About Me

My photo
Seorang anak sulung kepada pasangan Mohd Yusof Pandak Abdul Rahman dan Hasnah Yusuf. Seorang kakak kepada 9 orang adik-adiknya. Seorang isteri kepada Nasrul Faiz Firdaus. Seorang ibu kepada seorang anak lelaki, Muhammad Alauddin. Seorang suri rumah sepenuh masa dan sepenuh tenaga ('',). Seorang businesswomen kecil-kecilan aje untuk mengisi masa yang terluang. Seorang yang simple dan mudah didekati. Terima kasih sudi menjengah blog saya yang tiada apa ini..
Powered by Blogger.

Wednesday, October 24, 2012

Susahke Jaga Anak Ni???

Assalamualaikum

Ada beberapa kawan-kawan aku yang tanya mencabar tak menjaga anak kecik? Bila orang tanya begitu kat aku, terutama yang masih belum kahwin, berpikir-pikir jugak lah aku nak menjawabnya.

Bukan apa, jadi mak ni lain orang lain pengalaman dia. Ada yang Allah kurniakan anak yang senang dijaga, ada yang Allah uji dengan anak tu kuat meragam, dari lahir kene bagi perhatian lebih sikit, tak seperti anak-anak orang lain.
 
Tapi bila ada  2 3 orang kawan-kawan yang seangkatan dengan aku, yang duk merungut bila anak meragam tak sudah, duk suka berdukung setiap masa, asyik nak menangis je, aku rasa kesian pun ada. Tapi dalam masa yang sama suruh juga dia jangan merungut sebab takut duk merungut hari-hari jadi doa pulak untuk anak.. Ye la..kalau yang jenis merungut kata anak mengada la, jenis degil la, mak susah nak wat keje la..takut nanti Allah makbul apa yang keluar dari mulut kita, betul pula Allah bagi anak tu susahkan kita kemudian hari..kan haru..huhu
 
Memang, lain budak lain ragam dia. Aku malas nak sentuh pasal perangai mak time mengandung ke, pasal didikan anak ke, pasal perangai mak tu sendiri ke dan lain-lain. Cuma nak share la macam mana aku hadap perangai anak aku sepanjang duk jaga dia 10 bulan lebih ni..

Masa anak dalam pantang, Alhamdulillah senang menjaganya. Menangis jarang, jaga malam pun tidak, orang tua kata senang bela. Sampai jiran-jiran mak aku kata tak serupa orang ada baby, sebab tak dengar nangis.

Dalam umur dia sampai 3 bulan, segala kerja rumah, urusan rumahtangga dapat dijalankan dengan baik. Takda la kerja tertangguh ke, semua siap mengikut masa cumanya time je berubah sikit sebab de anak, dulu tak de anak lagi, boleh la lepas tengah hari baring je ngadap tv kan :)

Bila dah pandai menyusur, mengenal objek, tertarik dengan warna warni, cabaran dia lain sikit. Nak letak lama atas tilam tinggi sikit memang tak boleh dah, de terbalik juga ke lantai kan..meraung pulok.

So, tukar kepada toto pulak, tapi letak 2 lapis takut kalau terbalik ke masa meniarap ke, merangkak ke duduk ke, tak de lah sakit sangat. Setakat ni tak de lah jatuh kuat sangat, sikit-sikit terjerombam tu de la, tu pun dia kelip-kelip pandang aku, pastu wat nohin sambung balik main..:)

Time dah pandai melawat kawasan sekitar rumah ni, banyak la perkara yang berubah. Antaranya waktu masak, waktu nak makan, waktu mandi, dan urusan kerja rumah yang lain. Masa Alauddin dah pandai meniarap, pastikan dia tidur dulu baru aku mandi tengah hari dan petang. Masak pun sama, time dia tidur aku akan bersilat kat dapur, siap cuci barang-barang lepas masak, lap dapur semua. Nanti tak de la kene masuk dapur lagi kan.

Macam vacuum rumah, lap lantai, lipat kain dan sidai kain, aku letak Alauddin dalam walker dan bawa ke mana sahaja aku pergi. Memang aku sentiasa pastikan Alauddin depan mata aku bila dia duduk dalam walker. Aku tak kan tinggal dia dalam walker then pergi mana-mana, riso jatuh kome, bukan apa.

Bagusnya anak aku dia tak takut dengan bunyi-bunyi yang kuat. Lagi lagi suka bunyi-bunyi kuat ni. Kalau aku vacuum umah, dia akan ikut ke mana saja aku pergi, pastu sibuk nak pegang batang vacuum, mulalah bergaduh ngan aku. Orang nak cepat dia nak main pulok. Kalau aku blend cili, Alauddin akan jerit sekkuat hati konon lawan bunyi blender tu, sambil gelak-gelak. Bila aku stop, panggil ma..ma..ma..nak bunyi lagi..bertuah betul

Waktu malam aku gunakan untuk basuh baju dan sidai baju mana yang tak sempat masa siangnya. Lepas tu time nak belek muka ke pe ke malam la jugak. Suami ada lagi senang, ajak Alauddin main aku settlekan apa yang berbaki.

Sekarang dah laju merangkak, dah pandai mengutip, dah pandai nak turun walker, dah pandai panjat playgym, dah pandai bosan dengan mainan sendiri, aku kene ubah lagi jadual kerja rumah aku.

Since Alauddin 4 bulan aku dah libatkan diri dengan biz kecik-kecik aku ni. Mula-mula boleh la uruskan sebab Alauddin masih kecik dan hanya bermain atas tilam atau toto je. Aku boleh layan pm customer, boleh upload pic barang baru, boleh bungkus barang-barang dan sebagainya.

Tapi bila dah makin besar, adakalanya aku buat segala kerja sepantas yang mungkin bila ada masa. Aku memang takkan sia-siakan masa tu. Sebab aku pernah lengahkan waktu dan sudahnya aku yang tersungkur nak siapkan order customer aku bila tiba masa nak pos.

Apa yang aku buat, bangun je pagi siapkan sarapan Alauddin dan iron baju suami. Suami jenis senang diuruskan. Memang sentiasa ada stok capati or roti canai segera, sosej, daging burger dan fries. So biasanya kalau suami nak makan roti canai, malam dah rebus siap kacang dal, bagi sedang-sedang lembut, esok pagi tumis rempah then masak la sampai siap. So sarapan kami begitu je, simple kan. Cuma bila hari minggu baru aku buat nasi lemak, sebab laki aku suka beno makan nasi lemak aku buat..hihi

Since rumah de 4G Portable MiFi Modem, segala urusan berkaitan biz aku lebih mudah. Lepas je suami pergi kerja, aku akan suap anak makan, lepas tu kemas dapur, keluarkan siap-siap barang-barang nak masak yang sejuk beku tu, vacuum rumah, basuh baju, lap lantai, lap habuk-habuk kat rak tv, rak barang-barang semua. Lepas tu mandikan anak, then tidokan dia. Sepanjang waktu ni apa-apa pm @ whatsapp @ email customer aku layan through henpon je. Bila anak dah tido, barulah aku on laptop, so memang membantu sangat modem ni.

Time anak tido, fokus aku pada biz pun bermula. Aku akan check bank akaun, tulis alamat siap-siap kat form, update barang baru, inform barang dah restock, renew ads kat marketing webs, update blog, blogwalking dan chatting2 semua time ni la.

Bila anak dah bangun tidur, aku akan susukan dia secukupnya then bersiap untuk masak lunch pula. Mak aku kata aku jenis buat kerja sangat laju dan mampu buat 2 3 kerja dalam 1 masa. Mungkin sebab aku anak sulung dan dari kecik memang dah didedahkan dengan kerja-kerja rumah dan dapur ni. Jadi sedikit sebanyak membantulah dalam urusan rumahtangga sendiri pula kan.

Bila aku perlu masak 2 3 jenis lauk, aku akan masak 2 lauk serentak. Itu yang biasa aku lakukanlah. Suami nak makan lauk ayam aku nak makan ikan, so aku akan naikkan 2 tu sekaligus sambil mata duk jeling anak, mulut pot pet panggil anak takut dia pergi ke lain. Biasanya kalau masak lauk simple cam goreng-goreng or sambal-sambal ni, tak sampai setengah jam dah siap semua. Tapi kalau menggulai, kari bagai, dalam 45 minit siaplah. Suami jenis makan lauk 1 @ 2 jenis je, tapi aku mesti de ikan, sayur, ulam ke ikan masin ke telur masin ke, pastu sambal belacan ke, sambal limau ke sambal quinin ke, yang penting PEDAS perlu ada..hoho

Selesai masak lunch, tunggu suami balik makan tengah hari, kalau de meeting dia tak balik la sebab dah makan siap, lauk dia akan makan time petang balik kerja. Tumpuan kat anak balik, suapkam dia makan, main kejap dengan dia sambil sidai kain. Time ni kerja rumah banyak dah selesai la. So aku angkut laptop kat ruang tamu layan fb dan biz aku.

Dalam pukul 3 cam tu, biasanya Alauddin nak tido, so aku akan tidokan dia dulu. Kalau ada baju yang banyak lagi nak basuh sebab baru balik kampung or balik dari bercuti kan, aku selesaikan time ni. Lepas tu urusan membungkus barang-barang customer pulak. Semua barang aku susun dalam bilik depan bilik utama iaitu bilik aku. So bila anak tido, packing semua barang dalam plastik poslaju. Cam rocker aku bungkus time ni, tapi kene bungkus kat luar bilik sebab salotape tu kalo tarik mengeluarkan bunyi bingit, boleh mengganggu anak aku nak tido..hoho

Aku memang bersyukur sebab kawasan aku ni dikelilingi dengan variasi servis pos. Poslaju dan skynet express sangat dekat, cuma gdex express kat pekan lama dan kangaroo express kat Sekinchan. Sejak dah join ahli, semua barang diaorg datang collect kat rumah. Cuma poslaju aku hantar sendiri, dalam pukul 6 baru pergi. Dieorang datang collect dalam pukul 5 cam tu, so dapat menjimatkan masa dan tenaga aku selain aku boleh selesaikan urusan biz aku dengan mudah.

Bila urusan mempacking settle, sementara nak menunggu orang datang collect, time ni la aku berehat-rehat, baring-baring dengan anak. Layan drama bagai. Tapi memang bukan jenis aku tido siang, sebab aku memang tak reti. De juga ngantuk tengah duk baring-baring tu, tapi tak maunye lelap mata ni.

Suami balik pukul 6 petang, keluar la pegi poslaju. Selesai yang tu, ari selasa de pasar malam, singgah pasar malam jap. Tak pun ke Tesco ke, Mydin Mart ke, kedai 1Malaysia ke, Speedmart ke cari barang. Kalau tak de pe2, just balik je la ke rumah.

Malam adalah waktu bersantai-santai sahaja. Memang jaranglah aku buat kerja waktu malam. Kalau suami tetibe nak makan sesuatu, petang tu dah beli barang siap, dia akan masak la makan malam tu. Lengkap la siap wat air. Seronok wooo..Pastu layan tv dalam bilik sampai la tido semua. Ada suami senang la sikit aku nak mandi lama sikit ke, nak kemas bilik stok barang-barang biz aku, susun bagi elok-elok je sebab siang tadi dah bawak keluar kan, pastu cek baju kerja suami untuk esok, cek dapur jap, terus  menempek depan tv...gitu je la hari-hari..kalau suami ada program waktu malam, ikutlah suami, kalau tak de, just bersantai, bermain, gelak-gelak je la 3 beranak ni..

Pada aku nak menjaga anak ni memang pada setiap orang lain cabarannya. Yang suri rumah cam aku lain cabarannya, yang bekerja juga lain cabarannya. Cuma yang pastinya ibu yang duduk di rumah atau bekerja masing-masing telah melalui cabaran yang tersendiri. Bila tiba masanya, semua akan lalui cuma dengan cara dan jalan yang berbeza. Ujian dan rezeki tu Allah yang tentukan, kita cuma boleh merancang sahaja :)

Suami tak balik lunch, so masak lewat sikit..haha..nak masak ikan siakap masak tauchu ari ni..choww bebehhh!! (^^,)







 

No comments:

Post a Comment