About Me

My photo
Seorang anak sulung kepada pasangan Mohd Yusof Pandak Abdul Rahman dan Hasnah Yusuf. Seorang kakak kepada 9 orang adik-adiknya. Seorang isteri kepada Nasrul Faiz Firdaus. Seorang ibu kepada seorang anak lelaki, Muhammad Alauddin. Seorang suri rumah sepenuh masa dan sepenuh tenaga ('',). Seorang businesswomen kecil-kecilan aje untuk mengisi masa yang terluang. Seorang yang simple dan mudah didekati. Terima kasih sudi menjengah blog saya yang tiada apa ini..
Powered by Blogger.

Friday, September 28, 2012

Pemakanan dan Cara Didik Alauddin Makan

Assalamualaikum

Sementelah Alauddin sudah berusia 10 bulan ni, aku just nak share la macam mana aku memperkenalkan Alauddin kepada solid food dan sehingga kini dia menjadi seorang yang sangat suka dan excited bila tiba time makannya.
 
Muhammad Alauddin mula diperkenalkan makanan lain selain susu ibu ketika beberapa hari nak masuk 6 bulan. Semasa Alauddin 5 bulan, aku dah mula mencari info berkaitan solid food yang boleh diberi kepada bayi berusia 6 bulan. Memang banyak sebenarnya jenis makanan dan masakan yang boleh kita sediakan untuk bayi kita. Ada sesetengah ibu muda yang biasanya baru anak sorang kan macam blur, macam yakin tak yakin, macam takut-takut je nak bagi anak makan. Mungkin kurang ilmu pengetahuan berkaitan solid food for baby. So, memang penting ya kita ibu-ibu muda ni mencari ilmu demi membesarkan anak-anak kita.
 
Aku bertuah sebab mempunyai mak dan mak mertua yang sangat-sangat menjaga bab-bab solid food untuk baby ni. Mak mertua memang pesan banyak kali bagi yang cair, yang halus untuk Alauddin sebab takut tercekik, terbatuk ke..baby kalau tercekik bahaya kan..silap-silap boleh memudaratkan diri baby tu sendiri. Mak aku pun duk pesan perkara yang sama. Mak aku pula mengajar masa suapkan anak kalau boleh ajar sekali dia adab makan supaya dia tahu time makan kene makan macam ni. Jangan ajar berkejar-kejar 1 rumah sebab nanti bila dah pandai barjalan, berlari jenuh la maknya nak suapkan makan kan. Lepas tu jangan ajar makan semasa main, bila dia ralit main, maknya panggil nak suap makan pun dia buat nohin je sebab dapat mainan yang dia suka.
 
Ada seorang pakar kanak-kanak yang aku dapat info dari rancangan WHI, pakar tu cakap, sebelum bagi anak makan, si ibu perlu lakukan persiapan awal. Makanan yang nak diberi pada anak perlu siap masak sebelum ditunjukkan atau panggil anak makan. Baby walaupun baru 7 8 bulan, dia sudah memahami time makan, warna mangkuk makanan, warna sudu, bau makanan, cara ibu dia duduk mengadap dia, dia tahu si ibu nak suap dia makanan. Biasanya baby akan beri reaksi suka mengejar si ibu, bergerak ke arah si ibu, memanggil si ibu sebab dia nak makan. Reaksi ni memang ada pada Alauddin sebab dia memang suka waktu makan dia. Lagi 1 pesan pakar tu, wujudkan suasana masa makan yang seronok dengan si baby dengan cara ibu dan ayah makan sekali. Suasana lebih mudah sebab baby mudah tertarik untuk makan bila melihatkan ibu dan ayah makan sekali, menguyah sekali.
 
Yang paling penting, ibu perlu pandai menjaga dan memahami mood makan baby. Apabila nampak baby macam sedang berselera, excited nak makan, haruslah jaga mood tu, jangan spoilkan mood anak dengan tetiba bangun kejap nak amik air masak, atau tetiba angkat phone, atau dalam erti kata lain membuatkan si anak menunggu suapan yang seterusnya dari si ibu tapi si ibu buat kerja lain pula waktu itu. Keadaan ni boleh mengganggu mood si anak untuk suapan yang seterusnya dan membuatkan makanan yang disediakan tak habis dan anak pun macam dah kenyang atau tak nak makan dah walaupun dipujuk berkali-kali. Maksudnya si ibu perlu menjaga momentum selera makan si anak.
 
Ok, makanan first yang aku beli masa tu adalah Nestle Cerelac Beras & Soya ni. Untuk permulaan aku bancuh nestum ni agak cair la, tak berketul pun sebab first time nak masuk perut risau pulak aku. Aku buat pun sikit je, dalam 2 sudu besar cam tu. Suapan pertama masuk ke mulut, Alauddin buat muka pelik je, tak lama lepas tu pandang aku minta macam minta lagi...suap lagi elok je dia makan sampai abis la 2 sudu besar tu.
 
 
 
Tapi yang tak seronoknya selepas aku basuh mulut, tangan Alauddin semua, dalam beberapa saat selepas itu, kawasan mulut Alauddin penuh dengan warna merah kat sekeliling bibir dia. Pelik dah aku kenapa jadi rupe ni..takkan sebab sudu atau mangkuk makan Alauddin sebab setahu aku memang aku beli set bekas makanan untuk baby yang udoh nyata free bpa katanya. Tapi merah-merah tu hilang selepas beberapa minit aku duk gabra sengsorang. Reaksi Alauddin tak da menggaru ke, tak selesa ke kat kawasan mulut tu, dia biasa saje macam tak de apa-apa tapi yang aku pelik kenapa timbul merah-merah tu..so aku decide petang tu nak bagi makan sekali lagi..nak tengok macam mana kan...

Petang hari yang sama, aku suap lagi dengan kuantiti yang sama....naik balik macam pagi tadi, merah-merah kat sekeliling bibir Alauddin...memang confirm la aku tak kasi dah sebab maybe tak sesuai dengan Alauddin la tu...aku cerita kat suami so malam tu kami keluar ke Tesco usha makanan baby yang lain pula. Apa cerita nestum setin tu????? Baru-baru ni dah bertukar warna dan tekstur dia, baru aku campak ke dalam tong sampah...nak buang awal-awal dulu rasa sedih sebab mende elok lagi..nak bagi orang tak de sape pun nak baginya...sudahnya ke laut la..






Kali ni aku cuba makanan dalam botol pula jenama Heinz tu, produk oversea katanya. Untuk percubaan aku beli 2 perisa, carrot dengan labu. Esok pagi tu test dulu 2 sudu besar, laju je dia makan. Petanda awal anak menerima dan bersedia untuk makan adalah menunjuk minat yang luar biasa terhadap makanan dan meminta untuk yang seterusnya. Bila dah abis 2 sudu, aku tengok tak da pula merah-merah kat mulut dia..aku tambah lagi 2 sudu, beli yang botol kecik punya, mulalah rasa macam tak cukup. Sampai tinggal suku la makan dek Alauddin..suka sangat kot perisa carrot tu. Aku rasa memang tawar hebehhhh...tapi Alauddin makan macam sedap bebeno.

Start dari itu, sentiasa la aku memborong Heinz untuk buat stok kat rumah atau jenjalan mana-mana kan. Tapi Alauddin hanya gemarkan perisa carrot, labu & jagung sahaja. Masuk yang masam-masam macam pear ke, epal ke, dia memang akan lari sejauh yang boleh. Ada juga aku try yang spageti bolognese, spageti with tuna, tapi Alauddin tak minat pun nak habiskan macam selalunya....bau dia pun boleh tahan kuat juga..so ke laut juga yang 2 jenis tu. Masuk usia dia 7 bulan setengah cam tu, setiap kali makan, 1 botol kecil mesti habis. Bermakna sehari Alauddin makan 2 botol kecil Heinz.




Aku masih belum perkenalkan Alauddin dengan bubur lagi. So tak nak bagi dia bosan dengan rasa makanan yang sama sahaja, aku bagi dia makan biskut Heinz pula. Aku bagi dia 2 jenis yang di atas ni. Farley's Rusks tu perisa pisang, oren dan original semua Alauddin terima dengan senang hati. Setiap kali makan, mesti abis 4 ketul biskut. Tapi perisa pisang agak manis jadi aku selalu beli yang oren. Biskut coklat tu pun kegemaran Alauddin juga. Biskut-biskut ni aku selalu bagi time pukul 3 4 petang cam tu. Biskut coklat tu pula setiap kali makan akan habis 4 ketul juga. Biskut coklat ni walaupun perisa coklat tapi tak semanis biskut farley's rusks tu.

Ok, biasanya sarapan Alauddin adalah makanan Heinz dalam botol, aku campur dengan kentang dan carrot yang dah di stim, lenyek dalam makanan tu, lepas tu baru suap kat dia. Disebabkan Alauddin jenis budak yang bangun seawal 6.30 pagi, aku akan suap dia makan jam 8.30 pagi cam tu. Lepas makan, mandikan dia, susukan dia, dah kenyang letak dia atas tikar mainan, dia akan main sampai dia panggil mama dia untuk tidur. Waktu tidur pagi Alauddin pukul 11 lebih cam tu.Lepas tu boleh la aku tumpu kerja rumah pula...:)


 
Bubur nasi bercampur telur kuning.

Sehingga la Alauddin berusia 9 bulan aku mula perkenalkan dia dengan bubur nasi tapi masih lagi yang halus la. Mak aku ajar masa bubur tu menggelegak dengan air yang tinggal sikit je, amik tapis halus yang kita buat perah kelapa tu kan, lenyek atas tapis tu, nanti jadi halus la bubur tu. Sebelum tu aku masuk la kentang dengan carrot yang dipotong dadu kecil, lenyek sekali atas tapis. Kadang-kadang aku letak mix vegetable, kacang peas, selang seli dengan kobis bunga dan borkoli, dan daging atau ayam kisar takpun isi ikan. Kadang-kadang tu aku buat sup sayur, atau sup ayam, gaul dengan bubur dia. Tak pun aku buat lemak bayam ke, lemak labu ke campur kuah tu dalam bubur nasi dia. Rupanya Alauddin lagi suka makan bubur nasi dari makanan-makanan dia yang lain. Separuh mangkuk makanan dia mesti habis dimakannya. Seronok sangat tiap kali suap dia makan.

Bila dah makan bubur nasi, jadual pemakanan Alauddin juga berubah. Sarapan masih jam 8.30 pagi, kemudian lunch pukul 1.30 macam tu. Msih makan bubur nasi juga tapi aku tambah bahan lain seperti prune juice bagi rasa lain sikit. Tak pun aku goreng telur tapi tang kuning tu aku tak bagi masak sepenuhnya. Aku just amik kuning telur je, gaul dalam bubur Alauddin, lepas tu stimkan sayur sawi atau bayam lenyek dalam bubur nasi dia. Biasanya lunch Alauddin sedikit berat kandungannya berbanding sarapan dan dinnner. Sebab lepas bangun tidur pagi tu, kebiasannya Alauddin lapar, bila lapar memang seronok la suap kan...Lagi suku nak penuh mangkuk adalah kuantiti biasa Alauddin makan time lunch dia. Lepas makan, mandi kali kedua, bagi susu dan mesti dia akan tidur sekali lagi sebagai tidur petang dia sehinggalah bangun semula 4 5 petang cam tu...



