About Me

My photo
Seorang anak sulung kepada pasangan Mohd Yusof Pandak Abdul Rahman dan Hasnah Yusuf. Seorang kakak kepada 9 orang adik-adiknya. Seorang isteri kepada Nasrul Faiz Firdaus. Seorang ibu kepada seorang anak lelaki, Muhammad Alauddin. Seorang suri rumah sepenuh masa dan sepenuh tenaga ('',). Seorang businesswomen kecil-kecilan aje untuk mengisi masa yang terluang. Seorang yang simple dan mudah didekati. Terima kasih sudi menjengah blog saya yang tiada apa ini..
Powered by Blogger.

Friday, December 14, 2012

Abah vs Suami

Assalamualaikum
Abah dan suami 2 watak yang amat berbeza dalam hidup aku. Aku kan anak sulung dari 10 beradik, jadinya kerja rumah lebih banyak aku yang kene buat berbanding adik-adik aku yang lain.
Oleh sebab itu, aku lebih memahami kerenah abah berbanding yang lain. Dari segi makan pakai abah, aku yang akan take over masa mak bersalin dan dalam pantang ataupun mak sakit demam pening semua.
Lagi 1, abah memang mendidik semua anak perempuannya pandai memasak, mengemas dan pandai buat kerja rumah. Abah tak suka anak perempuan dia malas-malas. Kadang-kadang abah suka juga makan makanan dari air tangan anak gadisnya.
Abah kata bila kahwin atau pergi rumah orang, pandai bawa diri dan rajin menolong kat dapur. Abah selalu pesan jangan bagi malu mak abah. Tu sebab kene rajin..huhu..
Bila aku dah berkahwin, dengan lelaki yang berlainan sifat dan perangainya dengan abah, aku belajar mende lain pula. Aku belajar mengikut rentak suami aku.
Abah pentingkan disiplin, tegas, garang, lebih suka bercakap panjang lebar dalam menyampaikan sesuatu atau mengajar anak a.k.a membebel @ berceramah, agak mendesak, semua perlu segera, cepat dan pantas, tak suka kerja bertangguh, agak panas baran dan kalau marah sorang abis 1 rumah kene marah..huhuhu
Tapi suami jenis tenang, memahami, sangat soft spoken, payah nak cepat marah, bukan panas baran, sangat sabar beri tunjuk ajar tapi malas nak ulang kalau still bengap..haha..tapi suami lebih mudah dan senang nak dijaga berbanding abah.
Bukanlah maksud aku abah aku teruk atau suami aku bagus. Tapi bukan juga maksud aku abah susah nak jaga tapi suami lebih senang nak jaga. Both are my hero tapi perwatakan mereka sangat berbeza.
Abah jenis menjaga adab makan dan mesti makan secara berjemaah. Kami diajar selagi abah tak makan, mak dan anak-anak tak makan melainkan abah kerja jauh atau abah memang balik lambat.

Lepas tu susun atur makanan, pinggan, gelas, air, semua mende atas meja makan mesti ada protokol. Abah jenis beradab dan berdisiplin sampai mende kecik pun boleh jadi isu sampai membantutkan selera abah.
Aku terutamanya akan menjaga bab-bab ni sebab tak nak abah putus selera tiba-tiba. Sebelum panggil abah ke meja makan, aku akan pastikan gelas dan air susun elok-eok dalam dulang. Gelas abah mesti yang elok dan bukan comot-comot punya.
Air basuh tangan mesti ada. Pinggan makan mesti betul-betul pinggan makan, bukan makan dalam pinggan lauk, pinggan kene besar, abah marah kalau makan ikut suka je dalam pinggan leper ke, pinggan lauk ke, piring ke, abah kata makan nasi dalam pinggan nasi.
Nasi kene ceduk siap dalam mangkuk nasi. Abah tak de istilah ceduk nasi dari periuk nasi ataupun angkut periuk nasi letak atas meja. Memang abah tak gemar macam tu. Ni baru bab makan style abah aku.
Suami aku jenis rileks dan suka suasana sempoi je. Masa mula-mula kahwin aku memang kekok. Suami jenis tak suka berhidang bagai, dia kata nampak aku macam buat kerja yang banyak dan rumit. Dia kata cukuplah hidang lauk je.
Nasi nak makan nanti baru cedok sebab dia nak nasi panas tapi bukan berasap la. Cuma dia kata kalau cedok siap dalam mangkuk nasi, nanti nak tambah nasi dah sejuk. Lepas tu tak de air basuh tangan, hidang air semua tu. Buat air dalam jug, letak je atas meja, cawan 2 biji, sedang cantik dah tu.
 Biasanya kalau suami balik kerja atau balik makan tengah hari kat rumah, sampai je aku terus tanya nak makan dah ke? Kalau dia kata nak rehat atau kejap lagi, aku rileks la dulu. Tapi kalau dia kata nak makan la, lapar...aku terus ceduk nasi dulu, bagi suam sikit, lepas tu letak atas meja makan. Nanti dia datang, dia ceduk lauk sendiri semua pastu bawak depan tv, makan atas meja jepun.

Suami tak minat orang cedukkan dia lauk pe nye, dia ceduk sendiri. Tapi makan mesti sekali la. Pernah aku ralit buat kerja, dia suruh berenti kejap makan sekali, dia kata tak best makan sorang. Kalau aku masih kenyang pun, dia nak aku duk sekali kat meja jepun, layan sembang ke, layan tv sama2 ke.

Skang dah paham, memang time makan kami makan sekali or teman dia makan la. Bukan lama pun sebab suami jenih makan cepat, kejap je dah siap. Air siap tuang dalam gelas, nak tambah baru bangun amik atas meja. Tapi bukan jenis dia bersulam air.

Part ni memang sama ngan abah aku. Abah dan suami makan tak de sulam air. Deme minum air selepas dah basuh tangan semua, ngadap tv ke berehat lepas makan tu ke, baru cari air.

Lagi 1 bab lauk pun sangat berbeza. Suami jenis suka makan 1 2 jenis lauk je, tak reti makan lauk banyak jenis. Biasa dia makan 1 jenis lauk je. Contoh kan masak lauk ayam merah,cukup dah tu untuk dia sebab dia tak makan sayur, kalau makan pun sayur keras cam brocoli, carrot, bunga kobis, tu je la. Kalau buat nasi tomato ke beriyani, ada la dalca tu, dia makan la 2 jenis lauk, ayam dengan dalca.

Kadang-kadang dia suka makan nasi dengan telur dadar je, memang favourite tu, goreng bawang kasi garing baru masuk telur..tu pun dah cukup.

Tapi abah jenis makan banyak lauk dan mesti cukup segala nutrien makanan..hahaha..de ikan, de sayur, de ulam dan sambal..memang wajib 4 jenis lauk la senang cerita..Lagipun abah jenis selera kampung.

Tapi suami jenis tak makan makanan kampung cam gulai, kari, lemak semua tu. Tu yang abah aku cakap rugi la ilmu masak aku sebab suami makan makanan simple lepas tu suka makan nasi yang siap lauk cam nasi ayam, nasi tomato cam tu.

Memang masa bercinta lagi aku dah rasa cam tu sebab aku jenis suka makan selera kampung la, tapi dah kawin ni aku sorang je la makan tapi suami jenis tak bantah pun pe selera aku. Kadang-kadang dia bole je join makan sambal petai ke, tapi ambik sambal je la. petai tak usik. Maksudnya dia tak kesah la apa yang aku makan atau masak walaupun jenis berbau gitu...huhu

Bab baju pun dieorang ni berbeza. Abah aku jenis ada pakaian untuk keluar, tidor, duk dalam rumah dan sebagainya. Malam kain pelikat, siang buat murtabak abah pakai seluar pendek bawah lutut, nak pergi kerja or meniaga baju mesti yang gantung, abah tak suka t-shirt berlipat dan baju berkedut.

Susun atur baju pun abah cerewet juga. Abah suke semua baju disusun, di gantung dalam almari. Takde istilah baju berlonggok atas sofa, atas katil dan dalam bakul baju. Memang kene humban belakang rumah la jawabnye..huahuahua..T-shirt,blouse gantung, yang lain semua berlipat.

Suami pula tak suka baju berlipat bagai. Dia kata nak amik susah, kalau susun tinggi-tinggi, dia malas nak angkat-angkat baju amik baju yang kat bawah tu. Pernah sekali aku lipat baju dalam almari, masa tu baru kahwin, sebab aku dah biasa baju berlipat susun lawa-lawa dalam almari kan. Sekali suami datang amik baju, terus dia tarik, jadinya jatuh la baju atas tu kan..

Terkedu aku kejap..lepas tu cakap sori sebab tak reti nak amik baju tu..hahaha..suami jenis yang suka mudah dan cepat, tak suka nak berfikir perkara yang remeh. Petang tu juga dia borong hanger banyak giler suruh aku gantung semua baju-baju yang ada, kecuali pakaian hat yang berseni-seni tu..hohoho..

Sampai la skang, rumah aku tak de almari baju sebab semua baju aku gantung, dari baju kurung, skirt, tshirt, seluar sampailah baju Alauddin pun bergantung..hahaha..

Abah datang rumah pun pernah tanya, kome simpan baju kat mana??? Terus aku bawak abah bilik baju kami yang penuh dengan besi gantung pakaian macam kat kedai baju tu, de 4 set gantung yang besar gile sebab baju dari bujang sampai skang berlambak-lambak, terutama baju suami..nganga je mulut orang tua tu tengok..hahaha

Suami tak pakai kain pelikat, jenis suka pakai seluar pendek je kalau duduk rumah. Tapi dari segi penampilan, mereka serupa. Abah kalau keluar sangat jarang pakai jeans, bole dikira berapa kali je abah pakai jeans, mostly abah pakai slack je. Sama macam suami, suka pakai slack dari jeans.

Baju juga kalau keluar mesti kene pakai yang berkolar. Baju tshirt tak de kolar untuk duk rumah dan tidur sahaja. Suami dan abah sama kat sini :)

Tapi abah penggemar kain pelikat, suami langsung tak suka pakai kain pelikat, malah tak reti pun nak pakai. Kain pelikat kat rumah ni yang orang bagi hadiah kahwin dan tunang pun guna as selimut suami dan kain khas untuk sembahyang, atau wat pakai salin bila famili aku atau suami datang tidur kat umah kami.

Suami juz pakai masa sembahyang, tu pun gulung macam gulung apa je, punyelah kembung kat perut, tinggi pula tu lepas tu senteng, atas pergelangan kaki. Bantai je la banggg oiii..janji tutup aurat udoh leeee

Bab buat kerja rumah, abah jarang tolong mak buat kerja rumah, tapi abah selalu cuci kipas siling dan kipas berdiri, buang sawang. sapu buang daun depan rumah siap bakar semua, susun pasu depan rumah, tapi barang-barang niaga cam cuci kemas semua abah la yang buat.

Cume abah tak pernah basuh baju sendiri, lipat jemur semua lagi la tak, masak memasak, senang cerita kerja orang pompuan ni memang abah tak pernah buat la. Cuma lately ni abah suka masak mee hailam la, mee lack pepper la..mak seronok je sebab kekadang dinner abah yang masak, so mak bole rileks sikit..:)

Tapi suami jenis rajin dan pandai buat kerja rumah. Aku ingat lagi masa aku berpantang rumah mak kat manjung, memang risau juga nak duk jauh. Takut suami tak terjaga, makan minum semua la. Rupenya dia boleh urus diri dia sendiri.

Since die memang tak suka makan luar, selalu call dia tengah masak nasi goreng nak makan dinner, kadang-kadang tu beli jugalah lauk tapi masak nasi kat rumah. Tapi tak puas katanya. Bila suami balik hujung minggu, aku akan bekalkan makanan untuk dia makan kat Kuala Selangor nanti..huhu..

Sepanjang aku tak de kat ruma, dia mop rumah, basuh baju sendiri, aku pesan suruh bawak baju balik manjung biar aku basuh kat sini, nanti bawak balik sekali. Tapi dia kata janganlah risau, dia boleh jaga diri dia, tak de pe susah pun..terharu la puleeeekkk..

Aku pernah masa mak nak bersalin dan kene tahan dalam wad, masa tu aku masih belajar lagi, tapi on da way nak balik rumah la sebab excited nak sambut adik baru kan. Sekali aku balik, baju bertimbun, pinggan mangkuk beratur, masuk bilik abah, baju dah nak nipis sebab semua baju dalam almari dipakainya, basuhnye idokkk...aku la kene buat semua tu...huhu..kenangan tu..:)

Tu je la perbezaan ketara pada suami dan abah aku. Walaupun ada persamaan, tapi beza mereka lebih banyak. Bila abah dan suami bertemu dalam 1 rumah, kadang-kadang boleh jadi isu juga tau. Ye la, abah tu jenis menjaga corak perhubungan suami isteri ni. Yang selalu kene aku lah kan..
.
Ada pernah waktu pagi, abah biasa sarapan pukul 8. Abah biasalah. sebelum sarapan, panggil anak menantu semua kat meja kan. Suami style makan roti canai je, kalau nasi lemak die makan nasi lemak aku buat je sebab dia kata sambal aku dan mak aku lain sangat. Ye la, mak aku buat style orang kampung, letak air asam jawa kan, aku tak letak sebab suami suka makan sambal manis.

Bila makan sekali, abah tengok semua suami buat sendiri dari amik pinggan, bukak bungkusan roti canai, ceduk kuah dal, tuang air semua dia buat sendiri. Suami jenis minum air masak, tak minum air manis cam teh, kopi semua tu. Kalau minum pun secawan je la nak amik hati abah aku, lepas tu dia balun air masak je sampai sudah makan.

Memang air masak pun kami bawak dari rumah sebotol besar cam kat pasaraya selalu duk jual dan memang abis la. Time lunch pun sama. Suami buat sendiri juga. Lagi 1, suami jenis ajak makan sekali je cukup. Dia tak perlu untuk ajak 2 3 kali makan atau minum. Dia akan jawab nanti dia makan.

Tapi abah jenis suke pelawa dan bab melayan orang memang taraf vip walaupun menantu sendiri. Tu yang sampai suami naik segan...katanya macam raja pula padahal dia memang belum lapar atau sudah terlebih kenyang. Abah tak kedekut nak jamu orang ni. Suka sangat bagi orang makan.

Tapi yang jadi isu pada abah adalah abah kata aku tak layan suami. Bila abah suruh aku panggil suami ajak makan, aku cakaplah nas kata kejap lagi dia makan, tak pun dia kenyang lagi. Tapi abah kata panggil la makan, kadang-kadang suami duk ralit tengok tv, aku tanya lagi suami depan abah, suami cakap tak pe abah, nanti saya makan sebab saya kenyang lagi @ belum lapar.

Aku selalu kongsi cerita dengan mak pasal lainnya perangai abah dan suami. Dan aku cakap kat mak nas ni memang lain mak..lain sangat. Mak cakap la kat abah, nas memang cam tu. Tak suka kita terlalu jaga dia, risau dia cam rimas.

Tapi suami kata dia bukan rimas, cuma dia rasa cam terharu abah layan macam tu. Padahal dia jenis sempoi je, tak cerewet pun. Dia naik segan la pula. Sampaikan kalau time abah datang rumah kami, kalutlah suami aku nak pastikan rumah lawa bersih, makan cukup semua sebab abah buat cam tu kat anak menantu dia.
Aku rasa pe yang aku merepek kat atas tu perbezaan yang ketara antara suami dan abah. Masa mula kenal suami memang aku dah perasan dia ni pelik sikit dari yang lain. So, aku dah mula belajar dari situ lah.

Orang lelaki ni kan terbentuk hasil dari didikan mak dia kan. Dari pengamatan aku, perwatakan abah dan suami memang dipengaruhi dengan didikan dari mama dan arwah opah. Arwah opah memang melayan anak lelaki seperti suami dari bab makanan, pakaian sehingga tempat tidur. Arwah opah mengajar anak perempuan melayan adik lelaki dan abang seperti suami, semua berhidang dan semua tersedia, nanti dah berlaki kita akan layan suami macam tu juga.

Keluarga belah abah diajar melayan suami lebih sopan dan teratur yang aku tengok memang jarang nak ada pada zaman sekarang ni. Dan aku dan adik-adik aku pun dididik macam tu.

Tapi didikan suami lain sikit sebab jenis famili yang sibuk dengan biznes. Suami aku jenis nak senang dan cepat. Tak suka kerja banyak dan rumit. Dia dari kecik sampai 15 tahun duk sorang, tingkatan 3 baru dapat adik. Jadi dia banyak uruskan diri dia sendiri tanpa mama dia. So, sedikit sebanyak sifat tu terbawa-bawa sampai kawin la. Sangat independent dan cepat belajar sesuatu perkara sendiri. Mama kata senang bela iz ni sebab cepat belajar.

Haaaa...gitulah cerita 2 lelaki kesayangan dalam hidup aku. Perbezaan tu bagi banyak pengalaman manis pada aku dalam mengharungi kehidupan bersama dari kecik sampailah sekarang. Cuma sekarang lebih banyak mengadap suami la dari abah. Tapi bila balik rumah abah, aku masih juga melayan abah serentak dengan suami..gituuuuu..

Ok la..banyak sangat cerita ni..
As-salam :)


No comments:

Post a Comment