About Me

My photo
Seorang anak sulung kepada pasangan Mohd Yusof Pandak Abdul Rahman dan Hasnah Yusuf. Seorang kakak kepada 9 orang adik-adiknya. Seorang isteri kepada Nasrul Faiz Firdaus. Seorang ibu kepada seorang anak lelaki, Muhammad Alauddin. Seorang suri rumah sepenuh masa dan sepenuh tenaga ('',). Seorang businesswomen kecil-kecilan aje untuk mengisi masa yang terluang. Seorang yang simple dan mudah didekati. Terima kasih sudi menjengah blog saya yang tiada apa ini..
Powered by Blogger.

Friday, October 19, 2012

Rindu Kawan Baik

Assalamualaikum

Kawan baik memang aku tak ramai. Tak sampai pun 5 orang. Memang tak ramai kawan baik dan tak minat nak ramai sebab yang serasi pun payah nak jumpa.  

Yang baik ni memang betul-betul baik. Kami tak de istilah mengata belakang memuji depan. Kami kalau menegur yang salah depan muka, tak de simpan 3 4 tahun nanti. Terima tak terima belakang kira. Janji apa yang nak ditegur dah diluahkan.

Ada ketika memang kami bergaduh, tapi jenis berdebat tak ingat la. Kami tak gaduh ngata ko bodoh bangang ke apa, tapi lebih kepada penyampaian hujah yang jitu demi membuktikan perlakuan masing-masing adalah terbaik dan semestinya tidak salah.

Macam-macam perkara kami debat dan hujahkan. Perihal keluarga, kasih sayang yang tak kesampaian, putus cinta, minat kat pakwe orang, cam ne nak tackle or tarik perhatian secret admirer, keluarga mengongkong, mak ayah strict gile, pilih kasih antara adik beradik......banyak giler arrr isunye pun..adoyaiiiinyepun

Selalunya sesi kami akan berakhir dengan hepi ending dan jarang sangatlah bermasam muka, tak bertegur sapa berhari-hari memang tak de la. Kami mempunyai banyak persamaan antaranya tidak reti nak ambil hati, tak suka nak feeling lebih, terasa lebih, sentap melampau sorang-sorang dan tak minat nak simpan dalam hati. Best kan bila de geng macam tu, semua isu diterima dengan hati yang terbuka. Barulah semua perkara dapat dikongsi bersama dengan terbukanya.
 
Salah seorang kawan baik aku yang memang aku sayang sangat-sangat, namanyaMarianor Jamaluddin. Kenal 5 tahun lepas semasa sama-sama menuntut ilmu di Shah Alam. Sangat humble dan manja orangnya, tapi dalam masa yang tegas jika terasa diri diperkotak katikkan. Bila masing-masing dah grade tahun 2008, kami terpisah di situ. Lama kami tak berjumpa dan bertentang mata. Maklumlah sedang sibuk mengatur kehidupan dalam alam pekerjaan. Hanya sms dan calling je pengubat rindu antara kami. Tapi sembang tetap bergegar!! hohoho
 
Sehinggalah kami berjumpa semula di majlis perkahwinan aku di Putrajaya. Asalnya aku ingin dia datang di rumah aku kat Manjung, sebab kat Putrajaya majlis sebelah suami. Tapi dia mengatakan dia tiada cuti pada hari itu. Maklumlah, orang kerja bank, sabtu pun kerja kan..So, aku memang tak suka nak paksa kawan-kawan baik aku semata-mata nak datang wedding aku, sebab kami amat memahami antara 1 sama lain :)
 
So, berjumpa di majlis perkahwinan seperti biasa ada kekangan waktunya. Walaupun dapat berjumpa sekejap je, tapi memang aku sangat-sangat hargai kedatangan dia bersama pasangannya..Sempat die perkenalkan cik abangnya pada aku..huhu..Sebelum ni just bersembang dalam phone je hatinya sudah dicuri orang.
 
Apa yang paling bahagia apabila bersama dengan kawan baik? Pada aku bila apa-apa sahaja perkara baru yang berlaku, kejadian sedih atau gembira, kawan baik kita akan cerita pada kita dulu, kiranya kita orang pertama yang tahu selepas famili dia. Rasa yang kita adalah sebahagian dari hidup dia kan. Begitulah kami. Setiap kali dia beritahu sesuatu, dia akan cakap, "Cah, jangan cerita kat kawan-kawan lain ye, ko orang 1st yang aku cerita..hihi". Kami memang menjaga rahsia sesama kami :)
 
Sama lah juga aku. Kalau ada pe-pe nak ngadu or nak gosip, aku akan cari dia dulu. Minta pemdapat, nasihat, kata-kata peransang dan macam-macam. Sebab antara kami tiada rasa nak jatuhkan sesama sendiri, tiada nak bangga diri, tiada nak cerita yang hidup aku ok hidup tak best...TAK DE..kami sangat-sangat ikhlas dan menghargai segala yang kami kongsikan bersama.
 
Memang ada sesetengah pendapat yang agak berbeza antara kami berkaitan kehidupan masing-masing. Tapi kami tetap menyokong antara 1 sama lain. Tu yang buat kami serasi. Sekarang kami sama-sama dah menjadi isteri. Kawan aku baru kahwin bulan 6 ari tu, masa cuti sekolah. Tapi aku ada hal yang tak dapat dielakkan. Majlisnya di Kuala Kangsar pun aku tak dapat datang, esoknya majlis belah suaminya di Sabak Bernam juga aku tak dapat datang. Lagipun memang aku tiada di Kuala Selangor ketika itu.
 
Tapi yang bagusnya persahabatan kami, memang dia tak menyimpan perasaan marah atau kecewa sebab aku tak datang. Tu sebab kami kata kami saling memahami sebab dia memahami keadaan aku yang tak dapat hadir pada majlis kahwinnya. Kalau orang lain de sampai perli-perli, ungkit-ungkit, tak nak bertegur sapa hanya sebab perkara sebegini. Bukan tak boleh jumpa kemudian hari kan, melainkan kalau salah sorang mati dulu, memang tak da jodohlah nak jumpa kan..
 
Selepas dia diijabkabulkan, walaupun aku tiada bersamanya,  dia tak lupa nak sms aku perasaannya selepas bergelar seorang isteri. Teringat gelagat aku 2 tahun yang lepas, berkongsi perasaan yang sama seperti dirinya. Kini dah 4 bulan menjalani kehidupan sebagai seorang isteri, dirinya masih tetap seperti dulu. Kalau dulu asyik sms @ calling je kan, sekarang kan dah ada macam-macam applikasi kat phone, so kami berwhatsapp je. Kan senang, lagipun tak melibatkan kos yang banyak, so tak de lah alasan kredit abis la yangggg...hoho
 
Kami bernasib baik kerana suami masing-masing merestui hubungan rapat kami. Bila suami nampak aku sentiasa berbalas whatsapp dengan seseorang, suami tanya siapa, aku cakap Maria ni sambil senyum, suami ok je. Di pihak Maria juga begitu, malah kadang-kadang mereka pula menyibuk nak tahu pe yang kami berdua sembangkan...haha..takut la tu kan kami mengumpat deme kan...jangan riso..kami sayang suami kami..huhu..
 
Kadang-kadang kami berwhatsapp sehingga larut malam, selagi mata belum lelap, selagi bateri henpon masih bertahan. Suami masing-masing dah lelap tapi jari kami tetap laju berborak. Ada masanya berhenti seketika untuk solat, makan, mandi, kalau aku nak tidurkan anak, suap makan anak, mandi anak, layan anak kejap, selesai semua kami bersambung siaran lagi..hihi..
 
Ada orang cakap pe guna ada kawan kalau nak berjumpa pun susah. Tapi kami tak pegang kata-kata itu sebab pada kami bila status hidup sudah berubah, kita bukan hanya mengikut kata hati, tetapi kata suami juga dan kata-kata pihak lain. Kami tak pernah berjanji untuk berjumpa di hujung minggu atau apabila salah seorang datang ke tempat terdekat tempat tinggal kami, sebab masing-masing de urusan khas yang lebih penting dan kami tak mahu kerana janji ada perkara lain yang terlepas pandang dan menjadi satu masalah lain sama ada kecil atau besar.
 
Ada masanya kami perlukan masa yang berkualiti bersama keluarga, seperti kawan aku yang suami isteri memang bekerja dan kawan aku rutinnya sampai ke rumah dalam jam 8 malam cam tu, dan bekerja 6 hari seminggu. So, bila hujung minggu of course dia nak bersama-sama dengan suami menghabiskan masa berkualiti sebanyak yang boleh. Begitu juga aku. Jadi di sini sudah cukup membuatkan kami lebih menghargai dan menghormati cara hidup masing-masing.
 
Cuma kami sentiasa berharap kami akan berjumpa di suatu masa yang telah ditetapkan oleh Allah Taala. Berjumpa semula untuk menghurai rasa rindu di hati. Untuk terus berkongsi rasa secara mata bertentang mata. InsyaAllah akan tiba masa itu. Ketika ini bersyukurlah kami masih boleh mendengar suara masing-masing hanya melalui telefon. Masing-masing penguat dan pendorong sesama sendiri.
 
Ayat selalu kami utarakan ketika berborak "Cah, ko windu aku tak??"
"Windu gile kat ko Maria...:)"
"Ko windu aku tak Maria?"
"Windu sangat2" (^^,)
 
Sayang dan rindu kamu sangat-sangat Marianor Jamaluddin...:))
 
 
Perjumpaan terakhir kami semasa majlis perkahwinan aku.
Rindu segala yang ada pada kamu :)
Semoga ada rezeki kita untuk berjumpa ya...
 
 
 

1 comment: