About Me

My photo
Seorang anak sulung kepada pasangan Mohd Yusof Pandak Abdul Rahman dan Hasnah Yusuf. Seorang kakak kepada 9 orang adik-adiknya. Seorang isteri kepada Nasrul Faiz Firdaus. Seorang ibu kepada seorang anak lelaki, Muhammad Alauddin. Seorang suri rumah sepenuh masa dan sepenuh tenaga ('',). Seorang businesswomen kecil-kecilan aje untuk mengisi masa yang terluang. Seorang yang simple dan mudah didekati. Terima kasih sudi menjengah blog saya yang tiada apa ini..
Powered by Blogger.

Saturday, August 4, 2012

Gigi Sudah Mari (^^,)

Assalamualaikum

Kelmarin, sajelah kan aku tarik skit bibir anak aku ni, tengok gusi merah dia, tetiba mata ternampak ada mende halus warna putih tercokeng kat gusi dia. Aku excited la nak meraba gusi dia kan. Tapi Alauddin ni tak suka dengan tindakan aku, dia tolak keras tangan aku. Aku pun bersilat la tepis tangan dia, dia tepis lagi, aku selit tangan dia, die lepaskan tangan dia..sudahnya aku ajak Alauddin bertenang dulu....

Ajak Alauddin berborak, pasang TV9, kebetulan cerita kartun, biar dia ralit kejap. Pastu aku pun teruslah cuit-cuit lembut bibir dia. Budak ni tengok tv sambil berbaring kat peha aku. Manja beno katakan. Dapat tengok lama-lama, aku amati betul-betul, raba 2 3 kali, sah!!! Anak aku dah tumbuh gigi. Sekali 2 batang terus...

Pada usia 8 bulan, Alauddin baru tumbuh gigi. Ramai kawan-kawan aku tanya, Udin dah tumbuh gigi ke? Aku cakap belum lagi. Rata-rata yang seusia dengan Alauddin, usia 4 atau 5 bulan dah tumbuh gigi pertama. Tapi aku memang tak risau langsung pasal tu sebab tak pernah terpikir pun pasal gigi anak nak tumbuh cepat or lambat. Kadang-kadang terbaca keluhan dan kerisauan ibu-ibu di luar kat 1 group kat facebook yang aku join pasal anak lambat tumbuh gigi. Tapi topik tu memang tak menarik perhatian aku..hohoho

Disebabkan aku mempunyai bilangan adik-beradik yang ramai dan dari adik aku yang no.6 sampai la yang bongsu sekarang, semua merasai belaian tangan aku sedari mereka kecik. Aku kan anak sulung dan mak aku seorang suri rumah tanggan yang sangat energetic dan sibuk dengan memasak, mengemas, membasuh dan sebagainya.

Dari membasuh baju dengan tangan hinggalah abah mampu beli mesin basuh, dari tumbuk cili kering dalam lesung sampailah semua mende diblend je hatta sambal belacan sekalipun, dari sapu karpet guna penyapu lidi sampai lah guna vacuum je semuanya sampai ke dapur, dari mengemop rumah perah manual je rambut mop tu smapailah ada mesin perah mop, semua mak aku buat.

 Mak aku ni memang jenis tak rehat orangnya. Bukan jenis suri rumahtangga yang tidur di siang hari. Memang payah yang amat lah nak tengok mak aku tidor waktu siang. Tak rasa nak tidur pun walaupun badan penat, rehat tu biasalah..Jadinya tugas menjaga adik-adik ni boleh dikatakan aku yang mengambil alih. Masa aku 12 tahun, mak dah harapkan aku semua. Dari mandikan, pakaikan baju, suap makanan, tidurkan, layan main semua aku. Kadang-kadang aku heret sekali yang kecik-kecik ni join aku main dengan kawan-kawan aku.

Bila dah begitu, aku antara orang yang melihat perkembangan adik-adik aku dengan dekat dan paling rapat. Ada adik aku yang cepat belajar sesuatu dan senang dijaga tanpa banyak masalah macam sakit, demam, manjang ceria je. Ada yang memang sentiasa dijaga 24 jam sebab kerap menangis tanpa henti tanpa sebab. Tok aku kata adik aku yang tu ada sawan tangis sebab kat bawah mata belah kanan ada urat sawan tangis warna hijau, Sampai setahun jugaklah perangai kuat menangis die tu. Udoh besar skang ni suara dia la yang paling besar dan kuat sekali dalam rumah. Penganan kuat menangis gamaknya kata mak aku.

Adik aku yang paling cepat tumbuh gigi yang bongsu, si Jannah, usia 4 bulan dah tumbuh dan boleh dikatakan setiap bulan mesti tumbuh gigi baru, tak pernah demam bila tumbuh gigi. Tak sampai setahun, gigi Jannah dah penuh 1 mulut. Dan gigi Jannah juga paling lambat nak patah dan tak buruk macam gigi kanak-kanak yang lain. Jannah ni special sikit mak aku kata..hihi..Dan semalam baru mak aku cakap 4 batang gigi Jannah sedang goyang tunggu nak patah la tu, ganti gigi kekal la pulak, pada usia 5 tahun. Gigi Jannah cantik, memang ramai puji sebab Jannah rajin gosok gigi sejak kecil.

Macam Haziqah, cepat juga tumbuh gigi tapi lambat nak penuh. Gigi dia pun cepat patah dan masa 2 tahun giginya hitam, patah dan sekarang gigi kekal yang tumbuh semua besar gabak..hohoho..Biasalah, budak liat nak gosok gigi, kene bersilat dalam bilik air, baru nak gosok. Udoh banjir air mata baru nak gosok gigi kan..

Tapi rata-rata adik aku, memang awal la tumbuh giginya. Si Ila dan Akmal kalo demam tu nak tumbuh gigi la..ate memang iye la punn..Jadinya bila aku tanya mak aku "Mak, udin tak tumbuh gigi lagi" Rilek je mak aku jawab "Ala...nanti tumbuh la, tak payah riso beno. Sampai masa dia tumbuh la.." .

Dan kelmarin, keluarlah ia..Tanpa demam, meragam apa tetibe nampak putih je. Bukan main seronok lagi kami laki bini..hihi,,tapi Alauddin memang kedekut nak bagi mama ngan abah die nak rasa gigi die tu..kerek seh!! Tak pe..tak pe..

Sekarang Alauddin dah pandai berdiri cegat, walaupun terhuyung hayang tapi dia pandai imbang badan die dari jatuh. Kalau jatuh pun, jatuh terduduk. So, tak delah aku risau sangat kot jatuh terlentang ke kan..

Gigi aku??? Ada cerita lain pasal gigi aku ni. Gigi 2 batang depan ni gigi asal dari aku kecik. Memang tak pernah patah abah aku cerita. Masa aku 6 tahun, ada appointment dengan doktor gigi, then doktor tu nak cabut 2 batang gigi depan aku ni sebab katanya ni gigi susu, lama-lama dia akan rapuh kalau tak cabut. Aku ni mende paling aku takut doktor gigi la. Gile ke apa nak cabut gigi yang gagah perkasa tegak berdiri ni?? Sikit pun tak goyang..memang tak dapat la kan. Lepas berborak tu, abah aku turun bawah pegi beli coklat dengan keropok konon nak pujuk aku la tu kan. Senyap kejap aku. Bila doktor mula on je lampu atas kepala aku tu, lepas suruh nganga, mengamuk la aku..menjerit sekuat hati. Empat tenaga lelaki tak dapat nak kawal aku tengah mengamuk bersungguh-sungguh ni..sudahnya doktor pesan kat abah aku usia aku 12 tahun nanti kene cabut juga.

Tapi sampai la sekarang, gigi 2 batang tu masih kekal segusi semulut dengan aku. Ok la tu kan, ade ke nak cabut gigi yang tak sakit..ish!! Ngilu perut aku aiihh!!


No comments:

Post a Comment