About Me

My photo
Seorang anak sulung kepada pasangan Mohd Yusof Pandak Abdul Rahman dan Hasnah Yusuf. Seorang kakak kepada 9 orang adik-adiknya. Seorang isteri kepada Nasrul Faiz Firdaus. Seorang ibu kepada seorang anak lelaki, Muhammad Alauddin. Seorang suri rumah sepenuh masa dan sepenuh tenaga ('',). Seorang businesswomen kecil-kecilan aje untuk mengisi masa yang terluang. Seorang yang simple dan mudah didekati. Terima kasih sudi menjengah blog saya yang tiada apa ini..
Powered by Blogger.

Friday, August 3, 2012

Suami Teringin Lempeng Pisang

Assalamualaikum

Suami aku tetiba je teringin nak makan lemmpeng pisang ni haa..bukan time berbuka, tapi time bersahur!! Guane tu?? Petang semalam lepas selesai urusan pengeposan barang customer, menggagau la kami mencari daun pisang nak bakar lempeng pisang tu. Geledah dashboard mencari pisau lipat kecik rupenya udoh berubah tempat kat dalam kete saga pulok.

Terus la kume ke gerai jual pisang beli pisang masak. Dapat pisang masak, ke kedai pula cari kelapa parut. Beli la sekali pisau lipat sebab nak motong daun pisang tu..Duk Kuala Selangor ni suasananya masih hijau dan ala-ala kampung moden, senang nak mencari barang-barang macam ni. Serai, daun kunyit, daun pisang, daun rebus orang bersalin, daun ulam-ulam ni semua tepi jalan je. Tunggu nak petik je la.

Cadangnya nak bancuh pisang malam tadi sebelum tidur. Tapi Alauddin pula tak nak tidur mengikut waktu biasa dia tidur malam. Cerah pula biji matanya. Suami aku pula pukul 9.30 mata dah berat, ngantuk sangat dah katanya. Aku ingat nak dia yang jaga Alauddin, aku gi bancuh pisang tapi tak kesampaian la pula hajatnya tu..aku pun berazam la dalam hati ni lepas tidurkan Alauddin aku bangun lah kejap pegi bancuh pisang nak bakar time sahur nanti.

Tapi kepala aku ni bila dah letak atas bantal mula la berkebil-kebil nak katup kan. Tapi aku cubalah bertahan. Sebab terkenangkan hajat suami aku tu. Suami aku ni jarang request makanan dari aku, sebab apa aku masak dia makan tanpa banyak bunyi. Tu yang bila dia kata teringin nak makan tu, aku akan usaha jugak lah..

Terjaga balik udoh pukul 1 pagi..aaaiikkk....aku tertido jugak rupenye..tapi masa duk terjaga kejap tu pun mata sempat tengok skrin handphone je, terus terlelap balik..huahuahua..sambung la sampai alarm berbunyi 5.00 pagi tadi...

Masa suami aku matikan alarm, dia kejut aku, sempat pula tanya malam tadi dah bancuh pisang ke? Hihihi..memang tak bancuh la kan...Suami aku kata tak pe la, masing-masing penat semalam, so suami aku bersahur roti canai segera 3 keping. Berbuka petang semalam makan mee hoon soto ayam dengan bergedil. Memang aku simpan 8 biji bergedil untuk ratah time bersahur sebab kami laki bini suke beno ratah bergedil cicah sambal kicap soto tu. Jadinya kenyang la jugak kan. Lagipun time bersahur memang kami tak makan beria sangat. Ada masanya tengok nasi macam tak nak je.

Jadinya suami aku tuntut makanan teringinnya dia tu berbuka petang ni la..Kemain semangat lah aku nak buatkan sebab frust tak dapat bagi suami aku makan time bersahur..hihi..tapi aku mula terpikir nak buat lepat pisang sekali..alang-alang bancuhannya serupa cuma cara masak je lain apa salahnya sekali harung je :)


Nampak sedap je kan..sabo perut!!


Ok...selamat memasak juadah berbuka ye bagi ibu-ibu yang memasak dan ibu-ibu yang beli juadah siap di bazar selamat tunjuk-tunjuk ye..:)

No comments:

Post a Comment