About Me

My photo
Seorang anak sulung kepada pasangan Mohd Yusof Pandak Abdul Rahman dan Hasnah Yusuf. Seorang kakak kepada 9 orang adik-adiknya. Seorang isteri kepada Nasrul Faiz Firdaus. Seorang ibu kepada seorang anak lelaki, Muhammad Alauddin. Seorang suri rumah sepenuh masa dan sepenuh tenaga ('',). Seorang businesswomen kecil-kecilan aje untuk mengisi masa yang terluang. Seorang yang simple dan mudah didekati. Terima kasih sudi menjengah blog saya yang tiada apa ini..
Powered by Blogger.

Wednesday, September 26, 2012

Seronok Bila Berat Badan Turun :)

Assalamualaikum

Kali ni bersiaran di Crystal Crown Hotel, PJ sebab mengikut suami berkursus 3 hari 2 malam...tersengih aku bila suami cakap minggu ni dia ada kursus sebabnya dapatlah aku berehat kejap dari mengadap kerja-kerja rumah yang tak pernah habisnya tu...hihi...kira holiday la untuk fulltime housewife macam aku...:)
 
Aku just nak kongsi sesuatu produk yang dah cuba selama 2 bulan ni. Kan aku pernah story pasal aku sedang mencuba set shaklee ni kan tapi aku tak amik la yang set untuk ibu menyusu tu. Aku beli secara loose je iaitu Lecithin, Vita-lea dan Performance Drink. Tapi sekarang ni aku nak cerita pasal Lecithin aje....:)

 


Lecithin dinamakan “pengemulsi semulajadi” kerana lecithin mempunyai kesan melekat kat lemak….dalam perkataan ringkasnya,lecithin menyebabkan lemak tu terapung kat dalam darah…dan seterusnya mencegah lemak dari melekat kat dinding membrane.
 
Lecithin tak boleh dihasilkan oleh badan tetapi ianya sangat diperlukan oleh badan. Lecithin boleh diperolehi melalui kuning telur, jagung, soybeans dan tahukah anda Soybean Lecithin is the richest cholesterol-free source of lecithin dan yang menariknya Lecithin Shaklee adalah bersumberkan soybean...:)
 
Ok, sebelum aku bercerita lebih lanjut kesan dari pengambilan Lecithin dalam kehidupan harian aku sepanjang 2 bulan ini, aku nak senaraikan antara kelebihan-kelebihan Lecithin ni dulu ye..

13 kelebihan tentang Lecitin yang anda perlu tahu
  1. Lecithin bertindak sebagai pelarut utk kolestrol,triglycerides dan lemak2 yg lain.Sebab tu ia membantu mencegah penyakit2 seperti high blood pressure,stroke,heart disease, arteri yg mengeras … Malah sesetengah pakar mengesyorkan pengambilan up to 6000-7000mg sehari jika berhadapan dgn masalah kesihatan yg sebegini.
  2. Kenapa org yang nak kurus suke lecithin?Sebab ia bertindak mengemulsikan lemak (ayat simplenye..ianya memecahkan lemak)..Tahukah anda..Lecitin mampu membakar lemak lebih cepat jika disertakan dengan senaman yang bersesuaian… Pengambilan Lecithin 4000mg sehari pasti membuahkan hasil yang diidamkan.
  3. Lecithin memainkan peranan utama dalam penyerapan zat2 penting dari saluran darah ke dalam sel2 bdn..Tanpa lecitin yg mencukupi..membran sel akan mengeras dan seterusnya menyukarkan proses penyerapan….Banyak faktor seperti bahan2 kimia dari persekitaran yg tercemar,bahan2 metal,dadah,food additives, pesticides, etc.. semuanya menyebabkan membran sel mengeras yang mana pastinya menyukarkan proses penyerapan zat2…jadi dengan cara menambahkan pengambilan Lecitin ,pasti ianya keputusan yg bijak.,
  4. Lecithin membantu mengurangkan atau mecegah penyakit berkaitan hati
  5. Lecitin merupakan sebahagian dari unsur yang mengelilingi fiber saraf.Tanpanya,fungsi saraf ni kurang efisien. Sebab tu mereka2 yang menderita akibat multiple sclerosis, fibromyalgia, tekanan, PMS, dapat merasakan kesan yang positif apabila mengambil lecithin
  6. Lecithin membantu sistem imunisasi dengan membalut sel darah merah kita dan seterusnya memberi perlindungan dari serangan virus,germs,bakteria.Disamping itu, struktur lecithin itu sendiri melindungi sel dari teroksida
  7. Lecithin juga dikenali sebagai makanan otak dan saraf.Ia membantu sel otak berkembang,penting dalam transmisi saraf impuls dalam otak dan memainkan peranan dalam neuro transmitter(berkaitan short term memory) . Lecithin dipercayai mampu mengurangkan atau mencegah senility (nyanyuk) atau Alzheimer’s disease. Malah sesetengah pakar menyarankan pengambilan 7000mg sehari utk memulihkan sistem ingatan…
  8. Lecithin juga dikatakan sumber hormon neurotransmitter dimana ia menggalakkan proses tidur.Kekurangan hormon ini dikatakan punca insomnia..
  9. Lecithin adalah asid lemak perlu yang penting dalam penjagaan paru2 kerana kebolehannya mencairkan mukus dan mencegah iritasi .Dan sebab itulah ianya berguna bagi2 mereka2 yg ada alergi,hay fever,asma,bronkitis dan emphysema
  10. Lecithin bertindak sebagai pelincir bagi joint(sendi2) dan membantu dalam penjagaan tisu buah pinggang as well as the sistem penghadaman.
  11. Lecithin adalah zat utk kecantikan.. ianya perlu dalam menghasilkan rambut yg sihat..cantik berkilat,kulit yang lembut gebu dan juga dalam mencegah eczema.
  12. Lecithin diperlukan dalam penghasilan pelbagai hormon seperti epinephrine, .Sebab tu ianya amat berguna dalam mengurangkan atau mencegah PMS dan gejala2 menopause.
  13. Lecithin, bersama unsur2 lain digunakan utk membuat cecair hempedu (bile).. Bile ni fungsinya plak mencairkan lemak dan ..Pengemulsian ini memudahkan penyerapan zat2 seperti vitamin A,D,E dan K ke dlm badan

*Sebiji lecithin Shaklee mengandungi 530mg of Lecithin..
 
Ok..sekarang aku nak relatekan apa kesan yang aku rasa selepas sebotol aku makan Lecithin ni. Mulakan dulu dengan keadaan selepas melahirkan Alauddin. Berat aku naik dengan jayanya ketika pregnant ari tu, dari 65kg (sebelum preggy) ke 85.6kg (lagi 2 hari nak masuk 38 weeks dah bersalin), 20.5kg naik tuhhh...Lepas bersalin first aku timbang masa bawak Alauddin cucuk sebulan kat KK KDSK, masa tu 75kg...Huk aloh..turun 10kg je dalam tempoh sebulan. Walaupun aku berurut, berbengkung dan bertungku seperti ibu-ibu yang bersalin normal, tapi hasilnya agak mengecewakan aku.
 
Hari-hari berikutnya berlalu dengan berat aku maintain je kat 75kg, tak naik tak turun sampai la usia Alauddin 6 bulan. Aku timbang masa check up monthly Alauddin tu, berat aku turun sikit pada 73.5kg...Wowww...hati berbunga matahari sebab ada jugak turunnya walaupun secoet aje..Mungkin sebab menjaga anak yang semakin lasak kot.........:)
 
Kemudian sebelum tiba Ramadhan, asyik duk survey pasal produk Shaklee. Agent Shaklee tu pulak consult aku dengan begitu baik sekali dan tidak hanya untuk menjual produknya semata-mata..Dia siap suruh aku google dulu pasal kebaikan, kelebihan, testimonial dan apa-apa rujukan berkaitan produk Shaklee termasuk ujian klinikal yang pernah dilakukan ke atas produk Shaklee. Kebetulan pula aku berkawan dengan mereka yang bertugas di makmal mengetest ubat-ubatan dan pil-pil yang terjual di pasaran kini termasuk produk Shaklee ni. So, keputusannya adalah produk Shaklee bebas dari sebarang kandungan yang boleh membahayakan dan memudaratkan kesihatan manusia selain bahan asasnya adalah dari sumber tumbuh-tumbuhan..So aku terus decide beli 3 botol produk Shaklee yang aku cerita dari awal tadi la..
 
Aturan makan Lecithin ni kene makan 2 biji selepas mengambil makanan berat, contohnya nasi beserta lauk atau mee goreng sepinggan penuh, nasi lemak lauk ayam ke, apa-apa makanan berat la..kalau setakat makan roti 2 keping tak payah la gatai nak makan pil tu..wat membazir je..huhu..Tapi kalau aku memang takde maknenye roti 2 keping, mau separuh roti panjang tu aku bedal..cicah air milo ke kopi je pun...Dan maximum sehari 6 biji pil, means sarapan pagi 2 biji, lunch 2 biji dan dinner 2 biji..begitulah..
 
Minggu pertama aku makan Lecithin ni, memang dah terasa kelainannya. Aku kerap berpeluh padahal baru buat 2 3 kerja..Kadang-kadang jemur kain pun boleh berpeluh macam berjogging pulok..kadang-kadang vacum rumah pun berpeluh sakan, dan setiap kali berpeluh tu aku akan mandi sebab peluhnya macam kita beriadah kat luar pulak..Rupenya Lecithin ni memudahkan pembuangan toksin dalam badan dan salah satu cara toksin itu dibuang adalah melalui peluh dan air kencing.
 
Melalui air kencing pula, warnanya jernih dan tidak kuning jernih. Aku memang biasa air kencing bukan bewarna kuning tu tapi warna kuning cair je, tapi lepas amalkan Lecithin warna dia menjadi jernih, macam warna air paip. Sehinggalah sekarang. Suami aku pun amalkan Lecithin juga. Lelaki kan biasa alami kencing tak puas, tapi lepas makan Lecithin ni dia cakap kencing macam abis lepas tu tak kerap kencing macam sebelum ni. Kalau tak dia cakap dia dah kencing tapi rasa nak kencing lagi means ada yang tak lepas...dah ehem ehem pun tak lepas gak kuar..hoho..so hasil Lecithin ni pun bagus pada suami aku...:)
 
Jadual membuang juga sangat teratur dan senang je. Setiap pagi dalam pukul 7.45 @ 8 pagi, mesti aku akan membuang dan proses membuang juga sangat lawas. Tak de sakit perut atau memulas-mulas. Yang pastinya setiap hari di waktu pagi mesti membuang...teratur la maknanya.
 
2 minggu berpuasa, aku timbang berat, oh my God!! Berat turun kepada 69kg...Rasa macam banyak kan sebab sebelum ni angka 7 kat depan, sekarang angka 6, so rasa macam wowwww..aku dah kurus sikit..huhu..Masa hari raya pun aku tak miss makan lecithin, ke mana-mana aku bawak mende alah ni. Ada orang jenis malas nak makan pil la, jenis malas nak minum la, sebab malas nak ingat sesuatu yang dah jadi rutin kan..tapi jenis aku bila nak mencuba sesuatu memang aku disiplin termasuk suami aku...kami sama-sama mengingati antara satu sama lain...
 
Dan berat aku sekarang dah turun lagi sikit, berat kini 67.7kg...okla tu..lagi sikit nak ke 65 kg..tu kira berat ideal aku la sebab aku kan tinggi so jangan berangan lah nak berat angka 5 kat depan, memang tak balance la..lagipun aku tak nak kurus pun cuma nak kurangkan berat badan sehingga ke berat ideal dan maintain selagi tak peknen lagi....hohoho
 
Apa yang best bila dah rasa sedikit kurus ni?? Satu hari tu sebelum nak bercuti raya, aku mengemas la beg baju kurung masa aku anak dara dulu, terperuk dalam beg sebab masa peknen dah tak muat nak sarung kainnya, lepas bersalin pun still tak leh sarung kain jugak..kebaya memang elok campak ke laut la jawabnya..ada la 3 4 helai je yang ngam-ngam muat pakai pun...sedih!!!
 
Duk belek-belek tu ada la 2 helai jeans masa anak dara...gatai nak menerai kan...kata dah turun 67.7kg kan..sarung dengan berdebar-bedar..boleh masuk sampai ke atas...sengih dah..kancing butang...ehhh..bole kancing...nak menjerit dah...bila berjalan LANGSUNG tak ketat seluar jeans tu kat kaki aku...terus la menjerit kan...siap wat catwalk depan suami lagi..layan je la bini tengah mereng kan....selepas kejadian tu, rancak la aku nyopping online seluar, skirt bagai kan konon bole la melaram balik..tapi yang paling seronok perut ni dah tak buncit macam selepas bersalin ari tu...:)
 
So, pil tu pun udoh tinggal seminggu je lagi nak abis, kene reorder lagi la kan at agent favourite aku tu...tapi suami aku memang tak turun banyak pun sebabnya time keje dia tak makan pun lecithin tu, dia makan time kat rumah je means dinner je la dia makan, kalau time lunch pun masa weekend je...tapi turun jugaklah dalam 3kg cam tu..yang pastinya kebaikan-kebaikan lain yang sebut kat atas memang kami laki bini alami lah..:)
 
Tapi suami aku teringin nak mencuba alpha lipid sd2 tu haa..teruja betul pakcik ni nak minum mende alah tu..setakat ni die duk survey la harga kan, kebetulan staff dia agent sd2 secara part time kan, dia offer rm150 setin..best price la setakat ni yang kami jumpa..mostly kat online pun rm170 setin belum masuk postage lagi..akan datang la tu...

Tapi bab makan memang aku tak control la...habit makan aku masih seperti biasa..takdenye aku kurangkan kuantiti nasi ke lauk ke yang aku makan..sebab aku memang kuat makan dari dulu...tapi masih boleh turunkan berat badan, tu yang rasa seronok dan yakin dengan Lecithin Shaklee ni..:)
 
Sekarang ni aku tengah mencuba Virgin Coconut Oil (VCO). Aku beli dengan Hanisah Azhari, dia jual murah dari ejen catalyst yang lain. So, baru 2 hari mencuba. Katanya elok untuk dalaman dan luaran kan..Aku beli 2 kotak nak tengok hasilnya..dan yang pastinya kami laki bini la akan sama-sama mencuba produk ni..nak tengok hasil macam mana kan...dah abis sebotol baru aku buat entry pasal ni ye..baru la betul namanya testimonial kan......:)
 
Kalau ok dan hasilnya pun memberansangkan, aku nak belikan untuk mak aku dan adik aku. Adik aku tu de masalah tone kulit tak sekata, kat dahi dan celah pelipat dia warna gelap sikit dari warna asal kulit dia, so aku nak try VCO ni, suh dia sapu kat kawasan tu, tengok hasil macam mana. Tapi baru-baru ni adik aku nampak susut sikit dan muka dia sedikit cerah sebab dia dah berbulan dia tak makan malam..muka dia pula dia ada sapu sejenis sabun susu beras yang mak aku beli dari opah yang mengurut aku tu..memang samar dah gelap kat dahinya..asalnya adik aku tu masa lahir putih gebu...maybe sebab badannya besar mengganggu warna kulit die pula..tapi usaha perlu ada untuk berubah ke sesuatu yang lebih baik...:)
 
Ok..nanti update lain pula ye..As-salam..:)
 
 
 
 
 
 

7 comments:

  1. Assalam..

    Sy br nak try lecithin nih.. sbb lepas bersalin berat bukan mkin turun tp makin naik.. ank dh setahun and still BF tp berat x turun2 gak..huhuhuh.. dan sy nk tnya, kna minum air banyak x amek lecithin nih? kalo x mkn mknn berat so xyah la amek ek? so kalo sehari mkn x smpai 6 biji pon boleh la? hrp dpt share.. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam
      amik lecithin mmg kene minum air banyak..paling kurang 3L sehari...awk beli lecithin tu mesti distributor de cerita kan pasal lecithi dan cara mkn semua kan. sy mkn je 6 biji even mkn berat ke x, yang penting consistent je..sy skang dah 3 bulan dah xamik lecithin sbb dah dpt berat before peknen dulu, so dah stop tp berat maintain je..makan pun xde pantang atau kawal.

      Delete
  2. As-salam pn..maaf mencelah2..sy dah cuba lecithin + alfalfa + esp shaklee..kira amik set la neh nsk kurus punya psl :p! dah nak masuk sebulan tp apa yg mengecewakan sy berat sy x turun malah naik lg sekilo! sy sedey sgt sbb sy amik 6 bj sehari lecithin tu n 6-10 bj alfalfa..prot makin ketat jer raser n suar pon x bley nak kancing! sy x tahu kat mana silap sbb kalu di ikutkn sy da ikut suma..amik air kosong byk n mkn pon sy da kurangkan..bole pn bg tips tak mana pn amalkn? kot2 la sy silap amik..macih

    ReplyDelete
    Replies
    1. amik supplement ni hasil dan kesan die berbeza ikut penerimaan badan masing2..mungkin awk amik masa sikit kot untuk nmpak hasil dia. saya nak komen lebih pun tak pandai sangat sebab saya dah lebih 6 bulan stop amik lecithin ni. cube minta pandangan distributor yang awk beli sebelum tu, mungkin dia ada cadangan lain :)

      Delete
  3. Sy nak tanya supplement ni boleh dimkn dgn sd 2?

    ReplyDelete
  4. Akum. saya pun nak mencelah.. saya pun ambil letchitin dan alfafa.. dah 2 bulan.. tpi x ade perubahan pun... camna??

    ReplyDelete
  5. Sekadar nak share pengalaman je...set ni lebih cepat menampakkan hasil sekiranya kita amalkan healthy meal..means takde berlemak berminyak goreng2 dan seumpamanya. lagi satu portion makanan tu kena kawal gak..separuh meal sayuran, suku karbo n suku lagi protein. kalau jjcm selalu pastu makan set ni mmg x nampak ape

    ReplyDelete