About Me

My photo
Seorang anak sulung kepada pasangan Mohd Yusof Pandak Abdul Rahman dan Hasnah Yusuf. Seorang kakak kepada 9 orang adik-adiknya. Seorang isteri kepada Nasrul Faiz Firdaus. Seorang ibu kepada seorang anak lelaki, Muhammad Alauddin. Seorang suri rumah sepenuh masa dan sepenuh tenaga ('',). Seorang businesswomen kecil-kecilan aje untuk mengisi masa yang terluang. Seorang yang simple dan mudah didekati. Terima kasih sudi menjengah blog saya yang tiada apa ini..
Powered by Blogger.

Friday, September 7, 2012

Mencari yang HALAL itu WAJIB

Assalamualaikum

Sebelum aku meneruskan nukilan dalam entry kali ini, terlebih dahulu aku memohon ampun dan maaf jika ada khilaf dan salah dalam menyampaikan kata hati yang boleh menyinggung perasaan dan hati mana-mana pihak. Sesungguhnya mencari yang HALAL itu WAJIB  bagi setiap orang Islam. Wallahu 'Alam..
 
Aku nak kongsi serba sedikit perkara berkaitan amalan RASUAH yang mungkin pernah berlaku pada korang semua, atau pada ahli keluarga atau saudara mara korang, atau pada sahabat handai, kenalan ofis, jiran tetangga korang, atau sapa-sapa lah di sekeliling korang. Kat mana-mana pun boleh berlaku amalan rasuah ni tak kira jawatan, pangkat, latar belakang kehidupan dan pekerjaan sama ada bekerja di sektor kerajaan atau swasta, jantina, nilai wang yang dirasuahkan dan sebagainya.
 
Pokok pangkal terletak pada hati masing-masing. Sejauh mana kekuatan iman kita untuk menolak, menepis dan menjauhi amalan rasuah, semua terletak pada akal fikiran sendiri. Bila nafsu menguasai akal, wang mengaburi mata hati, tercalarlah iman yang disemai dan dibaja selama ini.

Perkara ni baru terjadi pada suami aku beberapa hari sebelum raya. Nak cerita detail sangat aku tak berani la sebab ni melibatkan bidang kerja suami aku. Tapi yang pastinya ada sebuah syarikat yang berurusan secara langsung dengan suami aku berkenaan pembinaan infrastruktur di Kuala Selangor, selesai je projek dia menghulurkan sesuatu dalam bentuk wang melalui pemandu pejabat yang selalu bawa suami aku ke tapak projek. Perkara selesai melalui perbicangan antara suami dan bos-bosnya yang lain. Bos besar mesti dah expert mende-mende cam ni kan..orang kata asam garam dalam dunia PTD.

Sebenarnya sudah acap kali suami aku berdepan dengan situasi sebegini. Bidang kerja suami yang kerap berurusan dalam pelbagai perkara berkaitan daerah yang kami duduki ini, sedikit sebanyak meberi tekanan pada diri dia. Tekanan tak de lah sampai sakit kepala memikirkannya, cuma menjadi dirinya tidak selesa bila berhadapan dengan manusia sebegini.

Tolak menolak dalam amalan rasuah ni senang dan mudah diamalkan bila berhadapan dengan bangsa yang bukan Islam. Yang itu suami tiada masalah langsung nak tolak. Malah mereka lebih memahami kalau suami menolak dengan baik pemberian mereka tu. Kalau ikut nafsu memang boleh terkandas juga. Mana taknya, tawaran bukan sikit-sikit kome, ada yang bagi tiket melancong ke luar negara, fully sponsored oleh company mereka, banyak kali dah dapat, nasib baik fikir dosa pahala, kalau tak hehehehe...sonok woo melancong freeeeeee..sape tak nak!! Ada yang bagi hadiah, ada yang nak belanja makan tapi yang paling takut yang hulur duit...terang-teranglah itu rasuah ye takkk

Tapi yang menjadi isunya, bila yang berbangsa melayu dan beragama Islam pun nak join sama bagi membagi ni duk pikir juga aku kan. Suami kata bukan dia tak mau terima segala pemberian tu, tapi mende tu dia rasa macam anak beranak rasuah juga kot. Pasal apa? Pasal salah satu sebab kukuh yang meyokong reaksi penolakan dia adalah orang yang bagi sesuatu tu bagi kat suami aku aja, depa tak bagi pun kat staf-staf suami aku yang sama-sama terlibat dengan projek mereka itu. Patutnya kalau kata nak bagi hadiah ka, apa-apa ka, apakata belanja 1 opis kan, baru betul seikhlas hati sebab urusan small matter ni kerani pejabat duk buat, driver angkut orang tu orang ni pegi site depa, staf-staf yang sama-sama pegi site, tapi pasai apa laki aku ja yang die hulur???

