About Me

My photo
Seorang anak sulung kepada pasangan Mohd Yusof Pandak Abdul Rahman dan Hasnah Yusuf. Seorang kakak kepada 9 orang adik-adiknya. Seorang isteri kepada Nasrul Faiz Firdaus. Seorang ibu kepada seorang anak lelaki, Muhammad Alauddin. Seorang suri rumah sepenuh masa dan sepenuh tenaga ('',). Seorang businesswomen kecil-kecilan aje untuk mengisi masa yang terluang. Seorang yang simple dan mudah didekati. Terima kasih sudi menjengah blog saya yang tiada apa ini..
Powered by Blogger.

Friday, September 28, 2012

Pemakanan dan Cara Didik Alauddin Makan

Assalamualaikum

Sementelah Alauddin sudah berusia 10 bulan ni, aku just nak share la macam mana aku memperkenalkan Alauddin kepada solid food dan sehingga kini dia menjadi seorang yang sangat suka dan excited bila tiba time makannya.
 
Muhammad Alauddin mula diperkenalkan makanan lain selain susu ibu ketika beberapa hari nak masuk 6 bulan. Semasa Alauddin 5 bulan, aku dah mula mencari info berkaitan solid food yang boleh diberi kepada bayi berusia 6 bulan. Memang banyak sebenarnya jenis makanan dan masakan yang boleh kita sediakan untuk bayi kita. Ada sesetengah ibu muda yang biasanya baru anak sorang kan macam blur, macam yakin tak yakin, macam takut-takut je nak bagi anak makan. Mungkin kurang ilmu pengetahuan berkaitan solid food for baby. So, memang penting ya kita ibu-ibu muda ni mencari ilmu demi membesarkan anak-anak kita.
 
Aku bertuah sebab mempunyai mak dan mak mertua yang sangat-sangat menjaga bab-bab solid food untuk baby ni. Mak mertua memang pesan banyak kali bagi yang cair, yang halus untuk Alauddin sebab takut tercekik, terbatuk ke..baby kalau tercekik bahaya kan..silap-silap boleh memudaratkan diri baby tu sendiri. Mak aku pun duk pesan perkara yang sama. Mak aku pula mengajar masa suapkan anak kalau boleh ajar sekali dia adab makan supaya dia tahu time makan kene makan macam ni. Jangan ajar berkejar-kejar 1 rumah sebab nanti bila dah pandai barjalan, berlari jenuh la maknya nak suapkan makan kan. Lepas tu jangan ajar makan semasa main, bila dia ralit main, maknya panggil nak suap makan pun dia buat nohin je sebab dapat mainan yang dia suka.
 
Ada seorang pakar kanak-kanak yang aku dapat info dari rancangan WHI, pakar tu cakap, sebelum bagi anak makan, si ibu perlu lakukan persiapan awal. Makanan yang nak diberi pada anak perlu siap masak sebelum ditunjukkan atau panggil anak makan. Baby walaupun baru 7 8 bulan, dia sudah memahami time makan, warna mangkuk makanan, warna sudu, bau makanan, cara ibu dia duduk mengadap dia, dia tahu si ibu nak suap dia makanan. Biasanya baby akan beri reaksi suka mengejar si ibu, bergerak ke arah si ibu, memanggil si ibu sebab dia nak makan. Reaksi ni memang ada pada Alauddin sebab dia memang suka waktu makan dia. Lagi 1 pesan pakar tu, wujudkan suasana masa makan yang seronok dengan si baby dengan cara ibu dan ayah makan sekali. Suasana lebih mudah sebab baby mudah tertarik untuk makan bila melihatkan ibu dan ayah makan sekali, menguyah sekali.
 
Yang paling penting, ibu perlu pandai menjaga dan memahami mood makan baby. Apabila nampak baby macam sedang berselera, excited nak makan, haruslah jaga mood tu, jangan spoilkan mood anak dengan tetiba bangun kejap nak amik air masak, atau tetiba angkat phone, atau dalam erti kata lain membuatkan si anak menunggu suapan yang seterusnya dari si ibu tapi si ibu buat kerja lain pula waktu itu. Keadaan ni boleh mengganggu mood si anak untuk suapan yang seterusnya dan membuatkan makanan yang disediakan tak habis dan anak pun macam dah kenyang atau tak nak makan dah walaupun dipujuk berkali-kali. Maksudnya si ibu perlu menjaga momentum selera makan si anak.
 
Ok, makanan first yang aku beli masa tu adalah Nestle Cerelac Beras & Soya ni. Untuk permulaan aku bancuh nestum ni agak cair la, tak berketul pun sebab first time nak masuk perut risau pulak aku. Aku buat pun sikit je, dalam 2 sudu besar cam tu. Suapan pertama masuk ke mulut, Alauddin buat muka pelik je, tak lama lepas tu pandang aku minta macam minta lagi...suap lagi elok je dia makan sampai abis la 2 sudu besar tu.
 
 
 
Tapi yang tak seronoknya selepas aku basuh mulut, tangan Alauddin semua, dalam beberapa saat selepas itu, kawasan mulut Alauddin penuh dengan warna merah kat sekeliling bibir dia. Pelik dah aku kenapa jadi rupe ni..takkan sebab sudu atau mangkuk makan Alauddin sebab setahu aku memang aku beli set bekas makanan untuk baby yang udoh nyata free bpa katanya. Tapi merah-merah tu hilang selepas beberapa minit aku duk gabra sengsorang. Reaksi Alauddin tak da menggaru ke, tak selesa ke kat kawasan mulut tu, dia biasa saje macam tak de apa-apa tapi yang aku pelik kenapa timbul merah-merah tu..so aku decide petang tu nak bagi makan sekali lagi..nak tengok macam mana kan...

Petang hari yang sama, aku suap lagi dengan kuantiti yang sama....naik balik macam pagi tadi, merah-merah kat sekeliling bibir Alauddin...memang confirm la aku tak kasi dah sebab maybe tak sesuai dengan Alauddin la tu...aku cerita kat suami so malam tu kami keluar ke Tesco usha makanan baby yang lain pula. Apa cerita nestum setin tu????? Baru-baru ni dah bertukar warna dan tekstur dia, baru aku campak ke dalam tong sampah...nak buang awal-awal dulu rasa sedih sebab mende elok lagi..nak bagi orang tak de sape pun nak baginya...sudahnya ke laut la..






Kali ni aku cuba makanan dalam botol pula jenama Heinz tu, produk oversea katanya. Untuk percubaan aku beli 2 perisa, carrot dengan labu. Esok pagi tu test dulu 2 sudu besar, laju je dia makan. Petanda awal anak menerima dan bersedia untuk makan adalah menunjuk minat yang luar biasa terhadap makanan dan meminta untuk yang seterusnya. Bila dah abis 2 sudu, aku tengok tak da pula merah-merah kat mulut dia..aku tambah lagi 2 sudu, beli yang botol kecik punya, mulalah rasa macam tak cukup. Sampai tinggal suku la makan dek Alauddin..suka sangat kot perisa carrot tu. Aku rasa memang tawar hebehhhh...tapi Alauddin makan macam sedap bebeno.

Start dari itu, sentiasa la aku memborong Heinz untuk buat stok kat rumah atau jenjalan mana-mana kan. Tapi Alauddin hanya gemarkan perisa carrot, labu & jagung sahaja. Masuk yang masam-masam macam pear ke, epal ke, dia memang akan lari sejauh yang boleh. Ada juga aku try yang spageti bolognese, spageti with tuna, tapi Alauddin tak minat pun nak habiskan macam selalunya....bau dia pun boleh tahan kuat juga..so ke laut juga yang 2 jenis tu. Masuk usia dia 7 bulan setengah cam tu, setiap kali makan, 1 botol kecil mesti habis. Bermakna sehari Alauddin makan 2 botol kecil Heinz.




Aku masih belum perkenalkan Alauddin dengan bubur lagi. So tak nak bagi dia bosan dengan rasa makanan yang sama sahaja, aku bagi dia makan biskut Heinz pula. Aku bagi dia 2 jenis yang di atas ni. Farley's Rusks tu perisa pisang, oren dan original semua Alauddin terima dengan senang hati. Setiap kali makan, mesti abis 4 ketul biskut. Tapi perisa pisang agak manis jadi aku selalu beli yang oren. Biskut coklat tu pun kegemaran Alauddin juga. Biskut-biskut ni aku selalu bagi time pukul 3 4 petang cam tu. Biskut coklat tu pula setiap kali makan akan habis 4 ketul juga. Biskut coklat ni walaupun perisa coklat tapi tak semanis biskut farley's rusks tu.

Ok, biasanya sarapan Alauddin adalah makanan Heinz dalam botol, aku campur dengan kentang dan carrot yang dah di stim, lenyek dalam makanan tu, lepas tu baru suap kat dia. Disebabkan Alauddin jenis budak yang bangun seawal 6.30 pagi, aku akan suap dia makan jam 8.30 pagi cam tu. Lepas makan, mandikan dia, susukan dia, dah kenyang letak dia atas tikar mainan, dia akan main sampai dia panggil mama dia untuk tidur. Waktu tidur pagi Alauddin pukul 11 lebih cam tu.Lepas tu boleh la aku tumpu kerja rumah pula...:)


 
Bubur nasi bercampur telur kuning.

Sehingga la Alauddin berusia 9 bulan aku mula perkenalkan dia dengan bubur nasi tapi masih lagi yang halus la. Mak aku ajar masa bubur tu menggelegak dengan air yang tinggal sikit je, amik tapis halus yang kita buat perah kelapa tu kan, lenyek atas tapis tu, nanti jadi halus la bubur tu. Sebelum tu aku masuk la kentang dengan carrot yang dipotong dadu kecil, lenyek sekali atas tapis. Kadang-kadang aku letak mix vegetable, kacang peas, selang seli dengan kobis bunga dan borkoli, dan daging atau ayam kisar takpun isi ikan. Kadang-kadang tu aku buat sup sayur, atau sup ayam, gaul dengan bubur dia. Tak pun aku buat lemak bayam ke, lemak labu ke campur kuah tu dalam bubur nasi dia. Rupanya Alauddin lagi suka makan bubur nasi dari makanan-makanan dia yang lain. Separuh mangkuk makanan dia mesti habis dimakannya. Seronok sangat tiap kali suap dia makan.

Bila dah makan bubur nasi, jadual pemakanan Alauddin juga berubah. Sarapan masih jam 8.30 pagi, kemudian lunch pukul 1.30 macam tu. Msih makan bubur nasi juga tapi aku tambah bahan lain seperti prune juice bagi rasa lain sikit. Tak pun aku goreng telur tapi tang kuning tu aku tak bagi masak sepenuhnya. Aku just amik kuning telur je, gaul dalam bubur Alauddin, lepas tu stimkan sayur sawi atau bayam lenyek dalam bubur nasi dia. Biasanya lunch Alauddin sedikit berat kandungannya berbanding sarapan dan dinnner. Sebab lepas bangun tidur pagi tu, kebiasannya Alauddin lapar, bila lapar memang seronok la suap kan...Lagi suku nak penuh mangkuk adalah kuantiti biasa Alauddin makan time lunch dia. Lepas makan, mandi kali kedua, bagi susu dan mesti dia akan tidur sekali lagi sebagai tidur petang dia sehinggalah bangun semula 4 5 petang cam tu...



Kudap-kudapan Alauddin di waktu petang kadang-kadang biji jagung stim dan pisang lenyek. Baru ni aku beli Nestle Cerelac Oat, Gandum & Prun untuk Alauddin. Saja nak test makanan baru di samping nak stop biskut Farley's Rusks sebab biskut tu agak manis la, risau juga aku. Makanan bijirin ni kurang manis berbanding biskur Farley dan rasanya lemak-lemak je. Aku berapa kali asyik suap ke mulut aku je sebab baunya sedap bebeno. Biasa Alauddin makan dalam 6 sudu besar. Waktu kudapnya dalam jam 4 5 petang cam tu lepas bangun tidur petang dia...

Biasanya waktu-waktu cam ni memang rutin Alauddin, so memang memudahkan aku untuk merancang kerja harian macam masak, sidai baju, dan lipat kain. Kerja-kerja lain macam vacuum rumah, cuci dapur, mop lantai, kemas bilik, basuh baju aku biasa buat time Alauddin ralit bermain atau pun dia ikut sekali tengok aku buat kerja. Dia memang suka tengok mama dia buat kerja, tapi dia tak kacau la, senyap je tengok perbuatan mama dia terutama sekali time vacuum rumah. Mengikut je mana mama dia pergi sampai la siap vacuum. Mengemop pun sama, tapi aku tak guna la mop yang perah guna air tu, hari-hari biasa aku guna pengelap lantai yang ada wet tissue yang bau wangi tu kan, sebab nak sental kesan-kesan makanan harian yang jatuh atas lantai, air manis yang tertumpah ke, ataupun taik cicak yang kadang-kadang ada tu. Bila hari minggu baru suami yang akan mop 1 rumah guna mop basah tu dengan pewangi khas untuk lantai.

Ok, macam mana aku train Alauddin untuk makan dengan sopan santun? Aku tak de lah guna exactly training yang serius untuk mendidik seorang baby yang sedang nak membesar, nak belajar sesuatu yang baru macam Alauddin ni kan. Cumanya setiap kali tiba waktu makan dia, aku akan letak dia dalam walker. Yang pastinya time ni aku dah siap sejukkan bubur nasi, sediakan dalam mangkuk makanan, siapkan air masak dia dan segulung tisu untuk sesi mengelap mulut dia. Aku cuba elakkan Alauddian nampak mangkuk dan sudu makanan dia sebab nanti dia akan menjadi sangat tidak sabar, memanggil-manggil aku sebab dah tak sabar nak makan. Padahal aku duk ke hulu hilir sediakan makanan dia kan. Dan aku memang ada sebuah meja jepun yang rendah tu as meja makan kami sekeluarga. Meja makan sebenar aku just buat letak lauk pauk je. Suami jenis suka makan atas meja jepun dari makan atas meja makan.

Jadi bila Alauddin lihat aku dah duduk bersila bersama mangkuk makanan, cawan air masak dan segulung tisu atas meja jepun, dia akan tunggu di situ dengan senyuman yang menggoda. Bila aku tanya, Alauddin nak makan ye? Dia akan jawab nakk..nakk..nakk..baca doa dan terus mulakan dengan suapan pertama di mana kuantitinya tak penuh 1 sudu makan dia. Bila lihat dia seperti mengunyah perlahan-lahan, menelan kemudian menganga lagi maknanya dia suka dengan makanan dia.

Sejak aku ajar Alauddin makan, aku memang tak perlu kejar dia sekeliling rumah. Masa usia dia 6 bulan, aku memang tahan walker Alauddin dengan kaki tak nak bagi dia bergerak ke mana-mana. Bila dia nak bergerak aku akan pujuk dia cakap "Alauddin, makan mesti elok-elok ye, nanti tumpah comot baju, comot muka. Masa makan tak mau main ye" Itu lah ayat selalu aku guna nak pujuk supaya dia behave masa makan sehinggalah dia paham sendiri.

Walaupun dia duduk dalam walker, dia pun tak pergi mana-mana sangat just setapak dua tapak je ke depan sebab tengok iklan tv, habis je iklan yang dia suka, akan datang kat mama dia nganga nak makan lagi. Kadang-kadang berlari ke pintu sebab abah balik, belum abah tekan loceng lagi, baru dengar abah pegang kunci sebab kunci abah sangat bamyak, dia dah jerit abaaaahhhh....dengar bunyi loceng lagi la kuat dia jerit sampai lah nampak muka abah...gedik-gedik depan abah, akan datang balik kat mama minta suap lagi...begitulah hari-hari perangai dia time makan. So, aku tak rasa kesulitan sangatlah seperti ibu-ibu muda yang lain yang sentiasa berusaha memberi anak makan tapi anak masih belum menerima seadanya keadaan itu. Alhamdulillah..

Makanan Alauddin juga aku masak setiap hari dan memang tak buat simpanan dalam peti sejuk beku. Setiap hari aku stimkan sayuran dia, setiap hari aku masak bubur, setiap hari juga aku sediakan isi ayam, daging dan ikan untuk Alauddin. Yang pastinya, aku dah tak suapkan Alauddin dengan makanan Heinz dalam botol tu, just beli kalau nak berholiday ke mana-mana. aje. Kalau setakat ke rumah mak atau mama memang aku masak siap-siap dan masak bubur baru untuk keesokkannya.

Poo poo Alauddin juga setakat ni ok dan dia tak pernah mengalami sembelit atau susah nak membuang air besar. Yang penting setiap kali selepas makan, aku akan pastikan Alauddin minum air masak dalam kuantiti yang banyak. Tapi aku tak ajar dia minum selepas makan atau ketika makan. Aku bagi minum sikit kalau nampak dia macam lambat nak menelan bubur tu, lepas tu dalam 5 @ 10 minit selepas makan baru aku bagi air masak secukupnya.

Begitu je la cara aku mengajar Alauddin makan. Pada aku senang nak uruskan dan ajar Alauddin dalam bab-bab makan ni. Kalau bawak keluar makan mana-mana pun senang juga. Kalau kami makan burger atau ayam ke, just suapkan dia sikit roti burger atau isi ayam tu, dia akan senyap dan sama-sama makan dengan mama dan abah dia. Kalau makan nasi, kami akan lenyekkan nasi tu then bagi dnegan isi ikan atau isi ayam, sedikit kuah sayur atau sup suap pada dia. Tapi tak banyak la, just bagi dia makan sebab dia sentiasa nak makan bila tengok orang makan.

Ok..jumpa lain entry ya..:)

7 comments:

  1. salam yg Heinz tu kita kena bancuh sama macam nestum juga ke?

    ReplyDelete
  2. I like ur post baby dh 7 month i nk try cook bubur pulak utk dia.. ;) harap2 dia mkn selama ni bg nestum je xtaw la plak ade org ckp nestum manis dgn kandungan gula yg byk so nk bertukar utk masakan yg lebih zat

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu nestum dan makanan terproses yang lain ada yang mengandungi gula dan perisa yang tertentu secara berlebihan. Jadi lebih la elok kita masak bubur atau buatkan puree untuk ank2. lebih berkhasiat dan selamat :)

      Delete
  3. klu boleh jgn bagi die mkn klu nampak kite makn...nnt tkut die jdi rase sentiasa nk mkn.kaji tentng metabolic sindrome..tq

    ReplyDelete
  4. Salam tumpng tanya yg heinz tu halal x..bkn ap nk tau jgk sbb nk try bg baby klu ok

    ReplyDelete
  5. Salam tumpng tanya yg heinz tu halal x..bkn ap nk tau jgk sbb nk try bg baby klu ok

    ReplyDelete
  6. Salam tumpng tanya yg heinz tu halal x..bkn ap nk tau jgk sbb nk try bg baby klu ok

    ReplyDelete