About Me

My photo
Seorang anak sulung kepada pasangan Mohd Yusof Pandak Abdul Rahman dan Hasnah Yusuf. Seorang kakak kepada 9 orang adik-adiknya. Seorang isteri kepada Nasrul Faiz Firdaus. Seorang ibu kepada seorang anak lelaki, Muhammad Alauddin. Seorang suri rumah sepenuh masa dan sepenuh tenaga ('',). Seorang businesswomen kecil-kecilan aje untuk mengisi masa yang terluang. Seorang yang simple dan mudah didekati. Terima kasih sudi menjengah blog saya yang tiada apa ini..
Powered by Blogger.

Tuesday, August 7, 2012

Shopping Sangat!!

Assalamualaikum

Bila tengok bapak dengan anak dah ready dengan baju melayu masing-masing, maknya start menggelabah la kan sebab selai baju pun tak dak lagi ni nak pakai pagi Syawal. Baju kurung bersepah duk gantung nun tapi sebab orang kata raya kene ada baju baru, kene beli yang baru lah kan!!

So minggu baru ni minggu shopping la kami 3 beranak. Plan asal nak beli baju dan tudung raya aku ja, tapi biasalah hasilnya mesti tak seperti yang dirancang kannn..ye la, kita manusia hanya merancang, Allah jualah yang menentukan segalanya..Chewah..sesuai sangat ke pepatah tu dengan ko esah oiii!!

Jadual bershopping bermula dengan tidur semalaman di rumah mertua di Puchong. Gambar di bawah menunjukkan aksi kami 3 beranak sedang menunggu time berbuka bertempat di Dataran Masjid Putra, Putrajaya. Pukul 7 petang dah pacak kat sini..dataran ni antara kenangan manis aku dan suami masa bercinta dulu, maklumlah dulu aku koje kat Putrajaya, suami koje at Sepang, boleh le selalu berbuka kat dataran ni haa..Sekarang dah kelek anak pulak..hihi



Tengah menunggu azan Maghrib

Lepas berbuka tu, selesai apa yang patut selesai, kami bergerak ke PICC pula, Metrojaya buat sale gudang katanya. Saje la nak mencuci mata kan, kot ada yang berkenan. Tapi tiada apa yang menarik pun sepanjang hampir sejam duk kat dalam tu. Mende yang sama dijual deme seperti tahun-tahun yang lepas. Harga pun idoklah sale mana sebab kat tempat lain ada harga yang betul-betul sale dari Metrojaya ni. Tapi biasalah, takkan masuk lenggang kangkung, kuar pun lenggang kangkung kan. Ini yang aku kata lain yang dirancang lain hasilnya. Bapaknya dapatlah 2 kotak boxer, anaknya 3 pasang stokin, maknya 3 pasang seluar harian duk pakai kat rumah je dan 4 helai ehem ehem triump..kebetulan harganya murah bebeno apa tunggu lagi kan..:)

Pukul 11 pagi esoknya, kami bersiap nak ke bermalam semalam di KL. Dari tahun lepas memang suami aku dah plan kita shopping KL la tahun ni. Tahun lepas Tune Hotel wat promosi semalam hanya RM10 sahaja. Jadinya suami aku teruslah book hotel ni. Tapi hotel ni sesuai untuk keluarga kecil seperti aku dan untuk yang hanya nak menyinggah bermalam, keselesaan jangan risau, memang selesa tidak seperti harganya disamping kebersihan bilik dan persekitaran yang tip top.

Kedudukan hotel yang memang strategik iaitu di tengah-tengah bandar KL ni, memudahkan urusan kami anak beranak. Depan hotel Maju Junction Mall dan jalan depan sikit lebih kurang 10 minit dah sampai Sogo. Itulah tempat nak dituju pun, saje nak mencuci mata kan. Sampai je terus park kete kat kawasan hotel dengan bayaran RM16 untuk semalaman sampai esok pagi, kami pun menapak ke Sogo, nak check in pun awal lagi.

Sampai Sogo, penuh dengan manusia yang entah dari mana datangnya dengan macam-macam bangsa dan loghatnya. Masa masuk je rasa semput bila dah sampai tingkat baju kanak-kanak. dah lega sikit. First yang suami aku akan tengok adalah q nak membayor..perghhhh..panjang tu ngalahkan nak membeli tiket wayang laginya. Laki aku tanya keputusan aku, nak shopping jugak atau gi Jusco next week..dengan bijaknya aku cakap aku akan pilih dulu mana yang aku berkenan, mana tahu keajaiban akan berlaku nanti, ada la rezeki si Alauddin kan.

Bila ada anak ni, persiapan anak diutamakan dulu dari yang lain-lain. Itu aku akui tapi aku ni bukanlah jenis yang beria. Memang dari masa mengandung aku suka membeli dan mengumpul pakaian baby untuk Alauddin tak kira saiz sebab boleh dipakai mengikut peredaran usia dia dan aku tak perlu terkocoh-kocoh nak beli baju je manjang sebab banyak lagi baju yang belum berpakai sebab belum muat betul kat badannya. Bila tiba raya, masa ni la baju-baju tu semua ada yang dah muat dan ada yang hampir muat. Tu belum campur baju tok, nenek, opah, atuk, mak dengan pak sedara die duk beli aje untuk dia. Jadinya aku hanya menambah pakaian harian Alauddin sahaja dengan aksesori sikit-sikit. Pilih punya pilih, dapatlah 5 pasang baju untuk Alauddin yang betul-betul berkenan kat mata aku ni yang penting kain cotton dan tak tebal.

Tiba pula masa nak membayo, bab ni laki aku memang pakar dan selalu jadi hero aku. Mata dan telinga beliau sangat peka dalam keadaan cemas sebegini. Terus dia tarik aku ke belakang, rupanya ada kaunter khas dibuka, untuk mengatasi kesesakan di kaunter depan nun..teruslah aku jadi antara yang pertama, bayor dan selesai segala urusan di Sogo dalam hanya kurang 30 minit. Hebak dok aku shopping???? Handbag, kasut, make up jadah tu memang tak termasuk dalam list shopping aku. Mungkin aku memang dilahirkan untuk tidak begitu meminati barangan-barangan yang menjadi kegilaan hampir setiap wanita ni kot..hohoho

Kononnya lepas tu nak berjalan ke Jalan TAR nak menengok baju raya aku kan, tapi sebab dah nak pukul 2 kami decide check in dulu la. Masuk je bilik, berehat la kejap.Plannya dalam pukul 4 lebih keluar balik la jenjalan kat Jalan TAR. Dapatlah lelap kejap 1 jam

Petang tu malas pula aku rasa nak ke Jalan TAR selepas melalui lautan manusia kat Sogo tadi. Kami jalan la kat Maju Junction Mall. Dalam tu pun de jual baju raya, tapi dengor ke harganya dengan material kainnya memang tak setara la pada pendapat aku. Tengok jahitan manik pun dah cukup nak cakap deme cekik darah customer dengan harga yang melampau mahal. Lalu kawasan orang jual tudung pulak. Aku ni mencari warna biru turqoise sebab tema warna raya tahun ni. Jumpa la pula tudung sarung ala-ala mak siti tu, cantik dan simple de maniknya teruslah aku ambik. Cari pula inner neck cotton, jumpa juga warna idaman, selalu tu payah beno nak jumpa, kat online pulak manjangnya sold out..apalagi ambik la 2 helai colour hitam 1 senang nak pakai apa-apa warna tudung nanti. Selesai dah aku membeli tudung. Tapi aku ni suka ngumpul tudung, so memang takkan berenti la tu membeli tudungnya, ada lagi la tu lepas ni, tapi tempat la pulak..hihi..

Tahun ni aku rasa nak pakai kasut bertutup yang tapaknya flat je dan nak stop pakai high heels. Bukan apa, aku ada terbaca kesan pemakaian high heels pada tulang belakang wanita terutama bila kita dah berumur nanti. So, aku memang dah stop membeli high heels, kalau teringin nak pakai, aku pakai la koleksi heels yang duk terperuk dalam container. Sejak mengandung sampai sekarang aku tak pakai heels dah. Tapi mencari kasut bertutup tidak semudah mencari high heels sebab kebanyakkan butik dan kedai kasut yang menjual high heels ada saiz sampai 12 untuk kaki gergasi dan orang tinggi macam aku ni. Tapi kasut bertutup memang jarang nak jumpa la. Paling beso pun saiz 41 je la..sebab bertutup menjadikan ia lagi sempit dari kasut terbuka seperti high heels. So, aku saje la masuk 1 butik kat Maju Junction Mall ni, salesgirl situ dia macam tahu je apa yang aku cari. Tak banyak tanya, dia bawa aku ke 1 tempat yang penuh dengan kasut bertutup dari saiz 40 hingga 46. Tengok harga berbaloi dan design pun lawa, aku rembat la saiz 44. Keluar dengan senyuman sebab bab kaki dah settle. Ala..laki aku pun rembat juga sepasang kasut ala-ala stylo konon-konon, tapi yang pastinya tak pernah sepanjang hayat laki aku pakai kasut jenis cam tu, so agak excited la kan.


Tengok jam dah pukul 6 petang, dah kene sediakan barang makan nak berbuka. Laki aku senang je orangnya. Makan fastfood je kalau berjalan-jalan ni. Dia jenis boleh hidup tanpa nasi langsung. Tapi aku ni orang kampung, memang nasi je la yang boleh nyenyangkan aku. Beli la nasi putih sebungkus penuh, ikan patin masak tempoyak, paru goreng masak lada dengan sayur sawi masak tiram. Total RM11, duk KL kalau makan nasi penuh cam tu dengan harga RM11 murah la pada aku sebab lauknya lengkap. Tetiba laki aku nak juga makan nasi, beli pula nasi putih sebungkus penuh, lauk tempe gereng berlada dengan ketam ball goreng cili dengan nenas, RM10, yang ni memang pelik sebab lauknya sikit aja aku cedok tapi harga nak sama dengan aku..tak pe, mak redha je..:)

Kami laki bini masing-masing selera besar kalau bab makan ni. Jadinya kene ada kudapan ye selepas makan nasi. Lalu depan McD, beli pula 2 set McChicken. Lepas tu lalu depan KFC beli pula ayam saje 3 ketul konon nak makan time bersahur. Berjalan pula ke Mydin. Kan aku dah cakap sebelum ni, laki aku ni di mana-mana pun Mydin tu tetaplah di hati, kalau pergi New Zealand pun, kalau ada Mydin mesti dia akan pergi, jangan lah riso!!

Kat mydin manusia pun ramai, Mydin ni dah lama bukak, jadinya pesen lama la, sempit kedaung dengan ruang atas yang rendah dan susunan barang yang padat. Tengok pekerja Mydin susun kuih raya, nampak macam sedap je. Kuih raya Myrasa ni kebanyakkannya memang sedap sebab memang tiap-tiap tahun mertua aku akan beli. Harga dah la murah lepas tu sedap. Laki aku berkenan tengok warna keemasan kuih tart nenas, amik la sebekas konon wat kudap-kudap nanti kan.

Aku memang serik dah beli kuih raya kat tepi jalan sepanjang nak balik ke Manjung sebab tak sedap langsung siap ada yang rasa macam dah lama, macam buat tahun lepas, walaupun de kilang biskut raya kat sebelah gerai deme. Kat Kuala Selangor tu berderet kilang kuih dan biskut raya sampailah Sekinchan, semua popular-popular belaka sebab pernah masuk surat khabar dan tv le. Tapi rasa tak seindah cerita lah..Tak boleh lawanlah Myrasa punya kuih..hihi..tak caya cuba lah try rasa tengok cam ne!! Tu aku selalu borong kerepek je bawak balik raya sebab kerepek dia memang terbaik dan yang penting murah tapi sedap!!

Ingat esoknye tu (Isnin) aku nak meround Jalan TAR sebab planning asal kan macam tu. Suami aku pun setuju je. Ingat nak pegi lepas check out. Tengah sedap berangan nak beli mende, suami aku dapat call dari Dato' DO nya ada kes berkaitan tanah yang kene selesaikan segera dan memerlukan kehadiran suami aku di tempat kejadian. Bila suami kabokan pada aku hal tersebut, punah sudahlah angan-angan aku tadi..tapi nasib suami aku sempat pujuk aku kan, kita shopping last kat Jusco next week ye..Baju raya kat mana-mana boleh beli..abang janji..hihi..sebab dah janji kene tunaikan okeh!!


Lepas check out teruslah pulang ke Kuala Selangor tanpa singgah di mana-mana. Puas hati ke shopping esah?? Alhamdulillah, puas hati walaupun ada yang belum dapat cari lagi tapi masih sempat lagi ni. Yang penting untuk Alauddin dah lengkap semua. Kami laki bini jarang berhabis untuk shopping dan bukan tiap-tiap bulan kami berhabis beratus untuk membeli pakaian sahaja melainkan barangan keperluan dapur memang beratus lah sebab barang kering biasanya beli untuk sebulan terus. Tapi bila membeli, memang kami akan beli selengkap yang boleh dan beli bila ada keperluan. Kembang kuncup hati aku bila suami selalu puji aku bukan jenis wanita yang gila shopping dan asyik nak shopping je manjang..bersyukur abang dapat ayang..katanya lahhhh....itu memang aku akui lah..Aku lagi suka penuhkan peti ais aku dengan barang makan dari shopping pakaian, handbag, kasut, make up bagai..ada masa perlu untuk beli ada masa tak perlu langsung semua tu..hihi..

Aku ni teringin nak makan mentarang masak lemak cili api tapi tak terbeli lagi mentarangnya..Kecur pulak air liur aku ni..aiihhh!!



No comments:

Post a Comment