About Me

My photo
Seorang anak sulung kepada pasangan Mohd Yusof Pandak Abdul Rahman dan Hasnah Yusuf. Seorang kakak kepada 9 orang adik-adiknya. Seorang isteri kepada Nasrul Faiz Firdaus. Seorang ibu kepada seorang anak lelaki, Muhammad Alauddin. Seorang suri rumah sepenuh masa dan sepenuh tenaga ('',). Seorang businesswomen kecil-kecilan aje untuk mengisi masa yang terluang. Seorang yang simple dan mudah didekati. Terima kasih sudi menjengah blog saya yang tiada apa ini..
Powered by Blogger.

Thursday, November 8, 2012

EGO Perlu Untuk Siapa? Suami @ Isteri?

 
Assalamualaikum
 
Bila dengar soalan dari seorang lelaki yang sudah berkahwin dan mempunyai anak-anak yang ramai, tersenyum Ustazah yang nak menjawab soalan tersebut.
 
Si suami bertanya, soalannya lebih kurang begini.
 
"Saya nak tanya Ustazah, ego ni perlu kan Ustazah. Tapi apa yang saya lihat pada wanita sekeliling saya (maksud dia dalam kalangan keluarga dia dan isteri), kaum wanita lebih tinggi egonya berbanding lelaki. Apa pandangan Ustazah dalam hal ini?"

Jawapan Ustazah:
 
Ego tu perlu untuk lelaki dan wanita dalam menegakkan hak sebagai seorang manusia, dan isteri atau suami. Hak sebagai seorang manusia yang beragama Islam adalah menunaikan ibadah kepada Maha Pencipta tanpa ada halangan dari manusia yang lain.
 
Hak seorang isteri dalam rumahtangga adalah patuh dan taat pada suruhan suami selagi tidak melanggar syariat Islam dan tidak membelakangi suruhan Allah dalam mentaati suami. Selain itu, merangkumi hak menuntut ilmu dan hak memiliki harta.
 
Hak seorang suami pula adalah sebagai ketua rumahtangga, hak membuat keputusan dan hak mendidik seluruh ahli keluarga agar sentiasa berada di atas landasan yang benar. Hak suami adalah lebih besar dari hak seorang isteri.
 
Bila masa EGO diperlukan dalam menegakkan hak suami dan isteri?
 
Sebagai contoh situasi seperti berikut:
Si isteri ingin turut serta ke masjid kerana ada kelas agama dan fardhu ain yang diadakan oleh seorang Ustazah. Tetapi suami tidak benarkan isteri pergi sendirian dan meminta isteri duduk sahaja di rumah.
 
Ego seorang isteri dalam situas ini adalah seperti contoh di bawah:
 
"Abang, saya nak pergi menuntut ilmu dan itu hak saya sebagai seorang wanita Islam. Kalau abang tak izinkan saya pergi, apakata kita pergi sama-sama nak?"
 
ataupun
 
"Abang, tajuk hari ni best tau, saya nak sangat belajar tajuk tu, hal suami isteri, bukan untuk orang lain, untuk rumahtangga kita juga"
 
Bercakap perlu dengan hikmah dan lemah lembut kerana itu senjata wanita yang dilahirkan dengan kelembutan. Gunakan segala kurnia yang Allah anugerahkan pada wanita dalam mengatasi masalah-masalah seperti ini.
 
Islam juga tidak melarang isteri mengumpul harta dengan hasil titik peluhnya sendiri dalam erti kata bekerja. Tetapi perlu mematuhi dengan sempurna garis panduan yang disediakan dalam Islam berkenaan adab dan cara isteri membawa diri di luar, tanpa perhatian dari suami serta yang paling utama niat isteri perlu betul.
 
Kadang kala ada isteri yang dikurniakan suami yang agak kurang ilmu agamanya tetapi isterinya seorang yang Alhamdulillah sentiasa menjaga solat dan auratnya. Di sinilah cabaran dan perlunya ego seorang isteri.
 
Apabila suami menegur, menegah atau melarang perbuatan isteri yang melakukan kebaikan, isteri perlu tegas dalam isu ini kerana dalam menunaikan tanggungjawab kepada Allah S.W.T, perintah suami menjadi nombor dua selepas perintah Yang Maha Berkuasa. Isteri wajib tunaikan perintah Allah dahulu barulah suami.
 
Jika suami mengatakan "Tak cantik la awak pakai tudung"
Isteri perlu bijak dan menjawab dengan hikamh " Abang, ini hak saya sebagai seorang wanita Islam, saya wajib tunaikan tanggungjawab saya pada Allah dalam menutup aurat dengan sempurna"
 
Jika suami menegur perbuatan isteri melakukan solat, berpuasa yang wajib, isteri juga perlu bijak menjawab kerana itu adalah hak utama sebagai manusia yang beragama Islam. Apabila isteri menjawab dengan penuh hikmah, penuh lemah lembut, penuh kasih sayang, dengan niat kerana Allah, InsyaAllah akan lembut hati suami untuk bersama-sama isteri dalam melakukan kebaikan.
 
Ego seorang suami perlu dalam rumah tangga untuk menunjukkan wibawa seorang suami dalam mengemudi bahtera rumah tangganya. Ego seorang suami menunjukkan suami seorang yang bijak membuat keputusan, menyelesaikan masalah, pencari nafkah untuk isteri dan anak-anak dan mengharmonikan rumah tangga.
 
Salah satu keadaan dalam menegur isteri jika isteri membuat salah dan dosa serta mengajak isteri ke arah kebaikan.
 
Contoh situasi seperti berikut:
 
Suami ingin mengajak isteri bertukar dari tidak bertudung kepada bertudung. Suami boleh mulakan dengan membeli tudung untuk isteri. Apabila isteri sedang berusaha ke arah itu, jadilah penyokong kuat isteri untuk dia lebih bersemangat dan tetap dalam penghijrahannya.
 
Sesekali memuji penampilan baru isteri lebih menawan dan sesuai dengan isteri, kerana wanita itu dilahirkan dengan sifat suka dibelai, diberi perhatian dan dipuji.
 
Jika dikurniakan isteri yang teragak-agak dalam melakukan kebaikan dan ibadat, suami sentiasa tanpa jemu mengajak isteri melakukan bersama-sama, mengajar isteri apa yang tidak diketahuinya di samping menceritakan kebaikan yang diperolehi dari melakukan kebaikan dan ibadat tersebut.
 
Dalam hubungan dengan mertua juga perlu ada ego sama ada dari pihak isteri atau suami. Jika isteri memang tahu suami mempunyai hubungan yang kurang mesra dengan ibu dan ayahnya, isteri perlu mainankan peranan suapaya hubungan menjadi lebih baik.Berikan layanan yang baik pada kedua ibu bapanya walaupun suami tidak melayan ibu ayahnya seperti isteri melayan mereka, kerana itu hak seorang menantu terhadap mertuanya.
 
Begitu juga di sebelah isteri. Jika isteri memberi layanan yang kurang mesra pada kedua ibu bapanya, suami perlu menegur perbuatan isteri dan berusaha menjernihkan kembali hubungan kekeluargaan sebelah isteri kerana itu hak suami terhadap isteri dan mertuanya.
 
Ego yang tidak diperlukan dalam rumahtangga adalah ego mempertahan yang batil dan menegakkan yang salah. Ada isteri yang terlalu lantang mempersoalkan teguran-teguran yang baik dari suami walhal dia tahu akan kebenaran teguran suaminya itu. Jika terlalu ego, ditakutkan isteri boleh jatuh nusyuz pula pada suami tanpa isteri sedari.

Ingatlah, isteri yang nusyuz tidak mencium bau syurga..Minta dijauhkan!!
 
Suami juga begitu, apabila terlalu ego, segala arahan dituju kepada isteri sehingga semua tanggungjawab di atas bahu isteri. Kerana isteri seorang yang baik hatinya dan tidak mampu untuk melawan arahan suami, suami menjadi seorang yang tidak berhati perut dan boleh memudaratkan isteri jika berlaku kekasaran pada isteri.

****************************************

Aku suka sangat dengar hal-hal berkaitan suami isteri, rumah tangga semua ni. Banyak ilmu yang memang aku tak tahu sebab ilmu rumahtangga ni amatlah luasnya.

Bila ada masa kebetulan pula kerja rumah dah selesai, memang bersila la aku depan tv sambil main bola dengan Alauddin...sebab Alauddin suka dera mama dia sepak atau baling bola jauh-jauh, tunjuk kat mama suruh pegi kutip...memang boleh kurus aku kalau hari-hari berlari dalam rumah..hoho

OK..bye :)
 
 
 


2 comments:

  1. As salam... cuma nak tanya "Islam juga tidak melarang isteri mengumpul harta dengan hasil titik peluhnya sendiri dalam erti kata bekerja" adakah masih boleh tanpa kerelaan suami? TK

    ReplyDelete
    Replies
    1. as salam...saya tidak arif sangat bab2 begini, tapi pernah dengar ceramah beberapa ustaz dan ustazah - segala yang isteri nak lakukan perlu dapat keizinan suami dan redha suami, untuk dapat redha Allah perlu dapat redha suami - jadi kalau suami memang izinkan isteri untuk bekerja dan mengumpul harta sendiri, tiada la masalah apa2 kan, cumanya suami tak rela atas sebab apa...dengan alasan suami tu mungkin boleh dikatakan boleh atau tidak seorang isteri bekerja untuk mengumpul harta. minta maaf saudara/ saudari jika tidak menjawab soalan dengan baik :)

      Delete