About Me

My photo
Seorang anak sulung kepada pasangan Mohd Yusof Pandak Abdul Rahman dan Hasnah Yusuf. Seorang kakak kepada 9 orang adik-adiknya. Seorang isteri kepada Nasrul Faiz Firdaus. Seorang ibu kepada seorang anak lelaki, Muhammad Alauddin. Seorang suri rumah sepenuh masa dan sepenuh tenaga ('',). Seorang businesswomen kecil-kecilan aje untuk mengisi masa yang terluang. Seorang yang simple dan mudah didekati. Terima kasih sudi menjengah blog saya yang tiada apa ini..
Powered by Blogger.

Wednesday, October 3, 2012

Ujian PAP SMEAR Langkah Pencegahan Kanser Pangkal Rahim / Kanser Serviks


Assalamualaikum

Sudahkan anda para wanita sekalian menjalani ujian Pap Smear? Ok, sebelum itu meh nak share sikit info berkaitan Pap Smear ye.

Apa itu Ujian Pap Smear?
Ujian Pap Smear ialah kaedah yang dilakukan untuk memeriksa sel-sel yang diambil daripada serviks. Tujuan utama Ujian Pap Smear ini ialah untuk mencari perubahan sel abnormal (sel yang tidak normal) yang boleh timbul daripada kanser serviks atau sebelum ia merebak.
 
Tetapi ujian ini tidak mengesahkan sama ada seseorang itu menghidap penyakit kanser tersebut. Ia hanyalah sebagai ujian screening atau penapis. Ujian ini berdasarkan di atas pemeriksaan sel-sel yang diambil contohya dari pangkal rahim.
 
Jika Pap Smear itu negatif,ini adalah berita baik. Tetapi jika keputusan abnormal atau luar biasa,beberapa ujian lain seperti biopsy of cervix perlu dilakukan untuk mengesahkan ada atau tidaknya kanser pangkal rahim. Biopsy adalah pengambilan secebis tisu yang disyaki kanser dari pangkal rahim dan kemudian dikaji sel-selnya dengan inikroskop oleh pakar kaji tisu (histo-pathologist).
 
Siapa Yang Perlu Jalani Ujian Pap Smear?
Garis panduan am pada masa ini mengesyorkan golongan wanita patut mengambil ujian Pap Smear paling kurang setiap tiga tahun, bermula kira-kira tiga tahun selepas mereka mula mengadakan hubungan seks.
 
Pakar mengesyorkan mereka menunggu lebih kurang tiga tahun selepas bermulanya aktiviti seks bagi mengelak rawatan berlebihan untuk perubahan biasa dan keabnormalan yang bersifat sementara. Adalah selamat untuk menunggu selama tiga tahun, kerana kanser servik merebak dengan perlahan. Kanser serviks sangat jarang berlaku di kalangan wanita yang berumur di bawah 25 tahun.
Bagi wanita yang telah menjalani histerektomi (pembedahan untuk membuang uterus dan serviks) TIDAK PERLU mengambil ujian Pap Smear, melainkan pembedahan dibuat sebagai rawatan untuk prakanser atau kanser.

Kekerapan Ujian
Jika seseorang wanita telah menjalani ujian Pap Smear dan didapati negatif,ia hanya perlu mengulang ujian tersebut tiga tahun sekali.Namun begitu,ada baiknya bagi menjalani ujian ini setahun sekali.
 
Wanita yang berumur 65 hingga 70 tahun yang telah menjalani sekurang-kurangnya tiga ujian Pap Smear yang normal dan tidak pernah menjalani ujian Pap Smear abnormal dalam tempoh 10 tahun lalu boleh membuat keputusan untuk berhenti melakukan ujian Pap Smear selepas berunding dengan doktor mereka.
 
Syarat Utama Sebelum Menjalani Ujian Pap Smear
Seseorang wanita mesti mengambil ujian ini apabila tidak didatangi haid; waktu yang terbaik ialah antara 10 dan 20 hari selepas hari pertama pada akhir tempoh datang haid.
Untuk lebih kurang dua hari sebelum ujian, seseorang wanita sepatutnya mengelak membasuh kemaluan dengan cecair khas atau menggunakan ubat vagina atau buih, krim atau jeli pembasmi sperma (kecuali mengikut arahan doktor). Bahan-bahan tersebut mungkin menghilangkan sel-sel abnormal.
 
Seseorang wanita itu juga perlu memastikan tiada berlaku hubungan kelamin atau persetubuhan dalam tempoh 3 hari sebelum menjalani ujian Pap Smear ini. Ini bagi mengelakkan cairan dari sperma yang masih ada di kawasan pangkal rahim yang boleh menggangu kewujudan sel-sel abnormal dan keputusan yang bakal diperolehi juga tidak tepat.

Apakah Yang Berlaku Sewaktu Ujian Pap Smear?
Doktor akan memasukkan sejenis alat besi(atau plastik)kecil yang dipanggil spekulum kedalam faraj dan membukanya dengan cermat bagi melihat serviks. Sejenis alat sudip (alat kayu yang tumpul)yang dipanggil spatula digunakan untuk mengikis dengan perlahan permukaan rahim untuk mengambil campuran sel dan cairan di bahagian pangkal rahim.

Spekulum dan saptula kemudian dikeluarkan dan ujian tersebut selesai. Campuran tersebut dilumuri atas sekeping slaid kaca dan dirawat khas supaya boleh diperiksa dengan mikroskop.

Bagaimana Kanser Dapat Dikesan Daripada Smear Ini?
Selepas diwarnakan dengan warna-warna yang khas (stainning) pada smear ini, pemeriksaan di bawah mikroskop perlu di buat dan sel-sel kanser akan dapat dilihat. Pemeriksaan ini dilakukan oleh juruteknik kajisel yang terlatih dan pap smear yang luar biasa akan disemak dan dikaji dengan teliti oleh doktor pakar kajisel.
 
 
Ok, dah tahu serba sikit pasal Pap Smear kan..Next entry aku share pulak kisah aku menjalani ujian ni ye..As-salam..:)
 

1 comment: