About Me

My photo
Seorang anak sulung kepada pasangan Mohd Yusof Pandak Abdul Rahman dan Hasnah Yusuf. Seorang kakak kepada 9 orang adik-adiknya. Seorang isteri kepada Nasrul Faiz Firdaus. Seorang ibu kepada seorang anak lelaki, Muhammad Alauddin. Seorang suri rumah sepenuh masa dan sepenuh tenaga ('',). Seorang businesswomen kecil-kecilan aje untuk mengisi masa yang terluang. Seorang yang simple dan mudah didekati. Terima kasih sudi menjengah blog saya yang tiada apa ini..
Powered by Blogger.

Monday, September 3, 2012

Cerita Raya Aku - Last Part!!!!

Assalamualaikum

Hari terakhir raya kami. Minta maaf, lambat sangat mengupdatenye..hepi reading :)

22 Ogos 2012

Hari ni aku rasa semakin sihat dan yang paling best aku dah boleh sendawa dan buang angin. Semalam asal rasa nak sendawa je mesti muntah, Angin tak elok la tu dalam perut kan. Seronok sungguh rasanya. Makan pun sangat berselera. Giliran mama pula tak sedap perut. Petang semalam mak aku, dah lega katanya lepas makan pil Chi Kit Teck Aun.
 
Tepat jam 9 pagi kami keluar dari homestay dan meneruskan perjalanan ke Pengkalan Kubor. Alhamdulillah jalan raya tak banyak kenderaan dan suasana tenang je. Setiap kali berselisih dengan kereta lain, kebanyakkan no plat adalah dari KL, Selangor dan Perak, Plat negeri lain pun ada tapi tak banyak sangat. Nampak deme datang untuk bershopping seperti kami kan. Huhuhu..
 
Parking pun mudah dicari, elok-elok je dekat pintu masuk kawasan bebas cukai tu kan. Datang pagi tak la sesak dengan orang. Aku tak sabar-sabar nak bawak mak aku jenjalan ni sebab mak aku memang excited nak nyopping barang dapurnya.
 
Mende pertama yang mak aku nak cari set periuk pelbagai saiz. Dari 1 kedai ke 1 kedai mak aku belek, telek, tanya dan godek. Pesen mak aku ni, kalau orang yang menjual tu layan ala kadar je kat mak aku, memang confirm mak aku takkan pusing belakang dah beli walaupun selepas tu penjual tu buat muka manis dan ayat bajet bila tengok kesungguhan mak aku. Tapi siapa tak kenal wanita Kelantan kan, hebat dalam urusan perniagaan, pikat memikat pelanggan dah senang tawar menawar. Walaupun kita cuma nak tahu harga saje, tapi mereka melayan pelanggan dengan begitu baik dan peramah, sentiasa berterima kasih. Seronok!!!
 
Mak aku keluar dari kedai periuk dengan penuh senyuman, sebab dapat apa yang diinginkan. Pastu mak aku berkenan pulak kat set mangkuk bertutup, ada 4 biji dalamnya, katanya kalau orang datang rumah, hidang laksa sesuai ni. Aah mak...sesuai la sangat, kalo dah berkenan tu kan...settle 1 lane kedai..
 
Lalu pula bahagian toto. Mak-mak ni antara kegemaran deme adalah mengumpul toto. Nak pula lepas tanya harga, semualah murah kata mak aku. Tapi kemudian katanya, nak tengok set pinggan mangkuk dulu, baru amik toto. Aku masih ingat kedai yang jual pinggan mangkuk yang harganya murah dari kedai lain sebab dah pergi tahun lepas kan, lepas tu kedainya beraircond, nak bertapa berapa lama pun tak heran sebab tak berpeluh ketiak memilih, membelek pinggan mangkuk kan. Laju je aku heret mak aku. Suami entah ke mana dah. Katanya nak mencari seluar pendek.
 
Tahun lepas kedai ni ada buat promosi jualan pinggan set, memang murah sunguh-sungguh sampai mama shopping  4 set pinggan pelbagai design. Tapi tahun ni tak da pula sale tu dah, Semua dijual dengan harga sebiji sebiji. Tapi harga tetap murah cuma beli set lagi murah la kan. Tapi tak da yang mak aku berkenan. Yang mak aku berkenan set bekas makanan berkaca, de 4 biji dalamnya, set sudu beserta kaki dengan tong air sedang tu, katanya kalo buat open house senang buat air banyak terus dalam tong ni..Mak aku kalo membeli barang sentiasa ada tujuan dan matlamatnya ketika itu juga. Itu yang abah aku memang kalah kalo bershopping dengan mak aku. Mesti kene beli juga sebab tujuan dan matlamatnya yang sangat jelas tu.
 
