About Me

My photo
Seorang anak sulung kepada pasangan Mohd Yusof Pandak Abdul Rahman dan Hasnah Yusuf. Seorang kakak kepada 9 orang adik-adiknya. Seorang isteri kepada Nasrul Faiz Firdaus. Seorang ibu kepada seorang anak lelaki, Muhammad Alauddin. Seorang suri rumah sepenuh masa dan sepenuh tenaga ('',). Seorang businesswomen kecil-kecilan aje untuk mengisi masa yang terluang. Seorang yang simple dan mudah didekati. Terima kasih sudi menjengah blog saya yang tiada apa ini..
Powered by Blogger.

Saturday, December 29, 2012

Berani Ke Beli Barang Secara Online???

Assalamualaikum
Ada beberapa kawan aku yang beli online pakaian baby ngan aku, selalu duk tanya pasal kesecurean membeli secara online ni dan kami berkongsi pengalaman dan pandangan terhadap fenomena hangat skang ni.
Ye la..skang zaman semua di hujung jari kan. Apa mende yang ko tak bole tahu dengan hanya mencuit hujung jari telunjuk kome je???

Anak kome yang hilang pun kome boleh cari dengan hujung jari juga. Kan ada alat yang pasang kat pergelangan kaki anak yang jenis suka merayap tak tentu hala dalam mall ke, time jenjalan kat taman ke kan, kita mak ayah boleh tahu kedudukan anak sebab ada censored kat alat tu yang bagi tahu anak kat mana.

Siap bole set lagi sampai jauh mana anak tu bole pergi, pastu kalau dah lebih had, alat tu akan berbunyi..Alat ni sesuai la untuk mak yang jenis ralit time shopping nak-nak pula time YES skang ni kan. Anak ke laut, mak entah ke mana..apak lagi la tah mana tala kannnnn..

Teringat aku masa beli baju Alauddin kt Billion baru tu masa raya baru ni, de announcement pasal budak ilang...promoter baju budak tu senyum siap geleng-geleng kepala lagi...kata dia tiap-tiap hari de budak ilang kak, 1 hari 2 3 kali pulak tu...hahahaha...mak aku ngan aku bantai gelak je la.

Kebanyakkan kawan aku pun asalnya customer aku juga, pastu duk sembang cantik je jadinya semakin mesra gitu, bertukar-tukar pandangan la pula..tu yang bole jadi kawan tu :) Seronok sambil berniaga sambil buat kawan kan.

so, dalam kami duk berborak-borak tu, dia cerita dia semua beli online, lama dah tak beli kat kedai cam selalu tu la. Sebab senang, cepat lepas tu terus sampai depan pintu...gitu...

Aku cakap sama la macam aku pun. Memang jarang sangat beli kat mall ke kedai ke, semua aku beli online je. Suami aku pun sama, tu lagi la kaki shopping online.

Kawan aku ni cakap, aikkk..laki pun kaki shopping ye???? Shopping pe tu??? Laki aku xde la shopping baju kasut beg cam pompuan ni...dia kaki gadget la....semua gadget termasuk handset dan laptop dia beli online je....ada berani??????

Kawan aku siap tanya beli kat mana?Bole bagi link seller tak? Bab ni aku kene la tanya suami aku. Die je yang tahu pun. Sebab dia nak beli handset tapi cam tak berani sebab takut dapat yang rosak dan kene tipu...

Dan dia tanya apa tips untuk elak kene tipu. Tak ada la tips pula cuma kene lebih rajin sikit la...rajin cam ne??? Baca bawah lagi ye..:)

Pada aku, nak beli online apa-apa barang pun, pembeli tu mesti bukan seorang yang cerewet ye...diulangi lagi BUKAN SEORANG YANG CEREWET. Memang ada certain seller yang tak letak details lengkap sesuatu barang yang die jual.

Nak jadi pembeli pun kenelah bijak ye. Cam suami aku, dia memang akan survey sehabis-habisnya online seller yang dia nak beli. Dia biasa beli kat lelong dan ebay je, sebab mostly dalam tu ada kedai betul so in case de problem boleh ke kedai dieorang la untuk rujuk problem barang kan.

Tapi setakat ni tak de masalah pada barang. Semua elok dan masih berfungsi sehingga kini. Dapat pun seperti yang dinyatakan. Suami aku kalau beli gadget suka beli dengan cina...sebab apa???? Lebih jujur katanya....

Jujur macam mana? Bila kita tanya, "Barang u original ke?" Tak da bos, China mari, bukan original, This 1 original". Dia boleh mengaku barang dia original dan tak original. Memang tak de kisah punya. Pastu akan suggest kita barang yang kita betul-betul nak ikut kehendak kita, walaupun kene layan berejam-jam.

Tu pengalaman kami laki bini la...lain orang lain pengalaman kan. Bukan tak nak beli ngan melayu, tapi service melayu dalam bab gadget ni agak kurang mesra dan mostly mesti jawab, "Ala bang, xsure la pasal tu..saya tak tahu la..tak pernah dengar pun..".Pastu tak nak layan berjam-jam..Dah ko tak cukup ilmu pasal barang.mesti la orang tanya nak tengok apa yang ko tahu..huhuhu..memang kami tak tanya dah la tengok trkulat-kulat je rupenye..

Kalau nak beli gadget secara online, kene cari info pasal gadget yang kita nak tu. Contoh handphone kan, jenis cam ne kita nak tu, model apa, spec apa, ada warna apa, extra function apa, semua kene cari sendiri dulu sebelum digula-gulakan oleh seller online.

Mungkin rezeki suami aku ni bagus kot dalam belian online ni sebab tak pernah kene tipu. Tapi dia memang jenis nak beli apa-apa dia cari info pasal barang dia nak tu. Die search kat lelong barang dia nak, baca apa spec barang tu, amik model, cari kat google plak details lain yang mungkin tak de dalam lelong tu.

Pastu dah cukup semua, dia amik no phone seller dia tanya, barang ada ke x, originality, harga semua lengkap la tanya spec yang patut ada, sama ke tak. Kalau ada yang tak sama, tanya kenapa itu barang tak de mcam saya baca, tengok dia explain apa...

So lepas tu decide la... Dalam lelong ada komen dan percentage yang buyer lain bagi after berurusan dengan seller ni, kira ada feedback la. So bole refer la sama ada dapat feedback yang baik atau tak baik. Suami aku jenis dah beli ngan 1 seller tu, dapat eok pulak, dia beli ngan yang tu je la.

Tapi style dia akan beli kat seller yang memang jual gadget yang banyak jenis, kedai besar dan respond cepat. Sama la macam pergi kedai pun dia akan suka bila salesperson tu layan terus bile kite tanya, bukan layan gitu-gitu, pastu wat tak reti, pastu barang tak banyak, tak de model yang popular, yang tu memang dia tak pergi dah.

Sama la cam online pun...ada yang ada kedai, so bila tengok alamat, biasanya banyak yang kat Low Yatt KL, tak pun Digital Mall, so memang sure la kedai beso kan..so tak de risau dah la. Ada warranty semua dah boleh jalan dah la.

Tapi kawan aku still tak berani la nak beli gadget online ni. Aku pesan kalau tak yakin tak payah la. Nanti tak dapat seperti yang nak, duk meroyan kat fb pulak kan...sebab beli online risiko lagi tinggi dari beli sendiri kat kedai.

Ada setengah orang nak sentuh, nak pegang, nak rasa kain la, nak rasa lembut keras la, semua la dia nak..so yang macam ni dinasihatkan tak yah la beli online sebab sikap anda silap ari bulan anda boleh memualkan seller ye..Beli sendiri kat kedai lagi puas hati.

Tapi aku ada dapat komen dari kawan aku masa belajar sama-sama kat Perak dulu, dia cakap dia tak minat nak beli online sebab rasa tak puas, pastu nanti kene tipu. Dia suka beli depan mata. Dia cakap sebab dia tahu aku ada jual barang online, padahal aku tak pernah promote kat dia...huahuahua

Aku cakap tak de salalh pun cuma risiko tu mana-mana ada, kene pandai pilih, kalau kita dah sehabis berhati-hati kan, kene juga tipu, anggaplah tak de rezeki. Tapi bila guna ayat, NANTI MESTI KENE TIPU, pernyataan tu memang aku sangkal sebab tak semua penipu, ada juga yang jujur.

Jadi kalau tak suka beli online, jangan kondem yang beli online dan jual online...ko pergi la beli sendiri barang ko tapi jangan nak pertikaikan apa yang orang lain buat sebab mende ni melibatkan tahap keyakinan seseorang dalam melakukan sesuatu.

Kalau rasa tak yakin, tak payah susah-susah nak beli online. Start kete pegi la beli kat butik, mall atau kedai yang anda minati ye...Tak de sapa salah pun nak beli online ke, nak beli sendiri depan mata ke, nak jual kat kedai ke, atau pun nak jual online...adoiiiiinyeeeepunnn...

Ok...nak kabo baru lepas shopping peplum yang tengah meletup-letup skang ni, konon rasa badan makin kecik (celah mana ko kecik esah??!!!), aku rasa nak berpeplum la..hahaha...Beli online juga kat kawan yang kenai kat fb je,,baik orangnya..senang aku beli terus kat dia..hope muat la kat badan aku sebab katanya saiz free size, tapi muat sampai L...

Confident je aku muat kan...haha..

Bye..:)




Wednesday, December 26, 2012

Hukum Suami Minum Susu Isteri

Assalamualaikum
Ada 1 post kat 1 group fb ni pasal hukum suami meminum atau terminum susu isteri.  Ada seorang isteri bertanyakan soalan ni sebab dalam ayat dia, dia cakap suami suka minum susu isteri.

Perkara dan soalan sebegini bukan perkara memalukan bila orang bertanyakan pasal hukum sebab dia nak tahu dan sedang mencari ilmu. Tak salah bertanya jika ingin tahu.

Banyak feedback dan respons dari mommies pasal hukum minum susu ni tapi kebanyakkannya meminta yang bertanya ni bertanya lebih lanjut dengan Ustaz or Ustazah sebab rata-rata macam konfius dah ragu-ragu dengan ilmu yang mereka ada.

Itu satu sikap yang sangat bagus dan bijak pada pandangan aku. Sebab apa??? Sebab bila kita sendiri kurang pasti akan sesuatu hal lebih baik kita meminta maaf dan nyatakan yang kita kurang pasti dan tidak dapat membantu yang bertanyakan soalan serta minta dia rujuk pada yang lebih arif.

Tapi ada seorang pengkomen yang memang seorang isteri, memberi komen dan terus meletakkan hukum yang nyata lagi terang amatlah SALAH malah MENYIMPANG dari apa yang terdapat pada hukum asal tersebut. 

Komen beliau adalah "Ya Allah puan, puan dah bukan suami isteri lagi, sebab suami puan sudah menjadi anak susuan puan. Puan kene asingkan tempat tidur mulai sekarang dan segera lah berjumpa dengan pejabat agama untuk membatalkan perkahwinan puan..Astagfirullah puan...minta dijauhkanlah perkara sebegini pada saya"

Apa kene dengan mak orang sorang ni?????? Sebelum menjawab soalan berkaitan hukum hakan agama, please make sure anda ada ilmu dalam perkara itu dan yakin dengan apa yang anda tahu.

Bukan jawab hentam kromo syok sendiri siap jatuh hukum pada sesuatu yang tak pasti malah salah sama sekali. Ilmu tu penting ya..dan wajib cari ilmu sebelum sebarkan pada umum...

Aku ada komen dalam soalan puan tu sebab banyak isu pasal suami minum susu ni dan aku banyak kali dengar pasal perkara ni dari ceramah dalam Al-Kulliyyah dan ceramah kekeluargaan kat masjid-masjid.

Jadi aku just share ilmu seciput aku ni serta di sokong oleh pendapat dan ilmu dari ibu-ibu lain yang turut sama komen dalam isu puan ni.

Sebelum jatuh sesuatu hukum, tengok syarat-syarat jatuh hukum. Aku masih ingat lagi masa aku tingkatan 4 @ 5 dalam subjek Tassawur Islam, yang ajar aku Cikgu Fauzi, masa tu dia cerita pasal hukum suami minum susu isteri. Masa tu belajar bab munakahat atau bab ilmu rumahtangga @ perkahwinan.

Cikgu Fauzi dan kebanyakkan Ustaz dan Ustazah yang aku dengar beritahu syarat nak jadi anak susuan ada 2 yang utama. Pertama yang meminum susu mesti kanak-kanak berusia bawah 2 tahun. Kedua, mesti 5 kali teguk tanpa putus dan sehingga kenyang, ada ayat kata air susu masuk sehingga ke dasar perut dan kenyang.

Untuk syarat pertama, kalau kanak-kanak yang meminum susu tu umurnya 6 bulan @ 9 bulan @ setahun setengah asalkan belum cecah 2 tahun atau lebih, dia sudah layak untuk jadi anak susuan pada ibu susuan tadi. Kalau kanak-kanak itu usianya 2 tahun sebulan, walaupun dia minum susu dari ibu lain, dia tak boleh dianggap sebagai anak susuan. Syarat dia umur 2 tahun dan kurang 2 tahun.

Untuk syarat kedua, yang ni aku petik ayat Ustaz Harun Din Al-Hafiz sebab penerangan beliau lebih jelas dan mudah. Masa kanak-kanak tu mula menghisap susu, kira tegukan susu yang lalu di tekaknya. Kita boleh nampak kan kalau anak minum de pergerakan kat leher die menandakan susu sedang lalu tekak dia dan ada bunyi tegukan. Kira 5 kali tanpa putus. Kalau anak itu minum 3 teguk kemudian lepas susu mak dia, maknanya belum cukup syarat 5 teguk.

Bila anak tu minum cukup 5 teguk atau lebih sehingga kenyang atau sendawa,sudah cukup syarat untuk jadi ibu susuan. Dan yang paling penting susu itu tidak keluar semula atau termuntah kesemuanya. Sebab mesti sampai ke dasar perut. Bila muntah dan keluar semua syarat sampai ke dasar perut tak dipenuhi.


Jadi mengikut kepada soalan puan yang bertanya itu, rujuk pada syarat pertama pun sudah sah suami yang bertanya tu memang bukan boleh jadi anak susuan. Sebab suami dia bukan berusia bawah 2 tahun. Dah bapak budak ye...

Tapi pada hemat aku la, pengkomen itu tak tahu pasal syarat yang pertama tu, yang dia tahu sapa-sapa yang minum susu ibu je mesti automatik jadi anak susuan...ya..aku rasa mungkin pemikiran dia begitu.

Dan jika ada di kalangan kita yang mempunyai pemikiran sebegitu, boleh perbetulkan atau bertanya pada yang lebih arif dalam soal hukum hakam dari terus jawab syok sendiri ye.

Bila ada yang salah bagi info, akan ada segelintir yang akan pertikaikan. Jadi lebih baik bertanya arah jalan dahulu sebelum tersesat jalan lebih jauh, lepas tu terlepas simpang masuk pula...cari u-turn tak jumpa pulok...sudahnya haru le jawabnye..huhuhu..

Bak kata pepatah, malu bertanya sesat jalan :)
Jika aku ada tersilap, sangat berharap ada yang sudi perbetulkan.

Wallah hu 'Alam

*tak de kene mengena dengan ajaran sesat ye*

As-Salam


Wednesday, December 19, 2012

Kisah Lawak 2 Sahabat

Assalamualaikum
 
Aku tak tahu la nak describe kisah bawah ni sebagai kelakar ke sedih ke kesian ke...sebab hanya mereka yang berada di kawasan kejadian je yang tahu macma mana rupe aksi-aksi semua ni..
tu diaaaaa..
 
Imaginasi orang yang tengok depan mata tak sama dengan imaginasi orang yang mendengar...cuba bayangkan ye....
 
Ada 2 orang sahabat sedang naik motor, 2 2 perempuan. Kelajuan motor adalah biasa je, tak laju tak perlahan dan mengikut peraturan jalan raya dengan betul.
 
Sambil tu, 2 sahabat ni berorak-borak la atas moto tu kan. Tengah ralit sembang tetibe kawan yang bawak moto ni senyap tak berbunyi. Kawan bonceng belakang duk panggil 2 3 kali tak menyahut...tapi moto duk jalan juga la seperti biasa...
 
Tetiba kawan bonceng ni rasa moto bergegar dengan frekuensi yang agak kuat juga. Memang gegar sampai gogah la moto tu duk terhuyung hayang. Kawan bonceng duk pelik, apsal kawan aku yang bawak moto ni??? Langgar batu besar ke?? Rasa tak de langgar apa pun...
 
Tetiba kepala kawan yang bawak moto ni terhantuk berkali-kali kat kepala kawan bonceng tu...kira helmet berlaga helmet la...dengan kuat juga sampai kawan bonceng ni beberapa kali duk tertonyoh ke belakang dek menahan hantukan kawan yang bawak moto ni...haru dah niiii..
 
Moto duk gerak cam biasa lagi..tak de tanda-tanda nak berenti ke apa kan, tapi masih dalam had laju yang tak berapa laju la.. Kawan bonceng ni beberapa kali duk panggil kawan bawak moto ni...boleh tahan kuat jugaklah dia jerit nama kawan bawak moto ni...
 
Tapi kawan bawak motor ni tak menyahut langsung..tapi kepala duk hantuk-hantuk...moto duk gegar-gegar lagi...makin kalut tambah takut dah kawan bonceng ni sebab dah rasa cam nak jadi lebih bahaya je...
 
Makin lama gegar makin kuat...dalam duk kalut tu moto terbelok ke sebelah kiri masuk kawasan rumput tepi jalan. Bila motor sederhana laju masuk kawasan berumput, automatiklah kelajuan dia akan berkurangan kan.
 
Jadinya, sempatlah kawan bonceng ni tahan kaki nak bagi berenti tapi terjatuh jugak lah deme 2 orang ni...nasib atas rumput bole tahan tebal...jadinya tak la sakit sangat..bangun je dari jatuh, terus kawan bonceng ni pi tengok kawan bawak moto ni..
 
Dia gi tengok bukan sebab apa, lepas jatuh tu kawan bawak moto tu tak bangun-bangun tapi badan duk bergegar kuat, menggeletar je...semacam pula dia tengok...kawan bawak moto tu jatuh tertiarap..
 
Sekali dia terlentang kan kawan bawak moto tu.....mulut dah berbuih-buih mata hitam dah tak de, tinggal biji mata putih je...Laaaaa....kawan bawak motor tu kene sawan masa bawak moto....pulakk dah...
 
Yang kawan bonceng ni haram lah tak tahu yang kawan bawak moto ni ada penyakit sawan. Memang dia tak tahu dan tak pernah tahu pun. Walaupun deme ni sekampung, sekelas dan sekawan bersama-sama dah bertahun-tahun....
 
Bile kene rupe ni, dia pun tak tahu nak beri reaksi yang macam mana....tapi kejadian ni memang la tinggal kenangan yang sentiasa diingati oleh mereka berdua...
 
Bila dah lama kejadian itu berlaku, asal ungkit je cerita ni, mesti deme bantai gelak..Yang kawan bawak moto ni memang tak amik hati la bila kami pakat gelak...Kawan bonceng ni masa kejadian dia bantai nak nangis..sebab takut tak pernah jumpa orang sawan, tengah bawak moto pulak tu dan tak pernah tengok pun..
 
La ni, bila bukak kisah semula...bantai gelak pula sebab dia teringat aksi moto gegar tak sudah tu...dia tak leh bayang keadaan dia atas moto dalam keadaan bergegar kuat tu...tapi moto duk jalan elok je walaupun kawan bawak moto tu tak sedar apa dah masa tu...
 
Tang tu dia kata lawak kot tapi masa jadi tak rasa lawak pun...hahahaha..
 
Datang pula cerita kat orang macam aku yang memang kaki gelak ni...dapatnya gelak sungguh-sungguh la...bukan gelak sebab kawan tu sawan, tapi gelak kat part motor bergegar tu la..memang tak benti aku gelak sebab duk bayang motor bergegar atas jalan, dengan kawan bonceng duk kalut panggil kawan bawak moto suh benti masa tu jugak...mesti kecoh gila...warghhh..warghh..warghhh
 
Ok...nak sambung gelak sat..bila teringat kisah lawak ni bole bantai gelak balik walaupun duk sensorang...hahahahahaha..
 
As-salam
 
 


Tuesday, December 18, 2012

Cerita Budak Bertuah :)

Assalamualaikum
 
Budak bertuah sorang ni memang jenis tak takut orang dan segala mende. Puas la kita larang ke, tegur ke, sorok ke, memang dia tak takut apa.
 
Bab bunyi-bunyi kuat cam blender ke,vacuum ke, orang tebuk dinding ke, bunyi hon ke, bunyi moto prenggg pronggg ke, bunyi mercun ke..haram tak de dia kesah pun..dia buat nohen dia jeee..
 
Aku mulanya risau kalau dia takut dengan bunyi-bunyian yang kuat dan nyaring ni kan. Ye la, agak susah sikit lah bile kita nak buat kerja rumah kan. Kene ada yang tolong jaga dia sementara nak siapkan kerja rumah tu..
 
Tapi budak bertuah ni punye perangai yang 1 ni memanglah memudahkan urusan aku seharian. Bila aku petik je blender, dia pun ikut sekali bunyi blender..aaaaahhhhhh...kuat-kuat sampai la aku stopkan blender tu.
 
Serupa la juga dengan vacuum. Siap ngikut aku tawaf 1 rumah sampai la siap. Memang dia tak ngaco. cuma dia nak tengok vacuum dan nak menikmati bunyinya sahaja. Bila aku dah siap vacuum, aku picit je punat nak simpan wayar tu kan, mula la start marah sebab dia tahu keroje aku udoh siap.
 
Siap ngikut aku masuk bilik tempat simpan vacuum tu sambil merengek-rengek suruh aku pasang lagi..tak puas la kononnya :)
 
Ada sekali tu ikut suami pergi makan kenduri, acara kemuncak deme main mercun warna warni kat langit tu la kan. Aku tengah makan, suami dah udah makan, dia bawak budak bertuah ni tengok mercun tu.
 
Aku memang risau kalau dia terkejut ke, takut ke kan...sebelum tu memang dah pesan suh tutup telinga budak bertuah ni bila mercun tu naik. Tapi lain pulak jadinya. Bila suami tutup telinga dia, pandai pula dia tarik ke bawah tangan abahnya.  Siap galak lagi, tersengih-sengih tengok mercun tu...aduhaiiii la budak bertuah ni..
 
Depan rumah aku ni de pusat kemahiran untuk budak abis SPM semua tu la, kiranya remaja la. Kalau dah remaja tu memang wajib lah ada mat rempit kan, kata remaja melayu kan..hohoho..memang hari-hari la duk prong preng  moto deme...bunyi memang bingit lerr..
 
Tapi budak bertuah ni tak de pulak dia tunjuk rasa takut ke apa kan. Paling koman pun, kalau dia dengar bunyi enjin bingit telinga tu lalu, dia terkejut sikit, lepas tu pandang aku, terkelip-kelip...lepas tu sambung balik main dia..haha..aku bajet dia nak terkam aku sebab takut ke apa kan...:)
 
Cumanya ada sekali tu kereta pelesit mana ntah lalu, enjin memang bunyi nyaring macam kat litar sepang tu...macam jet pun ada..nyaring dan bingit telinga lepas deme lalu tu..
 
Yang tu budak bertuah ni rasa cemas sikit muka dia. Lepas je berdecit lalu, dia datang kat aku pegang tangan aku, tunjuk kat luar...merujuk kepada bunyi tak senonoh kat luar tadi tu la kan...Tapi kejap je la aksinya. lepas tu dia sambung la balik main dia..
 
Dengan orang yang dia tak kenal pun dia tak takut cuma dia tak tunjuk minat nak kat orang tu bila orang nak amik dia atau dukung dia. Budak bertuah ni tak de menangis bila jumpa orang yang dia tak kenal. Tapi bila orang nak dukung dia, memang dia tak nak, siap tolak lagi tangan orang tu..huhu
 
Tapikan kalau orang tu agah dia ke, main dengan dia ke, bukan main galak dia gelak...tak pun tunjuk aksi malu-malu, mula la melentok-lentok kat badan aku ni ha nak sorok muka dia tu..sengih tapi malu-malu gitu..
 
Dalam gelap juga dia tak takut. Aku kadang-kadang masuk bilik belakang amik baju ke apa kan, kejenye ngikut je. Pastu bila dah selesai, aku nak keluar budak bertuah ni payah nak panggil keluar. Sudahnya aku tutup lampu, panggil dia keluar.
 
Bajet die takut la..rupenye bole dia main sorang-sorang dalam bilik gelap tu tanpa rasa ape-ape...tutup pintu pun tunggu kejap 5 6 saat cam tu, bukak balik tengok dia duk sengih je...cam tahu je aku bukak balik pintu tu kan...ingat aku main aunnn cakk ke apa..:)
 
Tapi memang kami tak nak ajar budak bertuah ni penakut dengan gelap. Sebabnya suami kata tengok adik-adik dia semua penakut gelap sampai la sekolah menengah. Skang ni la baru berani..baik laki ke perempuan..same je deme..huhu
 
Sama la cam aku...adik-adik ramai lagi lah banyak ragamnya kan. Sebabnya setiap kali nak tidur takutkan dengan bunyi ayam la, kucing la, harimau la..hohoho..janji tidur kan..pastu kalau tak nak dengar cakap, buat bunyi macam-macam untuk takutkan budak tu sampai la dia dengar cakap kan..huhu..
 
Cuma seorang dua je la yang peakut....yang lain ok je..tak de takut apa pun..senang nak tinggal kat rumah bila mak abah berniaga..kata mak aku :)
 
TAPI....
 
Dalam banyak-banyak mende kat sekeliling budak bertuah ni, WYPER kereta tu yang dia takutkan. Memang kami laki bini pelik la bebeno...sebabnya wyper ni bukan berbunyi pun, malah tak mengusik dia pun..tapi dia bole takut pulakk
 
Aku perasan dia takutkan wyper ni masa pergi ke Tesco. Masa tu hujan, so suami on wyper. Masa tu budak bertuah ni memang mengadap depan. Nampak je wyper tu bergerak, dia terus peluk aku sambil mengadap belakang. Tak nak pandang depan sikit pun...
 
Yang aku perasan, mata dia duk jeling hujung ekor mata je nak tengok wyper tu naik sekali sekala kan. Bila naik je wyper tu, die punye terkejut sampai berbunyi cam orang terkejut tu. Siap terangkat bahu lagi..kesian pula aku tengok dia..huhu
 
Tapi kalau wyper tu bergerak dalam mode laju, dia tak takut langsung, ok je pandang depan, Yang buat dia terkejut bila wyper mode paling slow tu, kalau ujan baru nak jadi ke, rebas-rebas ujan orang kata kan..mungkin sebab sekali sekali gerak kot..nak-nak pulak memang dia tunggu je wyper tu kelaur sebab mengintai hujung mata..hahaha..budak bertuah lah katakan :)
 
Tu je la nak share pasal budak bertuah ni..huhu..
 
As-salam :)
 


KAKAK, AKAK & CIK KAK

Assalamualaikum
 
Baru-baru ni ada terperasan beberapa wanita yang mengeluh, mengamuk, naik angin, kecik hati bila dipanggil KAKAK oleh beberapa orang yang tak kenal deme la. Mungkin dalam urusan jual beli atau bertembung di mana-mana kan.
 
Rata-rata mengomel,
"Apa panggil aku kakak??? Aku tua sangat ke??"
"Suka hati je nak panggil orang kakak?? Aku tengok ko lagi tua dari aku kot!!"
"Sedap je panggil aku kakak ehhh..bila masa aku kawin dengan abang ko??"
 
Tu diaaaa....biasalah orang pompuan bila naik angin kan...abis semua bahasa, segala ayat dia lempar keluar kan...tapi tak semua macam tu...de yang jenis bersopan dalam berbahasa...gituuu..
 
Macam aku, situasi dipanggil KAKAK oleh sesiapa pun memang dah sebati dalam jiwa raga aku..chewahhhh..haha
 
Sebab apa?? Kehidupan aku banyak berurusan dengan orang dan berkata-kata dengan orang..
Ye la..aku kan orang berniaga dari kecik sampai la beso ni ha..jadi aku dah rasa biasa dan selesa pun dengan keadaan sebegitu.
 
Ada orang memang melenting abis la bila dipanggil kakak kan sebab rasa macam tua beno je ye dakk...lebih-lebih lagi yang panggil kita kakak tu memang tua dari kita...memang rasa nak haipppp je kan..huhu
 
Macam mak aku kan, pernah ada sorang makcik kat kawasan rumah kami bahasakan mak aku kak Ju. Mak aku jenis tak kesah punya orang, balun je la asal panggil bernama udoh le..Mak nyahut je..
 
Lepas tu, ada sorang makcik ni kabo kat mak aku, yang makcik tu lagi tua dari mak aku, ngape bahasakan mak aku akak kan..
 
Memang la anak mak aku ni beratur je semua...ramai la katakan..dan makcik tu pula anak 3 orang je, dia ingat mak aku dah tua la dari dia..Tapi mak aku cakap memang dia tahu tapi malas nak cakap...layan je la nyembang...hoho..gitu mak aku..:)
 
Aku pun masa berniaga zaman sekolah menengah dulu, meniaga kat pasar malam, tiap-tiap malam tak de cuti pun sebab punca rezeki udoh begitu kan...memang gelaran akak je la aku selalu dapat..
 
Kalau yang manggil aku tu bebudak memang patutlah panggil aku kakak kan. Tapi udoh nama duduk kawasan navy ni, yang ramainya bujang navy le..botak licin ada, botak sikit ada..yang tentunya bujang deme ni...
 
Yang tang bujang ni le yang gedik bebeno manggil aku kakak..aihhhh..beria sungguh gaya deme manggil tu..kekadang tu rasa getik pun ade..ringan je tangan nak nampo kan..
 
