About Me

My photo
Seorang anak sulung kepada pasangan Mohd Yusof Pandak Abdul Rahman dan Hasnah Yusuf. Seorang kakak kepada 9 orang adik-adiknya. Seorang isteri kepada Nasrul Faiz Firdaus. Seorang ibu kepada seorang anak lelaki, Muhammad Alauddin. Seorang suri rumah sepenuh masa dan sepenuh tenaga ('',). Seorang businesswomen kecil-kecilan aje untuk mengisi masa yang terluang. Seorang yang simple dan mudah didekati. Terima kasih sudi menjengah blog saya yang tiada apa ini..
Powered by Blogger.

Wednesday, August 1, 2012

Coretan Ikhlas Anak Peniaga II

Assalamualaikum

Malam tadi berborak panjang dengan mak teman, selain tanya khabar deme-deme, ada juga teman tanya pasal bisnes bulan puasa ni, sambutannya macam mana. Alhamdulillah, rezeki Allah ni teramatlah luasnya, asalkan kita sebagai hambaNya sentiasa berusaha dan yang paling penting sumbernya HALAL. Mak teman kabo setakat ni habislah jualannya, elok-elok dalam pukul 6.30 petang tu dah abis. Alhamdulillah..mak teman kabo abah teman ingat nak tambah sikit lagi sebab rasa macam awal habisnya, tapi teman kata tak payah la, elok la habis waktu macam tu, boleh berehat, mengemas apa patut, bersedia untuk berbuka pula, dan yang paling penting dapat berbuka di rumah.

Memang dari abah berniaga masa aku sekolah dulu, abah akan balik ke rumah berbuka sama-sama. Beberapa kali je abah berbuka kat bazar sebab tak sempat nak terkejar-kejar balik ke rumah, biasanya kalau abis masa dekat nak waktu berbuka. Tapi abah minum air je, abis je azan abah balik rumah la. Sampai la sekarang abah akan balik juga ke rumah. Lagipun abah dah cuba buat sebanyak yang mungkin untuk penuhi permintaan pelanggan setia abah walaupun sentiasa tak cukup. Tapi aku nak abah pentingkan kemampuan dan kesihatan abah untuk buat semua tu. Abah dah semakin berumur dan badan pun dah tak sekuat masa muda dulu. Cukuplah setakat yang sekarang sebab kalau nak puaskan semua orang pun kita tak mampu. Abah senyum je....

Tahun ni abah seronok sangat sambut bulan Ramadhan. Sebabnya semua anak-anak abah berkumpul berpuasa bersama abah dan semua tolong abah meniaga. Jadi tahun ni jumlah murtabak meningkat mendadak. Tahun ni kami semua bagi abah berehat dan tidak mahu abah berpanas untuk berniaga. Tahun ni abah amik 2 tapak juga, 1 di sebelah stadium Manjung, adik bujang aku dengan Syuhada yang berniaga, 1 lagi kat pasar basah Manjung, yang tu mak dengan Ila yang berniaga. Abah cuma buat kulit di rumah sebab tak de lagi adik-adik aku yang pandai buat kulit macam piawaian yang abah kehendaki.

Masing-masing ada tugas yang sudah dikhaskan. Malam sebelum berniaga esok hari, Ila dan Farah akan mengopek kulit kentang, gegak gempita suara deme kat belakang nun sebab deme berdua ni suka beno gelak ketawa, entah apa yang deme gelak tak tahu la. Syuhada dan Akmal akan mengopek bawang pula, pasangan yang ni jenis senyap sunyi sikit sebab Akmal serius orangnya pastu tak pandai melawak, cuma tukang menyakat Haziqah dan Jannah, sampai menangis la deme berdua tu kene sakat kan.

Zaman aku dulu, waktu malam selepas selesai solat maghrib, berehat, makan apa semua, aku bahagian kentang, Syikin bahagian bawang. Wan kadang-kadang tolong kentang kadang-kadang tolong bawang. Tapi banyak ke bawang sebab Syikin ni kulitnya sensitif sikit jadi cepat rasa pedih pasa hujung jari telunjuk dia. Mak pun kadang-kadang tolong aku time potong kentang untuk rebus. Tapi sekarang tugas sudah berubah tangan, tugas aku kebanyakkan Ila yang lakukan dan tugas Syikin Akmal yang lakukan.

Esok pagi selepas bersahur, memang tiada tradisi tidur semula dalam keluarga aku, sebab semua tugas bermula selepas bersahur. Abah pesan, nak cepat berehat kita kene mulakan kerja awal, nanti dapat berehat lama sikit. Selesai mandi semua, Wan akan mulakan tugas membancuh, menguli tepung dan buah doh. Bulan puasa, biasanya Wan akan uli 3 besen besar, yang ini memang bukan kudrat abah sebab hari-hari biasa abah uli 1 besen sederhana sahaja. Bila ada tenaga muda, memang sangat membantu. Siap menguli dan buat doh, Syuhada akan salut doh dengan marjerin susun dalam takung dihantar ke bahagian belakang untuk proses menebar nak buat kulit. Hingga ke peringkat ini, separuh tenaga badan sudah hilang terutama ketika menguli tepung. Tapi Wan badannya dah biasa dengan kerja sebegini jadi tak nampak dia penat cumanya dia akan berehat sekejap sebelum sambung kerja menguli yang seterusnya.

Yang perempuannya, Farah dan Ila akan memotong kentang untuk proses merebus. Syuhada dan Akmal akan memotong bawang. Haziqah dan Jannah bahagian sukat dan bancuh rempah, potong bawang untuk menumis inti dan sediakan telur, sukat garam dan aji untuk proses memasak inti. Zaman aku dulu, tugas ini tugas aku, dari sediakan inti sampailah memasak inti. Rindu sebenarnya bila teringat dan bila tengok adik-adik aku buat semua tugas yang aku buat dulu..Ya Allah kenangan indah semua tu..:) Tapi Alhamdulillah, abah dapat mendidik adik-adik aku seperti kami kecik-kecik dulu, tak merungut bila minta tolong..bersyukur sangat Allah mudahkan urusan keluarga kami.

Bila pula turn mak dan abah aku??? Seperti dah cerita kat atas tadi, abah yang akan menebar kulit. Sambil bergilir antara Ila dan Syuhada bahagia bakar kulit. Wan pandai menebar tapi cara Wan lain sikit dan masa diambil lambat sejam dari abah untuk siap semua. Jadi abah nak juga menebar kulit. Tugas menebar memerlukan kudrat kaki yang kuat sebab perlu berdiri dalam tempoh yang lama. Abah mula menebar kulit biasanya pukul 9 pagi sampai la pukul 12 tengah hari tanpa ada rehat. Abah tak nak berenti rehat sekejap sebab abah kata kalau berhenti rehat nanti nak sambung balik lagi rasa berat dan malas. Tapi aku selalu pesan kat abah kene bergerak juga ke kiri ke kanan, jangan statik berdiri menebar untuk elakkan cramp urat. Sambil-sambil menebar dan mebakar kulit, Wan akan memotong kulit yang dah siap untuk proses membalut.

Bila bahan-bahan inti sudah tersedia semua, mak pula akan mengambil tugas memasak inti sehingga siap tersusun dalam dulang, di bawa ke depan untuk proses membalut pula. Masa aku balik awal minggu puasa tu, aku lah tolong membalut. Part paling best bagi aku membalut tapi part paling boring bagi mak aku..haha..sebab mak aku cepat mengantuk bila membalut, katanya duduk je atas kerusi ngantuk aku nak tunggu siap. Jadinya bila aku membalut sama, seronok la mak sebab deme kata aku balut laju..macam Wan cakap, taiko balut dah balik, cepat lah kita siap mak!! Tapi kalau aku tak de, mak, Ila, Farah, Syuhada dan Farah akan balut. Kalau mak ngantuk sangat rasa tu, Wan akan sambung balut bahagian mak. Mak balut innti daging, Farah dan Syuhada inti ayam, Ila ini sardin. Zaman aku dulu, aku dengan mak aku je balut murtabak beribu-ribu tu, memang kebas punggung la kata orang. Dalam 3 jam juga proses membalut kami. Aku inti sardin dan daging, mak inti ayam. Sekarang dah ada ramai, 2 jam dah selesai walaupun jumlah murtabak meningkat mendadak tahun ni.

Urusan ini semua selesai lebih kurang pukul 2 petang, hari-hari begitulah. Berbeza masa aku dulu, selesai dalam pukul 3 lebih cam tu, terus mandi bersiap-siap nak berniaga pula. Sebab kami ada 5 orang je, yang lain masih kecik-kecik. Abah, Mak, aku, Syikin dan Wan. Abah dengan aku niaga 1 tempat, Wan dan kawan dia akan niaga 1 tempat. Dulu abah akan mengupah seorang kawan Wan untuk tolong meniaga. Tapi sekarang semua adik-adik aku dah besar, semua dah dapat bantu membantu meringankan tugas bersama-sama. Pukul 3 petang abah akan hantar takung yang penuh dengan murtabak yang dah siap dibalut ke bazar tempat mak dan Ila berniaga. Adik bujang aku dia pergi sendiri dengan kereta dia. Lepas tu abah boleh duduk berehat buang letih sambil-sambil mencari juadah tambahan untuk berbuka.

Di rumah tinggal lah 3 orang adik aku. Farah yang akan bertugas mengemas rumah, mengemas bahagian belakang tempat kerja-kerja menghasilkan murtabak dilakukan, sediakan makan minum untuk berbuka, basuh kuali inti dan jaga adik-adik yang tinggal. Akmal tugasnya membasuh dulang-dulang inti dan dulang kulit, lap dan susun meja membalut murtabak ke belakang rumah. Haziqah pula akan mengemas kawasan luar rumah, susun plastik dan potong kertas melapik murtabak yang sudah digoreng untuk esok hari,sapu laman dan sebagainya. Sedari aku kecik memang abah akan ajar semua tugas-tugas ni sebab abah tak suka anak-anaknya duduk aje tengok tv pastu tengok aje mak ayah atau kakak abang buat kerja. Abah kata duduk rumah bersama-sama semua mesti dibuat bersama-sama. Sekarang tugas sudah berubah tangan..:) sebab aku pun sudah ada keluarga sendiri dan Syikin juga sudah duduk sendiri sebab tuntutan kerja dia.

Bulan puasa ni yang mencabar untuk peniaga di bazar bila berdepan dengan cuaca panas terik. Rata-rata peniaga akan mula memasang peralatan berniaga dalam jam 2 @ 3 petang, bayangkanlah keadaan matahari yang terik waktu tu, dengan lapar dan dahaga kan. Lagi mencabar kalau dapat tapak bazar yang panas terik tu menghala belakang badan kita. Memang menguji keimanan dan kesabaran lah senang cerita. Yang meniaga ayam percik, ayam golek, murtabak petak, murtabak mini cam abah aku, roti boom, mee goreng ke ketiau goreng yang goreng panas-panas kat situ kan lagi la terasa bahangnya sebab tambahan dari sumber api dapur atau minyak panas yang digunakan disamping kudrat-kudrat lain yang digunakan semasa memberi khidmat kepada pelanggan (ayat skema dowh!!).

Aku sendiri pernah merasa semua itu. Perit je rasa kat belakang ni kalau dapat tapak bazar yang mataharinya mengadap belakang kita. Kalau matahri mengadap depan pula, udoh silau mata, mula la bila bercakap dengan pelanggan tu muka deme pun tak nampak apa sebab silau beno. Dengor suara je la. Peluh jangan cerita la, memang basah baju dibuatnya. Nak tunggu matahari jatuh tu, pukul 6 petang pun belum tentu ilang lagi sinar matahari cuma tak terik dah la..bahang tetap ada. Ada kawan si Wan yang pernah tolong meniaga dulu, sampai pengsan atas jalan la dia sebab pening ke, penat beno ke, tak larat tak tahu la..menggelabah la pelanggan yang tengah membeli tu..hihi..kalut kejap..tapi sehari tu je la, esok lusa sampai abis puasa tak da dah pengsan mengsan ni, Rupenya dia tak bersahur ari tu..padan lah pun..

Pelanggan abah datang dari merata ceruk negeri bila tiba bulan puasa ni. Ada seorang pakcik ni yang hari-hari ulang alik dari Teluk Intan ke Manjung, dia akan terpacak kat gerai aku pukul 4 petang, sanggup tunggu si Wan tengah menggoreng sebab datanga awal beno, baru nak mula menggoreng kan. Pakcik tu tiap-tiap hari beli 10 ayam, 10 daging sebab anak-anaknya suka makan, sorang makan 3 keping..dah tua dah pakcik ni sekarang tapi masih jadi pelanggan tetap abah.

Seorang lagi pakcik tua bersama anak bujang dia, mereka India Muslim, mesti mesti 30 keping ayam, 30 keping daging, keluarga besar mungkin, sekarang ni anak bujangnya udoh beranak pinak dah pun, masih setia dengan bilangan yang masih sama. Ada wanita bekeluarga dari Seremban, tiap minggu balik Manjung rumah mak ayah sebab nak makan murtabak, pastu beli yang belum goreng 40 keping bawak balik Seremban untuk buat sejuk beku makan time bersahur. Tauke Restaurant Nasi Beriyani Manjung tu pun pelanggan tetap dari aku Tingkatan 1 sampai la sekarang. Tu sebab abah aku suka makan kat kedai mamak ni sebab bila dah kenal senang cerita la kan..hoho.. Ada juga dari Selangor, Kedah dan Johor.

