About Me

My photo
Seorang anak sulung kepada pasangan Mohd Yusof Pandak Abdul Rahman dan Hasnah Yusuf. Seorang kakak kepada 9 orang adik-adiknya. Seorang isteri kepada Nasrul Faiz Firdaus. Seorang ibu kepada seorang anak lelaki, Muhammad Alauddin. Seorang suri rumah sepenuh masa dan sepenuh tenaga ('',). Seorang businesswomen kecil-kecilan aje untuk mengisi masa yang terluang. Seorang yang simple dan mudah didekati. Terima kasih sudi menjengah blog saya yang tiada apa ini..
Powered by Blogger.

Monday, September 10, 2012

PERKARA MENJENGKELKAN :(

Assalamualaikum

Perbualan berlaku di antara
seorang lelaki Cina Islam dengan seorang lelaki Melayu Islam
di sebuah majlis perkahwinan bangsa Cina
kat sebuah kampung Melayu di Kuala Selangor...
Kedua-dua lelaki ni usia dalam lingkungan 50-an

Cina Islam : Burrrppp..Alhamdulillah..kenyang la makan nasi minyak ari ni..(amik tisu lap mulut) 

Melayu : Waa..lu pandai aa lepas sendawa sebut Alhamdulillah..bagus aaa..

Cina Islam: La...mestilah..aku orang Islam la..(sambil jeling tak senang)

Melayu: Hahahahaha..gurau-gurau ja..jangan marah aaaa..

Khemah di hadapan sebelah kanan adalah
 khemah untuk kaum cina makan sebab
 tuan rumah ni ada sediakan berbotol-botol arak.
selepas makan mereka teguk la itu air..cara mereka biarlah kan...

Melayu: Ehhhh..ko nampak tak botol hijau tu...tak rasa nak ke? (sengih ngusik..geli tengok!!)

Cina Islam: Apa la ko ni..aku orang Islam!! Haram la minum air tu..apa la..(muka dah start nyampah dengan laki melayu ni)

Melayu: Ala...takkan tak rasa teringin kottt....dulu mesti pernah minum kan...hahahaha..banyak tu..berbotol-botol..tak nak ke? (memang sengal!!)

Cina Islam : Memang tak de akal la ni orang!! (Terus bangun angkat bontot blah)

Nampak tak situasi yang sangat menjengkelkan ni.
Berlaku depan mata aku dan laki aku.
Menggeleng kepala laki aku lepas tu.
Yang pakcik Melayu tu elok plak berdekah-dekah gelak
bila pakcik Cina Islam tu blah...
Apa masalah pakcik Melayu ni kami pun tak pasti lah..
 
 
Yang pastinya pakcik Cina Islam ni duk renung kami laki bini
macam malu pun ada,  macam segan pun ada..
Ye la, bila orang Islam sendiri tanya soklan
ntah apa-apa kat sesama Islam
Macam la kita yang memang Islam sejak lahir ni sempurna bebeno la
luar dalamnya kan...terutama tang IMAN tu
 
So, please ehhh...jangan tanya soklan yang menjengkelkan
 pada orang yang tak sepatutnya ditanya.
 Jangan wat aksi menjengkelkan
di hadapan rang ramai.
Dan paling penting JANGAN JADI ORANG YANG MENJENGKELKAN
bila bersama dengan orang-orang lain...
 
As-salam :)
 
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment