About Me

My photo
Seorang anak sulung kepada pasangan Mohd Yusof Pandak Abdul Rahman dan Hasnah Yusuf. Seorang kakak kepada 9 orang adik-adiknya. Seorang isteri kepada Nasrul Faiz Firdaus. Seorang ibu kepada seorang anak lelaki, Muhammad Alauddin. Seorang suri rumah sepenuh masa dan sepenuh tenaga ('',). Seorang businesswomen kecil-kecilan aje untuk mengisi masa yang terluang. Seorang yang simple dan mudah didekati. Terima kasih sudi menjengah blog saya yang tiada apa ini..
Powered by Blogger.

Wednesday, October 24, 2012

Susahke Jaga Anak Ni???

Assalamualaikum

Ada beberapa kawan-kawan aku yang tanya mencabar tak menjaga anak kecik? Bila orang tanya begitu kat aku, terutama yang masih belum kahwin, berpikir-pikir jugak lah aku nak menjawabnya.

Bukan apa, jadi mak ni lain orang lain pengalaman dia. Ada yang Allah kurniakan anak yang senang dijaga, ada yang Allah uji dengan anak tu kuat meragam, dari lahir kene bagi perhatian lebih sikit, tak seperti anak-anak orang lain.
 
Tapi bila ada  2 3 orang kawan-kawan yang seangkatan dengan aku, yang duk merungut bila anak meragam tak sudah, duk suka berdukung setiap masa, asyik nak menangis je, aku rasa kesian pun ada. Tapi dalam masa yang sama suruh juga dia jangan merungut sebab takut duk merungut hari-hari jadi doa pulak untuk anak.. Ye la..kalau yang jenis merungut kata anak mengada la, jenis degil la, mak susah nak wat keje la..takut nanti Allah makbul apa yang keluar dari mulut kita, betul pula Allah bagi anak tu susahkan kita kemudian hari..kan haru..huhu
 
Memang, lain budak lain ragam dia. Aku malas nak sentuh pasal perangai mak time mengandung ke, pasal didikan anak ke, pasal perangai mak tu sendiri ke dan lain-lain. Cuma nak share la macam mana aku hadap perangai anak aku sepanjang duk jaga dia 10 bulan lebih ni..

Masa anak dalam pantang, Alhamdulillah senang menjaganya. Menangis jarang, jaga malam pun tidak, orang tua kata senang bela. Sampai jiran-jiran mak aku kata tak serupa orang ada baby, sebab tak dengar nangis.

Dalam umur dia sampai 3 bulan, segala kerja rumah, urusan rumahtangga dapat dijalankan dengan baik. Takda la kerja tertangguh ke, semua siap mengikut masa cumanya time je berubah sikit sebab de anak, dulu tak de anak lagi, boleh la lepas tengah hari baring je ngadap tv kan :)

Bila dah pandai menyusur, mengenal objek, tertarik dengan warna warni, cabaran dia lain sikit. Nak letak lama atas tilam tinggi sikit memang tak boleh dah, de terbalik juga ke lantai kan..meraung pulok.

So, tukar kepada toto pulak, tapi letak 2 lapis takut kalau terbalik ke masa meniarap ke, merangkak ke duduk ke, tak de lah sakit sangat. Setakat ni tak de lah jatuh kuat sangat, sikit-sikit terjerombam tu de la, tu pun dia kelip-kelip pandang aku, pastu wat nohin sambung balik main..:)

Time dah pandai melawat kawasan sekitar rumah ni, banyak la perkara yang berubah. Antaranya waktu masak, waktu nak makan, waktu mandi, dan urusan kerja rumah yang lain. Masa Alauddin dah pandai meniarap, pastikan dia tidur dulu baru aku mandi tengah hari dan petang. Masak pun sama, time dia tidur aku akan bersilat kat dapur, siap cuci barang-barang lepas masak, lap dapur semua. Nanti tak de la kene masuk dapur lagi kan.

Macam vacuum rumah, lap lantai, lipat kain dan sidai kain, aku letak Alauddin dalam walker dan bawa ke mana sahaja aku pergi. Memang aku sentiasa pastikan Alauddin depan mata aku bila dia duduk dalam walker. Aku tak kan tinggal dia dalam walker then pergi mana-mana, riso jatuh kome, bukan apa.

Bagusnya anak aku dia tak takut dengan bunyi-bunyi yang kuat. Lagi lagi suka bunyi-bunyi kuat ni. Kalau aku vacuum umah, dia akan ikut ke mana saja aku pergi, pastu sibuk nak pegang batang vacuum, mulalah bergaduh ngan aku. Orang nak cepat dia nak main pulok. Kalau aku blend cili, Alauddin akan jerit sekkuat hati konon lawan bunyi blender tu, sambil gelak-gelak. Bila aku stop, panggil ma..ma..ma..nak bunyi lagi..bertuah betul

Waktu malam aku gunakan untuk basuh baju dan sidai baju mana yang tak sempat masa siangnya. Lepas tu time nak belek muka ke pe ke malam la jugak. Suami ada lagi senang, ajak Alauddin main aku settlekan apa yang berbaki.

Sekarang dah laju merangkak, dah pandai mengutip, dah pandai nak turun walker, dah pandai panjat playgym, dah pandai bosan dengan mainan sendiri, aku kene ubah lagi jadual kerja rumah aku.

Since Alauddin 4 bulan aku dah libatkan diri dengan biz kecik-kecik aku ni. Mula-mula boleh la uruskan sebab Alauddin masih kecik dan hanya bermain atas tilam atau toto je. Aku boleh layan pm customer, boleh upload pic barang baru, boleh bungkus barang-barang dan sebagainya.

Tapi bila dah makin besar, adakalanya aku buat segala kerja sepantas yang mungkin bila ada masa. Aku memang takkan sia-siakan masa tu. Sebab aku pernah lengahkan waktu dan sudahnya aku yang tersungkur nak siapkan order customer aku bila tiba masa nak pos.