Bukan apa...manggil akakkkk bukan nak membeli sangat..lebihnya nak mengganggu ketenteraman awam ajeee..tapi layankan je la setakat yang mampu sebabnya deme membeli dengan awok kan, customer kene la layan elok-elok...
 
Tapi nak kata marah sebab panggil akak tu takde lah..sebab aku lebih suka orang panggil aku akak, rasa dihormati gitu..rasa matang pun ye
 
Sampailah skang buat biz online ni ha...kebanyakkan yang duk pm dan komen bahasakan aku akak aisyah. kak sya, kak syanas..tak pe..aku suka..
 
Dan aku bila membalas pertanyaan dan melayan deme juga aku membahasakan diri aku akak juga..spontan..automatik kuar word akak tu...
 
Melainkan ada yang siap-siap dah bahasakan diri deme akak nak beli set sekian sekian..baru aku panggil dia akak, aku bahasakan saya la kan...haaa..gitu..
 
Ala..lagipun deme panggil kita akak pun bukan de salahnya pun..ok la tu deme panggil akak ke kakak ke cik kak ke...dari panggil woi la, monyet la, itik la...kan ke naya dapat rupe itu..
 
Adik aku yang namanya Ila tu, selalu la ngadu kat aku. Dia pun dah bijak berniaga sejak dari tingkatan 2 lagi dah..pengganti aku la tu..kata abah :)
 
Dia selalu tarik muka bila ada abang-abang, pakcik-pakcik yang beli murtabak dengan dia, bahasakan dia akak...dah la muka adik aku ni jenis air muka garang, air muka sombong...kalau tarik muka ke, buat muka ke memang terus terpancar la sinar kemarahan dia tu dengan jelas lagi nyata tanpa selindung pun..tu diaaa
 
Dia memang berbadan besar dan tinggi so lebih nampak matang dari usia dia yang sebenar. Tapi pada aku ok lah tu nampak matang dari nampak kanak-kanak tak seiring usia la pulakkkk...
 
Selalu la mengomel merungut kat aku pasal mende ni. Panggilan si Ila ni kat umah Akak. Aku cuma cakap rileks la akak. Okla orang panggil kita akak dari panggil kita beruang ke, badak ke, tikus ke kan..dah deme tak tahu nama kamu, mana rope dia nak manggil kamu dengan nama...
 
Pastu aku kabo lagi umur kita makin ningkat bukan makin nurun, jadi tak de salahnya orang panggil akak pun..memang akan datang kamu jadi akak juga..gitu leee....
 
So, bila tengok orang naik angin sungguh sampai post entah apa-apa kat fb, aku rasa kesian je ngan deme. Sebab hal remeh bebeno tapi sampai berapi dia marah-marah orang kat fb tu yekkk...marah orang kat pasar, tapi post kat fb...orang kat pasar tu baca ke post mike??? Idok aku rasa....
 
Ate...simpanlah amarah kome ke arah yang lebih baik malah terpuji dari tabur kat merata-rata tempat kat semua orang tahu kome tengah marah..hohoho..
 
Tak elok marah-marah kome...bole kene penyakit hati...hati-hati la ye...:)
 
As-salam
 


Friday, December 14, 2012

Abah vs Suami

Assalamualaikum
Abah dan suami 2 watak yang amat berbeza dalam hidup aku. Aku kan anak sulung dari 10 beradik, jadinya kerja rumah lebih banyak aku yang kene buat berbanding adik-adik aku yang lain.
Oleh sebab itu, aku lebih memahami kerenah abah berbanding yang lain. Dari segi makan pakai abah, aku yang akan take over masa mak bersalin dan dalam pantang ataupun mak sakit demam pening semua.
Lagi 1, abah memang mendidik semua anak perempuannya pandai memasak, mengemas dan pandai buat kerja rumah. Abah tak suka anak perempuan dia malas-malas. Kadang-kadang abah suka juga makan makanan dari air tangan anak gadisnya.
Abah kata bila kahwin atau pergi rumah orang, pandai bawa diri dan rajin menolong kat dapur. Abah selalu pesan jangan bagi malu mak abah. Tu sebab kene rajin..huhu..
Bila aku dah berkahwin, dengan lelaki yang berlainan sifat dan perangainya dengan abah, aku belajar mende lain pula. Aku belajar mengikut rentak suami aku.
Abah pentingkan disiplin, tegas, garang, lebih suka bercakap panjang lebar dalam menyampaikan sesuatu atau mengajar anak a.k.a membebel @ berceramah, agak mendesak, semua perlu segera, cepat dan pantas, tak suka kerja bertangguh, agak panas baran dan kalau marah sorang abis 1 rumah kene marah..huhuhu
Tapi suami jenis tenang, memahami, sangat soft spoken, payah nak cepat marah, bukan panas baran, sangat sabar beri tunjuk ajar tapi malas nak ulang kalau still bengap..haha..tapi suami lebih mudah dan senang nak dijaga berbanding abah.
Bukanlah maksud aku abah aku teruk atau suami aku bagus. Tapi bukan juga maksud aku abah susah nak jaga tapi suami lebih senang nak jaga. Both are my hero tapi perwatakan mereka sangat berbeza.
Abah jenis menjaga adab makan dan mesti makan secara berjemaah. Kami diajar selagi abah tak makan, mak dan anak-anak tak makan melainkan abah kerja jauh atau abah memang balik lambat.

Lepas tu susun atur makanan, pinggan, gelas, air, semua mende atas meja makan mesti ada protokol. Abah jenis beradab dan berdisiplin sampai mende kecik pun boleh jadi isu sampai membantutkan selera abah.
Aku terutamanya akan menjaga bab-bab ni sebab tak nak abah putus selera tiba-tiba. Sebelum panggil abah ke meja makan, aku akan pastikan gelas dan air susun elok-eok dalam dulang. Gelas abah mesti yang elok dan bukan comot-comot punya.
Air basuh tangan mesti ada. Pinggan makan mesti betul-betul pinggan makan, bukan makan dalam pinggan lauk, pinggan kene besar, abah marah kalau makan ikut suka je dalam pinggan leper ke, pinggan lauk ke, piring ke, abah kata makan nasi dalam pinggan nasi.
Nasi kene ceduk siap dalam mangkuk nasi. Abah tak de istilah ceduk nasi dari periuk nasi ataupun angkut periuk nasi letak atas meja. Memang abah tak gemar macam tu. Ni baru bab makan style abah aku.
Suami aku jenis rileks dan suka suasana sempoi je. Masa mula-mula kahwin aku memang kekok. Suami jenis tak suka berhidang bagai, dia kata nampak aku macam buat kerja yang banyak dan rumit. Dia kata cukuplah hidang lauk je.
Nasi nak makan nanti baru cedok sebab dia nak nasi panas tapi bukan berasap la. Cuma dia kata kalau cedok siap dalam mangkuk nasi, nanti nak tambah nasi dah sejuk. Lepas tu tak de air basuh tangan, hidang air semua tu. Buat air dalam jug, letak je atas meja, cawan 2 biji, sedang cantik dah tu.
 Biasanya kalau suami balik kerja atau balik makan tengah hari kat rumah, sampai je aku terus tanya nak makan dah ke? Kalau dia kata nak rehat atau kejap lagi, aku rileks la dulu. Tapi kalau dia kata nak makan la, lapar...aku terus ceduk nasi dulu, bagi suam sikit, lepas tu letak atas meja makan. Nanti dia datang, dia ceduk lauk sendiri semua pastu bawak depan tv, makan atas meja jepun.

Suami tak minat orang cedukkan dia lauk pe nye, dia ceduk sendiri. Tapi makan mesti sekali la. Pernah aku ralit buat kerja, dia suruh berenti kejap makan sekali, dia kata tak best makan sorang. Kalau aku masih kenyang pun, dia nak aku duk sekali kat meja jepun, layan sembang ke, layan tv sama2 ke.

Skang dah paham, memang time makan kami makan sekali or teman dia makan la. Bukan lama pun sebab suami jenih makan cepat, kejap je dah siap. Air siap tuang dalam gelas, nak tambah baru bangun amik atas meja. Tapi bukan jenis dia bersulam air.

Part ni memang sama ngan abah aku. Abah dan suami makan tak de sulam air. Deme minum air selepas dah basuh tangan semua, ngadap tv ke berehat lepas makan tu ke, baru cari air.

Lagi 1 bab lauk pun sangat berbeza. Suami jenis suka makan 1 2 jenis lauk je, tak reti makan lauk banyak jenis. Biasa dia makan 1 jenis lauk je. Contoh kan masak lauk ayam merah,cukup dah tu untuk dia sebab dia tak makan sayur, kalau makan pun sayur keras cam brocoli, carrot, bunga kobis, tu je la. Kalau buat nasi tomato ke beriyani, ada la dalca tu, dia makan la 2 jenis lauk, ayam dengan dalca.

Kadang-kadang dia suka makan nasi dengan telur dadar je, memang favourite tu, goreng bawang kasi garing baru masuk telur..tu pun dah cukup.

Tapi abah jenis makan banyak lauk dan mesti cukup segala nutrien makanan..hahaha..de ikan, de sayur, de ulam dan sambal..memang wajib 4 jenis lauk la senang cerita..Lagipun abah jenis selera kampung.

Tapi suami jenis tak makan makanan kampung cam gulai, kari, lemak semua tu. Tu yang abah aku cakap rugi la ilmu masak aku sebab suami makan makanan simple lepas tu suka makan nasi yang siap lauk cam nasi ayam, nasi tomato cam tu.

Memang masa bercinta lagi aku dah rasa cam tu sebab aku jenis suka makan selera kampung la, tapi dah kawin ni aku sorang je la makan tapi suami jenis tak bantah pun pe selera aku. Kadang-kadang dia bole je join makan sambal petai ke, tapi ambik sambal je la. petai tak usik. Maksudnya dia tak kesah la apa yang aku makan atau masak walaupun jenis berbau gitu...huhu

Bab baju pun dieorang ni berbeza. Abah aku jenis ada pakaian untuk keluar, tidor, duk dalam rumah dan sebagainya. Malam kain pelikat, siang buat murtabak abah pakai seluar pendek bawah lutut, nak pergi kerja or meniaga baju mesti yang gantung, abah tak suka t-shirt berlipat dan baju berkedut.

Susun atur baju pun abah cerewet juga. Abah suke semua baju disusun, di gantung dalam almari. Takde istilah baju berlonggok atas sofa, atas katil dan dalam bakul baju. Memang kene humban belakang rumah la jawabnye..huahuahua..T-shirt,blouse gantung, yang lain semua berlipat.

Suami pula tak suka baju berlipat bagai. Dia kata nak amik susah, kalau susun tinggi-tinggi, dia malas nak angkat-angkat baju amik baju yang kat bawah tu. Pernah sekali aku lipat baju dalam almari, masa tu baru kahwin, sebab aku dah biasa baju berlipat susun lawa-lawa dalam almari kan. Sekali suami datang amik baju, terus dia tarik, jadinya jatuh la baju atas tu kan..

Terkedu aku kejap..lepas tu cakap sori sebab tak reti nak amik baju tu..hahaha..suami jenis yang suka mudah dan cepat, tak suka nak berfikir perkara yang remeh. Petang tu juga dia borong hanger banyak giler suruh aku gantung semua baju-baju yang ada, kecuali pakaian hat yang berseni-seni tu..hohoho..

Sampai la skang, rumah aku tak de almari baju sebab semua baju aku gantung, dari baju kurung, skirt, tshirt, seluar sampailah baju Alauddin pun bergantung..hahaha..

Abah datang rumah pun pernah tanya, kome simpan baju kat mana??? Terus aku bawak abah bilik baju kami yang penuh dengan besi gantung pakaian macam kat kedai baju tu, de 4 set gantung yang besar gile sebab baju dari bujang sampai skang berlambak-lambak, terutama baju suami..nganga je mulut orang tua tu tengok..hahaha

Suami tak pakai kain pelikat, jenis suka pakai seluar pendek je kalau duduk rumah. Tapi dari segi penampilan, mereka serupa. Abah kalau keluar sangat jarang pakai jeans, bole dikira berapa kali je abah pakai jeans, mostly abah pakai slack je. Sama macam suami, suka pakai slack dari jeans.

Baju juga kalau keluar mesti kene pakai yang berkolar. Baju tshirt tak de kolar untuk duk rumah dan tidur sahaja. Suami dan abah sama kat sini :)

Tapi abah penggemar kain pelikat, suami langsung tak suka pakai kain pelikat, malah tak reti pun nak pakai. Kain pelikat kat rumah ni yang orang bagi hadiah kahwin dan tunang pun guna as selimut suami dan kain khas untuk sembahyang, atau wat pakai salin bila famili aku atau suami datang tidur kat umah kami.

Suami juz pakai masa sembahyang, tu pun gulung macam gulung apa je, punyelah kembung kat perut, tinggi pula tu lepas tu senteng, atas pergelangan kaki. Bantai je la banggg oiii..janji tutup aurat udoh leeee

Bab buat kerja rumah, abah jarang tolong mak buat kerja rumah, tapi abah selalu cuci kipas siling dan kipas berdiri, buang sawang. sapu buang daun depan rumah siap bakar semua, susun pasu depan rumah, tapi barang-barang niaga cam cuci kemas semua abah la yang buat.

Cume abah tak pernah basuh baju sendiri, lipat jemur semua lagi la tak, masak memasak, senang cerita kerja orang pompuan ni memang abah tak pernah buat la. Cuma lately ni abah suka masak mee hailam la, mee lack pepper la..mak seronok je sebab kekadang dinner abah yang masak, so mak bole rileks sikit..:)

Tapi suami jenis rajin dan pandai buat kerja rumah. Aku ingat lagi masa aku berpantang rumah mak kat manjung, memang risau juga nak duk jauh. Takut suami tak terjaga, makan minum semua la. Rupenya dia boleh urus diri dia sendiri.

Since die memang tak suka makan luar, selalu call dia tengah masak nasi goreng nak makan dinner, kadang-kadang tu beli jugalah lauk tapi masak nasi kat rumah. Tapi tak puas katanya. Bila suami balik hujung minggu, aku akan bekalkan makanan untuk dia makan kat Kuala Selangor nanti..huhu..

Sepanjang aku tak de kat ruma, dia mop rumah, basuh baju sendiri, aku pesan suruh bawak baju balik manjung biar aku basuh kat sini, nanti bawak balik sekali. Tapi dia kata janganlah risau, dia boleh jaga diri dia, tak de pe susah pun..terharu la puleeeekkk..

Aku pernah masa mak nak bersalin dan kene tahan dalam wad, masa tu aku masih belajar lagi, tapi on da way nak balik rumah la sebab excited nak sambut adik baru kan. Sekali aku balik, baju bertimbun, pinggan mangkuk beratur, masuk bilik abah, baju dah nak nipis sebab semua baju dalam almari dipakainya, basuhnye idokkk...aku la kene buat semua tu...huhu..kenangan tu..:)

Tu je la perbezaan ketara pada suami dan abah aku. Walaupun ada persamaan, tapi beza mereka lebih banyak. Bila abah dan suami bertemu dalam 1 rumah, kadang-kadang boleh jadi isu juga tau. Ye la, abah tu jenis menjaga corak perhubungan suami isteri ni. Yang selalu kene aku lah kan..
.
Ada pernah waktu pagi, abah biasa sarapan pukul 8. Abah biasalah. sebelum sarapan, panggil anak menantu semua kat meja kan. Suami style makan roti canai je, kalau nasi lemak die makan nasi lemak aku buat je sebab dia kata sambal aku dan mak aku lain sangat. Ye la, mak aku buat style orang kampung, letak air asam jawa kan, aku tak letak sebab suami suka makan sambal manis.

Bila makan sekali, abah tengok semua suami buat sendiri dari amik pinggan, bukak bungkusan roti canai, ceduk kuah dal, tuang air semua dia buat sendiri. Suami jenis minum air masak, tak minum air manis cam teh, kopi semua tu. Kalau minum pun secawan je la nak amik hati abah aku, lepas tu dia balun air masak je sampai sudah makan.

Memang air masak pun kami bawak dari rumah sebotol besar cam kat pasaraya selalu duk jual dan memang abis la. Time lunch pun sama. Suami buat sendiri juga. Lagi 1, suami jenis ajak makan sekali je cukup. Dia tak perlu untuk ajak 2 3 kali makan atau minum. Dia akan jawab nanti dia makan.

Tapi abah jenis suke pelawa dan bab melayan orang memang taraf vip walaupun menantu sendiri. Tu yang sampai suami naik segan...katanya macam raja pula padahal dia memang belum lapar atau sudah terlebih kenyang. Abah tak kedekut nak jamu orang ni. Suka sangat bagi orang makan.

Tapi yang jadi isu pada abah adalah abah kata aku tak layan suami. Bila abah suruh aku panggil suami ajak makan, aku cakaplah nas kata kejap lagi dia makan, tak pun dia kenyang lagi. Tapi abah kata panggil la makan, kadang-kadang suami duk ralit tengok tv, aku tanya lagi suami depan abah, suami cakap tak pe abah, nanti saya makan sebab saya kenyang lagi @ belum lapar.

Aku selalu kongsi cerita dengan mak pasal lainnya perangai abah dan suami. Dan aku cakap kat mak nas ni memang lain mak..lain sangat. Mak cakap la kat abah, nas memang cam tu. Tak suka kita terlalu jaga dia, risau dia cam rimas.

Tapi suami kata dia bukan rimas, cuma dia rasa cam terharu abah layan macam tu. Padahal dia jenis sempoi je, tak cerewet pun. Dia naik segan la pula. Sampaikan kalau time abah datang rumah kami, kalutlah suami aku nak pastikan rumah lawa bersih, makan cukup semua sebab abah buat cam tu kat anak menantu dia.
Aku rasa pe yang aku merepek kat atas tu perbezaan yang ketara antara suami dan abah. Masa mula kenal suami memang aku dah perasan dia ni pelik sikit dari yang lain. So, aku dah mula belajar dari situ lah.

Orang lelaki ni kan terbentuk hasil dari didikan mak dia kan. Dari pengamatan aku, perwatakan abah dan suami memang dipengaruhi dengan didikan dari mama dan arwah opah. Arwah opah memang melayan anak lelaki seperti suami dari bab makanan, pakaian sehingga tempat tidur. Arwah opah mengajar anak perempuan melayan adik lelaki dan abang seperti suami, semua berhidang dan semua tersedia, nanti dah berlaki kita akan layan suami macam tu juga.

Keluarga belah abah diajar melayan suami lebih sopan dan teratur yang aku tengok memang jarang nak ada pada zaman sekarang ni. Dan aku dan adik-adik aku pun dididik macam tu.

Tapi didikan suami lain sikit sebab jenis famili yang sibuk dengan biznes. Suami aku jenis nak senang dan cepat. Tak suka kerja banyak dan rumit. Dia dari kecik sampai 15 tahun duk sorang, tingkatan 3 baru dapat adik. Jadi dia banyak uruskan diri dia sendiri tanpa mama dia. So, sedikit sebanyak sifat tu terbawa-bawa sampai kawin la. Sangat independent dan cepat belajar sesuatu perkara sendiri. Mama kata senang bela iz ni sebab cepat belajar.

Haaaa...gitulah cerita 2 lelaki kesayangan dalam hidup aku. Perbezaan tu bagi banyak pengalaman manis pada aku dalam mengharungi kehidupan bersama dari kecik sampailah sekarang. Cuma sekarang lebih banyak mengadap suami la dari abah. Tapi bila balik rumah abah, aku masih juga melayan abah serentak dengan suami..gituuuuu..

Ok la..banyak sangat cerita ni..
As-salam :)


Tuesday, December 11, 2012

Peneman Malam

Assalamualaikum

Anak dah lama tido tapi laki bini tak tido lagi..Jangan pikir nakal yeee..hihi..

Sejak rezeki dalam biz online semakin murah, Alhamdulillah, rezeki dari Allah jua...suami adalah peneman setia aku setiap pagi..ha??? Setiap pagi?? 