Kudap-kudapan Alauddin di waktu petang kadang-kadang biji jagung stim dan pisang lenyek. Baru ni aku beli Nestle Cerelac Oat, Gandum & Prun untuk Alauddin. Saja nak test makanan baru di samping nak stop biskut Farley's Rusks sebab biskut tu agak manis la, risau juga aku. Makanan bijirin ni kurang manis berbanding biskur Farley dan rasanya lemak-lemak je. Aku berapa kali asyik suap ke mulut aku je sebab baunya sedap bebeno. Biasa Alauddin makan dalam 6 sudu besar. Waktu kudapnya dalam jam 4 5 petang cam tu lepas bangun tidur petang dia...

Biasanya waktu-waktu cam ni memang rutin Alauddin, so memang memudahkan aku untuk merancang kerja harian macam masak, sidai baju, dan lipat kain. Kerja-kerja lain macam vacuum rumah, cuci dapur, mop lantai, kemas bilik, basuh baju aku biasa buat time Alauddin ralit bermain atau pun dia ikut sekali tengok aku buat kerja. Dia memang suka tengok mama dia buat kerja, tapi dia tak kacau la, senyap je tengok perbuatan mama dia terutama sekali time vacuum rumah. Mengikut je mana mama dia pergi sampai la siap vacuum. Mengemop pun sama, tapi aku tak guna la mop yang perah guna air tu, hari-hari biasa aku guna pengelap lantai yang ada wet tissue yang bau wangi tu kan, sebab nak sental kesan-kesan makanan harian yang jatuh atas lantai, air manis yang tertumpah ke, ataupun taik cicak yang kadang-kadang ada tu. Bila hari minggu baru suami yang akan mop 1 rumah guna mop basah tu dengan pewangi khas untuk lantai.

Ok, macam mana aku train Alauddin untuk makan dengan sopan santun? Aku tak de lah guna exactly training yang serius untuk mendidik seorang baby yang sedang nak membesar, nak belajar sesuatu yang baru macam Alauddin ni kan. Cumanya setiap kali tiba waktu makan dia, aku akan letak dia dalam walker. Yang pastinya time ni aku dah siap sejukkan bubur nasi, sediakan dalam mangkuk makanan, siapkan air masak dia dan segulung tisu untuk sesi mengelap mulut dia. Aku cuba elakkan Alauddian nampak mangkuk dan sudu makanan dia sebab nanti dia akan menjadi sangat tidak sabar, memanggil-manggil aku sebab dah tak sabar nak makan. Padahal aku duk ke hulu hilir sediakan makanan dia kan. Dan aku memang ada sebuah meja jepun yang rendah tu as meja makan kami sekeluarga. Meja makan sebenar aku just buat letak lauk pauk je. Suami jenis suka makan atas meja jepun dari makan atas meja makan.

Jadi bila Alauddin lihat aku dah duduk bersila bersama mangkuk makanan, cawan air masak dan segulung tisu atas meja jepun, dia akan tunggu di situ dengan senyuman yang menggoda. Bila aku tanya, Alauddin nak makan ye? Dia akan jawab nakk..nakk..nakk..baca doa dan terus mulakan dengan suapan pertama di mana kuantitinya tak penuh 1 sudu makan dia. Bila lihat dia seperti mengunyah perlahan-lahan, menelan kemudian menganga lagi maknanya dia suka dengan makanan dia.

Sejak aku ajar Alauddin makan, aku memang tak perlu kejar dia sekeliling rumah. Masa usia dia 6 bulan, aku memang tahan walker Alauddin dengan kaki tak nak bagi dia bergerak ke mana-mana. Bila dia nak bergerak aku akan pujuk dia cakap "Alauddin, makan mesti elok-elok ye, nanti tumpah comot baju, comot muka. Masa makan tak mau main ye" Itu lah ayat selalu aku guna nak pujuk supaya dia behave masa makan sehinggalah dia paham sendiri.

Walaupun dia duduk dalam walker, dia pun tak pergi mana-mana sangat just setapak dua tapak je ke depan sebab tengok iklan tv, habis je iklan yang dia suka, akan datang kat mama dia nganga nak makan lagi. Kadang-kadang berlari ke pintu sebab abah balik, belum abah tekan loceng lagi, baru dengar abah pegang kunci sebab kunci abah sangat bamyak, dia dah jerit abaaaahhhh....dengar bunyi loceng lagi la kuat dia jerit sampai lah nampak muka abah...gedik-gedik depan abah, akan datang balik kat mama minta suap lagi...begitulah hari-hari perangai dia time makan. So, aku tak rasa kesulitan sangatlah seperti ibu-ibu muda yang lain yang sentiasa berusaha memberi anak makan tapi anak masih belum menerima seadanya keadaan itu. Alhamdulillah..

Makanan Alauddin juga aku masak setiap hari dan memang tak buat simpanan dalam peti sejuk beku. Setiap hari aku stimkan sayuran dia, setiap hari aku masak bubur, setiap hari juga aku sediakan isi ayam, daging dan ikan untuk Alauddin. Yang pastinya, aku dah tak suapkan Alauddin dengan makanan Heinz dalam botol tu, just beli kalau nak berholiday ke mana-mana. aje. Kalau setakat ke rumah mak atau mama memang aku masak siap-siap dan masak bubur baru untuk keesokkannya.

Poo poo Alauddin juga setakat ni ok dan dia tak pernah mengalami sembelit atau susah nak membuang air besar. Yang penting setiap kali selepas makan, aku akan pastikan Alauddin minum air masak dalam kuantiti yang banyak. Tapi aku tak ajar dia minum selepas makan atau ketika makan. Aku bagi minum sikit kalau nampak dia macam lambat nak menelan bubur tu, lepas tu dalam 5 @ 10 minit selepas makan baru aku bagi air masak secukupnya.

Begitu je la cara aku mengajar Alauddin makan. Pada aku senang nak uruskan dan ajar Alauddin dalam bab-bab makan ni. Kalau bawak keluar makan mana-mana pun senang juga. Kalau kami makan burger atau ayam ke, just suapkan dia sikit roti burger atau isi ayam tu, dia akan senyap dan sama-sama makan dengan mama dan abah dia. Kalau makan nasi, kami akan lenyekkan nasi tu then bagi dnegan isi ikan atau isi ayam, sedikit kuah sayur atau sup suap pada dia. Tapi tak banyak la, just bagi dia makan sebab dia sentiasa nak makan bila tengok orang makan.

Ok..jumpa lain entry ya..:)

Wednesday, September 26, 2012

Seronok Bila Berat Badan Turun :)

Assalamualaikum

Kali ni bersiaran di Crystal Crown Hotel, PJ sebab mengikut suami berkursus 3 hari 2 malam...tersengih aku bila suami cakap minggu ni dia ada kursus sebabnya dapatlah aku berehat kejap dari mengadap kerja-kerja rumah yang tak pernah habisnya tu...hihi...kira holiday la untuk fulltime housewife macam aku...:)
 
Aku just nak kongsi sesuatu produk yang dah cuba selama 2 bulan ni. Kan aku pernah story pasal aku sedang mencuba set shaklee ni kan tapi aku tak amik la yang set untuk ibu menyusu tu. Aku beli secara loose je iaitu Lecithin, Vita-lea dan Performance Drink. Tapi sekarang ni aku nak cerita pasal Lecithin aje....:)

 


Lecithin dinamakan “pengemulsi semulajadi” kerana lecithin mempunyai kesan melekat kat lemak….dalam perkataan ringkasnya,lecithin menyebabkan lemak tu terapung kat dalam darah…dan seterusnya mencegah lemak dari melekat kat dinding membrane.
 
Lecithin tak boleh dihasilkan oleh badan tetapi ianya sangat diperlukan oleh badan. Lecithin boleh diperolehi melalui kuning telur, jagung, soybeans dan tahukah anda Soybean Lecithin is the richest cholesterol-free source of lecithin dan yang menariknya Lecithin Shaklee adalah bersumberkan soybean...:)
 
Ok, sebelum aku bercerita lebih lanjut kesan dari pengambilan Lecithin dalam kehidupan harian aku sepanjang 2 bulan ini, aku nak senaraikan antara kelebihan-kelebihan Lecithin ni dulu ye..

13 kelebihan tentang Lecitin yang anda perlu tahu
  1. Lecithin bertindak sebagai pelarut utk kolestrol,triglycerides dan lemak2 yg lain.Sebab tu ia membantu mencegah penyakit2 seperti high blood pressure,stroke,heart disease, arteri yg mengeras … Malah sesetengah pakar mengesyorkan pengambilan up to 6000-7000mg sehari jika berhadapan dgn masalah kesihatan yg sebegini.
  2. Kenapa org yang nak kurus suke lecithin?Sebab ia bertindak mengemulsikan lemak (ayat simplenye..ianya memecahkan lemak)..Tahukah anda..Lecitin mampu membakar lemak lebih cepat jika disertakan dengan senaman yang bersesuaian… Pengambilan Lecithin 4000mg sehari pasti membuahkan hasil yang diidamkan.
  3. Lecithin memainkan peranan utama dalam penyerapan zat2 penting dari saluran darah ke dalam sel2 bdn..Tanpa lecitin yg mencukupi..membran sel akan mengeras dan seterusnya menyukarkan proses penyerapan….Banyak faktor seperti bahan2 kimia dari persekitaran yg tercemar,bahan2 metal,dadah,food additives, pesticides, etc.. semuanya menyebabkan membran sel mengeras yang mana pastinya menyukarkan proses penyerapan zat2…jadi dengan cara menambahkan pengambilan Lecitin ,pasti ianya keputusan yg bijak.,
  4. Lecithin membantu mengurangkan atau mecegah penyakit berkaitan hati
  5. Lecitin merupakan sebahagian dari unsur yang mengelilingi fiber saraf.Tanpanya,fungsi saraf ni kurang efisien. Sebab tu mereka2 yang menderita akibat multiple sclerosis, fibromyalgia, tekanan, PMS, dapat merasakan kesan yang positif apabila mengambil lecithin
  6. Lecithin membantu sistem imunisasi dengan membalut sel darah merah kita dan seterusnya memberi perlindungan dari serangan virus,germs,bakteria.Disamping itu, struktur lecithin itu sendiri melindungi sel dari teroksida
  7. Lecithin juga dikenali sebagai makanan otak dan saraf.Ia membantu sel otak berkembang,penting dalam transmisi saraf impuls dalam otak dan memainkan peranan dalam neuro transmitter(berkaitan short term memory) . Lecithin dipercayai mampu mengurangkan atau mencegah senility (nyanyuk) atau Alzheimer’s disease. Malah sesetengah pakar menyarankan pengambilan 7000mg sehari utk memulihkan sistem ingatan…
  8. Lecithin juga dikatakan sumber hormon neurotransmitter dimana ia menggalakkan proses tidur.Kekurangan hormon ini dikatakan punca insomnia..
  9. Lecithin adalah asid lemak perlu yang penting dalam penjagaan paru2 kerana kebolehannya mencairkan mukus dan mencegah iritasi .Dan sebab itulah ianya berguna bagi2 mereka2 yg ada alergi,hay fever,asma,bronkitis dan emphysema
  10. Lecithin bertindak sebagai pelincir bagi joint(sendi2) dan membantu dalam penjagaan tisu buah pinggang as well as the sistem penghadaman.
  11. Lecithin adalah zat utk kecantikan.. ianya perlu dalam menghasilkan rambut yg sihat..cantik berkilat,kulit yang lembut gebu dan juga dalam mencegah eczema.
  12. Lecithin diperlukan dalam penghasilan pelbagai hormon seperti epinephrine, .Sebab tu ianya amat berguna dalam mengurangkan atau mencegah PMS dan gejala2 menopause.
  13. Lecithin, bersama unsur2 lain digunakan utk membuat cecair hempedu (bile).. Bile ni fungsinya plak mencairkan lemak dan ..Pengemulsian ini memudahkan penyerapan zat2 seperti vitamin A,D,E dan K ke dlm badan

*Sebiji lecithin Shaklee mengandungi 530mg of Lecithin..
 