Apa yang aku buat, bangun je pagi siapkan sarapan Alauddin dan iron baju suami. Suami jenis senang diuruskan. Memang sentiasa ada stok capati or roti canai segera, sosej, daging burger dan fries. So biasanya kalau suami nak makan roti canai, malam dah rebus siap kacang dal, bagi sedang-sedang lembut, esok pagi tumis rempah then masak la sampai siap. So sarapan kami begitu je, simple kan. Cuma bila hari minggu baru aku buat nasi lemak, sebab laki aku suka beno makan nasi lemak aku buat..hihi

Since rumah de 4G Portable MiFi Modem, segala urusan berkaitan biz aku lebih mudah. Lepas je suami pergi kerja, aku akan suap anak makan, lepas tu kemas dapur, keluarkan siap-siap barang-barang nak masak yang sejuk beku tu, vacuum rumah, basuh baju, lap lantai, lap habuk-habuk kat rak tv, rak barang-barang semua. Lepas tu mandikan anak, then tidokan dia. Sepanjang waktu ni apa-apa pm @ whatsapp @ email customer aku layan through henpon je. Bila anak dah tido, barulah aku on laptop, so memang membantu sangat modem ni.

Time anak tido, fokus aku pada biz pun bermula. Aku akan check bank akaun, tulis alamat siap-siap kat form, update barang baru, inform barang dah restock, renew ads kat marketing webs, update blog, blogwalking dan chatting2 semua time ni la.

Bila anak dah bangun tidur, aku akan susukan dia secukupnya then bersiap untuk masak lunch pula. Mak aku kata aku jenis buat kerja sangat laju dan mampu buat 2 3 kerja dalam 1 masa. Mungkin sebab aku anak sulung dan dari kecik memang dah didedahkan dengan kerja-kerja rumah dan dapur ni. Jadi sedikit sebanyak membantulah dalam urusan rumahtangga sendiri pula kan.

Bila aku perlu masak 2 3 jenis lauk, aku akan masak 2 lauk serentak. Itu yang biasa aku lakukanlah. Suami nak makan lauk ayam aku nak makan ikan, so aku akan naikkan 2 tu sekaligus sambil mata duk jeling anak, mulut pot pet panggil anak takut dia pergi ke lain. Biasanya kalau masak lauk simple cam goreng-goreng or sambal-sambal ni, tak sampai setengah jam dah siap semua. Tapi kalau menggulai, kari bagai, dalam 45 minit siaplah. Suami jenis makan lauk 1 @ 2 jenis je, tapi aku mesti de ikan, sayur, ulam ke ikan masin ke telur masin ke, pastu sambal belacan ke, sambal limau ke sambal quinin ke, yang penting PEDAS perlu ada..hoho

Selesai masak lunch, tunggu suami balik makan tengah hari, kalau de meeting dia tak balik la sebab dah makan siap, lauk dia akan makan time petang balik kerja. Tumpuan kat anak balik, suapkam dia makan, main kejap dengan dia sambil sidai kain. Time ni kerja rumah banyak dah selesai la. So aku angkut laptop kat ruang tamu layan fb dan biz aku.

Dalam pukul 3 cam tu, biasanya Alauddin nak tido, so aku akan tidokan dia dulu. Kalau ada baju yang banyak lagi nak basuh sebab baru balik kampung or balik dari bercuti kan, aku selesaikan time ni. Lepas tu urusan membungkus barang-barang customer pulak. Semua barang aku susun dalam bilik depan bilik utama iaitu bilik aku. So bila anak tido, packing semua barang dalam plastik poslaju. Cam rocker aku bungkus time ni, tapi kene bungkus kat luar bilik sebab salotape tu kalo tarik mengeluarkan bunyi bingit, boleh mengganggu anak aku nak tido..hoho

Aku memang bersyukur sebab kawasan aku ni dikelilingi dengan variasi servis pos. Poslaju dan skynet express sangat dekat, cuma gdex express kat pekan lama dan kangaroo express kat Sekinchan. Sejak dah join ahli, semua barang diaorg datang collect kat rumah. Cuma poslaju aku hantar sendiri, dalam pukul 6 baru pergi. Dieorang datang collect dalam pukul 5 cam tu, so dapat menjimatkan masa dan tenaga aku selain aku boleh selesaikan urusan biz aku dengan mudah.

Bila urusan mempacking settle, sementara nak menunggu orang datang collect, time ni la aku berehat-rehat, baring-baring dengan anak. Layan drama bagai. Tapi memang bukan jenis aku tido siang, sebab aku memang tak reti. De juga ngantuk tengah duk baring-baring tu, tapi tak maunye lelap mata ni.

Suami balik pukul 6 petang, keluar la pegi poslaju. Selesai yang tu, ari selasa de pasar malam, singgah pasar malam jap. Tak pun ke Tesco ke, Mydin Mart ke, kedai 1Malaysia ke, Speedmart ke cari barang. Kalau tak de pe2, just balik je la ke rumah.

Malam adalah waktu bersantai-santai sahaja. Memang jaranglah aku buat kerja waktu malam. Kalau suami tetibe nak makan sesuatu, petang tu dah beli barang siap, dia akan masak la makan malam tu. Lengkap la siap wat air. Seronok wooo..Pastu layan tv dalam bilik sampai la tido semua. Ada suami senang la sikit aku nak mandi lama sikit ke, nak kemas bilik stok barang-barang biz aku, susun bagi elok-elok je sebab siang tadi dah bawak keluar kan, pastu cek baju kerja suami untuk esok, cek dapur jap, terus  menempek depan tv...gitu je la hari-hari..kalau suami ada program waktu malam, ikutlah suami, kalau tak de, just bersantai, bermain, gelak-gelak je la 3 beranak ni..

Pada aku nak menjaga anak ni memang pada setiap orang lain cabarannya. Yang suri rumah cam aku lain cabarannya, yang bekerja juga lain cabarannya. Cuma yang pastinya ibu yang duduk di rumah atau bekerja masing-masing telah melalui cabaran yang tersendiri. Bila tiba masanya, semua akan lalui cuma dengan cara dan jalan yang berbeza. Ujian dan rezeki tu Allah yang tentukan, kita cuma boleh merancang sahaja :)

Suami tak balik lunch, so masak lewat sikit..haha..nak masak ikan siakap masak tauchu ari ni..choww bebehhh!! (^^,)







 

Tuesday, October 23, 2012

Yeay!! Anak Mama Dah Pandai Jalan :)

Assalamualaikum

Anak mama dah pandai jalan!!! Seronoknya bukan main la..Bukan anak yang seronok, mama abah dia yang seronok sangat. Mengonet-ngonet je angkat kaki kan...:)
 
Sebelum ni memang Alauddin pandai berdiri, since 8 bulan lagi. Tapi nak mengangkat kaki tu masih takut2 lagi.  So, bila tengok tv kadang-kadang berdiri je.
 
Kebetulan juga semalam abah baru beli tikar buluh 2 bidang. Aku dah lama cakap suruh beli since Alauddin dah pandai panjat walker dia nak turun ke bawah. Kalau turun kaki ke bawah memang aku tak heran, ni nak turun kepala ke bawah memang kejang kejap otot aku nengoknya.
 
