About Me

My photo
Seorang anak sulung kepada pasangan Mohd Yusof Pandak Abdul Rahman dan Hasnah Yusuf. Seorang kakak kepada 9 orang adik-adiknya. Seorang isteri kepada Nasrul Faiz Firdaus. Seorang ibu kepada seorang anak lelaki, Muhammad Alauddin. Seorang suri rumah sepenuh masa dan sepenuh tenaga ('',). Seorang businesswomen kecil-kecilan aje untuk mengisi masa yang terluang. Seorang yang simple dan mudah didekati. Terima kasih sudi menjengah blog saya yang tiada apa ini..
Powered by Blogger.

Wednesday, November 28, 2012

Baru 2 Tahun :)

Assalamualaikum
 
Genap dah 2 tahun hidup serumah, sebilik, sekatil, dan macam-macam se lagi..Baru 2 tahun haa..tapi rasa macam tak puas kenal lagi.
 
Bercintanya punya la lama, 6 tahun, termasuk bertunang setahun, pun sampai sekarang belum paham betul-betul kerenah masing-masing.
 
Tapi suami aku boleh agak dan bole baca perangai aku. Dia tahu apa tindakan aku selanjutnya bila kami ada perselisihan paham..Adatlah kan suami isteri..tapi bukanlah gaduh pun :)
 
Suami jenis payah nak tunjuk marah, cuma intonasi dan word dia menunjukkan dia marah. Tapi syukur Alhamdulillah, dia bukan jenis suara tinggi, menengking tak  tentu hala, panas baran, campak barang bila marah, memang bukanlah.
 
Suami jenis suka berbincang dan slow talk. Tapi pesen aku bila angin kus kus mari, nak bawak berbincang udah jadi bawak bercincang pula. Tapi tak de lah aku maki hamun suami sendiri, uissshhh...memang takkan buat la..berdosa sangat aku rasa!!
 
Tapi bila bawak berbincang, masa hati tengah panas, mulut jadi berat nak bercakap, telinga tak nak dengar hujah orang, pastu muka nak mencerut rupa orang sembelit teran taik tak kuar2 7 jam..adoiiii
 
Suami aku memang paham bebeno peel aku yang 1 ni. Dia akan suruh aku bertenang, dia bawak bergurau sikit, kadang-kadang dia ajuk aku bercakap la, ajuk aku membebel la, bila dia tengok aku start sengih, senyum sebab nak gelakkan dia, dia start la bawak berbincang dia.
 
Tapi memang aku ingat selalu la pesan mak aku, arwah opah dan arwah tok aku, pasal bila bergaduh ni, mesti isteri kene diam, jangan melawan sepatah pun. Kita simpan dalam hati dulu, bagi suami cakap apa dia nak cakap, lepas tu kita tenangkan hati kita, bila dah cool, baru bawak bincang balik.
 
Isteri bagitahu kenapa macam ni, kenapa macam tu. Sebab arwah opah cakap suami ni jenis sombong dalam bahasa sekarang ego la. Dia memang pantang isteri melawan ke, menjawab ke walaupun dia memang jenis baik punya suami. Mesti akan terkesan kat hati dia bila kita menjawab.
 
Arwah opah kata, bila kita diam, tak menjawab, mesti suami akan rasa satu perasaan bersalah, menyesal, rasa macam tak hargai isteri, sebab isteri diam je tak melawan, timbul kesian orang kata. Nanti dia tengok kita diam, dia mari la pujuk, silap hari bulan dia yang minta maaf..kan seronok tu..huhu..Hilang baran yang dipendam dalam hati kan..:)
 
Tapi sepanjang kenal suami, memang rasa bersyukur sangat sebab dipertemukan dengan dia. Banyak sangat budi baik dia kat aku, kat famili aku. Memang tak da beza la layanan dia terhadap mak abah aku dengan mak abah dia. Tu sebab aku sayang mak mertua sangat-sangat sebab mama layan aku macam anak dia sendiri.
 
Cuma, suami sejak kecil kurang kasih sayang seorang bapa. Aku ni masa berkawan dulu memang la tak tahu, sampai la dia sms cakap dia rasa sedih setiap kali aku cerita pasal abah aku kat dia.
 
Ye lah, dulu time belajar kat uitm seri iskandar, abah la mari hantar, nak balik manjung pun abah amik, abah datang hujung minggu bawak makanan, memang aku tak pernah la ulang alik naik bas balik rumah atau datang kampus. Semua abah buat.
 
Jadinya bila dia tengok hubungan aku dengan abah macam tu, dia rasa sedih sikit la, tapi jenis payah nak tunjuk emosi orangnya. Aku pun terkedu la lepas dia cerita kisah hidup dia kan. Manalah aku tahu kisah hidup dia begitu kan.
 
Jadinya, dia tak de lelaki untuk dijadikan contoh dalam hidup dia, macam kita kan nak suami yang baik macam abah kita, nak suami yang penyayang macam abah kita, tapi suami aku dia tak dapat nak bayang, rasa, tengok cam ne nilai seorang bapa.
 
Tu sebab dia ada sikap sangat tegas pada sesuatu perkara, sampai ada kawan2 aku kata, macam kene control je, padahal dia ada sifat inferior dalam diri dia, takut kehilangan, terlalu sayang, sikap possessive yang kuat, macam tu la.
 
Tapi sifat tu kalau pandang pada sudut positif, kita akan rasa dia dekat dengan kita, dia sentiasa ingat kita, dia akan buat sehabis baik untuk kita, orang yang dia sayang. Itu yang aku lalui sepanjang kenal suami sampai la dah jadi isteri ni. Perangai sama je...:)
 
Teringat masa bercinta dulu, bercinta masa sama-sama belajar. Memang la kami ni contra alam dari segi kulit, sorang gelap sorang cerah, kalau bergambo tu memang ketara beno la, nak buat cam ne..tapi mende tu la yang menjadi bahan masa kat u dulu..
 
Aku tak kena la, tapi kene kat suami. Memang kene bahan kaw kaw la. Sampai suami sedih orang keliling duk kutuk dia ade hati nak awek putih melepak padahal hitam cam tayar kete..perghhhhh!! Kene hat yang hati comel lote, teroyak situ jugak lah!!
 
Tapi suami jenis kental jiwa dan raga..ceh!! Dia jenis kebal lepas tu wat tak reti je..Tapi dia suka simpan dalam hati. Tu sebab masa kami kahwin, punya la semangat dia menjemput kawan-kawan masa kat u dulu, nak tunjuk la kami ni jadi kahwin, walau duk kene ngata je, tapi akhirnya kuat jodoh sampai kahwin.
 
Ada juga yang sound kat aku, kata mata aku buta la, tak de taste la, banyak lagi orang hensem la..macam-macam la..siap ada yang dan-dan tu la luahkan perasaan cinta, kata dah lama duk berkenan, usha2..bila tahu dah ada yang punya, baru la kalut nak luah..pe mende neyyy!!
 
Tapi memang standard la bila bercinta kat u ni, nak-nak yang bercinta bertahun-tahun kan cam aku, setiap kali bukak semester baru, mesti orang akan pastikan couple mana yang masih bertahan dan couple mana yang dah break. Cuti semester kan sebulan lebih, yang jenis duk tak sama tempat atau negeri, time ni la cintamu diuji ye dok!!
 
Time ni la duk jumpa kekasih lama la, jumpa kawan sekolah la, wat reunion la, ada camping la. ajak turun negeri salah sorang, bagi alasan macam-macam, gaduh lepas tu break..Bukak sem baru, dah de marka baru..tu biasa dunia student bercinta. Belum lagi yang duk compared awek lama dengan awek baru...perghhhh!!
 
Sama lah macam kami pun...tak terkecuali. Kami popular bukan sebab apa pun, salah satu sebab depa panggil couple pelik, ye la, warna lain-lain, de group lain panggil beauty and the beast, mcm la aku ni puteri kayangannye pun nak ngata suami aku tak layak nak kapel ngan aku, sebab kulit cerah je jadi isunya...Kopi susu la, taik cicak la..macam-macam la..adoiii

Tapi ada budak-budak lain cakap, kami takkan putus punya, memang sampai ke jinjang pelamin la..sebab apa nak tahu..depa kata sebab laki aku memang takkan cari lain dah sebab dah dapat aku..pe mende la..

Memang roomate dia pun de cakap, lain la pakwe ko sejak kapel ngan ko, abis no phone pompuan dia buang, pastu tak de dah chatting2 kat tenet tu, asyik sebut ko je, pastu apa-apa dulukan ko..apa barang ko semua dia simpan elok-elok, siap kunci pintu almari takut kami ni tengok ke, hilang ke..memang salute la..PULAK DAH!!!

Tapi tu la..moment bercinta memang segar sangat dalam fikiran kami. Selalu sangat suami duk ulang tayang perbualan kami, apa yang kelakar masa bercinta dulu, cerita pasal tempat dating, bila lalu kat seri iskandar nak ke lahad pegi umah mak cu, duk cerita la apa yang berlaku, tempat singgah kami, gi kedai beli barang, tempat gaduh, tempat pujuk, semua tu ada cerita dia...hahaha..

Bila duk ungkit balik memang jadi bahan la..ada juga aku rasa cam bodoh je time tu..ye la..belum cerdik mana pun lagi kan. Nak pula aku ni baru la first time bercinta nye punnnn..feel lain macam la sikit..haha

Tup tup sekarang dah ada anak sorang dah..dah nak setahun pun beberapa hari lagi ni..Status hidup pun dah berubah :)

Bila teringat balik, suami mesti tanya, si polan yang ngata kita tu dah kawin ke? Aku jawab, belum lagi, baru break kan ari tu. Pastu dia tanya lagi yang sorang lagi tu, yang kata abang hitam tu, aku cakap tak de pakwe lagi katanya..dengar cerita cam tu la..Suami mesti cakap, Alhamdulillah, rezeki kita kahwin juga kan, walaupun asyik kene kutuk je..tapi yang kutuk kita, kata dieorang lagi hensem la, lagi lawa la, tak kahwin lagi..Aku senyum je..

Aku selalu cakap rezeki orang lain-lain abang..de yang tak diduga, tak terjangkau, tak terpikir pun..tapi tu rezeki dia sebab Allah dah tentukan.

Tapi ayat suami aku yang suka nak buat aku geram tapi malu-malu alah, "Tapi abang untung kahwin ngan ayang, lawo, kulit putih pulak tu..sapa la abang yang hitam ni nak berangan kahwin ngan ayang..tapi abang dapat kahwin kan..rezeki.."

Mula la dah macam siput sedut yang disedut dengan vacuum tapi tak mau jugak keluarnya rupe aku ni ha!!!!

Sapa tak malu, segan sendut bila suami sendiri puji menggunung melaut kan..haha..padahal muka lawa sikit je dari ekzos moto!! Adoiiiinyeeepunn alahaiiiiii..
 
Walaupun suami tak romantik, tapi ada gentlemannya,
Walaupun dia tak janji kekayaan dan kemewah, tapi usaha sentiasa ada, 
Walaupun rupanya sesedap mata aku memandang, manisnya tetap ada,
Walaupun kulitnya gelap, tapi hatinya sangat ikhlas,
Walaupun dia serius orangnya, kelakarnya hanya aku yang rasa,
Walau banyak dugaan dan cabaran dalam hidupku, dia tetap pendukung setia,
Walaupun memang banyak yang dia lakukan untuk aku, tak pernah minta dibalas,
Syukur Alhamdulillah untuk nikmat ini Ya Allah

Hepi 2nd anniversary sya&nas :)

Sayang sampai syurga
In Shaa Allah :)
 
 
 
 


Friday, November 16, 2012

Lagi 2 Minggu.....(^^,)

Assalamualaikum
 
Cuti Deepavali dan Awal Muharram kelmarin, kami bercuti dengan famili mama dan famili adik mama, Mak Na kat Permaisuri Beach Resort, Port Dickson dari Selasa sampai Khamis.
 
Bila ramai-ramai memang lah seronok kan, malam Rabu tu kami buat BBQ dan malam Khamis tu kami makan tomyam, siangnya pula kami mandi swimming pool, jalan kat pantai, round town, itu je la pun.
 
Tempat menarik pun pantai Teluk Kemang, yang lain biasa-biasa je..huhu..
Bila dah berkumpul ni, macam-macam diborakkan termasuk la pasal hari lahir Alauddin yang tinggal lagi 2 minggu ni.
 
Punya la semangat atuk-atuk dan nenek-nenek Alauddin nak sambut, kalah mama dan abahnya..haha..Mama punya la seronok sebab nak sambut kat Puchong. Siap nak deco bagai...bantai la mama, kami ikut aje..:)
 
Diaorang seronok bukan apa, mama adalah anak sulung dalam famili mama, lepas tu suami pula anak sulung juga, jadinya Alauddin adalah cucu sulung dalam keluarga besar mama yang ada 3 orang adik beradik itu.
 
Tu yang nenek sedara pun seronok sekali nak sambut kan..Maklumlah Alauddin paling kecik dalam keluarga besar Hj. Hashim, yang lain dah beso tagun..
 
Macam keluarga sebelah aku, abah anak kelima, jadinya dah ramai cucu sedara cuma yang ni cucu sulung abah la. So abah dan mak la yang excited.
 
Kami pun dah survey kek yang ingin ditempah, rasanya nak tempah kat King's je sebab kedainya dalam Tesco depan umah je pun. Tapi sedang berfikir-fikir nak tempah kek upin ipin atau boboiboy..hurmmmm..base kek pun tak tahu lagi nak wat perisa apa..
 
Bab makanan aku tak kesah, terpulang pada mama sebab mama lagi pakar dalam bab-bab ni. Mak aku pun sekali nanti masak ramai-ramai, jaminan sedap la sebab 2 orang chef hebat kat dapur kan..
 
Pastu kata nak buat tahlil untuk arwah mak abah suami aku, doa selamat sikit, so jenis makanan mama lebih tahu apa yang sesuai. Biasanya mama suka masakan kampung dan mama suka buat dessert yang exotic..tak sabar dah aku ni..hihi
 
Cadangnya nak buat Jumaat malam 30hb ni sebab sabtu abah dah nak balik Manjung, Ahad nak berniaga balik. Mama kata ok la macam tu, sesuai sangat lah..
 
Pejam celik pejam celik dah nak setahun dah anak mama ni..Alhamdulillah :)
 


CURANG

Assalamualaikum
 
Bila cerita pasal suami curang mesti ada kaum perempuan akan rasa seram sejuk, takut, geram, marah, bengkek, tension, risau dan macam-macam perasaan kat dalam ni kan..orang perak kata libang libu rasa hati teman ni..
 
Sama la macam aku juge..Aku ada join group popular giler kat fb tu, group ibu mengandung ni ha. Sekarang ni kan zaman teknologi, jadinya ramai ler yang menjadikan deme-deme ni sebagai medan untuk mengadu dan sesi meluahkan perasaan dan perasan..eh??
 
Tapi topik paling hangat ari ni kan pasal SUAMI CURANG. Aku ni boleh dikatakan pantang bukak fb, group ni la aku duk hadap dulu. Aku suka bukak kat hp dari bukak kat lappy, sebabnya aku menyampah yang amat dengan timeline, seksa mata aku nak baca post kiri kanan kiri kanan, mana dulu mana kendian aku pun penin!!
 
Apa kehei nye group ibu mengandung kesahkan pasal suami curang ni?? Memanglah group ibu mengandung, tapi deme mengadu pasal suami deme curang time deme mengandung. Orang kata nak minta nasihat, pandangan, motivasi dan semangat la untuk meneruskan hidup...Udohler mengandung kome, suami pula buat hal nye punnn..
 
Pernah dengor suami curang time isteri mengandung? Asal isteri mengandung je, curang..asal mengandung je curang...sampai bilenye pun kan..
 
Aku masa kerja dulu pernah la berhadapan dengan lelaki sebegini. Sama tempat kerja. Time tu aku belum la kahwin lagi pun. Tapi mamat ni bercakap memang sedap je dengor, soft spoken orang kata, pandai melawak sikit. Muka memang jenis lembut gitu, tak bengis la. Rupa tu memang ada. Sedang elok la...
 
Dia memang suka bergurau, tapi yang tak syoknya suka mencuit orang..tapi dia taklah mencuit aku sebab dia kata aku garang..haha..takut kene jerkah katanya..bagus juga orang garang ni yekk..tapi memang la aku tak tahu langsung mamat ni udoh ada tunang sebabnya cara dia melayan perempuan macam orang yang single mingle available in market gitu la..
 
Sampai la de orang tampal kad kawin dia kat board, minggu depan nak kawin..aku ingatkan dia kapel ngan budak sama kerja ngan aku sebab kuar makan sesama, bergurau senda macam dunia ni deme yang punye..memang macam belangkas la...
 
Dua minggu pas kawin dia bawak isteri dia tunjuk kat kami semua la, orang kecik comel lote. Memang bahagia la tengoknya pun..Tiga bulan lepas tu dengor kabo isterinya mengandung..gitu..
 
Lepas tu aku berenti keje, sebab dapat kerja gomen. Tapi masih contact kawan-kawan kat fb la. Housemate aku pula ganti tempat aku kebetulan dia cari kerja. Dia selalu la cerita pasal mamat ni sebab ada budak baru masuk kerja berkepit dengan mamat ni tapi setahu dia mamat ni udah kawin. Aku cakap memey arrr (eh...time tu xde lagi memey memey ni).
 
So, asal balik kerja je kami bergosip pasal mamat ni...haha..time ni isteri dia memang dah peknen 5 6 bulan dah tapi tak tahu pasal kelakuan suami kat belakang dia. Pulak dahhh...nak mai dah ni suspen kan...
 
Pernah juga kawan aku cakap isteri dia selalu juga datang beli barang kat Mydin, lupa nak cakap, aku kerja kat Mydin Putrajaya bahagian inventory, mamat ni bahagian HR. Asal nampak je wife dia duk belek-belek barang, rasa sedih dan kesian kat wifenye sebab kene main ngan suami sendiri.
 
Pernah juga depa cakap elok, perli, sound kat mamat pasal kelakuan dia tapi mamat ni boleh sound balik baik punye pedas..kalau yang tegur dia tu belum kahwin, dia akan cakap "Hang tak kawin, jangan cakap banyak la..kawin dulu..tak yah lama la 6 bulan cukup aku bagi hang..pastu mai kat aku cerita apa hang dah rasa 6 bulan"..perghhhh!!!
 
Kalau orang yang dah kawin tegur tu perempuan dia akan sound pula "Hang jaga ja laki hang jangan bagi dia makan luaq cam aku..hahaha.." Kalau lelaki dah kahwin pula nasihat kat dia, dia balas balik, "Ala bang...tak yah baik sangat la, bukan kita cari pompuan, pompuan datang cari, takkan nak tolakkk..rasa lain sikit.." Tu diaaaaa...
 
Deme nak cakap kat wife dia sendiri rasa risau pun ada, satgi cerita kang takut wife tak percaya pula sebab mamat ni dari segi layanan pada isteri memang baik, elok la jaga semua menda, tapi bab nak setia tu payah pula dia nak buat..sudahnya deme diamkan je la...
 
Sampai la wife dia selamat bersalin, dapat baby girl, sebijik muka abahnya, orang tua kata kalau anak sulung perempuan ikut muka bapak sebijik InsyaAllah panjang jodohnya..idok la teman tahu pun..
 
Tapi mamat ni tetap juga dengan kekasih gelapnya walaupun dah jadi bapa. Tapi ye la kan, sepandai-pandai tupai melompat memang ke tanah la..sebab tarikan graviti ke bawah kan, kalau ke atas, idokla dia jatuh..Akhirnya wifenye tahu jugak kisah cinta terlarang si suaminya..
 
Sebabnya jumpa dalam fb (kan boleh trace), lepas tu kantoi kat mesej (kedekut semacam je henpon tu kannnn), dah seterusnya dari informer yang merupakan kawan wifenye. Kawannya minta kerja as cashier kat Mydin tu, kebetulan baru habis belajar, di samping nak menolong si wife ni, intip punya intip, sampai berkali-kali tengok suaminya lunch setiap hari bersama, berambik beranto aweknya, berpeluk mesra bagainya...ehhh..mende kantoi ni banyak la kan...
 
Boleh tahu tak apa perasaan wife dia??? Dia rasa macam nak pecah jantung dia tengok suami dia macam tu, air mata ni mengalir macam air sungai, tak henti-henti, memang sedih yang amat la, marah lagi kan..Macam mana aku tahu??? Sebabnya dia cari aku kat fb..dia sedang mencari maklumat pasal suami dia, dia kata de ofismate suami dia cakap, antara kawan yang kamceng ngan laki dia aku la..dan ada juga suami dia sebut nama aku...hah???? Sebut nama aku?
 
Aku tanya sebut nama aku sebab apa? Dia kata, masa dah kantoi tu, balik rumah, dia tanya habis-habis la kat suami dia pasal tu, suami dia mula-mula dolak dalih, lepas tu dia sebut pasal kawan dia yang saje minta keje cashier tu yang cerita semua kat dia, sekali ngan bukti dia datang tengok depan mata, sampai tengok suami sendiri pergi amik pompuan tu pegi kerja, balik anta sampai rumah, semua la dia cerita dengan sedu sedan...memang menitik la air mata aku masa wife dia cerita walaupun disebalik alam maya..aku memang tak boleh la bab-bab hati perasaan bagai ni..sedih!!
 
Lepas cerita tu baru la suami dia mengaku memang dia ada hubungan sulit dengan pompuan tu, dah lama pun, sejak wifenye peknen 5 bulan..Haloh!!!!! Wife dia cakap masa tu dia rasa macam tak dengar apa keliling dia, rasa senyap sunyi, terkejut sungguh la tu..Pastu suami dia siap cakap, kalau nak tahu banyak lagi, ko tanya aisyah tu sebab dia tahu juga pasal aku ada skandal ni..terus dia blah keluar rumah pegi mana tak tau..
 
Tu yang wife dia cari aku, merayu kat aku suruh cerita pasal scandal suami dia..Kalau kome kat tempat aku, kome nak buat cam mana??? Aku memang jenis tak boleh nak cerita buruk beria sebab aku tak da kat tempat kejadian, maksudnya tak de ngan deme pun time deme berasmara ke, berdating ke, semua aku dengar cerita housemate aku, yang aku tengok masa kat tempat kerja dulu, yang aku tengok kt fb gambar percutian suami dia dengan pompuan tu..tu je la...
 
Tapi aku tak cerita pun...sebab aku ambil pendekatan dia tanya la suami dia sendiri. Sebab pada aku itu lebih elok dan sesuai la dari dia tanya kat orang lain. Ada orang dia cerita beria, ada orang dia tambah bagi sedap, ada orang dia tak confirm pun tapi nak cerita juga..macam-macam orang dalam dunia ni.,
 
Memang suami payah nak ngaku, tapi kalau bawak bincang baik-baik, dia akan mengaku juga, samada secara kasar atau secara lembut. Aku taknak dia dengar dari aku lepas tu bukan lagi elok tapi lagi haru..lagi tak menyelesaikan masalah..aku tak suka la mcam tu, kesian rumahtangga orang kan..
 
Tapi memang sedih la kat wife dia sebab kusut duk pikirkan perangai suami dia. Dahla baru tahu, lepas tu dah kantoi pun masih berkawan lagi. Siap kata "Skang awak dah tahu kan saya ada awek lain, tapi saya tak nak tinggalkan dia, saya sayang kat dia".
 
Kasih sayang dan penyayang Allah tu banyak dan luas kan, jadinya Allah bagi kat wife dia kesabaran, kasih sayang dan sifat penyayang yang kuat kat wife dia. Menerima seadanya kelakuan suami dia sebab pada dia, walaupun suami dia curang, tapi suami dia tak pernah lupa tanggungjawab pada dia dan anak. Memang jaga semua la, anak manja ngan bapak, keluarga mertua dia layan baik, makan pakai semua cukup la kadang-kadang bawak bercuti, orang kata tak de cacat cela la layanan suami pada isteri dia.
 
Subhanallah...memang baik la isterinya ni..Kalau aku tak tahulah lagi rupe mana kan. Aku pernah la pesan kat mamat ni, aku cakap untung hang dapat bini baik gile..jaga la dia elok-elok, jangan sia-siakan...
 
 Dia jawab "Memang aku akui bini aku memang baik sangat, bukan sekali aku buat, memang dari bercinta dah pernah kantoi, tapi dia boleh maafkan aku, terima aku, aku memang sayang kat dia, sayang sangat, tapi aku tak boleh tengok pompuan lawa, aku mesti nak kawan. Aku tak nak kawin pun dengan depa tu, saja nak kawan-kawan. Bini ku sorang tu ja la...memang sampai bila-bila la.."
 
Macam tu la pula..so aku rasa memang mamat ni de perangai gatai lebih sikit dari lelaki-lelaki lain, die suka test power...Wife dia pun kata dia boleh terima, siapalah aku sebagai orang luar nak kata lebih kan, Yang rasa bahagia dalam rumahtangga deme hanyalah deme sahaja.
 
Bukan apa, ada setengah perempuan, dia pikir yang negatif saja, yang buruk-buruk ja termasuk lah aku kadang-kadang, tapi bila difikirkan dengan rasional dan waras serta menggunakan aqal bukan emosi, pasti de sedikit kebaikan dan nilai positif dalam permasalahan deme.
 
Tapi aku dah lama la tak dengo kabo deme ni sebabnya aku dah unfren mamat ni. Banyak post video mengarut pun,,meluat aku aihhh...tapi dari yang aku dengo, rumahtangga masih bahagia.
 
Pompuan yang duk berkepit dnegan mamat tu pun dah sambung belajar kat utara nun tapi yang duk nganto pompuan ni ke u nya mamat ni la..kiranya masa berkenalan budak ni baru abis pekse spm le, sementara nak tunggu tawaran, keje la cashier kejap.
 
Tapi yang klakonye, pompuan ni ada sepupu, deme sebaya, memang lawa orangnye dan deme tinggal sama-sama kat Putrajaya dulu, jadi pernah la jumpa mamat ni. Sudahnya sepupu pompuan ni pun dia adjust juga, sampailah pernah bermasam muka antara 2 sepupu sebab dahagakan perhatian mamat ni..
 
Aku yang nengoknye pun...alahaiiiii...ye le..kalau udoh namanya budak ye rupe itu le..orang kata budak baru nak up..ye dok!!
 
Ada la seorang Ustaz ni bagi ceramah pasal hal rumahtangga ni kan, katanya kalau dapat tahu suami kahwin lain, isteri dimadukan, tapi kalau suami tetap menjalankan tanggungjawab seperti ketika beristeri 1, kenapa isteri pertama perlu bergaduh sampai meminta cerai? Yang penting suami tetap menjalankan tanggungjawab dia.
 
Memey arr kan Ustaz, tapi bila masuk bab hati dan kasih sayang, automatiklah tak sama kan. Kalau dapat suami yang memang sayang sama rata je, Alhamdulillah la..tapi 1 dalam sejuta la tu...ada...tapi bak kata P. Ramlee la..jarang..jarang..(sambil tangan terkepak-kepak).
 
Tapi kebanyakkannya sayang hat baru lebih sikit dari hat lama, balik pun asyik nak ke rumah hat baru, beli barang ke cenderahati ke duk ingat hat baru, hat lama minta kata "Ala...awak dulu dah jenuh abang beli aihhhh..." Gitu la pulokkk
 
Tu belum masuk bab bilik tidur lagi, dapat suami baik dan penyayang, memang dia tak kata apa pun pasal hat lama..Dia sorang je tahu..Tapi dapat yang jenih tak reti hargai nikmat, abislah dia banding hat lama ngan hat baru..ate memang le..enjin saga lama mana nak sama dengan enjin saga baru punnnn...memey arr tak sama!!
 
Kadang-kadang ada perempuan memang Allah kurniakan dia hati dan perasaan yang mampu untuk menerima dugaan yang paling kaum wanita takutkan ni dengan penuh bijaksana dan hikmah. Aku memang sangat kagum dengan wanita sebegini.
 
Jangan pula tak tahu, memang ada yang bahagia rumahtangga mereka selepas badai melanda, malah bertambah bahagia dari dulu, suami curang lepas tu berubah, bertaubat. Hidayah itu milik Allah.
 
Ada juga orang yang poligami ni bahagia sampai la akhir hayat kan. Walaupun suami kawin senyap-senyap, kahwin kat sempadan, kawin sorok-sorok, dah kawin 5 tahun baru tahu, dah ada anak 2 baru tahu, terserempak kat mall sembang-sembang rupenye madu sendiri (macam dalam drama pulok)..tapi tetap rasa bahagia,
 
Kita tak tahu kan sebab semua tu kerja Allah, dan yang penting hidayah itu milik Allah, dia boleh bagi pada siapa yang dia nak. Mana tahu lepas dapat hidayah, rumahtangga lebih aman, lebih rapat, suami isteri lebih sedar tanggungjawab...semua tu membawa kepada kebahagian...Bukan beli rumah banglo, kereta bmw menjalar depan rumah, bagi duit selambak depan mata baru kata bahagia!! huiihhhh
 
 Dan doa paling mustajab adalah doa ibu, kita ni ibu la kan...so berdoalah selagi masih bernyawa supaya rumahtangga aman sejahtera, sentosa sampai akhir hayat.
 
 Aku tambah sikit doa aku, bukan suami aku yang kene kaco ngan orang atau suami aku yang kaco orang, nak kaco cari suami orang lain..boleh cam tu???? Boleh la!!
 
Aku ni sebenonye nak kupaskan isu dalam group fb tu tapi udoh ke lain ceritanya..peh tu panjang beno taipnye..tapi tak ngape le..lain entry la aku cerita rumusan yang aku dapat hasil dari aduan dan permasalahan deme-deme yang ada masalah suami curang ni ye..
 
As-salam
 
 
 
 
 


Monday, November 12, 2012

Nak Dapat Aura Positif, Kawanlah Dengan Orang Yang Positif

Assalamualaikum
 
Pagi tadi ada monthly check up aku kat KK sebab aku kan ambil pil perancang, so ada follow up setiap bulan. Sedang menunggu giliran, ada seorang wanita duduk sebelah aku, dia mengandung, senyum je masa kami bertentang mata..cantik orangnya..
 