Tapi yang paling aku tak boleh lupa kenangan kat bazar ni kan, time aku tengah periksa SPM. Ingat lagi, SPM aku time bulan puasa , time cuti sekolah lagi. Abah hantar aku ke sekolah lepas sahur, gelap buta kome, tapi aku duk kat kantin la. Abis je jawab peksa, tengah hari tu aku memang terus tunggu bas hijau tu nak balik cepat sebab nak membalut murtabak pula. Hari-hari la macam tu sampai la aku abis peksa SPM. Ada 1 hari tu, 2 paper sekaligus waktunya, pagi dan petang peksenya. Memang sepanjang jawab pekse tu separuh kepala hotak aku duk mikir cam ne la mak aku duk balut murtabak tu kan, masa tu aku ada adik yang masih baby.

Petang tu aku balik naik bas sampai rumah pukul 5.30 petang cam tu, terus tukar baju, naik basikal bawak laju-laju pergi kat abah. Time tu orang pun tengah berduyun-duyun membeli juadah berbuka kan. Tengah duk ralit meniaga tu, ada cikgu aku lalu depan aku, terus die berenti mengejut depan aku, aku ingat lagi Ustaz Sayed Karin. Die cakap kat aku, Eh, esok ada periksa ni, dah belajar ke? Aku senyum je la, nak awab apa pun kan. Tak lama lepas tu lalu lagi Cikgu Saimah pula, pun heran sebab tadi jumpa kat sekolah, sekarang meniaga pula. Bila masanya kamu nak study, esok ada paper lagi..huhuhu..sengih kerang je la aku kan. Lalu pula Cikgu Rutifah, cikgu Sains yang baik dengan famili aku, cikgu ni ok sikit, sebab dia kata mesti aku dah studi siap-siap kan sebelum berniaga..aku hangguk je la..Cikgu siap cakap kalau result Sains aku A1, dia bagi hadiah..hihi..tapi aku tak bagi tahu pun result Sains aku A1...:)

Cumanya hati aku sedikit tersentuh bila terserempak dengan seorang cikgu ni yang memang rata-rata kebanyakkan pelajar sekolah aku tu tak berapa suka kan. siapalah lagi kalau bukan Cikgu Fauzi. Masa dia berhenti depan aku, die sengih senget je kat aku, sinis la kot..dia cakap kat abah aku, awat la hang meniaga tengah nak pekse ni aisyah oiii...hang cuti la sat sebab hang nak jawab peksa ni..abah aku senyum je..abah ni jenisnya tak suka nak menjawab yang bukan-bukan, lagipun tengah sibuk melayan orang tak da masa nak melayan mende yang tiada kaitan ni kan. Lepas cikgu tu cakap macam tu, ada la 2 3 orang pelanggan yang tanya balik oh..dia tengah pekse ke skang?? Bagusnye tolong meniaga..InsyaAllah kalo dah buat persediaan awal, mesti bole jawab elok masa pekse..Supportive kan orang tu..Tapi cikgu aku ni tetap tak terima, dia cakap hang tengok lah result hang nanti aisyah cam ne, kalau baguihhh memang saya puji la, kalau tak baguih hang rasa lah..Cikgu ni duk setaman dengan aku, jadi abah aku memang tak amik hati langsung sebab memang orang kenal cikgu tu macam mana..senyum je la..

Tapi cikgu aku ni tetap la aku hormat dan sanjungi sebab dia mengajar BM aku, aku paling suka karangan dan cikgu ni juga yang mengajar aku tulis karangan rumusan sampai aku dapat markat penuh 20 markah dalam paper penulisan percubaan SPM. Markah aku jadi isu sebab Panitia BM kata tak da markah penuh dalam skema permakahan penulisan sebab melibatkan idea, gaya penulisan dan penghayatan dalam menulis yang tak semua orang boleh menghakimi dengan tepat. Sudahnya markah aku kene tolak jadi 19 je..xpe la..janji A juga..Cikgu ni juga yang mengajar aku menulis karangan dengan baik, tatacara penggunaan tatabahasa dengan betul dan meletakkan perkataan yang tepat pada ayat yang panjang. Bila result SPM keluar, cikgu ni jugalah bersama-sama hampir menumpahkan air matanya bila kertas result sampai di tangannya..Cikgu Matematik aku, Puan Rozita dah meleleh air mata dah, cikgu ni yang bukak sampul keputusan pelajar, nampak muka aku kat depan pintu pagar Koperasi, terus dicari result aku, sambil meleleh air mata, dia cakap Matematik aku A1, mestilah dia suka kan sebab dia yang mengajar aku kat sekolah dan kat kelas tambahan percuma yang dia buat walaupun tak ramai anak murid dia yang nak datang. Cikgu Mazida, ajar aku Sejarah sedikit ralat sebab aku mampu dapat B3, tak seperti dia target aku dapat A..Kenangan betul la semua tu :)

Ok, dah panjang sangat bercerita..nasib la menaip, kalau bercakap memang dah kering tekak aku ni kan..sekarang masa nak pikir apa nak masak berbuka karang..Wassalam :)


No comments:

Post a Comment