About Me

My photo
Seorang anak sulung kepada pasangan Mohd Yusof Pandak Abdul Rahman dan Hasnah Yusuf. Seorang kakak kepada 9 orang adik-adiknya. Seorang isteri kepada Nasrul Faiz Firdaus. Seorang ibu kepada seorang anak lelaki, Muhammad Alauddin. Seorang suri rumah sepenuh masa dan sepenuh tenaga ('',). Seorang businesswomen kecil-kecilan aje untuk mengisi masa yang terluang. Seorang yang simple dan mudah didekati. Terima kasih sudi menjengah blog saya yang tiada apa ini..
Powered by Blogger.

Monday, November 12, 2012

Nak Dapat Aura Positif, Kawanlah Dengan Orang Yang Positif

Assalamualaikum
 
Pagi tadi ada monthly check up aku kat KK sebab aku kan ambil pil perancang, so ada follow up setiap bulan. Sedang menunggu giliran, ada seorang wanita duduk sebelah aku, dia mengandung, senyum je masa kami bertentang mata..cantik orangnya..
 
Dia ramah, macam aku la juga..haha..pantang ada orang bawak belabun, memang menjadi la kan. Mula-mula dia usik-usik Alauddin, sikit-sikit kami jadi ramah.
 
Tapi yang buat aku tertarik dengan dia, setiap apa yang kami sembangkan semua terselit aura positif sama ada dari segi percakapan atau pemikiran dia.
 
Dia mengandung anak ketiga pada usia 26 tahun, mengandung anak pertama pada usia 20 tahun. Anak pertama tahun depan dah masuk pra sekolah. Dia pun tak sangka pada usia yang lebih kurang aku, dia ada anak yang dah masuk sekolah..Comel kan :)
 
Dia kematian mak pada usia 15 tahun, tapi mempunyai hubungan yang rapat dengan mak dan bapa saudara. Bila aku cakap aku bersalin kat Hospital Manjung, dia cakap dia ada bapa saudara yang kerja sebagai doktor sakit puan, tapi kategori senior @ orang lama la kata orang kan, namanya Dr. Hanafi ke Hanifa..cam tu la..aku lupa dah namanya..
 
Dia cakap dia kahwin awal sebab dia sudah tiada mak, jadi dia perlukan seseorang untuk menjaga dan berlindung. Kenal dengan suami, terus usul untuk kahwin dan dia menerima. Alhamdulillah, bila kita yakin dan menerima apa yang Allah takdirkan untuk kita, Allah akan mudahkan perjalanan kehidupan kita..InsyaAllah..
 
So, bila sudah tiada ibu kandung, dia berpantang dengan ibu mertua. Tapi yang positifnya wanita ini adalah dia sangat sayangkan dan perlukan ibu mertua dia sebab ibu mertualah tempat dia berkongsi segalanya seperti kita yang berkongsi segalanya dengan ibu kandung kita.
 
Ibu mertua dia adalah bekas jururawat, pernah berkhidmat di Hospital Besar Sungai Buloh, sekarang dah pencen so bekerja sebagai pensyarah, kat mana lupa pula nak tanya, tapi bahagian nurse-nurse ni lah lebih kurang.
 
Yang seronoknya, apabila dia kene refer pasal anak, kehamilan atau kelahiran, ibu mertua yang bersama-sama dengan dia. Ibu mertua dia kan seorang nurse senior sudah tentu banyak pengalaman. Yang bestnya walaupun seorang nurse veteran tapi cara berpantang dia sangat moden tapi tetap patuh pada pantang larang yang logik dan patut diikut oleh wanita berpantang amnya.
 
Positif kan wanita ni, memang langsung tak de mengomel pasal mertua garang, mertua cerewet, mertua itu, mertua ini, sebab dia cakap masa hari pertama menjadi seorang isteri dia sudah menganggap ibu mertua seperti ibunya sendiri.
 
Memang dia kata, ibu mertua sedikit garang mungkin sebab nurse kot..tapi dia kata arahan dia tu senang untuk kita ikut. Lagipun suaminya bekerja di utara, dan dia tinggal bersama anak-anak, sekali sekala ke rumah ibu mertuanya.
 
Dia juga ada bercerita, semasa bersalinkan anak pertama, suami dalam perjalanan dari Penang ke Hospital Besar Sungai Buloh, tapi memang rezeki dia, Allah mudahkan dia bersalin. Ibu mertua yang temankan dia sepanjang proses nak bersalin dan hanya sakit 3 jam sahaja. Suami tiba selepas selesai bersalin.
 
Anak kedua juga begitu, dalam ambulan ketika dalam perjalanan, kepala sudah di pintu, ibu mertuanya tahan dengan telapak tangan sementara tunggu sampai hospital. Alhamdulillah..
 
Teringat pesanan seorang ustaz, katanya "Kalau nak memudahkan bersalin, berbuat baiklah pada ibu mertua, layanlah ibu mertua seperti ibu kandung kita sendiri".
 
Dia tidak bekerja, tapi menjalankan perniagaan dari rumah, menjual pakaian kanak-kanak dan orang dewasa. Pada asalnya perniagaam adik ipar, tapi adik ipar dapat tawaran kerja kerajaan, so stok yang ada, diserahkan kepada wanita ini untuk menyambung sebagai perniagaan sendiri. Jadi, kat sini kami sama :)
 
Yang positif lagi mengenai wanita ini adalah dia tidak meminta yang tidak-tidak pada suaminya dan hanya menerima apa saja yang mampu diberikan oleh suami. Dia juga kurang bergaul dengan wanita yang terlalu taksub dengan barangan mewah, yang selalu mengeluh pemberian suami, yang berangan itu dan ini, yang menunjuk-nunjuk dan hidup terlalu mewah. Dia sukakan kawan yang sederhana dalam segala segi.
 
Banyak yang kami borak dan kongsikan, seronok sebab semua yang baik-baik sahaja. Teringat lagi ayat dia yang menaikkan aura positif dalam jiwa aku "Akak, kita yang tak kerja tak semestinya tak boleh sumbang apa-apa untuk keluarga, cukuplah suami, anak-anak dan keluarga kita tahu apa yang kita lakukan untuk mereka. Lagipun puas hati anak-anak membesar depan mata kak. Kita beruntung kak sebab suami kita paham kita sedalamnya dan sentiasa berusaha untuk berikan yang terbaik untuk keluarga dia walaupun isterinya tidak bekerja..Bersyukurlah kita kak.."
 
Sejuk menusuk dalam hati jiwa jantung aku ayat-ayat wanita ini.
Terima kasih Siti Sarah Yusuf
Aku berharap ada jodoh lagi untuk aku bertemu dengan dia :)
 
 
 
Yang best dia kata *Akak dan saya sama lah*
Seronok :)

2 comments:

  1. menarik! :)
    umur baru 26 tapi fikiran sgt matang :)

    ReplyDelete
  2. kannn...seronok berkawan dengan org yang matang :)

    ReplyDelete