Dia ramah, macam aku la juga..haha..pantang ada orang bawak belabun, memang menjadi la kan. Mula-mula dia usik-usik Alauddin, sikit-sikit kami jadi ramah.
 
Tapi yang buat aku tertarik dengan dia, setiap apa yang kami sembangkan semua terselit aura positif sama ada dari segi percakapan atau pemikiran dia.
 
Dia mengandung anak ketiga pada usia 26 tahun, mengandung anak pertama pada usia 20 tahun. Anak pertama tahun depan dah masuk pra sekolah. Dia pun tak sangka pada usia yang lebih kurang aku, dia ada anak yang dah masuk sekolah..Comel kan :)
 
Dia kematian mak pada usia 15 tahun, tapi mempunyai hubungan yang rapat dengan mak dan bapa saudara. Bila aku cakap aku bersalin kat Hospital Manjung, dia cakap dia ada bapa saudara yang kerja sebagai doktor sakit puan, tapi kategori senior @ orang lama la kata orang kan, namanya Dr. Hanafi ke Hanifa..cam tu la..aku lupa dah namanya..
 
Dia cakap dia kahwin awal sebab dia sudah tiada mak, jadi dia perlukan seseorang untuk menjaga dan berlindung. Kenal dengan suami, terus usul untuk kahwin dan dia menerima. Alhamdulillah, bila kita yakin dan menerima apa yang Allah takdirkan untuk kita, Allah akan mudahkan perjalanan kehidupan kita..InsyaAllah..
 
So, bila sudah tiada ibu kandung, dia berpantang dengan ibu mertua. Tapi yang positifnya wanita ini adalah dia sangat sayangkan dan perlukan ibu mertua dia sebab ibu mertualah tempat dia berkongsi segalanya seperti kita yang berkongsi segalanya dengan ibu kandung kita.
 
Ibu mertua dia adalah bekas jururawat, pernah berkhidmat di Hospital Besar Sungai Buloh, sekarang dah pencen so bekerja sebagai pensyarah, kat mana lupa pula nak tanya, tapi bahagian nurse-nurse ni lah lebih kurang.
 
Yang seronoknya, apabila dia kene refer pasal anak, kehamilan atau kelahiran, ibu mertua yang bersama-sama dengan dia. Ibu mertua dia kan seorang nurse senior sudah tentu banyak pengalaman. Yang bestnya walaupun seorang nurse veteran tapi cara berpantang dia sangat moden tapi tetap patuh pada pantang larang yang logik dan patut diikut oleh wanita berpantang amnya.
 
Positif kan wanita ni, memang langsung tak de mengomel pasal mertua garang, mertua cerewet, mertua itu, mertua ini, sebab dia cakap masa hari pertama menjadi seorang isteri dia sudah menganggap ibu mertua seperti ibunya sendiri.
 
Memang dia kata, ibu mertua sedikit garang mungkin sebab nurse kot..tapi dia kata arahan dia tu senang untuk kita ikut. Lagipun suaminya bekerja di utara, dan dia tinggal bersama anak-anak, sekali sekala ke rumah ibu mertuanya.
 
Dia juga ada bercerita, semasa bersalinkan anak pertama, suami dalam perjalanan dari Penang ke Hospital Besar Sungai Buloh, tapi memang rezeki dia, Allah mudahkan dia bersalin. Ibu mertua yang temankan dia sepanjang proses nak bersalin dan hanya sakit 3 jam sahaja. Suami tiba selepas selesai bersalin.
 
Anak kedua juga begitu, dalam ambulan ketika dalam perjalanan, kepala sudah di pintu, ibu mertuanya tahan dengan telapak tangan sementara tunggu sampai hospital. Alhamdulillah..
 
Teringat pesanan seorang ustaz, katanya "Kalau nak memudahkan bersalin, berbuat baiklah pada ibu mertua, layanlah ibu mertua seperti ibu kandung kita sendiri".
 
Dia tidak bekerja, tapi menjalankan perniagaan dari rumah, menjual pakaian kanak-kanak dan orang dewasa. Pada asalnya perniagaam adik ipar, tapi adik ipar dapat tawaran kerja kerajaan, so stok yang ada, diserahkan kepada wanita ini untuk menyambung sebagai perniagaan sendiri. Jadi, kat sini kami sama :)
 
Yang positif lagi mengenai wanita ini adalah dia tidak meminta yang tidak-tidak pada suaminya dan hanya menerima apa saja yang mampu diberikan oleh suami. Dia juga kurang bergaul dengan wanita yang terlalu taksub dengan barangan mewah, yang selalu mengeluh pemberian suami, yang berangan itu dan ini, yang menunjuk-nunjuk dan hidup terlalu mewah. Dia sukakan kawan yang sederhana dalam segala segi.
 
Banyak yang kami borak dan kongsikan, seronok sebab semua yang baik-baik sahaja. Teringat lagi ayat dia yang menaikkan aura positif dalam jiwa aku "Akak, kita yang tak kerja tak semestinya tak boleh sumbang apa-apa untuk keluarga, cukuplah suami, anak-anak dan keluarga kita tahu apa yang kita lakukan untuk mereka. Lagipun puas hati anak-anak membesar depan mata kak. Kita beruntung kak sebab suami kita paham kita sedalamnya dan sentiasa berusaha untuk berikan yang terbaik untuk keluarga dia walaupun isterinya tidak bekerja..Bersyukurlah kita kak.."
 
Sejuk menusuk dalam hati jiwa jantung aku ayat-ayat wanita ini.
Terima kasih Siti Sarah Yusuf
Aku berharap ada jodoh lagi untuk aku bertemu dengan dia :)
 
 
 
Yang best dia kata *Akak dan saya sama lah*
Seronok :)

Saturday, November 10, 2012

Sedihnya Tak Tahu Nak Cakap La..

 
Assalamualaikum
 
Hari ni aku dah paham apa perasaan ibu-ibu yang tak dapat nak teruskan breastfeeding sampai anak usia 2 tahun.
 
Memang sedih..sangat-sangat sedih...Tak tahu nak gambarkan perasaan tu macam mana. Tapi Allah masih kurniakan aku rezeki untuk teruskan penyusuan susu ibu ini, dan doa aku sehingga genap usia Alauddin 2 tahun. InsyaAllah..
 
Aku nak cerita pengalaman sedih, takut dan risau aku, walaupun hanya berlaku selama 2 jam sahaja. Allah uji aku sekejap cuma, tapi kesan dia memang kuat pada hati dan perasaan aku. Sampai sekarang tak berhenti lafaz syukur aku padaMu Ya Allah..
Alhamdulillah...
 
Hari ni kami ke Coty2u Autoshow 2012 kat Matrade Exhibition and Convention Centre (MECC). Gerak pagi sebab tak nak bersesak-sesak time orang dah ramai. Petang dalam pukul 2 dah bertolak balik.
 
Sampai rumah dalam pukul 5 petang. Masa ni Alauddin tidur, so aku terus la dukung dia perlahan-lahan bawa masuk rumah, terus ke bilik. Tapi baring je atas tilam, dia sedar, tapi mamai lagi, terus sua susu.
 
Masa minum susu tu, mata dia pejam, aku bajet terus sambung tidur. Dalam 10 minit cam tu, dia celik mata, terus duduk, sengih-sengih ajak main. Pulak dahhhhh...tak dapat la mamanya nak tumpang baring sekali.
 
Balik dari berjalan, aku memang akan berehat sekejap, pastu terus mandi. Sebab selagi tak mandi rasa badan letih bebeno. Aku letak Alauddin kat depan, main dengan abah dia, aku mandi kejap.
 
Lepas mandi, mandikan Alauddin, suami pun pegi mandi. Selesai semua tu, bergolek la kami atas tilam. Alauddin main baling-baling mainan dengan abah dia.
 
Pastu dia pegi kat aku, tepuk-tepuk dada, tanda nak susu. Aku pun letak dia atas peha, dia nampak je terus nganga, elok je cecah bibir nak hisap, dia tolak sambil buat muka pelik. Aku pun bagi lagi, gaya yang sama dia buat.
 
Alauddin bingkas bangun terus sambung main balik. Aku ingat dia acah-acah je. Dalam 5 minit, dia datang balik, tepuk dada nak susu.
Aku bagi, cecah je bibir nak hisap, dia terus wat aksi yang tadi.
 
Mula dari situ aku dah mula naik hairan sebab tak pernah pun anak aku buat macam tu. Gaya dia macam nak susu tapi macam ada mende yang menghalang dia untuk teruskan hasrat hati dia.
 
Bila dia datang lagi nak susu, aku wat posisi baring pula. Aku baringkan dia sebelah aku, tapi macam tu juga. Baru nak hisap, dia buat muka pelik dan tolak tangan dan dada aku.
 
Aku fikir de mende ke dalam mulut anak aku sampai dia tak boleh atau tak nak menghisap susu. Padahal sepanjang pagi tadi sampai dalam kereta nak balik rumah, elok je dia nyusu ngan aku. Sampai tertido pun.
 
Aku cek tak de pe pun. Kalau ada ulser pun, Alauddin tak tunjuk pun yang mulut dia seperti de ulser, makan selera, main ok je. Tak de meragam pun.
 
Aku pun cek dada aku. Tak pe yang pelik, kot-kot de perasa lain ke kat area menghisap tu yang buatkan Alauddin rasa pelik semacam. Tapi tak de pe pun.
 
Pesen Alauddin memang suka mengulang hisap susu. Kalau dia main dalam bilik atas tilam, dia akan main kejap pastu datang kat aku selak baju nak susu. Pastu dia sambung main. Pastu dia datang balik hisap susu kejap pastu main balik. Selang 2 3 minit macam tu.Memang aku dan suami dah paham sangat tabiat dia yang tu.
 
Petang ni pun sama tabiat dia, tapi setiap kali datang nak susu, dia tak jadi nak susu. Sampai ke 1 tahap, selepas sejam begitu, dia mula merengek. Aku bagi la susu, dia tolak juga.
 
Aku memang dah rasa Alauddin merengek sebab dia nak susu tapi dia tak boleh nak menyusu. Puas aku cari punca tapi tak dapat juga.
 
Suami tanya, susu ada kan? Aku picit, banyak keluar, seperti selalulah aku cakap. Suami cakap rasa pahit ke susu. Aku rasa, tak da lah, manis je. Suami cakap cuba basahkan nipple dengan susu, then bagi Alauddin rasa.
 