Lagi satu, cara pemberian. Kalau ikhlas nak memberi, ngapa nak sorok-sorok, nak cakap slow-slow, cakap bila semua orang dah bersurai? Ngapa tak hulur, tak ajak, tak bagi time ramai-ramai orang, depan-depan orang?? Musykil tak?? Mestilah..sebab mende terlarang la orang duk sorok-sorok kan..ni style orang melayu yang beragama Islam la. Bangsa lain yang bukan Islam kebanyakkan depa cakap direct depan bos lain atau staf, kalo ajak makan pun ajak semua yang ada kat site tu, kalo bagi hadiah contoh masa Chinese New Year, bagi limau mandarin kan, bagi berkotak-kotak, memang sampai busuk la limau tu, tapi boleh jamu semua orang kat opis makan, siap boleh bawak balik sorang sekotak..tapi suami aku tak pernah nak bawak balik..beli sendiri limau mandarin kat Tesco..huhu..baru betul nak bagi seikhlas hati kan...Tapi orang melayu ni lain sikit..dia tuju kat orang tu jaaa..

So, aku memang selalu la duk pesan kat suami, kalau lepas kerja ada orang ajak makan-makan ke, bagi apa-apa ke, tak yah la amik. Cakap baik-baik dengan depa saya cuma buat kerja saya sahaja dan memang itu kerja saya. Cukuplah dengan apa yang ada. Kadang-kadang suami ada cerita staf-staf die yang jenis sebat ja apa orang bagi tak kira la apa pun, tapi aku cakap tu depa, jangan suami pi buat plak. Aku tak kata la tu HARAM 100% cuma bila ada unsur-unsur SYUBHAH tu, ragu-ragu je dengan status halal ke haram, lebih baik kita tinggalkan, jauhkan, elakkan dan tolaklah dengan berhemah. Orang pun tak sakit hati dengan kita, kita pun insyaALLAH tak sabit dengan dosa.

Keluarga aku dan keluarga mertua pun memang dah pesan berkali-kali kat suami masa mula-mula dia dapat tawaran jawatan ni, kene banyak berhati-hati dengan orang sekeliling dia yang sentiasa berurusan dengan dia, sebab bidang kerjanya banyak terdedah dengan perkara-perkara yang boleh membawa kepada maksiat dan dosa..senang cakap la..

Memang payah nak buat baik ni, buat jahat senang ja..tak de hal..sampai ada yang duk perli suami kata baiknya tak amik encik..tak pun rugilah encik tak amik..banyak lagi la ayat hasutan dan sinisan yang terpacul dari mulut depa dan orang lain, tapi keputusan di tangan kita sendiri. Nak bagi anak bini makan kome wehhhh...

Sebelum nak tutup entry kali ni, nak kongsi sikit larangan Allah pasal rasuah ni..Mana yang aku dapat je la aku kongsikan ye..banyak lagi hadith-hadith dan ayat Al-Quran yang jelas menerangkan pasal haramnya makan rasuah ni. Cuma kita kene sentiasa mencari ilmu ye..Maaf, aku ni orang biasa yang cetek ilmunya..

Surah Al Maidah, Ayat 42 - Ayat yang menerangkan sifat-sifat orang munafik akhir zaman serta menyuruh orang beriman menjauhi golongan sebegini.

Mereka sangat suka mendengar berita-berita dusta, sangat suka memakan segala yang haram (rasuah dan sebagainya). Oleh itu kalau mereka datang kepadamu, maka hukumlah di antara mereka (dengan apa yang telah diterangkan oleh Allah) atau berpalinglah dari mereka dan kalau engkau berpaling dari mereka maka mereka tidak akan dapat membahayakanmu sedikitpun dan jika engkau menghukum maka hukumlah di antara mereka dengan adil; kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.
 
Surah Al Maidah, Ayat 62 dan 63 - Ayat yang menerangkan memakan sesuatu yang haram amat dilarang dan dibenci oleh Allah S.W.T.

Dan engkau lihat kebanyakan dari mereka berlumba-lumba pada melakukan dosa dan pencerobohan serta memakan yang haram. Demi sesungguhnya amatlah buruk apa yang mereka telah lakukan. Alangkah baiknya kalau ketua-ketua agama dan pendeta-pendeta mereka melarang mereka dari mengeluarkan perkataan-perkataan yang dusta dan dari memakan yang haram? Sesungguhnya amatlah buruk apa yang mereka telah kerjakan.
 
Surah Al Baqarah, Ayat 188 - Antara dalil yang digunakan untuk membuktikan amalan rasuah itu HARAM di dalam Islam.

Janganlah kamu makan harta (orang lain) antara kamu dengan jalan yang salah dan (janganlah) mengeluarkan harta (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan sebahagian daripada harta manusia dengan cara yang berdosa sedangkan kamu mengetahui.
 
 
Wallahu 'Alam

No comments:

Post a Comment