Selain tu, Alauddin cam dah boring main atas walker, ye la berjalan ke sana ke mari je pun, nak main kutip-kutip tak sampai kan, hulur je la tangan tu..tu yang sikit lagi nak ke bawah tu...sabo je la
 
Kadang-kadang bila nak masak, jadi lambat pula sebab nak nengokkan dia je manjang. Takut jatuh kan. Sudahnya aku suruh suami cari tikar yang boleh aku letak dia kat bawah main mainan dia. Alauddin dah de tikar evamate dia, tapi tak cukup nak cover luas lantai rumah tu.
 
In case la kalau dia jatuh terduduk ke, terlentang ke tak de la sakit sangat. Karpet berbulu ke tebal ke suami memang tak minat. Salah satu sebab karpet ni antara penyimpan habuk yang hebat dalam rumah dan boleh sebabkan peredaran udara tercemar dalam rumah. Bukan aku cakap, dengar banyak kali kat WHI, MHI, google lagi..:)
 
So, sebelum jadi kejadian yang bukan-bukan, suami pulak semalam ke Shah Alam atas urusan keje, balik petang tu bawak naik 2 bidang tikar buluh. Terus la bentang atas lantai, ajak Alauddin main bawah je.
 
Mula-mula Alauddin ralit main tikar tu, duk belek-belek. Aku ngan suami duk pikir pe la nak bagi dia tertarik nak amik kan. Aku letak bola pool tu berlambak depan dia. Pastu bila dia berdiri, tunjuk bola depan mata dia, umpan suruh dia datang amik.
 
Mula-mula wat jarak pendek je, nampak kaki cam nak angkat, sambil tangan hulur nak ambil bola tu. Aku agah suh datang ambil sambil suami duk ayat Alauddin juga. Riuh la kejap rumah. Bila dia angkat kaki, tengok tak jatuh, cuma terhuyung hayang jap nak imbang badan, datanglah berani dia kan.
 
Dapat bola, baling lepas tu aku kutip tunjuk balik depan dia, laju dah dia angkat kaki. Tak de teragak-agak. Punye la melompat-lompat mama abah dia kan. Macam bebudak pun ada. Paling seronok abah la, siap cakap lepas ni gi Tesco tak yah la abah dukung dah..yes!!! Abah ko memang cam tuh nak!! Tu belum abah ko bangga sebab tikar baru abah, Alauddin boeh berjalan..senget dah abah ko tu..hoho..
 
So, bangun pagi ni, terus lah letak die atas tikar tu, apalagi..terus la mengenek-ngenek kan. Rasa cam senang sikit nak uruskan kerja rumah sebab dia ralit main kat tikar je, bila keluar sikit, aku cakap suruh main atas tikar. Dia cam paham je aku marah kan dia main atas lantai, dia naik balik atas tikar.
 
So, bila duk dapur memasak, just jeling-jeling je la tengok dia pergi mana kan. Tapi setakat ni terkawal la. Kang kalau dah expert jalannya, tak tahu la aku ke mana pula talanye kan..ada main nyorok-nyorok plak dalam rumah yang tak seberapa beso ni..hihi
 
Meh layan video Alauddin bertatih ni....
 
video
 
video
 
OK....bye :)
 
 
 

Friday, October 19, 2012

Rindu Kawan Baik

Assalamualaikum

Kawan baik memang aku tak ramai. Tak sampai pun 5 orang. Memang tak ramai kawan baik dan tak minat nak ramai sebab yang serasi pun payah nak jumpa.  

Yang baik ni memang betul-betul baik. Kami tak de istilah mengata belakang memuji depan. Kami kalau menegur yang salah depan muka, tak de simpan 3 4 tahun nanti. Terima tak terima belakang kira. Janji apa yang nak ditegur dah diluahkan.

Ada ketika memang kami bergaduh, tapi jenis berdebat tak ingat la. Kami tak gaduh ngata ko bodoh bangang ke apa, tapi lebih kepada penyampaian hujah yang jitu demi membuktikan perlakuan masing-masing adalah terbaik dan semestinya tidak salah.

Macam-macam perkara kami debat dan hujahkan. Perihal keluarga, kasih sayang yang tak kesampaian, putus cinta, minat kat pakwe orang, cam ne nak tackle or tarik perhatian secret admirer, keluarga mengongkong, mak ayah strict gile, pilih kasih antara adik beradik......banyak giler arrr isunye pun..adoyaiiiinyepun

Selalunya sesi kami akan berakhir dengan hepi ending dan jarang sangatlah bermasam muka, tak bertegur sapa berhari-hari memang tak de la. Kami mempunyai banyak persamaan antaranya tidak reti nak ambil hati, tak suka nak feeling lebih, terasa lebih, sentap melampau sorang-sorang dan tak minat nak simpan dalam hati. Best kan bila de geng macam tu, semua isu diterima dengan hati yang terbuka. Barulah semua perkara dapat dikongsi bersama dengan terbukanya.
 
Salah seorang kawan baik aku yang memang aku sayang sangat-sangat, namanyaMarianor Jamaluddin. Kenal 5 tahun lepas semasa sama-sama menuntut ilmu di Shah Alam. Sangat humble dan manja orangnya, tapi dalam masa yang tegas jika terasa diri diperkotak katikkan. Bila masing-masing dah grade tahun 2008, kami terpisah di situ. Lama kami tak berjumpa dan bertentang mata. Maklumlah sedang sibuk mengatur kehidupan dalam alam pekerjaan. Hanya sms dan calling je pengubat rindu antara kami. Tapi sembang tetap bergegar!! hohoho
 
Sehinggalah kami berjumpa semula di majlis perkahwinan aku di Putrajaya. Asalnya aku ingin dia datang di rumah aku kat Manjung, sebab kat Putrajaya majlis sebelah suami. Tapi dia mengatakan dia tiada cuti pada hari itu. Maklumlah, orang kerja bank, sabtu pun kerja kan..So, aku memang tak suka nak paksa kawan-kawan baik aku semata-mata nak datang wedding aku, sebab kami amat memahami antara 1 sama lain :)
 
So, berjumpa di majlis perkahwinan seperti biasa ada kekangan waktunya. Walaupun dapat berjumpa sekejap je, tapi memang aku sangat-sangat hargai kedatangan dia bersama pasangannya..Sempat die perkenalkan cik abangnya pada aku..huhu..Sebelum ni just bersembang dalam phone je hatinya sudah dicuri orang.
 
Apa yang paling bahagia apabila bersama dengan kawan baik? Pada aku bila apa-apa sahaja perkara baru yang berlaku, kejadian sedih atau gembira, kawan baik kita akan cerita pada kita dulu, kiranya kita orang pertama yang tahu selepas famili dia. Rasa yang kita adalah sebahagian dari hidup dia kan. Begitulah kami. Setiap kali dia beritahu sesuatu, dia akan cakap, "Cah, jangan cerita kat kawan-kawan lain ye, ko orang 1st yang aku cerita..hihi". Kami memang menjaga rahsia sesama kami :)
 
Sama lah juga aku. Kalau ada pe-pe nak ngadu or nak gosip, aku akan cari dia dulu. Minta pemdapat, nasihat, kata-kata peransang dan macam-macam. Sebab antara kami tiada rasa nak jatuhkan sesama sendiri, tiada nak bangga diri, tiada nak cerita yang hidup aku ok hidup tak best...TAK DE..kami sangat-sangat ikhlas dan menghargai segala yang kami kongsikan bersama.
 
Memang ada sesetengah pendapat yang agak berbeza antara kami berkaitan kehidupan masing-masing. Tapi kami tetap menyokong antara 1 sama lain. Tu yang buat kami serasi. Sekarang kami sama-sama dah menjadi isteri. Kawan aku baru kahwin bulan 6 ari tu, masa cuti sekolah. Tapi aku ada hal yang tak dapat dielakkan. Majlisnya di Kuala Kangsar pun aku tak dapat datang, esoknya majlis belah suaminya di Sabak Bernam juga aku tak dapat datang. Lagipun memang aku tiada di Kuala Selangor ketika itu.
 
Tapi yang bagusnya persahabatan kami, memang dia tak menyimpan perasaan marah atau kecewa sebab aku tak datang. Tu sebab kami kata kami saling memahami sebab dia memahami keadaan aku yang tak dapat hadir pada majlis kahwinnya. Kalau orang lain de sampai perli-perli, ungkit-ungkit, tak nak bertegur sapa hanya sebab perkara sebegini. Bukan tak boleh jumpa kemudian hari kan, melainkan kalau salah sorang mati dulu, memang tak da jodohlah nak jumpa kan..
 
Selepas dia diijabkabulkan, walaupun aku tiada bersamanya,  dia tak lupa nak sms aku perasaannya selepas bergelar seorang isteri. Teringat gelagat aku 2 tahun yang lepas, berkongsi perasaan yang sama seperti dirinya. Kini dah 4 bulan menjalani kehidupan sebagai seorang isteri, dirinya masih tetap seperti dulu. Kalau dulu asyik sms @ calling je kan, sekarang kan dah ada macam-macam applikasi kat phone, so kami berwhatsapp je. Kan senang, lagipun tak melibatkan kos yang banyak, so tak de lah alasan kredit abis la yangggg...hoho
 
Kami bernasib baik kerana suami masing-masing merestui hubungan rapat kami. Bila suami nampak aku sentiasa berbalas whatsapp dengan seseorang, suami tanya siapa, aku cakap Maria ni sambil senyum, suami ok je. Di pihak Maria juga begitu, malah kadang-kadang mereka pula menyibuk nak tahu pe yang kami berdua sembangkan...haha..takut la tu kan kami mengumpat deme kan...jangan riso..kami sayang suami kami..huhu..
 
Kadang-kadang kami berwhatsapp sehingga larut malam, selagi mata belum lelap, selagi bateri henpon masih bertahan. Suami masing-masing dah lelap tapi jari kami tetap laju berborak. Ada masanya berhenti seketika untuk solat, makan, mandi, kalau aku nak tidurkan anak, suap makan anak, mandi anak, layan anak kejap, selesai semua kami bersambung siaran lagi..hihi..
 
Ada orang cakap pe guna ada kawan kalau nak berjumpa pun susah. Tapi kami tak pegang kata-kata itu sebab pada kami bila status hidup sudah berubah, kita bukan hanya mengikut kata hati, tetapi kata suami juga dan kata-kata pihak lain. Kami tak pernah berjanji untuk berjumpa di hujung minggu atau apabila salah seorang datang ke tempat terdekat tempat tinggal kami, sebab masing-masing de urusan khas yang lebih penting dan kami tak mahu kerana janji ada perkara lain yang terlepas pandang dan menjadi satu masalah lain sama ada kecil atau besar.
 
Ada masanya kami perlukan masa yang berkualiti bersama keluarga, seperti kawan aku yang suami isteri memang bekerja dan kawan aku rutinnya sampai ke rumah dalam jam 8 malam cam tu, dan bekerja 6 hari seminggu. So, bila hujung minggu of course dia nak bersama-sama dengan suami menghabiskan masa berkualiti sebanyak yang boleh. Begitu juga aku. Jadi di sini sudah cukup membuatkan kami lebih menghargai dan menghormati cara hidup masing-masing.
 
Cuma kami sentiasa berharap kami akan berjumpa di suatu masa yang telah ditetapkan oleh Allah Taala. Berjumpa semula untuk menghurai rasa rindu di hati. Untuk terus berkongsi rasa secara mata bertentang mata. InsyaAllah akan tiba masa itu. Ketika ini bersyukurlah kami masih boleh mendengar suara masing-masing hanya melalui telefon. Masing-masing penguat dan pendorong sesama sendiri.
 
Ayat selalu kami utarakan ketika berborak "Cah, ko windu aku tak??"
"Windu gile kat ko Maria...:)"
"Ko windu aku tak Maria?"
"Windu sangat2" (^^,)
 
Sayang dan rindu kamu sangat-sangat Marianor Jamaluddin...:))
 
 
Perjumpaan terakhir kami semasa majlis perkahwinan aku.
Rindu segala yang ada pada kamu :)
Semoga ada rezeki kita untuk berjumpa ya...
 
 
 

Saturday, October 6, 2012

Suami Hilang GAGAH Bila......

Assalamualaikum

Lelaki khususnya SUAMI hilang GAGAH bila :

1. Suami masuk kedai mamak, sambar paper, cari meja, duduk, buka papaer, baca sambil ketuk kunci kereta atas meja...Masuk isteri dukung baby, tangan kiri kelek anak umur 3 4 tahun sambil mulut pot pet pot pet bising tak bagi anak usik sana usik sini...suami duk jeling je peh tu sambung baca paper......

2. Makan kat McD @ KFC tapi suruh isteri pi kat kaunter siap bawak anak atas dukung, bayar keluar duit dari dompet isteri.....wallah!!!

3. Shopping baju anak beranak, tengah duk seronok shopping tetiba anak bantai meragam, suami pula suruh isteri bawak anak keluar sebab meraung 1 mall gegar, peh tu dia duk sambung shooping barang dia...baikkkk punye!!

4. Kat stesen minyak, isteri terkial-kial bawak duit ka dompet ka sambil kelek anak, suami bantai suruh isteri bayar kat kaunter....haru!!

5. Lepas  beli barang ka, shopping ka, suami bawak plastik barang dia takpun plastik hak paling ringan sekali, isteri sambil dukung anak boleh bawak berplastik-palstik, siap pimpin tangan anak melintas jalan lagi...bila isteri tak lepas melintas, suami sedap dah duk dalam kereta, on aircond siap..isteri duk kalut masuk anak dalam kereta, susun barang kat bonet...sadis (-_-")

6. Anak berderet, bawak pi jenjalan taman ka, makan kat restaurant ka, lepas tu bila anak jatuh ka, terterap ka, tersembam ka, suami bantai jerkah kat anak, peh tu siap jerkah isteri sekali sebab tak jaga anak....pulok dah...dah tu mu wat gapo abe?????

7. Time makan, suami pulun suap semua dalam mulut, ratah abis kasi kenyang sungguh, padahal isteri sambil suap mult dia bole suap mulut anak 2 3 orang..kenyang sama-sama. Suami kenyang sendawa, keluar kotak rokok....sedut panjang keluar asap bulat-bulat.....

8. Check anak demam kat klinik, suami boleh baik punye lentok atas kerusi menunggu, isteri duk pulun ngadu kat doc, bila anak meragam, panggil suami sebab isteri lenguh dukung anak, haram tak menyahut...geleng nurse nengoknya...ada nyawa lagi ke dok tu??

9. Suami cemuh isteri badan dah tak cantik, lebih sana lebih sini, muka belang sana belang sini, kulit bintit sana jeragat sini, alignment lari bumper senget, TAPI bila isteri minta nak beli supplement, produk kecantikan, pakaian dalaman yang sesuai, suami cakap....ala..buat sendiri ja ikut petua orang dulu-dulu, buat apa nak bazir duit beli semua tu....haiihhhh....ngomel bukan main tapi nak bagi elok kedekut!!!!

10. Orang tanya apa-apa pasal anak, suka main apa, dah pandai apa, dah berapa bulan, bagi makan apa, dah cucuk ka, bila jumpa doc ka, meragam ka tak, tterkebil-kebil muka suami nak jawab...peh tu tanya isteri "anak pandai pe dah? awak suap dia makan apa? bila last pi klinik? eh, dia jaga malam ka??? Pelik la hang ni...hang ni dah kawin ka perasan bujang lagi??????

Itu antara situasi yang kerap aku tengok dan lihat depan mata aku. Bukan semua suami macam tu, hanya segelintir je. Tapi yang segelintir ni la yang betul-betul buat aku rasa hilang kegagahan dan keheroan seorang suami tu. 

Tapi bila tengok ada suami yang prihatin, baik dan lemah lembut jaga anak isteri dia, rasa seronok pula. Terasa macam hebak arr mu abe..gagoh abe!!!

Tapi aku bersyukur sebab abah aku tiada sikap rupe itu. Habis semua anak abah yang ulang alik bawak melintas jalan, kalau hujan pun, abah yang usung berkali-kali bawak masuk van, maklumlah...anak ramai...kalau shopping abah pimpin, dukung, bawak yang kecik-kecik pi makan eskem sampai mak siap shopping...sekali shopping baju sekolah ka, baju raya ka, semua anak mak beli sekali harung..senang lepas tu tak kuar beli dah...huhuhu

Setakat ni suami pun tak da sindrom-sindrom seperti di atas, dan aku sentiasa la berdoa suami aku tidak ada sikap macam tu. Suami isteri kene saling bantu membantu, tolenrasi, dan belas kasihan. Bak kata pepatah aku " Berat abang pikul, ringan meh ayang jinjing"....Ha....gitu lah..insyaAllah bahagia....:)

Thursday, October 4, 2012

Ikan Siakap Masak Steam Masam Pedas

Assalamualaikum

Beberapa minggu kebelakangan ni, suke beno aku makan ikan siakap. Tak tahu lah kenapa. Asal bawak pegi beli barang dapur je, mesti aku jenguk ada tak ikan siakap kat bahagian basah Pasaraya Tesco nun. Kalau ada, memang confirm aku beli 2 3 ekor, dapat yang besar sedap la kan, makan sekor sehari cukup lah..:)

Menu yang memang feveret aku kalau masak ikan siakap ni masak steam masam pedas la. Aku pernah tengak rancangan Dapur Nyonya tu, keturunan Baba Nyonya ni memang terkenal dengan masakan berasakan cili kering. So, cara deme buat ikan siakap steam ni lain sikit dari yang biasa aku makan dan tengok la. So, aku rasa nak mencuba la tapi aku tambah bahan lain ikut selera aku...:)
 
Moh la aku share resipi cara aku ye...pada aku rasanya sedap la kalau letak cukup garam perasa bagainya..InsyaAllah..:)
 
Ikan Siakap Masak Steam Masam Pedas
 
Bahan-bahan Asas:
 
Ikan Siakap
Halia
Bawang Putih
Bawang Besar
Serbuk Lada Hitam
Cili Api
 
Bahan Tambahan:
 
Serbuk Kunyit
Serbuk cili
Serbuk Jintan Manis
Serbuk Ketumbar
Biji Sawi
Tomato
Belimbing Buloh 
Daun Limau Purut
Serai
(terpulang nak letak semua bahan tambahan di atas atau nak letakkan yang kome suke aje)
 
 
1. Bersihkan ikan siakap kome. Pastikan sisik semua memang udoh cabut ye. Dapat yang muat sekor dalam periuk kome lagi lawa tapi jangan lupa kelar-kelarkan badan ikan tu supaya rasa serbuk-serbuk tu semua meresap ke isi ikan, masak pun cepat..:)
Tapi kalau tak muat periuk kome, belah la 2 macam aku buat ni.
 
2. Lepas tu lumurkan ikan siakap dengan serbuk kunyit, serbuk cili, serbuk lada hitam, serbuk jintan manis dan serbuk ketumbar. Tabur sikit garam dan perasa ye. Ratakan kat celah-celah kelar tadi, bahagian dalam kat insang tu, supaya rasa dia lebih dramatik..hoho. Siap lumur letakkan ikan elok-elok dalam periuk.
 
3. Rencik halia dengan bawang besar, tabur aats ikan. Aku sangat suka makanan yang berasaskan halia. Kalau kome macam aku juga, lebihkanlah halia tu pun tak pe, rasa dia lagi sedap lepas tu memang kome akan buang angin je la kerojenye lepas makan tu...baguihh kan..:)
 
4. Bawang putih aku buang kulit je, masukkan seketul macam tu, tak perlu rencik. Bawang putih juga elok untuk badan orang pompuan kan, letakkan la dalam 3 ulas cenggitu. Cili api pula kalau yang suka letak sebiji sebiji pun boleh. Aku potong dua cili api, kuat makan pedas cam aku letakkan la dalam 15 bji cili api..baru terangakat ye dokkk!!
 
5. Lepas tu potong tomato, 2 biji cukup lah, belah 2 belimbing buloh, ketuk 2 batang serai, campak dalam periuk kome. Tabur sikit biji sawi. Curah sikit air ikut tepi periuk ye, jangan pulak curah atas ikan, turun le rencah-rencah yang dah salut kat badan ikan kome tu..
 
 

 
6. Boleh la tenggek atas api. Tapi gunalak api sederhana aje..tutup periuk kome..Lagi elok guna periuk yang tutupnya jernih tu..senang nak nengok dah masak ke belum kan..
 
7. Bila nampak dah gelegak perlahan cam tu, nampak tomato separa layu, baru masukkan daun limau purut, koyakkan sikit daunnya, tabur je la..rasa sikit, kalau kurang rasa sedap, tambah apa patut, kalau rasa dah sedap, tunggu je la ikan kome masak sepenuhnya..
 
8. Petua orang tua kalau nak tahu ikan dah masak ke belum, tengok biji matanya, kalau dah timbul putih tu, tandanya dah masak la. Seeloknya timbul je biji matanya, tutup terus apinya, biar ikan tu masak sepenuhnya dengan keadaan periuk masih tertutup.
 
9. Dalam 10 - 15 minit gitu, readylah untuk dimakan dah...kuah ikan tu bole buat hirup sambil makan nasi tu..confirm terangkat!!!!
 
 
Simple je kan..tak sampai setengah jam dah boleh bersila makan dah..:) Tapi jangan lupa pulok masak nasi..kang masak lauk beria lupe pulok tenggek nasi...haru!!!
 

Wednesday, October 3, 2012

Saya Dah....Anda Bila Lagi? :)


Assalamualaikum

Ok, previous entry aku share info pasal Ujian Pap Smear kan. So enrty kali ni aku nak share pengalaman aku menjalani ujian ni. Ujian ni biasa je sebenarnya tapi disebabkan ada cerita di sebalik cerita dan halangan-halangan tertentu, Alauddin dah 10 bulan baru lah terlaksana ujian ni.
 
Dah tahu serba sikit pasal Pap Smear barulah boleh share pengalaman sendiri ye dakk..huhu..Sebenarnya kebetulan aje aku tetiba terasa nak buat ujian ni. Asalnya semalam adalah monthly check up Alauddin untuk 10 bulan dan check up aku sebab aku ambil pil perancang. Suami kata pegi petang la sebab kurang orang sikit. Memang rezeki akulah kan, lagipun servis kat KK kuala selangor ni memang tip top!! Tak perlu menunggu berejam-jam pun.

Dalam 20 minit, siap la semuanya...tengah duk borak dengan nurse yang layan aku tu, aku cakap la kt dia aku nak buat Ujian Pap Smear hari ni boleh ke...Laju je nurse tu cakap BOLEH AJE....sambil tersenyum...Aku sempat tanya, awat lebaq sangat senyum tu...dia cakap sebabnya aku dengan sendirinya nak buat ujian ni tanpa ditanya, dipaksa atau diingat berulang kali. Huhuhuhu...Nurse tu cakap kebanyakan wanita memang payah la bila kita suh wat ujian ni, duk pikir takut la, sakit la...macam-macam la...padahal hapa pun tak dak!!! Semangat nurse ni bersyarah..teruja aku..heh!

So, selepas bersoal jawab segala, ternyata aku memenuhi syarat-syarat untuk membolehkan aku menjalankan ujian itu pada semalamnya. Aku memang dah plan awal-awal nak buat masa bawa Alauddin check up tu sebabnya dah lama dah tertundanya niat aku ni.

Ingat lagi masa kat wad bersalin tu, hari ke-5 selepas bersalin, aku dah boleh balik rumah, ada nurse ni pesan selepas 6 bulan nanti jangan lupa jalani ujian Pap Smear ye...Aku pun semangat la jawab..baik nurse....sengih2 lagi..
 
Genap 6 bulan usia Alauddin, aku tanya nurse pasal ujian pap smear ni. So nurse ni soal jawab la dengan aku. Cek tarikh last period, rupanya aku dah lebih 20 hari dari hari akhir last period aku, so dah tak boleh buat. Kene tunggu next period, then kira 10 hari selepas period. Kiraan dimulakan pada hari terakhir period kita, means lepas mandi wajib tu la. Make sure hari yang betul-betul kering darah dan tiada darah setitik pun turun selepas itu.
 
So, postponed la pulak...Tiba next check up Alauddin, aku tanya lagi nurse nak buat ujian Pap Smear ni. Dah bersoal jawab bagai, lulus semua means bolehlah menjalani ujian tersebut. Tapi tengah duk tunggu nurse tu menyiapkan barang segala, aku terasa sesuatu yang tak selesa pada seluar kecik aku. Tapi dengan penuh yakin aku cakap bukan period kot..takkan period kan..Tapi kalau ikutkan tarikh memang tarikh period aku dan memang bulan tu belum period lagi plus bulan lepas period lewat sedikit tapi sekejap aje, dalam 3 hari je. So, aku rileks je la nunggu nurse panggil nama.
 
Bila nurse panggil nama, aku masuk bilik rawatan. Masa bangun ni dah terasa hangat dan semacam basah je kat seluar kecik tu..Hahhh sudah..Tengok nurse dah ready bagainya, nunggu aku baring je ni...Nurse pun bagi kain untuk aku salin seluar. Apalagi, terus cek la kan..memang sah la...aku terkelip-kelip la mandang muka nurse tu..nurse tu tanya..ngape kak..Aku cakap udoh basah la pulok...bantai gelak la aku dengan nurse ni, siap nurse sebelah bilik pun join gelak!! Laki aku lagi jahat gelaknya sebab nengok ke bini yang semangat sekali ke lautt..Haru betuii la..Tapi yang kesiannya barang-barang untuk ujian ni kene buang dalam tong la sebabnya dah dibuka dari plastik dan tak boleh terdedah dengan udara secara langsung. Punoh dah harapan dan semangat aku...huhu
 
Ha..balik pada main story...semalam, bawak Alauddin check up 10 bulan, semangat aku datang balik. Kali ni memang aku dah pastikan segala syarat aku dah penuhi. Suami pulak memang tak de mesyuarat lepas tu tak keluar mana-mana, lagi la semangat aku. Masuk je bilik rawatan tu, ready apa yang patut..Alat muncung itik yang orang pompuan duk takut beno tu tak de la aku risokan sebabnya masa cek bukaan rahim dulu alat tu juga yang digunakan doktor yang rawat aku.

Tak sampai 5 minit, selesailah urusan mengambil sel-sel kat pangkal rahim aku...nurse tu kata dah siapppp!!..Hihi..macam order burger bako pulok..Apa yang aku rasa???? Seronok sangat-sangat sebab dah buat ujian tapi dalam masa yang sama berdebar nak tahu result ujian tu. Lama juga nak dapatkan resultnya, dalam 2 bulan macam tu. Tak pe la..doa-doa lah keputusannya nanti ok dan sel-sel abnormal tak de la dalam rahim aku ni..

Tetiba terasa lapo perut...ikan siakap masak steam semalam ada sikit lagi..jom makan petang..Orang lain makan petang kudap-kudapan..tapi ko esah makan nasi!!

Jap lagi nak buat pisang goreng....tapi ada rasa macam nak makan cucur jagung juga...melayan perut yang tak sudah-sudah!! Bye :)
 

Ujian PAP SMEAR Langkah Pencegahan Kanser Pangkal Rahim / Kanser Serviks


Assalamualaikum

Sudahkan anda para wanita sekalian menjalani ujian Pap Smear? Ok, sebelum itu meh nak share sikit info berkaitan Pap Smear ye.

Apa itu Ujian Pap Smear?
Ujian Pap Smear ialah kaedah yang dilakukan untuk memeriksa sel-sel yang diambil daripada serviks. Tujuan utama Ujian Pap Smear ini ialah untuk mencari perubahan sel abnormal (sel yang tidak normal) yang boleh timbul daripada kanser serviks atau sebelum ia merebak.
 
Tetapi ujian ini tidak mengesahkan sama ada seseorang itu menghidap penyakit kanser tersebut. Ia hanyalah sebagai ujian screening atau penapis. Ujian ini berdasarkan di atas pemeriksaan sel-sel yang diambil contohya dari pangkal rahim.
 
Jika Pap Smear itu negatif,ini adalah berita baik. Tetapi jika keputusan abnormal atau luar biasa,beberapa ujian lain seperti biopsy of cervix perlu dilakukan untuk mengesahkan ada atau tidaknya kanser pangkal rahim. Biopsy adalah pengambilan secebis tisu yang disyaki kanser dari pangkal rahim dan kemudian dikaji sel-selnya dengan inikroskop oleh pakar kaji tisu (histo-pathologist).
 
Siapa Yang Perlu Jalani Ujian Pap Smear?
Garis panduan am pada masa ini mengesyorkan golongan wanita patut mengambil ujian Pap Smear paling kurang setiap tiga tahun, bermula kira-kira tiga tahun selepas mereka mula mengadakan hubungan seks.
 
Pakar mengesyorkan mereka menunggu lebih kurang tiga tahun selepas bermulanya aktiviti seks bagi mengelak rawatan berlebihan untuk perubahan biasa dan keabnormalan yang bersifat sementara. Adalah selamat untuk menunggu selama tiga tahun, kerana kanser servik merebak dengan perlahan. Kanser serviks sangat jarang berlaku di kalangan wanita yang berumur di bawah 25 tahun.
Bagi wanita yang telah menjalani histerektomi (pembedahan untuk membuang uterus dan serviks) TIDAK PERLU mengambil ujian Pap Smear, melainkan pembedahan dibuat sebagai rawatan untuk prakanser atau kanser.

Kekerapan Ujian
Jika seseorang wanita telah menjalani ujian Pap Smear dan didapati negatif,ia hanya perlu mengulang ujian tersebut tiga tahun sekali.Namun begitu,ada baiknya bagi menjalani ujian ini setahun sekali.
 
Wanita yang berumur 65 hingga 70 tahun yang telah menjalani sekurang-kurangnya tiga ujian Pap Smear yang normal dan tidak pernah menjalani ujian Pap Smear abnormal dalam tempoh 10 tahun lalu boleh membuat keputusan untuk berhenti melakukan ujian Pap Smear selepas berunding dengan doktor mereka.
 
Syarat Utama Sebelum Menjalani Ujian Pap Smear
Seseorang wanita mesti mengambil ujian ini apabila tidak didatangi haid; waktu yang terbaik ialah antara 10 dan 20 hari selepas hari pertama pada akhir tempoh datang haid.
Untuk lebih kurang dua hari sebelum ujian, seseorang wanita sepatutnya mengelak membasuh kemaluan dengan cecair khas atau menggunakan ubat vagina atau buih, krim atau jeli pembasmi sperma (kecuali mengikut arahan doktor). Bahan-bahan tersebut mungkin menghilangkan sel-sel abnormal.
 
Seseorang wanita itu juga perlu memastikan tiada berlaku hubungan kelamin atau persetubuhan dalam tempoh 3 hari sebelum menjalani ujian Pap Smear ini. Ini bagi mengelakkan cairan dari sperma yang masih ada di kawasan pangkal rahim yang boleh menggangu kewujudan sel-sel abnormal dan keputusan yang bakal diperolehi juga tidak tepat.

Apakah Yang Berlaku Sewaktu Ujian Pap Smear?
Doktor akan memasukkan sejenis alat besi(atau plastik)kecil yang dipanggil spekulum kedalam faraj dan membukanya dengan cermat bagi melihat serviks. Sejenis alat sudip (alat kayu yang tumpul)yang dipanggil spatula digunakan untuk mengikis dengan perlahan permukaan rahim untuk mengambil campuran sel dan cairan di bahagian pangkal rahim.

Spekulum dan saptula kemudian dikeluarkan dan ujian tersebut selesai. Campuran tersebut dilumuri atas sekeping slaid kaca dan dirawat khas supaya boleh diperiksa dengan mikroskop.

Bagaimana Kanser Dapat Dikesan Daripada Smear Ini?
Selepas diwarnakan dengan warna-warna yang khas (stainning) pada smear ini, pemeriksaan di bawah mikroskop perlu di buat dan sel-sel kanser akan dapat dilihat. Pemeriksaan ini dilakukan oleh juruteknik kajisel yang terlatih dan pap smear yang luar biasa akan disemak dan dikaji dengan teliti oleh doktor pakar kajisel.
 
 
Ok, dah tahu serba sikit pasal Pap Smear kan..Next entry aku share pulak kisah aku menjalani ujian ni ye..As-salam..:)
 

Monday, October 1, 2012

Keluh Kesah Belanjawan 2013

Assalamualaikum

Macam-macam keluh kesah rakyat Malaysia pelbagai bangsa, jantina dan latar belakang kerja baik kat tv, facebook,twiter, blog dan sebagainya selepas PM selesai membentangkan Belanjawan 2013. Ada yang mengucapkan syukur Alhamdulillah, rezeki untuk keluarga dan anak-anak...Ada yang mengeluh boleh la..ok la..dari tak dapat apa kan..Ada juga yang memperlekehkan ek eleh..itu  je boleh bagi...Ada juga yang merungut kenapa penjawat awam je dapat bonus, kami swasta tak pernah dapat pun....dan macam-macam lagi la...

Tapi yang pada aku memberi impak besar adalah pemberian diskaun kepada peminjam dana PTPTN yang dapat menyelesaikan hutang sebelum September 2013 sebanyak 20% manakala kepada yang konsistent bayar tiap-tiap bulan diskaun sebanyak 10% diberikan. Boleh tahan juga pengurangan tersebut bila dikira semula. Ingatkan nak hapuskan interest PTPTN tu kan...:)

Tapi yang paling sedih bab kakitangan awam dapat bonus sebulan setengah gaji tu. Seperti 2 tahun kebelakangan ini, setiap kali bonus untuk penjawat awam diumumkan, cakap-cakap belakang yang mempertikaikan pemberian itu mesti akan lantang bersuara menegakkan keadilan. Confirm dia bekerja di sektor swasta kan...:)

Lepas tu mesti ada drama yang kata ala...kakitangan swasta tak yah bagi bonus pun tak pe, sebab gaji pun tinggi, lepas tu kalau company umum bonus bukan sebulan ke 2 bulan gaji, bonus setahun gaji pun ada juga!! Tapi tak semua yang bekerja di sektor swasta merasa bonus ye..TAK SEMUA..aku ada juga kawan-kawan yang bekerja dengan swasta, gaji ada yang cukup-cukup makan tapi workload yang sangat banyak, stress dengan persekitaran dan layanan dari top management yang amat menjengkelkan (biasa yang bekerja dengan chinese company), waktu bekerja yang tak fleksibel dengan cuti tahunan yang ciput, minta cuti kedekut taik hidung masin tapi gaji takat tu je lepas tu bonus harammmmm...yang ni memang kesian kan...so mereka inilah yang perlukan perhatian dan sedikit pembelaan dari pihak-pihak yang berkenaan...

Begitulah lumrah manusia kan..termasuklah aku..tapi aku tak de la mengeluh mende pun sebab aku bukan penjawat awam hatta kakitangan swasta pun bukan. Aku duk rumah aje...tapi ingat tadi masa PM sebut pasal wanita kot-kot nak umum elaun untuk surirumah ke kan...mana lah tahu dapat juga kan....kekekeke...

Tapi sektor swasta tak semua bergaji mewah dan berbonus besar. Nak merasa gaji besar kerja la kat bank ke, company nama besar ke, company yang memang gah seantero dunia ke, memang confirm bonus juga besar. Macam sepupu aku kerja bank, sekali dapat bonus setahun gaji..cecah RM40,000 ok!! Dah boleh buat majlis kahwin mewah dah..:)

Kawan aku juga kerja dengan Islamic Bank, baru kerja kebetulan bank umum bonus, merasa juga 6 bulan gaji, terus settle bahagian hantaran dengan pelamin bagai kan..kerlasss ko maria...huhu..Dulu masa aku bekerja di sektor swasta tak pernah la merasa bonus pun..lagipun den sodar la company den bukan bosar mano punnn...tapi selesa la dengan gaji yang diberi sebab den bolum kawin laiee masa tu..merasa lah nikmat shopping, buat simpanan sikit-sikit, bagi famili, adik-adik bagainya...

Lepas tu aku kerja denga  kerajaan pula. Time tu Pak Lah jadi PM...permulaan bonus diperkenalkan RM500 tu...merasa la juga walaupun separuh dari bonus sebabnya aku baru bekerja tak cukup setahun so deme kira ikut berapa bulan aku kerja sebab aku kerja sebagai pekerja kontrak sahaja...tapi tetap la bersyukur sebab aku memang bajet pekerja kontrak tak dapat kot bonus tu...rupanya tak terpinggir la juga..Merasalah 2 kali bonus sepanjang bekerja sebagai kakitangan kerajaan yang berstatus kontrak...lepas kahwin jadi PA je la kat rumah..hohoho..:)

Jadi apa yang telah dibentangkan dalam Budget 2013 tu rasanya dah merangkumi semua pihak kot walaupun ada juga bahagian lain yang tidak disentuh oleh PM. Tapi biasa lah cakap-cakap belakang yang tidak puas hati tu..mana-mana pun ada situasi macam ni. Kenduri kawin orang pun kita boleh komplen itu ini inikan pula Belanjawan kannnnnn...

Jadi yang keje gomen belajar la bersyukur dan pandang la kepada insan-insan yang bekerja di sektor swasta yang cukup-cukup makan ni je, yang TAK PERNAH merasa langsung nikmat BONUS tu ye. Manakala yang kerja swasta yang merasa gaji besor dari pegawai gomen tu tambah pula bonus berbulan-bulan gaji sekali dapat tak payah la nak mengepost status yang kome dengki bebeno dengan bonus sebulan setengah gaji tu yang orang gomen dapat (bayo 3 kali kome siap potong KWSP lagi ye) sebabnya time kome dapat bonus tak de sape yang nak bising, time orang kome pulok bisingnye punnnnn...

Bawak-bawak ler beristighfar dan bertafakur kejap..renung balik apa nikmat yang Allah dah bagi selama hidup atas dunia ni...bonus tu ganjaran duniawi je....(pesan kat diri sendiri)..:)