aku amik cuti pula Rabu, Khamis dan Jumaat, katanya nak mengemas rumah sebab nak bercuti seminggu berjalan ke Pahang, Terengganu, Kelantan dan Perak. Hope baju kurung tu sampai Selasa time laki teman takde..hihi..bior buntang biji matanya tengok teman pakai buju kurung tu time 1 Syawal nanti..:)

Itu je la nak update nye pun...udoh tengah malam ni esah..tidur la, sahur karang laki kamu nak makan roti telur pulak, mau tak terbangun kamu karang!!Ok..Ok..

nanti aku update pulak hal lain ye..As-salam :)

Thursday, August 9, 2012

Kuih Raya Tradisional Tetap Di Hati Teman!!

Assalamualaikum

Minggu depan dah nak raya??? Cepat betul lah masa berlalu kan. Yang pastinya sekarang ni semua orang lagi bertambah sibuk dengan persiapan raya..kalau aku memang tak pernah siapnya sebab ada je yang tersangkut la, terlupa nak beli la, tak jumpa nak beli la, dah abis di pasaran la, malas nak pegi beli dah la., itu la, ini la..macam-macam ke halnye!!

Tapi sekarang aku tak mau cerita pasal persiapan raya bagai tu, tapi nak mengimbau nostalgia kuih raya zaman aku kanak-kanak dan zaman sekarang dah mak budak ni haaa...Bukan apa, baru ni saje la berjalan usha kuih bajet kot ada yang boleh naikkan selera dan nafsu aku ni kan..lalu sana, lalu sini, pusing sana, pusing sini, jeling sana, jeling sini, sudahnya tak ada yang aku berkenan..tak tahu la ngape.

Tengok kuih sekarang lain beno ghupe dengan kuih orang dulu. Payah beno rasanye nak jumpe kuih tradisional ni, kalo jumpe pun ghupenye udoh seribu macam di tambah pulak yang jenis suke menguboh-uboh rasa dan bentuk asal sampai udoh tak de bentuk..tapi nama kuihnya serupe jugok!! Ate!!

Bila dan menginjak usia dewasa ni, opah, tuk wan, makcik-makcik sedara semua dah berusia, ada juga yang sudah mengadap Ilahi, ada yang udoh lanjut, udoh tak larat beno nak baut keroje berat-berat ni, nak-nak mengadap nak buat kuih raya.

 Kalo dulu, zaman aku kecik, memang la seronok sebab belah abah aku ni dari opah sampai la mak sedara semua pakar buat kuih raya tradisional ni. Belum raya udoh amik order dari anank cucu mana yang kompom balik raya di kampung. Arwah opah memang akan mengoder berbalang-balang kuih raya bila dapat tahu semua anak cucunya nak balik beraya. Seronoknye la...

Tapi sekarang dah lama beno tekak ni tak merasa kuih-kuih lemak berkrim tu semua. Rindu sangat rasanya..Moh ler aku senaraikan antara kuih-kuih yang menjadi idaman dan pujaan hati sanubari aku ni haaa...dapat tengok gambo pun jadi le kome :)

1. KUIH BATANG BUROK


Walaupun namanye begitu, tapi inilah kuih pertama yang aku cari time raya tak kira la kat rumah orang sekalipun. Dapat yang lemak manis, berhabuk abis jari, jilat beria ni lagi la terangkat punggung memakannye. Batang je burok tapi luornye putih berseri kome!!!

2. REMPEYEK


Kuih ni dapat yang pesen tak kedekut punya orang memang terbaik la. Jenis yang letak kacang dengan ikan bilis beso tercacak atas tu kan, ikan bilis pulok garing..perghh..1 balang boleh abis kat aku sorang je, sambil nengok melodi raya tu..ngup ngap ngup ngap!!

3. KUIH MAMA CAREY


Tak tahu la aku ngapa nama kuih ni mama carey..takkan ada bau-bau bacang kot dengan mariah carey kan. Ke mak ke nenek Mariah Carey orang pertama yang jumpa kuih ni jadinya diabadikan nama keturunan dia kat kuih ni. Pe pun yang pastinya kuih ni aku sangat suka, tang putih yang kat atas tu sebenonye, masa kecik menjilat sampai cair atas tu, lepas tu baru mkn biskutnye.

4. KUIH BANGKIT


Kuih ni kat kampung aku je sedap kot..hahaha..sebab selalu makan tak jumpa yang cukup lemak macam style orang kampung buat. Nak pula orang tua yang buat..dengan bakor atas dapur arangnye, guna tin kopak, sabut kelapa buat bara..hasilnya tidak mengecewakan..terbaiikkk..Suka bab cair dalam mulut tu, tak payah isap, kemam je udoh cair, itu la yang paling sedap. Zaman sekarang udoh le kesat, kesin pulok lepas tu kene teguk 2 3 gelas air nak ngilangkan lekat kuih tu kt lelengit..kuih ape ghupe itu kome!!!

5. KUIH LOYANG


Memang peberet ni, dapat yang manisnye sayup-sayup je..maknenye tak manis sangat la..sedang-sedang je manisnye..wat kudap-kudapan masa nonton tv. Senang beno buat kuih ni, sebab opah aku pernah buat, acuannya pun ada lagi tapi tak generasi nak nyambung..:)

6. KUIH SEPIT / KAPIT


Tak kira lah panggil kepit ke kapit, jangan kome kepitkan kuih ni kat celah ketiak kome udoh ler!! Kang sape pulok nak makan kuih tu kan..Kuih rangup ni memang sedap makan dalam kete time berjalan ke rumah sedara mara. Memang mak aku ready stok kan kuih ni berkampit-kampit sebab selain senang di makan, kuih ni juga takkan membuatkan suasana dalam kete kucar hayar sekali dengan habuk-habuk kuih yang berterbangan lalu hinggap di kusyen kete. Kan dah jenuh nak ngemas kete pulok selepas beraya..nasib la kome sape yang kene kemas kete tu kan!! Abah aku kata pandai nyepah pandai le kemas..Rasakan!!

7. KUIH SEMPERIT


Aku tak tahu la semprit ke, samprit ke, samperit ke, apa-apa la janji kuihnye ghupe ini. Sedap lemak manis enak berkrim tapi rapuh di jari. Kuih ni kalo nak makan kene ngap semua dalam mulut. Kalau pesen anak dara yang sopan ayu kepit beno tu, tak payah la main gigit sikit-sikit lama-lama penuh habuk atas kain baju kurung kome, bila bangun dari bersila mula berderai jatuh habuk depan orang tua kan..malu kome weh!!!

8. KUIH PUTU KACANG KOYE


Ini kuih laki aku suke beno. Setiap kali raya mesti dia akan beli sebekas khas untuk kudapan dia sorang. Aku bole la makan kuih ni tapi lalu dalam 2 biji je kot, lepas tu tak boleh masuk dah, rasa muok sikit..ye la, kuih ni aku kurang sikit tapi sejak berlakikan suami aku ni kene la belajo menelan kuih feveret suami kan..:)

9. KUIH BIJAN / KUIH ROTAN


Kuih ni memang mak aku tiap-tiap tahun akan buat masa kami sekolah dulu la. Lagipun kuihnya senang beno pun. Rasa dia langsung tak mengenyangkan sebab bila dah goreng, dia jadi kosong je dalam tu, yang buat sedap kerangupannya tu..

10. KUIH BAHULU BUNGA


Kuih ni arwah opah aku panggil baulu bumba. Bumba tu maksud apa tak tahu la teman. Tak de kene mengena dengan pasukan bomba ye kome-kome..tapi bahulu kampung aku ghupe die lagi menarik dan menawan kalbu. Warna pink dan atas dia ditabur bijan, pastu setiap kelopak bunga tu hujung nya diatur kismis atau gula kering putih tu. Sedap kome kuih ni. Memang tiap-tiap tahun kuih ni paling tinggi jumlah ordernya dari jiran tetangga seluruh kampung. Cik aku pakar buat kuih ni..

11. KUIH SIPUT


Kuih paling senang dalam alam maya tapi aku malas nak membuatnya...hohoho..bukan apa, kene concentrate sampai siap, nak gentel atas acuan lagi, cegat kat kuali panas tu kan..bau pulok sedap bebeno, bau daun kari lagi..aisshhh..sudahnya aku bawak tuppeerware kosong je sua kat mak sebab mak aku rajin buat kuih siput pedas. Dapat tapau sebekas penuh cukuplah ye dok!!

12. KUIH ARAB SUJI


Kuih comel lote. La ni, macam -macam pesen dah bentuk dah orang buat kuih suji ni. Kat kampung ni je la bentuk dan ghupe die sampai la ni. Kuih lemak gebu memang sedap bila masuk mulut. Asyik je......eh!! apa kemam-kemam bibir ni..pose la!!



Itu je lah kuih-kuih yang aku rasa ada nostalgia dalam hidup aku. Yang pastinya sambut raya tahun ni sebagai seorang ibu la. Tapi makan tetap boleh balun juga kan..maklumka kita makan Lecithin..ala produk Shaklee tu...jeles tau laki kita sebab berat kita turun tapi dia makin naik...hahahahahahaha!!
















Wednesday, August 8, 2012

Rambut Raya Abah dan Anak

Assalamualaikum

Sejak seminggu puasa lagi aku duk berkia-kira bilakah masa yang tepat untuk memotong rambut Alauddin. Sebabnya aku taknak Alauddin berambut panjang atau terlalu pendek ketika berhari raya nanti. Rambut dan bentuk kepala Alauddin banyak mengikut abah dia. Rambut suami kalau panjang akan tercacak tinggi dan bukan melurut panjang ke bawah, sama lah macam Alauddin ni.  Bila panjang rambutnya, makin tinggi cacaknya.

Lagi 1, suami aku memang sejak remaja tidak memotong rambut di kedai gunting mamak (biasanyalah) sebab dia lebih suka memotong sendiri rambut dia, di samping dia memang beli mesin potong rambut yang lengkap segalanya untuk urusan tersebut. Jadinya Alauddin kira generasi kedua la selepas abah kan. Semoga Alauddin mewarisi sikap abah ini..hihi..

Setelah berkira-kira dan berbincang dengan suami, akhirnya malam tadi segalanya bermula. Biasanya Alauddin akan memotong rambut time abahnya potong rambut juga. Memang serupa 2 beranak ni pesen rambut cepat panjang. Suami pun nak potong rambut juga, jadi kami sekali harung je la.

Selepas berbuka dan siap segalanya yang patut, sesi Alauddin dimulakan dahulu. Memang aku sengaja lewatkan mandi petang Alauddin sebab rancang nak potong rambut malam tu kan. Tinggal pampers je kat badannya, aku pangku Alauddin atas kerusi plastik, suami aku pun readykan mesin potong rambut semualah..

Alauddin memang baik budaknya..Alhamdulillah..masa usia dia 4 bulan aku dah kenalkan dia dengan mesin potong rambut ni dan Alauddin menerima seadanya kehadiran mende alah ni atas kepala dia dan sesi memotong rambut menjadi tersangatlah mudahnya. Mungkin sebab 4 bulan kot masa tu. Sekarang sudah makin cerdik, dah 8 bulan cam ne lah pulok!! Pada mulanya, aku risau luka kepala ke, alahan ke kan, takut rambut halus masuk mata ke, Alauddin tepis-tepis ke apa ke, semua mende lah aku pikir...

Tapi bila hidupkan je mesin tu, Alauddin boleh tunduk kepala dia ke arah abahnya, bulat mata abah kat mama tanda "bagusnye ini budak!!" apalagi laju je suami aku gelek mesin tu depan ke belakang berkali-kali sampai la nipis semuanya. Sepanajng tu Alauddin hanya diam tanpa berbunyi langsung dan tunduk je sampai siap

Tiba part mencabar bahagian sisi telinga, suami tolak sikit bagi senget kepalanya, abah lalu mesin, berjongkit bahu Alauddin...geli la tu kan..hihi..pastu belah kiri pun sama..hihi..bila abah tunduk tengok muka Alauddin, dia duk sengih sorang-sorang pulak..sengih geli la tuh!! Mama yang pangku Alauddin pun tenang je sebab Alauddin tak meronta-ronta..

Tiba pula nak trim belakang kasi pendek dan rata, mengedeng-ngedeng Alauddin sebab abah sentuh leher dia..mama dah tahu rahsia Alauddin..sensitif kat leher ye!!! Hohoho..Bila dah siap, abah suh mama tengok ok tak pendek cam ni..Telek depan, telek belakang, sambil tu Alauddin sengih je bajet orang duk main ngan dia ke apa..mama decide pendek sikit lagi la sebab cam nampak masih panjang je..

Ok, abah tuka saiz pencukur amik yang paling pendek..kali ni Alauddin mula menunjukkan minatnya terhadap mesin tersebut. Abah baru nak lalu mesin atas kepala, dia tarik tangan abah ke bawah nak tengok mende alah tu, baru je nak mesin, dia tarik lagi tangan abah..mungkin masa bosan Alauddin sudah sampai..sudahnya abah matikan dulu mesin tu.

Aku ajak berborak kejap, nampak dia ralit dan lupa, abah hidup mesin dan terus lalu atas kepala Alauddin. Ok, behave semula..bagus anak mama ni..sekejap je sebab rambut dah sedia pendek, cuma nak ratakan rambut atas kepala je amik amsa sikit sebab Alauddin dah mula pandang kiri dan kanan mengikut wayar mesin tu bergerak. Tapi semua itu dapat diatasi dengan mudahnya..hihi..selesai sudahnya..

Urusan mandi pula agak rumit sebab rambut halus budak kan, risau kalau termasuk mata dan perlu lalu air yang banyak atas kepala. Selesai semua pass Alauddin pada abah sebab abah tak kene rambut Alauddin sangat, ada pun kat tangan je, mama ni seluar, baju, tangan, leher semua abis kene rambut Alauddin, so mama kene mandi dulu, abah siapkan Alauddin..:)

Mama dah siap mengadap tv, giliran abah pula potong rambut. Memang dari kami sah sebagai suami isteri, aku yang akan memotong rambut suami. Tapi malam tadi sebab Alauddin nak ngempeng ngan mama lepas mandi tu, abah pun buat lah sendiri...huhu

Kita selalu dengar kan bagaimana isteri Rasulullah, Aisyah r.a. yang gemar menyikat rambut Rasulullah, antara rahsia kebahagian rumahtangga yang perlu kita contohi, amalkan dan praktikkan dalam rumahtangga kita juga. Aku pernah tanya (secara melawak je) pada seorang Ustaz pasal kalo isteri yang potongkan rambut suami cam ne pulak kan, suami saya tak sikat rambut Ustaz..

Ustaz tu cakap, lagi la bagus sebab isteri sendiri yang gelek-gelek, usap-usap, tepuk-tepuk kepala laki kita kan..Oh..macam tu ye Ustaz..hihi

InsyaAllah akan cuba amalkan sebaik mungkin..:)