Ok..sekarang aku nak relatekan apa kesan yang aku rasa selepas sebotol aku makan Lecithin ni. Mulakan dulu dengan keadaan selepas melahirkan Alauddin. Berat aku naik dengan jayanya ketika pregnant ari tu, dari 65kg (sebelum preggy) ke 85.6kg (lagi 2 hari nak masuk 38 weeks dah bersalin), 20.5kg naik tuhhh...Lepas bersalin first aku timbang masa bawak Alauddin cucuk sebulan kat KK KDSK, masa tu 75kg...Huk aloh..turun 10kg je dalam tempoh sebulan. Walaupun aku berurut, berbengkung dan bertungku seperti ibu-ibu yang bersalin normal, tapi hasilnya agak mengecewakan aku.
 
Hari-hari berikutnya berlalu dengan berat aku maintain je kat 75kg, tak naik tak turun sampai la usia Alauddin 6 bulan. Aku timbang masa check up monthly Alauddin tu, berat aku turun sikit pada 73.5kg...Wowww...hati berbunga matahari sebab ada jugak turunnya walaupun secoet aje..Mungkin sebab menjaga anak yang semakin lasak kot.........:)
 
Kemudian sebelum tiba Ramadhan, asyik duk survey pasal produk Shaklee. Agent Shaklee tu pulak consult aku dengan begitu baik sekali dan tidak hanya untuk menjual produknya semata-mata..Dia siap suruh aku google dulu pasal kebaikan, kelebihan, testimonial dan apa-apa rujukan berkaitan produk Shaklee termasuk ujian klinikal yang pernah dilakukan ke atas produk Shaklee. Kebetulan pula aku berkawan dengan mereka yang bertugas di makmal mengetest ubat-ubatan dan pil-pil yang terjual di pasaran kini termasuk produk Shaklee ni. So, keputusannya adalah produk Shaklee bebas dari sebarang kandungan yang boleh membahayakan dan memudaratkan kesihatan manusia selain bahan asasnya adalah dari sumber tumbuh-tumbuhan..So aku terus decide beli 3 botol produk Shaklee yang aku cerita dari awal tadi la..
 
Aturan makan Lecithin ni kene makan 2 biji selepas mengambil makanan berat, contohnya nasi beserta lauk atau mee goreng sepinggan penuh, nasi lemak lauk ayam ke, apa-apa makanan berat la..kalau setakat makan roti 2 keping tak payah la gatai nak makan pil tu..wat membazir je..huhu..Tapi kalau aku memang takde maknenye roti 2 keping, mau separuh roti panjang tu aku bedal..cicah air milo ke kopi je pun...Dan maximum sehari 6 biji pil, means sarapan pagi 2 biji, lunch 2 biji dan dinner 2 biji..begitulah..
 
Minggu pertama aku makan Lecithin ni, memang dah terasa kelainannya. Aku kerap berpeluh padahal baru buat 2 3 kerja..Kadang-kadang jemur kain pun boleh berpeluh macam berjogging pulok..kadang-kadang vacum rumah pun berpeluh sakan, dan setiap kali berpeluh tu aku akan mandi sebab peluhnya macam kita beriadah kat luar pulak..Rupenya Lecithin ni memudahkan pembuangan toksin dalam badan dan salah satu cara toksin itu dibuang adalah melalui peluh dan air kencing.
 
Melalui air kencing pula, warnanya jernih dan tidak kuning jernih. Aku memang biasa air kencing bukan bewarna kuning tu tapi warna kuning cair je, tapi lepas amalkan Lecithin warna dia menjadi jernih, macam warna air paip. Sehinggalah sekarang. Suami aku pun amalkan Lecithin juga. Lelaki kan biasa alami kencing tak puas, tapi lepas makan Lecithin ni dia cakap kencing macam abis lepas tu tak kerap kencing macam sebelum ni. Kalau tak dia cakap dia dah kencing tapi rasa nak kencing lagi means ada yang tak lepas...dah ehem ehem pun tak lepas gak kuar..hoho..so hasil Lecithin ni pun bagus pada suami aku...:)
 
Jadual membuang juga sangat teratur dan senang je. Setiap pagi dalam pukul 7.45 @ 8 pagi, mesti aku akan membuang dan proses membuang juga sangat lawas. Tak de sakit perut atau memulas-mulas. Yang pastinya setiap hari di waktu pagi mesti membuang...teratur la maknanya.
 
2 minggu berpuasa, aku timbang berat, oh my God!! Berat turun kepada 69kg...Rasa macam banyak kan sebab sebelum ni angka 7 kat depan, sekarang angka 6, so rasa macam wowwww..aku dah kurus sikit..huhu..Masa hari raya pun aku tak miss makan lecithin, ke mana-mana aku bawak mende alah ni. Ada orang jenis malas nak makan pil la, jenis malas nak minum la, sebab malas nak ingat sesuatu yang dah jadi rutin kan..tapi jenis aku bila nak mencuba sesuatu memang aku disiplin termasuk suami aku...kami sama-sama mengingati antara satu sama lain...
 
Dan berat aku sekarang dah turun lagi sikit, berat kini 67.7kg...okla tu..lagi sikit nak ke 65 kg..tu kira berat ideal aku la sebab aku kan tinggi so jangan berangan lah nak berat angka 5 kat depan, memang tak balance la..lagipun aku tak nak kurus pun cuma nak kurangkan berat badan sehingga ke berat ideal dan maintain selagi tak peknen lagi....hohoho
 
Apa yang best bila dah rasa sedikit kurus ni?? Satu hari tu sebelum nak bercuti raya, aku mengemas la beg baju kurung masa aku anak dara dulu, terperuk dalam beg sebab masa peknen dah tak muat nak sarung kainnya, lepas bersalin pun still tak leh sarung kain jugak..kebaya memang elok campak ke laut la jawabnya..ada la 3 4 helai je yang ngam-ngam muat pakai pun...sedih!!!
 
Duk belek-belek tu ada la 2 helai jeans masa anak dara...gatai nak menerai kan...kata dah turun 67.7kg kan..sarung dengan berdebar-bedar..boleh masuk sampai ke atas...sengih dah..kancing butang...ehhh..bole kancing...nak menjerit dah...bila berjalan LANGSUNG tak ketat seluar jeans tu kat kaki aku...terus la menjerit kan...siap wat catwalk depan suami lagi..layan je la bini tengah mereng kan....selepas kejadian tu, rancak la aku nyopping online seluar, skirt bagai kan konon bole la melaram balik..tapi yang paling seronok perut ni dah tak buncit macam selepas bersalin ari tu...:)
 
So, pil tu pun udoh tinggal seminggu je lagi nak abis, kene reorder lagi la kan at agent favourite aku tu...tapi suami aku memang tak turun banyak pun sebabnya time keje dia tak makan pun lecithin tu, dia makan time kat rumah je means dinner je la dia makan, kalau time lunch pun masa weekend je...tapi turun jugaklah dalam 3kg cam tu..yang pastinya kebaikan-kebaikan lain yang sebut kat atas memang kami laki bini alami lah..:)
 
Tapi suami aku teringin nak mencuba alpha lipid sd2 tu haa..teruja betul pakcik ni nak minum mende alah tu..setakat ni die duk survey la harga kan, kebetulan staff dia agent sd2 secara part time kan, dia offer rm150 setin..best price la setakat ni yang kami jumpa..mostly kat online pun rm170 setin belum masuk postage lagi..akan datang la tu...

Tapi bab makan memang aku tak control la...habit makan aku masih seperti biasa..takdenye aku kurangkan kuantiti nasi ke lauk ke yang aku makan..sebab aku memang kuat makan dari dulu...tapi masih boleh turunkan berat badan, tu yang rasa seronok dan yakin dengan Lecithin Shaklee ni..:)
 
Sekarang ni aku tengah mencuba Virgin Coconut Oil (VCO). Aku beli dengan Hanisah Azhari, dia jual murah dari ejen catalyst yang lain. So, baru 2 hari mencuba. Katanya elok untuk dalaman dan luaran kan..Aku beli 2 kotak nak tengok hasilnya..dan yang pastinya kami laki bini la akan sama-sama mencuba produk ni..nak tengok hasil macam mana kan...dah abis sebotol baru aku buat entry pasal ni ye..baru la betul namanya testimonial kan......:)
 
Kalau ok dan hasilnya pun memberansangkan, aku nak belikan untuk mak aku dan adik aku. Adik aku tu de masalah tone kulit tak sekata, kat dahi dan celah pelipat dia warna gelap sikit dari warna asal kulit dia, so aku nak try VCO ni, suh dia sapu kat kawasan tu, tengok hasil macam mana. Tapi baru-baru ni adik aku nampak susut sikit dan muka dia sedikit cerah sebab dia dah berbulan dia tak makan malam..muka dia pula dia ada sapu sejenis sabun susu beras yang mak aku beli dari opah yang mengurut aku tu..memang samar dah gelap kat dahinya..asalnya adik aku tu masa lahir putih gebu...maybe sebab badannya besar mengganggu warna kulit die pula..tapi usaha perlu ada untuk berubah ke sesuatu yang lebih baik...:)
 
Ok..nanti update lain pula ye..As-salam..:)
 
 
 
 
 
 

Monday, September 24, 2012

Putih vs Hitam II

Assalamualaikum

Situasi Pertama
Lokasi : Kat rumah orang buat jamuan hari raya
 
Kakak (30-an): Ehh...ni la anak En. Nasrul ye..comelnye dia..hello boy..(sambil agah Alauddin)
Kakak ni pergi amik makanan kat meja buffet, lepas tu datang balik kat aku. Suami pula bangun nak tambah air sarsi.
Kakak (30-an) : Nasib anak puan putih ikut puan...hihi...nak cakap tadi takut bos dengar kecik hati pula die...
 
Aku??? Senyum aje............
 
Situasi Kedua
Lokasi: Tesco Kuala Selangor
 
Suami pegang Alauddin, berdiri kat deretan kedai dalam  Tesco sambil membelakangkan aku. Sambil tu aku lambai Alauddin..
Cashier: Anak akak ye...comelnye die...(ikut lambai sekali)...boy ye kak...encem besa nanti ni...blablabla...(ramah budak ni, sesuai buat calon menantu)
Suami muncul tetiba nak bayar...
Cashier: Eh....putih gebu die...ikut kulit mama die la ni kan..kalau ikut kulit abah dia.....hihihi (tak sampai hati kot budak ni nak sambung ayat seterusnya)

Aku???? Sengih aje la...:)
 
Situasi Ketiga
Lokasi: Pejabat suami
 
Ramai orang masa ni. Ada 2 3 orang wanita berkerumun kat aku menyembang sambil mengagah Alauddin..
Kakak 1: Ni la Alauddin ye...baru jumpa auntie ye..dah besar die haa..dah encem dah..
Kakak 2: Weh...(panggil kawan2 dia yang lain)...meh la tengok anak bos..putih haaa...ikut mak dia ni..telinga ngan idong je ikut ayah....nasib maknye putih..
Kakak 3: Oh...ni anak bos ye..aah..putih ye..tu la..maknya putih tumpah kat anak..ikut abah samar la sikit..macam kopi campur susu...hehehehe
Dan beberapa kakak lagi yang duk mengomel kePUTIHan Alauddin....
 
Aku??? Layankan je la....
 
Situasi Keempat
Lokasi: Rumah Mertua

Jiran 1: Hai Udin...meh sini meh..dah besar cucu kak nor ni...kejap je haa..putih pulak tu..ngikut maknya...kalo ngikut iz gerhana bulan la...haha..(mama pun bantai gelak sekali)
Jiran 2: Aah ye kak...Udin ngikut kulit maknya..nasib iz cari bini putih..kalo 2 2 malap..malap la yang ni pun...(sekali lagi bantai gelak)
Jiran 3 : Nanti adik Udin ngikut sapa...ngikut mak la putih semua...
 
Suami?? Senyum je
Aku??? Join gelak sekali...hahaha

Cukuplah kot 4 situasi yang aku bagi tuh...Yang pastinya dialognya lebih kurang sama macam tu la..Mana-mana je aku pergi mesti akan ada perangai manusia sebegitu. Tak kira la orang tua ke, orang baya mak-mak aku ke, baya-baya aku ke, remaja ke...mesti ada yang akan mengomel serupa itu..
 
Tapi yang bagusnya kami laki bini memang dilahirkan mempunyai hati yang sangatlah kering...Suami aku memang langsung tak amik hati pun bila ada cakap-cakap macam ni...dia senyum tenang je dan siap tak ingat lagi apa orang-orang tu cakap selepas beberapa ketika kejadian itu berlaku..hebak dok laki ambo??? Hebak la..:)
 
Agaknya suami aku dah lali kot time zaman bercinta pun orang duk mengomel macam kopi susu la, macam taik cicak la, macam bendera pahang la....nasib la jadi kahwin..hohoho...
 
Tapi aku memang tak da lah sampai kecik hati, menjeruk rasa pun dengan cakap-cakap orang ni...aku terima tanpa ada prejudis atau dendam kesumat dalam hati aku ni..Itu tandanya rayat Malaysia ni memang jenis mengambil berat dan prihatin dengan orang sekeliling dia....kan..kan..kan...
 
Baguskan Rakyat Malaysia....:)
 
 

Friday, September 21, 2012

Lara Hati Si Ibu.........

Assalamualaikum

Biasa dengar tak pepatah lama ni "Masa kecil di timang ibu, sudah besar di timang gelombang". Bukan nak cerita pasal masalah yang berlaku dalam kehidupan seharian aku, cuma saje nak meluahkan sesuatu yang lama aku pendam di sudut hati aku ni..
 
Bila Allah dah bagi nikmat menjadi seorang isteri dan ibu ni, kadang-kadang aku selalu terpikir perkara ni bila ianya berlaku di depan mata aku. Ada kalanya ketika ia sedang berlaku aku terpaksa memalingkan muka ke tempat lain untuk mengelakkan hati kecil aku lebih sedih. Ada kalanya aku terpaksa beredar dari tempat berlakunya kejadian itu untuk meredakan perasaan hati aku yang sedang meruntun hiba. Hati aku cepat terusik dengan perkara-perkara sebegini dan memang aku tak boleh nak hadapi lama-lama..risau hati aku dari hiba bertukar amarah, dari pilu sedih menjadi benci..
 
Membesarkan Alauddin dari tapak kakinya sebesar 2 jari aku ini sehingga kini, membuatkan aku lebih memahami erti perasaan seorang ibu. Bagaimana hati seorang ibu terusik dek perangai anaknya yang meninggikan suara kepadanya, sikap si anak yang lebih pentingkan keinginan hati dan batinnya tanpa memikirkan keringat si ibu, kejengkelan layanan si anak pada ibu bila dah lanjut usia, kedegilan si anak untuk memahami isi hati si ibu dan macam-macam lagi kerenah si anak..........
 
 
 
*************************
 


Ketika bayi.......saat pertama kali melihat si anak selepas keluarnya dari rahim si ibu, bergenang air mata si ibu. Dikucup dahi si anak..dicium pipi si anak..dibelai rambutnya..dibelek telinganya, dicuit bibirnya, dikuis hidungnya..semua yang ada pada si anak di belek si ibu tanpa rasa jemu..apa yang ada pada si anak semua yang terindah belaka..si anak penyeri hidup si ibu dan si ayah..itu yang sentiasa diulang si ayah dan si ibu sehingga si anak mengenal dunia.....

Ketika membesarkan si anak.............ketika tidur didodoikan dengan nasyid-nasyid indah, bait-bait kata memuji Allah dan RasulNya, beralun suara si ibu dan si ayah sehingga sayup-sayup sahaja suara si ibu tanda mata sudah layu tapi si anak tetap mahu menongkat mata dan merengek yang membuatkan hati si ibu tidak tenang untuk melelapkan mata selagi si anak masih berjaga...bersengkanglah mata si ibu dari malam hingga ke subuh demi si anak....

Ketika menyusukan si anak, si ibu sakit badannya kerana pelbagai posisi dilakukan demi si anak, walau sakit bersalin masih bersisa, si ibu kuatkan kudrat untuk si anak..demi perut si anak, si ibu buang jauh perasaan perit dan ngilu kerana melahirkan si anak..si ibu berusaha bangun malam untuk pastikan si anak lena dengan susu si ibu..

Ketika menyediakan makanan si anak, si ibu bersabar dengan kerenah si anak, itu ditolak, ini tak mahu, si ibu memerah otak dan keringat untuk berikan si anak makanan yang penuh nutrisi dan berkhasiat supaya si anak membesar sebagai anak yang sihat dan cerdik. Si ibu sedaya upaya akan memastikan dia mampu berikan yang terbaik kepada si anak seperti ibu-ibu yang lain..begitulah mendalamnya kasih si ibu pada si anak....

Kencing berak si anak sudah menjadi mainan jari si ibu....dari seorang yang penggeli ketika anak dara, sudah lupa erti busuk, masam, hancing dan cirit bila berhadapan dengan si anak. Semua dilakukan si ibu tanpa keluh kesah, tanpa mencemuh itu dan ini..yang penting pada si ibu adalah si anak sentiasa dalam keadaan wangi dan bersih setiap masa dan ketika..sentiasa dipakai bedak dan berbaju cantik..berbuih mulut si ibu ketika menimang si anak..anak mama wangi..anak mama ensem..anak mama cantik..anak mama comel..si anak mengekek-ngekek gelak dengan agahan si ibu....

Bila si anak balik dari bermain bersama kawan-kawan atau balik dari taman permainan dalam keadaan menangis, hati si ibu gundah gulana..dalam cemas bertalu-talu soalan diajukan pada si anak siapa yang buat si anak..si ibu mula menjadi marah bila tahu perkara sebenar..si ibu bukan seorang kaki gaduh atau seorang yang suka cari pasal..tapi dek kerana naluri seorang ibu yang sangat sayangkan dan risaukan si anak si ibu boleh bertindak di luar kawalan jika emosi terlalu menguasai diri dan akal...hanya kerana demi si anak.......

Bila sudah mengenal dunia persekolahan, si ibu sentiasa berazam akan memberikan pendidikan yang terbaik kepada si anak..memastikan si anak setaraf dan sebijak anak-anak yang lain..berusaha menyediakan bahan bacaan dan rujukan yang terbaik untuk si anak..demi untuk melihat si anak berjaya hingga ke menara gading....dan sekurang-kurangnya berjaya menggenggam segulung ijazah untuk hadiah pada si ibu dan si ayah.....di samping memastikan si anak mampu untuk perolehi kerjaya yang bagus si masa hadapan....

Sedih si anak menjadi rawan di hati si ibu..menangis si anak, menangis la si ibu..apa saja masalah si anak sedaya upaya si ibu cuba selesaikan, usahakan, dapatkan, ikhtiarkan...hanya kerana si anak...bila seronok si anak, berbunga lah hati si ibu..lebar senyum si ibu...bila anak berjaya...bangga hati si ibu..sejuk perut si ibu mengandungkan si anak...berjurai air mata si ibu tanda meraikan kejayaan dan kegembiraan si anak...

Tapi bila si anak menjatuhkan air muka si ibu..memalukan si ibu..memalitkan lumpur pada maruah keluarga..meninggalkan tanda hitam di sudut kecil hati si ibu, si ibu masih mampu memeluk si anak..memujuk si anak..menasihati si anak..menerima si anak seadanya..tanpa cacat cela..tanpa hirau caci makian makhluk lain sekeliling si ibu...si ibu menjadi tempat si anak bergantung harap, bergantung kasih, bergantung belas kasihan..mencari semula sinar hidup yang telah hilang..mendapatkan semula kekuatan diri si anak yang telah lenyap..dek kerana kerakusan hidup si anak di dunia..semua si ibu sanggup lakukan demi si anak...walaupun si anak sudah tidak diterima keluarga sendiri...si ibu sahaja yang memahami si anak kerana si anak itu keluar dari rahim si ibu..bukan orang lain.....

Bila si anak sudah bertemu cinta hatinya..si anak sentiasa bercerita perihal si kekasih hati kepada si ibu..meminta harapan, doa, restu dari si ibu agar itu pilihan terbaik untuk si anak dan pilihannya itu bisa menggembirakan dan membahagiakan si ibu satu hari kelak..InsyaAllah..si anak sudah semakin tidak sabar untuk hidup bersama-sama dengan kekasih hatinya..si ibu juga semakin tidak sabar untuk melihat si anak menamatkan zaman berkepit dengan si ibu..yang pastinya suasana itu akan berlangsung dengan meriahnya, akan dikenang si anak sehingga akhir hayatnya..jauh di sudut hati si ibu, perasaan akan berjauhan dengan si anak mula menebal..semakin lama semakin kuat perasan itu...tapi di wajah si ibu hanya senyuman meleret dan kata-kata bahagia untuk si anak..di kucup dahi si anak, diberi pesan yang mungkin berguna ketika melayari bahtera bersama yang tercinta...bibir si ibu tak putus-putus berdoa kebahagiaan untuk si anak...semoga bahagia bersamamu wahai anak hingga ke syurga..InsyaAllah...

TAPI...........

Bila si ibu sudah lewat usianya, sudah putih rambutnya, sudah rapuh kudratnya, sudah rabun matanya, sudah labang telinganya, sudah tidak berbutir tutur katanya, sudah nyanyuk fikirannya....bagaimana si anak melihat keadaan si ibu?????

Bila si ibu sudah tidak mampu untuk menguruskan dirinya, si anak sudah mula bertelagah sesama mereka...siapa yang mahu bela si ibu?? Siapa yang mahu ambil si ibu?? Siapa yang sanggup jaga si ibu?? Itu soalan pertama si anak-anak ini....setelah berbincang si abang atau si kakak akan memaksa diri untuk menerima kehadiran si ibu dalam rumahnya....si anak-anak lain??? Menarik nafas dengan lega...si abang atau si kakak tadi akan memgingatkan giliran si anak-anak lain untuk menjaga si ibu....yang lebih sedih bila memberi tarikh siap-siap untuk masing-masing mengambil si ibu bila tiba masanya..tak lewat dan tak cepat...Astagfirullah...

