About Me

My photo
Seorang anak sulung kepada pasangan Mohd Yusof Pandak Abdul Rahman dan Hasnah Yusuf. Seorang kakak kepada 9 orang adik-adiknya. Seorang isteri kepada Nasrul Faiz Firdaus. Seorang ibu kepada seorang anak lelaki, Muhammad Alauddin. Seorang suri rumah sepenuh masa dan sepenuh tenaga ('',). Seorang businesswomen kecil-kecilan aje untuk mengisi masa yang terluang. Seorang yang simple dan mudah didekati. Terima kasih sudi menjengah blog saya yang tiada apa ini..
Powered by Blogger.

Thursday, November 1, 2012

Bapa Derhaka Anak

Assalamualaikum
 
Baru ni ada dengar Ustaz Hasan Din Al-Hafiz bercakap pasal Bapa Derhaka Anak. Kira ilmu baru la untuk aku. So, aku nak share la ilmu ni sama-sama dengan korang ye :)
 
Apa yang dimaksudkan dengan Bapa Derhaka Anak? Selalu kita dengar pasal Anak Derhaka Bapa atau Ibu kan. Anak derhaka ni kita memang dah tahu sangat la pasal dia kan. Ciri-ciri anak derhaka pun kerap didedahkan kepada kita kan. Jadi, memang ramai maklum pasal anak derhaka ni.
 
Tapi pasal Bapa Derhaka Anak ni jarang kita dengarkan. Sebelum tu, aku nak share 1 kisah yang Ustaz Hasan Din ceritakan pasal Bapa Derhaka Anak yang berlaku semasa pemerintahan Khalifah Umar Al-Khattab.
 
Kisahnya pasal seorang lelaki tua yang mengadu kepada Khalifah Umar perihal anak-anaknya. Lelaki tua ini ada 2 orang anak lelaki yang sudah remaja. Suatu hari dia datang mengadu kepada Saidina Umar Al-Khattab pasal seorang anak lelakinya yang tidak mahu mendengar katanya malah melawan pula.
 
Saidina Umar Al-Khattab pun mengatakan mahu berjumpa dengan anak lelaki tua itu. Lalu, lelaki tua itu segera menyampaikan pesan Khalifah kepada anaknya "Wahai anakku, Khalifah ingin berjumpa denganmu".
 
Lalu, segeralah anak lelaki si tua itu pergi mengadap Saidina Umar Al-Khattab. Saidina Umar bertanya kepada anak lelaki si tua itu "Wahai anak muda, aku mendapat aduan dari bapamu yang kamu tidak menghormatinya seperti seorang bapa. Mahukah kamu menjadi anak derhaka?
 
Lalu Saidina Umar Al-Khattab menerangkan tanggungjawab UTAMA  seorang bapa kepada anak-anaknya.
 
Rasulullah S.A.W. pernah berkata ada 3 tanggungjawab UTAMA seorang bapa terhadap anak-anaknya. iaitu:
 
Yang Pertama
Memberikan nama yang baik dan elok maknanya sebaik sahaja anak dilahirkan ke dunia. Dan panggillah anak dengan nama yang diberikan, bukan dengan nama timangan yang tiada maksud. Sabda Baginda lagi "Sesungguhnya, kamu dipanggil ketika dibangkitkan selepas mati dengan menggunakan nama yang dipanggil ketika di dunia".
 
Yang Kedua
Memberikan didikan agama yang seeloknya dan sebaiknya sejurus anak berakal, maksudnya boleh memahami apa yang diajarkan oleh ibu dan bapa. Didikan agama yang baik menghasilkan anak yang baik, InsyaAllah.
 
Yang Ketiga
Mencari, membimbing dan menentukan jodoh dan pasangan yang baik-baik untuk anak-anaknya supaya melahirkan generasi yang baik-baik juga.
 
Saidina Umar Al-Khattab menambah 1 lagi tanggungjawab UTAMA seorang bapa sebelum yang 3 ini iaitu:
 
Yang Keempat
Si bapa sebelum mendirikan rumahtangga atau berkahwin, carilah wanita yang baik-baik yang boleh menjadi ibu yang baik dan solehah kepada anak-anak yang bakal dilahirkan kelak. Anak yang soleh lahirnya dari rahim wanita solehah.
 
Kemudian Saidina Umar berkata lagi pada anak lelaki si tua itu "Apakah kamu sanggup melakukan sebegitu kepada bapamu setelah segala tanggungjawab itu telah dilaksanakan oleh bapamu?"
 
Lalu anak lelaki tua itu menjawab "Jika anak menderhaka kepada ibu dan bapanya, aku boleh menerimanya tapi bagaimana jika bapa yang derhaka pada anaknya? Dari apa yang Khalifah katakan, semua tanggungjawab itu TIDAK LANGSUNG dilaksanakan oleh bapaku sepanjang membesarkan aku sehingga dewasa ini ya Khalifah."
 
Si anak meneruskan lagi "Pertama, bapaku seorang yang tidak boleh melihat wanita berwajah cantik dan berdahi licin, dia akan berseronok dengan perempuan-perempuan itu, malah memilih salah seorang dari mereka untuk mengahwininya. Wanita (pelacur) itu jugalah yang menjadi ibuku, yang melahirkan aku ke dunia"
 
"Kedua, bapaku tidak memberikan aku nama yang baik, nama aku tidak membawa maksud yang elok, sebaliknya namaku bermaksud Kelawar Hitam"
 
"Ketiga, bapaku tidak pernah mendidik aku dengan ilmu agama sedari aku kecil sehinggalah aku remaja kini"
 
"Keempat, apabila aku sudah meningkat dewasa, bapaku tidak pernah mengambil tahu untuk menjodohkan aku, mencari jodoh yang baik untuk aku, mengingatkan aku perihal mencari pasangan yang baik dan elok untuk berkahwin".
 
Selepas itu, Saidina Umar Al-Khattab memandang kepada lelaki tua tersebut seraya berkata "Apakah benar kata-kata anakmu itu" Lalu si tua hanya tunduk memandang bawah sambil mengangguk perlahan...
 
Saidina Umar Al-Khattab berkata dengan tegasnya "Sesungguhnya kamulah yang bersalah wahai lelaki tua, kerana anakmu menjadi begitu berpunca dari dirimu".
 
Selesai dah cerita Ustaz Hasan Din Al-Hafiz pasal Bapa Derhaka Anak. Kesimpulan yang Ustaz Hasan Din buat adalah pertama sekali asal perkahwinan itu perlu suci dan bersih sebab dari situ lahirnya generasi yang baik akhlak dan imannya.
 
Kedua, seorang lelaki yang menjawat jawatan bapa perlu ada pegangan agama yang kuat untuk mendidik anak-anak dan isteri supaya sentiasa terpelihara iman dan agama mereka dan tidak terpesong ke jalan yang dimurkai Allah S.W.T.
 
Ketiga, penting bagi anak nama yang baik maknanya dan memanggil anak dengan nama yang diberi, bukan dengan nama panggilan yang tiada maksud. Nama yang baik, dipanggil selalu oleh ibu dan bapa adalah satu doa untuk si anak.
 
Keempat, jika anak kita perempuan, carilah lelaki yang baik iman dan pekertinya supaya dapat menjaga dan mendidik anak kita menjadi wanita dan isteri solehah seterusnya melahirkan zuriat-zuriat yang soleh dan solehah. Jika anak kita lelaki, carilah perempuan yang baik akhlak dan imannya supaya dapat mendidik anak-anak di rumah ketika suami bekerja mencari nafkah di luar.
 
 Jika si lelaki tidak mampu mendidik perempuan yang mempunyai latar belakang kurang baik, jauhilah ia dan carilah perempuan yang baik. Jika lelaki itu mampu, dipersilakan tapi janganlah dipersia-siakan mereka.
 
Kelima, si bapa menganggung segala kesilapan dan kesalahan si anak jika puncanya dari si bapa. Apabila si anak melakukan dosa disebabkan kurang didikan agama dari si bapa, bapa akan menganggung kesalahannya kelak. Itu jugalah yang akan disoal di Akhirat kelak.
 
Selepas aku dengar semua penerangan Ustaz Hasan Din Al-Hafiz, aku pandang diri aku dan suami. Banyak sangat kekurangan dalam diri kami berdua. Bila dan ada anak, tanggungjawab dah jadi makin berat sebab nak mendidik anak ke arah yang baik.
 
Sungguh berat tanggungjawab seorang lelaki apatah lagi sudah berkahwin, ada isteri dan anak-anak. Bukan nak seronok je kan..banyak lagi perkara yang perlu dititikberatkan.
 
Ditambah pula dengan dunia akhir zaman yang bermacam-macam tipu daya dan tarikan yang melalaikan untuk umat Islam yang lemah iman macam aku ni membuatkan aku rasa amat kerdil sekali.
 
Ya Allah Ya Tuhan kami, bantulah kami dalam mengharungi kehidupan kami di atas muka bumi ini dengan sebaik-baik amalan dan ibadat kepadaMu..Amin Ya Rab Al 'Alamin.
 
As-salam :)
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

4 comments:

  1. Salam, terimakasih kerana berkongsi cerita, byk yg boleh di pelajari. Saya mendaptkan blog saudari pun bila sya menaip "bapa yg derhaka". asalnya sya mencari jawapan di atas tuduhan ayah sya yg kerap menchop saya derhaka. Biasa la, dah makan berpuluh tahun saya di chop "anak setan, anak derhaka, anak yg tak akan bau surga, anak bodoh yg tunjuk pandai, dan mcm2 lagi yg berdesing di telinga. Dan berpuluh tahun juga sya doakan dia lembut hati supaya jgn mengumpat, jgn menghina org, jgn ckp besar, jgn riak, jgn mengutuk anak2, menantu2, jiran2 dan mengutuk pemimpin, jgn pengaruh org lain utk menyokong perkara negatif yg dia suka bawa, menghina isterinya ( mak saya ), yg akan membuatkan sya cepat naik angin dan terus melawan cakap dia.... Setiap nasihat saya cara baik @ penerangan pada nya secara baik pun, sya adakalanya di tuduh membuat fitnah.
    Sya sedar sejak kecik lagi, sya ni bukan lah anak favorite dia, sya mmg lebih memanjakan diri sya pada mak sya, wpun mak saya memanjakan semu anak sama rata.
    Hari ni saja, bila dia menuduh sya ckp fitnah wal hal sya bercakap benar, dia menjerit sekuat hati tak kira lah waktu malam ker, agar semu org keliling akan dengar, tujuan nya mudah..menyakitkan hati saya depan semua org termasuk depan isteri dan nank2 saya. Apa lagi, sya menjerit balik, kali ni lebih kuat dari dia, sampai dia pun naik terkejut...dan dlm hati sya mmg la sya kesal, tapi adakalanya, krn tiada seorg pun manusia bole tegur dia, mmg kali ni, sya ikut lak style dia, menjerit kuat2, bagi dia pulak rasa malu. Lps tu, bia dia terkejut, mulalah dia ckp " anak derhaka, tak kan bau surga, ko keluar dr rumah ni, jgn jejak kaki lagi termasuk keluarga ko sekali"..sya mmg dah jadi mcm hati kering, cuma muka mak sya yg cukup sya terguris, krn sya tahu, kalu sya cabut, mak sya pulak akan jadi punching beg ( bukan dgn kaki tangan, sbb bapa sya x pernah jentik pun mak sya), tapi dgn kata2 yg amat tajam, mernyakitkan hati, dan bole membuatkan seseorg tu nak lepuk jer mulut celupar bapa sya tu.
    Sori lah saudari...ssya ni akan derhaka, tp membela mak sya bila di herdik herdik oleh bapa sya...sbg anak, mak sya adalah org yg paling sya kasihi lebih drppada isteri dan anak2 sya.
    Apa pun walau mcmana sama menjerit kt bapa sya, bukan lah bermaksud nak melukai hati dia, tp lebih bermaksud supaya dia perlu pikir , org lain pun ade perasaan juga, wpun sepatah ckp sya pun dia siang2 dah setkan otak dia yg dia x akan dgr, dah mcm secara automatik, mahupun ade kebenarannya, ade nasihatnya. Cakap lembut pun x makan...apa yg dia nak, sya mesti sokong dia wpun perkara2 tu menyakitkan hati org yg mendengar, janji org tu sakit hati, bila kena maki free jer, dia nak org tu telan maki makian dia yg terlalu menghina mangsa nya tak kira samada org tu isteri dia kewr, anak2 dia ker, cucu dia ker....sampai sya dah tekad, alang2 saya ni dah di chop derhaka, baik sya betul2 derhaka wpun sya tahu dia marah gila dgn perkataan yg sya semburkan padanya, tapi sya tak pernah lah memaki dia sprt dia memaki sya.
    Terimakasih mendengar, kalu nak nasihat, sya alu2kan. Semoga awk akan bersama org2 yg beriman .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam...tersentuh hati saya mendengar luahan hati saudara. Saya tak pandai dalam bg nasihat sebab saya pun banyak kekurangan. Cuma teruskan la berdoa semoga diberi hidayah pada ayah saudara. Ayah mana tak sayangkan anak dan isteri kan. Mungkin kedegilan hatinya melebihi rasa kasih beliau pada ahli keluarganya. Jangan berhenti berdoa..in syaa allah 1 hari nanti Allah makbul doa saudara. Saya lebih suka untuk kongsi ustaz hanafiah cakap, kadang2 nak lembutkan hati manusia, kita sendiri yang perlu mulakan dahulu perbuatan dan perlakuan yang lemah lembut, layan dia dengan penuh hikmah, in syaa allah, kalau kita memang ikhlas lakukan kerana Allah, Allah akan bantu kita dengan lembutkan hati dia. Sy minta maaf ye jika ini sahaja yang dapat saya bantu saudara...terima kasih sebab sudi berkongsi rasa dengan saya di blog saya yang tak de pe ni..

      Delete
    2. Cycleo blue..
      rupanya kita senasib...cuma bezanya..bkn bapa tp ibu...sama situasi

      Delete
  2. Nasib kita sama. Bapa asyik jerkah anak isteri. Semua benda mak buat. Anak2 buat. Dia baru lepas accident kali kedua. Tp sakit kaki tu dijadikan alasan tak nak pergi masjid. Tak nak hantar anak sekolah. Kwn mati tak nak ziarah. Saya tertekan sgt. Dia jerkah sampai org sekeliling dgr. Nak bagi nampak kita yg salah. Padahal org dh ckp berkali kali pergi lah ke masjid. Solat jemaah. Dgr tazkirah. Tp hati dia mcm batu. Tak pernah pergi slps accident kecuali utk solat jumaat. Baca quran tidak. Yassin pon susah. Tgk tv je kerjanya. Terima kasih saudari. Saya hanya nk luah perasaan saya. Saya pun tak boleh lihat ayah asyik marah ibu saya.

    ReplyDelete