Yela..aku tido agak lewat setiap malam sebab melayan komentar dan mesej dari customer. Suami lah yang sentiasa duk ingatkan aku dah reply ke mesej orang ni, dapat inform ke orang tu, dah pm ke details nak bayar kat orang nun, dah upload ke stok baru...kebanyakkan suami yang tolong ingatkan..:)

Tapi kadang-kadang suami keletihan sebab ada masanya dia kene berada di site seharian. Bila aku tengok dia penat balik kerja, lepas tu dah mandi pun nampak lagi penat dia, aku akan minta dia tidur la dulu. Tak yah tunggu aku pun tak pe...

Suami pernah tanya, tidur lewat ni esok tak ngantuk ke? Aku cakap takde lah..biasa je..sebab aku memang bukan jenis tidur petang sekalipun aku ada rasa mengantuk. 

Tapi paling lewat tidur pun pukul 1 pagi je. Biasanya tak de lah mengadap lappy je melayan customer. Tapi lebih kepada wat kerja rumah sikit-sikit la. Aku basuh baju pukul 8 malam,  2 round selalunya, dalam kul 11 ke, abis drama ke, baru aku jemur baju.

Kami jemur baju dalam bilik belakang khas untuk jemur baju je. So, tak de masalah la kalau aku basuh baju memalam pun kan. Kadang-kadang aku kemas ruang tamu, esok pagi tinggal vacuum je.

Jadinya, sementara aku belum tidur tu, suami melayan la youtube. Paling suka tengok video pasal kereta, layan Maharaja Lawak Mega,  dengar ceramah politik, dengor ceramah agama sampailah bateri tabnye bagi signal nak abis bateri dahhh..

Tapi bila tengok aku ralit depan lappy, dia layan kat handset pulak...cas tab..kalau bateri handset nak abis, amik tab balik..cenggitu la sampai aku nak tido...huhu

Selalunya aku suruh dia tidur dulu. Aku cakap tak yah tunggu. Bukan aku takut pun, tak de mende pun. Tapi suami cakap tak pe la..dia bukan ngantuk lagi. Saje nak layan youtube..ok la..:)

Aku bukan apa, esok dia nak bangun keje kan, kang ngantuk pula kat pejabat. Tapi memang ada kalau seharian kat pejabat, dia rasa ngantuk sebab dia jenis kurang suka kerja ngadap kertas. Dia suka kerja luar, lawat site.

Kalau datang ngantuk dia, waktu lunch dia balik la, makan lepas tu tidur. Kalau dia kata nak tidur, dia akan sms aku tanya dah masak ke, sebab bila dia balik dia terus makan, then terus lena la. 

Kalau aku tengah masak, dia balik lewat sikit sebab balik awal 
kene tunggu lauk dia kata rugi masa tidur...pulak dahhh

Kadang tu aku pun memang mengharap dia teman aku sampai sama2 tidur..hoho..aku akan cakap kat dia, abang, dah ngantuk ke..nak balas pm orang ni jap..Suami tanya, banyak ke? Banyak juga la..abang nak tidur dah ke??

Suami mesti cakap..belum lagi la..balas la dulu pm tu..Sat gi selang 15 minit aku tanya lagi, abang ngantuk dah ke? Tidur la dulu...Suami jawab..Belum lagi...

Kang 15 minit lagi aku tanya lagi..suami jawab mende yang sama...Sudahnya suami akan cakap, ayang buatlah dulu kerja ayang, abang tak tido lagi..abang teman..nanti nak tidur abang cakap.....hahaha..laki aku bebel la..suh tidur tapi duk tanye2 dah ngantuk ke belum dah ngantuk ke belum..akai nak suruh teman la tu...huhuhuhu

Tapi suami kalo dah ngantuk, memang dia bagi tahu la..tak de la tetibe aku dengor kruhh..kruhhh je..Nanti dia cakap lah abang dah ngantuk la, abang tidur dulu boleh..Tak pe ke abang tidur dulu? Memang sopan suami aku ni..hoho

Tapi kalau esok tu memang tak keje, suami memang tidur lambat gile sebab ralit layan youtube dia. Contoh macam malam ni la, esok kan besday Sultan Selangor. So, malam ni dia pulun layan video laptop la, dengar ceramah, pastu bantai gelak ngan aku pasal video rosmah joget hindustan.

Suami bantai gelak sakan tapi aku duk tak caya tu rosmah sebab orang dalam video tu memang muka sebijik dah tapi tang cutting badan nampak cam slim sikit dari rosmah, tapi laki aku kata memang betul sebab tak nampak slim pun..nampak gemuk juga...kahkahkah..

Adoiiii...layankan je la..tu yang laki bini tak tidur2 lagi ni..Tetibe terdengo pulak perut suami aku berkeriut bunyi lapo..hahaha..udoh bangun masak megi goreng la pulok..

Dalam tetengah pagi ni, 2 bungkus sorang juga dibalunnyeee..Lepas tu yogurt pula secawan. Tak pe leee..janji kenyang udoh...Suami aku sambung dengor ceramah politik....Aku??????

Apalagi...nak tidur lerrr..mata udoh rasa berat beno ni..
Selamat malam yeee..
AsFSalam :)

Saturday, December 8, 2012

My Breastfeeding Journey :)

Assalamualaikum
 
Bila usia Alauddin dah genap setahun ni, baru la ada rasa keyakinan sikit nak share pengalaman sepanjang breasfeedkan dia. Tak da la apa pun, saja nak kongsi sebab selalu juga baca pengalaman ibu-ibu lain, jadi teringin juga nak share juga..hoho
 
Mulanya nak bersyukur sangat-sangat sebab sepanjang aku melalui proses breastfeed anak, aku tak menghadapi masalah yang besar seperti ibu-ibu yang lain. Bersyukurnya aku sebab hari pertama Alauddin keluar je dari perut (maklumlah lahir ikut tingkap), dia ditolak bersama dengan aku dalam wad bersalin.
 
Jadi peluang aku nak direct breastfeed dia selepas bersalin hampir menjadi kenyataan. Tapi disebabkan kesan bius kerana aku bersalin secara emergency czer setelah hampir 26 jam menahan sakit contraction dengan bukaan terakhir 8cm sahaja, selesai operation jam 2 pagi, kesan bius hilang jam 8 pagi esok.
 
So, sementara aku tengah keras kejung tu, Alauddin dijaga oleh nurse tapi bersyukur lagi sebab dia hanya minum sedikit sahaja susu formula yang diberi oleh nurse guna cawan khas tu sebab dia tido je manjang sampai ke pagi. Nurse kata tak sampai suku cawan pun..:)
 
Jadi, esok pagi tu, jam 7.30 pagi suami dah sampai bawa bekal nasi dengan sup ikan haruan, tapi aku masih belum boleh bangun lagi sebab doktor yang bertugas pagi tu pesan seeloknya tunggu setengah jam lagi. Tapi dah boleh la nak gerakkan kaki ke, sikit-sikit sebelum duduk sepenuhnya.
 
Bila nurse tengok aku dah boleh gerak kaki sikit-sikit, cuma tak bagi angkat kepala, sebab boleh bagi tekanan kat bahagian perut terutama area jahitan tu, dia sempat pesan bila dah duduk nanti, cuba bangun dan berdiri lama sikit sebab nak bagi darah turun lebih banyak. Takut de darah beku dan boleh sebabkan jangkitan kuman pada miss v.
 
Bagus kan nurse ngan doktor ni. Walaupun orang duk komplen bagai nurse2 dan doktor2 gomen ni itu ininye, tapi pada aku banyak ilmu yang dapat dari deme-deme ni. Banyak yang aku jumpa jenih tak kedekut ilmu, jawab semua aku tanya, siap jadi kawan pulok lepas bersalin haa..Orang tua kata kalau kita jenis baik hati ngan orang, orang pun senang nak baik hati ngan kita..ye dokkk????

Jadinya pengalaman pertama menyusukan Alauddin cabarannya ketika seminggu pertama sahaja. Masa aku kat hospital, kan czer kene tunggu 3 hari baru bukak pelekat tu kan. Jadinya hari kedua dalam wad, aku ada masalah puting kecik. Memang Alauddin susah nak isap la.

Tapi aku memang tak rasa susah pun, mungkin sebab keliling aku ada suami, ada famili aku yang duk tolong masukkan puting dalam mulut Alauddin. Kalau time depa tak de, ramai nurse duk tolong dan ajar aku cara nak susukan anak dengan betul.

Yang bagusnya kebanyakkan nurse yang lalu lalang kat katil aku, semua pakat singgah bantu aku sebab Alauddin duk rengek-rengek je. Senyap kejap lepas tu rengek balik. Dia tak bantai jerit..tu yang hati aku lega sikit..haha..kalau tak kalut juga kot

Bila dapat masuk je puting dalam mulut dia, memang aku duk keras je sebab risau dan taknak bagi puting tu terkeluar balik nanti nak masuk semula punyalah lama. Tapi nurse tak bagi buat macam tu sebab dia cakap proses penyusuan adalah proses yang tenang dan rileks. Ibu tak perlu nak sakit-sakit badan, sakit belakang sebab nak susukan anak.

Nurse-nurse ni la duk tolong aku susukan Alauddin dengan betul sampai aku pandai dan dalam kedudukan yang selesa. Depa tak bagi ibu bongkok susukan anak sebab nanti anak terbiasa ibu suakan puting, nurse suh ajar biar anak cari puting ibu, baru dia pandai menyusu.

Suami aku setiap kali datang time melawat, dia akan tolong aku susukan Alauddin. Mak aku pun kadang-kadang tolong pegang kepala Alauddin nak bagi kedudukan dia betul.

Sampai la de sorang nurse yang agak senior ni lalu depan katil aku, saje la aku panggil dia ajar cam ne nak bagi anak hisap susu, dia tanya kenapa, aku cakap puting kecik. Dia kata sekejap, dia gi kat kaunter dia bawak menatang yang guna nak sedut ubat tu, picagari kot nama dia..tapi yang muncung depan dia potong.

Rupenye muncung depan tu guna nak sedut or tarik puting kasi ke depan sikit. Nurse ni ajar la aku cara-cara nak buatnya kan. Kebetulan Alauddin tidur, aku exercise la dengan mende alah tu. Semangat aku..hehh

Bila Alauddin jaga, aku terus sua susu, laju dia hisap, seronok bukan main la. Sebab rasa usaha aku berbaloi-baloi la. Tapi aku memang tak de stress, tak tahu ngapa, maybe sebab aku hadap tu dengan penuh perasaan dan semangat kot..hoho

Dan aku bersyukur lagi sebab mak mertua dan mak aku sendiri adalah ibu yang amalkan penyusuan susu ibu. Semua anak diberikan susu ibu sepenuhnya. Jadi aku memang dapat fully support la dari kedua belah keluarga :)

Aku juga bersyukur tak pernah mengalami sakit bengkak susu yang dengar dari pengalaman orang sakitnya sampai boleh demam. Masa kat wad pun ada akak depan katil aku, anak dia kene tahan wad sebab lahir besar, so dia tak dapat nak susukan anak dia. Jadinya die alami bengkak susu, sampai demam. Nak pam pun tak larat sebab terlalu sakit. Aku ada bengkak susu tapi tak rasa sakit.  Alhamdulillah

Bila dah balik rumah selepas 5 hari di wad, nikmat breastfeed tu lebih terasa. Aku rasa lebih senang dan selesa nak breastfeed dia. Aku suka menyusu sambil berbaring mengiring. Kat rumah Alauddin lagi kerap menyusu sebab dah pandai kan :)

Bila tima dia menyusu tu, mata dia pandang mata aku, terkelip-kelip..Bila bawak berborak, dia macam paham je. Bila dah pandai mengagah, akan sahut sekali time aku ajak borak.

Dah ada gigi ni, menggigit je la tapi tak de la sampai berdarah. Sebab dia jenis menggigit kejap je tu pun hujung je. Huhuhu..kadang-kadang aku semoat tarik dulu sebelum dia gigit. Kalau time tido, aku tolak gigi dia dengan jari aku sebab time tido nyenyak pun kenkadang dia gigit juga.

Walaupun mak dan mama support breastfeed tapi dalam kalangan saudara mara tak ramai yang amalkan breastfeed. Jadi aku mengalami sedikit kata-kata yang agak kurang seronok nak didengar.

Aku faham jika ada ibu-ibu yang sudah berusaha sedaya upaya untuk breastfeed anak, tapi tiada rezeki disitu dan Allah dah tentukan apa yang terbaik untuk anak dia malah aku sangat respect mereka sebab tetap berusaha untuk breastfeed anak juga.

Tapi yang aku hadapi adalah di kalangan mereka yang memang ada rezeki untuk breastfeed anak tapi mengambil keputusan untuk bagi anak susu formula sebab lebih senang dan mudah.

Mula-mula mereka ni akan tanya aku, "Anak susu badan ke?"
"Aah, susu badan"
"Tak leceh ke? Macam susah je nak bagi anak susu badan kalo jenjalan"
"Tak rasa susah pula..biasa je..lagi senang kot sebab keluar jenjalan melenggang je"
"Akak bagi susu formula je, senang sikit"
"Campur ke?"
"Tak de lah, dari pantang dah bagi full susu formula"
"Oh...de masalah susu badan ke?"
"Tak de lah, susu banyak, tapi leceh la..malas.."
"Oh...ok la tu"

Masuk orang lain yang sama-sama borak tu,

"Bagusnya bagi anak susu badan. Kalau ada susu badan, elok la bagi anak, memang rezeki dia. Tapi kalau tak de susu, kita nak buat cam ne, rezeki dari Dia juga."
"Aah kan, lagipun anak susu badan ni in shaa Allah kuat badannya"

Jenis aku, tak suka nak komen lebih-lebih, aku suka senyum dan dengar je.

TAPI....aku akan berbunyi BILA..

"Ala...susu formula pun boleh je bagi anak sihat dan bijak. Lagipun anak sendiri kan, suka hati la nak bagi susu formula ke susu badan ke. Kita mak dia, bukan orang lain. Kita beli dengan duit kita, bukan duit orang"

Ya...bila aku jumpa orang macam ni memang aku akan BERBUNYI "Ok,kalau macam tu dia anak saya, jadi suka hati saya lah nak bagi susu badan, susu saya bukan susu orang".

Boleh jawab macam tu??? Dia yang canang kat orang bagi anak susu formula sebab nak senang dan bila ada yang bagi susu badan dan dipuji pula oleh sedara mara lain, dia yang angin lebih...tegur orang boleh tapi tak boleh ditegur..hohohoho..serammmmm aku orang macam ni..

Aku memang tak kisah orang lain nak bagi susu formula ke, susu badan ke, terpulang. Tapi bila ada yang senyum sinis, pandang pelik, komen bukan-bukan, cakap lebih-lebih pasal aku yang fully breastfeed anak, memang aku akan rasa nak jawab balik.

Sebab apa?????Sebab aku tak komplen orang apsal orang nak komplen aku??? Senang cerita, aku tak cari pasal ngan orang, please la jangan cari pasal ngan aku. Aku payah nak sembur orang tapi bila orang melampau-lampau, memang mulut aku ringan je nak balas balik.

Ada juga sesetengah kawan-kawan aku yang dapat breastfeed anak 3 bulan, 6 bulan, setahun dan sebagainya. Mereka mampu setakat itu kerana itu rezeki yang Allah berikan dan aku selalu pujuk in shaa allah ada rezeki lebih banyak untuk anak yang seterusnya.

Ibu-ibu sebegini yang selalu bagi semangat dan motivasi untuk aku sentiasa bersyukur dan berdoa semoga rezeki untuk Alauddin masih ada malah ada juga untuk anak-anak akan datang.

Andai kata tak sampai usia 2 tahun pun, tak pe la, aku bersyukur juga dan redha sebab merasa pengalaman breastfeed yang sangatlah nikmatnya.

Aku rasa ni je la yang aku nak share pun pasal pengalaman tak seberapa aku dalam breastfeed anak. Cuma bila ada ibu-ibu yang open discussion compared ibu yang fully breastfeed dengan susu formula ni, rasa tak seronok pula bila ada yang terlalu taksub dan bangga dapat bagi anak susu badan sehingga kata-kata tu boleh mengecilkan hati ibu-ibu yang tak mampu nak bagi susu badan.

Kadang-kadang ada yang terlalu beria dalam bercerita pasal keseronokan dapat bagi anak susu badan, orang kata macam dia je yang ada susu badan. Ada juga ibu yang sanggup gelarkan anak yang bagi susu ibu tu anak ibu, tapi bagi susu formula anak.......tak sampai hati dan tak sanggup aku nak sebut..

Part ibu-ibu yang ngata anak orang cam tu, entry lain aku bebel ye sebab aku de pasan 1 post kat fb pasal makcik sorang ni duk gelarkan anak orang macam tu...bila post statement tak guna otak, tu tanda nak kene balun kaw kaw la kan..nak balun kene wat entry baru la kasi panjang sebab ni dah terlebih panjang...

Ok..stop dulu..ni sharing aku dalam dunia breastfeeding aku..
As-salam :)
 

Tuesday, December 4, 2012

Kisah Musim Buah


Assalamualaikum
Suami aku memang dah lama mencari buah cempedak nak buat goreng. Dia kalau makan cempedak goreng, memang tak pandang nasi dah. Kiranya dah tak makan nasi la hari tu, kenyang makan cempedak je.
Biasanya aku goreng cempedak ni sebiji untuk sekali hadap je. Nak pulak dapat yang padat isi dalam die kan. Isi warna oren pulak tu, isi tebal..perghhhhh!!
Jadinya, masa balik Puchong baru ni, singgah MAHA sebab bajet nak cari nangka denga cempedak. Lagipun skang ni cempedak belum musim rasanya, tapi mana tahu jumpa kat MAHA kan.
Sekali cari punya cari, tak de pula cempedaknya. Tapi nangka madu idaman hati ada..Memang seronok sangat la. Nangka madu ni memang asal dari Pahang je, rasa manis sungguh. Beli yang sedang je, tak beso tak kecik. Sekilo rm4, berat dalam 9kg lebih cam tu, makcik tu bagi rm36 je dari harga asal rm40.
Setiap kali MAHA memang kami akan pergi sebab nak cari nangka madu je. Mama pun memang dah paham sangat dah. Jalan pula gerai sebelah suami ingat nak beli kuah rojak buah, sebab tahun lepas dia beli cap tu sedap sangat katanya.
Tapi tahun ni deme tak jual sebotol pula, jual 6 botol sekaligus. Nak tanya payah pula sebab tauke nya berjalan ke sana ke sini. Kot2 ada jual 3 botol je ke, boleh la beli. Sudahnya suami ajak jalan la sebab pergi time panas terik.
Lalu gerai durian, jual musang king, bau wangi gile. Aku cakap nak makan musang king la. Tengok harga 3 paket RM20 aje, kira murah la tu. Sebab biasa orang jual sekilo pun dekat RM30 RM40 kan..3 Paket tu kira nak sekilo dah sebab isi tebal dan besar, so amiklah 3 paket.
Pastu skang kan musim manggis. Memang fevered aku la. Minta lagi nak buah manggis pulak. Suami tanya dulu, confirm makan ke confirm buang??? Huhuhu..sebab dia malas nak beli banyak-banyak bila sudahnya buah busuk campak tong sampah je..huhu
Aku cakap confirm nak makan. Muka confident, ok..suami beli 3kg RM10 aje. Lalu kat rambutan pula, rasa macam nak juga, tapi sebabkan minggu lepas balik Manjung dah puas makan rambutan, lepas tu Mak Cu pula bagi juga, so hasrat didiamkan.
Lagipun kami nak ke Penang 4 hari 3 malam, jadinya kalau simpan banyak-banyak buah kat rumah, buat busuk je tak bermakan kan.
Minggu lepas, singgah rumah mak cu, suami gi kait buah pulasan pula. Belakang rumah mak cu de pokok pulasan. Dapat dalam 1 tong sampah tu. Memang puas la makan, nasib tak de batuk apanya. Alauddin pun bukan main suka makan pulasan, mende manis la katakan J
Bawak balik pula 1 beg ke Kuala Selangior. Tapi disebabkan buahnya dah masak ranum, kene makan cepat sebab takut busuk. Tu pun de yang dah nak berubah ke kaler hitam, tanda nak masam la tu.
Minggu lepas masa balik Manjung, abah baru balik kampong Bekor kat Manong tu, dapatlah durian kampong sendiri. Durian kampong aku ni jenis buah kecik tapi isi manis gile, biji halus, isi nipis. Tu memang pesen dia dari kami kecik lagi.
Masa sampai malam tu kat rumah abah, Nampak beratur je durian kat dapur. Bila tanya, abah kata durian Bekor. Apalagi, suami terus la buka durian. Dalam kata tak nak makan tu, 3 biji juga dibalun dia sorang je. Hahaha..sedap wehhh
Pastu mak aku tayang pula tepoyak setengah botol, untuk aku bawak balik kuala Selangor. Sengih je la..Bertempoyak je la aku kat rumah nanti. Memang aku amik tempoyak mak aku je, aku tak nak beli-beli ni, ntah cam ne rupe orang tu membuat aku tak tahu. Kalau mak dan abah sendiri ni lain la. Air tangan tu yang wat sedappppp..
Tapi mak aku bagi setengah botol je, kejap je dah abis. Hari pertama aku masak tempoyak masak letak udang beso, pastu buat gulai tempoyak ikan belaling sedang. Esoknya aku buat sambal tempoyak pula. Abis dah..
Pastu masa abah datang rumah aku nak sambut besday Alauddin, ,mak bawak 2 botol penuh tempoyak..Yeay!!! Suke sangat..sampaikan laki aku cakap hari-hari la aku masak tempoyak nanti..haha..kalau ada tempoyak, ayam tak de dalam peti pun aku tak kisah..sebab aku makan ikan hari-hari je..
Ahad baru ni, kami ke Penang, singgah rumah abah kat Manjung. Bagi la abah suku buah nangka tu. Lepas makan tengah hari, kami sambung perjalanan lagi 4 jam tu. Sepanjang jalan ke Taiping tu bersepah orang jual cempedak. Haaaa…mula dah kami ni..
Suami memang cari cempedak dari kat Kuala Selangor lagi. Dah berbulan-bulan mencarinya..rupanya Taiping dah sampai musim. Suami beli sebiji sebab teringin sangat, walaupun tak dapat nak wat goreng, makan ratah pun dah kira sedap. Sekilo rm4, berat dalam 5 kg cam tu.
Balik MAHA ari tu kete bau musang king campur nangka, on da way ke Penang bau cempedak pula. Nasib la…huhuhu
               Sampai hotel, selamba je suami aku bawak masuk cempedak..huhu..kopek terus then simpan dalam Tupperware yang dibeli kat Tesco petang tu, letak dalam peti..memang manis isi dia..tebal pun tebal J
So, misi suami balik dari Penang adalah nak lalu Taiping sebab nak borong cempedak bawak balik Kuala pula..adoyaiiiii..tengah musim cempedak ni memang memborong je la kejenya kan. Wat makan time petang2, sebelum suami balik kerja, aku dah goreng siap-siap.
Seronok tengok dia makan beria cempedak goreng ni ha. Kadang-kadang wat makan tengah hari. Pastu mula la lawan kentut kan..terbaeeeekkkk la..hahaha..
Tu la dia musim buah tempatan yang memang aku nantikan sebab aku suka makan buah2 macam ni..feel tu lain sikit..huhu..
Ok..jom tido kome..udoh lewat ni :)

Monday, December 3, 2012

Happy 1 Year Sayang Mama :)

Assalamualaikum
 
Alhamdulillah, genap dah usia anak mama setahun pada 1.12 ari tu. Walaupun kami tak sambut meriah bagai, tapi tarikh tu tetap bawa makna yang bahagia pada keluarga kami.
 
Seperti yang dirancang, famili aku berkampung kat Puchong, rumah besan deme. Seronok rasa sesama besan buat sama-sama untuk cucu nan sorang. Syukur, keluarga kami tak da gaduh-gaduh, masam muka, dengki mendengki, perli memperli, tak boleh belah ni lebih sikit, semua bahagia je rasa :)
 
Kami sampai ke Puchong dalam tengah hari. Masa tu mama dan mak cu tengah memasak. Mama kan memang biasa dengan caterer, so bab pengurusan masa dan makanan mama cukup hebat.
 
Kami memang dari dulu, kalau majlis setakat jemputan tak lebih 400 orang, memang mama masak sendiri je. Barang-barang semua memang ada, so memang lebih jimat dan makanan  confirm sedap..huhu..
 
Mak aku pula memang pakar masak makanan kampung, dan mama memang mengharapkan mak aku la untuk masak lauk kampung. Mak cu pula jadi tukang siap barang masak, potong apa patut la. Jadi, berperang la deme-deme di dapur bertiga :)
 
Adik aku Ila, uruskan makanan ringan dan arrangement kat depan nun. Mana makanan yang dah siap masak tu, bawak ke depan, susun, hias sikit-sikit la. Cekedis semua dia uruskan la..
 
Suami pula bergegar suara bagi arahan kat adik-adik dia suruh kemas rumah. Yang ni memang tak boleh nak buat apa. Memang gamat sat rumah sebab sampai-sampai je rumah banyak tak kemas pe nye. Memang kene la kan, mama pun redha je la bila suami aku bebel..huhuhu..
 
Meja kerusi semua dan bahagian luar suami uruskan dengan pak cu dan abah aku. Abah menyapu lantai luar, suami mengemop sebab kami makan kat luar bentang karpet. Lagipun rumah mama laman dia luas, beratap penuh. Selesa la nak makan luar.
 
Aku buat apa???? Hihihi..aku layan besday boy je la. Alauddin kan menyusu badan, jadi aku kerap masuk bilik la bagi susu. Pastu disebabkan majlisnya malam selepas maghrib, jadi aku kene pastikan Alauddin cukup tido masa siangnya.
 
Lepas maghrib, ramai dah orang datang, de juga solat jemaah kat luar tempat kami bentang karpet tu, sementara nak tunggu cukup orang untuk wat tahlil. Sedara mara de yang dah datang petang, ada yang sampai maghrib.
 
Pak Ngah yang mengetuai majlis tahlil pun mulakan bacaan. Suami riba Alauddin masa bacaan yasin. Elok je dia diam sampaikan nak abis majlis tahlil, time berdoa tu, baru dia bangun main belakang abah dia. Majlis diakhiri dengan bacaan doa selamat. Alhamdulillah, tak de nangis ke, merengek ke, meragam ke..senang mak ko nakkk  :)
 
Menu malam tu ada nasi tomato, lauk ayam goreng berempah dan dalca. Nasi putih lauk dia masak lemak pisang, lemak nanas ikan masin, ikan tenggiri masak sambal dan sambal belacan. Ada agar-agar sirap, mak na bawa carrot cheese cake..yummmehhh..abis dulu dari yang lain-lain :)
 
Tapi menu yang orang memang tunggu dari petang adalah satay buatan mama. Dari petang dah bau sebab bakarnya petang dalam kul  5 cam tu. Mama dan abah memang tokey satay masa muda sampai la skang. Tapi skang juz amik order bila ada masa sahaja sebab mama utamakan kantin dulu.
 
Sesi bakar satay petang tu, ramai la yang nolong, so 500 cucuk tu kejap je dah siap. Abah aku tolong hidupkan api, suami tolong bakar, abah tolong kalih-kalih, suami yang angkat letak dalam tarmos, pak cu kadang-kadang gilir dengan abah, sampai la selesai. Seronok sebab buat ramai-ramai dalam suasana hepi gitu :)
 
Dalam pukul 9 ke atas lagi ramai sedara mara yang sampai. Kebanyakkan sedara sebelah mama dan abah suami la. Lauk pauk semua Alhamdulillah ngam-ngam je dengan tetamu yang dijemput. Ada la sikit bungkus-bungkus untuk bagi sedara mara kan.
 
Aku tak buat pun sesi bergambar kat kek ke, tiup lilin ke. Hahaha..jus amik pic Alauddin pegang pisau nak potong kek ja. Lilin pun memang aku tak minta kat kedai kek. Malam tu Alauddin behave je, cuma nak menenen je la, pas nenen turun bawah balik sambung main. Tidur dalam pukul 11 lebih cam tu..

Layan gambar la pulak ye..

 
Satay terbaik abad ini :)

 
 
 
 

 
Geram  nak main pisau potong kek

 
heyyy..besday boy!!

 
Dah start nak nangis sebab tak dapat pisau kek
 

 
4 jejaka hebat - Abah, suami, pak mertua dan pak cu


Mak duk ligan abis kat dapur goreng ayam

 
Muka penat mak cu ni..Antara orang kuat majlis

 
Kumpul adik beradik sebelah mama

 
 
Esok pagi famili aku bersiap-siap la pulang ke Manjung, sebelum tu nak singgah kenduri anak sedara abah kat Gelung Pepuyu, Bota. Tu yang abah gerak pagi, dalam pukul 8 cam tu.
 
Abah dah balik. sesi mencuci pinggan mangkuk la pula. Aku dan suami amik alih mencuci pinggan mangkuk, steel letak lauk, tarmos nasi, dan balang air. Tak banyak pun sebab aku pernah basuh lebih banyak dari tu, so tak de la masalah mana..:)
 
Dalam pukul 11 pagi cam tu, kami nak bergerak balik ke Kuala Selangor sebab ahadnya nak ke Penang pula, suami ada kursus kt sana. Sebelum tu nak singgah MAHA dulu nak mencari buah nangka..teringin gile!!
 
Kami memang cam tu, asal ada MAHA, memang pergi semata-mata nak mencari nangka madu. Beli sebiji lebih kurang dalam RM40, makan berdua, memang puas hati la dari beli yang siap bungkus tu..huuiiihhh..berbaloi-baloi..:)
 
Nanti nak update pasal musim buah pula..Skang ni duk makan buah je, nasi dah jarang makan..musim buah meriah sikit tahun ni..
 
Daaaaa....