Aku pun buat seperti suami cakap. Aku bagi Alauddin susu, reaksi dia sama macam tadi. Dia tolak. Tapi yang buat aku rasa sedih dan tak tentu arah, mata dia pandang kat dada aku, bila dia letak je mulut, dia tak jadi hisap, terus merengek.
 
Gaya dia seolah-olah dia nak kabo yang dia nak susu tapi tak boleh nak hisap susu. Sementara nak melayan rengekan dia, aku ajak dia main kejap, tapi dia akan datang balik minta susu. Memang aku runsing sangat.
 
Aku bangun cuci mulut dan lidah Alauddin, kot-kot de rasa-rasa pelik dalam mulut dia. Lepas tu aku lap dada dengan tuala basah. Aku riba Alauddin, nak bagi susu, reaksi masih sama, menolak,lepas tu pandang lagi nak hisap, pastu tolak balik. Jantung aku dah berdebar-debar dah.
 
Suami pun ajak makan malam, masa tu pukul 7.45 malam. Jadi, aku suap Alauddin nasi dengan telur. Banyak juga dia makan, lega sikit hati aku sebab dia kenyang la sikit kan.
 
Tapi aku masih duk ngomel kat suami pasal Alauddin tak nak hisap susu. Suami aku cakap kejap je tu. Nanti dia lapar, dia hisap la balik macam biasa. Aku masih mencuba lagi untuk bagi Alauddin susu. Tapi macam tu jugak.
 
Sampai lah suami cakap macam ni "Tula mama, selalu marah Alauddin bila Alauddin gigit nenen mama, selalu bebel kat Alauddin kata sakit. kan Alauddin dah tak nak nenen".
 
Nak nangis aku bila suami cakap macam tu. Memang lah aku ada marah dan membebel tapi bukanlah marah jerit-jerit ke, tampar-tampar pipi ke, cuma suara aku tinggi sikit mengaduh sakit bila Alauddin gigit.
 
Tapi Alauddin tak gigit lama, jenis gigit kejap tapi kuat. Memang sakit, memang pedih. Tapi bukanlah sampai aku minta Alauddin tak nak menyusu dengan aku lagi. TAK PERNAH!!!
 
Ayat suami memang bergurau, tapi aku tersentap sangat. Tak putus-putus aku doa pada Allah, hari ni bukan hari terakhir aku boleh menyusukan anak aku. Berikan aku rezeki supaya aku boleh teruskan penyusuan untuk anak aku. Sampai macam tu sekali tahap kerisauan aku.
 
Aku masih mencuba lagi untuk bagi Alauddin susu walaupun dia tetap menolak. Tapi dia tetap merengek nak susu..Ya Allah, hati aku dah tak tahu nak rasa apa.
 
Suami pula ada perjumpaan malam dia atas urusan kerja dia. Dia tenang je sebab dia kata sekejap je tu, dia nak tidur nanti dia hisap balik. Berkali-kali dia pujuk aku macam tu. Aku risau sebab Alauddin tak pernah macam tu.
 
Sebab utama adalah aku belum sedia untuk cerai susu dengan anak aku. Rasa tak sanggup dan secara tiba-tiba pula. Memang semua ni rezeki Allah, tapi sebolehnya aku letak pengharapan yang tinggi supaya Allah kabulkan doa aku untuk susukan anak aku sehingga 2 tahun, dengan izinNya.
 
Lagi 1 sebab aku tak ada masalah susu kurang atau ada tanda-tanda susu kurang. Kalau aku ada masalah atau tanda-tanda tersebut, mungkin aku boleh terima keadaan itu. At least, aku paham rezeki aku setakat itu.
 
Tapi ni tak de sebab apa, tapi anak aku menolak untuk hisap tapi dalam masa yang sama dia nak menyusu. Rasa nak meletop jantung aku ni tengok keadaan anak aku. Dari pukul 6.30 petang tadi sampai pukul 8.30 malam dia tak menyusu langsung.
 
Bila suami dah keluar rumah, aku bawak Alauddin masuk bilik, baring atas tilam sambil tengok tv. Selalu memang bila aku baring, dia akan datang selak baju nak susu. Tapi dia tengok je, terkelip-kelip. Kesian sangat dah aku tengok.
 
Sambil aku usap-usap kepala dia, aku pujuk dia, aku cakap kat dia, napa Alauddin tak nak nenen mama..Nenen la sayang..kenapa ni..meh nenen meh...Aku ulang berkali-kali sambil Alauddin menyahut dalam bahasa dia.
 
Perlahan-lahan aku tarik kepala dia dekat dada aku, sambil aku pujuk dia, usap kepala dia....dia letak perlahan-lahan mulut dia, dia diam je, lama juga...sambil aku doa Ya Allah, bantulah anak aku, permudahkan anak aku...
 
Lama aku tunggu dia nak hisap...sampai la aku rasa sedutan dari mulut dia...Ya Allah...laju je air mata aku ni mengalir, sambil tak berenti mulut aku ucap syukur Alhamdulillah...Alauddin teruskan menyusu sampailah dia sendiri berhenti.
 
Masa dia berhenti, aku tengok muka dia, aku harap dia berenti rehat kejap untuk teruskan susu kejap lagi. Aku tukar sebelah lagi, mula-mula dia tolak, kemudian aku pujuk sikit, dia terus hisap...Tak tahu nak cerita cam ne perasaan aku tu bila tengok dia ralit menyusu.
 
Bila tengok mata dia layu nak tidur, aku tukar posisi baring mengiring. Teruslah dia menyusu sampai tertidur.
 
Aku rasa mungkin beginilah perasaan ibu-ibu yang masa mula-mula dapat tahu tak dapat nak teruskan penyusuan kat anak. Memang rasa sangat sedih. Tapi walau apa pun, ibu tetap ibu, tetap sayang anak lebih dari nyawa dia sendiri walaupun tak dapat nak menyusukan anak dengan susu sendiri.
 
Ukuran kasih sayang ibu bukan dari susu ibu itu sahaja, banyak sangat pengorbanan ibu yang memang langsung tak ada perbandingan dan perantaraan dalam dunia ini untuk kita samakan dengan nilai kasih si ibu.
 
Ada sebab kenapa sesetengah ibu tak mampu untuk menyusukan anak sehingga 2 tahun walaupun itu niat dan azam pertama si ibu ketika mengetahui rahimnya sudah berpenghuni.
 
Sesungguhnya semua yang berlaku dalam kehidupan kita adalah ketentuan Allah, rezeki dari Allah dan dengan izin Allah juga.
 
Syukur padaMu Ya Allah atas rezekiMu..Ameen
 
 

Friday, November 9, 2012

Kain Cotton Untuk Sarung Bantal Alauddin

 
Assalamualaikum
 
Alauddin ni jenis kuat berpeluh kat kepala. Kalau dia ralit main, raba-raba kepala mesti berpeluh.
 
Time tido pun, kerap berpeluh kepala walaupun dalam bilik aircond. Aku rasa sampul bantal kepala dia yang buatkan kepala dia cepat berpeluh.
 
Memang mak aku tempah ari tu kain cotton tapi mungkin kainnya mempunyai penyerapan peluh yang tak bagus.
 
Lagipun sejak lahir sampai la sekarang aku tak pernah lagi tukar sampul lain bantal dia. Sebab ari tu tempah 2 set, kalau basuh tukar warna yang sama je la.
 
Jadinya ingat nak ganti sampul baru lah since dah nak setahun pun sampul tu. Nak cari corak yang catchy, comel, macho gitu untuk hero kecik aku ni.
 
So, aku berusaha mencari kain cotton yang memang sesuai untuk wat sampul bantal budak. Cari punya cari aku jumpa 1 page ni memang jual kain English cotton yang corak comel-comel gitu.
 
Tengok harga pun takde la mahal sangat plus pulak kainnya berkualiti dan ramai customer dia komen puas hati la. Maknanya positive feedback la kan.
 
Aku pun ber pm la dengan tuan kedai tanyakan stok dia ada tak sekarang ni. Sebab banyak yang pre-order. Duk belek-belek, aku memang tertarik terpegun dengan 2 corak ni.
 
Dari segi corak memang sesuai untuk boy dan warna pun sangat-sangatlah menarik hati dan kalbu aku..huhu..pic die kat bawah ni
 
 
Aku paling berkenan corak yang ni la..Ingat nak amik 2 meter untuk corak ni. Tapi corak ni dah out of stock pulak kat supplier. Sedih...):

 
So, belek yang ni, pun menarik juga, suka yang warna putih dan merah tu...Memula kata sold out, tapi dia tanya supplier, katanya tinggal yang warna putih tu je. Aku terus la nak yang putih tu 2 meter.
 
Design untuk baby girl memang la banyak pilihan tapi untuk baby boy limited sikit. Aku nak amik 2 corak yang berlainan untuk buat 2 set sampul bantal kepala dan bantal peluk.
 
Cari punya cari, aku pilihlah corak yag bawah ni. Abis pilihan dah ni sebabnya banyak yang dah sold out.
 

 
Aku minat yang warna hitam coklat tu tapi pun sold out juga...Aiyaaa..tapi tuan tanahnya tak update pula stok ada ke tak da..jenuh nak bertanya pm bagainya...
 
 
 

 
Sudahnya yang ni la pilihan aku, warna biru tu. Amik la 2 meter. Asalnya warna merah gambar cars yang pic atas sekali tu tuan kedai kata ada stok kat supplier, pastu hari ni baru bagitahu yang merah dah abis tinggal putih sahaja.
 
Pastu sebab aku de bagi list code yang aku nak termasuk yang biru ni, dia gantikan je yang biru ni untuk yang merah. Aku pm senyap je...adoiiiii
 
Nasib la aku jenis tak baran tak tentu hala, dapat cerewet memang kene setepek kot. Aku redha je la..sebab dah bayar pun, kata ada stok kan. Suruh bank in segera sebab kat supplier kata stok ada itu je, sudahnya abis pula..
 
Tapi yang tak best, tuan kedai pos barang aku ari ni pula, katanya semalam. Aku bajet pos semalam, dapatlah hari ni sebab pos guna poslaju. Kalo dah pos hari ni, dapat esok lah kot.
 
Aku nak jahit tangan je sarung bantal ni, dah lama beno aku tak menjahit pun. Last menjahit pun beberapa bulan lepas, jahit kaki seluar suami, labuh katanya. Seluar ofisnya bagi untuk staff yang join kawad masa merdeka ari tu. Lama dah la punnnn...
 
Tak sabar sebenarnya nak menjahit ni..
Ada ke masa ko esah nak ngadap semua tu??????
 
Wait and see bebeh!!
 
ok..daaa...

Thursday, November 8, 2012

EGO Perlu Untuk Siapa? Suami @ Isteri?

 
Assalamualaikum
 
Bila dengar soalan dari seorang lelaki yang sudah berkahwin dan mempunyai anak-anak yang ramai, tersenyum Ustazah yang nak menjawab soalan tersebut.
 
Si suami bertanya, soalannya lebih kurang begini.
 
"Saya nak tanya Ustazah, ego ni perlu kan Ustazah. Tapi apa yang saya lihat pada wanita sekeliling saya (maksud dia dalam kalangan keluarga dia dan isteri), kaum wanita lebih tinggi egonya berbanding lelaki. Apa pandangan Ustazah dalam hal ini?"

Jawapan Ustazah:
 
Ego tu perlu untuk lelaki dan wanita dalam menegakkan hak sebagai seorang manusia, dan isteri atau suami. Hak sebagai seorang manusia yang beragama Islam adalah menunaikan ibadah kepada Maha Pencipta tanpa ada halangan dari manusia yang lain.
 
Hak seorang isteri dalam rumahtangga adalah patuh dan taat pada suruhan suami selagi tidak melanggar syariat Islam dan tidak membelakangi suruhan Allah dalam mentaati suami. Selain itu, merangkumi hak menuntut ilmu dan hak memiliki harta.
 
Hak seorang suami pula adalah sebagai ketua rumahtangga, hak membuat keputusan dan hak mendidik seluruh ahli keluarga agar sentiasa berada di atas landasan yang benar. Hak suami adalah lebih besar dari hak seorang isteri.
 
Bila masa EGO diperlukan dalam menegakkan hak suami dan isteri?
 
Sebagai contoh situasi seperti berikut:
Si isteri ingin turut serta ke masjid kerana ada kelas agama dan fardhu ain yang diadakan oleh seorang Ustazah. Tetapi suami tidak benarkan isteri pergi sendirian dan meminta isteri duduk sahaja di rumah.
 
Ego seorang isteri dalam situas ini adalah seperti contoh di bawah:
 
"Abang, saya nak pergi menuntut ilmu dan itu hak saya sebagai seorang wanita Islam. Kalau abang tak izinkan saya pergi, apakata kita pergi sama-sama nak?"
 
ataupun
 
"Abang, tajuk hari ni best tau, saya nak sangat belajar tajuk tu, hal suami isteri, bukan untuk orang lain, untuk rumahtangga kita juga"
 
Bercakap perlu dengan hikmah dan lemah lembut kerana itu senjata wanita yang dilahirkan dengan kelembutan. Gunakan segala kurnia yang Allah anugerahkan pada wanita dalam mengatasi masalah-masalah seperti ini.
 
Islam juga tidak melarang isteri mengumpul harta dengan hasil titik peluhnya sendiri dalam erti kata bekerja. Tetapi perlu mematuhi dengan sempurna garis panduan yang disediakan dalam Islam berkenaan adab dan cara isteri membawa diri di luar, tanpa perhatian dari suami serta yang paling utama niat isteri perlu betul.
 
Kadang kala ada isteri yang dikurniakan suami yang agak kurang ilmu agamanya tetapi isterinya seorang yang Alhamdulillah sentiasa menjaga solat dan auratnya. Di sinilah cabaran dan perlunya ego seorang isteri.
 
Apabila suami menegur, menegah atau melarang perbuatan isteri yang melakukan kebaikan, isteri perlu tegas dalam isu ini kerana dalam menunaikan tanggungjawab kepada Allah S.W.T, perintah suami menjadi nombor dua selepas perintah Yang Maha Berkuasa. Isteri wajib tunaikan perintah Allah dahulu barulah suami.
 
Jika suami mengatakan "Tak cantik la awak pakai tudung"
Isteri perlu bijak dan menjawab dengan hikamh " Abang, ini hak saya sebagai seorang wanita Islam, saya wajib tunaikan tanggungjawab saya pada Allah dalam menutup aurat dengan sempurna"
 
Jika suami menegur perbuatan isteri melakukan solat, berpuasa yang wajib, isteri juga perlu bijak menjawab kerana itu adalah hak utama sebagai manusia yang beragama Islam. Apabila isteri menjawab dengan penuh hikmah, penuh lemah lembut, penuh kasih sayang, dengan niat kerana Allah, InsyaAllah akan lembut hati suami untuk bersama-sama isteri dalam melakukan kebaikan.
 
Ego seorang suami perlu dalam rumah tangga untuk menunjukkan wibawa seorang suami dalam mengemudi bahtera rumah tangganya. Ego seorang suami menunjukkan suami seorang yang bijak membuat keputusan, menyelesaikan masalah, pencari nafkah untuk isteri dan anak-anak dan mengharmonikan rumah tangga.
 
Salah satu keadaan dalam menegur isteri jika isteri membuat salah dan dosa serta mengajak isteri ke arah kebaikan.
 
Contoh situasi seperti berikut:
 
Suami ingin mengajak isteri bertukar dari tidak bertudung kepada bertudung. Suami boleh mulakan dengan membeli tudung untuk isteri. Apabila isteri sedang berusaha ke arah itu, jadilah penyokong kuat isteri untuk dia lebih bersemangat dan tetap dalam penghijrahannya.
 
Sesekali memuji penampilan baru isteri lebih menawan dan sesuai dengan isteri, kerana wanita itu dilahirkan dengan sifat suka dibelai, diberi perhatian dan dipuji.
 
Jika dikurniakan isteri yang teragak-agak dalam melakukan kebaikan dan ibadat, suami sentiasa tanpa jemu mengajak isteri melakukan bersama-sama, mengajar isteri apa yang tidak diketahuinya di samping menceritakan kebaikan yang diperolehi dari melakukan kebaikan dan ibadat tersebut.
 
Dalam hubungan dengan mertua juga perlu ada ego sama ada dari pihak isteri atau suami. Jika isteri memang tahu suami mempunyai hubungan yang kurang mesra dengan ibu dan ayahnya, isteri perlu mainankan peranan suapaya hubungan menjadi lebih baik.Berikan layanan yang baik pada kedua ibu bapanya walaupun suami tidak melayan ibu ayahnya seperti isteri melayan mereka, kerana itu hak seorang menantu terhadap mertuanya.
 
Begitu juga di sebelah isteri. Jika isteri memberi layanan yang kurang mesra pada kedua ibu bapanya, suami perlu menegur perbuatan isteri dan berusaha menjernihkan kembali hubungan kekeluargaan sebelah isteri kerana itu hak suami terhadap isteri dan mertuanya.
 
Ego yang tidak diperlukan dalam rumahtangga adalah ego mempertahan yang batil dan menegakkan yang salah. Ada isteri yang terlalu lantang mempersoalkan teguran-teguran yang baik dari suami walhal dia tahu akan kebenaran teguran suaminya itu. Jika terlalu ego, ditakutkan isteri boleh jatuh nusyuz pula pada suami tanpa isteri sedari.

Ingatlah, isteri yang nusyuz tidak mencium bau syurga..Minta dijauhkan!!
 
Suami juga begitu, apabila terlalu ego, segala arahan dituju kepada isteri sehingga semua tanggungjawab di atas bahu isteri. Kerana isteri seorang yang baik hatinya dan tidak mampu untuk melawan arahan suami, suami menjadi seorang yang tidak berhati perut dan boleh memudaratkan isteri jika berlaku kekasaran pada isteri.

****************************************

Aku suka sangat dengar hal-hal berkaitan suami isteri, rumah tangga semua ni. Banyak ilmu yang memang aku tak tahu sebab ilmu rumahtangga ni amatlah luasnya.

Bila ada masa kebetulan pula kerja rumah dah selesai, memang bersila la aku depan tv sambil main bola dengan Alauddin...sebab Alauddin suka dera mama dia sepak atau baling bola jauh-jauh, tunjuk kat mama suruh pegi kutip...memang boleh kurus aku kalau hari-hari berlari dalam rumah..hoho

OK..bye :)
 
 
 


Tuesday, November 6, 2012

Planningnya Gitu la...

 
Assalamualaikum

Dah seminggu kita dalam bulan November ni kan. Pada aku bulan 11 ni membawa banyak maksud dalam kehidupan aku.

Hujung bulan 11 tahun lepas, aku bertarung kesakitan nak melahirkan Muhammad Alauddin.  Kene tahan wad 29.11.2011, pagi 1.12.2011 jam 1.45 pagi lahirnya my macho man ni :)

Hujung bulan ni juga perkahwinan kami memasuki tahun ke2..26.11.10. Alhamdulillah..

Besday suami pula 1.1..juga tak lama lagi, sebulan selepas Alauddin punye date. So, kebanyakkan date penting kami jatuh pada hujung tahun.

Jadinya, disebabkan Muhammad Alauddin merupakan cucu pertama bagi keluarga sebelah aku dan suami, sebab kami dua-dua anak sulung, dah ada ura-ura nak wat sedikit sambutan kecil-kecilan bersama keluarga besar kami ni.

Pada aku dan suami, kami tak berfikir pun nak buat majlis beria, nak jemput ramai-ramai, just nak beli kek untuk sambut kami anak beranak je kat rumah.

Sambutan pula tak kesah la di rumah mak abah aku atau rumah mama kat Puchong, atau kat rumah kami kat Kuala Selangor ni je.

Balik raya haji baru ni, abah aku tanya ada planning apa untuk besday Alauddin, aku cakap tak de pe pun. Aku tanya juga abah nak datang Kuala Selangor ke sambut besday Alauddin ni.

Abah aku kata rasa macam nak ke sana, seronok sikit sambut besday cucu kat rumah anak. Baru rasa sambut besday cucu. Ok, suami kata lagi seronok cam tu.

Minggu lepas pula balik rumah mama kat Puchong. Juga bertanyakan soalan yang sama. Aku cakap planning abah, mama kata ok jugak macam tu. Tapi mama tak dapat nak ke mana-mana sebab tok dah tak larat nak berjalan jauh.

So, aku khabarkan pada abah pasal mama. Abah cakap kalau macam tu, kami ke sana la maksudnya ke Puchong, sambut besday Alauddin kat Puchong. Abah kata tak seronok la tak de mama, cam tak cukup korum ja..

Tidur semalam kat sana. Abah kata mama pun beberapa kali ajak abah sekeluarga tidur sana, asyik datang balik hari aje. Kejap sangat..

Keluarga aku dan keluarga suami Alhamdulillah sangat rapat dan sangat memahami antara satu sama lain. Tu yang aku sangat bersyukur dalam alam perkahwinan aku.

Mereka akan cuba untuk memuaskan hati kedua-dua belah pihak tanpa ada yang tersinggung. Malah mereka sering berusaha menjaga hati kedua-dua belah pihak. Sangat-sangat bertolak ansur..Alhamdulillah :)

Mama cakap mama nak buat sedikit majlis doa selamat dan tahlil untuk arwah yang dah tak da. Lepas tu jemput sedara mara terdekat je..InsyaAllah...

Pada kami suami isteri, itu sudah lebih dari sepatutnya sebab aku tak nak pun buat majlis beria tapi cukuplah kami ingat tarikh penting dalam hidup kami. Suami pun dah pesan tak nak terapkan nilai-nilai macam tu pun, asalkan dia tahu dia lahir bila.

Aku pun ingat nak sambut sekali ulang tahun kedua perkahwinan kami. Sebab dekat-dekat je pun tarikhnya. Hadiah tak kisah, ada ke tak ada ke sebab memang dah kenal 8 tahun bukan setiap kali tiba tarikh perlu ada hadiah.

Cam tahun lepas, sebab tengah sarat mengandung, suami memang sibuk dengan urusan kerja dia, dia hanya bagi kata-kata pesanan dan kata-kata dalam bentuk doa untuk aku masa malam ulang tahun pertama kami.

Masa tu suami ada kursus fizikal kat Kedah seminggu, elok ja balik esok tu aku kena tahan wad. Cantik ja perjalanan Allah S.W.T. aturkan. :)

Dia doakan aku mudah bersalin dan mudah segalanya. Itu lebih mahal dan bermakna dari segala hadiah yang ada dalam dunia ni pada aku la..orang lain aku tak tahu.

So, setakat ni InsyaAllah planningnya begitu lah. Sebenarnya lebih kepada perjumpaan keluarga, berkumpul ramai-ramai..kan seronok macam tu..:)

Kita merancang Allah yang tentukan ye tak??



 
 
 
 


Sunday, November 4, 2012

CARTER SET 5 IN 1 - BOY AND GIRL

Assalamualaikum
 
Aku baru je amik stok romper carter set 5 in 1 untuk baby boy dan baby girl.
  Ada dari umur 3 bulan hingga 24 bulan.
 
Ni aku upload carter set yang masih available lagi ye

Yang ni untuk baby boy

 
3 month

 
6 bulan

 
9 bulan

 
9 bulan

 
12 bulan

 
12 bulan

 
18 bulan dan 24 bulan
 
 
 
 
 
Yang ni untuk baby girl :)


3 bulan

 
3 bulan


6 bulan

 
6 bulan

 
9 bulan

 
9 bulan

 
9 bulan

 
9 bulan

 
12 bulan

 
12 bulan dan 18 bulan
 
Harga:
1 set = RM30
3 set = RM84 (jatuh RM28/unit)
6 set = RM156 (jatuh RM26/unit)
12 set dan ke atas = jatuh RM24/unit
 
 Postage:
1 set = RM6
2 set = RM7
3set = RM8
 
Begitulah seterusnya. Beli 6 set dan ke atas postage hanya RM10 sahaja
 
Boleh kumpul kawan-kawan, sanak saudara, jiran tetangga ye..:)
 
 
Kalau berminat boleh email aku syatogethernas@gmail.com
Atau boleh jenguk kat fb page aku sya&nas kiddies store / http://www.facebook.com/#!/BabyAndKidsWorld
 
 
 
 
 

HARGA TERKINI FISHER PRICE PORTABLE ROCKER GREEN FRAME

Assalamualaikum

Bersyukur dengan rezeki Allah yang tak putus-putus sepanjang menjalankan perniagaan barangan kanak-kanak ni.
 
Disebabkan permintaan yang sentiasa berterusan dari pelanggan setia, pelanggan sedia ada dan pelanggan baru, aku rasa nak revise harga rocker hijau yang aku jual.
 
Rocker biru masih harga terbaik RM205 termasuk kos pos ke barat, timur, selatan dan utara janji dalam Semenanjung.
 
Manakala, untuk rocker hijau, harga setelah direvise adalah RM210 termasuk kos pos dalam Semenanjung.
 


Fisher Price Green Frame

 
Fisher Price Blue Rocker
 
 
Fungsi dan Kelebihan Portable Rocker ni:
 
1. Rocker ini boleh menampung berat dari newborn sehingga 18kg.
2. Rocker ni dah namanya portable maksudnya boleh dan mudah dibawa ke mana-mana.
3. Boleh juga diubah menjadi kerusi khas untuk anak-anak apabila dah besar sikit. Maksudnya boleh pakai lama la, sampai umur 4 5 tahun cam tu.
4. Ada 3 jenis mainan gantung
5. Batang gantung mainan yang boleh dibawa ke tepi apabila anak dah tidur, selain boleh dilaras ke kanan dan ke kiri.
6. Fungsi vibrate di punggung baby..ala-ala macam rasa tepuk-tepuk manja gitu, light2 je..
 
Nak beli secara borong juga boleh.
Harga borong untuk rocker biru RM170/unit - MOQ 3 unit
Harga borong untuk rocker green RM180/unit - MOQ 3 unit
Postage untuk 3 unit rocker RM30 (semenanjung)
 
Jika berminat boleh email aku syatogethernas@gmail.com
Boleh juga sms / call aku 0134314741 - aisyah
Boleh juga usha kat fb page aku sya&nas kiddies store / http://www.facebook.com/#!/BabyAndKidsWorld
 
Hepi Shopping Darls!! (^^,)
 
 

Friday, November 2, 2012

~Welcome 11 Month~ (^^,)

Assalamualaikum
 
Alhamdulillah...anak mama dah genap 11 bulan la. Mama rasa macam Alauddin masih baby lagi, cepatnya masa berlalu..nanti Alauddin dah besar mesti rindu nak gomol-gomol Alauddin macam sekarang..:)
 
Since Alauddin dah pandai berjalan pada usia 10 bulan 24 hari, aktiviti harian mama dan abah pun berubah la sikit. Yang pastinya mama dah de sukan baru bersama Alauddin..
 
Ye la..ngejor anak 1 rumah tu sukan la jugak kan. Sebab memang la berpeluh aku asyik nak tangkap je sebelum terlepas bawah meja, main tekan-tekan mesin air sejuk, petik suis plug dan main kutip bola bila mamanya sibuk bersilat buat kerja rumah..adoiiiii
 
Tapi Alauddin jenis mendengar kata la jugak tiap kali aku panggil nama dia, larang dia pegi tempat yang tak boleh pegi. Dia akan patah balik main kat tikar dia.
 
Tapi yang paling buat rambut aku terpacak (angin sudah mari) bila dia datang terkedek-kedek ke dapur nak sentuh rak pinggan la, main mangkuk la, semua tu kaca anakku oiiii...bagi sudip, senduk dia buat nohen je..mula la serupa tarzan je dah suara aku kan.
 
Sudahnya aku angkut dia sebelah tangan, sebelah lagi wat kerja masak memasak. Alauddin ni payah sikit nak duduk sorang main melainkan aku de depan mata dia.
 
Bila aku angkat bontot je nak ke dapur masak kan, dia main la kejap bola-bola dia, baling sana sini, bertahanlah dalam 15 minit, lepas tu mula mama..mama..mama..menuju ke dapur...
 
Orang lain masak kat dapur bunyi periuk kuali berlaga, tapi aku suara membebel lagi kuat dari bunyi semua tu..hahaha
 
Alauddin sangat suka main baling-baling bola dan sepak-sepak bola. Baru pandai berjalan dah nak angkat kaki sepak bola..Sabo je la!!
 
Abahnya pula bila tengok anak suka sangat menyepak bola, makin galak la dia main sepak-sepak ngan anak. Yang tukang kutip Alauddin kan...tapi kalau dah bawah meja, bawah sofa abah la kene kutip kan..
 
Mainan memang banyak tak terusik sebab Alauddin lebih suka main bola dari yang lain-lain. Walker dah pun simpan kat bilik belakang, buat tukun je la, next 2 years baru bukak balik..hohoho
 
Mulut Alauddin juga boleh tahan. Sebutan dah makin jelas. Bila bola jauh bergolek, dia akan sebut bol..bol..bol..mama..nak..nak..tu..tu..Maksud dia, mama, nak bola..tu..Ha...lebih kurang begitu la. Bila aku sebut mana bola? Mana ball? Laju je mata meliar cari, nampak je tunjuk-tunjuk sambil mulut cakap tu..tu..tu..
 
Yang paling seronok bila mama dan abah minum air ke pegang pinggan nak makan ke, dia akan terkedek-kedek jalan kat kami sambil mulut cakap yey..yey..yey..yey...pastu gelak-gelak..tu maknanya dia nak join sepinggan, semangkuk dan secawan bersama kami..hoho
 
Lagi 1 kalau kita tanya dia, Alauddin dah mandi? Alauddin dah makan? Alauddin nak tengok tv? Alauddin nak ke? Dia akan mengangguk-anggukkan kepala dia sambil cakap nak..nak..nak..

Mende lain yang keluar dari mulut dia selain yang diatas adalah bahasa planet zuhal..Alauddin sorang je la yang paham..hoho

Aku sedang dalam proses nak mengajar Alauddin masukkan makanan dalam mulut. Kadang-kadang aku cubit kecik-kecik roti, letak dalam pinggan dia, suruh dia kutip masuk mulut.

Tapi Alauddin guna hujung jari telunjuk je amik roti tu, kalau tersangkut kat hujung jari tu, bawak ke mulut tak jatuh, berjaya lah maknanya tu..Tapi banyak yang tak sangkut dan jatuh sebelum sampai ke mulut..huhu..tak pe..practice make perfect!!

Jom layan pic abang encem ni jap ehhh..

 
Udoh boring berjalan teringin pulak nak meniarap balik (bila mood malas nak ngutip bola)

 
Muka ralit nengok tv :)


Oh ya..bulan 10 ari tu aku de wat ujian pap smear. Petang semalam dapat call dari nurse KK Kuala Selangor. Dia nak kabo pasal result ujian tu. Alhamdulillah, resultnya adalah NORMAL. Syukur Alhamdulillah...

Aku tanya bila kene wat lagi ujian ni, nurse tu kabo, sebab aku anak pertama dan ini merupakan ujian pap smear aku yang pertama, bulan 10 tahun depan boleh la nak buat ujian ni sekali lagi. Maksudnya selepas setahun dari tarikh ujian pertama.

Kalau result ujian kedua juga adalah NORMAL, barulah buat ujian pap smear 3 tahun sekali tu selepas ujian yang kedua. Ok, baru la paham sepaham-pahamnya. Seronok sangat sebab dah selesai satu perkara penting untuk seorang wanita macam aku ni..

Elok je nurse tu letak telepon, suami balik, terus la aku kabo pasal result ujian tu...nak tahu pe jawapan laki aku..

"Alhamdulillah.....Nasib baik mama Alauddin normal, kalau tak normal, kesian abah kene cari mama baru..heh..heh..heh.."

Gelak pun takut-takut kan!!!!
Cuba try tengok test!!!!!!!!
Pulas sikit kulit perut tu kasi ingat...hahaha

Marah kejap je..tak amik hati aihhh..saja gurau la tu..(^^,)


Daaa.....

 
 
 

Thursday, November 1, 2012

Bapa Derhaka Anak

Assalamualaikum
 
Baru ni ada dengar Ustaz Hasan Din Al-Hafiz bercakap pasal Bapa Derhaka Anak. Kira ilmu baru la untuk aku. So, aku nak share la ilmu ni sama-sama dengan korang ye :)
 
Apa yang dimaksudkan dengan Bapa Derhaka Anak? Selalu kita dengar pasal Anak Derhaka Bapa atau Ibu kan. Anak derhaka ni kita memang dah tahu sangat la pasal dia kan. Ciri-ciri anak derhaka pun kerap didedahkan kepada kita kan. Jadi, memang ramai maklum pasal anak derhaka ni.
 
Tapi pasal Bapa Derhaka Anak ni jarang kita dengarkan. Sebelum tu, aku nak share 1 kisah yang Ustaz Hasan Din ceritakan pasal Bapa Derhaka Anak yang berlaku semasa pemerintahan Khalifah Umar Al-Khattab.
 
Kisahnya pasal seorang lelaki tua yang mengadu kepada Khalifah Umar perihal anak-anaknya. Lelaki tua ini ada 2 orang anak lelaki yang sudah remaja. Suatu hari dia datang mengadu kepada Saidina Umar Al-Khattab pasal seorang anak lelakinya yang tidak mahu mendengar katanya malah melawan pula.
 
Saidina Umar Al-Khattab pun mengatakan mahu berjumpa dengan anak lelaki tua itu. Lalu, lelaki tua itu segera menyampaikan pesan Khalifah kepada anaknya "Wahai anakku, Khalifah ingin berjumpa denganmu".
 
Lalu, segeralah anak lelaki si tua itu pergi mengadap Saidina Umar Al-Khattab. Saidina Umar bertanya kepada anak lelaki si tua itu "Wahai anak muda, aku mendapat aduan dari bapamu yang kamu tidak menghormatinya seperti seorang bapa. Mahukah kamu menjadi anak derhaka?
 
Lalu Saidina Umar Al-Khattab menerangkan tanggungjawab UTAMA  seorang bapa kepada anak-anaknya.
 
Rasulullah S.A.W. pernah berkata ada 3 tanggungjawab UTAMA seorang bapa terhadap anak-anaknya. iaitu:
 
Yang Pertama
Memberikan nama yang baik dan elok maknanya sebaik sahaja anak dilahirkan ke dunia. Dan panggillah anak dengan nama yang diberikan, bukan dengan nama timangan yang tiada maksud. Sabda Baginda lagi "Sesungguhnya, kamu dipanggil ketika dibangkitkan selepas mati dengan menggunakan nama yang dipanggil ketika di dunia".
 
Yang Kedua
Memberikan didikan agama yang seeloknya dan sebaiknya sejurus anak berakal, maksudnya boleh memahami apa yang diajarkan oleh ibu dan bapa. Didikan agama yang baik menghasilkan anak yang baik, InsyaAllah.
 
Yang Ketiga
Mencari, membimbing dan menentukan jodoh dan pasangan yang baik-baik untuk anak-anaknya supaya melahirkan generasi yang baik-baik juga.
 
Saidina Umar Al-Khattab menambah 1 lagi tanggungjawab UTAMA seorang bapa sebelum yang 3 ini iaitu:
 
Yang Keempat
Si bapa sebelum mendirikan rumahtangga atau berkahwin, carilah wanita yang baik-baik yang boleh menjadi ibu yang baik dan solehah kepada anak-anak yang bakal dilahirkan kelak. Anak yang soleh lahirnya dari rahim wanita solehah.
 
Kemudian Saidina Umar berkata lagi pada anak lelaki si tua itu "Apakah kamu sanggup melakukan sebegitu kepada bapamu setelah segala tanggungjawab itu telah dilaksanakan oleh bapamu?"
 
Lalu anak lelaki tua itu menjawab "Jika anak menderhaka kepada ibu dan bapanya, aku boleh menerimanya tapi bagaimana jika bapa yang derhaka pada anaknya? Dari apa yang Khalifah katakan, semua tanggungjawab itu TIDAK LANGSUNG dilaksanakan oleh bapaku sepanjang membesarkan aku sehingga dewasa ini ya Khalifah."
 
Si anak meneruskan lagi "Pertama, bapaku seorang yang tidak boleh melihat wanita berwajah cantik dan berdahi licin, dia akan berseronok dengan perempuan-perempuan itu, malah memilih salah seorang dari mereka untuk mengahwininya. Wanita (pelacur) itu jugalah yang menjadi ibuku, yang melahirkan aku ke dunia"
 
"Kedua, bapaku tidak memberikan aku nama yang baik, nama aku tidak membawa maksud yang elok, sebaliknya namaku bermaksud Kelawar Hitam"
 
"Ketiga, bapaku tidak pernah mendidik aku dengan ilmu agama sedari aku kecil sehinggalah aku remaja kini"
 
"Keempat, apabila aku sudah meningkat dewasa, bapaku tidak pernah mengambil tahu untuk menjodohkan aku, mencari jodoh yang baik untuk aku, mengingatkan aku perihal mencari pasangan yang baik dan elok untuk berkahwin".
 
Selepas itu, Saidina Umar Al-Khattab memandang kepada lelaki tua tersebut seraya berkata "Apakah benar kata-kata anakmu itu" Lalu si tua hanya tunduk memandang bawah sambil mengangguk perlahan...
 
Saidina Umar Al-Khattab berkata dengan tegasnya "Sesungguhnya kamulah yang bersalah wahai lelaki tua, kerana anakmu menjadi begitu berpunca dari dirimu".
 
Selesai dah cerita Ustaz Hasan Din Al-Hafiz pasal Bapa Derhaka Anak. Kesimpulan yang Ustaz Hasan Din buat adalah pertama sekali asal perkahwinan itu perlu suci dan bersih sebab dari situ lahirnya generasi yang baik akhlak dan imannya.
 
Kedua, seorang lelaki yang menjawat jawatan bapa perlu ada pegangan agama yang kuat untuk mendidik anak-anak dan isteri supaya sentiasa terpelihara iman dan agama mereka dan tidak terpesong ke jalan yang dimurkai Allah S.W.T.
 
Ketiga, penting bagi anak nama yang baik maknanya dan memanggil anak dengan nama yang diberi, bukan dengan nama panggilan yang tiada maksud. Nama yang baik, dipanggil selalu oleh ibu dan bapa adalah satu doa untuk si anak.
 
Keempat, jika anak kita perempuan, carilah lelaki yang baik iman dan pekertinya supaya dapat menjaga dan mendidik anak kita menjadi wanita dan isteri solehah seterusnya melahirkan zuriat-zuriat yang soleh dan solehah. Jika anak kita lelaki, carilah perempuan yang baik akhlak dan imannya supaya dapat mendidik anak-anak di rumah ketika suami bekerja mencari nafkah di luar.
 
 Jika si lelaki tidak mampu mendidik perempuan yang mempunyai latar belakang kurang baik, jauhilah ia dan carilah perempuan yang baik. Jika lelaki itu mampu, dipersilakan tapi janganlah dipersia-siakan mereka.
 
Kelima, si bapa menganggung segala kesilapan dan kesalahan si anak jika puncanya dari si bapa. Apabila si anak melakukan dosa disebabkan kurang didikan agama dari si bapa, bapa akan menganggung kesalahannya kelak. Itu jugalah yang akan disoal di Akhirat kelak.
 
Selepas aku dengar semua penerangan Ustaz Hasan Din Al-Hafiz, aku pandang diri aku dan suami. Banyak sangat kekurangan dalam diri kami berdua. Bila dan ada anak, tanggungjawab dah jadi makin berat sebab nak mendidik anak ke arah yang baik.
 
Sungguh berat tanggungjawab seorang lelaki apatah lagi sudah berkahwin, ada isteri dan anak-anak. Bukan nak seronok je kan..banyak lagi perkara yang perlu dititikberatkan.
 
Ditambah pula dengan dunia akhir zaman yang bermacam-macam tipu daya dan tarikan yang melalaikan untuk umat Islam yang lemah iman macam aku ni membuatkan aku rasa amat kerdil sekali.
 
Ya Allah Ya Tuhan kami, bantulah kami dalam mengharungi kehidupan kami di atas muka bumi ini dengan sebaik-baik amalan dan ibadat kepadaMu..Amin Ya Rab Al 'Alamin.
 
As-salam :)