About Me

My photo
Seorang anak sulung kepada pasangan Mohd Yusof Pandak Abdul Rahman dan Hasnah Yusuf. Seorang kakak kepada 9 orang adik-adiknya. Seorang isteri kepada Nasrul Faiz Firdaus. Seorang ibu kepada seorang anak lelaki, Muhammad Alauddin. Seorang suri rumah sepenuh masa dan sepenuh tenaga ('',). Seorang businesswomen kecil-kecilan aje untuk mengisi masa yang terluang. Seorang yang simple dan mudah didekati. Terima kasih sudi menjengah blog saya yang tiada apa ini..
Powered by Blogger.

Saturday, November 10, 2012

Sedihnya Tak Tahu Nak Cakap La..

 
Assalamualaikum
 
Hari ni aku dah paham apa perasaan ibu-ibu yang tak dapat nak teruskan breastfeeding sampai anak usia 2 tahun.
 
Memang sedih..sangat-sangat sedih...Tak tahu nak gambarkan perasaan tu macam mana. Tapi Allah masih kurniakan aku rezeki untuk teruskan penyusuan susu ibu ini, dan doa aku sehingga genap usia Alauddin 2 tahun. InsyaAllah..
 
Aku nak cerita pengalaman sedih, takut dan risau aku, walaupun hanya berlaku selama 2 jam sahaja. Allah uji aku sekejap cuma, tapi kesan dia memang kuat pada hati dan perasaan aku. Sampai sekarang tak berhenti lafaz syukur aku padaMu Ya Allah..
Alhamdulillah...
 
Hari ni kami ke Coty2u Autoshow 2012 kat Matrade Exhibition and Convention Centre (MECC). Gerak pagi sebab tak nak bersesak-sesak time orang dah ramai. Petang dalam pukul 2 dah bertolak balik.
 
Sampai rumah dalam pukul 5 petang. Masa ni Alauddin tidur, so aku terus la dukung dia perlahan-lahan bawa masuk rumah, terus ke bilik. Tapi baring je atas tilam, dia sedar, tapi mamai lagi, terus sua susu.
 
Masa minum susu tu, mata dia pejam, aku bajet terus sambung tidur. Dalam 10 minit cam tu, dia celik mata, terus duduk, sengih-sengih ajak main. Pulak dahhhhh...tak dapat la mamanya nak tumpang baring sekali.
 
Balik dari berjalan, aku memang akan berehat sekejap, pastu terus mandi. Sebab selagi tak mandi rasa badan letih bebeno. Aku letak Alauddin kat depan, main dengan abah dia, aku mandi kejap.
 
Lepas mandi, mandikan Alauddin, suami pun pegi mandi. Selesai semua tu, bergolek la kami atas tilam. Alauddin main baling-baling mainan dengan abah dia.
 
Pastu dia pegi kat aku, tepuk-tepuk dada, tanda nak susu. Aku pun letak dia atas peha, dia nampak je terus nganga, elok je cecah bibir nak hisap, dia tolak sambil buat muka pelik. Aku pun bagi lagi, gaya yang sama dia buat.
 
Alauddin bingkas bangun terus sambung main balik. Aku ingat dia acah-acah je. Dalam 5 minit, dia datang balik, tepuk dada nak susu.
Aku bagi, cecah je bibir nak hisap, dia terus wat aksi yang tadi.
 
Mula dari situ aku dah mula naik hairan sebab tak pernah pun anak aku buat macam tu. Gaya dia macam nak susu tapi macam ada mende yang menghalang dia untuk teruskan hasrat hati dia.
 
Bila dia datang lagi nak susu, aku wat posisi baring pula. Aku baringkan dia sebelah aku, tapi macam tu juga. Baru nak hisap, dia buat muka pelik dan tolak tangan dan dada aku.
 
Aku fikir de mende ke dalam mulut anak aku sampai dia tak boleh atau tak nak menghisap susu. Padahal sepanjang pagi tadi sampai dalam kereta nak balik rumah, elok je dia nyusu ngan aku. Sampai tertido pun.
 
Aku cek tak de pe pun. Kalau ada ulser pun, Alauddin tak tunjuk pun yang mulut dia seperti de ulser, makan selera, main ok je. Tak de meragam pun.
 
Aku pun cek dada aku. Tak pe yang pelik, kot-kot de perasa lain ke kat area menghisap tu yang buatkan Alauddin rasa pelik semacam. Tapi tak de pe pun.
 
Pesen Alauddin memang suka mengulang hisap susu. Kalau dia main dalam bilik atas tilam, dia akan main kejap pastu datang kat aku selak baju nak susu. Pastu dia sambung main. Pastu dia datang balik hisap susu kejap pastu main balik. Selang 2 3 minit macam tu.Memang aku dan suami dah paham sangat tabiat dia yang tu.
 
Petang ni pun sama tabiat dia, tapi setiap kali datang nak susu, dia tak jadi nak susu. Sampai ke 1 tahap, selepas sejam begitu, dia mula merengek. Aku bagi la susu, dia tolak juga.
 
Aku memang dah rasa Alauddin merengek sebab dia nak susu tapi dia tak boleh nak menyusu. Puas aku cari punca tapi tak dapat juga.
 
Suami tanya, susu ada kan? Aku picit, banyak keluar, seperti selalulah aku cakap. Suami cakap rasa pahit ke susu. Aku rasa, tak da lah, manis je. Suami cakap cuba basahkan nipple dengan susu, then bagi Alauddin rasa.
 
Aku pun buat seperti suami cakap. Aku bagi Alauddin susu, reaksi dia sama macam tadi. Dia tolak. Tapi yang buat aku rasa sedih dan tak tentu arah, mata dia pandang kat dada aku, bila dia letak je mulut, dia tak jadi hisap, terus merengek.
 
Gaya dia seolah-olah dia nak kabo yang dia nak susu tapi tak boleh nak hisap susu. Sementara nak melayan rengekan dia, aku ajak dia main kejap, tapi dia akan datang balik minta susu. Memang aku runsing sangat.
 
Aku bangun cuci mulut dan lidah Alauddin, kot-kot de rasa-rasa pelik dalam mulut dia. Lepas tu aku lap dada dengan tuala basah. Aku riba Alauddin, nak bagi susu, reaksi masih sama, menolak,lepas tu pandang lagi nak hisap, pastu tolak balik. Jantung aku dah berdebar-debar dah.
 
Suami pun ajak makan malam, masa tu pukul 7.45 malam. Jadi, aku suap Alauddin nasi dengan telur. Banyak juga dia makan, lega sikit hati aku sebab dia kenyang la sikit kan.
 
Tapi aku masih duk ngomel kat suami pasal Alauddin tak nak hisap susu. Suami aku cakap kejap je tu. Nanti dia lapar, dia hisap la balik macam biasa. Aku masih mencuba lagi untuk bagi Alauddin susu. Tapi macam tu jugak.
 
Sampai lah suami cakap macam ni "Tula mama, selalu marah Alauddin bila Alauddin gigit nenen mama, selalu bebel kat Alauddin kata sakit. kan Alauddin dah tak nak nenen".
 
Nak nangis aku bila suami cakap macam tu. Memang lah aku ada marah dan membebel tapi bukanlah marah jerit-jerit ke, tampar-tampar pipi ke, cuma suara aku tinggi sikit mengaduh sakit bila Alauddin gigit.
 
Tapi Alauddin tak gigit lama, jenis gigit kejap tapi kuat. Memang sakit, memang pedih. Tapi bukanlah sampai aku minta Alauddin tak nak menyusu dengan aku lagi. TAK PERNAH!!!
 
Ayat suami memang bergurau, tapi aku tersentap sangat. Tak putus-putus aku doa pada Allah, hari ni bukan hari terakhir aku boleh menyusukan anak aku. Berikan aku rezeki supaya aku boleh teruskan penyusuan untuk anak aku. Sampai macam tu sekali tahap kerisauan aku.
 
Aku masih mencuba lagi untuk bagi Alauddin susu walaupun dia tetap menolak. Tapi dia tetap merengek nak susu..Ya Allah, hati aku dah tak tahu nak rasa apa.
 
Suami pula ada perjumpaan malam dia atas urusan kerja dia. Dia tenang je sebab dia kata sekejap je tu, dia nak tidur nanti dia hisap balik. Berkali-kali dia pujuk aku macam tu. Aku risau sebab Alauddin tak pernah macam tu.
 
Sebab utama adalah aku belum sedia untuk cerai susu dengan anak aku. Rasa tak sanggup dan secara tiba-tiba pula. Memang semua ni rezeki Allah, tapi sebolehnya aku letak pengharapan yang tinggi supaya Allah kabulkan doa aku untuk susukan anak aku sehingga 2 tahun, dengan izinNya.
 
Lagi 1 sebab aku tak ada masalah susu kurang atau ada tanda-tanda susu kurang. Kalau aku ada masalah atau tanda-tanda tersebut, mungkin aku boleh terima keadaan itu. At least, aku paham rezeki aku setakat itu.
 
Tapi ni tak de sebab apa, tapi anak aku menolak untuk hisap tapi dalam masa yang sama dia nak menyusu. Rasa nak meletop jantung aku ni tengok keadaan anak aku. Dari pukul 6.30 petang tadi sampai pukul 8.30 malam dia tak menyusu langsung.
 
Bila suami dah keluar rumah, aku bawak Alauddin masuk bilik, baring atas tilam sambil tengok tv. Selalu memang bila aku baring, dia akan datang selak baju nak susu. Tapi dia tengok je, terkelip-kelip. Kesian sangat dah aku tengok.
 
Sambil aku usap-usap kepala dia, aku pujuk dia, aku cakap kat dia, napa Alauddin tak nak nenen mama..Nenen la sayang..kenapa ni..meh nenen meh...Aku ulang berkali-kali sambil Alauddin menyahut dalam bahasa dia.
 
Perlahan-lahan aku tarik kepala dia dekat dada aku, sambil aku pujuk dia, usap kepala dia....dia letak perlahan-lahan mulut dia, dia diam je, lama juga...sambil aku doa Ya Allah, bantulah anak aku, permudahkan anak aku...
 
Lama aku tunggu dia nak hisap...sampai la aku rasa sedutan dari mulut dia...Ya Allah...laju je air mata aku ni mengalir, sambil tak berenti mulut aku ucap syukur Alhamdulillah...Alauddin teruskan menyusu sampailah dia sendiri berhenti.
 
Masa dia berhenti, aku tengok muka dia, aku harap dia berenti rehat kejap untuk teruskan susu kejap lagi. Aku tukar sebelah lagi, mula-mula dia tolak, kemudian aku pujuk sikit, dia terus hisap...Tak tahu nak cerita cam ne perasaan aku tu bila tengok dia ralit menyusu.
 
Bila tengok mata dia layu nak tidur, aku tukar posisi baring mengiring. Teruslah dia menyusu sampai tertidur.
 
Aku rasa mungkin beginilah perasaan ibu-ibu yang masa mula-mula dapat tahu tak dapat nak teruskan penyusuan kat anak. Memang rasa sangat sedih. Tapi walau apa pun, ibu tetap ibu, tetap sayang anak lebih dari nyawa dia sendiri walaupun tak dapat nak menyusukan anak dengan susu sendiri.
 
Ukuran kasih sayang ibu bukan dari susu ibu itu sahaja, banyak sangat pengorbanan ibu yang memang langsung tak ada perbandingan dan perantaraan dalam dunia ini untuk kita samakan dengan nilai kasih si ibu.
 
Ada sebab kenapa sesetengah ibu tak mampu untuk menyusukan anak sehingga 2 tahun walaupun itu niat dan azam pertama si ibu ketika mengetahui rahimnya sudah berpenghuni.
 
Sesungguhnya semua yang berlaku dalam kehidupan kita adalah ketentuan Allah, rezeki dari Allah dan dengan izin Allah juga.
 
Syukur padaMu Ya Allah atas rezekiMu..Ameen
 
 

1 comment: