About Me

My photo
Seorang anak sulung kepada pasangan Mohd Yusof Pandak Abdul Rahman dan Hasnah Yusuf. Seorang kakak kepada 9 orang adik-adiknya. Seorang isteri kepada Nasrul Faiz Firdaus. Seorang ibu kepada seorang anak lelaki, Muhammad Alauddin. Seorang suri rumah sepenuh masa dan sepenuh tenaga ('',). Seorang businesswomen kecil-kecilan aje untuk mengisi masa yang terluang. Seorang yang simple dan mudah didekati. Terima kasih sudi menjengah blog saya yang tiada apa ini..
Powered by Blogger.

Tuesday, September 4, 2012

Sudah 9 bulan!! (^^,)

Assalamualaikum

Semalam my hubby cakap, "Ehhh, Alauddin nak 10 bulan eh bulan 9 ni? Cepatnye 10 bulan. Lagi 2 bulan dah setahun. Kene planning ni nak sambut besday kat ne!! Hohohoho..menggelabahkan my hubby ni. Mamanya tenang jew..:)
So, bulan ni tak ada monthly check up, tunggu bulan 10 nanti baru ada appointment dengan KK. Bila genap 9 bulan ni, akalnya, nakalnya, gediknya, ngadanya, cerdiknya bukan main lagi kan. Semua benda nak tegur, nak pegang, nak main, nak makan, nak baling....semua lah!!

Ok, ini coretan Muhammad Alauddin yang sudah genap 9 bulan..:)

Bangun pagi terus cari abah, panggil abah berkali-kali sampai abah sahut. Kalau abah tak de dalam bilik, akan pandang pintu bilik, jenguk-jenguk sambil panggil abah, nanti abah terjengul kat pintu, tergedik-gedik suruh abah dukung...ngengade!!

Setiap pagi menghantar abah pergi keje depan pintu, jerit ABBBAAHHH, kiss abah, salam abah, babai abah. Bila tengah hari atau petang, akan sambut abah balik kerja. Pantang dengar bunyi loceng rumah, laju je Alauddin lari dengan walker dia sambil ABAAAH..ABAAAH..ABAAAH

Pandai kiss orang tapi memilih orang untuk kiss. Setakat ni hanya Atuk Manjung dan Tuk Puchong je merasa ciuman Alauddin, yang lain pujuk la macam mana pun dia wat nohen je!! Tapi mama dan abah Alauddin memang tak tolak kannnn..:)

Pandai marah balik bila kene tegur dengan mama dan abah. Kalau mama dan abah tegur atau ambil sesuatu yang Alauddin tak boleh main, Alauddin akan menjerit sambil meneran suara sekuat yang boleh sambil tangannya memukul mama dan abah. Mana sempat la yang kene kan. So mama dan abah akan pujuk Alauddin dengan kiss Alauddin dan cakap sayang mama, sayang abah, sayang Alauddin....

Bila kentut akan pura-pura terkejut kemudian pandang mama dan abah...then sengih tergelak-gelak. Pandai berlakon la ko nak!!

Pandai menyahut bila dipanggil. Bila mama sibuk sidai kain, memasak, Alauddin akan main kat depan. Mama sendal pintu dapur dengan kerusi tak nak bagi Alauddin masuk dapur. Bila Alauddin tak de depan mata mama, mama akan panggil Muhammad Alauddinnnn, then Alauddin akan menyahut sambil menjerit pastu muncul depan pintu dapur.

Mulut semakin bising dengan perkataan entah apa-apa keluar dari mulut tu..Bila mama dan abah menyembang Alauddin pun tumpang sekaki sampai mama dan abah tak jadi nak nyembang sebab suara Alauddin lagi kuat dari suara mama dan abah..kadang-kadang mama dan abah sambung nyembang bila Alauddin dah tido..huhu

Sangat marah bila tengok kanak-kanak lain bergaduh depan dia. Alauddin akan menjerit marah lepas tu tangan terkepak-kepak suruh berenti gaduh la kononnya. Budak-budak tu bukan bergaduh pun sebenarnya, cuma bermain beramai-ramai, bising la jadinya kan...memang semua budak seusia Alauddin akan bertindak begitu kan :)

Mama dah mula suap Alauddin isi ikan, daging dan ayam tapi lenyek-lenyek la takut tercekik pula. Suka sangat makan bubur nasi dan sup. Alauddin juga menggemar air masak, lega hati mama dan abah sebab Alauddin tak menolak langsung air masak. Dan memang mama dan abah nak ajar Alauddin suka minum air masak dari air manis, macam abahnya, pergi mana-mana memang minum air masak je la, dan memang ada botol besar gile untuk air masak sahaja nak bawak ke mana-mana.

Tidur siang dah semakin kurang tapi sekali dapat tidur, memang berejam la, sampai siap a kerja rumah mama baru jaga. Kadang-kadang tidur sekejap je...nak dapat setengah jam pun susah. Hati asyik nak main je..

Dah mula meniti dan berdiri tanpa berpegang, lama juga selagi dia ralit tengok iklan atau main dengan mainan dia.  Mama tak sabar nak tunggu Alauddin pandai melangkah pula :)

Gigi ketiga sudah mula nak naik. Alhamdulillah, anak mama tak demam pun, risau juga kalau demam setiap kali beralih bulan, nak tumbuh gigi atau nak pandai sesuatu.

Rancangan kegemaran Alauddin sekarang adalah Boboiboy, Upin Ipin, Kisah Atok dan Ustaz Zambri Bercerita. Dengar je lagunya, terkedek-kedek Alauddin berlari dengan walker dia, pastu melangut depan tv. Bila iklan yang tak best, Alauddin akan berlari ke hulu hilir tanpa arah tujuan, ada iklan yang best, tercongok balik depan tv..begitulah selalunya..Masa bulan puasa ari tu, tetiap pagi mesti tercongok depan tv tengok Qari Junior termasuklah mama..huhu

Rasanya itulah yang mama nak kongsikan perkembangan anak mama yang sorang ni. Doa mama tak putus-putus untuk Alauddin semoga membesar dengan baik dan sihat, menjadi anak yang soleh, anak yang baik, mama dan abah akan sentiasa berusaha mendidik Alauddin sebaik yang mungkin. Selebihnya mama dan abah serahkan pada Allah S.W.T. Kita hanya merancang kan, Allah yang tentukan segala-galanya...

Ok...jumpa next story yaa..:-)

No comments:

Post a Comment