Kejap aje mak aku bershopping ni. Suami aku pula terkejut sebab mak aku dah lepak menunggu dia siap membeli seluar pendek dari tadi. Mak aku siap kata jom balik, dah abis dah membeli barang. Mungkin sebab mama dia bershopping lama, so dia ingat mak aku pun begitu. Toto tak jadi beli sebab mak cakap macam tak muat je. Aku pula lupa nak tanya suami aku keretanya muat lagi ke tak, rupanya suami kata boleh muat kalo setakat toto.Tapi cakapnya selepas dah keluar pagar, malas dah mak aku nak masuk balik semata-mata nak membeli toto je. Lain kali kita datang shoppung lagi ye mak..:)

Golongan abah-abah buat apa? Deme mana la menyoping macam golongan ibu-ibu ni kan. Abah aku sampai-sampai je terus lepak kat gerai makan tepi deretan kedai tu. Pekena nasi dengan air barang secawan kan. Abah cakap abah tunggu kat situ je sebab nak keluar nanti ikut situ jugak. Senang abah aku, tak lama lepas tu abah suami pun join sekaki. Elok sangat la sepasang tu :)
 
Oh ye..lupa nak promote, adik suami ada belanja aku aiskrim dalam cawan, memang popular aiskrim ni kat sini. Aku rasa kat sini je pun ada orang jual aiskrim unik ni. Dalam cawan tu, kat bawah dia letak bahan-bahan yang orang letak dalam laici kang tu, kacang la, biji-biji hijau tu, kacang merah, banyak lagi la, atasnya dia letak 4 skop aiskrim. Harga aku lupa pulak nak tanya adik aku tu. Tapi sedap juga tau aiskrim makan dengan bahan-bahan laici kang ni.  Kalau korang pegi ke sana, cuba lah rasa. Sedapppp..:)
 
Perjalanan diteruskan dengan melalui Pasir Mas. Jalan nak ke Grik akan melalui Bukit Bunga. Kat sini pun ada gerai berderet kiri dan kanan jalan yang menjual macam-macam makanan tradisi orang Kelantan dan yang paling popular buah salaknya. Harga murah dari negeri lain dan rasanya manis. Suami aku semangat membeli lempok durian, buah salak 2 kilo, mama order sekilo buah salak sebab deme meneruskan perjalanan sebab tak da parking, kalau ada pun jauh ke depan, sudahnya dah lajak, deme teruskan je la, lagi sekilo tu untuk kami la. Pastu dia beli kacang dalam botok cap Thailand tu, suka sangat makan kacang tu, 3 botol dibelinya dan asam jawa manis sebotol. Aku cuma beli budu je la sebab budu sedap kat sini kata orang, pati ikan bilis tulisnya kat botol tu, 4 botol RM5. Aku bagi mak aku sebotol, mak cu sebotol. Aku cukuplah 2 botol.

Perjalanan diteruskan selepas 20 minit berhenti di Bukit Bunga. Jalan ke Grik ni berbukit bukau dan banyak selekoh tajam. Setiap kali melalui selekoh tajam, pasti ada papan tanda mengatakan AWAS, KAWASAN KEMALANGAN. Bermakna memang keraplah kemalangan selalu berlaku di sepanjang jalan ni. Buktinya 4 kemalangan yang dapat aku lihat sehingga kami sampai ke pekan Grik tu.

Kemalangan pertama melibatkan kereta Wira dan Myvi. Sebuah tersepit kat pembahagi jalan sebelah kanan, sebuah lagi tersepit kat pembahagi jalan sebelah kiri. Suami aku agak mesti masa lalu selekoh tu salah seorang terlebih kona sampai termasuk jalan sorang lagi, sebab kete masing-masing remuk sebelah je. Tapi tiada kecederaan yang teruk pun sebab tengok masing-masing sedang berbincang menyelesaikan masalah mereka tu di tepi jalan.

Tak jauh pun dari tempat kemalangan tadi, tetiba kereta bergerak perlahan sangat. Ya, kemalangan lagi. Yang ni memang hancur teruk dua kereta, sorang terbalik kat tengah jalan, sorang lagi terperosok kat bawah pembahagi jalan. Tepi kereta tu berselerak balang kuih raya, kasut raya mcam-macam kaler dan saiz, tudung, baju budak semua tercampak keluar habis. Ada yang berhenti menolong tapi yang ramainya berhenti nak menengok sebab duk kerumun la kat tengah jalan tu, tengok je..bukan buat apa pun, 3 orang je yang tolong angkat seorang makcik yang badannya agak besar, darah penuh kat muka, letak atas tempat baring nak bawak masuk ambulan. Yang lain pakat tengok, nak tambah sesak jalan raya sebab parking ikut suka hati, janji dapat tengok orang kemalangan kan. Ni salah satu perangai pelik orang Malaysia ni..

Memang berdebar aku duk teringat kemalangan baru sat tadi, Siap pesan suami supaya lebih berhati-hati. Bukan apa kan, kadang-kadang kita ni dah berhati-hati dah, pandu berhemah dah, tapi disebabkan kecuaian dan kerakusan orang lain yang memandu pikir diri sendiri je, menyebabkan yang tak bersalah pun terlibat sekali. Memang ada 4, 5 kereta yang memandu suka mencucuk kereta orang. Korang mesti sellau perasan kan. Kawasan banyak selekoh tajam pun sibuk nak memotongm pastu tak dapat potong cucuk kereta depan. Mulut aku ni terkumat kamit baca macam-macam surah, takutnya la kan jadi apa-apa. Nak bagi ruang memotong memang tak boleh sebab jalannya sempit lepas tu selekoh lepas tu memang tak lepas pun nak memotongnya sebab kereta di sebelah pun sama banyak dengan sebelah kami. Tapi nak buat cam ne, berdoalah supaya tak jadi apa-apa kan...

Pastu ada lagi kemalangan, yang ni terbabas sengsorang, ada sebuah wira tersepit tepi jalan kat pembahagi jalan tu, tal teruk mana pun, just kemek depan. Dia sorang je pun kat situ, bawak laju tak ingat la tu, tu yang terbabas ke tepi sudahnya.  Tepi selekoh depan sikit, nampak lori panjang gile terbalik kat sebelah kanan jalan. Cam en boleh terbalik tak tahu la pulak. Yang pastinya tak de sesapa pun tak situ, entah mana pergi drivernya tak tahu lah.

Tak lama lepas tu berselisih la dengan kereta polis 2 buah, motor polis 3 buah, ambulan sebuah. Agak lambat juga ambulan dan polis tiba dan pastinya tak tahu mana satu nak tuju dulu. Oleh itu, hargailah nyawa anda, ingatlah orang yang tersayang :)

Perancangan awal sebelum bertolak dari Pengkalan Kubor tadi, abah ajak singgah rumah Ayah Lop, abang sulung abah kat Tasik Raban, Lenggong tu. Tapi disebabkan masa yang diambil terlalu lama di atas jalan, abah membatalkan niat asal tu, sebab kami sampai ke Kuala Kangsar pun dah pukul 8 malam. Abah tak minat nak susahkan abangnya sebab datang pun malam, lepas tu dalam keadaan penatnya kan, tak seronok la nak beraya. Abah kata kemudianlah abah pergi. Mama dah terus ke Ipoh rumah Mak Cu, adik bongsu mama sebab tok pun dah penat sangat, kene la paham kan keadaan orang tua yang uzur bila kita bawak berjalan, tak boleh la pentingkan diri kita yang masih muda ni.

Jadi suami ajak menyinggah kejap rumah Mak Cu kat Ipoh sebab kalau nak pergi hari lain tak tahu la bila pula kan nyinggah ke Ipohnya pun. Singgah kejap pun jadilah lepas tu balik ke Manjung la. Abah terus ke Manjung selepas singgah Kuala Kangsar, makan malam kejap. Highway nak ke Ipoh sesak juga, kereta bergerak perlahan, dah malam pun masih jammed.

Sampai rumah Mak Cu kat Lahad pukul 10 malam cam tu. Masuk je rumah terus lap badan Alauddin dengan tuala basah sebab seharian dalam kereta kan. Nak mandi malam tak elok pula untuk paru-parunya. Bila dapat lepaskan ke bawah, terus merayap si kecik ni. Lenguh juga dia seharian duduk je dalam kereta kan.

Mak Cu hidang mee kari, nasi putih lauk rendang tok. Suami pula masa berenti kat Hentian Jelapang tadi dah minum Livita, mula la perut tak sedap sebab angin mula naik ke tekak, rasa nak muntah dan perut sebu je. Perut kosong minum pula air gas, memang teruk la perutnya kan. Tak selera nak makan dah. Bila sendawa rasa durian sebab petang tadi makan lempuk durian. Terbaik la kan, gas bertembung durian. Aku makan mee kari je.

Dalam pukul 11.30 malam cam tu, suami ajak balik ke Manjung. Walaupun dah dipujuk berkali-kali oleh Mak Cu, tapi suami nak pulang juga malam tu. Dalam perjalanan ke Manjung laju je la sebab tak de kereta sangat. Tapi suami pesan berkali-kali suruh aku pun tengok depan sebab matanya macam nak letih je, dia takut terlelap atau tak perasan ada orang melintas ke, motor yang tak pasang lampu belakang ke kan. Padahal aku dah berapa kali tersengguk dah, Bagusnya Alauddin ni bila dibawak berjalan, suka tidur. Berejam-jam dia tidur, berjaga pun bila nak sampai ke destinasi. So, tak de lah letih menjaganya dalam kereta kan.

Sampai Manjung dalam pukul 12.30 tengah malam. Masing-masing memang letih sangat la. Jauh beno perjalanannya. Abah pun baru sampai 20 minit sebelum kami. Lega rasa dapat sampai dengan selamat, syukur.

Selesailah perjalanan raya kami dari Kuala Selangor ke Kuantan, Rompin, Pahang, kemudian ke Kuala Terengganu, kemudian ke Wakaf Bharu, Pengkalan Kubor, Kelantan, ke Lahad dan ke Manjung akhirnya. Esok petang akan pulang semula ke Kuala Selangor.

InsyaAllah, abah ajak berjalan ke Pengkalan Kubor lagi, seronok katanya..tapi abah tak nak pergi time raya, serik katanya sebab jalan sesak sungguh. So akan planning pada hujung tahun ni atau tengah tahun depan. Tengok la kelapangan waktu dan ongkosnya ya.

ok..selamat hari raya semua, maaf zahir dan batin ya..As-Salam :)

 
 
 
 

No comments:

Post a Comment