Bila si ibu tinggal bersama si anak......si ibu bertanyakan mana cucu-cucunya..senyap sahaja rumah..si anak menjawab acuh tak acuh..ada kat depan tu mak..si ibu bertanya lagi..mananya..tak de pun deme...si anak makin letih nak melayan soalan si ibu..mak ni tak dengar ke suara deme kat depan tu..dah la..nak ke dapur ni! Bentak si anak sambil mencampak penyapu di tangan ke ceruk dinding...si ibu hanya mampu melihat perbuatan si anak...niat si ibu bukan untuk menaikkan darah si anak..niat si ibu bukan untuk merunsingkan lagi fikiran si anak..niat si ibu bukan untuk menggangu uusan seharian si anak di rumah...TETAPI hanya ingin berborak dengan si anak yang dirasakan sudah lama tidak bersembang seperti dahulu..kenangan lalu mula mengusik jiwa si ibu..sambil si ibu mengusap rambut si anak, si anak berceloteh itu dan ini tanpa henti..dan tanpa jemu juga si ibu melayan setiap butir kata si anak...AH..RINDUNYA SAAT ITU...bisik hati si ibu...tapi si anak tidak juga mengetahuinya.........

Pulangnya menantu lelaki si ibu dari penat bekerja....Alhamdulillah...si ibu bersyukur dikurniakan menantu yang baik, yang melayan si ibu seperti ibu sendiri...ditanya khabar si ibu petang itu, sudah makan ke si ibu...tersenyum si ibu melayan pertanyaan si menantu yang dianggap seperti anak sendiri...si ibu bukan mahu lebih...hanya sekadar secebis perhatian yang tidak luak mana pun dari si anak..bila ianya datang dari si menantu..hati si ibu lebih meruntun hiba...hati si ibu berbisik lagi...ALANGKAH SERONOKNYA JIKA YANG BERTANYA ITU SI ANAKKU......

Bila si menantu melihat layanan si anak kepada si ibu ini acuh tak acuh sahaja...bila dihidangkan makanan tidak menjemput si ibu seperti si ibu dahulu yang akan pastikan si anak makan bersama baru si ibu makan akibat merajuk dengan si ibu......tapi kini apabila si ibu mengguriskan hati si anak, membuatkan angin si anak bergelora hanya kerana sebaris pertanyaan...si anak terus membisu seribu kata..berdiam diri kaku tidak berbunyi...tidak berusaha untuk memandang wajah tua si ibu...tidak ada keinginan untuk mengajak si ibu bersama-sama merasakan nikmat berkeluarga dengan si anak...si menantu bertanya kepada si anak..kenapa tak ajak mak sekali..jawab si anak..ala..mak nampak la kita tengah hidang makanan, maknanya nak makan la ni..datang je la kat meja ni, duduk sekali..takkan itu pun nak dicakapkan..mak bukan budak lagi...........jatuh pandangan si menantu pada si ibu...si ibu senyum sayu...si menantu melangkah ke arah si ibu, mengajak si ibu bersama-sama....tapi si ibu mengatakan tak pe la..mak tak rasa lapar lagi..makan lah dulu kamu anak beranak..mak nak solat sekejap..nanti lapar mak makan ye.........tersentuh hati si menantu mendengar jawapan si ibu..dipujuk lagi...si anak lalu sebelah si ibu seraya berkata...biarlah mak tu abang..mak tak lapar kan katanya..nanti nak makan mak tahulah tu...jomlah makan..lapar ni..............

Bila pakaian si ibu sudah tiba masa untuk dicuci....si anak memesan pada si ibu supaya meletakkan pakaian tersebut dalam bakul baju yang sudah disediakan si anak...pesan lagi pada si ibu letak bakul sebelah mesin basuh selepas dah kumpul baju kotor...supaya senang si anak nak basuh..si ibu patuh saja turut kata si anak...berbuka mulut si ibu....bertalu-talu si anak mebalasnya..sudahnya si ibu diam sahaja menurut perintah...si anak mula untuk memasukkan pakaian si ibu ke dalam mesin basuh...tiba-tiba terpegang kain batik lembab si ibu...kenapa kain ni mak...mak terkencing malam tadi, tak sedar, sejuk sangat malam tadi..tapi mak dah basuh kain tu pagi tadi....lain kali kalau terkencing, mak cuci je sidai terus kat luar tu..ada sabun kan dalam bilik air tu..tak yah masuk mesin..hancing la nanti.........si ibu mengangguk paham sambil meminta maaf pada si anak.......................................

Bila si anak menerima tetamu dari kalangan kawan-kawan, rakan pejabat, rakan si suami, pelbagai makanan dan minuman disediakan untuk mereka....seronok si ibu melihat pelbagai juadah istimewa terbentang di atas meja makan...si anak memang pandai memasak pelbagai jenis lauk pauk, nasi, kek dan kuih muih...ye la..si ibu juga bukan calang-calang orang bila di dapur...mana tumpahnya kuah kalau bukan ke nasi...bangga si ibu melihat hasil air tangan si anak..TAPI..................bila sampai je tetamu si anak...si ibu diberi sepinggan mee goreng atau sepinggan nasi berlaukkan ikan dan sedikit sayur dan disuruh makan di meja yang disediakan..bukanlah tersorok dari tetamu si anak..tetapi bila diasingkan dari orang-orang lain...bagaimana perasaan si ibu???? Bagaimana dengan pasta? Kek buahan si anak? Kuih manis pelbagai warna itu?? Si ibu hanya mampu memandang....tapi perut si ibu tetap mahu rasa nikmat tersebut...

Dipanggilnya si cucu minta diambil sedikit makanan yang pelbagai itu...si anak terdengar...terus menarik tangan si cucu..dibawa ke tepi sudut dapur...si anak melarang anaknya sendiri dari memberi makanan kepada si ibu.......tertunduk muka si ibu melihat situasi itu...si anak pergi kepada si ibu lalu berkata....mak tak boleh makan makanan manis, mak tu ada kencing manis, ada darah tinggi..ni makanan orang sihat..mak sakit makan makanan orang sakit yang saya dah buat tu...dah la..orang tengah ramai ni mak nak buat perangai pula..nah air masak ni..jangan nak minum air sejuk tu pula..kang batuk malam-malam sapa nak tanggung...orang malam-malam nak tido..mak pula kong keng kong keng bising batuk..ishh...Senyap je si ibu mendengar bebelan si anak.......

Ada juga si anak memberi makan kepada si ibu terlebih dahulu...sebelum ketibaan tetamu si anak....paham la si ibu niat si anak..selepas makan, si ibu akan duduk di bilik mengenang nasibnya yang sudah tiada apa..yang sudah tidak mampu...hanya mengharap belas kasihan si anak...jika ia masih ada..............................

Tapi si anak beranggapan si ibu sudah memahami situasi si anak yang sentiasa sibuk dengan pelbagai urusan dan hal dalam rumahnya...si anak merasakan lebih elok si ibu begitu..duduk dalam bilik dan hanya keluar bila perlu..si anak merasakan si ibu telah menyenangkan hidup si anak dengan sikap si ibu yang sebegitu..............TAPI jauh di sudut hati si ibu, itu adalah pilihan yang terbaik si ibu terpaksa lakukan untuk menyenangkan hati si anak..untuk mengelakkan si anak menjadi benci pada si ibu...untuk mengelakkan si anak sentiasa nak marah-marah bila terpandang muka si ibu..si ibu sanggup menghadap dunianya yang hanya sebesar sebuah bilik tidur asalkan hidup si anak bahagia dan tenang.........................................

Di hadapan tetamu, di hadapan orang lain, si anak kembang hati dipuji mereka kerana menjaga si ibu yang uzur..tersenyum si anak bila menjawab pujian mereka...seronok si anak bila dikatakan seorang anak yang baik dan sayang pada si ibu...tu belum lagi yang puji melambong...kalau orang lain belum tentu nak bela mak sendiri ko!!! Tapi ko memang baik lah wehhh....Bukankah itu memang tanggungjawab si anak apabila si ibu dan si ayah sudah tua lebih-lebih lagi sudah hilang kudrat untuk menguruskan dirinya sendiri??? Jauhilah kami semua dari kawan atau orang sebegini Ya Allah....

Bila ada kawan-kawan si anak yang melayan si ibu dengan penuh hormat dan baik sekali...tersenyum si ibu..lebih-lebih lagi bila dilayan berborak, bersembang yang sememangnya digemari si ibu...berpatah-patah ayat keluar dari mulut si ibu kerana seronok dengan situasi itu....tapi tidak pada si anak...mulalah si anak tidak senang duduk melihat meramahan si ibu tadi.........

Pulangnya kawan-kawan si anak..masih ada sisa seronok di hati si ibu...terpacul la keluar dari mulut si ibu...baik si kawan kamu tu ye..seronok mak bersembang dengan dia..pandai melayan orang tua..baik budaknya...begitulah si ibu...si anak mula la menjawab ala....anak mak ni tak baik ke? Tak layan mak elok-elok ke? Tak seronok ke berborak dengan anak mak ni? Asyik kerja nak berborak je, satu mende pun tak jadi mak..................Terkedu si ibu...bukan niat si ibu membandingkan si anak dengan kawan-kawannya..bukan niat si ibu nak mengecilkan hati si anak..tapi sekadar memuji sesama manusia sahaja...sumpah..bukan itu niat si ibu wahai si anak............Tak lama lagi mesti mak nak cerita kat semua orang kan apa yang saya buat kat mak..cam ne layanan saya kat mak..abis la tu semua orang yang dijumpanya nanti diceritakan..abis semua nak canang kat orang...si anak masih melepaskan amarahnya pada si ibu...sambil berjalan ke sana ke mari dalam rumah, mulut si anak tak berhenti mengomel pada si ibu....perlahan-lahan si ibu membawa diri ke dunianya semula...merajuk kembali hati si ibu....bertambah menjeruklah perasaan si ibu...........

Bagaimana dengan si menantu?? Tidakkah dia terasa dengan layanan si anak pada si ibu?? Bukankah tanggungjawab si suami menegur dan mendidik si isteri apabila si isteri melakukan dosa lebih-lebih lagi dosa kepada ibu dan ayahnya??? Bukan tidak pernah menegur, tapi sudah berbuih mulut si menantu menasihati si anak supaya sayangilah si ibu seadanya....jangan sentiasa mencari salah si ibu....dipesankan dengan dosa dan balasan untuk anak yang tidak melayan ibu ayah dengan baik kepada si anak....berbagai cara dilakukan si menantu tetapi si anak tetap begitu....sehinggalah ke satu tahap si isteri berkata..........itu mak saya, abang menantu je..yang jaga mak saya bukan abang...semua saya yang buat..jadi saya tahu apa yang saya buat....mulai saat itu, si menantu berusaha menceriakan hati si ibu sedaya yang die mampu tanpa campur tangan si anak....kerana tidak mahu berlaku perbalahan dan pertengkaran........................

Cucu-cucu si ibu??? Anak kecil apabila sentiasa melihat pelakuan ibunya sehari-harian, mereka akan belajar sedikit demi sedikit dari perlakuan si ibu pada si nenek. Hanya melalui pemantauan dari si menantu, sikap si cucu cuba dibentuk perlahan-lahan..bila si menantu mendengar anaknya meninggikan suara kepada si ibu..si menantu segera menegah si cucu...si anak menjeling si menantu, suaminya sendiri......si ibu hanya mampu meihat tanpa apa-apa reaksi...

Ada si cucu yang sangat tak mesra dengan si nenek...kerana si anak yang tidak sentiasa manjakan si cucu dengan si nenek..apabila si ibu memberi nasihat pada cucunya di hadapan si anak, si anak akan segera menyelar percakapan si ibu bahawa kanak-kanak sekarang bukan seperti kanak-kanak dahulu...si ibu hanya menasihati si cucu seperti si ibu menasihati si anak sewaktu kecil dahulu..diusap dengan penuh kasih sayang...dikucup dahi tanda sayang pada si cucu....tapi perbuatan si ibu mendatangkan kemarahan dalam hati si anak.....bersabarlah hati si ibu.......

Bila si ibu mengajar si cucu bangun awal setiap pagi, si anak segera membantah tindakan si ibu, katanya anaknya penat bermain semalaman dan biarlah anaknya tidur lebih lama..sudahnya si cucu sudah terbiasa bangun lewat hatta sudah usia belasan tahun..dah anak dara dan anak teruna..tak kira ada saudara mara atau tetamu di rumah....si ibu hanya mampu menggeleng........si ibu hanya sayangkan anak-anak dan cucu-cucunya sahaja....tiada sebab lain......

Akibatnya si cucu juga melayan si nenek acuh tak acuh seperti acuan ibunya....yang sering menjadi santapan mata si cucu..hormat sekadar itu cuma...tiada kemesraan, tiada kasih sayang...tiada sentuhan, belaian, dan kucupan...sekadar mata kecil yang memandang kosong kepada si tua yang sudah tiada daya apanya.....kemudian berlalu meninggalkan si tua itu kesepian kembali..........

Bila si ibu sakit, pening, demam, batuk atau semput....si anak menyalahkan si ibu yang tidak berpantang makan...semua nak makan...semua nak rasa...dah tahu sejuk tak nak tutup kipas..tak nak pakai selimut...si ibu diam memandang lantai...bersiap-siap ke klinik...dalam kereta masih mengomel..katanya menggangu masa si anak...menggangu kerja harian si anak...si ibu memandang kosong ke luar kereta..........sedih hati si ibu tiada sapa yang tahu....walaupun anak sendiri..................

Bila berkumpul anak beranak, adik beradik semua...yang kakak mengadu si ibu begini begitu kepada si adik-adik....si abang pula mengomel itu dan ini pada adik-adiknya....si adik-adik juga membebel perihal si ibu pada si kakak dan si abang....

Ada yang memberi gelaran yang tidak sepatutnya kepada si ibu...bila si anak bersembang sesama mereka digelar si ibu "Baby Tua"...tak kurang juga "VVIP" sebab terpaksa beri lebih perhatian dan layanan khas kata mereka....bila ada baby yang baru belajar melangkah...disamakan dengan langkah kaki si ibu yang sudah tinggal sisa kudratnya...setapak setapak langkahan kaki si ibu..dijadikan bahan tawa si anak sesama mereka..."Apa anak ibu ni..jalan terkengkang-kengkang macam tok kamu"........

SI IBU???? Hanya terdiam membisu di sebalik celah pintu biliknya....mengintai di celah engsel pintu perihal anak-anaknya yang sedang berborak mengenai dirinya...mengenai kesusahan menjaga si ibu tua...mengeluh melayan kerenah dan pertanyaan yang sama dari si ibu....yang ini mencebik...yang sana mencemuh....si ibu mandi sendiri....si ibu makan sendiri...si ibu pakai baju, sikat rambut sendiri....semua si ibu lakukan sendiri tanpa bantuan si anak....apa yang membebankan si anak si ibu pun tidak tahu....terhembus nafas halus dari bibir tua si ibu.........termenung lagi si ibu melayan hatinya yang lara kerana sikap si anak................dalam hati si ibu terdetik sesuatu.....SAMPAI HATI ANAK-ANAK AKU PANGGIL AKU MACAM TU........................

Si ibu sering menyelak layaran lalu, ketika membesarkan si anak..si ibu merasakan sudah memberikan didikan duniawi dan akhirat dengan sebaik mungkin..si anak bukan jahat pun..si anak masih anak yang baik...menutup auratnya apabila tiba masaya dan sehingga kini masih begitu...solat dan Al-Quran masih menjadi amalan harian si anak...tutur kata dengan orang tua tetap lembut dan sopan santun..tiada yang teruk dan jahatnya pada si anak..melayan suami dan anak-anak juga dengan baik dan penuh kasih sayang....malah dengan si ibu juga tidak pernah meninggikan suara.........................cuma apabila si anak mengeluarkan kata-kata, hati si ibu terasa seperti disebat sembilu....perasaan si ibu seperti dipijak-pijak oleh sesuatu yang maha berat....walaupun nada si anak bersahaja dan wajahnya seperti biasa..tapi dari pandangan mata si anak si ibu paham si anak sedang memberontak..hatinya sedang menggelegak dengan si ibu...tapi si ibu tetap menganggap si anak bukan begitu...mungkin si anak merasa terbeban menjaga si ibu yang uzur dan tua ini....si ibu cuba menahan sakit itu...cuba tersenyum di sebalik duka...segala-galanya demi si anak..mungkin si anak tidak bermaksud untuk melukakan hati si ibu.......pujuk hati si ibu.....

Kini hati si ibu sudah biasa dengan layanan si anak...tidak bercakap seharian pun tiada apa pada si ibu..tidak melihat wajah si anak seharian juga tiada kesan pada si ibu....tidak mendengar suara si anak seharian juga tidak mengapa pada si ibu...hati si ibu sudah makin merajuk..sudah makin dalam memakan perasaan si ibu...si ibu hanya redha dengan ketentuan Allah padanya...si ibu hanya menumpukan perhatiannya pada sejadah dan Al-Quran yang sentiasa menemani si ibu tak kira waktu...si ibu serahkan kehidupan si anak pada keadilan Allah S.W.T.  Tapi kerana dia seorang ibu....doa untuk si anak tidak pernah putus...sentiasa diampunkan dosa si anak yang lalu dan yang akan datang...apa yang dilakukan si anak pada si ibu diampun tanpa syarat oleh si ibu.......begitulah mendalamnya hati dan perasaan seorang ibu.......................asalkan si ibu bersama dengan anak-anaknya hingga hujung nyawanya....itu sudah memadai pada si ibu......................



********************
 


Itu sekadar himpunan kisah yang kerap berlaku di hadapan mata aku sejak beberapa tahun kebelakangan ini....Bila aku memandang wajah-wajah si ibu tersebut..hati aku digamit pilu yang amat...sebak yang tak tertahan lagi....hati aku menangis tatkala mata hitam si ibu-ibu itu bertentang  dengan bola mata aku....Ya Allah...betapa sedihnya hati si ibu....betapa remuknya hati si ibu....bila yang memperlakukannya sebegitu bukan orang lain, bukan siapa-siapa pun...anak-anaknya sendiri...yang ditiupkan roh oleh Allah di dalam rahim si ibu..yang dikendong ke sana ke mari selama 9 bulan 10 hari oleh si ibu.....yang diusap sedari dalam perut oleh si ibu...yang menanggung kesakitan melahirkan si anak..sakit yang teramat selepas sakit kematian...juga ditanggung oleh si ibu.......sehingga celiknya mata si anak melihat dunia....

Jika si ibu tahu si anak pabila dewasa menjadi manusia begitu, pasti si ibu tak mahu menjaga si anak seperti menatang minyak yang penuh....tapi si ibu tetap seorang ibu.....hati nurani dan perasaan yang Allah kurniakan kepada si ibu-ibu ini sangat unik sehingga tak sanggup untuk menyakiti si anak walau sebesar hama....jika si ibu tahu pun si anak akan jadi begitu...si ibu tetap sanggup menjaga si anak kerana kehebatan kuasa kasih sayang yang Allah kurniakan kepada setiap para ibu......syurga itu di bawah telapak kaki ibu.....syurga itu penuh kasih sayang...seperti hebatnya kasih sayang seorang ibu kepada si anak....

Ya Allah Ya Tuhanku, Kau bantulah aku dalam mendidik anak-anakku supaya menjadi manusia yang bersyukur kepadaMu, yang taat pada suruhanMu, yang taat pada ibu bapanya, yang menghormati sesama manusia....Ya Allah Ya Tuhanku, Kau tiupkanlah perasaan kasih sayang, belas kasihan dariMu ke dalam hati kami dan anak-anakku...sesungguhnya kasih sayang yang Kau kurniakan kepada kami semua adalah kasih sayang dariMu juga..Jadikankah kami hamba-hambaMu yang sentiasa berbelas kasihan sesama manusia..Amin Ya Rabbal 'Alamin...
 
 
 

Thursday, September 20, 2012

My First Gym :)

Assalamualaikum

Sejak 3 minggu lepas aku duk mencari sesuatu yang ala-ala macam pool yang sesuai untuk Alauddin main kat dalamnya tanpa risau jatuh terhantuk, tersembam, berbenjol kepala dan sebagainya. Niat dihati nak beli splash pool, memang besar dan siap ada ball berwarna warni sekali kan..tapi bentengnya tidak tinggi sangat, so rasa tak sesuai untuk Alauddin main-main di dalamnya. Kang kalau tengah duk manjat benteng tu jatuh terkeluar pulak dari pool jenuh pulak aku nanti kan..
 
Lepas tu tengok kan harganya yang rata-rata menjual paling murah pun RM199, rasanya tak berbaloi sebab kekerapan menggunakannya di samping lebih banyak tak sesuai dari sesuai dengan Alauddin membantutkan lagi hasrat aku nak membelinya. Tapi hasrat hati ni memang aku dah cakap pada suami dan dia setuju aje cuma jangan mahal beria..ok..:)
 
Memandangkan Alauddin dah mula pandai memanjat, mengangkat kaki nak keluar dari walker, melangkah entah apa-apa, aku kene cari sesuatu yang bole dia panjat, berpegang dan meniti dengan selamatnya. Aku ni jenis penakut kalau anak ke budak kecik ke jatuh..memang aku seriau..tu sebab mulut aku bising sungguh bila suami take over jaga Alauddin sementara aku nak jemur kain ke, mandi ke, memasak ke, sebab suami aku jenis suka mencabar si kenit ni tapi tak pernah jatuh la..cuma aku ni jenis risau terlebih punye orang..suami aku sampai setiap kali aku nak buka mulut ingatkan tengok Alauddin, dia akan angkat tangan macam ikrar tu sambil sebut "dengan ini, abah Udin akan menjaga Udin dengan baik supaya Udin tak jatuh, kalau Udin jatuh mama akan bebel 7 hari 7 malam dekat abah..sekian" Setakat ni memang Alauddin tak pernah jatuh ke, tersembam ke, berbenjol dahi ke, terhantuk ke..Ha...begitulah ghupenye..:)
 
Aku memang mencari yang ala-ala cam playground yang lantainya jenis kalau Alaudin jatuh pun dia tak sakit, tak rasa apa kat kepala dia dan bontot dia dan boleh jatuh banyak kali since dia pun duk menapak jatuh je kan, berpaut sana sini, bila tempat pautnya jauh sikit, mula la jatuh terduduk kan. Search kat lelong, mudah.my semua tapi still tak jumpa dan tak ramai pun yang jual menatang yang aku nak ni..
 
Sampai la masa pergi Tesco kat Nilai minggu lepas, kebetulan holiday kat PD masa tu, on the way balik dari kenduri kahwin sepupu kat Semenyih singgah la Tesco tu..tengah tolak troli terperasan la 1 kotak yang gambar depannya ala-ala macam pool yang aku nak cari tu..namanya My First Playgym. Mempunyai 1.30 m diameter lebar dan 1.04 m tinggi rasanya memang sangat sesuai dengan Alauddin, lepas tu ada 2 mainan gantung yang dalamnya ada loceng dan seketul mainan ala-ala tukul tu..semua mainan ni jenis macam pelampung yang memerlukan angin untuk jadi seperti gambar kat kotak tu..so memang confirm la kalau Alauddin main kat dalam tu tak rasa sakit if jatuh ke pe kan..so aku tunjuk la kat suami gym tu..suami pun kata ok..nanti kita beli kat sana..:)
 
Scan harga RM70 berapa sen ntah..aku lupa dah..so aku rasa nanti balik Kuala Selangor nak beli kat Tesco sana je la..senang dari duk angkut jauh-jauh ni ha..Sebelum ni duk cari tak de pula jumpa kat Tesco..rezeki la tu kan..
 
Pastu masa on the way nak balik Kuala Selangor selepas berholiday tu, singgah rumah mertua kat Puchong sebab mak abah semua ikut holiday sekali..so abah nak singgah rumah besannya la..masa suami tengah ralit baca paper Harian Metro ada iklan Carrefour, tetiba suami panggil aku disuanya paper tu, terbuntang la mata aku kat tempat suami tunjuk, My First Playgym yang aku nak beli harga kat Carrefour RM45 sahaja!!! Terbaiiiikkkk lah..nasib tak beli kat Tesco lagi kan..tengok date last sale tu 20.09 kan, so kene pergi cepat ni..hihi..excited mak ko nak!!
 
So, Carrefour terdekat pun kat Klang dan Kota Damansara je..kebetulan nak jumpa customer kat Kota Damansara malam selasa kelmarin, bertambah la semangat mama Alauddin ni. Memang tempat perjumpaan pun dekat carpark Carrefour Kota Damansara tu, so selesai urusan teruslah menapak dalam Carrefour tu kan..tapi Carrefour ni lengang je..tak ramai orang kat dalamnya, so seronok la menolak troli time tak ramai orang..dapat je apa yang nak tu kan..scan harga tengok betul ke RM45 macam dalam paper tu..yezzza...betul harganya..beli pam pulak..terus la pegi bayar..hahahaha..selamba badak je datang semata-mata nak beli My First Gym tu je..terus la shoot balik rumah..:)
 
Jom lah layan pic Alauddin main gym die ni..tak tahulah kalau mende tengah baru dan baru jumpa memang la seronok main kan..tapi memang aku rasa secure je la bila letak Alauddin dalam gym dia kalau nak buat kerja rumah kan..tal risau jatuh ke pe ke kan..
 
 
Ni gambar kotak gym ni
 
 
Pandangan depan gym

 
Alauddin tengah ralit main

 

 
 

 
 
 
 
 
Gym ni boleh tahan beso jugak..sampai abah Alauddin cakap, rumah abah dah macam taman tema dah ha..sana walker, sini gym, ceruk sana jumperoo..celah sini kereta mainan, celah sana kereta mainan atok bagi..alahaiii..untung adik-adik Alauddin nanti :) 
 

 
 

Wednesday, September 19, 2012

Hepi 8th Year syatogethernas (^^,)

Assalamualaikum
Semalam kan 18.9..tarikh keramat kami laki bini zaman bercinta dulu sampai la sekarang ni..sebab apa? Tu la permulaan percintaan kami...orang panggil declare cinta kunun..chewahh!!
Kami masa bercinta memang tak pernah sambut beria pun..tak de candle light dinner, tak de present besar gabak bagai..just kami keluar pi jalan-jalan ja..bercinta masa belajar diploma kat UiTM Seri Iskandar semseter 3..huhu..paling hangit pun berjalan ke Ipoh nun la.bertawaf la kami dari Jusco lepas tu ke Ipoh Parade, lepas tu Greentown Mall lepas tu ke Tesco sampai la grade pun..sekarang je baru la naik Tesco Seri Iskandar la, Mcd la, KFC la, Mydin la, macam-macam la kat Seri Iskandar yang dulunya macam padang jarak padang tekukur......... 
Masa bercinta dulu, memang selalu sangat bergaduhnya..manjang bergaduh..tengah duk gelak sakan, 10 minit sat gi bantai gaduh..bila dah gaduh macam-macam la keluar kan..nak-nak gaduh ngan orang macam aku yang memang kaki gaduh ni..laki aku cakap jenis orang tak nak kalah..dia aje betuinye..nak buat cam ne..dapat pakwe jeles tahap gaban..kira sepesen la tu kan..:)
Asal bergaduh je nak putus, asal bergaduh je nak putus..aku la tuh!!! Sampaikan suami aku pernah cakap, ni kalau kahwin buat perangai macam ni memang tak leh rujuk langsung dah tau tak!! Hahaha..mak aku pun cakap, asyik gaduh je manjang, kawin la cepat, tak de gaduh dah..tapi memang ye la..dah kahwin ni,hilang terus la perangai kaki gaduh aku tuh..elok je pulak haa..kalau bergaduh pun paling koman dapatlah si Muhammad Alauddin tu, tak pun tak lama lagi dapat adik si Udin pula..kekekekeke
Tarikh keramatnya 18.9.2004...bila dikira udah 8 tahun la bersamanya pun..dan nak masuk 2 tahun usia perkahwinan kami..insyaAllah..semoga dipanjangkan usia perkahwinan kami ni..So, semalam aku cakap la kat suami aku pasal date ni..Bulat mata dia bila aku sebut dah 8 tahun dah kita bersama ye..tapi memang kami tak de plan apa-apa pun..hanya sekadar mengingati tarikh je..seperti tahun-tahun yang lalu..
Suami bukan jenis tak memberi hadiah, tapi pesennya memberi hadiah ikut dan dia nak bagi la..kadang-kadang tak de sebab pun tapi bila balik kerja duk bagi barang berbungkus..dapat pulak bini banyak soal ni..macam-macam la aku tanya sebab bagi hadiah kan..hohoho..
Ok..nak mengimbau sat kenangan dilamar sebagai kekasih...aiceh!! Ingat lagi suami ajak keluar jenjalan kat Ipoh..pegi JJ katanya..naik bas hijau General tu, tambang RM3 tak silap aku masa tu..suami aku plan nak lamar masa tengah jenjalan tu la..kebetulan ex-gf suami ni ada tournament bola tampar kat UiTM kami, depa dari UiTM Machang, Kelantan. So ari kami keluar tu rombongan Machang nak balik u depa la, tapi singgah jap jenjalan kat Ipoh ni ha..nak jadi kisah malam sebelum kami keluar jenjalan tu, memang si ex ni nak bagi tag nama kat suami sebab suami aku memang dah minta lama dah sejak depa putus dulu so kebetulan dia mai u kami, so suami aku pesan suh la bawak sekali. Memang suami sayang sangat tag nama tu..sebab dah putus dia minta balik la..haru betuii..
So tag nama tu suami suh bagi kat aku, dia bagi tahu hostel dan no bilik aku. Aku ni pelik la ngape suh jumpa aku pulak, bukan ada kene mengena dengan aku pun, aku dah suruh dia pi jumpa sendiri ex nya kan senang..suami aku cakap tak nak mengguris perasaan aku la, tak nak aku cemburu la, rasa khianati aku la..pe ke mende ntah..bukan declare apa-apa pun lagi..drama betul laki aku..hoho..
So aku bagitahu la roomate aku ex pakwe aku nak datang wehhhh..beria la deme ni melipat kain yang melonggok dalam baldi, sorok sotong dan suar kecik masing-masing dalam almari..maklumlah pakaian-pakaian comel ni kami jemur dalam bilik je, jemur luar kang ada yang kene mandrem pulok..yang sorang menyapu lantai, yang sorang buat air nescafe, siap bentang tikar makan, lepas tu angkut botol biskut, roti, cekedis bagai...macam lah nak nyambut ketua wanita daerah pulak aihhh...
Dengar bunyi pintu diketuk, semua pakat bersila menunggu empunya badan masuk mengadap..aduii..aku ni udohla tinggi alam, yang datangnya rendah beno, memang rendah sampaikan dia yang terkejut tengok aku masa aku bukak pintu..nak-nak pulak bila aku cakap aku la aisyah..hohoho..terkeluar la dari mulutnya..mak aihh...tingginya!!..
Yang laki aku ni ada pula ada plannya yang tersendiri..dulu kan maxis ada call 2 saat tu yang tak de cas tu kan..ingat tak..laki aku bantai call 2 saat dengan aku..dah la aku nak melayan borak ngan si ex ni, dia sibuk la nak call aku tanya itu ini nya pun..tak nyempat-nyempat..nanti aku update la story morry nye kan..sampai kan menjeling je ex nye kat tepon aku setiap kali berbunyi kan..siap tanya "Nasrul memang selalu call macam ni ye??" Apa nak jawab eh...aku sengih je la..Roomate aku tak abis-abis duk menjamu tetamu mengejut ni kan..memang terbaik la korang..
Dalam duk nyembang-nyembang tu ada la dia cakap esok driver bas singgah Ipoh, saje bawak rombongan berjalan kat Ipoh..tu yang kami tahu deme ada di Ipoh hari kami berjalan tu..so penat berjalan dalam JJ tu, suami ajak duduk sat..ada la sebuah kerusi kat satu sudut tu..so lepaskan rehat la kejap..aku ingat lagi kerusi tu depan watson..haaa..tetibe melintas la sekumpulan remaja rupanya rombongan si ex ni ha..dia yang perasan suami aku tengah duduk tu terus la mereka datang ke tempat kami..rupenye si ex ni datang bersama pakwenye, jadinya suami bagi tempat duduk dia kat exnya dan die duk nyembang ngan pakwe kawan tu kat tepi tiang sebelah kerusi tu..
Mood aku memang ok masa tu..tak de masalah..yang buat masalah bila keluar soklan dari si ex pasal bila kami mula berkenalan, bila berkenalan, dah lama ke kenal dan kenal kat mana?????????? Haaaaa...bole bajet tak angin dalam badan aku macam mana??? Suami aku memang dah perasan muka aku lain macam, bila keluar soklan yang sama buat kali ketiga dari si empunya badan ni, aku terus panggil suami aku, aku cakap kat si ex ni, kalau awak nak tahu sangat, awak tanya dia eh..jangan soal saya yang bukan-bukan!! Hohoho..suami aku muka dah macam risau kot aku tetibe naik angin ke kan..padahal nada aku cakap biasa je cuma muka aku memang serius tahap gaban la..terus la dia cakap kenapa nak tahu, tak apa yang penting pun, so pakwenye pun terus minta diri nak berjalan-jalan ke depan, mungkin menyelamatkan keadaan kot..huhu..dah selepas itu memang mood aku terus spoil maut...........
Suami memang frust gile tahap gaban sebab tak sempat nak lamar konon..katanya muka aku masam nak mampos sampaikan muncung sedepa..aku pulak pesen kalo dah spoil mood memang tak nak bercakap langsung..sejam jugak lah laki aku duk mujuk aku suh bercakap sebab memang die je bercakap dari tadi..macam-macam la ayat memujuknya..sudahnya pukul 5 petang suami abis modal dah dia ajak balik je la ke kampus sebab aku tak nak bercakap, asyik buat muka aje..
Tahu kat mana declare nye??? Naik bas pukul 6.00 petang, so masa lagi setengah jam cam tu nak sampai hari dah gelap dah..aku memang tak bercakap pun lagi..senyap je..sudahnya suami aku cerita la yang dia tadi nak declare aku as makwenye tapi tak sempat nak cakap, dah lalu pula si ex tu, rupenya mood aku spoil pula lepas tu, sudahnya dia nak juga declare pada hari tu juga..dia pun cakap la nak aku jadi makwenye dalam bas..ye..dalam bas yang penuh dengan orang macam-macam bangsa, sampaikan berdiri-diri pun ada..nasib kami ni dapat duduk, kalau duk bantai declare sampai berdiri memang sejarah kottt..aku pun disebabkan mood memang susah nak pujuk balik..aku angguk je malas layan..turun bas, berjalan ke hostel, sepanjang tu suami duk pujuk lagi ni tapi aku diam je sampai ke sudah..sebelum nak berpisah kat simpang hostel masing-masing, berkali-kali die minta maaf lepas tu suh aku call ke sms ke kat die malam tu..sebab dia tahu kalo dia call ke sms ke memang tak layan la aku..tak lena tido katanya kalo aku senyap macam ni..hah!!!! ayat orang bercinta..hangguk aje la..
Begitulah ceritanya..panjang la pulak storynye ye..sebab mood spoil bukan jeles atau apa, cuma rasa angin je dengan soalan-soalan yang diajukan oleh beliau itu. Entah apa sebab soalan tu aku pun tak tahu lah..aku pernah tanya suami aku ngapa masa malam si ex tu datang jumpa aku dia asyik call je kan..jawabnya saja nak bagi si ex jeles..perangai entah apa-apa..biasalah orang yang putus sebab kes curang ni memang hati sentiasa panas je bila berjumpa kan..lantak kome la..
Yang pastinya setiap kali tarikh ni menjelma, mesti suami aku akan ungkit cerita muka aku masam nak mampos sebab JELES katanya..lepas tu letih nak pujuk..siap cakap lagi kalau masa sekarang buat perangai merajuk macam tu, memang dia tak pujuk dah..die suruh sejuk sendiri..cittt!!
Semoga hubungan ni kekal sampai akhir hayat ye..:) As-salam

Bila Allah Menguji HambaNya

Assalamualaikum

Baru mendapat khabar berita dari seorang kawan yang sama belajar dan sekelas masa diploma dulu mengenai seorang kawan yang juga sama-sama belajar tapi tak sekelas dengan aku..kira kawan seuniversiti la kan..kawan aku ni cakap yang kawan seuniversiti ni sedang bertarung dengan penyakit kanser yang memang kita sedia maklum boleh meragut nyawa jika rawatan susulan lambat dilakukan.

Kawan seinuversiti ni mengidap kanser otak..tapi aku tak tahulah tahap berapa keseriusan penyakitnya itu. Penyakitnya tu pun rasanya dia baru tahu dalam sebulan ni juga..Aku memang dah perasan dari 2 minggu lepas..rasa ingin tahu tu mula memuncak apabila hari ni ramai kawan-kawan seangkatan kami yang wish gud luck for operation yang akan dilakukan pada hari ni..tu yang aku terus tanya kat kawan aku sorang ni cerita sebenar..

Dua minggu before ni ada tengok kat wall dia kawan-kawan wish supaya banyakkan bersabar dengan dugaan dari Allah ni dan wish dia sihat semula, tapi aku masih kabur-kabur pasal apa kan..rupanya dia sedang diuji dengan penyakit yang memang semua manusia takut bila sebut kanser atau ketumbuhan ni kan..

Walaupun aku memang bukan kawan baik atau kenal rapat dengan kawan seuniversiti ni tapi pembawakan dia dan sikap die yang sangat baik dengan semua orang disekeliling die, sentiasa senyum je setiap kali kami berselisih kat fakulti, seorang yang soft spoken, menerima orang yang baru dia kenal dengan sangat terbuka..membuatkan aku rasa die memang seorang yang baik dan ramai kawan-kawan dia memang sayang dengan dia..

Bila kawan aku cakap hal sebenar, memang terkejut bukan kepalang la..tengok orangnya yang hepi go lucky je kan..lepas tu sekarang ni sudah menjadi tunangan orang dan dalam proses nak melangkah ke satu fasa sebagai seorang isteri la kan..tup tup dapat khabar yang sedih begini kan..memang tersentap kejap jantung aku..
 
Siapa sangka dalam usia 27 tahun, Allah uji kita dengan dugaan penyakit macam ni kan..semoga pembedahan yang dilakukan pada hari ini menjadikan dia seorang yang lebih tabah, sabar dan cekal dalam menempuh kehidupan selepas ini dan kondisi tubuh badannya lebih sihat dari sebelumnya..InsyaAllah..
 
Berita ini peringatan untuk diri aku juga..penyakit ni tak kira usia dan jantina..bila nak jadi tu, tak tahu lah macam mana keadaan diri sendiri nak menghadapinya..semoga kita semua diberikan kesihatan yang baik hendaknya..InsyaAllah...Teringat pesan Ustaz Hassan Din Al-Hafiz setiap kali dengar ceramah beliau  "Allah bagi ujian, dugaan tanda sayang pada kita"....
 
As-salam...

Tuesday, September 18, 2012

RUMAH MAMA KENE PECAH!!

Assalamualaikum

Selasa minggu lepas, pukul 8 malam macam tu dapat call dari mama (my MIL). Mama cakap rumahnya kene masuk pencuri sebab ada tanda bilik, laci semua cam kene geledah. Tapi mama cakap tak de barang berharga yang hilang pun. Alhamdulillah...
 
Mama cakap mereka sekeluarga semua memang asalnya tak balik ke rumah ari tu, sebabnya esok (rabu) sekolah kebangsaan ada buat jamuan hari raya, so sekolah order makanan kat kantin la. Mama biasanya akan tidur di kantin aje kalau esoknya ada order banyak.
 
Nak jadi kisah TERbalik ke rumah bila abah kata IC nye tertinggal kat rumah, abahnya nak daftar apa ntah yang memerlukan ic nya..tu yang sampai je rumah, tengok kat pagar rumah, kunci mangga tu dah terpotong dua..Rasa tak sedap hati dah katanya. Sampai kat pagar depan sliding door, rupenye penyamun ni potong pagar..kecik je pun..tapi maybe penyamunnya kurus keding, muat la dia lepas masuk kan..

Memang tak dinafikan kawasan perumahan mama ni semua orang bekerja dan bila siang hari memang sunyi je..ye la..tak de orang..semua kerja kan. Mungkin sebab tu la penyamun tu siap sempat memotong mangga, pagar bagainya kan. Kalau ada pun kereta je la duk lalu lalang depan rumah, tapi mana lah deme tahu itu penyamun kan, bajet tuan rumah ke kan.

Masuk dalam rumah, periksa semua ada juga la yang deme ambil tapi bukan barang berharga la. Yang mama bantai gelaknya rantai seurat dan gelang seurat diambil dek penyamum tu tapi ZHULIAN rupenye...memang haru la kan. Ye la, mama aku ni zaman mudanya dulu ejen zhulian, so berurat-urat la rantai gelang bagainya. Nasib baik zhulian, kalo emas bole sebak jugak lah jadinya kan..Tanya juga cam ne penyamun tu bole jumpa rantai zhulian tu? Mama cakap malam tadi cabut yang mama punya dengan adik letak la atas meja makan tu, lepas tu mandi terus lah tidur, terlupa langsung..sudahnya leboh..hahaha..bukan main gelak mama cerita kan..:)

Aku tanya barang kemas letak di mana..katanya ada di badan ada seurat rantai dan seurat gelang, yang lain-lain diletaknya kat dapur celah almari tempat simpan maggi, instant bagai...haaa..situ tempat nyimpannye punnnn..meati penyamun tu tak sangka tuan rumah ni simpan barang kemas kat dapur kan..hohoho..Teringat arwah opah aku dulu, kalau nyimpan barang berharga, dalam periuk tinggi yang orang masak sup tu disimpannya pastu langgat la dengan macam-macam periuk kecik-kecik tu..lepas tu baru la keluar pegi bandar Manong tu naik sampan..huhu

Tapi yang mendebarkan mama bila tengok rumah kene pecah adalah hasil keringat mama selama seminggu memenuhi tempahan order makanan sempena rumah terbuka..DUIT yang dibayar oleh mereka yang mengorder telah DICAMPAK oleh mama ke TEPI HUJUNG KATIL si nayli kat BILIK ATAS.

Alkisahnya, malam sebelum kejadian tu, mama masukkan duit orang bayar tu dalam plastik bungkus biasa warna pink tu, yang kedai runcit selalu duk guna tu kan. Mama ni memang pesen bukan jenis membawa handbag ke, dompet ke, beg duit besar gabak ke mana-mana, plastik belacan tu la di kelek ke hulu ke hilir. Walaupun plastik bungkus belacan je, tapi nilai dalam tu memang kalah la orang yang usung handbag MEWAH ke hulu ke hilir kan..sumbat je dalam poket seluar, poket seluar pula semua jenis labuh ke bawah je...sapa pun tak tahu dalam poket tu ada beribu riban kan..

Lepas masuk duit orang bayar tu, tetiba ada orang datang katanya, nak jumpa mama, mama masa tu kat tingkat atas, malas nak campak duit tu dalam bilik sendiri, dicampaknya dalam bilik nayli, bajet nak campak atas katil, tercampak kuat sampai hujung katil tepi dinding..terselit la kiranya..

Yang membuatkan mama lebih bersyukur tu atas katil si nayli ada banyak baju yang sudah kering tunggu nak gantung masuk almari je. Memang penyamun tu dah sepahkan baju-baju atas katil tu, siap terbalik kan cadar, bantal semua abis dicampaknya ke bawah, tapi Allah memang nak lindungi hasil keringat halal hamba-Nya yang berusaha kan, penyamun tu tak nampak bungkusan plastik duit tu. Mama cerita masa masuk bilik tu, depan pintu dah nampak plastik pink terselit celah katil tu..Alhamdulillah..syukur sangat-sangat :) Mama cakap Allah hargai penat lelah hambaNya..

Kami laki bini memang suspect mat dadah la tu sebab intention die pada barang kemas dan duit aje..barang-barang lain tak de pulak diangkutnya..usik pun tidak..mungkinlah mat dadah dah..so sabtu baru ni balik rumah mama, mama dah ganti pagar yang dipotong tu lepas tu ganti tempat kunci sliding door..sabar je lah kan..zaman sekarang ni macam-macam kes la..

Aku pun selalu duk pesan kat mak abah aku, selalu la kunci pintu grill tu kalo nak bukak pintu papan pun, lepas tu pintu pagar pun selalu kunci takut entah sapa-sapa la masuk nanti kan....jangan caya sangat la cakap pak-pak menteri tu yang kata Malaysia ni negera aman la, selamat la, tak de penjenayah yang bahaya la..depa tak tahu, sebab rumah depa beribu orang depa dah kerah suh jaga..apa nak heran..

Ok..selamat :)